loading...

Monday 29 April 2019

Sunday 28 April 2019

Jenama Telefon Pintar Apakah Yang Sesuai Anda Gunakan, Cuba Kuiz ini!

Generasi Y dan Gen-Z yang mana tidak menggunakan telefon pintar? Telefon pintar adalah satu keperluan penting yang banyak membantu dalam kehidupan seharian, daripada berkomunikasi, belajar, membayar bil, dan sebagainya. Dari tabiat anda, kami tahu jenama telefon apa yang anda gunakan. Cuba jawab soalan-soalan ini.

The post Jenama Telefon Pintar Apakah Yang Sesuai Anda Gunakan, Cuba Kuiz ini! appeared first on Aliff Channel.

Friday 26 April 2019

Thursday 18 April 2019

Sunday 14 April 2019

Tuesday 9 April 2019

Jurutera Saman Majikannya RM7.33 Juta Kerana Kentut

Pernahkah anda terfikir bahawa kentut menjadi satu perbicaraan di mahkhamah? Kalau didengari memang suatu yang sangat lucu tetapi tidak untuk lelaki ini. Dia merasa dirinya sedang didera dengan kentut majikannya kerana majikannya kentut berkali-kali di depannya.

Seorang Jurutera yang mendakwa bekas majikannya kerap kentut ke arah dirinya telah bertindak memfailkan saman sebanyak AS$1.8 juta (RM 7.33 Juta). David Hingst yang berasal dari Melbourne itu mendakwa bahawa bekas majikannya itu telah menderanya dengan kentut ke arahnya sewaktu dia masih bertugas di sebuah syarikat kejuruteraan yang berlaku sekitar 2008 dan 2009.

Biarpun kes itu telah dibicarakan dan digugurkan oleh pihak mahkamah pada tahun lalu, Hingst sekali lagi membuat rayuan untuk menuntut bela ke atas penderitaan yang dilaluinya.

Menurut Hingst, bekas majikannya itu akan mengangkat punggungnya lalu kentut ke arahnya di mana ianya telah menyebabkan Hingst mengalami tekanan perasaan, rasa gemuruh serta beberapa kecederaan akibat daripada perbuatan lelaki itu.

“Semasa saya duduk dan menghadapkan muka saya ke dinding, dia akan masuk ke dalam bilik saya yang kecil serta tiada tingkap itu.

“Dia akan kentut di belakang saya dan terus keluar dari bilik tersebut. Sebanyak lima atau enam kali dia akan buat perkara yang sama dalam sehari.”

kata Hingst

Menurut Hingst, dia mendakwa bahawa dia tidak mendapat perbicaraan yang adil dan tertekan dengan Hakim mahkamah Rita Zammit ketika dia disoal serta merasakan bahawa hakim itu berat sebelah. Hingst turut mendakwa bahawa bekas majikannya itu pernah membuat beberapa ugutan terhadapnya melalui perbualan telefon.

Dalam perbicaraan itu, Hingst telah menuntut AS$ 1.8 juta (RM7.33 juta) terhadap bekas majikannya. Perbicaraan kes itu akan bersambung lagi pada jumaat ini. Sekian petikkan dari laman www.nzherald.co.nz.

The post Jurutera Saman Majikannya RM7.33 Juta Kerana Kentut appeared first on Aliff Channel.

Sunday 7 April 2019

Saturday 6 April 2019

Thursday 4 April 2019

Tuesday 2 April 2019

loading...