loading...

Tuesday 31 January 2017

Sultan Johor Zahir Tahniah JDT Mara Kelayakan Akhir ACL

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum SultanIskandar hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana muncul pasukan pertama negara yang layak ke pusingan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL). Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers bertitah, walaupun perjalanan JDT masih jauh dan akan berdepan kelab gergasi Asia,…

RPK: Zeti Jadi Gabenor BNM Simpan Rahsia Skandal Tun M?

LONDON – Bukan sedikit malah mungkin cecah RM44 bilion atau lebih susulan pendedahan skandal tukaran asing Bank Negara Malaysia (BNM) akibat ‘permainan’ licik Tun Dr. Mahathir Mohamad. Itu cerita dibongkarkan bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid minggu lalu bahawa bank pusat tersebut mencatatkan kerugian lebih besar melalui kegiatan perdagangan mata wang dari 1991 hingga…

Liga Super: Perlawanan Kelantan-JDT Sabtu Ini Ditunda

KOTA BHARU – Perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV Sabtu ini, ditunda ke tarikh lain yang akan ditetapkan. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Ismail Md Noor berkata penundaan perlawanan itu berikutan pasukan JDT dijadualkan ke Jepun bagi menghadapi…

Terpaksa Bermalam Di Reban Ayam Elak Ternakan Mati Lemas

PEKAN – Banjir yang tidak dijangka sejak seminggu lalu menyebabkan seorang penternak ayam di Kampung Acheh di sini, terpaksa bermalam di reban untuk mengelakkan ternakannya mati lemas. Ahmad Humaizi Ishak, 40, berkata biarpun berhadapan bau busuk dan kadangkala binatang liar yang naik ke reban menerusi air banjir, beliau terpaksa melakukan tugasan itu bergilir-gilir bersama anggota…

Budak Dakwa Diculik Van Putih Mengaku Reka Cerita

Sejak semalam, media sosial digemparkan dengan kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang nyaris diculik sekumpulan lelaki menaiki van putih di Kampung Endah, Banting, Selangor. Namun, siasatan polis akhirnya mendedahkan kanak-kanak berusia 11 tahun hanya mereka cerita kononnya diculik tiga lelaki bertopeng dan menaiki van berwarna putih. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, mangsa…

Saya keguguran kerana mahu belajar menguruskan suami

1.png

Oleh Zainab

Nama saya Zainab Mai Pampo, 26 tahun. Saya ingin berkongsi diari perceraian saya dengan anda semua.

Saya berkahwin dengan sepupu jauh saya, Abdul Samad, ketika tahun pertama saya berada di universiti. Secara jujur, saya tidak begitu mengenalinya. Kami dipadukan oleh ibu bapa kami. Ramai yang kata saya bertuah dan dia merupakan seorang lelaki yang baik, soleh dan tinggi pengetahuan agamanya. Selain itu, dia juga mempunyai pendidikan yang tinggi dan kerjaya yang bagus di industri minyak dan gas.

Sebelum ini, dia pernah berhasrat mengahwini gadis pilihannya sendiri, namun ditentang oleh keluarga. Si ibu mahu anak tunggalnya itu berkahwin dengan perempuan dari keturunan yang baik dan menolak hasrat Abdul untuk berkahwin dengan gadis pilihannya.

Disebabkan itu juga, ibunya keluar mencari perempuan yang sesuai untuk dijadikan sebagai isteri kepada anaknya dan begitulah ceritanya saya dipilih menjadi isteri kepada Abdul Samad.

Saya tidak tahu yang ibu Abdul dengan ibu saya telah bersetuju untuk menyatukan kami. Saya sendiri tidak tahu yang saya akan bertunang dengannya.

Sebelum itu, saya pulang ke kampung untuk menziarahi datuk dan nenek di Macina. Bila saya pulang, keluarga saya telah menerima pinangan dari keluarga Abdul tanpa pengetahuan saya. Dan begitulah ceritanya saya bertunang dengan lelaki itu.

Tarikh pernikahan kami ditetapkan enam bulan kemudian bermula dari tarikh kami bertunang. Dan dalam tempoh itu juga kami diberi peluang untuk mengenali hati budi masing-masing.

Saya benar-benar terkejut dengan sikap Abdul yang sebenarnya seorang lelaki panas baran. Pernah beberapa kali saya mengadu perkara itu kepada ibu saudara saya tetapi mereka semua berkata,

“Bila awak jadi isteri dia kelak, awak akan mampu mengubah perangainya. Dia akan berubah demi awak.” atau,

“Bersabar sajalah dan dia pasti akan berubah selepas berkahwin.”

Selepas berkahwin, saya sedar bahawa suami saya bukanlah seperti yang dikatakan sebelum ini. Selepas berkahwin, dia paksa saya berhenti dari universiti. Ibu bapa saya tahu akan perkara ini sebab saya memberitahu mereka tetapi mereka nasihatkan saya akur dan hormat pada kehendak suami. Saya akhirnya terpaksa akur, lagipun syurga di bawah telapak kaki suami.

Abdul berhenti sembahyang, malah sebelum kahwin lagi dia sering mengingatkan saya agar jangan tinggalkan lima waktu. Tetapi dia sendiri benci bersembahyang.

Kami pernah bergaduh sebab saya kejutkan dia untuk bangun solat subuh. Dia sangat marah kerana saya kejutkan dia untuk bangun sehingga saya ditampar dua kali dan diberi amaran agar tidak mengulanginya lagi. Saya menggigil ketakutan. Saya tak pernah ditampar di muka sejak dari kecil, walaupun ibu bapa saya sendiri.

Sejak dari hari itu, suami saya kerap memukul, menampar dan menendang saya. Pada mulanya saya menyangka dia mempunyai masalah di tempat kerja sehingga menyebabkan dia menghadapi tekanan. Tetapi bulan berganti bulan sehinggalah setahun dia kerap membelasah saya dengan lebih teruk dan ganas.

Adakalanya dia akan memukul saya menggunakan tangan sahaja. Jika dia tiada mood, dia akan gunakan tali pinggang, alat pengecas dan lampu untuk memukul saya.

Dia seolah-olah begitu benci melihat saya. Tidak cukup dengan menyeksa saya, dia akan kerap memuji kelebihan bekas kekasihnya di depan muka saya. Adakalanya dia akan berbual dengan perempuan itu dan sengaja membiarkan saya mendengar perbualan mereka.

Tidak cukup dengan itu, dia juga mengkritik yang badan saya tidak setanding dengan bekas teman wanitanya.

“Awak ni hodoh macam babi, pergunakan ibu bapa saya untuk mendapatkan saya. Menjijikkan!” kata Abdul pada saya.

Satu hari, saya mengadu pada ibunya dan menyangka wanita itu akan melindungi saya tetapi saya silap besar. Ibu mertua saya hanya ketawa dan berkata,

“Awak ini betul-betul perempuan degil. Macam mana dia tak pukul awak kalau awak tak provok dia? Isteri yang bijak akan tahu bagaimana menangani mood suami mereka. Atau awak sebenarnya suka dipukul oleh dia?” kata ibu mertua.

Saya terdiam dan tidak percaya yang ibu mertua berkata sedemikian.

“Kalau awak nak hubungan rumah tangga awak berjaya, awak perlu belajar menguruskan suami awak, jadi tiadalah perempuan lain yang akan datang menghampirinya.

“Awak juga perlu bijak menjaga imej suami. Jika awak beritahu kepada orang lain mengenai apa yang awak beritahu pada saya, awak fikir orang lain akan hormat pada suami awak terutamanya ahli keluarga dan kawan-kawan?” katanya lagi.

Saya termenung seketika, apakah betul apa yang diperkatakan oleh ibu mertua? Saya dibelasah sebab saya tidak pandai menguruskan suami? Mungkin saya perlu belajar menjadi isteri yang lebih baik.

Jadi, saya berubah dengan memasak makanan yang sedap, kerap senyum dan elakkan diri dari mendengar perbualan dia dengan bekas kekasihnya. Saya cuba untuk banyak berdiam diri ketika di rumah hampir seminggu dan berjaya. Tetapi, dia sekali lagi memukul saya dengan lebih teruk. Parut di badan bertambah-tambah.

Sejak awal perkahwinan, kami tidur di bilik berasingan dan dia sudah mula memecahkan pintu bilik saya pada waktu malam untuk memaksa saya …. dan adakalanya dia akan merayu pada saya. Saya tidak dapat berbuat apa atau berkata apa, saya rasa sungguh tidak berdaya.

Pernah cuba untuk melawan dan keluar dari rumah tetapi kerap teringat kata-kata ibu mertua yang mahukan saya menelan segala kepahitan itu. Saya mahu menjadi isteri yang baik, yang boleh dibanggakan oleh suami. Saya cuba berusaha tetapi keadaan menjadi semakin buruk.

Satu hari, saya dibelasah dengan teruk dan hampir mati kerana dia berang makanan yang dihidangkan telah basi. Saya baru mahu memohon maaf tetapi ditampar dan terjatuh ke lantai, sebelum ditendang dan dipukul bertubi-tubi.

Pada masa itu, saya baru mengandung beberapa bulan. Saya gunakan seluruh kekuatan yang ada untuk melindungi kandungan ini menyebabkan dia semakin galak menendang saya.

Saya sudah puas mengalami keguguran. Saya takkan biarkan dia bunuh kandungan ini. Tidak sama sekali! Tiba-tiba saya kumpulkan seluruh tenaga dan menolak badannya. Dia terkejut dan tergamam seketika. Saya terus berlari keluar dari rumah menuju ke jalan besar seperti orang gila dengan keadaan rambut terurai, pakaian terkoyak sehingga menampakkan baju dalam, muka lebam, mata lebam.

Orang ramai hanya memandang saya dan tiada seorang pun yang menegur saya melainkan memandang sahaja. Saya lari sejauh yang mungkin tanpa sebarang hala tuju. Saya hanya ingin mati dan mengakhiri segala penderitaan ini dan bebas dari Abdul Samad. Saya lari dan lari sehinggalah sampai di pintu hospital dan pengsan.

Beberapa jam kemudian, saya tersedar di katil hospital. Saya dimaklumkan saya mengalami keguguran. Saya sedih, saya keguguran kerana saya mahu belajar ‘menguruskan’ suami saya.

Saya berada di hospital selama 10 hari dan suami saya langsung tidak datang melawat. Hanya ibu mertua yang datang melawat pada hari ketujuh dan membawa surat perceraian anak lelakinya itu.

“Saya ceraikan awak dengan talak satu kerana tidak balik ke rumah dan keluar dari rumah tanpa kebenaran.

“Saya akan menerima awak kembali jika awak mengaku menyesal dengan perbuatan awak dan meminta kemaafan dari saya dan ibu saya,” tulisnya dalam surat tersebut.

Saya hampir tergelak membaca ayat terakhir itu. Boleh bayangkan?

Ibu mertua bayar kos perubatan dan memberi saya sedikit wang untuk pulang ke rumah ibu bapa saya. Ibu bapa saya pada awalnya menyangka saya yang bersalah dalam hal ini dan memberi teguran pada saya. Namun selepas 8 bulan, Abdul atau keluarganya langsung tidak menunjukkan sebarang bayangan untuk datang dan barulah ibu bapa saya sedar dan mula percaya dengan apa yang saya beritahu mereka selama ini.

Ahli keluarga yang lain masih menyalahkan saya di atas perceraian itu. Parut masih berbekas di badan dan mengingatkan saya akan penderitaan yang lalu setiap kali melihatnya.

Saya bersyukur pada Allah yang membawa saya keluar dari perkahwinan itu. Meninggalkan lelaki itu adalah satu perasaan lega yang tidak terkata.

Kepada mana-mana wanita yang membaca diari saya ini dan jika anda berada di situasi yang sama, tolong selamatkan diri anda. Tiada gunanya bertahan kerana lelaki seperti itu tidak menghormati anda dan dia tidak akan berhenti melakukan perbuatan ganas tersebut. Lebih baik bercerai dari mati secara perlahan-lahan dipukul oleh lelaki seperti itu.

Terima kasih kerana sudi baca diari saya.

sumber : www.gengviral.com

Sumber: gengviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Tampil Lebih ‘Fresh’, Aweera Berambut Pendek

PENYANYI dan bekas vokalis kumpulan Mojo, Aweera merubah penampilan dirinya dari seorang yang berambut panjang kini mengayakan fesyen rambut pendek pula. Menurut Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 26, keputusan itu diambil kerana mahu tampil dengan imej lebih segar atau ‘fresh’ sempena kedatangan tahun baharu. “Tahun 2017 ini saya mahu buat pembaharuan terhadap diri…

2 Maut Dalam Kemalangan Awal Pagi Di Lebuhraya PLUS

IPOH – Dua orang maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 373.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Slim River awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Zahid Mohd Taib, 19, dari Bagan Serai dan Nur Arissa Natijah Sophian, 19, dari Segamat,…

Video Yusuf Iskandar Panjat Tangga Buat Netizen dan 039Risau dan 039 Ini Respon Hairul Azreen OHBULAN

Isu & Kontroversi

yusufdp

Siapa tak kenal dengan Yusuf Iskandar, anak kepada pasangan selebriti Hanis dan Hairul. Kalau korang rajin melayari laman Instagram, pasti korang tahu Yusuf mempunyai akaun Instagramnya sendiri dan jumlah pengikutnya sudah lebih 900 ribu. Wahh!

Baru baru ini video Yusuf telah mendapat perhatian ramai netizen. Rata rata melahirkan rasa kerisauan apabila Yusuf memanjat tangga bersendirian. Iyalah, semua sayangkan Yusuf sebab tu lah ramai yang risau. Betul tak?

Video Yusuf memanjat tangga

Bila Daddy pergi gym Yusuf tinggal dengan Mommy & @leanazainal . Mommy cakap “just go”. Mommy ada di belakang. #Yusuf7Bulan

A video posted by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on Jan 30, 2017 at 3:40am PST

Sebenarnya Yusuf bukanlah bersendirian di dalam video ini. Hanis Zalikha ada mengekori belakangnya cuma mungkin ada yang tidak perasan.

Antara komen netizen

xbgusperyusuu

Ramai yang sokong

bagus

Kata kata tu doa

haniss

hairul

Sumber :theyusufiskandar

Shafika

Shafika

Shafika

Latest posts by Shafika (see all)

  • Video Yusuf Iskandar Panjat Tangga Buat Netizen Risau, Ini Respon Hairul Azreen – 01/02/2017
  • Syurga Dunia Di Lombok Yang Mungkin Anda Belum Tahu. Check It Out! – 25/01/2017
  • Didakwa Diaibkan Dalam Rancangan #OhAbangKosmetik, Peniaga Kopiah Jelaskan Perkara Sebenar – 24/01/2017
  • Lebih 14k Perkongsian Di Facebook, Lihat Bagaimana Pasangan Ini Berjaya Transfom Rumah Neraka Menjadi Mewah. Cantiknya! – 24/01/2017
  • Raya 2016, Raya Yang Menjadikan Aku Munafik – 23/01/2017

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment

Name *

Website

2017 OHBULAN!. All Rights Reserved.

Sumber: Ohbulan

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Viral Kedai Dibakar Mangsa Parah DITETAK Di Felda Lui Ini Cerita SEBENAR Yang Ramai TAK TAHU

Viral Kedai Dibakar, Mangsa Parah DITETAK Di Felda Lui. Ini Cerita SEBENAR Yang Ramai TAK TAHU !!! | LUI TIMUR Gara-gara enggan membayar RM15,000 selepas didakwa mencederakan adik orang yang disyaki (OYDS), seorang lelaki cedera parah di kepala dalam satu kejadian di Felda Lui Timur, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, selain lelaki berkenaan, turut mengalami kecederaan adalah sepupunya yang luka di bahu, leher dan kepala setelah dilibas menggunakan parang.

Insiden berlaku sekitar jam 6 petang, apabila bapa mangsa dimaklumkan kedai runcitnya disamun sekumpulan lelaki menggunakan senjata tajam.

Walau bagaimanapun apabila bapanya tiba di lokasi, anaknya dilihat berlumuran darah akibat ditetak menggunakan parang. Anak buahnya cedera dibeberapa bahagian badan dan kepala.

Sementara itu, isteri dan pekerjanya selamat namun tidak dapat mengecam kumpulan lelaki itu kerana keadaan kelam-kabut dan panik.

Suspek dipercayai bertindak memecah jeriji yang berkunci, kemudian memotong kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berkenaan, katanya selepas mengesahkan laporan semalam.

Noorzainy berkata, kesemua suspek melarikan diri sebelum bapa mangsa sempat sampai, disyaki menggunakan enam kenderaan pelbagai jenis.

Anak mangsa bagaimana pun masih mendapatkan rawatan susulan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dan berada dalam keadaan stabil. Manakala anak saudaranya juga stabil selain dibenarkan keluar dari hospital.

Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian dipercayai berlaku disebabkan oleh adik OYDS dipukul mangsa di Kemayan, Pahang pada Sabtu lalu.

Namun tiada laporan polis dibuat susulan abang OYDS meminta perkara itu diselesaikan dengan cara pembayaran sebanyak RM15,000, tetapi bapa mangsa enggan. Rentetan itu OYDS bersama rakannya bertindak menyerang kedai bapa mangsa, katanya.

Noorzainy berkata, namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan polis dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Manakala polis menahan lapan individu dipercayai terlibat dalam kejadian ini pada hari kejadian kira-kira jam 9 malam, susulan masing-masing tidak sempat keluar dari Felda Lui Timur, katanya. Sumber:-Sinarharian

P.S. 1 ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik IniNamun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali !!!
P.S. 5 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

The post Viral Kedai Dibakar, Mangsa Parah DITETAK Di Felda Lui. Ini Cerita SEBENAR Yang Ramai TAK TAHU !!! appeared first on BERITA HARIANI.

Sumber : berita hariani

Sumber :

Sumber: jubahsemalam

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

PANAS AKHIRNYA BOY IMAN TAMPIL JAWAB ISU PHD TAK DIIKTIRAF INI KISAH SEBENAR YANG MENGEJUTKAN

black-wallpaper-1%2B%25282%2529.jpg

Pertama kali dalam sejarah hidup Abang Nara mendengar perkara seperti ini berlaku. Bak kata orang, theres always first time for everything. Adakah anda masih ingat tentang Dato Boy Iman yang menerima PhDnya pada tahun lepas? Ramai yang mempertikaikan pemberian ijazah tersebut lebih-lebih lagi apabila melihat gambar konvokesyen yang agak pelik dan menimbulkan persoalan. Namun Dato Boy Iman ada jawapannya tersendiri.

boy2.jpg?w=584&ssl=1

Menurut Boy Iman, ijazah doktor kehormat itu sepatutnya diterima oleh penasihat syarikatnya. Namun oleh kerana sebab-sebab tertentu, dia telah menerimanya bagi pihak penasihat syarikat. Malah Boy Iman telah memulakan pengajian secara jarak jauh (PJJ) sejak 2013 dan membuat kajian untuk tesis serta tugasan lain bagi memenuhi keperluan ijazah tersebut. Kata Boy Iman:-

Ijazah diterima sebenarnya ijazah doktor kehormat dalam bidang sosial dan kemanusiaan yang sepatutnya diterima oleh penasihat syarikat saya.

”Namun atas alasan tertentu, saya bagi pihak penasihat syarikat diminta menerima anugerah tersebut sebagai tanda penghargaan kepada kolej berkenaan yang berbesar hati menganugerahkan ijazah doktor kehormat.

”Justeru, saya tidak mahu mempertikai kolej yang mempunyai jaringan pendidikan dengan sebuah universiti di Chennai, India itu. Tetapi saya hormat dan menghargai pengiktirafan mereka itu”.

boy.jpg?w=584&ssl=1

Secara jujurnya, Abang Nara tak pernah tahu yang kita boleh menerima ijazah kedoktoran bagi pihak lain. Mungkin ada pihak yang lebih arif mengenai hal ini boleh berkongsi pendapat. Mana tahu memang dibenarkan. Apa-apa pun, semoga dengan gelaran doktor ini, kehidupan Dato Boy Iman akan lebih maju dan terus utuh. Sama-sama kita doakan. Sumber Utusan Malaysia.

Sumber asal: Beautifulnara

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab.

Sumber: ohwhuuut

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Kecoh Van Putih Cuba Culik Kanak Di Banting SemalamCara Mangsa Lepaskan Diri Buat Ramai TAKJUB

Kecoh Van Putih Cuba Culik Kanak Di Banting Semalam..Cara Mangsa Lepaskan Diri Buat Ramai TAKJUB !!!|Polis siasat laporan mengenai budak lelaki berusia 11 tahun yang mendakwa cuba diculik sekumpulan lelaki menaiki van putih di Kampung Endah, Banting, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata, keluarga mangsa sudah membuat laporan polis selepas kanak-kanak itu pulang ke rumah 1.30 pagi tadi dan dia masih diambil keterangan pegawai penyiasat.

Katanya, berdasarkan keterangan awal, mangsa mendakwa cuba diculik sekumpulan tiga lelaki bertopeng yang menaiki van putih sebelum dia berjaya melarikan diri.

Kanak-kanak itu tidak cedera dan kini sedang diambil keterangan oleh polis berhubung kejadian itu.

Polis polis juga ingin meminta orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai, katanya.

Kejadian itu tular di media sosial dan berdasarkan apa yang tersebar, mangsa baru pulang dari masjid dengan menunggang basikal ke rumahnya di Kampung Endah, Banting, kira-kira 9.30 malam.

Mangsa kemudiannya dihampiri sekumpulan penjenayah namun dapat melepaskan diri daripada diculik selepas menggigit tangan mereka sebelum melarikan diri dari van berkenaan.

P.S. 1 Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda Ini Akibatnya

The post Kecoh Van Putih Cuba Culik Kanak Di Banting Semalam..Cara Mangsa Lepaskan Diri Buat Ramai TAKJUB !!! appeared first on BISKUTMANIS.

Sumber: 1citemalaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Inilah 5 Gambar Fesyen Terlajak Sendat Fathia Latiff Yang Dikecam Ramai

Inilah 5 Gambar Fesyen Terlajak Ketat Fathia Latiff Yang Dikecam Ramai

2kPISQw

Pelakon jelita Fathia Latiff kini telah berhijrah memakai tudung.

Memang ramai memuji Fathia setelah berhijrah dan peminat memberi sokongan padu kepadanya.

Namun baru-baru ini, dilihat ramai yang mengecamnya kerana pakaiannya yang terlalu sendat.

Baju yang dikenakan di satu majlis oleh Fathia amat ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya.

Ramai yang mengkritik cara pemakaian pelakon jelita ini.

Turut bersama Fathia di majlis itu ialah rakannya, Uqasha Senrose.

Jom layan gambarnya tu:

2jBgNY4

2jBbY0M

2jBlelz

2jBwQ85

2jBizZc

2jBb4BG

2jBwPB3

2jBizIE

2jBggp6

Sumber: citeheboh1.png

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Uqasha senrose nafi bercinta dengan hefny sahad

16229095_1826606644268061_77560876122672

Bukan sahaja sering berbalas komen di laman sosial, malah Uqasha Senrose dilihat sering meninggalkan komen berbaur cemburu apabila Hefny Sahad bergambar rapat dengan wanita lain, sehingga ada yang menyangka mereka ini sedang bercinta. Bagaimanapun, Uqasha menafikan dakwaan itu dan menegaskan mereka masih di fasa berkawan.

BACA: Uqasha Senrose Belum Fikir Soal Kahwin

Kami belum sampai tahap bercinta. Kami masih dalam proses berkawan lagi. Saya juga tidak mahu orang cakap asyik mencari publisiti dengan bercinta pula. Saya percaya lebih baik kalau kenyataan keluar daripada pihak Hefny sendiri

Hefny seorang lelaki yang sangat baik. Dia memiliki karakter seorang lelaki yang berkeluarga dan ada ciri seorang suami yang dicari, katanya kepada Harian Metro berhubung dengan gosip mengatakan mereka sedang dilamun cinta.

Biarpun menafikan gosip yang bertebaran mengenai hubungan cinta mereka, Uqasha nampaknya telah memadam beberapa komen cemburu yang ditinggalkannya di akaun Instagram Hefny. Sebelum ini juga, Uqasha pernah dikaitkan dengan seorang kerabat diraja, Tengku Bakar yang sehingga kini masih belum pasti status mahupun kesudahan hubungan itu. (rkty/w)

KFY-300hx250w.jpg



SUMBER
Harian Metro

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Elly mazlein urus aqiqah anak seorang diri

16122708_1428711537168693_14639050798944

Walaupun pada asalnya majlis aqiqah anak perempuan mereka, Putri Sara Sefhia dirancang oleh bekas suami, namun selepas bercerai pada tahun lalu hasrat itu dilunaskan oleh Elly Mazlein sendirian tanpa bantuan bekas suami, Azmi Hatta. Pada majlis itu juga, Azmi dikatakan tidak menghadirkan diri biarpun memberikan respon ketika dijemput.

BACA: Elly Mazlein Kini Sudah Sedia Bercinta Semula

Saya sudah lama berhasrat untuk mengadakan majlis ini tetapi baru sekarang ada ruang dan rezeki. Saya uruskan persediaan seorang diri. Sebenarnya, majlis ini dirancang oleh bapa Sefhia. Malangnya, sehingga Sefhia berusia 11 bulan, masih belum ada khabar berita mengenai perancangan tersebut. Jad, biarlah saya selesaikannya sendiri

Dia sendiri tidak menghadirkan diri di majlis ini. Saya sudah memaklumkan menerusi laman sosial Instagram. Sepatutnya dia tahu mengenai perkara ini tetapi tiada sebarang respon dari bekas suami, katanya kepada portal Astro Gempak berhubung perkara tersebut.

Tidak lagi mengenang kisah yang lalu, Elly turut memaklumkan dirinya sudah bersedia membuka hatinya semula untuk bercinta. Malah dalam masa yang sama, ada juga desas-desus mengatakan pelakon ini sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang masih tidak diketahui identitinya. (rkty/w)

KFY-300hx250w.jpg



SUMBER
Astro Gempak

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

loading...