loading...

Wednesday 28 December 2022

“Dah Penat Pikul Masalah” – Si Ibu Menangis Dengan Bawak 2 Orang Anak Malam-Malam

Setiap hubungan yang dibina pasti ada ujian yang perlu dihadapi. Jika hilang kewarasan, individu tersebut boleh bertindak diluar jangkaan.

Begitulah video viral menerusi akaun TikTok pengguna milik @linabaharin_ apabila mengatakan dia rasa terdetik hati ingin bantu pasangan ini.

Sewaktu kejadian, dia melihat seorang wanita sedang berjalan dengan sehelai sepinggang bersama dua orang anaknya pada waktu malam.

Dalam masa yang sama, seorang lelaki mengejar dengan memandu sebuah kereta selepas tiga beranak ini melintasi jalan dan menangis terduduk di bahu jalan.

Risau dengan keadaan tersebut, Lina meminta suaminya keluar melihat keadaan.

@linabaharin_

Kalau tak melibatkan dgn anak kecik, Allah mungkin tak gerakkan hati saya utk bantu akak. Tapi sebab saya nampak anak anak kecik akak bawa tu saya rasa saya kena tolong sbb saya pun ada anak kecik jugak 🥺#fyp

♬ original sound – hanaafi_saman – hanaafi saman

Lina turut mengatakan dirinya bukanlah berniat untuk masuk campur hal rumah tangga orang lain tapi apabila melihat keadaan ini, dia rasa bersimpati.

Dia juga percaya Allah sedang menggerakkan hatinya untuk membantu pasagan ini untuk menyelesaikan masalah mereka.

Akhirnya, wanita yang megusung dua orang anaknya setuju pulang bersama suaminya selepas diminta berbincang baik-baik.

@linabaharin_

Replying to @🇲🇾Puan_Paizah🇲🇾 PART 2 : Sy sedar, kalau Allah tak gerakkan hati saya mungkin saya taktau apa dah jadi dkt 3 beranak tu. So inilah instinct seorang isteri, seorang ibu kan bila nampak benda ni berlaku dpn mata sendiri. Bukan nak buat content semata mata dan buka aib dorang tapi I nk bagi awareness juga utk diri I sendiri dan utk semua supaya kita lebih peka dgn keadaan sekeliling. Kalau nak bantu orang pun kita kena bergantung pada keadaan juga. Risau takut ada yg scam ke apa tapi semua Allah gerakkan hati I dan my husb juga masa tu. Apapun, kita semua Ibu yg hebat kan? 🥺🥹 #fyp

♬ original sound – Ikmal Alif – Ikmal Alif

Tuesday 27 December 2022

Jom Putihkan Ketiak Yang Hitam Dalam Masa 3 Bulan

Sudah tentu, setiap orang ingin terlihat cantik dan sempurna terutama wanita yang bakal bernikah.

mana tidaknya, malulah kalau malam pertama tok laki tengok ketiak hitam tapi muka bukan main lagi cantik.

Jangan risau, sebab salah seorang Doktor Kulit, Dr. Ingky telah berkongsi cara mengatasi masalah ini menerusi ciapan twitter.

Menurutnya, sama seperti mencerahkan kulit wajah dimana terdapat beberapa bahan aktif yang anda boleh pilih untuk sapu pada bahagian ketiak.

Bahan aktif ini berfungsi untuk mencerahkan bahagian tersebut dalam masa beberapa bulan. Antara bahan tersebut adalah…

1) Retinol

Retinol boleh membantu mempercepatkan proses pembuangan sel kulit mati dan penggantian dengan sel yang lebih baru.

Sel kulit mati merupakan salah satu penyebab utama kulit gelap dan kusam.

Jadi dengan menggunakan retinol untuk sapu pada bahagian ketiak, hasilnya boleh mencerahkan ketiak yang hitam.

Oleh itu, retinol merupakan salah satu cara yang efektif untuk putihkan ketiak yang hitam dengan cepat.

2) Vitamin C

Vitamin C dapat mengurangi penampilan bintik-bintik gelap dengan cara menyekat pengeluaran pigmen dalam kulit kita.

Anda mungkin dapat melihat hasilnya dalam masa 3 minggu sahaja!

Jadi, jangan ragu lagi, mulailah menggunakan vitamin C sebagai salah satu cara untuk memutihkan ketiak yang hitam dengan cepat.

3) Niacinamide 

Niacinamide dapat mengurangi hiperpigmentasi, termasuk tanda-tanda gelap, bintik-bintik penuaan, melasma, dan lain-lain.

Selain itu, niacinamide juga dapat membantu menenangkan kulit yang iritasi dan merawat kulit yang kering.

4) Serbuk Mutiara 

Serbuk mutiara dapat meningkatkan penghasilan kolagen kulit, membantu membaiki sel kulit yang rosak, dan mencerahkan tona kulit.

Tambah lagi, serbuk mutiara juga dapat membantu menghaluskan tekstur kulit dan mengurangi tanda-tanda penuaan.

Penyelesaian mudah, anda boleh gunakan produk Azemide Glow by SkynFyx yang mengandungi Azelaic Acid.

Azelaic Acid mungkin tidak begitu efektif dalam mencerahkan kulit ketiak yang hitam, tapi dapat membantu meningkatkan tekstur kulit yang kasar. 

Jadi, jika anda memiliki ketiak yang kasar disebabkan oleh dry shave, anda boleh gunakan Azelaic Acid untuk mengatasinya.

Pastikan untuk memakainya secara teratur untuk mendapatkan hasil yang lebih bagus.

Itulah beberapa bahan yang boleh putihkan ketiak hitam.

Ingatlah untuk sentiasa menggunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda dan menjaga kebersihan ketiak dengan teratur.

Elakkan pemakaian pakaian yang terlalu ketat yang boleh menyebabkan ketiak menjadi lebih hitam dan berminyak. 

Thursday 22 December 2022

Bukan Menyanyi Di Pentas Je Tapi Tokti Menyanyi Juga Waktu Melapor Kaji Cuaca

Siapa tak kenal dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang boleh ‘tapau’ semua genre lagu walaupun tengah live di media sosial.

Tapi kali ini lain pula jadi apabila penyanyi milik lagu Purnama Merindu muncul di stesen TV1 untuk membuat laporan kaji cuaca sehingga menjadi bualan ramai.

Kemunculan istimewa sebagai pelapor kaji cuaca hasil kerjasama bersama pihak MET Malaysia, beliau menggalas tugas tersebut dengan penuh dedikasi.

Tidak hanya melaporkan tapi siap bernaynyi lagu Badarsila lagi, jom lihat video ringkas yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna twitter.

Bagi yang ingin melihat bagaimana cara Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti menyampaikan laporan cuaca, boleh tonton video di bawah.

Mungkin bahagian MET Malaysia mengambil pendekatan ini untuk menarik minat orang ramai supaya mengikuti perkembangan laporan kaji cuaca dengan lebih kerap selepas ini.

Wednesday 21 December 2022

Bukan Hanya Di Pantai Timur, Cameron Juga Banjir Teruk!

Hari ini Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2023.

Ini kerana mengambilkira bencana banjir yang menimpa sebahagian negara antaranya di Kampung Raja, Cameron Highlands.

gambar keadaan banjir di cameron highland
Kredit gambar: Facebook @Penang Kini

Tidak hanya di bahagian pantai Timur tapi bahagian utara juga terkesan dengan hujan berpanjangan sehingga timbul masalah banjir.

Bagaimanapun menurut Utusan Malaysia Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands berkata, anggota bomba pergi ke lokasi kejadian pada jam 6.30 petang selepas menerima laporan mengenainya.

Kredit gambar: Facebook @Penang Kini

Hujan berterusan menyebabkan paras air sedikit meningkat membabitkan kawasan perumahan di Kampung Raja.

Banjir itu menyebabkan orang ramai di sebuah rumah meminta untuk dipindahkan.

Kredit gambar: Facebook @Penang Kini

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), A. Dilip Martin, dengan rasa kesal berkata, kejadian berlaku awal minggu ini adalah kali kedua selepas 18 November lalu.

Beliau percaya kejadian di Taman MCA, Kampung Raja ada kaitan dengan pembukaan sawah sayur berhampiran kawasan perumahan yang dinaiki air itu.

banjir di cameron 1
Kredit gambar: Facebook @Penang Kini

Sebelum ini, ladang sayur yang terlibat dalam Op Gading itu telah diarah ditutup.

Tanah di mana ladang sayur dahulunya telah dibersihkan untuk pembangunan baharu.

Tapi apabila lesen baharu ladang itu diberikan, didapati kawasan itu tidak sesuai untuk diusahakan.

banjir di kampung raja
Kredit gambar: Facebook @Penang Kini

Apabila hujan, air mengalir turun ke kawasan perumahan dan kebun sayur.

Penduduk bandar berhampiran amat bimbang dengan potensi tanah runtuh di kawasan itu, selain keadaan ketika ini musim hujan.

Kredit gambar: Facebook @Penang Kini

Dilip seterusnya berharap kerajaan negeri memandang serius kejadian itu termasuk menghentikan serta-merta pemberian lesen baharu aktiviti pertanian buat masa ini.

Hujan turun dengan sangat kerap sekarang ini amat berbahaya bagi penduduk yang tinggal di Kampung Raja.

Menerusi video yang tular di media sosial, situasi banjir tersebut terlihat seperti banjir “coklat”. 

Ramai penduduk di kawasan itu bimbang bencana berlaku kerana ia merupakan kawasan tanah tinggi.

Baru-baru ini, media melaporkan bahawa banjir berlaku di beberapa daerah di Pantai Timur kerana hujan lebat. Malah, jumlah mangsa banjir semakin meningkat.

Tuesday 20 December 2022

6 Busana Pengantin Artis 2022 Yang Boleh Follow Untuk Majlis Korang

Menggayakan busana elegan nan mewah untuk majlis ijab qabul atau majlis sanding adalah impian semua kaum hawa.

Lebih-lebih lagi majlis yang diraikan ini hanya sekali seumur hidup, pastinya keinginan untuk bergaya dengan busana pengantin yang cantik menebal dalam hati.

Apa yang menjadi masalah, busana yang bagaimana yang ikut trend fesyen terkini?

Jadi apa kata kita lihat baju kahwin selebriti 2022 yang mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal supaya anda juga tampak seperti artis atau bidadari.

Najwa Latif

Penyanyi Najwa Latif selamat bergelar isteri kepada penyanyi rap, Akwa Arifin dengan sekali lafaz pada 11 November 2022 dengan mas kahwin 2.5 gram.

Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup di Batu Pahat, Johor dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

Sweet Qismina

Pasangan pelakon, Adam Lee dan Sweet Qismina selamat diijab kabulkan pada 24 Oktober 2022 dengan sekali lafaz.

Kemudian, mengadakan majlis kahwin di sebuah dewan dengan bertemakan Disney Fairytale Songket Dress & Suit. Cantik kan?

Wany Hasrita

Dengan dua kali lafaz, penyanyi popular Wany Hasrita sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian.

Manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak. 

Zulin Aziz

Pelakon Zulin Aziz sah bergelar isteri kepada rakan niaganya Farhan Norzaini di Masjid Negara pada 20 Februari 2022.

Majlis pernikahan mereka berlangsung secara tertutup dimana hanya keluarga dan rakan terdekat saja dijemput.

Manakala majlis resepsinya dilakukan di sebuah dewan dengan mengikut prosedure operasi standard (SOP).

Heliza Helmi

Penyanyi Heliza Helmi sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan yang dikatakan jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Heliza Helmi yang juga seorang pelakon itu menggayakan sentuhan dari pereka fesyen Eja & Shahril untuk busana resepsi mereka.

Syifa Melvin

Macam Mana Nak Tahu Dia Jodoh Kita?

Memilih teman hidup sebenarnya agak sukar sebab bukan sehari dua kita nak luangkan masa bersama individu tersebut tapi selamanya.

Malangnya pencarian bagi sesetengah orang tidak sampai ke fasa pernikahan. Mudah kata, hubungan tersebut hanya persinggahan.

Tapi jangan risau kerana setiap orang telah dikurniakan pasangan cuma anda perlu cari. 

Bila tiba masa yang betul, pasti anda akan menemui jodoh anda yang serasi dan tepat.

Apa yang menjadi masalah, bagaimana kita tahu si dia adalah jodoh yang betul untuk kita?

Jadi kami senaraikan beberapa panduan yang boleh membantu anda memilih jodoh yang tepat.

Cari seseorang yang memahami anda

Mencari seseorang yang dapat memahami anda dan menghargai keperluan anda adalah penting dalam membina sesebuah hubungan jangka masa panjang.

Ini kerana sikap memahami sekaligus dapat timbulkan sikap tolak ansur dimana serba sedikit dapat membantu kesihatan mental untuk tempoh jangka masa panjang.

Bahkan, sikap ini dapat membantu mengharmonikan rumah tangga. Bayangkan jika tiada kefahaman antara dua insan pasti akan berlaku keretakan.

Perhatikan tingkah laku 

Apabila bercakap tentang kehidupan bersama orang tersayang, penting untuk memerhati pasangan kita dengan teliti terutama tingkah laku mereka.

Tapi secara dasar anda boleh baca identiti seseorang dengan melihat cara dia berpakaian, berkomunikasi, bergaul dan intonasi mereka berbual. 

Jika anda lihat tidak suka dengan penampilannya, itu bermakna dia bukan untuk anda tapi tak salah untuk berkenalan dengan melihat cara mereka berkomunikasi. 

Mana tahu, dari cara dia bergaul, berkomunikasi membuatkan anda rasa selesa pula dengan si dia jadi bersembang dahulu baru decide.

Selain itu, kita juga boleh meminta nasihat dan pandangan dari orang lain yang kita percayai seperti keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Dengar apa yang dia kata 

Apa yang seseorang katakan boleh memberitahu banyak hal apa yang ada di dalam hati mereka. 

Jika dia sering bercakap tentang masa depan dan merancang untuk bersama dengan anda, ini mungkin menunjukkan yang si dia merasakan anda adalah jodoh yang sesuai untuk dirinya.

Tanyakan kepada diri sendiri

Apakah anda merasa selesa dan tenang apabila bersama dia? 

Apakah anda merasa dia adalah seseorang yang anda boleh percaya? 

Adakah dia boleh membimbing anda menjadi seorang yang lebih?

Adakah dia seorang yang boleh menenangkan anda?

Jika jawapan itu ya, mungkin dia adalah jodoh anda.

Terima seadanya

Apa pun yang telah kita lakukan di masa lalu, dia tidak peduli tapi yang penting adalah siapa kita sekarang. 

Walaupun dia tahu bahawa kita pernah mempunyai kekasih sebelum ini, dia tidak terpengaruh olehnya.

Ini kerana dia tahu sekarang kita miliknya. Dia juga bersedia untuk berkongsi masa lalu dengan anda dan tidak menyembunyikannya. 

Senang bersama

Bersama-sama dengannya, kita merasakan kegembiraan yang tak terhingga. Tidak ada sedikit pun rasa jemu, bosan, atau tekanan.

Sebaliknya, cinta kita terhadapnya semakin menguat setiap hari. Kita selalu merasa tenang, gembira dan bahagia bersamanya, dan dia menjadi penghibur kita saat sedih.

Dia juga merasakan hal yang sama. Tapi saat berjauhan, kita merasa sangat rindu dan ingin bertemu dengannya.

Minat yang sama

Setiap orang mempunyai keperluan dan harapan yang berbeza apabila mereka berada dalam hubungan. 

Jadi, fikirkan tentang apa yang anda cari dalam pasangan dan lihat sama ada dia memenuhi keperluan anda atau tidak.

Jika anda dan pasangan berkongsi minat yang sama, lebih mudah untuk anda kekal bersama dan mempunyai hubungan yang kukuh.

Cara pergaulan dengan orang lain

Adakah dia seorang yang mudah bersahabat dan memahami orang lain, atau seorang yang egois dan tidak peduli dengan perasaan orang lain? 

Jika dia orang yang mudah bersahabat, mungkin dia adalah jodoh yang tepat untuk anda. 

Ini juga merupakan tanda yang dia mampu bekerjasama dan menghargai orang lain. 

Lihat bagaimana dia menangani masalah 

Masalah pasti akan muncul dalam setiap hubungan. Adakah dia seorang yang sabar dan tabah menghadapi masalah, atau dia selalu panik dan mudah putus asa? 

Jika dia seorang yang sabar dan tabah, mungkin dia adalah pasangan terbaik untuk anda.

Pada akhirnya, keputusan tentang siapa yang akan menjadi jodoh kita ada di tangan kita sendiri. 

Kita harus tahu apa yang kita inginkan dan apa yang sesuai dengan kepribadian kita. 

Jadi, jangan tergesa-gesa dalam mengambil keputusan dan pertimbangkan semuanya dengan baik. 

Lakukan solat istikarah dan berdoa kepada Allah untuk diberikan kejelasan dan petunjuk. 

Dengan cara ini, kita dapat  membuat keputusan yang tepat dan bahagia dengan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah. 

Jangan risau dan terus percayai bahawa Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita.

Jangan lupa, keredhaan orang tua dan kebahagiaan kita sendiri adalah yang paling penting.

Thursday 15 December 2022

Berlumuran Darah! Seorang Kanak-Kanak Menangis Tepi Mayat Ibunya

Semalam tular sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang berlumuran darah menangis di sisi mayat ibunya.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa tersebut berusia 30 tahun dan dipercayai disamun sebelum lehernya dikelar menggunakan objek tajam.

Sebelum insiden ngeri itu berlaku, mangsa dan anaknya berusia setahun dalam perjalanan ke rumah kakaknya terletak kira-kira 300 meter dari rumah sewanya.

Setelah tiba di lorong gelap, insiden mula berlaku di mana mangsa cuba melawan. Ketika itu rantai leher serta subang dirampas oleh penyamun.

Sehingga kini kejadian tersebut masih dalam siasatan dan difahamkan berlaku di hadapan bangunan terbiar di Kampung Titingan, Tawau, Sabah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kepada oang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh memaklumkan kepada bilik gerakan IPD Tawau untuk tindakan selanjutnya.

Monday 12 December 2022

Jangan Salah Beli Tin Ikan Sardin Dengan Tin Ikan Mackerel

Macam mana nak tahu perbezaan kedua-dua jenis tin ikan ni?

Bila nak pilih tin sardin dekat pasaraya, jangan salah ambil sebab ada dua jenis ikan yang digunakan oleh kebanyakan jenama syarikat pengetinan.

Antara jenis ikan yag diproses untuk pengetinan adalah Ikan Sardin dan juga Ikan Mackerel. Kalau salah beli, memang isteri atau ibu boleh moody, ihiks!

Bukan apa, jika perhatikan daripada bentuk tin sama saja saiz tapi kalau di lihat pada warna, perkataan, gambar dan label pada tin, anda akan jumpa perbezaan dua tin ikan ini.

Selain itu, ada lagi perbezaannya. Jom lihat apakah perbezaannya.

  • Cara proses

Malah, perbezaan kedua-dua jenis ikan tin bukan saja pada luaran tapi bahan pemprosesan pun berbeza.

Mana tidaknya, Ikan Mackerel dan Ikan Sardin bukan berada dalam kumpulan ikan yang sama, sudah semestinya cara proses juga lain.

Kalau proses sama, mungkin salah satu ikan mudah rosak.

  • Saiz ketulan ikan

Selain itu, perbezaan kedua-dua jenis ikan tin ni adalah saiz dan kuantiti ketulan ikan yang dimasukkan ketika proses pengetinan.

Kalau tin yang lebel ‘ikan sardin’, saiz ikannya agak kecil dan kuantiti lebih banyak iaitu 4 ketul.

Manakala tin yang label ‘ikan mackerel’, kuantiti agak sedikit iaitu 2 ketul saja tapi saiz ikan agak besar.

  • Rasa

Kalau sentuh bab rasa kedua-dua jenis ikan ini, sebenarnya lebih kurang je.

Cuma, kita sebagai pengguna boleh buat pilihan sama ada inginkan ketulan ikan yang banyak atau sedikit dan jenis ikan yang ingin dimasak.

Selepas ini jangan pelik bila kuantiti ikan dalam tin sikit atau banyak. Selamat membeli-belah!

Wednesday 7 December 2022

Miss Universe Malaysia Akan Peragakan Kostum Inspirasi Gunung Kinabalu Sabah

Pada yang masih tidak tahu Miss Universe merupakan pertandingan kecantikan tahunan antarabangsa yang diadakan oleh Miss Universe Organization.

Pertandingan ini diadakan pada setiap tahun jadi untuk pertandingan Miss Universe 2022 akan diadakan di New Orleans Morial Convention Center, Louisiana, United States pada 14 Januari 2023 tahun hadapan.

Persiapan peragaan Miss Universe tahun ini adalah kostum berinspirasikan Gunung Kinabalu, Sabah yang dipersetujui oleh organisasi Miss Universe Malaysia yang akan dipakaikan oleh Lesley Cheam.

Bagaimanapun sebelum itu pereka fesyen Hatta Dolmat mempersembahkan beberapa rekaan lain yang diilhamkan dari Wau Bulan dan Wayang Kulit.

Tapi, menurut Pengarah Nasional Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO), Elaine Daly, pemilihan kostum ini adalah kerana menyampaikan satu mesej progresif kepada masyarakat global.

Ditambah pula perincian batu jemeki yang melambangkan batuan granit yang tidak sebati dengan pembentukan Gunung Kinabalu serta warna-warna yang digunakan juga melambangkan kekuatan serta keyakinan.

Malah, dengan berat lebih 10 kilogram, kostum yang mengetengahkan ciri-ciri kelestarian alam semulajadi itu menggunakan fabrik terpakai iaitu poluethylene terephythalate (PET) yang digunakan untuk menghasilkan botol plastik serta pembungkus makanan.

Maksudnya, dalam kostum ini mereka juga mempromosikan fesyen kitar semula dalam usaha membantu pemanasan global yang semakin luar kawalan.

Dalam masa sama, kami juga menampilkan kemegahan Malaysia iaitu Gunung Kinabalu untuk disajikan di seluruh dunia.

Semoga wakil Miss Universe Malaysia, Lesley Cheam bawa balik kemenangan untuk Malaysia.

Monday 5 December 2022

“Kalau Betul Nak Zuriat, Saya Boleh Jadi Isteri Kedua,” – Izzue Islam Minta Jaga Hati Isteri

Siapa tak kenal dengan salah seorang penyanyi kacak dari kumpulan Forteen, Izzue Islam.

Seperti kita tahu, penyanyi lagu Muzik Tiduranku telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dengan pengurusnya sendiri, Nurinafilah Waharudin.

Cuma, rezeki tidak menyebelahi pasangan ini apabila sudah hampir satu dekad usia perkahwinan mereka, masih belum dikurniakan cahaya mata.

Apa yang mengejutkan dalam satu temubual, Izzue Islam membuka satu cerita tentang individu menerjah isterinya untuk menjadi isteri kedua ketika menghadiri sebuah event.

Difahamkan individu tersebut berbual seperti sudah lama berkenalan dan tiba-tiba menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua kepada Awin atas sebab ingin beri cahaya mata untuk pasangan tersebut.

Dalam kesempatan sesi temubual tersebut, Izzue sempat memberi nasihat kepada peminat tersebut agar menjaga hati isterinya.

Anda boleh tonton video di bawah untuk dengarkan cerita penuh dari Izzue sendiri.

@melodiberapi

Ada seorang perempuan datang dan tawar diri nak jadi isteri no2 dan nak bg anak untuk izzue.. ehhh zaman sekarang mmg ramai ke orang berani erkk… min pun takutttt!!! 😣😣 #melodi #tv3 #izzueislam #fypシ #sensasi #panas #fypage #kabinet #malaysia #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Melodi – Melodi

Biasalah, bila nama sudah dikenali, corak kehidupan akan menjadi tumpuan orang ramai tidak kira dari pakaian, pasangan, anak atau posting media sosial sekalipun.

Dalam pada itu, Izzue berkata meskipun belum dikurniakan cahaya mata, hubunagn dia dan isteri Awin Nurin tidak berbolak sedikit pun walaupun ada yang cuba melakukannya.

Semoga Izzue dan pasangan tabah dengan ujian ini dan kami doakan pasangan sejoli ini akan dikurniakan rezeki anak satu hari nanti.

Thursday 17 November 2022

15 Hotel Halal Di Malaysia 2022 (Konsep Islamik & Mesra Muslim)

Dalam anggaran kira-kira 60% penduduk di Malaysia beragama Islam. Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi sudah pastinya memiliki hotel halal Malaysia sebagai pelancongan mesra muslim.

Setiap bilik di hotel-hotel islamik ini dilengkapi dengan peralatan solat seperti sejadah dan Al-Quran.

Selain itu, kemudahan gimnasium, surau dan kolam renang turut disediakan berasingan bagi lelaki dan wanita.

Senarai hotel halal Malaysia

Anda inginkan hotel islamik yang bebas rokok, alkohol mahupun makanan dengan semakan status halal JAKIM?

Terdapat banyak muslim friendly hotel sekitar Malaysia dengan semakan status halal JAKIM dan memiliki sijil halal Malaysia yang sah tanpa diragui.

Berikut merupakan 15 hotel halal Malaysia dengan konsep islamik dan mesra muslim untuk anda menginap.

RAIA Hotel & Convention Centre Terengganu

Halal hotel di Terengganu

Alamat: Jalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 09-668 6666

hotel halal malaysia: 1
Sumber gambar: Raia Hotel & Convention Centre Terengganu

RAIA Hotel & Convention Centre Terengganu merupakan sebuah hotel islamik yang terletak dengan jarak kurang daripada 1 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

1a
Sumber gambar: Instagram @fyqamustafa

Restorannya menyajikan sajian hidangan Malaysia dan antarabangsa yang cukup menarik manakala biliknya dilengkapi dengan mesin kopi atau teh.

1b
Sumber gambar: Instagram @syafiqah34

Lain daripada itu, perkhidmatan concierge dan simpanan bagasi turut disediakan di muslim friendly hotel ini.

Perdana Kota Bharu

Halal hotel di Kota Bharu

Alamat: Jalan Mahmood, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Telefon: 09-745 8888

hotel halal malaysia: 2
Sumber gambar: Hotelbeds, Ruzila, Jim Tan

Perdana Kota Bharu merupakan hotel terkemuka di Kelantan yang mesra muslim di bawah kendalian Permodalan Nasional Berhad (PNB).

2a
Sumber gambar: Instagram @embunjb

Hotel islamik berkelas 5 bintang ini menyediakan kemudahan surau dan pusat kecergasan secara berasingan bagi lelaki dan wanita.

2b
Sumber gambar: Instagram @fazziqmuqris

Ia turut menawarkan bilik-bilik yang menarik iaitu deluxe classic, 6 accessible rooms, premier, deluxe premier dan deluxe suite.

Anda juga boleh makan di restoran dan menikmati segala kemudahan yang disediakan di hotel ini. Ekoran daripada telah mendapat semakan status halal JAKIM.

Adya Hotel Langkawi

Halal hotel di Langkawi

Alamat: No 1 PT 4001 Mukim Darul Aman Persiaran Mutiara 2 Mukim Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Telefon: 04-960 8000

hotel halal malaysia: 3
Sumber gambar: Hotels.com, Hotelbeds

Mengetengahkan konsep seni bina Maghribi, anda boleh menemui hotel islamik yang sesuai untuk pasangan muslim ini.

3a
Sumber gambar: Instagram @kufaizofficial

Adya Hotel Langkawi sememangnya tidak perlu diragui lagi yang telah tersenarai hotel halal JAKIM

3b
Sumber gambar: Instagram @hnihzrh_

Di setiap bilik penginapannya tersedia dengan Al-Quran, sejadah dan surau berasingan bagi lelaki dan wanita serta kolam renang khas wanita.

Selain itu, khidmat shuttle turut disediakan oleh pihak hotel untuk ke Masjid Aishah sejauh 2.6 km dari penginapan.  

Mardhiyyah Hotel & Suites

Halal hotel di Selangor

Alamat: No 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Telefon: 03-5511 8811

hotel halal malaysia: 4
Sumber gambar: Mardhiyyah Hotel & Suites, Hotels.com, kevin richard

Mardhiyyah Hotel & Suites berkelas 5 bintang ini pernah dikenali dengan nama Grand Bluewave Hotel sebelumnya.

4a
Sumber gambar: Instagram @hnihzrh_

Hotel dengan konsep islamik ini merupakan hotel pertama dianugerahkan Standard Kualiti Islam (IQS).

4b
Sumber gambar: Instagram @hnihzrh_

Setiap bilik penginapannya dilengkapi dengan peralatan solat dan Al-Quran bersama pemandangan indah dari Masjid Biru ataupun Garden City.

Bagi kemudahan pula diasingkan bagi lelaki dan wanita seperti kolam renang dan pusat kecergasan.

The Light Hotel Penang

Halal hotel di Seberang Jaya

Alamat: Lebuh Tenggiri 2, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

Telefon: 04-382 1111

hotel halal malaysia: 5
Sumber gambar: The Light Hotel (M) Sdn Bhd, Hotelbeds, Lobby

Berkonsepkan moden dan elegan serta berhampiran Masjid Negeri menjadikan The Light Hotel Penang juga menjadi tarikan pengunjung pasangan muslim.

5a
Sumber gambar: Instagram @faqrul_____

Pusat penginapan pelancongan mesra muslim ini menyediakan kemudahan kolam renang luaran serta kemudian perniagaan dan majlis.

5b
Sumber gambar: Instagram @naziraahhh

Ia juga tergolong di dalam senarai hotel halal JAKIM yang boleh anda menikmati makanan di restoran ini tanpa was-was.

Perdana Kuala Lumpur City Centre

Halal hotel di Kuala Lumpur

Alamat: 10, Lrg Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-7490 3333

hotel halal malaysia: 6
Sumber gambar: 10 Binjai Restaurant, Perdana Kuala Lumpur City Centre, Hotelbeds

Sama seperti hotel mesra muslim Perdana Kota Bharu, Perdana Kuala Lumpur City Centre dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

6a
Sumber gambar: Instagram @nursya_adilah

Di dalam semakan status halal JAKIM, ia diiktiraf sebagai Hotel Halal pertama di Malaysia pada tahun 2006.

6b
Sumber gambar: Instagram @aunimuthallib

Tambahan pula, ia turut dinobatkan sebagai hotel pertama Malaysia yang terima Sistem Pengurusan-Keperluan (QMS) MS1900:2005 dari Perspektif Islam.

Manakala bagi restoran utamanya iaitu 10 Binjai dan The 39 Restaurant turut tersenarai di dalam sijil halal Malaysia sejak 2009 lagi.

Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA

Halal hotel di Sepang

Alamat: Kompleks TH Sepang, Jalan Masjid Klia, 64000 Sepang, Selangor

Telefon: 03-8661 8661

hotel halal malaysia: 7
Sumber gambar: Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA, Docs On Vacay, Hotelbeds, Kervin Chong

Terletak berdekatan dengan lapangan terbang utama negara, Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA menjadi pilihan pengunjung untuk menunaikan umrah dan haji.

7a
Sumber gambar: Instagram @mr.tarm

Muslim friendly hotel ini memiliki 2 dewan konvensyen, bilik mainan luas dan sebanyak 17 bilik mesyuarat ditempatkan.

7b
Sumber gambar: Instagram @asmakadir_

Anda boleh menikmati 5 buah restoran yang disediakan oleh pihak hotel dengan sajian Timur Tengah.

The Pines Melaka

Halal hotel di Melaka

Alamat: 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka

Telefon: 06-240 2323

hotel halal malaysia: 8
Sumber gambar: THE PINES MELAKA (松閑), Hotelbeds, anita yana

Hotel pelancongan mesra muslim di The Pines Melaka dibina dengan gabungan gaya moden dan budaya Melaka lama.

8a
Sumber gambar: Instagram @nr_eizaty

Ia menyediakan surau yang berasingan bagi lelaki dan perempuan, restoran yang halal dan bilik bebas rokok.

8b
Sumber gambar: Instagram @nr_eizaty

Sekiranya anda memerlukan khidmat shuttle, ia juga menyediakan servis ke Jonker Street, Dataran Pahlawan.

Kemudahan 2 kolam renang luaran bersama air masin juga disediakan berserta khidmat sewaan basikal.

Dorsett Grand Subang Hotel

Halal hotel di Subang Jaya

Alamat: Jalan SS 12/1, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor

Telefon: 03-5031 6060

hotel halal malaysia: 9
Sumber gambar: Hotelbeds, Poolside Wedding – Night View, Dorsett Grand Subang, Hotelbeds

Berkedudukan strategik berhampiran dengan KL dan Putrajaya terletaknya Dorsett Grand Subang Hotel.

9a
Sumber gambar: Instagram @syahidahabuani

Hotel dengan konsep Islamik ini indah dengan rekaan bentuk artistik, gaya moden serta elemen budaya yang diterapkan.

9b
Sumber gambar: Instagram @hanisahaf

Bagi bilik penginapan yang disediakan lengkap dengan bilik solat berasingan lelaki dan wanita berserta sejadah.

Selain itu, sajian makanan dengan bufet sarapan, makan tengahari dan makan malam juga disediakan di sini.

Hotel Seri Malaysia Taiping

Halal hotel di Taiping

Alamat: Jln Sultan Mansor, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak

Telefon: 05-806 9502

hotel halal malaysia: 10
Sumber gambar: Hotelbeds, RAMDHE MASTERS, Abang Yunus1, Hotels.com

Hotel Seri Malaysia Taiping sesuai sebagai pelancongan mesra muslim kerana terletek berdekatan Taiping Mall dan Taman Tasik Taiping.

10a
Sumber gambar: Instagram @najihahabdullah

Pelbagai pilihan makanan halal berserta sijil halal Malaysia yang anda boleh menikmati tanpa ragu-ragu tentang status halalnya.

10b
Sumber gambar: Instagram @mhadi.mail

Selain itu, bilik permainan turut terdapat di sini bagi anda yang membawa anak-anak kecil bercuti.

Traders Hotel Kuala Lumpur

Halal hotel di KLCC

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Telefon: 03-2332 9888

hotel halal malaysia: 11
Sumber gambar: Traders Hotel Kuala Lumpur, Hotels.com

Sebuah hotel bertaraf 4 bintang iaitu Traders Hotel Kuala Lumpur menjanjikan penginapan yang bersih dan selamat.

11a
Sumber gambar: Instagram @mirzanajia

Di samping itu, bagi setiap bilik yang disediakan ditandakan arah kiblat bagi memudahkan pengunjung untuk menunaikan solat.

11b
Sumber gambar: Instagram @azlieynaeppy

Anda boleh mendapat akses terus ke hotel ini melalui Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas. Selain makanan yang disajikan halal, kolam renang juga diasingkan bagi lelaki dan wanita.

De Palma Hotel Ampang

Halal hotel di Ampang

Alamat: De Palma Ampang, Palm Square, Jalan Selaman 1/2, Ampang Point, Selangor, 68000 Ampang Jaya

Telefon: 03-4270 7070

hotel halal malaysia: 12
Sumber gambar: agoda.com

De Palma Hotel Ampang adalah sebuah hotel yang dimiliki oleh De Palma Manangement Services Sdn. Bhd.

12a
Sumber gambar: Instagram @cyrenapanai

Hotel islamik ini ditubuhkan sejak tahun 1996 dengan cawangan Shah Alam dan Kuala Selangor.

Tambahan pula, ia merupakan hotel pertama di Malaysia yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di Surau Nurul Hikmah.

12b
Sumber gambar: Instagram @natasya.frhn

Bilik-bilik penginapan dilengkapi dengan Al-Quran, telekung dan sejadah. Restoran The Rumbia dan The Sports Kopitiam telah diiktiraf halal oleh JAKIM.

The Wembley – A St Giles Hotel Penang

Halal hotel di Georgetown

Alamat: 183, Jalan Magazine, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Telefon: 04-259 8000

hotel halal malaysia: 13
Sumber gambar: Hotelbeds, Hotels.com, The Wembley – A St Giles Hotel, Penang

Mencari hotel mesra muslim di sekitar Penang? Anda boleh menginap di The Wembley – A St Giles Hotel Penang

13a
Sumber gambar: Instagram @eddy.s05

Hotel ini menyediakan sejadah di setiap bilik penginapan, restoran halal dan parkir secara percuma.

13b
Sumber gambar: Instagram @jj_zheng_zx

Antara tarikan pelancongan yang anda boleh pergi seperti Komtar, Prangin Mall dan Penang Peranakan Mansion.

Tambahan pula, anda boleh menikmati DSRT Sky Room View Penang.

Silka Maytower Hotel, Kuala Lumpur

Halal hotel di Jalan Munshi Abdullah

Alamat: 7, Jalan Munshi Abdullah, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2602 8388

hotel halal malaysia: 14
Sumber gambar: Silka Maytower, Booking.com, Hotels.com, Mostafa Mahmoudi

Meskipun Silka Maytower Hotel hanyalah bertaraf 3 bintang, namun suasanya tidak ubah seperti hotel mewah.

14je
Sumber gambar: Instagram @chef_hafiz90

Ia juga tersenarai sebagai hotel halal JAKIM dengan makanan yang halal tanpa diragui dan bebas alkohol.

Selain itu, muslim friendly hotel menyediakan kelengkapan sejadah dan penanda arah kiblat bagi memudahkan para tetamu.

Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

Halal hotel di Jalan Sultan Ismail

Alamat: 11, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2032 2388

15
Sumber gambar: Shangri-La Kuala Lumpur, Avrilios Mandoras, GIATA

Shangri-La Hotel Kuala Lumpur amatlah mudah diakses kerana terletak betul-betul di tengah bandar KL.

15a
Sumber gambar: Instagram @daushusny

Hanya 5 minit berjalan kaki yang diperlukan untuk ke Menara KL dan Menara Berkembar Petronas.

15b
Sumber gambar: Instagram @coachvaenu

Selain kemudahan solat, bilik-biliknya dihias mewah dan elegan dengan pemandangan bandar yang jelas kelihatan dari tingkap-tingkap yang besar.

Tambahan pula, servis shuttle ke lapangan terbang turut disediakan untuk kemudahan pengunjung.

loading...