loading...

Thursday 31 March 2022

Luahan Erra Fazira Terpisah Dengan Anak! Inilah Kisah Disebalik Perceraian

Rate this post

Erra Fazira adalah satu nama yang sangat popular di Malaysia. Penyanyi dan pelakon ini telah memenangi banyak anugerah seperti Pelakon Filem Paling Popular dan Pelakon Filem Wanita Terbaik.

Namanya sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air.

Sebelum ini, Erra Fazira telah menjadi tetamu jemputan untuk sebuah rancangan berjudul Di balik Idola. Erra telah berkongsi kisah disebalik pengalaman hidup dan kisah peribadinya bersama para penonton.

Walaupun semua pertunangan dan perkahwinannya gagal, episod itu diambil sebagai pengalaman berharga dalam hidupnya.

Sementara itu, pelakon filem Maria Mariana itu turut berkongsi yang paling menyedihkan ketika itu apabila dia terpaksa berpisah dengan anak tersayang.

“Orang tak tahu, orang ingat kenapa dia ni berpisah tak nak ambil anak? Ada kisah disebalik kejadian itu dan tidak ada ibu yang nak berpisah dengan anak.

“Biarlah orang kata kita berkorban untuk kebahagiaan anak. Yang penting anak bahagia.” katanya.

“Anak saya wajib terima kasih sayang daripada kedua orang ibu bapanya. Walaupun salah seorang akan sakit. Jadi, dalam hal ini, saya sakit tidak mengapa, asalkan anak saya bahagia. Pada masa sama, Erra turut mengakui dia lebih rela melihat kebahagiaan anak dengan menerima kasih sayang daripada semua pihak.

“Saya dapat bersama anak dalam seminggu tu , dua hari. Sehingga ke hari ini, bila terpisah dengan anak, saya akan menangis. Ia bukan perkara yang mudah tetapi demi kebahagiaanmu anak, ibu korbankan. Biar dia terima kasih sayang yang secukupnya.

“Saya yakin Allah itu adil. Saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya tapi baik di masa hadapan,” jelas Erra panjang lebar.

The post Luahan Erra Fazira Terpisah Dengan Anak! Inilah Kisah Disebalik Perceraian appeared first on Aliff Channel.

Begini Cara Mohon Bantuan Laptop Percuma Untuk Pelajar IPT B40

Rate this post

Semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari golongan B40 boleh memohon laptop (komputer riba) atau tablet percuma untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran.

Pelajar yang ingin memohon menerusi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini perlu memenuhi kriteria atau syarat asas yang ditetapkan, merangkumi beberapa perkara.

Pertama, pelajar merupakan seorang penuntut di IPT awam dan swasta, Kolej Komuniti dan kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), termasuk mereka yang baru menerima tawaran masuk ke universiti.

Kedua, pelajar adalah dari golongan miskin dan B40 dengan pendapatan ibu bapa tidak melebihi RM4,850 sebulan.

Permohonan boleh dibuat secara online (dalam talian) bermula 15 April ini menerusi satu portal yang akan dibuka oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (akan dikemaskini).

Terdahulu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan perkara tersebut dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada 17 Mac.

Ia bagi membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

Menurut beliau, sebanyak 400,000 pelajar seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada program itu.

Annuar berkata pelaksanaan program itu akan dikawal selia oleh satu unit di bawah kementerian dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan KPT, dengan fasa pertama ‘roll-out’ program itu dijangka seawal Jun ini.

“Permohonan kepada mereka yang layak berasaskan satu pangkalan data telah terkumpul dan sekiranya ada data yang tidak lengkap dan nama tercicir maka satu proses rayuan akan dibenarkan.

“Kita berharap ia juga akan mendapat kerjasama untuk dibuat pengesahan dan sokongan oleh Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri, pegawai daerah dan pegawai universiti bagi memastikan tiada yang tercicir untuk mendapat kemudahan ini.

Jelasnya, peranti yang akan diberikan secara percuma itu juga akan dipastikan berkualiti dan setara dengan beberapa ciri khusus termasuklah kapasiti minimum tidak kurang 4RAM selain dibekalkan bersama aksesori lain seperti papan kekunci.

Beliau turut mencadangkan 10 peratus daripada jumlah PerantiSiswa Keluarga Malaysia itu diagihkan kepada pelajar mengikut kes tertentu.

“Sekiranya ada kapasiti dan ada lebihan (peranti), kita akan simpan untuk kes-kes yang tertentu, misalnya pelajar miskin dan pelajar amat miskin tapi tidak termasuk dalam kategori program Ijazah, Diploma dan sebagainya.

“Kes lain pelajar lepas ijazah, ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang tidak mampu atau dia pelajar program pensijilan tertentu tapi benar-benar datang daripada keluarga miskin. Selain itu, kategori pelajar yang dia tak miskin tapi terjejas akibat bencana, itu boleh juga dipertimbangkan,” katanya.

The post Begini Cara Mohon Bantuan Laptop Percuma Untuk Pelajar IPT B40 appeared first on Aliff Channel.

Tanam 17 Pokok Ganja, Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Rate this post

Seorang penyanyi nasyid dan komposer lagu, yang dikenali sebagai Muhammad Yasin Sulaiman, 47 ditahan kerana disyaki terlibat dengan satu kes berkaitan dadah telah dihadapkan ke mahkamah pada hari ini (31 Mac).

Memetik laporan Sinar Harian, penyanyi nasyid tersebut telah didakwa di Mahkamah Seksyen dan Majistret di Petaling Jaya, bagi dua pertuduhan menanam 17 pokok dipercayai ganja dan mengedar dadah jenis sama pada minggu lalu.

Mengaku tidak bersalah

Tertuduh didakwa menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah yang diperoleh secara langsung atau tidak.

Yasin Sulaiman bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Kesalahan yang didakwa dilakukan penyanyi itu di sebuah unit kondominium di Kota Damansara pada jam 5.30 petang, 24 Mac.

Kesalahan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang membawa kepada hukuman penjara seumur dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Yasin Sulaiman turut didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu jenis ganja yang dianggarkan seberat 214 gram.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB serta boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama.

Seksyen tersebut menetapkan sekiranya sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu sebatan tidak kurang daripada 15 kali sebatan.

Pendakwaan itu telah dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Selangor, Mohammad Al-Saidi Hashim manakala penyanyi itu diwakili peguamnya Yusmadi Yusoff.

‘Sampaikan salam pada YB Syed Saddiq’

Menerusi video yang dimuat naik oleh Bernama, ketika ditemui Yasin Sulaiman, beliau turut menghantar salam kepada Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan berpesan minta segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di parlimen.

The post Tanam 17 Pokok Ganja, Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati appeared first on Aliff Channel.

Usia 22, Aisar Khaled Berjaya Beli Kondominium Mewah RM1 Juta Dekat KLCC

Berjaya membeli rumah sendiri pada usia 22 tahun, perkongsian personaliti media sosial, Aisar Khaled menjadi perhatian ramai.

Memetik mStar Online, Aisar berkata, kondominium mewah RM1 juta yang dibelinya itu terletak di tengah-tengah pusat Kuala Lumpur.

“Syukur Alhamdulillah rezeki saya miliki rumah ini, perasan sangat gembira dan terharu sebab tak sangka dapat beli sebuah rumah di usia yang masih muda.

“Sejujurnya bangga dengan diri sendiri selepas melalui pelbagai cabaran termasuklah mencari rezeki diusia 17 tahun.

“Saya mula dengan seronok-seronok main Instagram, kemudian berlakon dan kini buat bisnes. Saya anggap semua ini rezeki dari Allah untuk saya dan keluarga,” katanya.

Berkongsi mengenai perniagaannya, Aisar berkata, dia membuka syarikat berasaskan pelaburan bagi membantu golongan muda.

“Ini perniagaan saya sendiri. Tujuan saya jalankan bisnes ini untuk bantu anak muda berjaya dan miliki harta di usia muda,” katanya.

Sebelum ini, Aisar dilihat ada memuat naik video di Instagram memaparkan dirinya meninjau rumah baru yang dibelinya itu.

The post Usia 22, Aisar Khaled Berjaya Beli Kondominium Mewah RM1 Juta Dekat KLCC appeared first on Aliff Channel.

Wednesday 30 March 2022

Tips Menurunkan Berat Badan Semasa Puasa Ramadhan

Rate this post

Puasa di bulan Ramadhan telah terbukti bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Namun, jika anda ingin menggunakan peluang untuk berpuasa sekaligus untuk menurunkan berat badan.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan semasa berpuasa. Mari kita cuba!

Berbuka puasa dengan menu seimbang

Pada bulan Ramadhan, metabolisma badan menjadi perlahan sehingga keperluan tenaga badan secara automatik berkurangan. Semasa anda mendekati waktu berbuka puasa, anggap ianya sebagai makan malam biasa yang anda makan sepanjang tahun.

Setelah berbuka puasa, jangan terus menikmati juadah tersebut, sebaliknya berehat, solat, tunggu beberapa minit kemudian barulah sambung makan.

Elakkan makanan bergoreng

Faktor utama yang menjadi punca semua kenaikan berat badan semasa Ramadan adalah makanan berminyak.

Makan makanan bergoreng tinggi kalori dan rendah nutrisi. Ada banyak pilihan sihat untuk dipilih daripada makan makanan bergoreng yang menjadi ciri khas di bulan Ramadan.

Jangan melewatkan sahur

Pada bulan Ramadhan, sahur menggantikan sarapan pagi. Melambatkan sahur adalah pilihan yang berisiko kerana anda akan mudah rasa lapar sepanjang hari yang akan mengakibatkan anda makan berlebihan semasa berbuka puasa dan itu adalah sesuatu yang perlu dielakkan untuk meneruskan perjalanan penurunan berat badan anda.

Kurangkan gula

Satu sebab utama kenaikan berat badan semasa Ramadan ialah gula yang diambil sepanjang bulan daripada minuman dan gula-gula yang sarat dengan gula.

Perkara terbaik yang perlu dilakukan ialah mengelakkan gula yang diproses kerana ia adalah perkara terakhir yang anda perlukan dalam badan anda jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan atau tidak menambah berat badan semasa Ramadan.

Gula sentiasa boleh digantikan dengan makan makanan yang kaya dengan gula semulajadi seperti buah-buahan, buah-buahan kering dan madu.

Hadkan pengambilan garam

Garam mudah untuk badan jadi dehidrasi, oleh itu pilihan terbaik adalah untuk mengelakkan makan makanan yang mempunyai banyak garam di dalamnya. Pengambilan garam membuat anda dahaga dan juga menjejaskan keupayaan badan anda untuk mencerna dan menyerap cecair.

Reka bentuk latihan selama tiga puluh minit

Di bulan Ramadhan, ramai yang tersentuh hati untuk menyesuaikan diri dengan rutin baharu. Kurang tidur juga cenderung menjejaskan minda dan badan.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk melakukan beberapa jenis aktiviti fizikal seperti berjalan pantas atau senaman ringkas yang akan memastikan badan sentiasa aktif dan mengelakkannya daripada menjadi terlalu letih atau malas.

The post Tips Menurunkan Berat Badan Semasa Puasa Ramadhan appeared first on Aliff Channel.

27 Tempat Menarik Di KL Yang Best (Terkini 2022)

Rate this post

Di waktu cuti atau hujung minggu, untuk berehat sebentar dari realiti hiruk-pikuk kehidupan di kota, sudah pasti kita akan mahu pergi berjalan-jalan, untuk rekreasi atau mencari tempat percutian menarik yang boleh menenangkan jiwa mahupun aktiviti bersantai bersama keluarga. Cadangan tempat menarik di KL ini bagus untuk anda.

Jangan risau, di kotaraya Kuala Lumpur, ada banyak tempat penginapan disediakan buat pengunjung yang mahu ke sini. Ada pelbagai tempat jalan menarik sama ada di kawasan yang ada banyak bangunan sehinggalah ke tasik.

Apa tempat menarik di Kuala Lumpur

Ingin tahu tempat lawatan menarik dan cantik yang sering disebut-sebut ramai di Kuala Lumpur dan malah di Selangor? Berikut ini kami senaraikan beberapa tempat menarik untuk lepak yang anda harus kunjungi untuk short getaway di KL.

KL Sentral

Tempat menarik di KL guna LRT

Sumber foto: KLIA2.info

KL Sentral yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur, memudahkan perjalanan untuk pengunjung untuk berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur.

Jika anda tiada kenderaan sendiri, semua kemudahan, pengangkutan awam ada tersedia di KL Sentral Station dari LRT, monorel, MRT, kereta api, ERL, ETS, kereta sewa, teksi malah bas.

KL Sentral adalah hab pengangkutan berpusat di Kuala Lumpur. Perjalanan lebih mudah dan jika anda mahu ke lapangan terbang tanpa mahu menempuhi kesesakan lalu lintas, KLIA transit juga tersedia.

Di KL Sentral ini juga tempatnya sebuah bangunan bernama Nu Sentral.

Di KL Sentral dan Nu Sentral ini, untuk bergambar kenang-kenangan di instagram. Tangga Nu Sentral ni antara tangga yang agak ikonik kerana rekaannya yang unik, cantik dan terletak menhubungkan KL Sentral dan Nu Sentral.

Sila datang pada awal pagi, jika anda mahukan gambar yang cantik untuk instagram anda sewaktu orang ramai tiada.

Bila dah penat bergambar, anda boleh berehat santai di food court dengan pelbagai pilihan makanan yang terletak di dalam bangunan Nu Sentral.

Pavilion KL

Tempat menarik untuk dating/honeymoon di KL

Sumber foto – Edgeprop.my

Pavilion yang terletak di Kuala Lumpur mula dibuka pada 20 Setember 2007 yang lalu dan dibina sebagai pusat memberi-belah terkemuka di Kuala Lumpur.

Pavilion Kuala Lumpur dibina pada tapak Sekolah Perempuan Bukit Bintang iaitu sekolah tertua di Kuala Lumpur yang telah berpindah ke Cheras dan diberi nama Sekolah Seri Bintang Utara pada 2000.

Terbahagi kepada dua, Pavilion Shopping Centre mempunyai 7 tingkat dan Pavilion Elite dengan 10 tingkat.

Terdapat 450 buah kedai di sini. Selain itu, banyak jenama terkenal antarabangsa dan domestik yang anda boleh lihat di sini seperti Parkson, Big Apple, Terpan Yaki dan lain-lain.

Selain daripada kedai, anda juga boleh dapati restoran, panggung wayang, karoke, salon kecantikan, spa dan lain-lain. Tingkat 7 di Pavilion Kuala Lumpur pula dipenuhi dengan barang-barangan untuk wanita. Menjadikan tempat untuk dating atau ber-honeymoon.

Tambahan pula, pada tahun 2009 pusat membeli-belah ini telah memenangi “Malaysian Tourism Award” untuk pusat membeli belah paling inovatif dengan memenangi 15 anugerah.

Bukit Bintang KL

Tempat menarik hujung minggu di KL

Sumber foto – zafigo.com

Satu nama tempat yang sinonim bila disebut Kuala Lumpur. Sebabnya, bukit bintang terletak di tengah-tengah tumpuan warga kotaraya Kuala Lumpur.

Terokai sembilan pusat membeli-belah ikonik di kawasan itu, yang menyediakan pelbagai jenis jenama tempatan dan seluruh dunia.

Bukit Bintang atau nama lainnya Bintang Walk atau Starhill, adalah pusat beli-belah dan hiburan Kuala Lumpur, Malaysia.

Selain itu, Bukit Bintang dihubungkan dengan baik melalui laluan pejalan kaki berbumbung dan sistem pengangkutan awam yang maju.

Daerah beli-belah Bukit Bintang meliputi Jalan Bukit Bintang dan kawasan berhampiran. Kejiranan ini telah lama terkenal di Kuala Lumpur, dengan banyak pusat membeli-belah terkenal, kafe al-fresco, bar mewah, pasar malam dan kedai makan ala penjaja.

Kejiranan ini popular dengan pelancong dan penduduk tempatan, terutamanya dengan remaja.

KLIA

Tempat menarik di KLIA

KLIA-Lapangan-terbang-antarabangsa
Sumber foto – iStock

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, disingkatkan sebagai KLIA, adalah lapangan terbang antarabangsa utama Malaysia dan salah satu yang paling sibuk di rantau ini.

KLIA adalah lapangan terbang terbesar dan paling sibuk di Malaysia. Pada 27 Jun 1998, lapangan terbang KLIA ini dibuka secara rasmi.

Selain itu, KLIA telah menerima pelbagai anugerah daripada organisasi antarabangsa seperti Skytrax dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa sejak penubuhannya pada 1998.

Kerana rangkaian kemudahan dan perkhidmatannya yang luas dan profesional, KLIA memperoleh penghormatan ini.

KL Tower/Menara kl

Tempat aktiviti menarik di KL

Sumber foto – iStock

KL Tower ialah menara telekomunikasi ketujuh tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara. Menara KL merupakan struktur tertinggi di Malaysia dan berdiri pada ketinggian 421 meter di tengah-tengah Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia.

Selain itu, menara ini terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia, dan menyediakan gabungan unik pengalaman budaya, pengembaraan dan alam semula jadi yang tidak boleh ditemui di tempat lain di dunia.

Tarikan utama pelancong di Menara KL ialah Sky Deck. Ia terletak pada ketinggian 300 meter dan Sky Deck memberikan pemandangan indah siang dan malam latar langit bandar raya Kuala Lumpur.

Di KL Tower Sky Box, tidak seperti Menara Petronas dan anda boleh menikmati pengalaman yang mendebarkan dengan melihat melalui lantai lutsinar. Anda boleh menempah tiket di laman Klook serendah RM28.

Pemandangan panorama Kuala Lumpur adalah peluang sekali dalam seumur hidup untuk pengunjung. Dari puncak Menara KL, nikmati pemandangan bandar yang unik dan tidak terhad.

Petrosains

Tempat menarik untuk kanak/budak/anak di KL

tiket petrosains
Sumber foto – Klook

Selain daripada menjadi muzium interaktif untuk kanak-kanak dengan citarasa yang canggih, Petrosains merupakan yang terbesar dan paling mengagumkan di Malaysia. Kebanyakan pameran di muzium ini boleh dipegang, disentuh dan dimainkan oleh anak anda.

Pelbagai pengalaman boleh didapati, daripada bekerja di pelantar minyak kepada menggunakan simulator helikopter kepada memandu kereta lumba Formula 1. Di bawah satu bumbung, terdapat segala-galanya yang mungkin anda inginkan.

Selain itu, terdapat banyak model interaktif untuk diterokai oleh anak anda. Lawatan hendaklah dielakkan semasa cuti sekolah. Untuk masuk dan keluar dari Petrosains, anda mungkin perlu menunggu sehingga satu jam serta boleh menempah tiket dari awal.

Waktu operasi Petrosains Kuala Lumpur ialah dari hari Selasa hingga ahad: 09:30 – 17:30. Manakala, harga tiket Petrosains bermula dari RM7.50 untuk kanak-kanak.

Aquaria KLCC

Tempat menarik di KL untuk keluarga

aquaria-klcc-wikipedia
Sumber foto – wikipedia

Terokai dunia kehidupan laut yang menakjubkan dan libatkan diri dalam pengembaraan akuatik yang mendebarkan. Harga tiket Aquaria ini bermula dari RM52 untuk dewasa dan RM42 untuk kanak-kanak.

Aquaria KLCC menawarkan perjalanan yang luar biasa di mana anda boleh belajar tentang hidupan marin sambil berjalan melalui terowong akuarium sepanjang 90 meter yang dikelilingi oleh ratusan ikan — ikan pari, jerung dan makhluk lain akan berenang tepat di atas kepala anda!

Bawa anak kecil anda bersama-sama untuk membiasakan mereka dengan hidupan akuatik di Kolam Sentuhan, yang menampilkan batu karang, sulaiman dan banyak lagi.

Anda juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti Cage Rage, yang membolehkan anda menyelam ke dalam tangki dan bangun dan peribadi dengan Jerung Harimau Pasir yang legenda!

Jika anda ingin belajar tentang kehidupan laut tanpa basah, ini adalah tempat menarik di KL untuk anda!

99 Wonderland Park

Tempat outdoor/indoor menarik di KL

99 Wonderland Park
Sumber foto – Rilekslah.com

Adakah anak-anak anda sukakan dinasour? Jika ya, jom ke 99 Wonderland Park, tempat berjalan menarik yang berdekatan Batu Caves.

Selain bergambar dan meluangkan masa bersama keluarga, anda boleh menghilangkan stress dengan berkunjung ke tempat menarik di Selangor dan KL ini.

Antara tarikan lain di sini termasuklah Wild Island, Zoo Light, LED Eiffel Tower, Panda Street, Dinosaur Park dan banyak lagi.

Pelbagai aktiviti menarik di 99 Wonderland Park seperti Train, Carousel Madagascar, Petting Session, Cruise, dan Paddle Boat. Pada waktu malam, pengunjung akan melihat pemandangan yang menarik dan cantik dengan lampu LED.

Suria KLCC

Tempat menarik shopping(membeli belah) di KL

Sumber foto – Shutterstock withGod

Suria KLCC ialah pusat membeli-belah enam tingkat yang terletak di dalam kompleks KLCC yang besar, yang turut menampilkan Menara PETRONAS yang mengagumkan.

Bangunan ini menawarkan pelbagai pilihan tempat makan, termasuk medan selera, serta kedai, mainan tunggangan, teater, pasar raya dan pelbagai kemudahan lain.

Pengunjung boleh makan di medan selera rasa di tingkat atas pusat membeli-belah, yang menyajikan makanan yang baru disediakan dari seluruh Malaysia. Apabila pengunjung makan di meja berhampiran tingkap, mereka boleh menikmati pemandangan bandar yang menakjubkan.

Selain itu, pengunjung juga boleh meneliti deretan penjual cenderahati. seni dan kraf, yang menjual barangan mereka dari troli, di tingkat bawah bangunan.

Masjid Jamek

Tempat menarik di KL percuma

masjid-jamek-KL
Sumber foto – iStock

Masjid Jamek merupakan salah satu masjid tertua di negara ini yang dibina pada awal 1900-an.

Masjid ini menarik ramai pelancong kerana gaya seni bina Moorish serta lokasinya, iaitu di pertemuan sungai Klang dan Gombak.

Pengunjung juga dialu-alukan untuk melawat masjid tetapi anda perlu memakai pakaian yang sesuai. Anda boleh menikmati pemandangan perairan sekitar yang menakjubkan.

Ramai pendakwah dan pemimpin agama terkenal telah melawat masjid ini selama bertahun-tahun, dan masjid ini mempunyai sejarah sebagai tempat ibadat Muslim utama di bandar Kuala Lumpur untuk jangka masa yang panjang.

Dinner In The Sky Malaysia

Tempat makan view menarik di KL/ tempat makan pemandangan menarik di KL

dinner-in-the-sky-9
Sumber foto – klook

Anda boleh menikmati hidangan enak sambil merasai seperti tergantung di langit.

Pengunjung akan dinaikkan di mana-mana antara 50 dan 100 meter ke udara bergantung kepada cuaca sebelum dihidangkan makan malam.

Selain itu, anda dapat menikmati pemandangan indah Bandaraya Kuala Lumpur tanpa halangan 360 darjah dari lokasi ini sambil makan di restoran tergantung.

Tempat makan menarik ini akan menjadi memori penuh bermakna buat pasangan ketika makan malam di Dinner In The Sky.

District 21, IOI City Mall

Tempat outdoor/indoor menarik di KL

Ioi-District-KL
Sumber foto – Times Out

Pada pendapat anda, apakah yang boleh anda bawa ke District 21? Anda perlu memakai kasut sukan, stokin dan sarung tangan (datang bersama tiket masuk).

Kadar tiket pada hari minggu ialah RM68 seorang, manakala RM85 seorang semasa cuti sekolah, hujung minggu yang panjang dan cuti umum.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa permainan berakhir pada pukul 8 malam, dengan beberapa permainan berakhir seawal pukul 6 petang. atau 6.30 ptg. Permainan ini memerlukan kekuatan tenaga fizikal.

Tempat menarik di selangor dan kl ini menampilkan sepuluh tarikan utama dan lapan ruang majlis. Selain itu, District 21 sesuai untuk aktiviti pembinaan pasukan korporat, lawatan kumpulan sekolah dan sambutan hari lahir.

Tempat ini juga menyediakan aktiviti untuk pengunjung dari semua peringkat umur yang membolehkan mereka memanjat, melompat, menunggang, meluncur dan terbang.

Taman Burung Kuala Lumpur

Tempat menarik hujung minggu di KL

fb-taman-burung
Sumber foto – Facebook KL Bird Park

Taman Burung Kuala Lumpur menempatkan lebih 3,000 burung dan mewakili lebih 200 spesies. Sekitar 90% adalah burung asli, manakala 10% berasal dari negara seperti Australia, Belanda, Indonesia, Thailand. China, dan New Guinea, Tanzania.

Lokasi yang menarik di Kuala Lumpur di mana anda boleh meluangkan masa atau menyertai aktiviti mentyeronokkan bersama orang tersayang. Tambahan lagi, anda boleh belajar tentang pelbagai spesies burung yang terdapat di seluruh dunia.

Anda boleh memanfaatkan pelbagai kemudahan di taman ini termasuk medan selera, tandas awam dan surau. Bird Watching antara aktiviti yang boleh anda lakukan serta mengenali pelbagai spesies burung yang terdapat di taman burung.

Selain itu, anda boleh bergambar bersama burung dan beri makan burung.

Berjaya Times Square

Tempat outdoor/indoor menarik di KL

tempat menarik di KL Berjaya Times Square
Sumber foto – Klook.com

Taman tema seluas 133,000 kaki persegi ini merupakan taman tema pertama dan terbesar di Malaysia yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Stesen Galaxy dan Taman Fantasi ialah dua bahagian taman tema ini. Bahagian tersebut menawarkan pelbagai pilihan permainan yang menghiburkan dan mendebarkan.

Disebabkan taman tema ini terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, kawasan ini agak sesak terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.

Untuk mengelakkan kesesakan jalan raya, anda boleh menaiki pengangkutan awam dan turun di Stesen Monorel Imbi.

Petaling Street

Tempat menarik shopping (membeli belah) di KL

petaling-street-
Sumber – iStock

Petaling Street ialah tempat popular untuk pelancong dan penduduk tempatan yang mencari tawaran murah, dengan ratusan peniaga menawarkan apa sahaja daripada beg tangan mewah hingga mi nasi goreng tradisional.

Walaupun anda boleh membeli apa-apa sahaja daripada permata dan kemenyan kepada mainan dan kemeja-t di pasar malam ini, tarikan utama tempat ini adalah dengan hanya merayau-rayau dan menikmati pemandangan.

Terdapat banyak makanan lazat untuk dipilih; beberapa restoran di sini telah beroperasi selama berabad-abad.

Walaupun anda tidak membelanjakan satu sen pun, anda dijamin pengalaman yang luar biasa di sini.

Mini Zoo Menara Kuala Lumpur

Tempat menarik di KL untuk keluarga

tempat menarik zoo mini menara KL
Sumber foto – Klook

Zoo ini mempunyai sehingga 60 jenis binatang dan lapan zon haiwan. Daripada spesies kura-kura terbesar di dunia sehinggalah spesies kuda terkecil ada di zoo ini.

Pengunjung juga dapat melihat meerkat, liama, wallaby dan banyak lagi. Namun begitu, di sini tiada zirafah, panda atau gajah. Kebanyakan binatang di sini juga jinak, maka anda boleh memberi makan kepada binatang tersebut.

Haiwan kampung seperti ayam wujud di tempat menarik di KL ini. Selain itu, terdapat spesies yang tinggal di negara asing yang hanya dilihat di saluran National Geographic. Malahan, anda boleh menangkap gambar dengan seekor burung hinggap di bahu anda.

Kuala Lumpur City Gallery

Tempat bergambar/photoshoot menarik di KL

tempat menarik KL City Gallery
Sumber foto – KL City Gallery

Sebelum memasuki Kuala Lumpur City Gallery, ramai pengunjung singgah di papan tanda ‘I Love KL’ di hadapannya untuk bergambar dan simpanan rekod peribadi sebelum meneruskan perjalanan.

Galeri ini hanyalah sebahagian daripada muzium. Di dalam, Galeri Bandaraya KL adalah moden sepenuhnya, walaupun pada hakikatnya ia dibina dalam gaya kolonial di luar. Pameran di sini termasuk teks sejarah lama, model Little India, Bangunan Sultan Abdul Samad serta latar langit Kuala Lumpur.

Ramai pengunjung datang untuk melihat versi miniatur bandaraya Kuala Lumpur, yang menjadi kemuncak lawatan mereka. Pada paparan besar di belakang model, anda akan ditunjukkan fakta menarik tentang model tersebut.

Anda boleh membeli cenderahati untuk dibawa pulang bersama anda dari Kuala Lumpur, termasuklah model Menara Petronas sehinggalah kepada cincin kunci dan ukiran kayu. Pengunjung akan menemui sesuatu mengikut citarasa mereka di sini.

Khususnya, jika ini kali pertama anda berada di Kuala Lumpur dan anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang ibu negara Malaysia, lawatan singkat amat disyorkan.

Little India Brickfields

Tempat menarik di KL waktu malam/lepak malam (& waktu pagi)

little india tempat menarik KL
Sumber foto – The Star

Terletak beberapa minit di selatan stesen kereta api utama di KL Sentral, daerah Brickfields, juga dikenali sebagai Little India.

Selain kedai yang menjual barangan dan makanan India, jalan itu menjadi hidup pada waktu malam.

Anda boleh menghidu aroma masakan India di seluruh kawasan Brickfield. Jika anda menikmati masakan India atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya, inilah tempatnya.

Semasa lawatan anda ke Kuala Lumpur, anda tidak sepatutnya ketinggalan untuk merasai sedikit pengalaman India di tengah-tengah bandar.

Taman Rama-Rama KL

Tempat menarik hujung minggu di KL

taman rama-rama tempat menarik
Sumber foto – shutterstock Konstantin-Aksenov

Anda harus pergi ke Taman Rama-rama Kuala Lumpur dan melihat ratusan rama-rama berwarna-warni yang berbeza di kediaman yang berjumlah lebih 120 spesies semuanya. Taman ini hanya dibuka pada cuti umum dan hujung minggu (sabtu & ahad) saja.

Bersama-sama dengan rama-rama, taman ini direka bentuk untuk menyerupai persekitaran hutan tropika, dengan laluan pejalan kaki, tasik, kolam dan gazebo.

Selain rama-rama, taman ini mengandungi banyak flora dan haiwan asli yang boleh ditemui pengunjung. Terdapat penjelasan bermaklumat yang tersedia, seperti maklumat mengenai program pembiakan dan kitaran hidup haiwan.

Pelawat akan menghargai suasana yang lebih tenang dan santai ini sambil menikmati persekitaran sekitar.

Kuala Lumpur Upside Down House

Tempat bergambar/photoshoot menarik di KL

rumah terbalik tempat menarik
Sumber foto – jomjalan.com.my

Lawati KL Upside Down House, tempat yang unik dan menghiburkan untuk meluangkan masa bersama rakan dan keluarga.

Terokai pelbagai versi terbalik bilik biasa yang boleh ditemui di rumah biasa. Semasa bergambar, biarkan imaginasi anda berjalan liar dengan bereksperimen dengan sudut kamera yang berbeza.

Jika anda sedang mencari tempat yang unik untuk dilawati, KL Upside Down House mungkin tempat untuk anda. Terletak betul-betul di luar Menara KL yang ikonik, tidak dinafikan ia merupakan tarikan unik yang juga merupakan tempat yang popular untuk dikunjungi orang ramai untuk mengambil gambar yang lucu.

Rumah Terbalik KL terdiri daripada bilik yang sama seperti yang terdapat di rumah biasa, tetapi ia berada dalam kedudukan terbalik. Manfaatkan bilik yang ditetapkan khas, seperti bilik bayi dan bilik lain untuk berseronok serta mengambil gambar kreatif.

Namun, inilah yang keunikan dan membezakan Rumah Terbalik ini. Mesti seronok dapat mengabadikan kenangan di sini.

Hutan Simpan Bukit Nenas (Taman Eko Rimba KL)

Tempat aktiviti menarik di KL

tempat menarik Taman Eko Rimba
Sumber foto – libur.com.my

Apakah yang lebih menyegarkan daripada berjalan-jalan melalui salah satu hutan terlindung tertua di Malaysia?

Taman Eko Rimba KL ini merupakan hutan simpan bukit nenas yang diwartakan pada tahun 1970-an. Taman ini juga terdapat sebatang pokok Jelutong yang berusia 100 tahun.

Berjalan-jalan melalui Taman Eko Rimba KL yang indah, mungkin juga berkelah, akan membantu anda mencergaskan semula badan anda.

Kawasan jambatan gantung adalah destinasi bergambar paling popular di KL Forest Eco Park. Jika anda datang ke sini, jangan lupa untuk mengambil gambar.

Anda boleh melakukan jungle trekking di sini. Pilih sahaja laluan yang sesuai dengan diri anda. Jangan risau, laluan di rizab hutan ini sebahagian besarnya mudah.

Pasar Seni

Tempat menarik di KL percuma

Galeri Seni tempat menarik KL
Sumber foto – Cik Intan Zaki

Central Market atau Pasar Seni ini telah dijenamakan semula daripada bangunan lama dan bersejarah di Kuala Lumpur. Kini, Pasar Seni ini telah dikenali sebagai kedai sehenti tradisional untuk produk seni yang berasal dari Malaysia dan negara Asean yang lain.

Selain ukiran kayu Borneo, pengunjung juga boleh mendapatkan barangan kraftangan dan lukisan. Kebiasaannya, pasar ini agak sesak pada waktu malamdan dipenuhi barangan tiruan seperti cermin mata, jam tangan dan lain-lain.

Cenderahati yang dibeli di Pasar Seni selalunya lebih mahal daripada yang dibeli di tempat lain di bandar. Oleh sebab itu, jangan lupa untuk tawar menawar.

Anda hanya perlu berjalan kaki 5 minit dari Petaling Street untuk ke Central Market.

Taman Botani Kuala Lumpur

Tempat menarik di KL percuma

taman botani tempat menarik
Sumber foto – ninjahousewife.com

Apabila anda berada di Kuala Lumpur, anda perlu melawat taman tasik yang dikenali sebagai Taman Botani Perdana. Taman ini adalah taman terbesar dan terhebat di KL yang telah ditubuhkan sejak tahun 1888.

Taman Tasik yang luas dan menawan, dengan tasik yang besar, jambatan putih yang romantis, tumbuhan bunga yang indah, taman herba, taman permainan dan taman rusa.

Anda akan seronok berjalan-jalan di taman dan melihat rusa dan bunga, walaupun ia boleh menjadi agak panas, terutamanya apabila matahari terbenam. Oleh itu, ingatlah untuk minum banyak air. Walaupun terdapat kiosk di dalam taman, anda harus membawa air anda sendiri.

Terdapat beberapa tarikan hebat lain di dalam dan sekitar taman yang boleh anda lawati dengan mudah pada hari yang sama. Taman Botani, serta taman rusa, kedua-duanya percuma untuk masuk.

Anda boleh datang pada waktu pagi dan merasai angin sejuk semasa berjogging. Malahan, ia merupakan tempat yang bagus untuk photoshoot pra perkahwinan, kanak-kanak bermain serta bersantai bersama rakan dan keluarga.

Escape Room KL (9 Missions to challenge)

Tempat outdoor/indoor menarik di KL

escape-room-tempat menarik di KL
Sumber foto – khae.karem (Instagram)

Uji fikiran anda dalam permainan pengembaraan teka-teki yang melenturkan minda ini. Anda boleh memenangi permainan dengan menyelesaikan teka-teki dan bergambar dengan rakan-rakan anda.

Adakah anda sedang mencari aktiviti berkumpulan yang unik dan mencabar? Escape Room mungkin lokasi yang sesuai untuk anda lawati. Bekerjasama dengan rakan anda, kumpulkan petunjuk dan bekerjasama untuk menyelesaikan teka-teki dan melarikan diri dalam masa 45 minit.

Anda boleh memilih daripada sembilan bilik bertema berbeza yang merangkumi pelbagai genre seperti misteri, seram dan fantasi. Jika anda dan rakan anda berjaya menyelesaikan semua teka-teki dan melarikan diri dalam masa yang ditetapkan, gambar anda akan diambil sebagai pemenang.

Masjid Wilayah

Tempat menarik di KL percuma

Masjid Wilayah tempat menarik
Sumber foto – Facebook Mohammed Qasem

Masjid ini diilhamkan daripada Masjid Biru Istanbul dan menampilkan gabungan seni bina Turki dan Melayu. Masjid ini mampu memuatkan sehingga 15,000 jemaah pada satu-satu masa.

Air pancut dan kehijauan flora mengelilingi masjid. Keindahan Masjid Wilayah ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, dan tidak cukup sekadar melihat gambar-gambar.

Anda mesti datang sendiri dan meneliti butiran rumit di setiap sudut masjid yang tenang dan indah ini.

Hotel KL Journal

Tempat penginapan menarik di KL

KL Journal Hotel lokasi menarik di KL
Sumber foto – The KL Journal

Memandangkan Malaysia mempunyai banyak hujung minggu yang panjang, manfaatkan peluang ini untuk meluangkan masa bersama orang tersayang!

Sama ada anda menginginkan staycation berbaloi di Selangor atau percutian alam semula jadi romantis berhampiran Kuala Lumpur, Hotel KL Journal ini untuk anda.

Hotel moden ini, terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari pusat membeli-belah utama seperti Pavillion.

Penginapan ini juga sesuai untuk mereka yang sukakan kesibukan bandar. Semasa berada di sini, pastikan anda melawat Swimming Club mereka yang terkenal!

Swimming Club direka khas dengan suasana kelab renang retro serta dilengkapi pembayang warna khas Wes Anderson. Kolam ini adalah tempat terbaik untuk berehat pada waktu petang sambil berehat di atas perabot berwarna-warni.

Jambatan Saloma

Tempat bergambar/photoshoot menarik di KL

Saloma Link lokasi menarik di KL
Sumber foto – Instagram sharonyws

Inilah tarikan terbaru di Kuala Lumpur kalau anda nak bergambar dengan latar belakang KLCC. Jambatan Saloma, direka dalam gaya sirih junjung, menampilkan peluang bergambar yang unik.

Anda dialu-alukan untuk melawat pada waktu siang atau mengambil gambar pada waktu malam. Pada waktu malam, jambatan ini diterangi oleh hampir 4000 LED pelbagai warna.

Warna dan tema lampu ini akan berubah mengikut cuti atau musim perayaan.


The post 27 Tempat Menarik Di KL Yang Best (Terkini 2022) appeared first on Aliff Channel.

Wanita Hamil Selepas 4 Tahun Kahwin, Suami Pula Kecewa & Ragu Status Anak

Berceita mengenai soal rezeki mengandung, tak semua isteri melalui fasa yang sama, ada yang diberi zuriat cepat dan begitu juga sebaliknya.

Ada yang sabar menunggu bertahun-tahun sebelum ‘malaikat kecil’ muncul sebagai penghuni rumah bersama suami.

Namun, bagi wanita tabah di bawah, kisahnya agak merunsingkan.

Di TikTok, Puan Adiba muncul berkongsi kisah lama di mana dia telah bercerai apabila mendapati dirinya hamil buat kali pertama selepas 4 tahun berkahwin.

Sekadar merancang untuk memberikan kejutan, rupanya dia terkejut apabila mendapat tahu si suami ada skandal dengan beberapa orang wanita.

@adibatulkhadijah

ingatkan nak surprise dia kita yang kena kejutan orang ketiga.. dah lupa dah sakit hati tu cane.. just content.. 😜

♬ original sound – alyssa🦋

Suaminya juga melafazkan talak di hadapan ibu dan bapa mentuanya. Tambahan pula, proses di mahkamah bukanlah mudah, lebih-lebih lagi lelaki terbabit tidak menghadiri perbicaraan dua kali berturut-turut.

Dalam keadaan bakal bersalin dan bukaan sudah selebar 4cm, Puan Adiba akhirnya mendapat kelulusan doktor untuk keluar menyelesaikan perkara tersebut.

@adibatulkhadijah Reply to @urrishh ♬ original sound – bukan bini orang

Menceritakan lagi detik pertama mengetahui berita kehamilannya itu, sebak hati seorang isteri apabila suaminya meragui status kandungan.

Disebabkan tidak mengandung selama 4 tahun perkahwinan, lelaki terbabit mengesyaki bayi tersebut bukan hasil zuriatnya.

Malah, selepas bersalin, dia menuntut proses ujian DNA semata-mata untuk bukti yang jelas.

@adibatulkhadijah Reply to @i.meeraa ♬ original sound – bukan bini orang
@adibatulkhadijah Reply to @amna310785 #shouldbeme ♬ original sound – bukan bini orang

The post Wanita Hamil Selepas 4 Tahun Kahwin, Suami Pula Kecewa & Ragu Status Anak appeared first on Aliff Channel.

Upah Jurugambar Tangkap Bukti Suami Curang, Kecantikan Isteri Jadi Tarikan

Bertemu dengan rakan lama di reunion sekolah, penggunaan media sosial dan kegagalan menjaga batasan di tempat kerja adalah antara punca utama yang menyumbang kepada isu curang.

Baik suami isteri, masing-masing seakan lupa sudah ada pasangan hidup sehingga kembali ke kehidupan seperti orang bujang. Malah ada yang sanggup bertalak tanpa memikirkan nasib anak-anak kerana keliru bercinta.

Isteri upah jurugambar tangkap detik suami berduaan dengan seorang wanita

Jika mereka dapat menangkap suami bermesra dengan skandal, kebanyakan isteri akan mula naik hantu dan bertindak bergaduh walaupun berada di tempat awam.

Namun, berbeza dengan strategi bijak yang dilakukan oleh Puan Hannahkyra, beliau telah mengupah pelukis pelukis untuk merakam detik getir itu.

@hannakyraz finally tupai tertangkap jgk! #foryou #foryoupage #rancakberdosaaa #fyp #fypdongggggggg #viral ♬ BILA NANTI – NABILA MAHARANI

Jauh di sudut hati, isteri mana yang tidak kecewa apabila mendapat tahu dia diduakan kepada wanita lain?

Namun di sebalik semua itu, Puan Hannahkyra tersenyum sinis seolah-olah begitu puas dapat mengumpul bukti tentang perbuatan buruk suaminya sendiri sebelum beralih kepada rancangan lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut kerana wanita secantik itu dicurangi oleh seorang lelaki bernama suaminya.

Selain sentiasa memuji penampilan Cik Hannahkyra yang menawan, waqrganet turut memberikan kata-kata semangat selain yakin mungkin ada pengganti terbaik untuknya selepas ini.

@hannakyraz ♬ original sound – vanessa

Yang paling menarik perhatian, ramai lelaki memberi pandangan mengenai bagaimana seorang lelaki sanggup mencurangi perempuan secantik beliau.

The post Upah Jurugambar Tangkap Bukti Suami Curang, Kecantikan Isteri Jadi Tarikan appeared first on Aliff Channel.

Pendaftaran Pemberian Tablet Percuma Dibuka, Pada 15 April Ini

Rate this post

Pada akhir minggu lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata portal pendaftaran itu akan dibuka pada 15 April 2022.

Inisiatif Perantisiswa Keluarga Malaysia telah memperuntukkan RM450 juta untuk memberi tablet percuma kepada pelajar B40 yang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT).

Beliau juga menyatakan bahawa ibu bapa daripada golongan B40 tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli peranti kepada anak mereka. Mereka hanya perlu memohon kepada kerajaan pada 15 April ini dan kerajaan akan memberi peranti kepada mereka secara percuma.

Selain itu, beliau turut memberi jaminan peranti yang akan diberikan adalah berkualiti tinggi dan bukannya ‘cap ayam’.

Di samping itu, inisiatif itu dijangka menyediakan sebanyak 450,000 unit peranti kepada pelajar B40 yang sedang melanjutkan pelajaran.

Tan Sri Annuar Musa berharap peranti ini dapat diberikan kepada pelajar yang layak seawal minggu pertama bulan Jun.

Oleh kerana jumlah sumbangan yang banyak, pelaksanaan ini terbahagi kepada 3 fasa.

Syarat Kelayakan

  • Rakyat Malaysia
  • Mahasiswa yang melanjutkan pengajian diperingkat diploma, diploma lanjutan atau ijazah sarjana muda.
  • Melanjutkan pengajian di universiti awam (UA), universiti swasta (US), politeknik dan kolej komuniti yang berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
  • Pendapat purata isi rumah tidak lebih RM4,850 (B40).
  • Anda boleh membaca artikel ini untuk maklumat lanjut tentang Inisiatif Perantisiswa. Jangan lupa untuk menyampaikan berita ini kepada mereka yang layak.

The post Pendaftaran Pemberian Tablet Percuma Dibuka, Pada 15 April Ini appeared first on Aliff Channel.

Pensyarah Marah Pelajar Tiada Laptop Didesak Dikenakan Tindakan – Pertubuhan Pelajar

Video sedutan seorang pensyarah, dari universiti awam yang dikatakan telah merendahkan martabat seorang pelajar, semasa sesi online tular di media sosial dan menerima kecaman dari warganet.

Kau pakai apa? Pakai phone eh? Mana kau punya komputer. Kau tak ada adik-beradik? Kau cakap dengan kakak kau kalau dia ada gelang emas pergi jual dan pergi beli komputer.

Hanya RM800 sahaja beli komputer, apa masalah kau. Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40, ia lebih memikirkan benda lain.

Susulan video yang tular di TikTok, pensyarah itu dilihat kurang senang dengan seorang pelajar yang dikatakan tidak mempunyai komputer ketika menyertai sesi pembelajaran.

Pada mulanya pelajar ini menjawab soalan tersebut sebelum dia (pelajar) ditanya soalan lain.

Bagaimanapun, pelajar ini menjelaskan bahawa dia langsung tidak mempunyai komputer riba dan ibunya telah meninggal dunia serta bapanya tiada pekerjaan.

Ekoran video tular itu, Mahasiswa Keadilan Malaysia itu terus menyeru Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya melaksanakan siasatan tindakan tatatertib terhadap pensyarah berkenaan.

Hal ini bagi memberi pengajaran kepada ahli akademik mahupun sesiapa sahaja dalam menghayati erti kemanusiaan.

Sungguhpun kami merasakan bahawa pensyarah itu mengherdik kerana keperluan kursus untuk memiliki komputer riba, tetapi merendahkan-rendahkan pelajar tersebut setelah dia mengatakan keadaan keluarganya yang tidak berkemampuan adalah tidak boleh diterima dan jelas bersikap angkuh.

The post Pensyarah Marah Pelajar Tiada Laptop Didesak Dikenakan Tindakan – Pertubuhan Pelajar appeared first on Aliff Channel.

Tuesday 29 March 2022

‘Ajak Gaduh No 1, Time Gaduh Duduk Belakang’ – Lelaki Marah Anggota Rela, Awalnya Digertak, Tak Sangka Anggota Rela Berani

Setiap individu haruslah mempunyai sifat sabar dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah.

Hanya melalui perbincangan semua masalah boleh diselesaikan dengan baik. Malahan, nama seseorang juga tidak akan terpalit dengan imej buruk.

Hari ini tular di aplikasi TikTok, mengenai video pergaduhan antara anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan seorang pengunjung di sebuah pusat PPV.

Berikut di bawah video tersebut:

@yopnorha

Tak leh sabar. yang g marah ke abg rela tu buat ape. #fyp #respect #beraturLah

♬ original sound – yopnorha – yopnorha

Pengunjung dihalang masuk

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pengunjung lelaki berbaju biru yang cuba masuk ke dalam PPV tetapi dihalang oleh anggota Rela. Difahamkan, kejadian ini berlaku di pusat pemberian vaksin (PPV), KLCC.

Dalam pada itu, lelaki itu tidak berpuas hati dengan tindakan anggota Rela kerana dia dihalang untuk masuk, padahal pengunjung lain dibenarkan untuk naik ke ruang vaksinasi walaupun sudah lewat.

Sumber – TikTok

Tambahan lagi, lelaki itu memarahi anggota Rela berkenaan. Dalam video berikutnya, seorang anggota Rela lelaki kelihatan geram dan mengajaknya menyelesaikan masalah itu di luar PPV.

Seorang lagi anggota Rela perempuan cuba meleraikan ketegangan antara mereka dan pengunjung itu menjelaskan sebab dia naik angin.

“Saya sudah beratur dari tadi tapi orang lain yang diberi naik terlebih dahulu,” katanya. Kemudian, pengunjung itu kembali ke tempat menunggu.

“Dah jual tp xberani menjual haha steady abam rela.” – Netizen.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketegasan anggota Rela dan ada juga yang berpendapat lelaki berbaju biru itu hanya sekadar ajak bergaduh namun seorang penakut.

Ada juga netizen yang berpendapat sesetengah anggota rela terlampau kasar dengan orang awam. Seorang netizen yang pernah menjadi anggota rela juga memberitahu sabar pun ada hadnya.

“Bro baju biru ni kalau ajak gaduh no1..kalau dah nak bergaduh dialah org duduk barisan paling blkg,” komen seorang pengguna.

“Brader tu mesti mcm “alamak aku gertak je…tak sangka plak dia berani,” komen pengguna lain.

Berikut antara komen dari netizen:

Sumber – TikTok

The post ‘Ajak Gaduh No 1, Time Gaduh Duduk Belakang’ – Lelaki Marah Anggota Rela, Awalnya Digertak, Tak Sangka Anggota Rela Berani appeared first on Aliff Channel.

‘Ambil Serius Isu Ini, Kesian Tengok Anak Tu’ – Netizen, Kanak-kanak Menangis Nama Terlalu Panjang

Ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anaknya dan mereka berfikir sehingga beberapa hari hanya untuk mencari nama yang sesuai untuk anaknya.

Bahkan, ada juga yang sudah memikirkan nama anaknya sejak anak dalam kandungan.

Selain nama anak yang bersifat unik, nama-nama anak juga perlu sedap dipanggil dan memberikan maksud yang baik.

Tular di aplikasi TikTok, mengenai seorang kanak-kanak perempuan menangis hanya kerana namanya.

Berikut di bawah video tersebut:

Kanak-kanak menangis ketika menyiapkan homework

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis.

Dia menanyakan kepada ibunya tentang namanya yang terlalu panjang ketika sedang menyiapkan ‘homework’. Kanak-kanak ini juga mesra dipanggil Amanda.

Dalam pada itu, Amanda juga meminta ibunya menukar namanya dengan nama adiknya. Difahamkan, nama adiknya yang lebih pendek berbanding dirinya.

“Please la, bagi nama pendek dengan makna yang indah, dah cukup” – Netizen.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen geli hati melihat reaksi kanak-kanak ini dan ada juga yang memujinya kerana sikapnya yang comel.

Ada juga netizen yang berpendapat nama anak yang panjang akan menyusahkan anak sendiri. Malah, ada juga netizen berkongsi pengalaman dialaminya disebabkan memiliki nama panjang.

“Hahaha sory dik pkcik gelakkan kau, lawak marah dy tu,” ujar seorang pengguna.

“Sorry if I ruin the mood but as someone who also have long name, it really can be stressful. Like having examination, you’re still writing your name,” komen pengguna lain.

Berikut antara komen dari netizen:

The post ‘Ambil Serius Isu Ini, Kesian Tengok Anak Tu’ – Netizen, Kanak-kanak Menangis Nama Terlalu Panjang appeared first on Aliff Channel.

‘Bahayanya, Dah laa Situ Area Student Uitm’ – Lelaki Cuba Pecah Pintu Dobi

Kedai dobi bukan hanya memudahkan urusan wanita yang tiada masa membasuh pakaian, malah menjimatkan masa dan tenaga manusia.

Anda boleh berkunjung ke kedai dobi, namun begitu sentiasalah berwaspada dan menjaga keselamatan untuk menghindari perkara buruk dari berlaku.

Beberapa hari lalu, tular di aplikasi tiktok, seorang individu cuba memecah masuk sebuah kedai dobi.

Berikut di bawah video tersebut:

Lelaki cuba menolak pintu dan kelihatan mabuk

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang bertindak pelik dengan cuba menolak pintu yang ada di dalam kedai dobi tersebut.

Difahamkan, kejadian ini berlaku di dobi di Seri Iskandar, Perak.

Dalam pada itu, lelaki ini kelihatan mabuk kerana melakukan tindakan yang di luar kawalan.

Berikutan kejadian ini, pemilik video meluahkan rasa bimbang dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati terutama kepada wanita yang ingin menggunakan perkhidmatan dobi.

Dia juga telah membuat laporan polis berkaitan isu itu.

“Mesti dia ingat tu pintu rumah dia” – netizen.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen risau akan keadaan tersebut dan rasa tidak selamat.

Ada juga segelintir netizen menasihati sesama warganet agar jangan pergi ke kedai dobi berseorangan dan sekiranya telah berkahwin, biarkan suami yang mendobi.

“Sebab tu kalau yg da berkahwin kalau boleh suami yg pergi dobi.jangan suruh bini,” tulis seorang pengguna.

“Sbb tu jgn tggu kt situ.. baik dok dlm kereta tp kn klu org dah mark ms kita nk amek bju pon bole kena.. baik je geng rmai2 bru selamat sikit,” komen seorang lagi pengguna.

Berikut antara komen dari netizen:

The post ‘Bahayanya, Dah laa Situ Area Student Uitm’ – Lelaki Cuba Pecah Pintu Dobi appeared first on Aliff Channel.

loading...