loading...

Thursday 7 December 2023

“Muka Garang Tapi..” – Netizen Minta Pihak Berkuasa Berhenti Buat Aktiviti Lagha

Bercakap tentang pihak berwajib, ramai yang ada pandangan mereka ini adalah badan beruniform yang sentiasa bersiap-siaga dalam sebarang kemungkinan jika berlaku jenayah.

Apa yang membuatkan kami buka topik tentang pihak berwajib ni, pagi tadi tular sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna X, @MALAYSIAVIRAL

Video tersebut menunjukkan lebih 30 anggota polis berkumpul dalam satu acara dimana sebahagian daripada mereka menari untuk persembahan untuk majlis tersebut.

“Memalukan badan beruniform..”

Seperti biasa, ruangan komen post tersebut dibanjiri dengan teguran dari netizen yang meminta pihak berkuasa berhenti melakukan aktiviti seperti ini kerana kelihatan seperti budak-budak.

Bagi kami apa salahnya untuk hiburan sekejap. Takkan kerja nak serius 24 jam kan? Kena juga selit perkara yang fun fun.

Tuesday 5 December 2023

Kantoi Buat ‘Aksi’ Dalam Lif, Jovian Mandagie Cerai Sebab Ada Hubungan Sejenis?

Siapa je tak kenal dengan usahawan dan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie yang setiap tahun pasti keluarkan rekaan baju yang cantik dan sesuai di pakai untuk satu keluarga.

Sekarang namanya makin tular apabila dia dan isterinya rupanya sudah bercerai selama empat bulan. Memang tak sangka!

“Kantoi..”

Tapi isu penceraian itu bukan topik utama tapi satu video yang menunjukkan Jovian dan seorang lelaki di dalam lif sedang melakukan satu aksi yang meragukan.

Video ini di muat naik oleh seorang pengguna X, @BN4everTN50.

“Astaghfirullahalazim LGBT..”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi pendapat sendiri.

Apa pun betul ke tu Jovian? Betul ke mereka nak bercumbu? Jadi sebaiknya husnuzon selagi tak nampak muka dengan terang, jangan kita buat kesimpulan terus.

“Seramnya Baca Komen,” – Content Perempuan Konon Boleh Poligami Buat Netizen Berang

Sekarang isu suami tengah curang memang panas sebab kalau pergi mana-mana platform media sosial topik ni pasti menjadi kupasan posting netizen.

Isu ini mungkin menjadi kemarahan dalam kalangan wanita sehingga menyebabkan muncul satu posting yang menggambarkan seorang perempuan mempunyai dua pasangan suami.

“Asyik lelaki je, perempuan nak jugak la..”

Lihatlah antara komen dari perempuan-perempuan yang sempat di screenshot menerusi ruangan komen akaun tiktok tersebut.

“Macam takde iman..”

Tapi lain pula persepsi netizen dari platform X kerana mereka menentang wanita-wanita yang menaip komen seperti tiada rasa malu.\

Ada juga yang terus menyatakan kenapa wanita tidak boleh mengahwini lebih dari satu.

Apa pun, beringat-ingatlah kita apabila nak menaip satu kenyataan lebih-lebih lagi berkaitan dengan hukum islam.

Monday 4 December 2023

“Drama Melayu Banyak Soft Porn,” – Netizen Pertikai Babak Cium Daiyan & Hun Haqeem

Kecoh kat media sosial apabila drama W: Two World yang dibintangi oleh pelakon jelita Daiyan Trisha dan Hun Haqeem apabila tular satu babak yang memperlihatkan mereka bercium.

“Kenapa nak copy sebiji macam kdrama…”

Walaupun babak cium bahagian mulut tu berlapik dengan kain tapi ramai yang marah.

Ada juga mempersoalkan kenapa perlu ikut jalan cerita korea drama yang sebenar walaupun drama tersebut adaptasi dari Korean drama.

“Banyak soft porn…”

Menjengah ke ruangan komen, memang ramai netizen yang tidak bersetuju dengan babak ini dilakukan.

“Sure ke watak Daiyan tu perempuan?”

Bagaimanapun, ada juga yang memberi persoalan pada babak tersebut adakah wanita yang dicium Hun Haqeem benar-benar Daiyan?

Jawapan kenapa babak ini, hanya individu yang berada di tempat kejadian saja tahu cerita sebenar.

Apa pun kami harap situasi ini adalah pementasan untuk meraih penonton saja, bukan niat untuk ikut budaya orang luar.

Sunday 3 December 2023

Pakar Kecantikan Glowwe Bongkar Rahsia Cantik Dengan 5 Langkah

Penjagaan wajah adalah amat penting bagi kaum wanita bagi mendapatkan kejelitaan wajah yang asli, tidak kira untuk diri sendiri atau untuk suami tercinta.

Tai nak jaga wajah ini bukanlah sesuatu yang mudah di mana kita memerlukan pengetahuan dan pemahaman mengenai sains disebalik penjagaan wajah yang betul.

Bila lihat banyak produk-produk yang dipasarkan seperti serum untuk kulit berminyak, sunscreen untuk cerahkan kulit, atau pelembap untuk kulit kering, kita akan rasa semua produk itu sesuai untuk kita.

Bagaimanapun, tidak semua produk sesuai untuk kulit wajah kita menurut Puan Mary, seorang guru imej dan juga Skincare Expert.

Menerusi satu seminar Glow Up anjuran Glowwe, Puan Mary memberi penerangan menyeluruh mengenai sains disebalik penjagaan wajah yang berkesan.

Puan Mary yang dikenali menerusi saluran YouTube Glowwe itu menjelaskan bahawa keberkesanan sesuatu produk itu bergantung kepada jenis kulit kita.

Jenis kulit yang terbahagi kepada tiga iaitu; normal, berminyak, dan kering, memerlukan produk yang bersesuaian untuk menampakkan kesan dan hasilnya.

Jadi amat penting untuk kita mengenal pasti dahulu apakah jenis kulit wajah kita, sama ada normal, berminyak atau kering.

Dalam seminar yang disertai lebih 500 peserta itu, Puan Mary banyak berkongsi ilmu mengenai rutin penjagaan wajah yang betul.

Antara topik yang dikongsikan semasa seminar tersebut adalah; 5 Langkah Anda Boleh Jadi Pakar Untuk Kulit Sendiri, 12 Kategori Bahan, Fungsi & Cara Ia Bertindak, dan juga Teknik Jaga Kulit 3+1 Yang Ringkas & Berkesan.

Sementara itu, para peserta juga turut berpeluang untuk membawa pulang hadiah eksklusif daripada Glowwe selepas berjaya melakukan semua cabaran sepanjang seminar berlangsung.

“Kalau Fatin Dah tahu Bos Gatal…” – Sajat Bagi Nasihat Padu Pada Madu Aisyah Hijanah

Siapa tak kenal dengan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang kini menetap di Australia kerana menjadi buruan pihak berkuasa.

Walaupun dirinya berada di Australia tapi dia tetap mengambil tahu tentang apa yang terjadi di Malaysia terutama gosip-gosip hangat yang dibincangkan dalam kalangan netizen.

Lihatlah satu video yang diulaskan oleh Sajat menerusi Live TikTok tentang isu rumah tangga influencer, Alif Teega.

Apa yang menarik perhatian kami apabila nasihatnya ditujukan kepada madu Aisyah, Fatin Umaidah bukan kepada Alif atau isterinya.

Pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin. Kalau dah tahu ada angin di luar, cepat-cepat masuk rumah, faham tak?”

Sajat.

“Memang patin dah target lama dah…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Sajat.

Friday 1 December 2023

“Bila Dah Ada Dua Bini Ni..” – Abang Tesla Tunjuk Realiti Bila Beristeri Dua

Rasanya masih segar ingatan kita semua dengan taufan isu Abang Tesla dulu.

Isu yang menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dia memuat naik video bersalaman dengan isteri selepas mendirikan solat sebelum pergi menikah untuk kali kedua.

@abg.tesla

Isteri yg sangat menjaga Aib & Maruah suami. Nak berpoligami boleh, Tapi jangan membelakangkan isteri #fyp #abgtesla #poligami

♬ Very Sad – Enchan

Tapi netizen sekarang kelihatan sudah move on dengan kisah Abang Tesla kerana hidup dia dan isteri-isterinya kini kelihatan baik-baik saja.

Lihatlah video yang dikongsikan baru-baru ini dari akaun TikTok Abang Tesla sendiri.

Video tersebut menunjukkan nasib dia apabila keluar membeli-belah dengan kedua-dua isterinya yang kini sudah seperti kawan baik.

@abg.tesla

Ha tengok ni sapa yg nak berbini dua tu.. kalau dia dah jadi bestie. habis ler 🤣🤣 #abgtesla #abgteslaumrahandalusia

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Semoga berbahagia hendaknya ya.

loading...