loading...

Sunday 29 September 2019

Jangan Harapkan Pil Kurus Badan Untuk Kurus, Bersenam Lebih Baik

Pil kurus sangat laris di pasaran lebih-lebih lagi di Malaysia kerana gaya hidup mereka yang suka makan. Apatah lagi Malaysia memang kaya dengan banyak variasi makanan yang membuatkan selera makan yang bertambah-tambah.

Disebabkan itu, majoriti rakrat malaysia mengalami obesiti atau lebih mudah kita panggil berat badan berlebihan. Mempunyai berat badan berlebihan akan membuatkan anda rasa susah untuk bergerak dan sukar untuk melakukan kerja-kerja harian.

Secara spontan, mereka akan cuba untuk mengambil pil kurus untuk menguruskan badan secara mudah dan senang. Kesan dari ubat kurus, anda akan mengalami kurang selera makan, rasa kenyang berpanjangan. Namun, ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.

Hal ini kerana tubuh badan sangat memerlukan nutrisi secara berkala yang sentiasa diproses secara rutin untuk menstabilkan kadar metabolisme. Jika anda tiba-tiba sahaja tidak makan, tanpa langkah yang baik, boleh saja anda mengundang penyakit yang lain seperti gastrik.

Mula Bersenam

Foto: Lelakisihat.com

Langkah pertama anda untuk kuruskan badan secara sihat dan semula jadi adalah bersenam. Janganlah anda pilih cara mudah untuk kuruskan badan kerana ia boleh mengundang lain-lain lagi masalah. Untuk menyelesaikan masalah berat badan anda, seharusnya anda berfikir panjang kerana kos-kos rawatan penyakit lain mungkin akan membebankan anda di kemudian hari.

Mulalah dengan gaya hidup yang sihat dengan senaman ringan seperti perenggangkan badan, berlari setempat, dan lain-lain senaman ringan yang tidak merbahaya. Janganlah anda terus membuat senaman berat kerana boleh menyebabkan anda sakit otot pada hari pertama.

Tanamkan dalam fikiran bahawa bekerja adalah suatu senaman yang baik untuk anda. Apabila anda ingin bersenam, buatlah sesuatu pekerjaan yang rutin seperti menggangkat barang, supaya kilang peluh bekerja untuk membakar lemak tepu yang ada di bawah kulit.

Cari masa pada waktu petang untuk berjogging sahaja. Sebelum berjogging, anda haruslah membuat senaman ringan dahulu untuk memanaskan badan. Hal ini sangat penting kerana rata-rata pemula berjoging terus tanpa memanaskan badan terlebih dahulu.

Pilih Makanan Sihat

Foto: policystreet.com

Pilih makanan sihat untuk dijadikan juadah seperti sayur-sayuran, brokoli, makan buah-buahan seperti pisang untuk melancarkan proses penghadaman usus. Lebih baik daripada pil kurus kerana ia bahan semula jadi. Nutrisi ini seimbang dengan kehendak badan kita tanpa memfokuskan “tidak makan” untuk kurus. Jadi ia akan menjadikan anda kurus secara sihat malah lebih cantik berbanding pengamalan pil kurus.

Bukan tidak mengesyorkan anda untuk makan pil kurus, tetapi itu adalah terpulang kepada kehendak diri masing-masing. Sama ada hendak pilih jalan singkat atau jalan yang lebih baik.

The post Jangan Harapkan Pil Kurus Badan Untuk Kurus, Bersenam Lebih Baik appeared first on Aliff Channel.

Thursday 19 September 2019

Bayi Ini Diberi 5 Cawan Kopi Sehari Kerana Tidak Mampu Membeli Susu

Bayi 14 bulan ini diberi 5 cawan kopi sehari kerana ibubapanya tidak mampu untuk membeli susu. Akibat daripada itu, bayi tersebut menjadi terlalu aktif. Kanak-kanak sememangnya memerlukan makanan yang sihat dan cukup nutrisi untuk tumbesaran mereka.

Jika dibiarkan anak-anak mengambil makanan kegemaran mereka secara berlebihan, ia boleh beri kesan buruk pada kesihatan mereka. Mungkin boleh membuatkan tumbesaran mereka terbantut.

Bayi Minum Kopi

Memetik dari laman www.vitdaily.com, di Sulawesi Barat, Indonesia, seorang bayi perempuan berusia 14 bulan diberi lima cawan kopi sehari dan mula minum kopi sejak usia 6 bulan lagi kerana kesempitan hidup dan ibu bapanya tidak mampu untuk membeli susu.

Walaupun minum kopi, tumbesaran bayi tersebut sama seperti bayi normal lain. Malah bayi perempuan diberi nama Hadijah itu tergolong anak hiperaktif.

Pada usia 14 bulan, Hadijah sudah boleh berjalan sendiri dan aktif bermain bersama bayi sebayanya. Malah, ibu bapa mereka mengakui mereka tidak dapat tidur yang cukup kerana anaknya yang sangat aktif.

Ibunya, Anita mengaku kerap memberikan kopi kepada anaknya kerana tidak mampu membeli susu.

Gaji Kecil Punca Utama

Gaji Rp 20.000 (RM5.95) sebagai buruh kupas kelapa bersama suaminya, hanya cukup untuk memenuhi keperluan dapur keluarga kecilnya.

Kisah Hadijah tular di media sosial dan mendapat perhatian Kabid Bina Kesehatan Masyarakat Dinas Kesehatan Polman yang mengunjungi bayi tersebut dan memberi bantuan berupa biskut dan susu.

Semoga ada pihak yang sudi memberi sumbangan kepada keluarga ini supaya bayi perempuan mereka dapat minum susu seperti bayi-bayi yang lain. Susu sangat penting untuk tulang dan tumbesaran yang baik bagi kanak-kanak.

The post Bayi Ini Diberi 5 Cawan Kopi Sehari Kerana Tidak Mampu Membeli Susu appeared first on Aliff Channel.

Monday 16 September 2019

Saturday 14 September 2019

Tuesday 10 September 2019

Saturday 7 September 2019

Peranakan Jatuh Adalah Antara Satu Sebab Wanita Dilarang Angkat Berat

Mungkin peranakan jatuh sering didengari, terutama wanita yang telah melahirkan anak. Namun, apakah sebenarnya punca peranakan jatuh ini? Sebelum bermula pernah tak anda mendengar orang-orang tua menegur, “Jangan angkat benda berat!” atau “Jangan tolak barang berat” kepada anda?

Untuk makluman, ini bertujuan adalah untuk mengelakkan peranakan anda jatuh yang bermaksud rahim keluar dari tempat asalnya.

Apakah punca peranakan jatuh?

Otot pelvik yang lemah adalah faktor utama yang menyebabkan rahim atau peranakan jatuh. Keadaan ini mungkin boleh berlaku untuk semua wanita, malah kepada mereka yang tidak pernah melahirkan anak.

Antara bahagian peranan yang jatuh ialah:

  • Keturunan, jika ibu atau kakak anda mempunyai masalah rahim jatuh, anda menghadapi risiko menjalani pembedahan untuk membetulkan peranakan.
  • Umur semakin tua, semakin tinggi risiko.
  • Penuaan otot levator bertambah anjal dengan usia yang semakin meningkat.
  • Menopaus
  • Obesiti , lebih gemuk seseorang, lebih mudah untuk peranakan jatuh kerana tekanan perut.
  • Mengandung
  • Terlalu sering bersalin
  • Jarak kehamilan terlalu singkat
  • Bayi besar, saiz bayi yang besar semasa kelahiran normal meningkatkan peluang rahim jatuh.
  • Proses jangkamasa bersalin terlalu panjang
  • Kaedah melahirkan anak Menggunakan kaedah vakum atau forsep
  • Ketumbuhan cyst dan fibroid
  • Batuk teruk
  • Tekanan abdomen boleh menyebabkan penurunan organ peranakan.
  • Ubat sembelit yang memerlukan individu kerap meneran.
  • Sering mengangkat berat
  • Pembedahan pada pelvis, membetulkan pundi kencing dan kerosakan atau kecederaan kepada saraf tunjang
  • Jatuh terhentak, sebagai contoh jatuh tangga, dan jatuh bahagian punggung terlebih dahulu.
  • Koyakan oleh kelahiran normal, sama ada terdapat sedikit atau melalui gunting episiotomi.
  • Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin atau keguguran
  • Suka menolak benda gunaibu jari kaki
  • Terlalu lasak melakukan aktiviti bersukan atau aktiviti luar yang memerlukan gerakan besar.
  • Merokok menyebabkan individu sering batuk, dan ini boleh menyebabkan tekanan pada perut.

Mencegah peranakan jatuh

Anda boleh mencegah penerjunan silang dengan cara berikut:

  • Lakukan kegel untuk menguatkan otot lantai pelvik.
  • Kerap bersenam.
  • Amalkan makan makanan seimbang untuk mengelakkan sembelit.
  • Jangan terlalu keras meneran semasa membuang air besar.
  • Gunakan bengkung.
  • Jangan merokok dan jauhi diri dari asap rokok.
  • Jarakkan kehamilan.
  • Jika anda mengalami masalah obesiti, cuba kurangkan berat badan.
  • Jangan terlalu kerap mengangkat benda berat.
  • Jangan menolak benda dengan ibu jari kaki.
  • Jangan terlalu lasak.
  • Elakkan berdiri terlalu lama.
  • Sekiranya anda mengalami masalah peranakan jatuh, berjumpalah segera dengan doktor.

Semoga bermanfaat.

The post Peranakan Jatuh Adalah Antara Satu Sebab Wanita Dilarang Angkat Berat appeared first on Aliff Channel.

Friday 6 September 2019

Thursday 5 September 2019

Wednesday 4 September 2019

Monday 2 September 2019

Buang Air Besar Sepantas Kilat Dengan Air Detox Buatan Sendiri

Buang air besar kadang kala sangat menyukarkan bagi yang ada masalah sembelit dan usus kotor. Perut selalu rasa kembung, tapi rasa nak makan nya banyak. Membuang nya tak. Sukar lah kalau makanan terus disimpan dalam perut. Rasa nak pecah kalau simpan lama-lama. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, cuba anda uji dengan bahan yang mempunyai kandungan fiber yang tinggi yang mampu menghasilkan bendalir dalam perut untuk memudahkan proses pembuangan.

Bagaimana cara buat air detox sendiri? Cuba ikut resepi di bawah:

1. Grapefruit + Timun + Lemon + Limau Nipis + Daun Pudina

Campurkan  ½ biji hirisan grapefruit, timun, lemon dan limau nipis serta beberapa helai daun pudina dalam 1 jag air. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam dan minum dengan kerap.

Lemon dan limau nipis mengeluarkan toksin dalam badan dan grapefruit pula membakar lemak. Timun yang bersifat diuretik menggalakkan pengeluaran air berlebihan dalam badan dan daun pudina memudahkan perkumuhan.

2. Kiwi + Strawberi

Gabungkan hirisan 2 buah kiwi bersama strawberi ke dalam jag minuman. Sejukkan dalam peti sejuk untuk lebih sedap menikmatinya.  Kiwi kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin manakala strawberi bagus untuk kulit.

3. Epal Merah / Hijau + Batang Kayu Manis

Masukkan hirisan buah epal merah/hijau dan 1 batang kayu manis ke dalam jag air. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.  Anda boleh gunakan bahan ini sehingga 4 kali. Air detox ini membantu mengurangkan lemak dan meningkatkan kadar metabolisme.

4. Strawberi + Tembikai

Air detox ini pasti memikat sesiapa sahaja dengan warnanya yang terang. Campurkan secawan strawberi bersama dua cawan kiub tembikai.

Sejukkan antara  4 hingga 6 jam dalam peti sejuk dan nikmatinya bila-bila masa. Segar, air detox ini anti-radang dan mencantikkan kulit.

5. Cuka Epal + Lemon + Kayu Manis

Cuka epal memang banyak khasiatnya.  Tambahkan 2 sudu cuka epal pada pengisar  yang sudah diisikan dengan 1 sudu jus lemon dan 1 sudu serbuk kayu manis. Kisar sehingga halus. Masukkan dalam jag air dan letakkan hirisan epal. Gaul hingga sebati. Epal yang kaya dengan serat memudahkan perkumuhan dan kayu manis mengawal selera  makan.

6. Gel Aloe + Lemon

Jika di rumah anda ada menyimpan gel aloe, anda boleh campurkannya dalam segelas air dan masukkannya dalam pengisar. Tuang 2 sudu jus lemon dan kisar selama 1 minit. Aloe membantu memudahkan penghadaman dalam perut, meningkatkan tenaga dan menghilangkan rasa letih.

7. Halia + Lemon

Halia adalah penawar bagi semua penyakit. Apabila dicampurkan ke dalam air, ia menjadi penyahtoksikan yang terbaik. Masukkan jus lemon dan hirisan ½ inci halia ke dalam air.

Amalkan minum air detox ini setiap pagi. Ia membantu merawat segala kesakitan tubuh badan dan dalam masa yang sama, mengeluarkan toksin yang berkumpul.

8. Lemon + Limau Nipis, Oren + Timun + Hali + Daun Pudina

Bagi yang sering kembung perut, boleh amalkan minum air detox yang dihasilkan dengan hirisan ½  biji lemon, ½ biji limau nipis dan ½ biji oren, secawan timun, 1 sudu hirisan halia dan segenggam daun pudina. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam. Ia juga membersihkan buah pinggang. Buang air detox sekiranya sudah melebihi 24 jam.

9. Strawberi + Nanas + Cuka Epal + Daun Basil

Tahukah anda stress juga berpunca akibat toksin? Jika anda stress, elak minuman berkarbonat dan amalkan minum air yang sudah dicampurkan lima biji strawberi, ½ cawan potongan nanas, 2 sudu cuka epal sider, 4-5 helai daun basil dan kiub ais.

Gaul hingga sebati dan minum. Rasa masam dan manis air detox ini mampu mengurangkan rasa stress.

10. Tembikai

Tembikai memang sedap dimakan dalam cuaca panas. Jika ada lebihan, jangan disimpan dalam peti sejuk. Potong kecil-kecil dan masukkannya dalam jag air. Sejukkan beberapa jam dan minum apabila perlu. Tembikai mengandungi vitamin dan mineral yang boleh membuang toksin dalam badan.

11. Lemon

Andai kesemua air detox di atas terasa sukar dilakukan kerana kesuntukan masa menyediakannya, paling-paling tidak, perah setengah biji lemon dalam air dan minum setiap pagi.

Apabila anda konsisten mengamalkannya, pembuangan toksin juga akan kerap berlaku sehingga sukar berkumpul dalam badan. Secara tidak langsung, organ dalaman bebas toksin dan tubuh badan menjadi lebih sihat.

The post Buang Air Besar Sepantas Kilat Dengan Air Detox Buatan Sendiri appeared first on Aliff Channel.

Sunday 1 September 2019

loading...