loading...

Tuesday 31 January 2023

Belakang Pentas Mas Idayu Bagi Pesanan Untuk Adik Tokti Dalam Bidang Nyanyian

Walaupun sudah berusaha sebaik yang mungkin, The Siti Sisters, adik-beradik kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, gagal bertahan untuk berentap di pentas akhir program realiti, Famili Duo.

Pada separuh akhir yang berlangsung kemarin, mereka yang terdiri dari Siti Saidah Taruddin dan Siti Sairah, hanya berada pada tangga terakhir dengan skor 356.3.

Selesai pertandingan tersebut, juri tetap, Mas Idayu berjumpa dengan peserta duo The Siti Sisters untuk memberi nasihat dan semangat berkenaan dengan persembahan mereka pada minggu tersebut.

Menurutnya, persembahan mereka sangat menarik dan lain pada minggu sebelum sehingga tidak sangka duo tersebut dapat memberi persembahan begitu hebat pada malam itu.

Penyanyi dangdut terkenal turut memberi nasihat untuk mereka berdua.

“Jangan cakap tak boleh buat dan satu lagi bila juri tanya awak puas hati tak lagi, jangan berikan jawapan puas hati tapi bagitau meraka saya telah buat yang terbaik”, ujar Mas Idayu lagi.

Apa pun selamat maju jaya The Siti Sisters, jangan mengalah walaupun kalah dalam FamiliDuo. Teruskan berusaha!

Monday 30 January 2023

“Dia Dah Tersuka Suami Saya”, – Bella Astilah, Lagi Gangguan Rumah Tangga

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Bella Astilah mengesahkan bahawa rumah tangganya kini bertambah sukar disebabkan oleh campur tangan orang ketiga yang didakwa seorang pelakon drama.

Menurut Dayang Nabellah Awang Astillah atau lebih dikenali sebagai Bella, 28, berkata, dia mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila wanita itu kerap menghubungi suaminya.

Suaminya Aliff Aziz, menerima beberapa panggilan tak terjawab dari nombor yang sama.

Setelah diperiksa, Bella Astilah mengetahui bahawa nombor tersebut milik pelakon terbabit.

Bella juga menghubungi pelakon wanita itu dan menerima panggilan maaf atas apa yang berlaku. Pelakon wanita itu juga mengaku dirinya bodoh dan memang menyukai suaminya.

Namun, wanita tersebut tidak berhenti-henti menghubungi Bella menerusi WhatsApp dan Direct Message serta meminta untuk berkawan dengan Bella.

Bella mengakui dia sudah berbincang dengan Aliff mengenai hal ini dan Aliff juga sudah mengakuinya.

Kini, Aliff sedang terbabit penggambaraan bersama pelakon wanita tersebut, namun Aliff membenarkan Bella untuk datang menemani jika ada kelapangan.

Bella juga tidak mahu berulang masalah seperti sebelumnya dan menyayangi rumah tangga mereka.

Sebelum ini, Bella meraih perhatian ramai apabila memuat naik ayat petikan dan gambar mengenai perempuan yang suka mendekati suami orang.

Thursday 26 January 2023

Suami YB Izzah Anwar Buka Cerita Tentang Kandungan Mereka Yang Gugur

Dua hari lepas, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkongsi kisah sedih di Instagram yang memaklumkan beliau mengalami keguguran.

Cerita ini menjadi tajuk utama di kebanyakan portal berita sehinggakan suami Izzah, Yin Shao Loong tampil bersuara memberitahu mengapa isterinya berkongsi kisah sedih ini pada orang ramai.

Menurut ciapan akaun twitter milik Yin Shao Loong, isterinya merasakan semua orang patut menyuarakan penderitaan yang pernah di alami bagi sesetengah wanita.

Di tempat kerja, Izzah berterus-terang tentang kegugurannya kerana untuk menghadapi ujian ini, memang beri impak sangat hebat pada mental dan fizikal terutama bagi wanita bekerjaya.

“Izzah sangat tabah dan kuat sebab sejurus mendapat berita kehilangan kandungannya, dia terus sambung dengan panggilan menerusi Zoom,” tulisnya.

Dia turut meluahkan yang sedikit sebanyak, dia juga perlu menerima kenyataan dengan ujian yang dihadapinya ini.

Dia juga percaya pasti ada sesetengah individu tiak faham tentang keperitan kehilangan anak yang dikandung.

“Sekurang-kurangnya saya tahu yang saya dan isteri saya sama-sama kuat untuk terima kehilangan ini,” luahnya lagi.

Apa pun, kami doakan YB Izzah dan suami satu hari berjaya menimang cahaya mata mereka yang pertama.

Tuesday 24 January 2023

‘Keluarga’ Kuda Terbiar, Kini Berjaya Diselamatkan

Hantaran ciapan twitter milik akaun @BarnAndBrxfast pada pagi Isnin lepas telah menjadi bualan netizen.

Ciapan tersebut menunjukkan tiga ekor kuda yang berkeliaran di jalan raya di sekitar kawasan menghala Bukit Ampang, Selangor.

Dia turut meluahkan rasa kasihan pada tiga ekor tersebut kerana pemilik haiwan peliharaan tidak memberi penjagaan yang sebaiknya.

Dalam masa yang sama, dia turut memberitahu kepada pemilik kuda yang lain supaya tidak membela kuda hanya kerana ingin menunjuk.

Tweet tersebut menjadi viral sehingga sampai ke pengetahuan Pegawai Pemerintah Unit Berkuda, Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan, DSP Nurhidayah Damanhoori.

Berikutan itu, beliau telah bertindak dengan menyelamatkan semua kuda yang terbiar untuk dibawa tempat lebih selamat supaya tidak membahayakan orang awam dan haiwan tersebut.

Bagaimanapun, terdapat satu komen yang mengatakan kuda-kuda tersebut sebenarnya suda lama berkeliaran di kawasan tersebut.

Malah, bukan kuda saja tapi terdapat beberapa ekor lembu juga kelihatan berkeliaran dia sekitar kawasan tersebut.

Menurut akhbar online, Kosmo! DSP Nurhidayah Damanhoori di dalam satu hantarannya memuat naik satu hantaran yang berbunyi,

“Kami dah selamatkan ketiga-tiga ekor kuda tersebut. Pemilik ada datang tetapi kami pujuk bagi kami bawa balik dulu, sebab pemilik hanya peminat kuda yang mengupah pekerja sementara. Jarang datang tengok.

“Kami dah pantau tiga hari memang tiada penjaga. Hasil perbincangan dengan pemilik, kami bawa balik dan rawat dulu memandangkan kuda dalam keadaan teruk dan kandang kuda tidak cukup kelengkapan.

“Alhamdulillah pemilik akur sebab dah melibatkan beberapa kesalahan iaitu mengabaikan kebajikan kuda serta membahayakan keselamatan pengguna jalanraya,” tulisnya.

Lega rasanya bila tahu kuda tu semua dalam keadaan selamat. Harap sihat la lepas ni, tak kurus je.

Friday 20 January 2023

Digelar Penyondol Apabila Bergambar Dengan MK, Ini Jawapan Putri Sarah Liyana

Seperti kita semua tahu hubungan antara pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana (PSL) dan pengarah hebat, Syamsul Yusof sedang berlaku keretakan rumah tangga.

Malah, baru-baru ini PSL sudah pun bertekad untuk memfailkan penceraian selepas mengambil kira segala sudut pandang.

Tapi itu bukan menjadi isu utama dalam artikel kali ini, apa yang menarik perhatian kami adalah posting Puteri Sarah menerusi laman akaun Instagram miliknya

Posting tersebut menunjukkan dia berswafoto bersama penyanyi rap terkenal, MK K-Clique di konsert penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan malam semalam.

Berikutan itu ruangan komen dihujani pelbagai komen dan reaksi dari netizen.

Ada yang mengatakan PSL perlu menjaga batas kerana masih lagi isteri orang dan ada yang percayakan PSL yang tahu batas pergaulan.

Apa yang lebih mengejutkan lagi apabila ada yang mengatakan PSL penyondol boyfriend orang.

Berikutan itu, PSL membidas komen netizen tersebut dengan mengatakan seorang penyondol tak tunjuk di khalayak orang ramai.

Malah dia turut menjelaskan situasi dalam gambar tersebut dimana ketika itu bukan hanya dia dan MK saja tapi ada ibu dan PA dan manager.

Apa pun, rumah tanga orang tak perulah masuk campur dan apa yang dimuat naik oleh PSL di media sosial, janganlah terlalu cepat untuk kita menghukum.

Bukan PSL saja tapi orang lain pun, bukan apa takut-takut nanti timbul fitnah dan mengeruhkan lagi keadaan.

Thursday 19 January 2023

Lepas Bermalam Dengan Kekasih, Si Ibu Tekup Muka Bayi Sampai Mati

Cubaan seorang wanita menipu pihak berkuasa dengan mengatakan anak kandungnya berusia setahun tidak sedar diri kerana terjatuh dari sofa di rumah, gagal.

Perbuatan tersebut berjaya dibau apabila hasil pemeriksaan awal dari pihak doktor yang mendapati terdapat pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan oleh penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, sekitar jam 11.30 pagi doktor berkenaan telah menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki berusia satu tahun enam bulan yang dihantar oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kami terima laporan daripada pasukan perubatan Hospital Cyberjaya pada Ahad selepas kanak-kanak malang berkenaan meninggal dunia setelah tiga hari menerima rawatan.

Sejurus terima laporan, kami cuba menghubungi kembali ibu mangsa tapi gagal dan malangnya wanita itu juga tiada di alamat kediaman yang diberikan, ” jelasnya.

Beliau menambah lagi, dari hasil maklumat risikan, polis berjaya menyerbu sebuah rumah flat di Putra Perdana, Dengkil dan menahan suspek bersama suaminya sekitar jam 12.15 pagi pada 16 Januari.

Apabila disiasat, suspek menekup dan mencekik anaknya yang sedang tidur selepas bermalam bersama kekasihnya di sebuah kondominium di Cyberjaya pada 12 Januari lalu.

Suspek mengakui perbuatan itu kerana mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangga serta keluarga.

“Bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan.

Terdapat juga kesan calar di pipi kiri serta lebam di leher dipercayai akibat dicekik.

“Punca kematian disebabkan asfiksia ataupun kekurangan oksigen dipercayai berpunca dari tindakan ibu mangsa menekup muka mangsa,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun teman lelaki suspek yang merupakan seorang pelajar kolej berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengaku terlibat.

Wednesday 18 January 2023

“Tiada Bayaran Tol,” – PMX

Sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini mengejutkan ramai rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tol percuma.

Perkhidmatan tol percuma ini sah kepada semua kelas kenderaan sempena Tahun Baharu Cina pada tahun ini pada 20 dan 21 Januari ini.

Inisiatif ini diambil kerana bagi memudahkan seluruh rakyat yang akan pulang ke kampung bukan saja (masyarakat) Cina tetapi juga Melayu, India dan yang lain.

“Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Anthony Loke sudah mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi dan setuju supaya ditiadakan tol bagi 20 dan 21 Januari,” katanya.

Dalam pengumumanya itu juga beliau turut menitipkan pesanan agar mereka yang pulang bercuti supaya berhati-hati dan mematuhi semua peraturan jalan raya yang ditetapkan.

So guys, selamat menyambut tahun baru cina!

Tuesday 17 January 2023

“Siapa Pernah Kena Chickenpox Boleh Dapat Kayap Ular” – Dr Samhan

Perkembangan teknologi baharu telah membawa banyak kemajuan terutama ilmu pengetahuan am.

Tambah pula terdapat beberapa pakar dalam bidang mereka aktif di media sosial untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan yang aktif berkongsi ilmu perubatan menerusi platform media sosial.

Baru-baru ini beliau berkongsi kisah pesakitnya yang datang mengadu sakit kerana dijangkiti kayap ular dan gusar jika kayap tersebut bersambung, dia akan mati.

Berikutan itu, beliau menerangkan cara mengatasi kayap ular menerusi ciapan twitter miliknya. Jom ikuti penerangan beliau di bawah.

Apakah itu kayap ular?

penyebab penyakit kayak 1

Selepas pesakit pulih dari jangkitan chickenpox

penyebab penyakit kayak 2

Menyerang saraf satu bahagian badan sahaja

penyebab penyakit kayak 3

Virus menjadi aktif

penyebab penyakit kayak 4

Melibatkan bahagian dada dan muka

penyebab penyakit kayak 5

Beliau turut menegaskan bahawa rawatan perubatan hanya memendekkan tempoh penyakit dan mengelakkan kompilasi kepada pesakit.

Sehingga kini tiada rawatan yang berkesan sepenuhnya untuk merawat kayap ular.

Tetapi rawatan perubatan yang betul mampu memendekkan jangka masa penyakit ini serta megelakkan komplikasi.

Jenis ubat untuk penyakit kayak

Ubat untuk penyakit kayak

Krim antibiotik pun perlu

Ubat untuk penyakit kayak 2

Oleh itu, sekiranya anda terkena penyakit kurap ular segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

Mereka lagi arif dalam bidang perubatan dan jangan terlalu percaya kepada khabar angin semata-mata.

Thursday 12 January 2023

Bahagianya Bila Tengok Cara Artis Lelaki Ini Hargai Isteri Mereka

Bila berumah tangga, pasti akan berlaku sedikit konflik. Tipulah jika ada yang kata rumah tangga mereka harmoni sepanjang masa.

Sedangkan rumah tangga Rasulullah pun menghadapi asam garam. Ada tika ceria, ada tika bermasam muka, ada tika romantik.

Tapi tunggak utama adalah bagaimana dua insan menyelesaikan masalah apabila wujud kekecohan dalam rumah tangga.

Selain itu, anda perlu menghargai pasangan yang sudah berkorban, penat menjaga anak dan bekerja keras untuk keluarga.

Lihatlah cara artis lelaki Malaysia ini menghargai pasangan mereka, boleh kekal lama dan setia dengan seorang insan.

Rosyam Nor

Yusry Abdul Halim

Farid Kamil

Faizal Hussein

Semoga rumah tangga mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Wednesday 11 January 2023

“Janji, Takkan Bagi Awak Kat Sesapa Dah Lepas Ni,” – Ayah Aysar Wildan

Rakyat Malaysia digemparkan dengan kes tiga pekerja sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Kuala Terengganu mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan sehingga koma.

Tiga suspek terbabit wanita berusia antara 22 hingga 33 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di premis berkenaan petang semalam.

Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, mangsa berlaku pendarahan dalam otak selain keretakan pada tempurung kepala.

Kemudian, kami menjengah akaun Instagram bapa kepada mangsa, @syamilhadi94 dan dilihat dia memuat naik satu posting video rakaman anaknya, Aysar Wildan sedang bergelak tawa ketika bermain.

Dalam hantaran yang sama, dia turut meluahkan apa yang di rasa melalui tulisan yang disertakan bersama video hantarannya.

“Aysar Wildan ayah umi tak kuat sebenarnya tapi ayah umi kuat sebab awak sayang. Ayah umi tau awak bukan milik kekal, awak milik Allah. Hanya pinjaman untuk ayah umi. Ayah Umi akan tunggu awak sayang. Ayah umi janji akan jaga awak sampai bila-bila. Ayah umi tak akan bagi awak kat sesapa dah lepas ni. Ayah umi janji sayang. Ramai orang mendoakan awak sayang, cepat sembuh ya. Allah baik sayang, Allah akan sembuhkan awak sayang,”

Tidak ada ibu bapa yang sanggup menghantar anak kepada orang lain untuk menjaga dalam tempoh 7 hingga 9 jam.

Tapi disebabkan demi mencari rezeki sesuap nasi, ibu bapa terpaksa kuatkan hati untuk memberi kepercayaan kepada orang menjaga anak kecil mereka.

Malangnya, ada pula manusia yang tidak berperikemanusiaan memukul seorang bayi berusia 4 bulan sehingga mengalami koma. Kejam!

Apa pun, kami doakan baby Aysar Wildan kembali sembuh dan aktif semula seperti bayi yang lain.

“Anak-Anak Saya Di Gaza Meraikan Hari Lahir Saya,” – Tokti

Hari ini 11 Januari 2023, merupakan ulang tahun penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti.

Sempena ulang tahun yang ke 44, beliau memilih negara Turki untuk mencipta kenangan bersama keluarga kecilnya. Memang best kalau tengok!

Tapi bukan itu yang menjadi bualan utama kerana ada lagi yang mengejutkan apabila pelantun lagu Jerat Percintaan memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya.

Video tersebut menunjukkan lebih 20 orang kanak-kanak Gaza menyambut hari jadinya dan paparan video tersebut memaparkan gambar-gambarnya di cetak dan ditampa di dinding.

Terdapat juga dua biji kek hari jadi yang bertulis ‘Happy Birthday CTDK‘ serta gambar bersama keluarganya ketika bercuti di Turki.

Dalam posting tersebut, beliau turut meluahkan rasa terharunya kerana anak-anak Gaza yang dianggap seperti anaknya sendiri menyambut hari jadinya serta mendoakan mereka sentiasa dilindungi oleh Allah.

Apalah kebaikkan dan sumbangan Tokti sampai hari jadi beliau pun mereka sambut di sana. Kami doakan rezeki Tokti melimpah ruah.

Tuesday 10 January 2023

“Saya Dengar Cakap Allah, Berkahwinlah Kamu Untuk Elak Maksiat,” – Syamsul Yusof

Keadaan hubungan pasangan selebriti yang sedang hangat diperkatakan di media sosial, pengarah popular Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana.

Selepas beberapa hari Syamsul memuat naik sebuah video dengan pengakuan dirinya telah menikahi anak pelakon kepada Kazar Saisi, Ira Kaza.

Puteri Sarah kemudiannya memuat naik sebuah video membidas penerangan dari pihak Syamsul yang mendakwa suaminya menyekat nombor telefonnya di aplikasi Whatsapp.

Beberapa hari selepas itu sekali lagi Puteri Sarah memuat naik posting sekeping gambar bersama anak-anaknya dengan kaption ‘meminta dilepaskan’ kerana tidak rela dimadu.

Berikutan dari itu, Syamsul memuat naik lagi sekali bagi menjelaskan apa yang berlaku di sebalik langkahnya yang berkahwin lain tanpa pengetahuan isterinya.

Syamsul berkata, dia mempunyai sebab tersendiri kenapa dia perlu berkahwin dimana hanya dia dan Allah saja tahu tindakan yang diambil ini

“Saya nak dengar cakap Allah, apa yang Allah suruh, kahwin. Berkahwinlah kamu untuk mengelakkan kahwin. Ok itu yang saya buat,”

Dia turut meluahkan rasa kecewa dan sedih di mana masyarakat sekarang suka lihat orang buat maksiat daripada menghalalkan hubungan.

Dalam hantaran yang sama, Syamsul turut mendakwa Puteri Sarah memarahi dan memaki hamunnya di telefon atau WhatsApp seolah-olah tidak ada lagi rasa hormat terhadapnya sebagai suami.

Bagaimanapun pengarah movie Mat Kilau meminta isteri pertamanya pulang ke rumah untuk berbincang tentang hubungan mereka dan jangan mengeruhkan lagi keadaan.

Seorang Guru Agama Hilang Hampir Sebulan Di Tanah Suci

Pada awal Disember tahun lepas, telah dilaporkan seorang jemaah umrah warga Malaysia, Pak Ibrahim telah hilang di Mekah selama sembilan hari.

Kehilangan Pak Ibrahim akhirnya berjaya ditemui oleh seorang mutawif tempatan dalam keadaan baik walaupun mukanya terdapat sedikit lebam.

Terbaru, terdapat lagi kes seorang jemaah hilangyang merupakan seorang guru agama Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja, Johor., Musthafa Kamal Abdullah.

Mangsa yang berusia 49 tahun hilang di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah disedara oleh anak lelakinya apabila menjelang subuh ayahnya masih tidak ada.

Memetik laporan dari portal Awani, mangsa didapati hilang pada 12 Disember selepas anaknya, Muaz menyedari bapa mereka tiada di bilik hotel di Mekah.

Menurut anaknya, Muhammad Nabil Musthafa Kamal berusia 26 tahun berkata adik dan ayahnya baru pulang dari Madinah dan tiba di hotel kira-kira jam 7 malam serta sempat makan sebelum jam 10 malam dijadualkan membuat tawaf untuk umrah wajib.

“Mereka juga sudah memakai ihram dan ayah minta adik pergi dulu dengan mutawif kerana dia mahu berehat dan cakap dia akan tawaf nanti sebab kurang sihat,” jelasnya.

Malanya apabila pulang ke bilik hotel, adiknya mendapati bapa mereka tiada di bilik, malah beg silangnya juga tiada pada 12.30 tengah malam.

Ketika menyedari ketiadaan mangsa, adiknya tidak terlalu risau memandangkan beliau boleh berbahasa Arab.

Tetapi selepas mangsa masih belum pulang hingga Subuh dan terlihat gambar bapa mereka tersebar menerusi aplikasi Whatsapp, mereka mengesyaki bapa dihantar ke hospital.

“Kami percaya mungkin ayah keluar seorang diri mahu pergi tawaf. Pada 13 Disember ada individu berkongsi gambar ayah memakai ihram tanpa beg dalam ambulans di kumpulan WhatsApp.

Tambahnya lagi, selepas terlihat gambar tersebut mutawif kemudiannya ke hospital mencari mangsa tetapi mangsa tiada dan pihak hospital beritahu pesakit sudah keluar dari hospital serta dihantar pulang ke hotel.

Selepas tiga hari kehilangan bapanya, ada orang awam menghantar beg silang bapanya di kaunter hotel dan mereka.

Ini membuat mereka yakin untuk melakukan pemeriksaan melalui kamera litar tertutup (CCTV) kerana itu adalah jalan terakhir bagi mengesan jejak keberadaan ayah mereka.

Bagaimanpun sehingga kini masih lagi belum ada apa-apa berita. Jadi jika sesiapa menemui mangsa segera menghubungi pihak berkuasa atau memaklumkan kepadanya di talian 017-7362532.

Monday 9 January 2023

Bekas Pengacara Hlive, Eleena Sui Kini Manis Bertudung

Eleena Sui atau nama sebenar Nor Eleena Binti Hamzah yang merupakan pengacara, pelakon dan model.

Namanya mula melonjak naik apabila menjadi pengacar Hlive dan membintangi drama bersiri Suri hati Mr. Pilot.

Tapi sejak dirinya bergelar seorang isteri, bekas pengacara program hiburan, Hlive mula kurang aktif dalam dunia hiburan.

Walaupun dirinya sudah jarang kelihatan dalam layar kaca TV, tapi masih ramai lagi pengikutnya mengikuti perkembangan Eleena.

Perkembangan terbaru Eleena menerusi laman instagram miliknya apabila dia memuat naik sekeping gambar bersama anaknya dengan mengenakan hijab.

Mungkin ada yang beranggapan penampilannya itu disebabkan ingin mempromosi jenama pakaian muslimah.

Sangkaan tersebut meleset apabila dirinya kekal memuat naik gambar yang menunjukkan dirinya bertudung.

Lebih menarik perhatian kami lagi apabila posting pada hujung tahun 2022, Eleena memuat naik gambarnya bertudung labuh dengan kapsyen yang yang berbunyi,

“New year, new chapter. May our paths in 2023 blessed by God. Amin. Happy new year guys!”

Apa pun semoga pakain bertudung ni kekal istiqamah sampai bila-bila.

loading...