loading...

Thursday 30 May 2019

Beli Kereta Loan Kedai Ini, Dapat Tuannya Sekali

Selalunya kita beli kereta loan kedai, tetapi ini unik sikit. Heboh di media sosial di negara Indonesia, seorang wanita cantik mengiklankan untuk menjual kereta dengan tuannya sekali.

Cheacha membuat iklan di Facebook pada 26 Mei lepas untuk menjual kereta berjenama Nissan Grand Livina miliknya dengan tawaran yang sangat unik.

Wanita yang agak cantik yang berusia 25 tahun itu menawarkan sesiapa membeli kereta itu dengan dirinya sekali. Sangat beruntung bukan?

“Dijual mobil berserta pemiliknya. Minat bisa inbox 0821-1452-4443,”

katanya dalam iklan berkenaan tanpa meletakkan sebarang harga.

Namun begitu, Chaecha turut meletakkan syarat pembeli tidak boleh memilih dan perlu membeli kereta serta dirinya.

Ada syarat yang ditetapkan iaitu pembeli juga perlulah lelaki bujang berusia 30 hingga 35 tahun dan sedang mencari teman hidup.

Iklan berkenaan menjadi tular di media sosial di Indonesia dan turut mendapat liputan meluas media negara itu.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Chaecha sudah mendapat pembeli untuk membeli kereta dan hatinya itu. Siapakah yang akan menjadi milik tuan punya kereta itu?

The post Beli Kereta Loan Kedai Ini, Dapat Tuannya Sekali appeared first on Aliff Channel.

Wednesday 29 May 2019

Tuesday 28 May 2019

Monday 27 May 2019

Saturday 25 May 2019

Tak Perlu Menunggu Kaya Untuk Berkahwin, Asalkan Mahu Bekerja & Terus Berusaha

Berkahwin adalah salah satu ibadah sunnah yang disarankan oleh Rasulullah. Malangnya, ramai yang berkahwin selepas menunggu buat sekian lamanya. Soal perkahwinan, tidak perlu menunggu anda untuk kaya. Yang penting, anda sudah bekerja dan terus berusaha.

Sangat munasabah, takut kerana tidak dapat memenuhi keperluan rumah tangga. Itulah perkara yang sangat wajar, tetapi jangan menjadikannya penghalang untuk beribadah kepada Allah dengan berkahwin. Bukankah perkahwinan itu sama seperti menyempurnakan separuh perintah agama.

Tersebut Kisah Di Zaman Rasulullah Tentang Seorang Pemuda Yang Tidak Kaya, Maharnya Dalam Bentuk Menghafaz Al-Quran

Ada hadis dari Nabi Muhammad SAW bahawa ada pemuda pada masa itu yang sangat miskin. Sehingga Rasulullah bertanya apa mas kahwin yang akan diberikan, dia menjawab bahawa tiada apa-apa di rumahnya. Nabi Muhammad bersabda, yang dia dibenarkan memberikan mas kahwin dalam bentuk ayat-ayat Al-Quran yang telah dihafal. Tentu saja, para sahabat nabi tidak hanya menghafal tetapi mengamalkannya.

Dalam cerita lain pada zaman hari ini. Masih banyak orang muda yang menunggu kaya untuk berkahwin. Dia masih takut berurusan dengan ibu bapa wanita itu. Hakikatnya, ibu bapa wanita hari ini juga tidak lepas pandangan atas harta milik seseorang lelaki itu. Walaupun tidak ada keperluan dalam Islam untuk kaya sebelum berkahwin.

Bahkan dalam hadis lain, Rasulullah memberikan penjelasan bahawa jika anda ingin menjadi kaya, berkahwinlah. Ia tidak boleh dilihat dalam kekayaannya tetapi dalam keupayaan lelaki itu untuk menyediakan kepadanya. Walaupun anda tidak mempunyai pendapatan yang stabil, ini tidak mengapa selagi anda masih ada punca pendapatan atau cuba menghasilkan wang.

Artikel ini diolah dari laman dakwah.blogspot.com

The post Tak Perlu Menunggu Kaya Untuk Berkahwin, Asalkan Mahu Bekerja & Terus Berusaha appeared first on Aliff Channel.

Friday 24 May 2019

Thursday 23 May 2019

Lelaki Yang Kerap Joging Nampak Lebih Muda Dan Kacak

Jika lelaki nak nampak muda, kacak dan menawan, mestilah sentiasa menjaga kesihatan. Itu saja kunci untuk lelaki supaya nampak lebih muda dan kacak. Senaman yang baik untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengamalkan berjoging setiap hari.

Berjoging adalah senaman jalan cepat atau lari kecil untuk menyerap oksigen yang dihantar ke fungsi jantung agar ia bekerja lebih cepat dari kebiasaannya. Berjoging menjadi antara senaman pilihan terbaik kerana ia mudah untuk dilakukan.

Yang penting berjoging tidak memerlukan peralatan yang khusus untuk anda melakukannya. Hanya memerlukan pakaian dan kasut sukan yang sesuai, anda boleh berjoging di mana-mana sahaja tanpa halangan.

Jika anda seorang lelaki yang rajin berjoging, anda memang beruntung. Bukan sahaja menyihatkan tubuh badan dan mengeluarkan peluh, berjoging juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih tampan dan awet muda.

Selain dari membuatkan anda nampak muda dan kacak, ada juga manfaat lain yang dapat diperolehi melalui senaman joging.

Memberi kebaikan untuk tulang

Joging bagus untuk menguatkan tulang. Tulang anda akan menjadi semakin kuat kerana ia selalu menerima rintangan. Begitu juga dengan tulang kaki yang akan mendapat manfaat paling besar untuk senaman berjoging.

Menguatkan otot

Otot yang selalu digunakan semakin lama akan menjadi semakin kuat dan besar. Pada awalnya, anda akan berasa sakit namun lama-kelamaan, badan anda akan akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Joging setiap hari mampu menguatkan otot-otot anda dan semestinya anda akan berasa sentiasa cergas setiap hari.

Menyihatkan jantung

Joging juga akan membuatkan jantung anda bekerja lebih kuat kerana permintaan oksigen yang lebih tinggi semasa anda bersenam. Secara tidak langsung ini akan menjadikan jantung lebih sihat. Jantung merupakan organ penting untuk dijaga, maka joging mengurangkan masalah sakit jantung secara amnya.

Membakar kalori

Segala peluh dan rasa penat yang anda alami itu bukanlah satu yang sia-sia. Dengan berjoging, tubuh akan membakar kalori sekali gus membantu menurunkan berat badan anda. Dengan membakar lemak dalam badan, anda sudah pasti dapat bentuk badan yang ideal.

The post Lelaki Yang Kerap Joging Nampak Lebih Muda Dan Kacak appeared first on Aliff Channel.

15 Fakta Perilaku Anak Kedua Yang Sudah Pasti Difahami Oleh Ibubapa

Perilaku fakta anak kedua adalah berbeza dari yang anak yang lain. Mereka mempunyai ciri-ciri mereka sendiri yang kadang-kadang sangat disukai oleh semua ahli keluarga.

Namun, juga begitu dia menjengkelkan dan tidak disukai oleh adik-beradik yang lain. Walaupun demikian, anak kedua dalam keluarga ini juga istimewa dalam anak-anak yang lain.

Apa yang istimewanya? Berikut 15 perkara mengenai anak kedua ini yang perlu anda ketahui. Adakah sama atau tidak dengan anda?

  1. Dia elalu sangat mengalah dalam segala perkara dan ini mempengaruhi perkembangan keperibadian diri mereka.
  2. Menurut Alfred Adler, seorang doktor perubatan dan ahli psikologi, anak kedua lebih senang menjadikan kawan sebagai tempat untuk meluahkan rasa hati. Senang cerita adakalanya mereka suka asingkan diri di dalam keluarga.
  3. Perangai anak kedua berbeza daripada anak-anak lain kerana terlalu berjuang untuk menarik perhatian ibu bapa.
  4. Anak kedua selalu mencuba untuk jadi anak yang baik dan memenuhi apa sahaja permintaan ibu dan ayahnya.
  5. Suka berimaginasi dan berangan-angan tetapi bersemangat tinggi untuk mencapai sesuatu.
  6. Tidak suka bekerja di bawah tekanan stres.
  7. Mereka mahu bebas! Anak kedua juga sangat suka pada perkataan kebebasan dan fleksibiliti. Mereka tak suka pada kerja yang banyak peraturan dan undang-undang.
  8. Selalunya memilih untuk bekerja sendiri atau pekerjaan yang membolehkan mereka berekspresi dengan sendiri. Jika bos bagi kebebasan,, ini yang paling mereka sukai!
  9. Pandai menjalinkan persahabatan dengan orang lain, mudah mesra dan ramai kawan-kawan. Senang cerita, anak kedua memang ramah dan disenangi ramai.
  10. Selalu berusaha untuk membuat orang lain suka dan menyenangi mereka.
  11. Sukar buat keputusan sendiri dan tak berapa yakin dengan diri sendiri.
  12. Adakalanya emosi mereka cepat sangat berubah. Baik pada kawan-kawan tetapi ikut emosi!
  13. Selalu sangat berprasangka sendiri dan mempunyai pemikiran sendiri. Lain yang kita maksudkan, lain yang difahaminya.
  14. Bijak dan berkemahiran tinggi dalam berkomunikasi hinggakan mereka bijak memanipulasi dan ini menyebabkan ramai di antara mereka yang menjadi usahawan berjaya.
  15. Paling penting, mereka seorang yang penyayang terutama pada sahabat handai dan ahli keluarga.

Akhir kata, anda pula anak yang ke-berapa? Sila kongsikan kepada sahabat handai dan keluarga, ya!

The post 15 Fakta Perilaku Anak Kedua Yang Sudah Pasti Difahami Oleh Ibubapa appeared first on Aliff Channel.

Tuesday 21 May 2019

Lelaki Pertengahan Umur Parah Ditetak Rakan Kerana Sakit Hati Ditanya “Bila Mahu Berkahwin?”

Sebenarnya persoalan bila mahu berkahwinan merupakan ungkapan biasa. Tetapi ia akan jadi berbeza jika ditanya kepada mereka yang tidak lagi berkahwin pada usia yang agak tua. Tidak senang hati, akibat berang kerana sering diajukan soalan bila mahu berkahwin, seorang lelaki berusia 52 tahun di sebuah kampung di Wawali di Minahasa Tenggara, Sulawesi Timur di Indonesia bertindak menetak kepala jirannya hingga mati.

Memetik sumber laman Merdeka.com, kejadian dikatakan berlaku pada malam Sabtu lalu ketika suspek, Aswin datang ke rumah rakannya, Ari Kongingi, 47, untuk membeli arak cap tikus.

Dua sahabat yang bekerja sebagai petani itu pada mulanya berbual mesra tetapi suasana bertukar tegang apabila Ari mengajukan soalan, “Kapan nikah” kepada Aswin.

Soalan itu menyebabkan Aswin naik berang dan terus memarahi Ari sambil berkata, “Jangan ikut campur, itu urusan keluarga saya”.

Reaksi Aswin itu menyebabkan Ari tidak berpuas hati dan dia terus mengekori lelaki itu pulang ke rumahnya. Ketika di rumah Aswin, mereka terus bertengkar dan suspek yang berang mengambil sebilah parang lalu menetak kepala Ari.

Jurucakap polis, Ronny memberitahu, Ari meninggal dunia semalam ketika dirawat di hospital Noongan Langoan akibat kecederaan parah di kepala.

The post Lelaki Pertengahan Umur Parah Ditetak Rakan Kerana Sakit Hati Ditanya “Bila Mahu Berkahwin?” appeared first on Aliff Channel.

Monday 20 May 2019

Friday 17 May 2019

Thursday 16 May 2019

Friday 10 May 2019

Doa Boleh Mengubah Molekul Air Kepada Bentuk Kristal

Air mempunyai formula kimia H2O, bermakna bahawa satu molekul air terbina daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Ia boleh digambarkan secara ionik sebagai HOH, dengan satu ion Hidrogen (H+) yang terikat kepada ion Hidroksida (OH-). Ia berada didalam keseimbangan dinamik di antara cecair dan wap yang berada pada suhu dan tekanan piawai. Pada suhu bilik, ia adalah cecair yang sangat jernih, tawar, dan tak berbau.

Air boleh menjadi banyak bentuk. Keadaan pepejal bagi air biasanya dikenali sebagai ais (walaupun banyak bentuk yang wujud, sila lihat pepejal air amorfous); keadaan gas dikenali sebagai wap air (or stim), dan fasa cecair biasanya disebut hanya sebagai air. Air adalah asas molekul bagi pelarut berakues. – Sumber: wikipedia

Namun tahukah anda, molekul air ini boleh berubah menjadi bentuk kristal apabila dibacakan doa? Dr Masaru Emoto dari Jepun telah meneliti selok belok tentang air.Ini adalah bentuk molekul Kristal Air Zam Zam, rangkaian heksagonalnya sangat indah, cemerlang berkilau dan penuh warna berkilau ketika dibacakan ayat suci.

Lihat gambar rajah di atas, begitulah bentuk air sebelum dibacakan ayat suci dan bentuk molekul air selepas dibacakan dengan ayat suci. Sangat ajaib bukan? Hal ini bermakna, molekul air ini bertindak balas dengan ayat suci yang dibacakan sehingga ia mampu menjadi air yang sangat baik untuk kesihatan.

Dengan menggunakan mikroskop canggih dengan kemampuan photografi yang power. Doktor ini telah menemukan bagaimana bentuk air ketika sebelum membaca doa dan setelah membaca doa.

Sebelum dibacakan doa, ekspresi air kelihatan kontras, seperti air yang tercemar dan apabila dibacakan doa bentuknya akan menjadi sangat indah bagaikan kepingan salji yang sedang jatuh, dan ia kelihatan sedang menyukai sesuatu yang telah kita ucapkan, iaitu doa kita.

Bentuk Molekul Air Setelah Dibacakan Doa

Molekul air yang indah ketika dibacakan ayat suci

Ketika dimainkan music symphony Mozard, Kristal muncul berbentuk bunga
Setelah itu ditunjukkan pula kata ” Malaikat”: terbentuk rantai dengan kristal hexagonal yang indah ( gambar kiri ) dan apabila ditunjukan kata ” Syaitan”‘ kristal terbentuk buruk dengan bebola api ditengah ( gambar kanan ).

Sangat menakjubkan bila molekul air ini boleh bertindak mengikut apa yang dibacakan ke atasnya. Maka tidak hairanlah masyarakat Islam banyak menggunakan air untuk tujuan perubatan dan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran bagi tujuan tertentu dengan niat yang betul.

Jika anda mengalami sakit perut, anda boleh cuba bacakan ayat suci Al-Quran dengan niat minum, insyallah anda boleh sembuh dari kesakitan itu.

Sumber: taotauajer

The post Doa Boleh Mengubah Molekul Air Kepada Bentuk Kristal appeared first on Aliff Channel.

loading...