loading...

Thursday 31 May 2018

Kisah 6 Anggota Ikhwan Dihukum Mati, Doa Didengari Allah

Pada pukul enam pagi tanggal 7/12/1954, bendera hitam dikibarkan di penjara Kaherah dan orang-orang yang dijatuhi hukuman mati dengan diiringi pengawal, berkaki ayam dan memakai pakaian orang tahanan berwarna merah.

Pada pukul lapan pagi, bermulalah hukuman mati terhadap enam orang anggota Al Ikhwan Al Muslimin: Mahmud Abdul Latif, Yusuf Thala’at, Handawi Dawir, Ibrahim Ath Thayyib, Muhammad Farghali dan Abdul Qadir Audah. Keenam-enam orang ini berjalan ke tali gantung, dengan keberanian luar biasa dan memuji Allah karena mendapat kemuliaan syahid”.

“Sesungguhnya kamu mengharapkan mati (syahid) sebelum kamu menghadapinya; (sekarang) sungguh kamu telah melihatnya dan kamu menyaksikannya”. ( Surah Ali Imran: 143).

Salah seorang diantara mereka Syeikh Abdul Qadir Audah , seorang hakim lagi faqih dan pakar undang-undang, sebelum dilaksanakan hukuman mati berdoa kepada Allah, “Darahku akan menjadi laknat ke atas mereka yang melakukan kezaliman terhadap diriku.”

Allah telah tunjukkan kekuasaan-Nya…Semua yang buat kerja jahat terhadap para ulamak Allah balas di dunia lagi.

Jamal Salim Ketua hakim yang menjatuhkan hukuman mati kepada pejuang Islam menderita sakit saraf yg kronik. Ginjalnya tidak berfungsi. Tak boleh buang air kecil dan akhirnya mati keracunan, Syamsu Badran dijatuhi hukuman seumur hidup.

Kaunselor Abdul Hakim Amir mati bunuh diri atau diracun. Hamzah Basyuni dilanggar dengan teruk, hingga tubuhnya hancur dan bertebaran di atas tanah. Al Askari Ghunaim ditemui mati dalam kebun. Ash Shaul Yasin diserang untanya dan tulang lehernya retak hingga mati.

Abdun Nashir seluruh hidupnya dipenuhi rasa ketakutan dan keresahan, baik dalam jaga maupun tidur. Bahkan kuburnya digenangi aliran air.

Semoga Allah SWT mengumpulkan kita dan pejuang-pejuang yang gugur syahid di jalan-Nya bersama Rasulullah SAW di dalam surga-Nya yang mulia. Amin.

Sumber: Facebook/Hafez Sabri

The post Kisah 6 Anggota Ikhwan Dihukum Mati, Doa Didengari Allah appeared first on Aliff Channel.

Hanya Kerana Vape Nyawa Nur Alya Melayang

Pertengkaran berkaitan tabiat suspek menghisap rokok elektronik (vape) dipercayai antara faktor menyebabkan lelaki itu berang sebelum mencekik Nur Alya Damia Hairi, 19, hingga mati.

Mangsa dan bekas teman lelakinya yang berusia 19 tahun itu, dipercayai baru berpisah beberapa minggu lalu dan dikatakan bertemu semula pada malam kejadian untuk berbincang mengenai hubungan mereka.

“Ketika bertengkar di dalam kereta, mangsa dikatakan mengugut suspek untuk memberitahu ibu bapa lelaki itu mengenai perhubungan mereka, selain tabiatnya menghisap vape tanpa pengetahuan orang tuanya.

“Suspek yang marah kemudian hilang kawalan lalu mencekik leher mangsa selama beberapa minit sebelum menyedari hidung mangsa berdarah dan dia sudah tidak sedarkan diri.

“Lelaki itu dipercayai panik dan kemudian menolak mangsa keluar dari keretanya dan terus pulang ke rumah sewa,” katanya kepada NSTP.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui seorang penduduk di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di sini, sebelum dia menghubungi polis.

Susulan itu, polis dalam tempoh 15 minit, mengesan dan menahan suspek utama yang juga penuntut KVPD di rumah sewanya di Taman PD Idaman, kira-kira satu kilometer dari lokasi mayat mangsa ditemui.

Mahkamah Majistret Port Dickson membenarkan suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, siasatan awal mendapati, mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman Selasih selepas dijemput suspek dengan menaiki PROTON Wira dan mereka dikatakan ke satu lokasi berdekatan perumahan itu sebelum pertengkaran tercetus.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor, berkata pihaknya menyiasat kes berkenaan merangkumi semua aspek dan dalam proses melengkapkan kertas siasatan.

Sumber: Facebook/Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

The post Hanya Kerana Vape Nyawa Nur Alya Melayang appeared first on Aliff Channel.

Cikgu Meera Tular Sebab Cantik Manis Seiras Pelakon Antarabangsa

Mungkin di antara anda ramai yang tidak mengenali Cikgu Meera yang pernah menjadi tular di media sosial satu ketika dulu. Bakat nyanyiannya menerusi aplikasi Smule akhirnya membawa tuah apabila ‘dilamar’ oleh pihak Nova Music dan kini memiliki single pertamanya berjudul Oh Sayangku.

Meera atau nama sebenarnya Nur Ameera Nabila Azmi sering berkongsi gambar di akaun Instagramnya yang kini memiliki 50,000 pengikut di laman sosial tersebut.

Apa yang menjadi perhatian adalah apabila Meera mempunyai ‘kembar’ seorang pelakon Filipina, Angela Evangelista. Memiliki wajah orang Asia, Meera tampil berhijab manakala, Angela yang berambut panjang mempunyai persamaan dari segi raut wajah, senyuman yang sama dan bertubuh kecil molek.

Angela, pelakon berusia 16 tahun itu juga sering menghiasi kaca TV menerusi drama Sherlock Jr. yang bersiaran di negaranya.

Angela Evangelista

(sumber foto: Instagram/Angela)

Cikgu Meera

(sumber foto: Instagram/Meera)

The post Cikgu Meera Tular Sebab Cantik Manis Seiras Pelakon Antarabangsa appeared first on Aliff Channel.

Mahu Hidup Bahagia, Janganlah Duduk Rumah Mertua Atau Rumah Ibu Bapa Sendiri

Sekarang aku mahu ceritakan kisah aku sedikit. Selepas berkawan dengan teman lelaki aku selama setahun, dia ajak aku kahwin. Perkara pertama yang aku tanya adalah mahu tinggal di mana nanti selepas berkahwin? Aku tidak ada masa untuk bermanja-manja merancang jumlah anak nanti dan kusutkan kepala fikirkan nama anak apa kerana bagi aku, untuk membina keluarga baru, perkara asasnya tentulah sebuah kediaman untuk tinggal bersama-sama sebagai pasangan suami isteri.

Bukan mahu menjadi mata duitan perlu beli rumah dulu atau apa, bagi aku, kalau tidak dapat beli, menyewa dulu pun tidak mengapalah. Tidak kisahlah tidur bertilam toto atau makan nasi dengan kicap sekali pun. Mahu bina keluarga mahu kahwin dan keluar dari rumah milik keluarga.

Aku sangat bertegas di dalam hal ini sebab adik beradik aku ramai, aku pun berkongsi bilik dengan adik perempuan aku. Mak aku memang tegas kalau anak-anak sudah berkahwin, sila pindah keluar supaya dapat memberikan ruang kepada adik-adik lain. Aku faham maksud mak aku yang bukanlah niat dia untuk menghalau. Tetapi mahu kita suami isteri ada tanggungjawab.

Jadi suami aku, dua bulan sebelum majlis kahwin sudah bayar deposit rumah sewa siap-siap. Pindahkan sikit-sikit barang-barang aku dari rumah ibu bapa aku, yang tinggal di sana hanya sedikit baju untuk aku pakai nanti.

Ada juga masa beraya ke rumah bakal mentua, bapa dia cakap dengan aku tidak payah membazir menyewa, duduk saja di rumah dia, ada banyak bilik kosong. Memanglah banyak bilik kosong sebab abang dan kakak dia sudah berkahwin dan tinggal di negari yang berbeza. Dua lagi adik dia kini berada di asrama. Jadi yang tinggal di rumah itu cuma seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Aku senyum saja, tetapi dengan suami aku cakap terus terang yang aku tidak mahu tinggal di rumah mentua selepas berkahwin nanti. Sebab apa, nanti bila masa cuti sekolah ke, sah-sah rumah itu jadi penuh dengan yang sudah berkahwin itu pun balik untuk menjenguk mak dia. Habis kau rasa, kau boleh selesa ke? Terus terang kalau kena menetap di rumah mentua selepas berkahwin, baik tidak payah berkahwin dulu.

Baik tinggal di rumah ibu bapa aku saja, lebih selesa. Tolong jangan jadikan gaji kecil sebagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab dalam menyediakan tempat tinggal untuk isteri ya?

Suami aku pun gaji pokok dia hanya tiga angka semasa berkahwin. Maka selepas bertunang, kami tidak selepas keluar. 3 bulan seklai baru berjumpa. Dia pulut OT banyak-banyak sebab tahu mahu ambil anak orang. Pandai-pandailah dia cari jalan. Aku pun tidak minta rumah itu mesti tersedia semua. Awal-awal kahwin mesin basuh pun tidak ada.

Maka, menyentallah aku basuh baju dengan tangan. Tapi tidak mengapa, asalkan bukan serumah dengan mentua. Jangan salah faham ye, bukan aku tidak suka dengan keluarga mentua aku. Aku rapat saja dengan mak mentua dan ipar duai semua dan disebabkan mahu menjaga hubungan yang rapat itulah aku tidak mahu tinggal sebumbung dengan mereka sebab cara kita dibesarkan memang tidak serupa. Sudah kalau kau membesar seperti angsa yang serba cantik serba sempurna, lepas itu kau masuk dalam keluarga jenis seperti ayam yang berak merata, mahu atau tidak, kau haruslah jadi ayam sama. Inilah yang terjadi pada Liza tu.

Jadi, ada hikmahlah jugak si Liza itu tidak ada anak. Sebab apa? Kalau setakat hidup berdua pun sudah tidak mampu untuk sediakan rumah, nanti kalau sudah ada 3 raong anak pun, belum tentu tinggal di rumah sendiri. Maka, setiap malamlah tinggal berhimpit-himpit 5 beranak di dalam bilik yang sama. Di situlah baju kau, baju anak-anak kau, tidak rimas ke?

Melainkan kalau rumah rumah mentua kau sebesar rumah Yusof Haslam tu ok lah. Rumah besar, banyak tingkat. Ini tidak tidak, sudah tahu jumlah bilik ada berapa pun ada hati mahu menyempit lagi di dalaam rumah itu, Itu bukan kata susah senang bersama, tetapi sengaji mencari penyakit.

Maaflah wanita semua sebab aku sangat menyampah baca kisah menantu yang menderita hidup serumah dengan mentua sebab bagi aku, kau yang pilih jalan itu pada awalnya, jadi buat apa mahu mengeluh? Buat apa disalahkan keluarga mentua sebab yang salah adalah kau dan suami yang bimbang untuk bina keluarga di dalam rumah yang mana awak sendiri boleh jadi surinya.

Kononnya mahu tinggal di rumah keluarga sementara. Tetapi sementara itu sampai bila? Tunggu apa? Hujan emas dari langitkah? Akhirnya, kau yang mereput di rumah itu meratapi nasib sedangkan kau sendiri yang menempah maut?

Aku ada saja kawan yang senasib dengan Liza ini. Orang jauh pantai timur. Teman lelaki orang Selangor. Puas aku nasihatkan tetapi mahu juga berkahwin juga dan lepas itu tinggal sebumbung dengan mentua. Ha sekarang sudah 5 tahun kurus kering dibuatnya. Hidup semakin makan hati. Makan tengahari jangan cakaplah. Hari-hari bawa bekal. Kadang-kadang nasi goreng dengan telur saja. Kadang-kadang, sayur kubis semata-mata.

Dari raut wajah dia pun aku boleh tahu yang kehidupan dia tidak segembira sewaktu bujang dahulu semasa masih tinggal menyewa dengan rakan-rakan yang lebih gembira. Paling aku kasihankan kita ini ada mak, kadang-kadang bila mak itu teringin untuk berjalan dan menjenguk menantu dan cucu. Jadi bila mak dia datang sini, bukannya datang ke rumah anak, tetapi ke rumah besan dia.

Sekian nasihat daripada aku, akak yang sudah 11 tahun hidup berumahtangga. Alhamdullilah bahagia dan dah berjaya beli rumah sendiri.

The post Mahu Hidup Bahagia, Janganlah Duduk Rumah Mertua Atau Rumah Ibu Bapa Sendiri appeared first on Aliff Channel.

Wednesday 30 May 2018

‘Couple 5 Tahun, 20 Tahun, Tak Sama Macam Kahwin 1 Bulan’

Ini cerita Februari lepas luahan dari seorang kawan.

“Matt aku dah ceraikan isteri”

Dari nak minum kopi terus tak jadi.

“Berapa?”

“3 Matt…”

“Kenapa?”

Malas mahu cerita panjang-panjang Matt, aku geram sangat sebab dia lawan cakap mak aku. Terus aku bagi 3 . Sebelum kahwin semuanya elok, 5 tahun aku kenal dia tak macam ini. Tapikan Matt, banyak juga salah aku, tidak pandai didik dia, banyak masa dengan kerja dan kawan-kawan.

Sudah banyak kali sebenarnya dia minta cerai. Tapi kali ini aku bagi 3 terus. Aku tidak menyesal, sebab aku mahu dia bahagia dengan kehidupan sekarang, lagi pun aku tidak pernah naik tangan.

Baguslah jika begitu. Perkara yang berlaku sudah pun tertulis. Takdir namanya. Takdir akan datang kita belum pasti lagi. Yang pasti sekarang belajar muhasabah diri.

Cuma kita jangan salah faham, walaupun couple 5 tahun , 20 tahun , tidak sama kahwin 1 minit, 1 hari, 1 bulan atau pun 1 tahun. Masa couple mak ayah kita tanggung semua. Paling koman pun kita kena usaha cari duit nak beli top up dan belanja awek makan. Pakai minum, rumah semua masih tanggungan mak ayah, celik mata makanan sudah terhidang di atas meja. Jadi bohonglah jika 5 tahun sudah cukup untuk kenal hati budi masing-masing.

Selagi belum tidur sebantal, berak sejamban jangan cakap sudah memahami hati budi masing-masing. Kau kira ok lagi ex-wife belum ada anak, kalau ada anak lagi besar tanggungjawab. Isteri mengandung satu hal, balik rumah masuk dapur satu makanan pun tak ada. Bau kau pun kadang-kadang dia tak suka, macam-macam ragam alahan . Lagi teruk aku pernah jumpa 9 bulan tidak boleh masuk dapur, bau ikan terus muntah, 9 bulan itulah suami kena masak. Agak-agak boleh tahan ke lagu ni?

Itu belum tempoh berpantang, macam-macam kau perlu ambil tahu. Kadang-kadang dimintanya basuhkan berak, pakaikan baju, suapkan makanan. Lagi parah ibu yang kena cesarean atau Third Degree, Fourth degree hingga ke lubang dubur lagi payah perit jerih untuk lalui semua itu dengan anak meragam, kena menyusu , kena bangun malam , itu belum bab anak sakit. Tiba-tiba doktor sahkan anak jantung berlubang, 360 darjah hidup kau akan berubah. Namun itulah liku-liku kehidupan sebagai suami isteri untuk fasa pertama. Jauh langit dengan bumi jika mahu dibandingkan dengan zaman kau couple atau awal perkahwinan.

Begitu jugalah orang perempuan, perlu sedia lalui segala macam ujian dalam perkahwinan. Sedia 100% untuk berkhidmat dan mentaati suami.

Nak kahwin sebab untuk elak maksiat, mahu sehidup semati, saling cinta mencintai. Ini scam terbesar dalam dunia fantasi perkahwinan. Perkahwinan adalah sebuah kehidupan. Sebuah ‘masjid’. Suatu alam realiti dunia akhirat. Perkahwinan bukan untuk sedap, seronok, cinta semata, tetapi ia amanah dari الله. Suka atau tidak wajib terima.amanah ini perlu dipersembahkan dihadapan الله kelak.

Perkahwin kau wajib korbankan perkara lain demi keutuhan. Kawan, hobi, perasaan, amarah, ini semua tolak tepi. Sebab hari demi hari kau mula mengenali hati budi pasangan. Dia mula tunjuk ‘warna’ yang tidak pernah kau lihat sebelum ini. Itu pun bertahun-tahun untuk cuba memahami. Jika kau faham erti tanggungjawab dan amanah kau akan dapat nikmat sebenar perkahwinan.

Isteri bebelamanah, anak sepahkan barangamanah, Penat bekerja nikmat, isteri lambat masakamanah. Kau sempat senyum tanda faham, sinsing baju masuk dapur tolong isteri masak tolong isteri kemaskan rumah, pakaikan baju anak, tukar lampin anak. Paling mustahak kau dapat didik dia lakukan segalanya kerana الله. Insyaallah perkahwinan akan bahagia.

Sumber: Facebook/Muhammad Ahmad

The post ‘Couple 5 Tahun, 20 Tahun, Tak Sama Macam Kahwin 1 Bulan’ appeared first on Aliff Channel.

Pencipta Animasi Kartun Popular, Pingu Meninggal Dunia

Kartun Pingu pastinya menghiburkan anda dengan telatahnya yang juga penuh dengan kisah kekeluargaan dan persahabatan tanpa dialog.

Siri animasi ini hanya menekankan body language dan bahasa penguin, Pinguish atau Penguinese yang amat terkesan dalam jiwa para penonton.

Mungkin ramai di antara anda yang tidak mengenali siapa pencipta kartun tersebut, Tony Wolf atau nama sebenarnya Antonio Lupatelli yang baru-baru ini meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Mendiang Tony lahir pada tahun 1930 di Busseto, Itali sangat terkenal dengan suara, ‘noot-noot’ dan siri animasi ini telah mendapat penerimaan baik dari penonton seluruh dunia.

Disamping itu, Tony juga mempunyai pelbagai nama pena seperti Oda Taro, L’Alpino dan Antony Mo. Antara karya Tony yang terkenal di Itali adalah mengenai kisah dongeng yang menampilkan naga, dan makhluk mitos lain. Tony sering menggambarkan cerita dongeng klasik dan mencipta kad Fairy Tarot. Salam takziah buat Tony.

The post Pencipta Animasi Kartun Popular, Pingu Meninggal Dunia appeared first on Aliff Channel.

Identiti Sebenar Faizi, Lelaki Jambu Yang Sebarkan Perbualan Syafiq Kyle Merayu Di Instagram

Industri hiburan tanahair telah dikejutkan dengan kontroversi yang melanda Syafiq Kyle, apabila satu rakaman panggilan video beliau tersebar di internet. Penyebaran video yang didakwa mirip naib juara Hero Remaja 2011/2012 di media sosial hangat diperkatakan.

Lelaki yang dikenali sebagai Faizi telah menyebarkan screenshot perbualannya dengan pelakon drama Nur itu di Instagram miliknya. Gambar-gambar yang telah dimuatnaik melihatkan seolah-olah Syafiq Kyle sedang merayu kepada Faizi supaya memadamkan video-video lucah yang telah dimuatnaik oleh pelakon kacak itu.

Sekejap sahaja, perkongsian Faizi kemudiannya menjadi tular, khususnya para peminat Kyle yang telah tampil mempertahankan artis kegemaran mereka itu. Tidak lama selepas itu, perkongsian itu dipadamkan setelah mendapat kecaman netizen yang menganggap tindakan itu boleh membuka aib Kyle pada orang ramai.

Ramai yang tertanya-tanya dan membuat spekulasi berkenaan, siapakah sebenarnya lelaki jambu yang dikenali sebagai Faizi ini. Ramai berpendapat Faizi merupakan seorang lelaki gay yang mahukan perhatian orang ramai.

Menurut mStar, foto-foto yang dikongsi di laman akaun tersebut bukanlah milik Faizi sebaliknya adalah foto individu lain yang berasal dari Filipina.

Lelaki ‘Faiz’ ini dikenali sebagai Rhenzo Lanuzo, merupakan seorang jurujual acara yang bekerja di sebuah kelab malam di Manila, Filipina.

Tidak dapat diketahui motif sebenar pemilik akaun palsu ini menyebarkan video dan perbualan-perbualan palsu di Instagramnya. Tambah pemilik akaun palsu ini, beliau masih memiliki dua buah video di dalam simpannya yang masih belum lagi disebarkan.

Sehingga ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan ataupun tindakan oleh pelakon drama bersiri Nur ini melainkan dari mendiamkan diri.

Sumber: mStar

The post Identiti Sebenar Faizi, Lelaki Jambu Yang Sebarkan Perbualan Syafiq Kyle Merayu Di Instagram appeared first on Aliff Channel.

Thursday 17 May 2018

Duit Semakin Kurang atau Memang Tak Ada Terus, Wanita Ini Kongsikan Tips Agar Duit Sentiasa Ada

Rezeki, jodoh, ajal dan maut itu semua telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak kita di dalam kandungan lagi. Rezeki yang sedikit namun diberkati oleh Allah adalah lebih baik jika dibandingkan dengan rezeki yang banyak tetapi tidak mendapat keberkatan dari-Nya.

Seorang pengguna Twitter, Fattin Khani telah berkongsi tips untuk merasai rezeki itu sentiasa wujud walaupun dalam kesempitan hidup.

Menurutnya, doa itu hendaklah diamalkan ketika mengeluarkan duit untuk membeli barang atau membayar hutang. Dengan izinNya, kita tidak akan berasa risau dan susah hati oleh kerana duit yang semakin berkurangan.

Sentiasa bersyukur

Tak rasa susah hati pasal duit

Ketahuilah, rezeki yang sudah ditetapkan bukan sekadar dalam bentuk harta dan wang ringgit semata-mata, malah nikmat kesihatan juga patut diambil berat sepanjang masa supaya kita mampu mencari rezeki dan menambah pendapatan ke arah kebaikan.

Sumber: Twitter/Fattin Khani

The post Duit Semakin Kurang atau Memang Tak Ada Terus, Wanita Ini Kongsikan Tips Agar Duit Sentiasa Ada appeared first on Aliff Channel.

Cara Cari Dan Block Telefon Sekiranya Hilang Atau Dicuri

Saya kehilangan handphone di tandas RNR Gurun. Kebetulan abang bawa laptop, terus abang login Gmail account saya. Selepas itu, ‘track my device’ menggunakan Google account. Kemudian pilih ‘ring my phone’. Walaupun phone kita dah ditetapkan kepada ‘Silent’, tetapi Google boleh deringkan peranti itu dengan kuat dan nyaring selama lima minit.

Jadi, semasa handphone tengah berdering itu, abang tekan ‘locate my phone’. Lokasi menunjukkan handphone saya masih lagi berada di RNR Gurun. Abang terus berlari meredah hujan mencari lokasi tersebut. Ia menunjukkan parking di bahagian belakang.

Pilih akaun

Saya pula berdoa dalam hujan dengan sepenuh hati semoga abang pulang dengan membawa hasil. Saya bukan sayang handphone tetapi saya sayang semua gambar, data dan fail di dalam handphone itu. Handphone saya itu ibarat laptop dan buku nota. Semua kerja Mary Jardin saya selesaikan dengan smartphone ini.

Masa itu saya marah pada diri sendiri kenapa tak buat backup di Google account semua benda dalam handphone itu. Dalam keadaan cemas, bingung dan sedih, Adam pula menangis sekuat hati. Saya masa itu tengah memegang laptop, tengok kalau-kalau lokasi itu berubah, mungkin orang bawa lari ke apa kan.

Masukkan kata laluan

Skrol ke bawah

Mulakan

Cepat-cepat saya menenangkan diri sebab kalau serabut pun tidak akan membawa faedah. Bila saya dah tenang, automatik Adam pun saya boleh tenangkan dengan jayanya. Selepas selesai tidurkan Adam, saya ternampak kelibat abang pulang dengan hampa. Kemudian kami nampak lokasi phone beralih ke Ramly Burger. Kami terus gerak dan park di depan Ramly Burger.

Abang hantar mesej pada handphone itu, “Please call 017-******’ dan mesej dihantar melalui Google account tersebut. Mesej ini memang akan terpapar di muka depan screen.

Jalan terakhir, saya memang buat keputusan ‘consider erasing your device’ dah. Tetapi saya bersabar saja dulu sebab button ini memang pilihan terakhir. Kalau tekan butang itu, memang tak dapat recover kembali semuanya.

Di saat saya hampir berputus asa, tiba-tiba abang menerima satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Mungkin dia baca mesej yang dihantarkan tadi. Alhamdulillah, orang yang ambil handphone itu memang bercadang mahu memulangkan semula handphone itu. Katanya tengah solat tadi. Kami berjumpa di depan Ramly Burger.

Pilih peranti anda

Pastikan kata laluan

Dering atau dapatkan lokasi

Sungguh Allah mendengar doa hambaNya yang meminta dengan bersungguh-sungguh ketika turunya hujan rahmat. Kejadian ini membuatkan saya insaf. Kalau waktu begini Allah dengar permintaan kita, apatah lagi kalau kita meminta dengan bersungguh-sunggu hdi waktu tahajjud.

Melalui post ini, saya cuma mahu menyampaikan cara untuk mencari handphone yang hilang sekiranya tiada apps atau mungkin anda semua boleh download saja apps sebelum kes seumpama ini berlaku. Wallahualam.

Sumber: Facebook/Ain Nadiah Mazlan

The post Cara Cari Dan Block Telefon Sekiranya Hilang Atau Dicuri appeared first on Aliff Channel.

‘Faham Kenapa Ramai Wanita ‘Bernafsu’ Bila Tengok Dua Lelaki Ini, Tetapi Agak-Agaklah…’ – Siti

Akak-akak, adik-adik. Ovari tidak pecah, tetapi yang pecah adalah amnion. Tiup fallopio tidak putus melainkan kau buat lateral tubal ligation. Servis tak hancur, lainlah kalau kau ada kanser.

Poinnya adalah, perempuan sudah hilang malu.

Aku perempuan. Aku faham kenapa kenapa dua lelaki ini buat segala organ kau gagal berfungsi, termasuklah pusat intergrasi sekali. Ada rupa, ada nama. Perempuan cepat tertarik kepada Adam yang seperti ini.

Secara jujurnya, bahasa orang perempuan sekarang dah jadi terlampau urban. My ovaries exploded bukannya perkara yang kelakar.

Kau hilang hormat pada dua Adam ini. Sedangkan tugas mereka adalah untuk memimpin rakyat nanti. Tetapi kau sedikit sebanyak menyukarkan tugas mereka.

Bagaimana? Dengan cara kau sekarang.

Muslimah itu permata. Kita bertudung litup. Kita bawa nama abah kita. Kita bawa nama agama dan orang melihat kita. Menagih sesuatu yang tidak pasti. Tak malu ke?

Aku merupakan peminat YB Syed Saddiq kerana keberanian beliau berkata-kata dan terus memacu matlamat biar pun digelar anak kucing atau budak hingusan.

Aku juga merupakan peminat Putera Mateen kerana sikap rendah diri dan baik hati beliau, seiring pula dengan keturunan yang baik-baik. Moga yang datang dari baginda juga baik-baik kelak.

Sebagai seorang beragama Islam. Aku merayu kepada kau semua, adik-adik aku. Jaga nafsu yang menjadi nakhoda tindak tanduk. Jaga jari yang menaip benda-benda buruk. Jaga juga mata yang buat kau terduduk.

Aku tahu yang sebenarnya kau hanya mahukan perhatian dia. Ada yang simpan impian mahu jadi calon isteri kepada calon P146, mahu jadi pengiran isteri kepada pengiran muda.

Sebelum kau berkahwin dengan lelaki yang berjaya, jadi dulu seorang yang berjaya. Bila kita sendiri yang berjaya, jangan katalah YB, menteri pertahanan pun pandang tau?

Jadi gadis-gadis semua. Jaga nama kita sebab kita merupakan saudara yang tidak terpalit jadi segan yang membuat pula naik gian. Aduh kesian.

Sumber: Instagram/Siti Hajar

The post ‘Faham Kenapa Ramai Wanita ‘Bernafsu’ Bila Tengok Dua Lelaki Ini, Tetapi Agak-Agaklah…’ – Siti appeared first on Aliff Channel.

Wednesday 16 May 2018

Slogan Gagasan 1 Malaysia Akan Ditukar Ke Slogan Baharu – Tun Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan, ‘Kerajaan akan menukar gagasan 1Malaysia kepada slogan yang baharu,’.

Kerajaan akan mengenal pasti slogan yang sesuai bagi menggantikan perkataan 1Malaysia, jelas Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi.

“Untuk projek 1Malaysia, kita terpaksa pindah perkataan 1Malaysia kepada satu slogan yang lain. Namun, waktu ini kita belum kenal pasti slogan yang sesuai,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Gagasan 1Malaysia sebelum ini diasaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mula menjawat jawatan nombor satu negara itu pada 2009.

Sumber: Astro Awani

The post Slogan Gagasan 1 Malaysia Akan Ditukar Ke Slogan Baharu – Tun Mahathir appeared first on Aliff Channel.

Sebab Tidak Boleh Minum Teh Semasa Makan

Minum teh selepas makan telah menjadi kebiasaan buat sesetengah orang. Rasa dan aromanya membantu membersihkan mulut dan lidah dari sisa-sisa makanan anda. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu bahawa minum teh ketika makan ada kesan sampingan?

Selepas makan, pencernaan anda berfungsi untuk menyerap pelbagai nutrien dan bahan dari makanan yang masuk. Teh boleh mengganggu proses ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesan sampingan minum teh, lihat sebabnya berikut ini.

Manfaat dan kandungan dalam teh

Teh adalah salah satu minuman yang kaya dengan nutrien yang baik untuk kesihatan. Minuman kegemaran ramai ini mempunyai antioksidan yang tinggi. Antioksidan dapat membangkitkan semula dan memperbaiki sel-sel badan yang rosak, mencegah penuaan pramatang, dan melawan radikal bebas. Walaupun tidak banyak kopi, teh juga mengandungi kafein yang akan membantu anda tetap segar dan berjaga-jaga. Untuk melicinkan sistem pencernaan, beberapa jenis teh herba seperti teh chamomile dan teh hijau mungkin penyelesaiannya.

Banyak kajian menunjukkan bahawa minum teh rutin boleh mengurangkan risiko penyakit seperti kanser, hipertensi, penyakit hati (jantung), serangan jantung, dan strok. Di samping itu, teh juga membantu menurunkan berat badan dan mengawal berat badan. Disebabkan pelbagai faedah yang ditawarkan, teh telah menjadi minuman kegemaran orang, terutama di Asia, sejak berabad-abad yang lalu.

Apa yang berlaku jika minum teh selepas makan

Walaupun teh sangat bermanfaat untuk kesihatan, ada perkara yang harus dipertimbangkan sebelum anda minum teh. Salah satunya ialah apabila anda perlu minum teh. Baru-baru ini diketahui bahawa minum teh berisiko mengganggu pencernaan dan penyerapan nutrien dalam tubuh anda.

Satu kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Biochemistry Nutritional mendapati bahawa kandungan asid tanin dan polifenol dalam teh boleh mengganggu penyerapan protein dan besi. Sebabnya, asid tannin dan polifenol akan mengikat kedua-dua nutrien dalam usus.

Akibatnya tubuh tidak dapat menyerap dan memecahkan bahan-bahan ini. Malah, anda memerlukan protein dan besi untuk melaksanakan pelbagai fungsi badan. Kegunaan antara lain ialah membentuk tisu dan sel-sel tubuh, meningkatkan ketahanan, menyediakan sumber tenaga, dan menghasilkan darah kaya oksigen.

Hasil yang sama juga boleh dilihat dalam ulasan Kritikal jurnal dalam Sains Makanan dan Pemakanan. Dalam kajian itu, ia membuktikan bahawa jika anda makan teh semasa makan atau makan, kandungan tanin dan polifenol dalam teh anda akan segera mengikat protein dan besi sebelum ia dapat diserap oleh badan. Hasilnya, nutrien yang anda dapatkan dari makanan anda terbuang. Oleh itu, orang yang kekurangan zat besi atau mengalami anemia harus mengelakkan minum teh sama ada keluar atau makan.

Bilakah masa terbaik untuk teh?

Jika selepas makan, anda mahu minum teh, biarlah kira-kira setengah jam hingga satu jam. Pilih jenis teh yang teh hijau. Alasannya, teh hijau dapat membantu penghadaman dan tidak terlalu banyak kesan terhadap penyerapan zat besi dan protein seperti teh hitam. Pastikan juga anda tidak minum teh terlalu banyak selepas makan. Hadkan hanya secawan sahaja.

Secara ideal, minum teh kira-kira sejam sebelum makan. Anda juga boleh minum teh di sela waktu makan. Pada masa ini, pencernaan anda telah selesai menyerap pelbagai nutrien tubuh anda tenerima semasa anda makan. Kandungan teh yang berguna juga lebih mudah dicerna dan diserap oleh badan.

Anda juga harus mengelakkan minum teh sebelum tidur. Pada waktu malam, sistem pencernaan anda tidak berfungsi serta pada siang hari. Oleh itu, tubuh akan lebih sukar untuk merosakkan gula dan pelbagai nutrien penting dalam teh anda. Teh juga mengandungi kafein yang boleh membuat anda terjaga dan mengalami masalah tidur. Demikian memetik Hellosehat.com

The post Sebab Tidak Boleh Minum Teh Semasa Makan appeared first on Aliff Channel.

Ringgit Dibawah Kerajaan Baru Dijangka Capai Paras Tertinggi RM2.80

Pada penghujung tahun hadapan, ringgit dijangka mencapai paras tertinggi RM3.20 sebelum menguat secara beransur-ansur dalam tempoh dua tahun, menurut Malayan Banking Berhad (Maybank).

Maybank adalah bank pelaburan pertama yang mengkaji semula sasaran kenaikan Ringgit pada tahun ini selepas kerajaan baru berikrar untuk memperbaiki kerajaan dan ekonomi Malaysia

Memetik Bloomberg, penganalisis Maybank Saktiandi Supaat berkata Ringgit dijangka akan meningkat ke paras RM3.20 berbanding US dollar pada penghujung tahun 2019.

Manakala sasaran nilai Ringgit bagi penghujung tahun 2020 dan 2021 masing-masing adalah RM3.00 dan RM2.80. Nilai ini jauh lebih tinggi daripada unjuran Maybank sebelum ini yang menjangkakan nilai RM3.50 bagi tahun 2020 dan 2021.

Namun, Saktiandi tidak menafikan pergerakan Ringgit yang volatile (turun-naik) dengan para pelabur ketika ini sedang menunggu janji 100-hari kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir.

Untuk pengetahuan anda, Ringgit masih mengekalkan posisinya sebagai matawang terkuat di Asia dengan peningkatan 9.40% dalam tempoh 12 bulan terakhir.

Ringgit kini menyusut berbanding US dollar sejak Selasa dengan USD/MYR kini berada di sekitar RM3.9643. Ringgit bermula lemah pada Isnin di mana telah mencapai paras terendah RM3.9875 sebelum menguat semula dan ditutup pada paras RM3.9505 berbanding US dollar.

The post Ringgit Dibawah Kerajaan Baru Dijangka Capai Paras Tertinggi RM2.80 appeared first on Aliff Channel.

Bursa Saham Malaysia Pantas Pulih & Melantun Naik

Pasaran saham Malaysia pantas pulih daripada kejatuhan pada awal dagangan, manakala ringgit mencecah paras terendah empat bulan.

Ahli politik veteran Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali aktif dalam politik, menerajui gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk mengalahkan Datuk Sri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Indeks utama Malaysia, antara pasaran yang mencatat prestasi terbaik di Asia tahun ini, susut sehingga 2.2 peratus beberapa minit selepas ia didagangkan, ditarik turun merentas pasaran seperti kewangan, telekom dan syarikat penerbangan, terutamanya yang berkaitan kerajaan sebelum ini.

Bagaimanapun, kebanyakan kejatuhan kembali pulih, diimbangi kenaikan ketara dalam saham berkaitan kerajaan baharu, dan bursa tempatan hampir mendatar selepas setengah jam dagangan.

Di pasaran mata wang, ringgit susut ke paras terendah empat bulan 3.982 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan dagangan pesisir pantai kembali didagangkan buat kali pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Rabu lalu.

Pelabur menjangka reaksi bearis kepada pelantikan Mahathir menjadi perdana menteri untuk kali kedua, selepas bersara pada 2003 selepas 22 tahun berkuasa. – Reuters

The post Bursa Saham Malaysia Pantas Pulih & Melantun Naik appeared first on Aliff Channel.

‘Tak Sabar Nak Jumpa KJ, Najib di Parlimen’ – Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Muar mengakui tidak sabar untuk berdebat dengan dua pemimpin Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila sidang Parlimen bermula kelak.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, beliau turut berharap agar Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau akan menjadi ketua pembangkang.

“Saya memang menanti-nantikan situasi tersebut. Bukan saja berdebat tetapi saya juga nak bekerjasama dengan mereka.

“Contoh macam KJ (Khairy), program-program yang telah dilaksanakan seperti Fit Malaysia sangat baik dan perlu diteruskan. Kalau ada idea yang baik, beliau boleh bangkitkan di Parlimen,” katanya dalam sesi Facebook Live Sinar Harian, hari ini.

Menurut beliau, Manifesto Pakatan Harapan (Harapan) juga telah menetapkan status ketua pembangkang adalah setaraf menteri.

“Mereka akan diiktiraf setaraf dan layanannya sama seperti menteri. Apabila ketua pembangkang itu kuat, dia boleh pastikan kerajaan yang mentadbir adalah kerajaan yang telus dan berintegriti.

“Sebab itu kita nak tunggu siapa ketua pembangkang daripada pihak BN supaya kita boleh naikkan tarafnya sama seperti menteri,” katanya.

Mengulas mengenai kemenangannya dalam PRU14 walaupun dipandang sebelah mata pihak lawan, Syed Saddiq berkata, ia merupakan kejayaan untuk anak muda.

“Sebelum saya bertanding, banyak pihak kata saya ni terlalu muda dan tak mampu membangunkan Muar. Saya dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti anak kucing dan budak hingusan oleh menteri BN.

“Tetapi kemenangan ini menunjukkan anak muda mampu kalau diberi peluang. Saya harap ini isyarat jelas kepada kerajaan dan juga pembangkang yang baru untuk beri lebih banyak peluang kepada kami,” katanya.

Penerima Dana Sinar Anak Muda Dalam Politik ini juga bersedia memberikan sumbangan untuk menggalakkan lebih ramai anak muda berpolitik.

“Saya harap inisiatif ini akan disertai oleh semua anak muda. Semoga akan ada inisiatif lain seperti program kepimpinan anak muda dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk bantu,” katanya.

Sumber: Astro Awani / Sinar Harian via Gempak.com

The post ‘Tak Sabar Nak Jumpa KJ, Najib di Parlimen’ – Syed Saddiq appeared first on Aliff Channel.

Saya Puas Menangis Berbulan-Bulan, Saya Maafkan Mereka Yang Mencaci Maki Tanpa Tahu Keadaan Sebenar

Pelakon Izreen Azminda, 33, mengaku sudah mengosongkan hati dan jiwa dengan memaafkan netizen yang selama ini mengecam serta mencacinya.

Hampir enam bulan berdepan kecaman teruk selepas menikahi pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, Izreen mengaku dia kini lebih bersabar.

“Kesannya cukup dalam, walaupun kontroversi bukan cerita baharu dalam hidup saya. Inilah kontroversi yang paling buruk pernah dilalui, saya puas menangis berbulan-bulan.

“Bagaimanapun, saya ikut nasihat ibu. Saya memaafkan mereka yang mencaci maki tanpa tahu keadaan sebenar walaupun hati saya benar-benar terguris.

“Saya rasa lebih tenang dan bahagia memaafkan mereka yang mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya terhadap saya dan suami,” katanya di sini, hari ini.

Izreen yang ditemui selepas majlis pelancaran produk Magika Argan Cleansing Flakes di Taman Melawati, berkata dia bersyukur masih diberi rezeki biarpun mendakwa ada pihak cuba mencurahkan pasir dalam periuk nasinya.

Mengenai perlantikan dirinya sebagai duta produk terbabit yang dilihat cuba mengambil kesempatan terhadap kontroversi tercetus, Izreen berkata:

“Saya bertanya banyak kali kepada pengasasnya, Azura Baharudin. Ini kerana saya tidak mahu kontroversi memberi kesan kepada perniagaan mereka.

“Namun, syarikat terbabit menekankan kontroversi sudah pun berlalu, hidup perlu diteruskan. Saya tidak pernah menganggap mereka mengambil kesempatan ke atas kontroversi saya untuk melariskan produk,” katanya.

Sebaliknya, Izreen percaya biar apa pun kontroversi melanda, andai produk yang ditawarkan bagus, ia tetap mendapat kepercayaan pengguna.

“Saya pinta kontroversi berhubung kisah saya diletakkan ketepi mulai sekarang,” katanya yang turut ditemani Ude pada majlis itu.

Sumber: BH Online

The post Saya Puas Menangis Berbulan-Bulan, Saya Maafkan Mereka Yang Mencaci Maki Tanpa Tahu Keadaan Sebenar appeared first on Aliff Channel.

Suami Cuma Duduk Rumah Hisap Rokok & Ambil Anak Sekolah Sahaja, Ziana Zain Nekad Mohon Cerai

Pelantun lagu Putus Terpaksa, Ziana Zain mendedahkan kehidupannya dengan suami, Armin Zaharin selama ini ibarat hidup dalam neraka kepada pihak umum.

Seawal empat bulan perkahwinan, dia sudah terpaksa menanggung penderaan mental bersendirian.

“Tiada siapa tahu kerana saya diajar ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumahtangga,” katanya.

Menurutnya, setiap kali selesai bekerja, dia seolah-olah trauma untuk pulang ke rumah.

“Melihat pagar pun saya dah meraung. Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak- anak, rumahku, nerakaku,” katanya sambil menangis.

Menurut artis berkenaan, dia tidak menyangka penderaan mental dihadapinya itu meleret sehingga perkahwinan mereka berusia 20 tahun.

“Bayangkan bagaimana saya menghadapinya. Tahap kesabaran saya sudah maksima,” katanya.

Ziana juga mendakwa suaminya melemparkan kata-kata kurang sopan di mana sahaja termasuk di tempat awam dan di hadapan keluarga.

“Anak- anak sampai tidak mahu keluar makan bersama Armin kerana malu sekiranya diherdik,” katanya.

Ziana berkata, di usia 50 tahun dia sudah tidak mampu lagi menahan penderitaan itu.

“20 tahun saya berbakti kepadanya. Beri yang terbaik untuk dia. Walaupun bekerja, saya tetap memasak untuknya dan anak- anak.

“Jangan dia cakap saya tidak menjalankan tanggungjawab, tanya diri dia, apa tanggungjawab dia terhadap saya dan keluarga,” katanya.

Menurutnya, anak-anaknya turut menghidapi stress akibat daripada perilaku Armin.

“Salah seorang anak terpaksa mendapat rawatan dan dirujuk ke psikitri selepas menghidapi simptom kemurungan sejak umur 14 tahun,” katanya.

Tambahnya, anak- anak juga mempersoalkan tindakan Armin.

“Mereka (anak-anak) tanya sampai bila terpaksa menanggung dan menyatakan tindakan Armin tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bergelar suami atau bapa.

“Mereka beritahu saya, Ma don’t died,” katanya menangis.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin berkata, sepanjang kehidupan bersama, dia sentiasa mencukupkan keperluan keluarga tanpa pernah mengungkit.

“Saya anggap ini rezeki, namun apabila dia buat saya macam ini, saya tidak akan tunggu lagi,” katanya.

Menurutnya, sejak tidak lagi berkhidmat dengan Malaysia Airlines (MAS) tiga tahun lalu, Armin tidak mempunyai inisiatif untuk mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

“Semuanya saya. Dia duduk rumah hisap rokok dan ambil anak sekolah sahaja,” katanya.

Tambah Ziana, dia tidak percaya dirinya mampu bersabar sehingga kemuncaknya.

“Saya manusia paling sabar kalau orang lain anak pertama boleh cerai, saya boleh tunggu lagi dengan apa yang dia buat kepada saya,” katanya.

Kata Ziana, ibu dan bapa saudara Armin juga seolah-olah tidak menyangka dengan tahap kesabarannya.

“Kalau mak saudara cakap, kau boleh sabar Rozie? Sabar betul kau Rozie? Jadi maksudnya apa?” katanya kepada media selepas sebutan kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.

Sumber: Astro Awani / Sinar Harian via Gempak.com

The post Suami Cuma Duduk Rumah Hisap Rokok & Ambil Anak Sekolah Sahaja, Ziana Zain Nekad Mohon Cerai appeared first on Aliff Channel.

Nurul Izzah Akui Anwar Dibebaskan Merupakan Hadiah Istimewa Ramadan

Nurul Izzah Anwar selaku Naib Presiden PKR, menyifatkan berita pembebasan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah hadiah istimewa menjelang Ramadan.

“Kami telah tidak bersamanya pada banyak Ramadan dan saya anggap inilah hadiah paling manis untuk keluarga dan keluarga besar di Permatang Pauh,” katanya.

Nurul Izzah berkata usaha petisyen permohonan pengampunan untuk Anwar yang dimulakan sejak 2015 akhirnya berjaya.

“Kami sentiasa berjuang bersamanya dalam usaha melakukan reformasi keadilan… ini bukan setakat mengenai bapa saya, tetapi melakukan ini demi keadilan,” kata beliau.

Anwar, 71, menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantunya dan telah dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh.

Sumber: Bernama

The post Nurul Izzah Akui Anwar Dibebaskan Merupakan Hadiah Istimewa Ramadan appeared first on Aliff Channel.

Anwar Ibrahim Tidak Berdendam Dan Sudah Lama Maafkan Tun Mahathir

“Itu cerita lamalah.” kata pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila ditanya tentang sejauh mana keikhlasannya untuk kembali bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Mengakui sering diajukan dengan persoalan itu, kata Anwar, ada pihak yang sinis dengan keputusannya memberi sokongan kepada Tun Mahathir untuk memimpin negara.

“Ada pemimpin tertinggi bertanya kepada saya, ‘Anwar, pandang saya dan beritahu anda sudah maafkan beliau (Tun Mahathir).

“Saya pandang dia, dan saya cakap, keutamaan saya adalah negara dan saya sudah maafkan Tun,” kata Anwar dalam sidang media di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur sebaik dibebaskan hari ini.

Tambah Anwar lagi, Tun Mahathir telah membuktikan betapa katanya akan dikotakan, dan tiada sebab untuk terus bermusuh dengan mentornya itu, memetik Astro Awani.

“Beliau berjuang dan bersusah payah dengan satu niat mahu memulihkan negara. Malah beliau juga membantu dalam pembebasan saya.

“Jadi kenapa saya perlu menyimpan dendam?” tenang sahaja pertanyaan itu diluahkan.

Sedar pasti akan ada yang cuba mengungkit kisah lama mereka, namun Anwar meminta semua pihak tidak menghiraukannya kerana ia hanya sebahagian daripada agenda menggugat kententeraman dan kemaraan negara ke arah lebih positif.

“Golongan ini ada kepentingan masing-masing, jangan pedulikan mereka.Tetapi saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan beliau dan jika berlaku peralihan kuasa, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan rakyat,” tambahnya.

Ditanya perancangan yang dibuat untuk melakukan comeback ke arena politik, ini jawapan Anwar.

“Saya tak pernah tinggalkan politik. Ya, memang sebelum ini pembabitan saya terhad, tapi saya tidak pernah ke mana-mana,” katanya tersenyum.

The post Anwar Ibrahim Tidak Berdendam Dan Sudah Lama Maafkan Tun Mahathir appeared first on Aliff Channel.

Jawapan Syed Saddiq Kepada Yang Asyik Tanya Mengenai PTPTN

Buat mereka yang menanyakan status tentang pembayaran ptptn, berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Syed Saddiq.

“Kami (kerajaan) bertanggungjawab untuk meringankan beban mereka, kami ingin pastikan anak muda yang meminjam ptptn ini akan hanya membayar ptptn mereka setelah mereka mempunyai kerja yang gajinya dalam lingkungan RM3000 ke RM4000.

Syed Saddiq yang juga merupakan ahli parlimen muar juga mengatakan bahawa bagi mereka anak muda yang baru keluar daripada Universiti atau gajinya belum sampai RM3000 mereka diberi keringan iaitu tidak perlu bayar ptptn sehingga mereka mempunyai gaji seperti yang dinyatakan.

Kenapa perkara ini penting katanya adalah bagi mereka yang kaya atau mempunyai duit mereka harus membayar duit tersebut agar dapat membantu orang lain (yang meminjam ptptn).

Zalim sekiranya kita tidak membantu mereka yang baru keluar dari universiti, baru nak kerja tetapi diberatkan dengan hutang ptptn sehingga nama mereka di senarai hitam. Demikian memetik kakishare.com

The post Jawapan Syed Saddiq Kepada Yang Asyik Tanya Mengenai PTPTN appeared first on Aliff Channel.

Tun Dr. Siti Hasmah Risaukan Kesihatan Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad, sudah pasti tidak cukup rehat sejak menjawat semula jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pada 10 Mei lalu dan sebagai isteri, Tun Siti Hasmah hari ini meluahkan rasa kebimbangannya terhadap kesihatan suaminya.

Menurut Tun Dr. Siti Hasmah, suaminya banyak menggunakan waktu tidurnya untuk meneliti dokumen-dokumen kerajaan sehingga awal pagi.

“Saya risaukan kesihatan Tun yang tidak cukup tidur. Waktu tidur beliau digunakan untuk teliti setiap dokumen kerajaan.

“Dalam satu malam, beliau teliti lebih 200 dokumen sehingga jam 4-5 pagi. Jam 7 pagi, beliau sudah ada di pejabat,” kata Tun Dr. Siti Hasmah yang dimuat naik di laman Facebook, Kelab Che Det.

Netizen pada ruangan komen di halaman facebook tersebut juga risau dengan keadaan Tun yang sudah berusia 92 tahun terpaksa menggalas tanggungjawab yang besar. Berikut ini antara komen-komen yang ditulis netizen.

“Sayangnya Allah pada Tun Mahathir. Allah izinkan Tun Mahathir hidup 93 tahun untuk melihat segala kesilapan dia dan perbaiki balik segala kesalahannya,” tulis Ainie Syeema.

“Harap semua rakyat Malaysia yang sayangkan Tun Mahathir mendoakan yang terbaik untuknya dan negara Malaysia dalam setiap solat kita. For non muslims, you can also pray for him and this country in your own way,” tulis Nooraini Ahmad.

Sementara itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dalam program MeleTOP semalam berkata, Tun Mahathir yang berusia 92 tahun itu berbasikal setiap pagi Sabtu dan menunggang kuda pada setiap pagi Ahad.

“Saya tengok dia, saya pun boleh rasa penat. Tun Mahathir memang tegas, sangat menepati masa. Tetapi pada masa sama, beliau sangat ‘chill’ dan kelakar.

“Mutu kerja dia begitu baik, ia memberi inspirasi kepada saya. Dia bekerja dan tidak berhenti bekerja. Tun M walaupun berumur 92 tahun, dia seperti terperangkap dalam jasad 92 tahun. Semangat dia macam umur 30 tahun,” katanya.

The post Tun Dr. Siti Hasmah Risaukan Kesihatan Tun Mahathir appeared first on Aliff Channel.

Emma Maembong Sangkal Dakwaan Netizen Cuba Mengorat Syed Saddiq

Pelakon, Emma Maembong menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan dia cuba mendekati Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Sebenarnya, sudah lebih dua tahun saya mengenali Saddiq, sebelum dia bergelar Ahli Parlimen lagi. Dia pernah menghadiri beberapa acara yang saya anjurkan, bahkan dia juga pernah hadir ke majlis tayangan filem lakonan saya, Kimchi Untuk Awak.

“Ada orang dakwa saya cuba nak ‘try’ Saddiq selepas saya memuat naik sebuah video boomerang bersamanya di laman Instagram sempena kemenangan Saddiq di Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari. Tak ada istilah ‘try’ pun.

“Periksa semula laman Instagram saya dan semuanya boleh dilihat sendiri. Dari dulu lagi saya pernah memuat naik foto bersama Saddiq kerana kami memang berkawan, tetapi mungkin pada masa itu tiada sebarang isu kerana Saddiq tidak popular seperti sekarang,” kaat Emma.

Emma juga menafikan dia menyokong mana-mana parti politik, memetik dari laman Gempak.com.

“Saya muat naik video bersama Saddiq hanya untuk mengucapkan tahniah kepadanya sebagai seorang kawan, itu sahaja.

“Saya juga pernah memuat naik foto bersama bapa saudara yang merupakan bekas exco Menteri Besar Terengganu. Saya akui membesar dengan UMNO, bapa saya merupakan pelukis di PWTC dan dia yang melukis gambar pemimpin UMNO di PWTC.

“Tetapi saya sendiri mengambil pendekatan untuk tak melibatkan diri atau bercerita mengenai mana-mana parti politik,” katanya ketika ditemui di sidang media Back To Back Raya Galore Festival Mode Republik 2018 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific semalam.

Emma yang mengusahakan jenama pakaian Emma RTW bakal menyertai festival fesyen dan kecantikan terbesar yang diadakan di Kelantan pada 18 dan 19 Mei, Kedah (1 & 2 Jun), Pahang (2 & 3 Jun) dan lokasi kemuncak di PWTC pada 8 sehingga 10 Jun selama 72 jam tanpa henti.

The post Emma Maembong Sangkal Dakwaan Netizen Cuba Mengorat Syed Saddiq appeared first on Aliff Channel.

Rakaman Dipercayai Suara Zamid Hamidi Maki Pemuda UMNO Kerana Tidak Pertahankan Najib Menjadi Tular

Satu rakaman suara tersebar menjadi tular di media sosial malah juga telah dimuatnaik ke laman youtube.

Dalam rakaman tersebut seakan suara bekas timbalan menteri yang bulan timbalan pengerusi UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi. Netizen mendakwa beliau menyuarakan kemarahan beliau dan dipercayai ditujukan kepada pemuda UMNO kerana tidak mempertahankan Dato Seri Najib yang juga bekas pengerusi UMNO ketika diserang dalam ambang politik.

Beliau juga mempersoalkan bila Najib dah jatuh satu Malaysia pemuda UMNO bangkit nak tumbangkan Najib. Namun tidak dapat mengesahkan sumber dah kesahihan video tersebut jadi anda dengan dan nilaikan sendiri.

The post Rakaman Dipercayai Suara Zamid Hamidi Maki Pemuda UMNO Kerana Tidak Pertahankan Najib Menjadi Tular appeared first on Aliff Channel.

Tuesday 15 May 2018

Abang Syed Saddiq Buat Ramai Ovari Wanita ‘Meletup’

Nama Syed Saddiq sejak kebelakangan ini sering meniti di bibir netizen terutamanya kaum wanita. Popularitinya yang melonjak naik selepas bergelar ahli parlimen, membuat dirinya menjadi perhatian ramai.

Selepas tular gambar-gambar Syed Saddiq di laman media sosial, kini gambar-gambar abangnya, Syed Abdullah turut mendapat perhatian para netizen. Sangatlah berbeza penampilan Syed Saddiq dan abangnya, abangnya cukup sado dan tinggi.

Menerusi Insta Stories Syed Saddiq, Syed Abdullah berterima kasih kepada Syed Saddiq kerana membuat impiannya menjadi kenyataan.

Abangnya turut mengakui Syed Saddiq membuatkan dirinya turut sama menjadi perhatian ramai. Berikut gambar-gambar Syed Abdullah yang tular di laman sosial.

The post Abang Syed Saddiq Buat Ramai Ovari Wanita ‘Meletup’ appeared first on Aliff Channel.

Saturday 12 May 2018

Apa Masalahnya Bila Miss V Selalu Basah?

Miss V adalah salah satu organ dalam tubuh wanita yang sangat sensitif. Kewujudan rangsangan sensual akan membuat Miss V terlubrikasi, sehingga cairan keluar berupa lendir dan rasa basah. Jadi, jika Miss V sentiasa basah, apa penyebabnya?

Faraj yang terasa basah umumnya disebabkan oleh rangsangan sensual seperti pada kawasan bibir, leher, payudara, paha, atau faraj itu sendiri, yang lalu boleh menimbulkan respons berupa keluarnya cairan lubrikan (berfungsi sebagai pelincir) di faraj. Ini ditunjukkan sebagai persediaan sebelum berhubungan intim. Walau bagaimanapun, jika anda rasa bahawa keadaan Miss V sentiasa basah, ada beberapa kemungkinan keadaan yang serius, memetik dari laman Klikdokter.

Jangkitan vaginosis bakteria

Vaginosis bakteria timbul dari perubahan kimia dan penambahan bakteria anaerobik yang menjajah (berkembang) di dalam vagina. Gejala yang paling biasa adalah kuning keputihan kepada kelabu, disertai dengan rasa gatal-gatal.

Seorang wanita yang mempunyai jangkitan vaginosis bakteria sering mengalami aduan Miss V yang selalu basah dan dengan bau yang tidak menyenangkan. Jangkitan ini adalah penyebab utama penyumbatan vagina yang tidak normal pada wanita usia subur dan lebih biasa terjadi pada wanita yang aktif berhubungan intim.

Jangkitan Trichomoniasis

Trichomoniasis adalah salah satu penyakit kelamin yang disebabkan oleh parasit Trichomonas vaginalis. Parasit ini paling kerap menjejaskan wanita, walaupun lelaki juga boleh dijangkiti melalui hubungan intim dengan pasangan.

Faraj adalah tapak jangkitan yang paling biasa di kalangan wanita, sedangkan uretra (saluran kencing) adalah tapak jangkitan yang paling kerap berlaku pada lelaki. Dalam kes trichomoniasis, pengeluaran cecair Miss V akan berlebihan, konsisten tebal, kuning, hijau kuning, berbau, dan berbuih.

Pada dinding faraj akan kelihatan merah dan bengkak. Di samping itu, akan ada gatal-gatal dan sensasi haba dalam faraj. Kesakitan semasa hubungan intim juga merupakan aduan utama yang dirasakan oleh wanita yang mempunyai trichomoniasis.

Jangkitan Chlamydia

Jangkitan Chlamydia disebabkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis, yang biasanya ditularkan melalui aktiviti keintiman. Seorang wanita mempunyai risiko berjangkit sebanyak 25 peratus semasa bersetubuh dengan lelaki yang dijangkiti Chlamydia.

Jika ada, gejala boleh berlaku pada minggu pertama selepas hubungan pertama terjadi. Aduan yang sering dialami pada wanita biasanya berlebihan putih, bau, sakit di perut (mungkin disertai oleh demam), sakit semasa kencing, dan juga kesakitan semasa berhubungan.

Sekiranya tidak dirawat, jangkitan Chlamydia boleh menyebabkan keradangan pelvik pada wanita, yang boleh mengakibatkan kerosakan pada tiub fallopian (tiub yang menyambung ovari dan uterus) atau menyebabkan ketidaksuburan.

Keradangan pelvis

Radang pelvis atau pelvic inflammatory disesase (PID) merupakan jangkitan yang terjadi di dalam rongga panggul, yang boleh memberi kesan pada organ reproduktif wanita seperti uterus, serviks, ovari, atau tiub fallopio. Keradangan pelvik boleh menyebabkan sakit kronik di bahagian perut.

Jangkitan ini di pelvis boleh menyebabkan hydrosalping, pembengkakan tiub fallopian. Penyebab keradangan pelvik mungkin disebabkan oleh komplikasi dari jangkitan klamid, gonorea, atau perancangan keluarga yang tidak bersih dari lingkaran.

Keradangan pelvik sering tidak gejala. Namun, bila didapati adanya suatu gejala, biasanya keluhan adalah rasa sakit di sekitar kawasan pinggul, pendarahan antara kitaran haid, dan faraj yang basah berlebih (dalam erti keluarnya cecair secara berlebihan dari faraj), disertai dengan bau tak sedap. Untuk merawat terapi antibiotik radang pelvik diperlukan.

Selalunya PID tidak menyebabkan gejala. Namun bila terdapat gejala, biasanya keluhan adalah berupa rasa sakit di sekitar kawasan pinggul, pendarahan antara kitaran haid dan faraj yang basah berlebihan (keluar cecair berlebihan dari faraj) disertai dengan bau yang tidak sedap. Untuk mengatasinya diperlukan terapi antibiotik.

Faraj basah boleh menjadi cuma keadaan biasa. Walau bagaimanapun, jika apa yang anda dapati Miss V yang sentiasa basah, yang bermaksud bahawa cecair keluar dari vagina adalah berlebihan, anda mungkin mengalami salah satu syarat yang disebutkan di atas.

Sekiranya sentiasa basah, dan disertai dengan rasa sakit, rasa gatal-gatal, dan berbau, segera dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan penjelasan dan pengendalian yang betul.

The post Apa Masalahnya Bila Miss V Selalu Basah? appeared first on Aliff Channel.

Air Tebu Dapat Turunkan Berat Badan

Tidak sukar untuk mencari penjual air tebu di sekitar rumah. Rasanya yang manis tanpa tambahan gula dan harganya yang berpatutan membuatkan ramai orang menyukainya.

Selain menghilangkan dahaga, jus tebu dipercayai menurunkan berat badan.Jumlah kalori dalam 100 gram air tebu hanyalah sekitar 270 kalori.

Megolah dari laman Boldsky, air rotan tidak mempunyai lemak dan pemanisnya adalah semulajadi. Usah bimbang tentang kalori yang masuk dalam badan akan berlebihan.

Bukan itu sahaja, tebu yang dimakan mempunyai serat yang tinggi. Malah, dikatakan, boleh memenuhi 52 peratus pengambilan serat harian kita.

Seperti yang diketahui, serat membantu seseorang dalam menjalankan program penurunan berat badan. Dengan serat yang cukup, anda rasa kenyang ebih lama dan mencegah makan secara berlebihan.

Air tebu adalah sama seperti yogurt yang boleh meningkatkan kesihatan usus. Sistem pencernaan dan usus sihat yang berkaitan dengan penurunan berat badan, menurut sistem perubatan tradisional Ayurveda.

Minuman tenaga

Air tebu yang memasuki badan dapat meningkatkan pergerakan usus, melegakan sembelit, merawat sakit perut untuk menjaga sistem pencernaan yang sihat.

Kemudian, salah satu perkara yang menghambat proses kehilangan berat badan adalah masalah keradangan.

Keradangan akan menghalang seseorang daripada mencapai penurunan berat badan yang optimum walaupun mengikuti diet yang ketat dan berolahraga secara teratur.

Oleh itu, anda harus mula minum jus tebu untuk membantu menghalang keradangan kerana ia mengandungi sifat anti-radang.

Walaupun jus tebu mengandungi gula, tubuh memerlukan glukosa untuk berjalan dengan baik. Ia memberikan rangsangan tenaga segera kepada tubuh, terutamanya apabila bersenam.

Minum air tebu daripada minuman sukan tidak hanya akan meningkatkan tenaga anda tetapi juga akan membina ketahanan dan stamina anda.

The post Air Tebu Dapat Turunkan Berat Badan appeared first on Aliff Channel.

Berapa Ukuran Normal Kedalaman Miss V?

Isu berkaitan hubungan intim adalah topik taboo dan ramai kadang-kadang malu untuk bertanya, seperti masalah saiz zakar dan kedalaman Miss V. Salah satu perkara yang selalu ditanyakan oleh wanita ialah sejauh mana penembusan yang mendalam semasa berhubungan.

Faraj adalah saluran yang tidak kelihatan. Seorang wanita tidak dapat melihat apa yang berlaku di dalam farajnya. Ramai wanita bimbang tentang kemungkinan zakar tercedera ketika melakukan hubungan intim dengan pasangan mereka.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Obstetrics & Ginekologi, Miss V mempunyai kedalaman purata 3.77 inci atau 9.6 cm. Sementara itu, panjang purata saiz zakar 5.2 inci atau 13.2 cm dan lilitan 4.6 inci atau 11.6 cm seperti yang memetik halaman Hivisasa.

Apabila terangsang, kedalaman Miss V boleh meningkat sehingga 4.75 inci atau 12 cm menjadikannya lebih mudah untuk ditembusi semasa berhubungan.

Menurut Go Ask Alice di Columbia University, semasa keghairahan, ada aliran darah ke alat kelamin dan rasa kegembiraan menjadikan rahim dan serviks bertambah lebih besar.

Perubahan membuat lebih banyak ruang untuk keseronokan semasa melakukan berhubungan. Kawasan ini akan berkembang walaupun kering. Walau bagaimanapun, wanita cenderung mengalami rasa sakit semasa bersetubuh.

The post Berapa Ukuran Normal Kedalaman Miss V? appeared first on Aliff Channel.

Cara Puasa Yang Dapat Mengatasi Kegemukan

Puasa apabila dilakukan dengan betul akan membawa banyak manfaat buat kesihatan. Puasa bukan hanya sekadar haus dan lapar. Ramadan kali ini, marilah kita mengoptimumkan puasa kita sekali lagi. Ada banyak manfaat kesihatan yang kita dapat dari berpuasa, salah satunya adalah untuk mengatasi kegemukan (obesiti).

Berpuasa adalah ibadah wajib. Manfaat kesihatan yang kita perolehi dari berpuasa adalah satu rahmat.

Disebutkan dari buku The Miracle of Fast, puasa secara berkesan dapat membantu pesakit obesiti untuk bebas daripada berat badan berlebihan secara beransur-ansur dan tidak mempunyai risiko yang membebankan. Apabila jumlah makanan yang dimakan semasa puasa kurang, jumlah lemak yang disimpan di dalam badan juga kurang.

Puasa juga boleh mengurangkan berat badan. Apabila badan kita berpuasa, hati akan berfungsi membakar gula dan lemak yang disimpan di dalam badan dan ditukar menjadi tenaga untuk organ-organ penting. Dengan cara ini, ada pengurangan besar dalam kandungan air yang disimpan di dalam tisu badan. Kesan ini juga boleh memudahkan proses pengurangan berat badan lebih berkesan.

Selagi anda boleh mengimbangi puasa dengan jadual makan seimbang dan tidak berlebihan apabila makan sahur dan berbuka puasa, dapat dipastikan berat badan tetap ideal dan mengelakkan obesiti. Bagaimanapun, dalam bulan Ramadhan, kita patut berusaha sebaik-baiknya untuk memastikan diet dan rutin harian agar tetap sihat.

Puasa sebenarnya boleh menyuburkan badan. Terutama apabila dilakukan sepanjang bulan Ramadan, tubuh akan mendapat banyak manfaat dari puasa yang dilakukan.

Oleh itu, tiada alasan untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadan ini. Jalankan setiap ibadah dengan niat baik dan kembalikan corak keseimbangan kehidupan setiap hari, banyak manfaat besar yang kita perolehi.

The post Cara Puasa Yang Dapat Mengatasi Kegemukan appeared first on Aliff Channel.

5 Gangguan Kesihatan Biasa Terjadi Dalam Bulan Puasa

Bulan Ramadan tidak lama akan tiba, adakah anda sudah bersedia untuk mengalu-alukan bulan suci yang diberkati ini?

Ada kajian membuktikan bahawa berpuasa memberikan banyak faedah untuk kesihatan tubuh. Satu kajian yang diterbitkan oleh Gulf News, puasa boleh membantu membakar lemak buruk dalam badan, meningkatkan fungsi otak, dan juga mengurangkan risiko penuaan dan penyakit berbahaya.

Tetapi hakikatnya, ada juga orang yang mengalami masalah kesihatan semasa berpuasa. Mungkin ini kerana badan kita rasa “terkejut” kerana perubahan diet secara tiba-tiba. Lebih-lebih lagi buat mereka yang biasa makan tiga kali sehari pada waktu pagi, tengah hari dan malam.

Apabila bulan berpuasa, kita makan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu ketika maghrib dan bersahur.

Untuk mempersiapkan diri untuk mengalu-alukan bulan Ramadan, nampaknya perlu anda mengetahui beberapa masalah kesihatan yang biasa terjadi pada bulan puasa.

Asid perut

Salah satu penyakit biasa yang berlaku ketika berpuasa ialah kenaikan asid perut kerana perut kosong sepanjang hari. Gangguan ini akan hilang dengan sendirinya bersama dengan masa yang akan disesuaikan oleh badan.

Salah satu pencetus refluks asid adalah apabila anda tidur 30 minit selepas makan. Jika anda benar-benar ingin tidur selepas subuh, tunggu sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan supaya asid perut tidak naik.

Sakit kepala

Sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara. Salah satunya adalah tekanan darah rendah dan kekurangan bekalan gula dari makanan. Sakit kepala juga boleh disebabkan oleh kerana mengantuk akibat corak tidur sedikit berubah dan rutin kerja yang memerlukan banyak tenaga dan minda.

Untuk mengurangkan sakit kepala, biasakan tidur sekurang-kurangnya 7 jam, elakkan minum kopi, dan banyakkan makan makanan yang kaya nutrien.

Dehidrasi

Ia tidak boleh dinafikan cecair badan semasa puasa akan dikurangkan secara drastik. Kekurangan cecair akan menyebabkan bibir dan kulit kering menjadi dehidrasi. Untuk mengelakkan dehidrasi, elakkan minuman manis pada waktu subuh dan kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.

Sakit tekak

Makanan berminyak seperti makanan goreng sering merupakan menu puasa yang paling disukai. Tetapi perhatikan gejala sakit tekak dan batuk yang pasti akan mengganggu aktiviti ibadat anda.

Sebabnya, terlalu kerap makan bergoreng akan merangsang tekak menjadi sensitif. Makan makanan goreng dan diimbangi dengan pemgambilan air yang banyak serta buah-buahan segar ya!

Sembelit

Sembelit atau sukar buang air besar berlaku kerana kekurangan cecair dan serat yang mengganggu sistem penghadaman badan. Banyakkan makanan kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan seperti betik.

Elakkan juga makan terlalu banyak makan makanan yang mengandungi banyak lemak seperti makanan bergoreng.

The post 5 Gangguan Kesihatan Biasa Terjadi Dalam Bulan Puasa appeared first on Aliff Channel.

Wednesday 9 May 2018

5 Sebab Cinta Pudar Setelah Mendirikan Rumah Tangga

Di awal perhubungan cinta, seseorang merasakan cinta dan kasih sayang berlebihan seperti tidak penghujungnya. Tetapi kebanyakan orang akan merasakan perbezaan selepas berkahwin, iaitu cinta rasa semakin pudar.

Kenapa ini berlaku? Seperti yang dipetik daripada laman Boldsky, ada beberapa sebab mengapa cinta boleh pudar di antara suami isteri.

Harapan

Setiap orang mempunyai harapan mereka tersendiri mengenai pasangan dan bagaimana kehidupan mereka. Tetapi jenis jangkaan dan harapan tidak seperti yang diharapkan, dan rasa kecewa. Inilah yang kemudian mencetuskan cinta kian pudar. Cinta yang wujud memenatkan kerana tekanan harapan.

Tanggungjawab

Kadangkala tanggungjawab yang berlebihan juga boleh menyebabkan keletihan pada pasangan. Pihak yang terlalu mengutamakan tanggungjawab supaya beban di satu pihak sahaja, bukan sahaja boleh mencetuskan hujah tetapi juga memudar kasih sayang. Apabila tanggungjawab dikongsi secara saksama, cinta dapat dikekalkan.

Pergaduhan/Kebencian

Oleh kerana terlalu banyak masalah, emosi juga akhirnya menimbulkan masalah. Apabila anda tidak dapat mengawal emosi anda, anda dan pasangan akan marah dengan cara yang salah, iaitu dengan mengeluarkan kata-kata kasar, mengungkit kesilapan, dan juga saling menyalahkan.

Hilang rasa hormat

Apabila telah hilang rasa saling menghormati, anda kelihatan seperti orang asing walaupun duduk dalam satu rumah dan tidur di satu tempat tidur. Suasana perkahwinan menjadi sejuk kerana hanya kerana satu ego. Terutamanya jika anda berdua mula menghindari antara satu sama lain untuk bertemu satu sama lain.

Masalah tiada penyelesaian

Oleh kerana tidak ada komunikasi yang baik, ia hanya meninggalkan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan, tanpa henti. Apabila satu masalah ditimpa dengan masalah lain yang belum selesai, akan ada siri masalah yang tiada penghujungnya.

Itulah perkara yang memudarkan cinta selepas perkahwinan. Lebih baik jika pasangan suami isteri memahami perkara ini dan cuba untuk mengelakkannya.

The post 5 Sebab Cinta Pudar Setelah Mendirikan Rumah Tangga appeared first on Aliff Channel.

loading...