loading...

Monday 30 July 2018

Perempuan Kembar ‘Instafamous’ Gagal SPM Dikecam Warganet

Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa kembar “instafamous” ini gagal dalam pelajaran mereka. Hal ini kerana, adalah tidak patut bagi orang yang petah bercakap tetapi tidak pandai dalam mata pelajaran. Adakah mereka tidak fokus dengan pelajaran kerana mengejar populariti di media sosial?

Walaupun isu ini berbangkit beberapa hari lalu, masih ramai orang yang membincangkan tentangnya sehingga ke hari ini.

Pelajar tersebut, Ieka atau nama penuhnya Siti Norsyahfiqah Tajudin, 17, baru-baru ini menyalahkan guru-guru dan pihak sekolah menerusi video ‘Instagram Live’ selepas menerima keputusan buruk 7G dan 2E untuk peperiksaan pertengahan tahun.

Video itu dipercayai dirakam melalui akaun Instagram milik ibunya. Saksikan sedikit sedutan di bawah:

Selain menyalahkan guru, Ieka juga memberitahu bahawa dia telah berhenti belajar di sekolah tersebut dan kembali ‘bersekolah di rumah’ di mana dia diajar oleh ibunya.

Selepas video itu viral, keputusan peperiksaan pertengahan tahun Ieka telah dibongkarkan di Twitter dan menjadi bahan kecaman Netizen.

Ieka merupakan seorang public figure yang popular di Instagram, bersama kembarnya, Siti Norsyakirah atau lebih dikenali sebagai Iera

Kedua-dua mereka mempunyai lebih daripada 430,000 followers.

Dengan jumlah pengikut yang begitu ramai, mereka berdua telah banyak melakukan paid reviews dan selalu mendapat tajaan daripada pelbagai jenama dan syarikat sejak tahun lepas.

Malah, seorang netizen iaitu @mieja_ibrahim di Twitter menganggarkan jumlah pendapatan kembar ini mampu mencecah sehingga RM12,000 sebulan!

Namun, mereka perlu faham tentang pentingnya ilmu dalam meneruskan kehidupan. Sekadar untuk meraih keuntungan dari populariti, ia mungkin boleh jatuh pada masa akan datang kerana ianya bukan pelan yang baik untuk jangka masa panjang. Mungkin mereka akan menyedari kepentingan ilmu seperti “Matematik” jika ada sebarang masalah dalam pengiraan akaun? Siapa tahu kan?

Rujukan: Says.my

The post Perempuan Kembar ‘Instafamous’ Gagal SPM Dikecam Warganet appeared first on Aliff Channel.

Terkejut, Ramai Lelaki Muda Ajak Rita Rudaini Kahwin

Pelakon cantik Rita Rudiani baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataannya bahawa berhasrat untuk mengahwini lelaki yang berusia lebih muda darinya.

Dalam kenyataan tersebut, nampaknya telah memberi harapan dan ruang kepada segelintir pemuda yang sememangnya berhasrat untuk menjadikannya seorang isteri. Rita Rudaini turut mendedahkan dia menerima banyak mesej peribadi yang mahu menjadikannya pasangan hidup.

Menurut Rita, mesej yang diterima itu adalah dikalangan lelaki muda yang mahu mengajaknya keluar dan melamarnya sebagai isteri.

“Saya sebenarnya terkejut juga apabila pandangan saya mengenai perkahwinan dengan lelaki jauh lebih muda menyebabkan ramai menghantar DM di Instagram. Ramai lelaki muda yang menghantar mesej ajak keluar. Malah ada yang memberitahu nak menjadikan saya sebagai isteri,” katanya kepada mStar Online.

Namun Rita memberitahu, dia tidak melayan mesej-mesej tersebut kerana tidak berminat untuk menjalin hubungan cinta buat masa ini dan lebih selesa dengan kehidupannya sekarang.

“Ada rakan-rakan nak kenalkan saya dengan lelaki pun saya tidak mahu. Hendak mencari pun saya sibuk dengan aktiviti harian. Nak kata sunyi tidak juga kerana saya selesa dengan kehidupan sekarang yang bebas masalah rumah tangga,” katanya.

Rita yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.

Sememangnya, mencari seorang suami yang mampu memikul tanggungjawab yang berat itu sangat sukar dicari. Bukan hanya memandang pada kecantikkan sahaja. Oleh, itu kita doakan Rita dapat suami yang soleh. Aminn..

Sumber: mStar Online

The post Terkejut, Ramai Lelaki Muda Ajak Rita Rudaini Kahwin appeared first on Aliff Channel.

Saturday 28 July 2018

Tasik Bawah Tanah Ditemui Di Planet Marikh

Penemuan tasik bawah tanah di planet Marikh oleh astronomi antarabangsa ini sekaligus meningkatkan andaian terdapat sumber air dan juga kemungkinan wujudnya kehidupan di planet itu.

Laporan yang dikeluarkan penyelidik dari Itali dan diterbitkan dalam jurnal sains Amerika Syarikat, tasik itu dikatakan terletak di bawah lapisan ais dan anggaran berkeluasan 20 kilometer yang merupakan cecair terbesar pernah ditemui.

“Ini adalah hasil yang mengagumkan, air di Marikh bukan suatu lopak sementara seperti penemuan terdahulu, tetapi sumber air berterusan untuk tempoh masa yang lama,” kata Profesor Madya, Alan Duffy di Universiti Swinburne, Australia.

Marikh dipercayai pernah mempunyai persekitaran yang lembap serta pernah mempunyai beberapa sumber air serta tasik kira-kira 3.6 bilion tahun lalu.

Saintis kini sedang mencari tanda air kontemporari kerana penemuan sedemikian adalah kunci untuk mengupas misteri sama ada hidupan pernah wujud.

Walaubagaimanapun, air tasik berkenaan difahamkan tidak boleh diminum dan terletak hampir 1.5km di bawah permukaan berais dalam persekitaran dingin.

“Ini adalah penemuan penting yang luar biasa, dan terikat untuk meningkatkan spekulasi mengenai kehadiran organisme hidup di Planet Merah,” kata Fred Watson, astronomi dari Australia.

Penemuan itu dibuat menggunakan peralatan radar Pengorbit Ekspres Marikh, milik Agensi Angkasa Eropah yang dilancarkan pada 2003.

Sumber: Astro Awani

The post Tasik Bawah Tanah Ditemui Di Planet Marikh appeared first on Aliff Channel.

Rakyat Malaysia Paling Ketagih Gajet Di Dunia – Kajian

Limelight Networks Inc, salah sebuah firma yang menjalankan kajian mengenai keadaan gaya hidup digital telah mengeluarkan satu data mengenai penggunaan telefon pintar oleh rakyat Malaysia.

Berdasarkan data tersebut, lebih 69 peratus rakyat Malaysia tidak dapat berhenti menggunakan telefon pintar walaupun dalam sehari. Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang paling ketagih dengan peranti digital mereka, diikuti oleh India.

Malaysia juga mencatat jumlah tertinggi dalam kalangan 10 negara yang lain mengenai penggunaan e-buku. Lebih 74.7 peratus rakyat Malaysia menggemarkan buku digital, manakala selebihnya memilih buku fizikal.

Responden di 10 negara iaitu Malaysia, Perancis, Jerman, India, Itali, Jepun, Singapura, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat ditanya bagaimana mereka berinteraksi dengan media digital dan kesan teknologi terhadap kehidupan mereka.

Limelight Networks dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa komputer riba dan komputer meja merupakan teknologi terpenting yang kedua bagi responden Malaysia dengan 43.4 peratus daripada mereka tidak boleh hidup tanpanya.

Berdasarkan laporan itu, muzik juga merupakan kandungan dalam talian yang paling banyak diakses di Malaysia, diikuti dengan filem atau rancangan televisyen dan aplikasi. Rakyat Malaysia tidak berminat terhadap kandungan berbayar kerana laporan itu mendedahkan bahawa rakyat Malaysia yang paling sedikit bersedia untuk membayar kandungan, sama seperti jiran mereka, Singapura.

Pengarah Kanan Limelight Networks Michael Milligan berkata:

“Pengguna semakin bergantung kepada teknologi digital dalam kehidupan peribadi dan profesional mereka untuk maklumat, hiburan, dan memudahkan tugas harian.”

Laporan itu yang berdasarkan maklum balas daripada 5,000 pengguna di 10 negara, berusia 18 tahun ke atas yang memuat turun perisian atau penstriman video atau muzik dalam talian pada bulan lepas.

Limelight Networks adalah peneraju global dalam penyampaian kandungan digital, memberi kuasa kepada pelanggan untuk lebih menarik penonton dalam talian dengan membolehkan mereka mengurus dan menyampaikan kandungan digital secara selamat di mana-mana peranti.

Sumber: Berita Media Corp

The post Rakyat Malaysia Paling Ketagih Gajet Di Dunia – Kajian appeared first on Aliff Channel.

Wanita Yang Bangun Pagi Kurang Depresi – Kajian

Di dunia ini, ada 2 jenis manusia sahaja setiap pagi, sama ada yang akan bangun awal, atau bangun lambat.
Orang-orang seperti Steve Jobs, Jack Dorsey, Barack Obama hingga Gwyneth Paltrow adalah antara contoh orang yang biasa bangun pagi.

Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti of Colorado Boulder dan Hospital Brigham and Women di Boston menunjukkan mereka yang suka bangun awal pagi kurang mengalami depresi atau tekanan perasaan berbanding mereka yang suka bangun lambat.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Psychiatric Research itu berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 32,000 wanita berusia lingkungan 55 tahun dan kebawah.

Daripada kajian tersebut, menunjukkan wanita yang bangun awal pagi setiap hari hanya 12 hingga 27 peratus berpotensi mengalami depresi, berbanding mereka yang suka bangun lambat.

Adakah anda jenis bangun awal pagi?

The post Wanita Yang Bangun Pagi Kurang Depresi – Kajian appeared first on Aliff Channel.

Friday 27 July 2018

RM593.49 Bilion Lesap, Pelabur Mahu Mark Zuckerberg Dipecat Dari Jawatan CEO

Bukanlah sesuatu yang mudah menguruskan perniagaan bernilai bilion. Perkara ini terjadi kepada insan bernama Mark Zuckerberg pada hari ini selaku pemegang saham terbesar Facebook terpaksa menanggung kerugian selepas syarikat ini rugi $146 bilion (RM593.49 bilion).

Kejatuhan sebanyak 20% ini memberi kesan yang besar menyebabkan kerugian sebanyak $16 bilion di dalam satu hari. Tidak hanya itu, beliau turut didesak oleh para pelabur Trillium Asset Management yang mempunyai saham Facebook sebanyak $11 juta (RM44.71 juta).

Ini berikutan pengumuman laporan kewangan Facebook bagi suku tahun kedua. Kegagalan untuk meningkatkan jumlah kewangan melalui bisnes yang dijalankan turut menjadi punca. Terakhir masalah melibatkan Cambridge Analytica sehingga kini masih lagi menghantui Facebook sekaligus menurunkan saham Facebook.

Sebagai pengurus serta pemegang saham terbesar, beliau perlu bertanggungjawab dalam menstabilkan semula syarikat miliknya sebelum diundi oleh para pelabur serta lembaga pengarah untuk dipecat.

The post RM593.49 Bilion Lesap, Pelabur Mahu Mark Zuckerberg Dipecat Dari Jawatan CEO appeared first on Aliff Channel.

‘Rumah Tu Rumah Abang Kandung Aku, Kakak Ipar Aku Ni Orang Luar’

Salam krt, aku berumur 34 tahun tapi belum berumah tangga sebab Allah tak temukan aku jodoh. Bukan tak laku min, ada juga nak kat aku, ada suami orang, ada bujang, tapi aku tak tertarik. Aku dah terlanjur dengan beberapa lelaki, suami orang pun ramai, tapi hanya sekadar suka2 sebab aku tak serius nak berumah tangga. Aku rasa lebih selesa begini sebab kalau dah kawin, aku akan di kongkong oleh seorang lelaki saja..

Kalau admin nampak aku, lihat saja di profil ku, aku seorang wanita yang cantik, bertudung labuh, sopan, aku juga ada kelulusan degre, tapi entah lah min, aku sedar perbuatan aku salah, tapi kalau aku tak berjumpa bf2 aku semua, aku akan rasa tertekan..

Ok min, bukan itu yang aku nak ceritakan, aku ni min, tinggal dirumah abang aku, abang aku ni dah berumah tangga, anak dia dah 3 orang dah, abang aku kerja sebagai guru, isteri dia pula berniaga kat kedai makan, aku menyampah kat kakak ipar aku ni, asyik dan jeling2 aku je, pernah sekali dia sindir aku, dia cakap kat abang aku, tapi aku terasa min, dia cakap, sayang, kalau nak makan tu, pandai2 lah masak sendiri, jangan nak tunggu orang masak je, kalau duduk rumah tu pandai2 lah kemas2, jangan tau kotorkan je, dia tegur abang tapi sindir aku min, ni ipar kurang ajar namanya. Dia tau kah, rumah tu rumah abang kandung aku kami lahir dari perut yang sama kakak ipar aku ni orang luar.sekali lagi aku ulang ipar aku orang luar. Dah lah asyik2 cakap ngan abang aku, tolong cari kan kerja untuk aku, hello aku tau lah nak cari kerja, tapi rezeki takda. Dia suruh aku kerja dekat kfc woii kfc bukan taraf aku aku ada degre layak makan kfc je bukan kerje tempat macam tu..

Lagi satu kakak ipar aku ni pengotor ya Allah, pagi jam 4 dia bangun, ketuk2 baling2 barang kat dapo, aku nak tidur pun susah, bila aku bangun jam 11, aku nak masak megi, dapo ya Allah, dengan keadaan pingan bersepah, lantai berminyak, belum lagi baik baju kotor, dia keluar niaga pukul 5.30 sampai 1 tengah hari. Pukul 1 dia ambil anak disekolah dan pengasuh, baru terhegeh nak basuh pingan mangkok dan baju semua, lepastu jeling2 aku lagi, bila dia masak pula, macam takut je aku nak makan, kalau aku makan pun dah kenapa? Tu kan rumah abang aku..

Lagi min, anak2 dia pula, ya Allah… nakal macam beruk, suka sangat masuk bilik aku, nak bawa aku main, aku tak suka budak2 min, kalau comel takpe. Ni muka perangai macam beruk, dan yang paling aku benci kat dia ni min, sibuk je hal aku, nak sisat lah aku keluar dengan siapa semua. Lepastu dia cakap dengan abang aku, kalau dia nak keluar sebab tahan ngan aku. Aku takde kacau dia pun. Geram sangat. Nanti aku suruh abang aku ceraikan dia. Padan muka..

Sumber: Kisahrumahtangga.my

The post ‘Rumah Tu Rumah Abang Kandung Aku, Kakak Ipar Aku Ni Orang Luar’ appeared first on Aliff Channel.

Wednesday 25 July 2018

Amalan Sihir Membawa Padah

Kalau nak sebut pasal sihir, mintak jauh la semua perkara itu. Kerana hal ini boleh mengundang padah kepada diri sendiri. Bukan sahaja orang sekeliling terkena, malah haiwan pun boleh terlibat sekali.

Sihir berasal dari Babylon (Iraq), dibawa turun oleh dua malaikat iaitu Harut dan Marut. Kedua-dua malaikat ini membawa satu “disclaimer” bahawa ilmu yg mereka bawa itu adalah ujian dan fitnah. Yang ambil ilmu inilah golongan pertama yg amal sihir.

Di Malaysia, amalan sihir ini bukanlah suatu perkara yang asing lagi dan boleh dikatakan ianya seseolah telah menjadi sebahagian daripada budaya orang Melayu sejak dahulu lagi. Sifat dengki dan iri hati telah mengelapkan mata si pengamal sihir supaya melakukan perbuatan syirik yang diharamkan di dalam agama Islam itu.

Seorang lelaki baru-baru ini telah berkongsi di Twitter tentang pengalaman beliau merawat mangsa sihir. Beliau yang merupakan seorang pengamal ilmu perubatan Islam telah didatangi oleh seorang pesakit yang mengalami masalah depresi yang teruk setelah perniagaannya jatuh teruk sehinggakan beliau kehilangan berat badan yang mendadak kerana kecewa. Baca perkongsian beliau di bawah:

K pesan awal2. Cerita ini memang ada kena mengena dengan pesakit yang pernah aku rawat. Tetapi tiada kena mengena dengan mana2 pertubuhan mahupun persilatan. Harap tiada yg menuding jari pada siapa2 lepas membaca kisah ini. Dn sekali lg nama pesakit telah diubah utk menjaga aib

Seperti biasa. Kita awali kisah kita dengan bismillahirrahmanirrahim dan ayatul kursi. Sekurang2nya kurang sedikit rasa takut dalam diri. Ingat kisah ini bukan utk menakutkan kita tetapi untuk menambahkan keyakinan kita pada ALLAH.

Perniagaan jatuh mendadak

Watak dalam cerita ni aku sebagai perawat. Dan pesakit kali ini namanya abang faizal(nama dah diubah). Kebetulan pada hari tu jadual aku bertugas merawat orang selepas isyak. Hari tu aku tak ada appointment tapi aku didatangi keluarga yang membawa abang faizal.

Aku tengok macam manusia normal tetapi keluarga dia kata abang faizal mengalami tekanan jiwa yang teramat sangat. Bisnes secara tiba2 drop mendadak. Tubuh badan susut hilang kudrat utk pergi ke kedai.

Muntah darah beku selepas sesi ruqyah

Tanya sikit2 aku pun mulakan la sesi ruqyah. Sebab faizal ni boleh bercakap seperti normal tak ada apa. Sewaktu ruqyah aku tengok tak ada apa2 reaksi. Jadi aku bagi makan madu yang dah dicampur dengan beberapa makanan sunnah yg lain.

Time ni faizal bg hint seperti nak muntahkan sesuatu. Aku bg la baldi yang dah memang aku sediakan utk merawat pesakit yang nak muntah ke apa. Ketulan2 darah beku yang keluar dari muntah pesakit. Waktu ini tahulah aku something wrong somewhere dengan pesakit ni.

Kedai mangsa ‘ditutup’ daripada pandangan umum
Terdetik dalam hati aku untuk pergi ke tempat berniaga faizal. Faizal ni berniaga western dekat ss15 (dekat dengan pelita). Kedai dah tutup dah sekarang Aku tanya family dia apa benda pelik yg berlaku dekat faizal sebelum ni. Dah pernah pergi berubat ke sebelum datang tempat aku

Sebelum ni hanya minta2 air je la dengan ustaz2. Tapi makin parah dia ni. Dia kata hidung dia sentiasa bau hanyir. Bila mandi air yang ustaz tu buat kepala dia menyucuk2 macam ada jarum yang tekan kepala dia.

Aku tak salah kan ustaz yg buat air shifa. Kemungkinan yang dia rasa menyucuk di kepala dia adalah effect daripada gangguan yang pesakit alami. Husnuzon sikit!

Esok nya selepas asar aku sampai di kedai faizal. Lama aku perhatikan kedai dia dari luar. Nampak ada unsur2 kedai ditutup penglihatan yang melihatnya. Walhal aku tgk dalam bukan main sibuk lagi pekerja2 si faizal ni.

Masuk je dalam kedai. Ada bahang yang keluar dari kedai tapi terasa diri aku diperhatikan. Suara hati aku kata kedai ni ada pakai pelaris ni. Tapi aku diamkan dulu. Tak nak la nanti dikatakan aku memandai2 buat tuduhan.

Kantoi guna pelaris di kedai

Mengakhiri kisah ini aku akan selit kan sedikit amalan yg tak menyimpang dari syariat islam utk digunakan pakai sebagai usaha pembuka pintu rezeki.

Faizal pelawa aku untuk makan dahulu baru aku teruskan sesi utk memulihkan kedai dia. Dia hidang chicken cordon blue(menatang apa tah). Layan kan aja. Sedang elok aku lepas baca doa makam dan bismillah lima. Potong je ayam tu aku tengok ada kesan darah.

Means ayam tu ayam mentah. Walhal faizal beriya2 cakap ayam tu direbus terlebih dahulu. Mustahil ada darah dan mentah. Aku tolak pinggan makan aku. “Belum apa2 lagi dah kena uji ni” bisik aku dalam hati.

Memandangkan dalam kedai hanya tinggal pekerja dia sahaja. Aku suruh semua berkumpul. Dan sorang2 aku tanya ada benda2 pelik tak berlaku dalam kedai ni.

First selalu ada bangkai tikus mati dekat dapur seperti dimakan sesuatu. Lepas kerap tikus mati ada 3 ekor bangkai burung gagak mati dekat dalam exhaust fan. Kemungkinan kebetulan. Terakhir selepas 2 minggu kes jumpa bangkai mereka jumpa bangkai monyet dekat depan kedai

Mulut aku dah gatal nak tanya dekat faizal ni. “Bang aku nak kau jujur dengan aku bang. Ada siapa2 offer kau nak pagar kedai ke nak bg pelaris ke apa dekat kau ni” aku sebut je pasal pelaris. Zuppp angin lalu dekat tepi belah kiri aku.

Aku pun pandang la dekat satu sudut dimana hala angin tu. Dah sudah. Muncul dah makhluk ni. Macam tau2 je nama kena sebut. Elok je intai aku. Cilaka betul.

Itu kan dah syirik percaya pada barang

“Ada bang. Dalam 3 bulan lepas ada sorang mak cik ni datang. Dia kata kedai saya ni kena sihir. Kebetulan pula time tu pekerja saya ramai yang sakit dan tak lekat bekerja dengan saya. Jadi saya percaya je la apa yang makcik tu kata”

“Memandangkan saya memang tak ada pengalaman dalam ilmu2 ni bang saya mati2 la percaya. Kenapa ya bang ada yang tak kena ke?” Faizal menjawab soalan aku.

“Faizal. Ada apa2 barang ke yang dia bg? Dan ada benda2 pelik ke dia minta dan dia bagi? Tolong cerita sepenuhnya dekat saya. Kalau tak sulit saya nak bantu faizal”

“Jap bang saya kumpulkan semua yang dia bg, betul kata abang memang ada pun.”kata faizal. Dia kumpulkan barang2. Hambik kau tahi besi disetiap penjuru kedsi, kulit kijang putih yang siap di wafak, botol2 yang berisi dengan minyak dan ada amalan yg perlu dibuat.

Aku tanya la untuk apa je barang2 ni semua. (Walaupun aku tahu fungsi nya) “makcik tu kata ni utk pendinding daripada sihir dan wafak ni utk kekebalan saya status saya sebagai usahawan. Minyak2 tu untuk pelaris kedai ni”

Tepuk dahi aku. “Faizal ni zaman dah maju. Yang percaya benda2 kolot ni buat apa. Itu kan dah syirik percaya pada barang.” Tunduk je faizal. Sebelum aku start khutbah dekat faizal aku skip terus neutral kan dulu barang2 yg ada depan aku.

Kalau kata untuk pelaris dan pagar kedai kenapa gangguan masih lagi ada dalam kedai ni?
Selesai neutral aku tanya faizal. “Kalau kata untuk pelaris dan pagar kedai kenapa gangguan masih lagi ada dalam kedai ni? Ke ada pantang yang faizal langgar?”

“Semua yang dia suruh saya buat bang cuma dua perkara yang saya tak buat bagi duit untuk kurban kambing dan membuat amalan yg dia bg. Silap saya bang. Saya pernah bg dia duduk di kedai saya selama seminggu. Saya tak tau la apa dah yang dia buat dalam kedai ni

..saya tak ada duit dah bang. Sekali dia datang saya kena bayar 3k utk sesi dia. Jadi saya hold dulu. Tapi makin teruk keadaan saya. Saya jadi susah nak keluar rumah. Hidup sentiasa dalam keadaan takut. Sebab mak cik tu cakap segala padah saya kena tanggung”

Macam ni la faizal. Kita abaikan dulu perihal makcik tu. Kita cuba pulihkan dulu kedai ni. Aku pergi ke masjid di subang ambil sebaldi air dari masjid.

Malam tu lepas isyak kedai faizal tutup awal utk bagi ruang aku clearkan gangguan yang ada. Aku bancuh air tu dengan pati minyak shifa yang aku buat.

Siap je air utk cuci kedai. Aku minta garam dengan lada hitam. (Lada hitam utk menyerang makhluk2 halus dan menghalau. Manakala garam utk pemagaran) usai aku lempar kan lada hitam aku lempar garam diseluruh kedai faizal.

“Tunggu dua tiga jam baru sapu dan mop dengan air yang saya dah bancuh ni. Letak sekali pencuci tak ada masalah” sementara tunggu aku minta masing2 baca surah albaqarah tak kisah sampai habis atau tidak. Biar kedai ini dihiasi dengan bacaan alquran

Sekejap sahaja gangguan (dengar bunyi dapur macam sibuk dengan orang buat kerja padahal semua pekerja ada dekat dengan aku) selesai gangguan tu.(lepas 3jam) mula sesi sapu garam dan lada hitam. Lepastu mop.

Cepat-cepatlah bertaubat

“Faizal. Balik ni saya nak awak buat solat sunat taubat. Dan lakukan taubat nasuha. Awak dalam tak sedar telah lakukan syirik besar pada ALLAH. Jadikan ini pengalaman awak utk menjadi lebih baik lg lepas ni”

Jika awak nak didalam alquran penuh dengan ayat2 untuk rezeki. Jika rezeki disulitkan perbanyakkan bersedekah. Jangan tunggu kaya baru nak sedekah tapi dari sekarang kena rajin bersedekah.

Ok ni amalan yang sama aku ajarkan pada faizal. Boleh ambil ya amalan ni. Jangan risau ayat quran semua nya. Selawat ke atas nabi 44 kali (sebagai pembuka amalan) Ayat seribu dinar 100kali Selawat ke atas nabi 44 kali(sebagai penutup amalan)

Alhamdulilah dalam masa dua tiga minggu kedai faizal kembali pulih seperti sediakala (sebelum waktu makcik tu datang) sampaikan kedai dia masuk jalan2 cari makan.

Tapi bisnes dia di ss15 tidak lama. Dia dapat peluang dan tapak lebih besar untuk dia berniaga di perak. Jadi dia pindah ke sana.

Aku bukan apa. Aku tulis thread ini sebagai pengajaran kepada orang2 diluar sana yang cepat percaya kepada tahyul mahyul ni. Sedangkan orang yang kata nak tolong itulah yang menambah perasa kepada kesulitan yang kita alami.

Jika perlukan apa2 minta lah pada ALLAH. Jangan bersandar kepada Makhluk. Akhir kalam kali ni aku bercerita tentang perniaga yang tersilap langkah menggunakan khidmat mbah dukun. Harap2 lepas ni tiada lagi yang jadi mangsa seperti abang faizal.

Sumber: Twitter

The post Amalan Sihir Membawa Padah appeared first on Aliff Channel.

Kucing Adalah Pengasuh Bayi Yang Terbaik

Ramai yang menganggap kucing ini harus dijauhi dari bayi kerana bulu mereka atau takut tersebarnya penyakit kepada bayi. Namun, kisah ini sebaliknya kerana seekor kucing ini dengan tekun menjaga seorang bayi dengan membuai-buai bayi ini ketika dia tidur.

Satu video telah tular dilaman facebook menunjukkan kucing ini membuai bayi. Sangat lucu tapi besar maknanya kepada sesiapa yang ada kucing di rumah. Anda boleh menonton video tersebut dibawah artikel ini. Bolehkah anda melatih kucing anda seperti ini?

Mari kita baca lagi tentang kelebihan yang ada pada kucing bagi yang suka membela kucing:

Manfaat Membela Kucing

Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh kita perolehi apabila kita membela dan menyayangi kucing. Membela kucing memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan manusia seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya.

Dapat Membuang Sifat Pentingkan Diri Sendiri Dan Kedekut Dalam Diri Manusia

Membela kucing mengajar kita untuk berkongsi rezeki daripada Allah SWT di atas muka bumi ini tidak kira sama ada makanan, minuman, tempat tinggal dan khususnya kasih sayang. Sifat berkongsi dengan makhluk comel ini lambat laun akan menjadikan kita seorang manusia yang pemurah dan baik hati.

Menjadi Terapi Emosi Yang Sangat Baik

Satu kajian oleh universiti Columbia mendapati aktiviti bersama haiwan kesayangan anda terutama kucing dapat meningkatkan hormon serotonin dalam badan anda. Hormon serotonin berfungsi untuk mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia. Sekaligus, dapat mengurangkan tekanan perasaan dan kesunyian dalam diri manusia. Kajian juga mendapati mereka yang berada dalam kemurungan boleh sembuh dengan berinteraksi dengan kucing.

Dapat Membantu Pesakit-Pesakit Autism

Membela kucing benar-benar membantu dalam kes penyakit ini. Hal ini dibuktikan dengan beberapa kejadian di mana kucing memainkan peranan penting dan menjadi pembantu utama dalam terapi untuk anak-anak autism yang mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi.

Menurunkan Risiko Penyakit Kardiovaskular dan Serangan Jantung

Aktiviti dengan kucing dapat merendahkan rembesan kimia bernama cortisol di dalam badan. Kadar cortisol yang tinggi akan meningkatkan tahap kolestrol dan tekanan darah. Risiko untuk meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular bagi mereka yang mempunyai kucing adalah 30 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding mereka yang tidak mempunyai kucing. Tambahan lagi, risiko untuk seorang pemilik kucing meninggal akibat serangan jantung adalah sangat rendah.

Mendisiplinkan Diri dan Membentuk Sifat Bertanggungjawab

Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing mesti tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing-kucingnya. Bila kucing dijaga dari kecil, corak pemakanan yang berbeza juga perlu diperhatikan. Selain makan, banyak lagi perkara yang perlu diambil perhatian seperti imunisasi kucing, jadual makan ubat, temujanji doktor, mandi kucing, menyikat bulu, melatih kucing untuk membuang najis di tempat yang disediakan dan sebagainya. Pemilik kucing harus bertanggung jawab dengan tindakan kucingnya dan tahu menghormati hak jiran tetangga.

Kita harus memahami bahawa mungkin jiran anda alahan dengan kucing atau kurang selesa dengan bau-bau najis kucing yang mengganggu ketenteraman awam.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud:

“Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman!”. Apabila ditanya, siapakah yang Baginda SAW maksudkan, Baginda menjawab: “Seseorang yang jirannya tidak berasa aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya.” (HR Al-Bukhari & HR Muslim).

Mendapat Pahala dan Dimurahkan Rezeki

Selain itu, membela kucing juga sebagai cara untuk kita menuai ganjaran pahala daripada Allah SWT kelak. Apabila pemilik kucing mempunyai niat sedekah ketika membela kucing-kucingnya maka ganjaran sedekah akan kembali kepada pemilik kucing tersebut. Kucing adalah haiwan yang memiliki perasaan yang dizahirkan dengan cara yang tersendiri. Kucing antara haiwan yang boleh mengadu dan berdoa kepada Allah SWT dan barangkali kehidupan kita menjadi lebih senang dan gembira kerana doa seekor kucing begitu juga sebaliknya hidup kita diratapi dengan kesedihan dan kesusahan dek kerana aduan seekor kucing kepada Allah SWT atas layanan buruk yang diterima.

Tonton juga video:

 

Sumber: Kucinghitam.com

The post Kucing Adalah Pengasuh Bayi Yang Terbaik appeared first on Aliff Channel.

Akibat Derhaka Kepada Ibu, Mayat Anak Perempuan Jadi Batu

Suasana menjadi gempar apabila seorang perempuan menjadi batu kerana derhaka kepada ibu kandungnya. Kisah ini terjadi pada masyarakat di Dusun Jublek. Yang lebih menghairankan lagi, mayat tersebut mengeras seolah-olah diawetkan bertahun-tahun lamanya.

Sebenarnya mayat seorang wanita ini telah disumpah oleh ibunya sendiri.

Maklumat ini diperolehi melalui Berita Jatim di lapangan, mayat tersebut ditemukan oleh penduduk di salah satu rumah kosong di tengah hutan.

Tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa bukanlah berdasarkan adat atau kebiasaan yang diwarisi turun-temurun, akan tetapi ianya merupakan tuntutan syarak. Islam menuntut supaya setiap orang berbuat baik kepada ibu bapa, dan hukumnya adalah fardhu ‘ain. Maknanya, apabila dihukumkan fardhu ‘ain maka setiap orang wajib berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri, dan perkara berbuat baik kepada keduanya itu bukanlah suatu yang boleh diwakil-wakilkan kepada orang lain untuk melakukannya.

Tuntutan ini banyak dijelaskan melalui dalil-dalil syarak, di antaranya sebagaimana terkandung di dalam firman Allah Ta‘ala:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Surah Al-Israa’, ayat 23-24)

Di dalam ayat yang lain Allah S.W.T berfirman :

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”
(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)

Sementara dalil-dalil yang terdiri daripada hadits Nabi S.A.W yang menegaskan tentang perkara ini, di antaranya hadits yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bin ‘Al-‘Ash, beliau berkata yang maksudnya :

“Seorang lelaki datang berjumpa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau meminta izin untuk berjihad, lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Beliau menjawab: “Ya”, Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Maka kepada kedua nyalah engkau berjihad (berbuat baik kepada keduanya dengan jiwa dan harta).”
(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadits di atas memberi petunjuk hukum bahawa berbuat baik kepada kedua ibu bapa itu adalah lebih diutamakan berbanding tuntutan berjihad pada jalan Allah, kerana berjihad pada jalan Allah itu merupakan tuntutan fardhu kifayah (apabila sebahagian orang melakukannya maka gugurlah tuntutan kepada sebahagian yang lain), sedangkan berbuat baik dengan kedua ibu bapa itu merupakan tuntutan fardhu ‘ain, di mana setiap orang mesti melakukannya. Fardhu ‘ain lebih kuat atau lebih tegas tuntutannya berbanding fardhu kifayah. Oleh itu wajib bagi setiap orang berbuat ihsan kepada kedua ibu bapanya.

Semoga kejadian seperti ini menjadi pedoman hidup kepada kita.

Sumber: sayaphitam.com

The post Akibat Derhaka Kepada Ibu, Mayat Anak Perempuan Jadi Batu appeared first on Aliff Channel.

Yoshie Shiratori, Banduan Lagenda Terhebat Jepun Larikan Diri Dari Penjara

Jika bercerita tentang lari dari penjara, mesti ramai yang akan berfikiran negatif kerana ianya melanggar undang-undang. Namun kejadian ini lain dari yang lain. Peristiwa ini benar-benar berlaku di Jepun, seorang banduan yang digelar “raja lolos” yang berusaha keluar dari penjara bukan kerana ingin kebebasan, tetapi kerana memberontak disebabkan ketidakadilan terhadapnya.

Lelaki ini bernama Yoshie Shiratori dari Jepun, boleh juga dikatakan dia memang bukan orang baik. Sejak kecil Yoshie mengalami kehidupan yang sangat sukar, dari kecil sehingga dewasa dia suka berjudi namun selalu kalah sampai kehilangan banyak hartanya.

Pada usianya yang baru 26 tahun, dia memulakan projek mencuri bersama kumpulannya, selepas 2 tahun, kumpulannya ditangkap. Yoshie tidak mahu membiarkan kawan-kawannya ditangkap jadi pada masa itulah pertama kali dia ditangkap.

Siapa sangka Yoshie juga adalah seorang pembunuh, tentu saja dia menerima layanan yang sangat buruk di penjara, bahkan dia dikatakan “Pembunuh yang masih berani hidup!”.

Yoshie merasa, membunuh memang suatu kenyataan, namun kelakuan seperti itu sangat tidak bagus untuk dirinya.

4 bulan kemudian, Yoshie Shiratori menghilang dari penjara dan membuat satu rusuhan. Mereka tidak tahu bagaimana Yoshie boleh lolos dari penjara itu. Setelah dicari selama 3 hari, akhirnya Yoshie kembali ditangkap polis.

Tahukah bagaimana Yoshie boleh lolos dari penjara itu? Yoshie sendiri menceritakan bagaimana dia menggunakan seutas wayar. Di depan pintu penjara ada satu pintu besi kecil tempat mengirimkan makanan, dia akan mandi dulu supaya tulangnya lebih elastik, kemudian melalui lubang itu, dia mengambil kunci gari.

Selepas itu, dia menghabiskan 10 hari untuk mendengar langkah kaki supaya boleh memastikan jarak pengawal dan waktu pengawal. Kemudian ia membuka pintu sel dan rumah tahanan penjara hanya bermodalkan wayar sahaja.

Setelah ditangkap lagi, Yoshie akhirnya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan dipindahkan ke penjara Sendai dari penjara Aomori. Penjaga penjara di sana sangat baik sehingga tidak membeza-bezakan setiap tahanan. Yoshie pun akhirnya mahu tinggal disana dan tidak berniat untuk melarikan diri.

Sampai perang dunia kedua, Yoshie akhirnya dipindahkan lagi ke penjara Akita. Pengawal di Akita mengetahui bahawa Yoshie pernah lolos dari penjara, oleh itu dia dimasukkan ke dalam “ruang tenang” setinggi 3 meter dan dijaga 24 jam dari luar.

Ruangan ini dikelilingi oleh tembaga yang halus dan hanya bahagian atasnya berpagar besi. Yoshie dikenakan gari di kaki dan tangannya selama 24 jam.

Pada musim dingin, ruang tenang itu sangat dingin, sedangkan penjaga penjara hanya memberikannya selimut untuk dipakai. Untuk membuat dirinya panas, Yoshie hanya boleh mundar mandir. Pengawal menasihati dia supaya mematuhi peraturan, namun Yoshie membalasnya, “Hati-hati saja kamu, waktu kamu berjaga!”

Ternyata, setengah tahun kemudian, Yoshie mampu melarikan diri dari ruang tenang yang selama ini belum ada orang yang pernah lolos.

Waktu penjaga membuka pintu ruangannya, mereka hanya menemukan air hujan yang turun dari atap yang sudah terbuka. Kebelakangan ini, mereka baru tahu bahawa Yoshie diam-diam mencari lembaran logam kemudian di sepanjang dinding membuat tempat tumpuan kaki sehingga dia melarikan diri melalui dinding udara sehingga di atas penjara.

Kali ini dia benar-benar hebat kerana mencari ibu pejabat penjara Sendai tempat dia ditahan sebelumnya. Dia menceritakan tentang kelakuan tidak adil yang dihadapinya di penjara Akita sebelum itu, dia tahu ibu pejabat penjara Sendai yang akan mendengarnya.

Setelah menceritakan semua itu, ibu pejabat penjara Sendai membawa Yoshie sendiri untuk menyerahkan diri, kemudian ruang tenang di penjara Akita tidak lagi digunakan.

Kemudian Yoshie dipindahkan lagi ke penjara paling rumit untuk melarikan diri di Hokkaido Abashiri. Untuk mencegah dia lolos, penjaga penjara menyiksa dia dan penjagaan terhadapnya semakin ketat.

Yoshie dikenakan kasut khas seberat 20 kilogram, tidak diberikan baju dan makanan, bahkan Yoshie dilarang untuk berolahraga.

Yoshie disiksa sehingga kulitnya pucat dan membeku, lukanya juga tidak dirawat dengan baik sampai akhirnya berulat!

Namun, sudah sedia maklum bahawa dia merupakan “raja lolos”, di dalam keadaan seperti ini, dia memerlukan masa sehingga 8 bulan supaya dia boleh berjaya lolos dari penjara ini!

Pada tarikh 26 Ogos 1944, semasa pengawal penjara sedang memeriksa penjara, tiba-tiba mereka mendengar suara nyaring di atas kepalanya, kemudian melihat ada bayangan hitam.

Dilihatnya atap penjara sudah rosak, setelah diperiksa, memang benar bahawa Yoshie sudah berjaya lolos lagi.

Yosie menceritakan, dia menggunakan sup meenya setiap hari untuk merendam gari supaya terhakis dan akhirnya berkarat. Kemudian dia melepaskan diri dari tingkap pemerhati dimana orang lain tidak mungkin akan melakukannya.

Yang lebih menariknya, Yoshie sengaja menunda hari pelarian dirinya untuk 1 hari, hanya kerana pada hari sebelumnya, penjaga penjara yang menjaga dia adalah seorang yang baik hati! Luar biasa!

Kali ini, khabar Yoshie lolos dari penjara telah mengejutkan seluruh negeri. Banyak polis yang ditugaskan untuk mencarinya, namun tetap tidak berjaya.

Sehingga pada tahun 1946, dia mendengar Jepun kalah perang, kemudian dia merasa jika dirinya melakukan kesalahan besar, paling-paling pun akan dihukum mati.

Akhirnya dia pergi ke Sapporo untuk menyerahkan diri, dalam perjalanan itu, dia masuk ke ladang tembikai, petani tembikai menyangka dia mahu mencuri, akhirnya berlaku satu pergaduhan. Secara tidak sengaja, Yoshie telah membunuh petani itu.

Mahkamah menganggap Yoshie membunuh orang, ditambah lagi sejarahnya lolos dari penjara, akhirnya dia dijatuhi hukuman mati. Namun Yoshie sangat tidak berpuas hati dengan hal ini, dia merasa ini tidak adil, oleh itu dia melarikan diri lagi sekali.

Kali ini, dia ditahan di sebuah ruangan khas di penjara Sapporo. Petugas penjara sudah terlebih dulu mempelajari riwayat Yoshie, sebab itulah setiap pengawal terus mengawalnya selama 24 jam secara teratur. Mereka akan terus memeriksa gerbang, pagar besi, setiap sudut dan tempat setiap harinya dengan ketat.

Dalam beberapa waktu, semuanya terasa damai, sehingga tak ada pertanda apapun dari Yoshie. Sampai suatu hari, petugas mendapati Yoshie sering melihat atap dan tingkap kecil, pengawal mula tidak tenang, jika Yoshie diperhatikan seperti ini, tandanya sebentar lagi ia akan melarikan diri lagi.

Akhirnya atap dan tingkap diperiksa lebih ketat lagi setiap harinya. Setiap kali Yoshie pergi mandi, mereka akan terus menjaga tingkap dan atap, namun setiap kali memeriksa, tidak pernah ada masalah.

Siapa sangka, kali ini Yoshie berjaya lagi melarikan diri! Kali ini, dia menggali lubang!

Semua pengawal penjara tentu sangat stress, siapa sangka mereka semua boleh dikalahkan oleh seorang penjahat yang tidak pernah bersekolah.

Setelah hampir 1 tahun, Yoshie menyerahkan diri lagi. Alasan menyerahkan dirinya juga sangat aneh, hanya kerana dia bertemu dengan seorang polis baik hati yang mahu memberikan sebatang rokok untuknya. Hal ini membuatkan pihak polis menang besar!

Kali ini, pihak pengadilan menarik balik hukuman matinya dan Yoshie dijatuhi hukuman 20 tahun penjara di penjara Tokyo.

Kali ini, para petugas penjara tidak lagi memperlakukan dia secara tidak adil, Yoshie pun sangat puas akan hal ini dan dengan sangat menurut menghabiskan waktu di penjara sampai akhirnya, di tahun 1961, ia dibebaskan dari penjara dan tidak melakukan kejahatan lagi.

Yoshie meninggal dunia kerana serangan jantung di tahun 1979 di usia 72 tahun.

Menurut catatan, Yoshie Shiratori memang mempunyai kekuatan luar biasa, dia boleh berlari sampai 120 kilometer, bahkan setelah 40 tahun dia tetap boleh mengangkat 60 kilogram karung beras dengan kedua tangannya.

Yang paling hebat, Yoshie boleh melakukan acrobatic sendi di seluruh tubuhnya. Malah di lubang yang hanya muat kepala saja, Yoshie boleh membuat seluruh tubuhnya menembusi lubang itu.

Kemampuannya yang sangat luar biasa inilah yang membuat Yoshie Shiratori akhirnya menjadi lagenda.

Pada akhirnya, Yoshie hanya menghabiskan waktu di penjara selama 26 tahun saja, kini patung dirinya disimpan di sebuah muzium penjara di Abashiri. Kisahnya pernah dijadikan sebuah novel berjudul Hagoku oleh Akira Yoshimura.

Sumber: Paduseyh.com

The post Yoshie Shiratori, Banduan Lagenda Terhebat Jepun Larikan Diri Dari Penjara appeared first on Aliff Channel.

Besar Rahmat Suami Isteri Yang Memiliki Tiga Anak Perempuan

Anak perempuan merupakan amanah yang sangat sukar untuk menjaganya. Namun, semakin berat ujian itu, semakin anda dekat dengan Maha Pencipta. Jika kelahiran anak pertama adalah perempuan, kedua pun perempuan, mesti ramai yang akan menganggap bahawa kelahiran seterusnya anak lelaki.

Akan tetapi, rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan, ramai juga yang tetap dianugerahkan anak perempuan. Maka, ketiga-tiganya adalah anak perempuan berturut-turut. Mesti di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa.

Ada di antara ahli keluarga atau teman yang akan berkata ‘Ha! Perempuan lagi?” tapi hendaknya kita tidak mudah tersentuh dengan luahan seperti itu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan mempunyai kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Maka, daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa banyaknya kelebihan dalam memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.

Sumber: qarmanusantara.com

 

The post Besar Rahmat Suami Isteri Yang Memiliki Tiga Anak Perempuan appeared first on Aliff Channel.

Jenis-Jenis Perempuan Yang Manja

Adakah anda seorang perempuan yang manja? Boleh dikatakan, hampir majoriti lelaki sukakan watak perempuan yang manja. Tak kisah  jika si dia manja dia sedikit atau banyak namun mesti menjadi salah satu ciri-ciri untuk dijadikan teman atau isteri.

Sebenarnya, ciri-ciri manja ini ada pada semua jenis karakter perempuan. Yang membezakannya hanyalah manja dia banyak atau sedikit. Tambahan, cara perempuan manja berlainan dengan perempuan lain. Ada juga manja dari percakapan, seperti bercakap dengan nada acah-acah comel. Setengah darinya dengan gaya perlakuan. Mari kita lihat jenis-jenis manja yang ada pada perempuan.

1. Terlalu Manja

Mungkin pada awal perhubungan, lelaki suka kepada perempuan yang manja tetapi lama-kelamaan mereka akan mudah bosan dengan sikap yang terlalu manja. Lelaki ini mudah menjadi bosan. Berhati-hati, sikap terlalu manja ini boleh dijadikan alasan buat si dia untuk berpaling kepada yang lain.

2. Buat-Buat Manja

Sifat manja seperti ini juga tidak berapa digemari lelaki. Bukan apa, jika kamu bersikap demikian kamu tidak akan kelihatan natural tetapi kelihatan mengada-ngada dan hanya membuatkan si dia berasa sakit hati.

3. Manja Seperti Keanak-anakkan

Pasti teman lelaki anda akan cabut lari sekiranya anda mempunyai sikap begini. Sikap anda yang suka merengek seperti kanak-kanak kecil pasti akan memalukan dirinya terutama apabila berada di khalayak ramai. Jangan marah kalau dia meninggalkan anda.

4. Manja Bertempat

Sikap seperti inilah yang paling digemari oleh lelaki. Mereka suka perempuan yang boleh bermanja dengannya, tetapi pada masa yang sama anda tahu situasi yang sesuai untuk bermanja. Bagi lelaki, mereka suka perempuan yang mampu berdikari. Gadis yang memiliki sifat begini akan mudah diburu lelaki. Lelaki memang terkenal dengan sifat ego. mereka hanya akan memanjakan kamu tetapi mereka juga tidak suka dengan sikap kamu yang membuatnya seperti hamba atau malukan dia di khalayak ramai.

5. Selalu Minta Dimanja

Perempuan memang selalu mengharapkan diri mereka dimanja dan ditatang bagai minyak yang penuh. Apabila menghadapi masalah, mereka akan mengharapkan pujukan daripada lelaki. Namun, tidak semua lelaki memahami perkara ini dan kamu sebagai perempuan harus tahu tentang perkara ini. Jika si dia berusaha memujuk, jangan pula kamu masih tidak mempedulikan pujukannya kerana kebanyakan lelaki buat-buat tidak tahu.

Sumber: fifiluv.blogspot.com

The post Jenis-Jenis Perempuan Yang Manja appeared first on Aliff Channel.

Monday 23 July 2018

7 Tabiat Orang Kaya Walaupun Nampak Miskin

Hanya sedikit dari kita mempunyai sikap rendah diri walaupun sudah kaya. Ramai sudah kaya, mesti akan membeli barangan mahal-mahal, kereta, jam mahal dan banyak lagi. Malah, 6% rakyat Malaysia mempunyai wang mencukupi untuk meneruskan hidup lebih 6 bulan pada waktu kecemasan, manakala 18% lagi boleh hidup lebih 3 bulan.

Ke manakah perginya duit kita setiap bulan tu? Apa pula rahsia mereka yang berjaya membuat simpanan hingga boleh hidup lebih senang?

Memang ada banyak sebab seseorang tu boleh hidup kaya contohnya sebab warisan harta keluarga. Tapi yang difokuskan di sini adalah tabiat mereka yang berjaya atau ‘financially successful’.

1. Jarang Pakai Barang Branded

Ambil contoh Mark Zuckerberg dan Steve Jobs. Kedua-duanya asyik pakai baju yang sama saja. Mark Zuckerberg sampai sekarang dengan baju t-shirt kelabu kosong dan tak pernah tunjuk pun kereta apa yang dia naik. Mendiang Steve Jobs daripada mula keluarkan Apple sampai menghembus nafas terakhir pakai baju hitam dan seluar jeans biru.

Mereka lebih senang berpakaian begitu kerana ia mengurangkan masa mereka untuk memikirkan hal-hal yang remeh setiap hari.

Tak dinafikan sesetengahnya memang cukup selesa dan lebih berbaloi buat jangka masa panjang, tapi bukan semua benda yang kita pakai mesti yang mahal dan branded. Kalau minat sangat pun, cukuplah beli 1-2 jenis barang saja yang berjenama. Tak dosa pun kalau ianya diulang pakai. Kalau nak lagi jimat, belilah secara borong, bundle, preloved, dan sebagainya.

2. Elak Kumpul Hutang

Majoriti dari kita mula berhutang bermula dari pinjaman pendidikan, disusuli pula dengan kad kredit dan kereta selepas bekerja, manakala ada yang membuat pinjaman peribadi atas pelbagai sebab, terutamanya untuk buat belanja kahwin.

Bagaimana kita boleh terjebak dalam hutang ini, dan apakah strategi kita untuk masa depan?

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata, laporan Institut Kewangan Asia (AIF) menunjukkan bahawa tahap pendidikan pengurusan kewangan generasi muda adalah rendah. Buktinya, hanya 28% anak muda yang benar-benar menguruskan kewangan mereka.

Jadi, tak ramai yang tahu teknik menyimpan wang dan melangsaikan hutang dengan berkesan. Malah, tidak mengambil peluang daripada peluang yang sedia ada. Antara teknik yang selalu dilakukan adalah memanipulasikan pinjaman ASB.

3. Bina Pendapatan Kedua

Mereka yang berjaya dari segi kewangan ini bukanlah mereka yang balik kerja tengok TV, layan smartphone, pergi makan-makan dengan kawan sampai larut malam. Mungkin ada yang hairan mengapa ada orang yang dah ada kerja tetap masih nak cari kerja part-time selepas waktu kerja dan hujung minggu. Nak kata tak mampu dengan gaji yang sedia ada, tak juga.

Nampak macam susah, tapi semua ini perlukan pengorbanan. Tak ada orang yang terus berjaya pada pertama kali percubaan, melainkan dia betul-betul hebat dan bertuah. Menurut Majalah Fortune, ada perbezaan yang sangat besar antara seseorang yang ‘tahu buat’ sesuatu berbanding mereka yang benar-benar buat.

4. Makan Luar Cuma Sekali-sekala

Melalui kajian yang dibuat menunjukkan 1/3 daripada wang gaji rakyat Malaysia dihabiskan untuk membeli makanan. Tapi apa yang mengejutkan, menurut laporan kajian oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), purata sebuah isi rumah di Malaysia membazirkan lebih 1 bulan gaji dengan membuang makanan yang tidak dimakan!

Tak salah nak makan di luar, asalkan kita tahu hadnya. Tapi, makan di rumah biasanya lebih jimat. Kurang godaan untuk kita order ‘side dish’ yang bukan saja menambah belanja, tapi juga kalori. Kalau dah kenyang sangat, nak buat kerja pun rasa ‘berat’.

5. Sentiasa Dahagakan Ilmu

Orang yang berjaya akan sentiasa mencari dan menambah baik ilmu yang ada. Mereka tak malu mencari mentor atau seminar-seminar yang betul-betul boleh membantu mereka. Mentor ni penting jika nak cara mudah untuk berjaya. Nak belajar sendiri dari YouTube memang lambat.

Lihat sahaja dekat Facebook mereka yang berjaya, penuh dengan perkara yang ilmiah, motivasi positif, dan bermanfaat. Mereka follow orang-orang hebat yang banyak beri nasihat yang berguna. Memang tak ada masa nak muat naik status syok sendiri di Facebook atau ambil tahu perkembangan artis & selebriti.

6. Rangka Pelan Persaraan Sejak Awal

Agak membimbangkan jika berkenaan dengan kehidupan selepas bersara kerana mengikut statistik 2016, kebanyakan pencarum telah mengeluarkan semua duit KWSP yang berada di dalam Akaun 2 dalam masa 3 tahun saja.

Sebenarnya,  wang inilah yang dikhaskan untuk menyokong perbelanjaan bagi tempoh 10-20 tahun selepas bersara. Mula-mula terasa ‘kaya’, tapi lepas tu jadi papa kedana.

Hal ini menunjukkan ramai yang tidak mempunyai pelan persaraan yang mantap. Orang yang berjaya akan memikirkan pelan persaraan ini di usia muda. Awal-awal lagi dah bina pendapatan kedua.

Tapi, jangan sesekali ingat dah terlambat pula untuk cuba melakukan sesuatu sungguhpun kita dah berusia. Contohnya, Pakcik KFC, Colonel Sanders yang hanya berjaya membina empayar pada usia 88 tahun. Sebelum itu, beliau pernah lalui macam-macam kesusahan sampai terfikir nak bunuh diri. Malah, resepi ayam goreng yang menjadi kegilaan ramai hari ini pernah kena reject 1009 kali sebelum dapat kepercayaan untuk dipasarkan.

7. Simpan Dulu, Baru Belanja

Akhir sekali, golongan yang berjaya adalah mereka yang berdisiplin dalam menabung. Mereka kaya sebab ‘berpuasa’ daripada membeli barangan mewah dan tetap fokus terhadap tabungan.

Bayangkan kalau ada 2 orang yang mempunyai pendapatan yang sama. Tapi, salah seorang daripada mereka berpegang pada falsafah belanja duit dan simpan apa yang tinggal, sedangkan seorang lagi percaya pada falsafah simpan duit dulu dan belanjakan apa yang tinggal.

Kita nampak orang miskin dan kaya, cara hidup mereka yang berbeza. Apa yang kita tak nampak sebenarnya aliran tunai duit keluar masuk yang berbeza. Hakikatnya, hanya diri mereka saja yang tahu keadaan kewangan masing-masing.

Ramai orang ada isu menyimpan. Orang lebih suka belanja. Bila dari muda tak ada kesedaran ini, bagaimana nak hidup selesa di hari tua? Jangan cakap bila dah tua, hidup akan senang sebab ada anak-anak. Kalau diri sendiri tak pandai simpan duit, jangan harap kita boleh ajar anak-anak menyimpan dan bantu kita bila tua nanti.

Bukan Senang Nak Senang

Biasanya bila seseorang dah berjaya, baru kita nampak yang mereka ini senang. Tapi, tak ramai yang tahu apa yang dilalui oleh mereka dalam mencapai kejayaan tersebut. Bak kata orang, “bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah.”

Yang senang bertambah senang sebab nampak dan rebut peluang, yang miskin pura-pura kaya akan terus tak kaya sebab tak nak berubah. Pilih lah nak jadi yang mana?

Sumber: majalahlabur.com

The post 7 Tabiat Orang Kaya Walaupun Nampak Miskin appeared first on Aliff Channel.

Tuesday 17 July 2018

6 Cara Meningkatkan Kesuburan Wanita Secara Berkesan

Kesuburan biasanya berkait rapat dengan seorang wanita. Padahal, masalah kesuburan boleh dialami juga oleh lelaki. Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan beberapa cara mudah, yakni mengamalkan cara hidup yang sihat. Ramai orang di luar sana tidak mengamalkan cara hidup yang sihat khususnya di Malaysia. Sebut saja Malaysia, sememangnya banyak jenis makanan dengan aneka rasa. Oleh sebab itu, demi menjaga kesuburan saudara saudari, tips ini sangat penting supaya kehamilan boleh berlaku kepada pasangan yang sangat inginkan cahaya mata.

Disini ada 6 cara yang mudah untuk anda memastikan kesuburan anda terjamin:

Menjaga Berat Badan

Seorang wanita yang cenderung memiliki berat badan berlebihan atau obesiti akan mengalami risiko masalah haid yang berkait rapat dengan persenyawaan atau ovulasi. Bukan hanya terlalu gemuk yang dapat menimbulkan proses persenyawaan, malah terlalu kurus juga dapat mempengaruhinya. Untuk mencapai proses persenyawaan terjadi secara sempurna, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17 sampai 21 %.

Menjaga Kesehatan dan Jangan Terlalu Stress

Penyakit Tiroid boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon sehingga mempengaruhi kesuburan. Oleh itu, jagalah kesihatan anda kerana kesihatan sangat diperlukan jika ingin menimang cahaya mata. Selain itu, jangan mudah stress dan hindarilah stress, berusahalah untuk bertenang, kerana stress dapat membuatkan hormon tidak seimbang sehingga menyulitkan proses persenyawaan.

Perbaiki Pola Makan

Selalunya wanita yang bekerja di luar rumah sering kali makan dengan menu segera, banyak lemak, makanan tidak seimbang dan sebagainya. Makanan yang baik merupakan makanan yang mengandungi protein, karbohidrat dan lemak untuk keseimbangan tubuh badan. Pola makan yang tidak sihat akan menjejaskan hormon dalam badan.

Mengamalkan Makanan Hijau

Hormon didalam tubuh berasal dari makanan yang kita makan. Antioksida yang terkandung didalam makanan juga dapat membantu melindungi sel telur dan sperma dari radikal bebas. Jika adanya serangan radikal bebas yang berasal dari makanan-makanan yang telah proses dengan bahan kimia, akan memberi kesan yang buruk pada pada sel telur. Sehingga proses persenyawaan tidak dapat berlangsung dengan baik.

Makanlah makanan yang kaya akan serat, sayuran hijau dan buah-buahan organik kerana selain zatnya lebih baik, makanan organik juga bebas dari racun yang memberi impak negatif pada kesihatan. Jenis makanan hijau seperti sayur-sayuran juga terbukti mampu menormalkan kadar gula darah yang menurunkan masalah kesuburan dan meningkatkan keseimbangan hormon. Buah dan sayuran hijau juga kaya akan antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan kesuburan.

Mengamalkan Suplemen Yang Disarankan

Pilihlah suplemen yang baik untuk membantu meningkatkan kesuburan. Seperti madu penyubur kandungan yang diyakini memiliki berbagai zat yang bermanfaat untuk kesuburan. Kunyit dan asam juga dapat memperbaiki kerja organ bagi reproduksi wanita.

Menjaga Waktu Rehat Berkualiti

Menjaga kualiti waktu rehat sangat memberi impak yang besar terhadap kesihatan dan kadar stress. Stress seperti yang disebutkan dapat mempengaruhi kadar kesuburan. Pastikan anda memiliki waktu rehat yang cukup dalam setiap hari. Jangan biasakan tidur sehingga larut malam.

Dengan cara ini, anda dapat meningkatkan tahap kesuburan secara optimum. Anda boleh melakukan cara ini sebelum berkahwin supaya pada malam pertama anda di dalam keadaan subur dan mampu membenihkan cahaya mata tanpa masalah .

sumber : catatanmoeslimah.com

The post 6 Cara Meningkatkan Kesuburan Wanita Secara Berkesan appeared first on Aliff Channel.

5 Cara Mudah Untuk Mengusir Tikus Dari Rumah

Tikus merupakan haiwan perosak yang sangat tidak disukai oleh kita. Haiwan ini banyak melakukan kerosakkan dan boleh memberi banyak penyakit yang berbahaya kepada manusia seperti kencing tikus (leptospirosis).

Ada juga yang menggunakan racun tikus bagi membunuh haiwan ini, namun kadang-kadang cara ini tidak berkesan. Malah kalau tidak di basmi, haiwan ini boleh membiak dengan banyak sekali.

Disini ada 5 cara yang mudah yang membolehkan anda untuk mengusir haiwan perosak ini. Dengan cara mengusirnya, sudah tentu haiwan ini tidak mahu untuk menetap lama di rumah anda.

Pokok Daun Semalu

Tahukah anda, dengan menanam pokok daun semalu ini boleh mengusir tikus di kawasan rumah anda? Ya, memang benar kerana tikus  sangat takut pada tumbuhan ini kerana durinya yang tajam.

Jadi, untuk mengusir tikus dari rumah anda, cukup dengan menanam pokok daun semalu ini di tepi rumah atau sekeliling rumah yang selalu didatangi oleh tikus.

Sisa Teh Uncang

Bagi anda yang meminati minuman teh uncang, sisa teh uncang janganlah dibuang kerana sisa teh uncang ini boleh mengusir tikus.

Gunakan teh uncang yang sudah digunakan dan gantungkan di tempat yang selalu dilalui oleh tikus tersebut. Bau teh uncang tersebut sangat tidak disukai oleh tikus. Dengan bau itu, nescaya tikus tidak akan kembali di tempat itu.

Manfaat lain yang dapat diperolehi dari sisa teh uncang ialah ianya juga mampu mengusir labah-labah. Sangat bagus bukan?

Kaedah Cuka

Cuka selalunya digunakan untuk memasak namun cuka juga dapat berfungsi bagi mengusir tikus-tikus ini.  Dengan aroma cuka yang sangat menyengat, ia boleh membuatkan deria hidu tikus sangat terganggu.

Jadi, pasti tikus tidak akan sanggup lagi untuk tinggal di rumah anda. Titiskan cuka ditempat yang selalu dilalui tikus atau letakkan di dalam bekas kecil. Dengan menggunakan cara ini, anda harus melakukannya dengan kerap sehingga tikus tidak lagi kelihatan di kawasan itu.

Bawang Merah Bukan Saja Membuatkan Mata Manusia Berair, Tikus Juga

Di dapur rumah anda pasti ada bawang merah. Mudahkan? Dengan menggunakan bahan masakkan pun boleh mengusir tikus-tikus nakal ini.

Bawang merah yang mempunyai kandungan yang bernama flavonoid dan fenol itu bukan hanya membuat manusia menangis, tapi tikus juga akan ikut terharu gara-gara dua senyawa tersebut.

Cara penggunaannya pun juga cukup mudah, kupas dan potong menjadi kecil-kecil dan tempatkan hirisan bawang tersebut di kawasan tikus selalu beroperasi.

Daun Salam Juga Berguna Halau Tikus Dari Rumah

Daun salam (atau juga dipanggil daun samak) sekarang bukan saja digunakan sebagai penyedap rasa makanan, tapi boleh juga digunakan untuk membasmi haiwan perosak tersebut.

Sememangnya ekstrak etanol yang terdapat pada daun salam ini sangat tidak disukai oleh tikus kerana baunya yang menyengat deria hidu haiwan ini.

Untuk menggunakannya hanya cukup taburkan daun salam ke tempat yang sekiranya dilalui oleh tikus. Tetapi, mestilah diletakkan dengan kuantiti yang agak banyak supaya tikus ini betul-betul lari dari kawasan rumah anda.

Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda. Dengan cara yang mudah dan murah, sudah boleh mengusir tikus tanpa menggunakan racun yang membahayakan.

Sumber: boombastis.com

The post 5 Cara Mudah Untuk Mengusir Tikus Dari Rumah appeared first on Aliff Channel.

Makanan Ini Mampu Meningkatkan Nafsu Wanita

Sedarkah anda, ada beberapa jenis makanan bukan sahaja berfungsi untuk kesihatan tetapi mempengaruhi juga cara hidup. Antara makanan yang mempunyai fungsi untuk meningkatkan nafsu para wanita selain pil perangsang ialah:

1. Bayam

Sayur bayam mempunyai bahan aktif untuk meningkatkan peredaran darah di kawasan alat sulit wanita, sehingga wanita menjadi lebih mudah untuk mencapai orgasme.

2. Minuman anggur merah

Kalau anda ingin meningkatkan nafsu dengan kadar segera, cuba minum segelas minuman anggur merah. Antioksidan pada anggur merah membuatkan tubuh menjadi lebih santai dan dapat juga melancarkan peredaran darah.

3. Daging merah dan hati

Kekurangan zat besi adalah salah satu faktor penyebab kurangnya nafsu ghairah untuk bersama pasangan. Pengambilan makanan seperti daging merah dan hati mampu untuk meningkatkan kadar zat besi dalam badan. Jadi pengambilan makanan seperti ini dapat meningkatkan keghairahan anda.

4. Ikan

Pengambilan ikan kaya dengan lemak omega 3 dan minyak dapat meningkatkan perasaan bahagia. Secara tidak langsung, perasaan itu boleh juga mencetuskan keghairahan seksual.

5. Teh hijau

Minum dua cawan teh hijau dalam sehari dipercayai mampu meningkatkan rasa ghairah seksual pada wanita. Hal ini kerana teh hijau mempunyai manfaat dalam pelancaran peredaran darah.

6. Coklat hitam

Coklat gelap/hitam mempunyai kandungan yang sangat baik untuk kesihatan. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan lemak. Makan coklat hitam membuatkan wanita berasa lebih berkeyakinan untuk melakukan hubungan seksual.

7. Kacang Pain

Kacang pain sangat sukar untuk didapati di pasaran, tetapi kacang pain mempunyai manfaat tertentu yang sangat luar biasa dalam meningkatkan rasa ghairah seksual. Kesannya sama dengan tiram dalam menaikkan nafsu seksual pada wanita.

Semoga tips ini bermanfaat untuk meningkatkan keghairahan anda bersama pasangan.

Sumber: mynewshub.tv

The post Makanan Ini Mampu Meningkatkan Nafsu Wanita appeared first on Aliff Channel.

Waktu Kelahiran Boleh Menggambarkan Keperibadian Seseorang

Tahukah anda, waktu bayi lahir boleh memberi pengaruh besar terhadap keperibadiannya sehingga dia dewasa. Ilmu astrologi mengatakan bahawa waktu lahir bayi mampu memberikan pengaruh yang besar terhadap perwatakan si anak.

Mari lihat penjelasan dalam mengetahui watak anak anda berdasarkan waktu lahirnya.

Waktu bayi lahir pada pukul 5-7 pagi (waktu subuh)

Bayi yang lahir pada waktu ini cenderung untuk menjadi anak yang lembut, suka kepada kebersihan dan juga suka berpakaian segak. Anak yang lahir pada waktu subuh juga mempunyai sifat peramah, dan bersikap rendah diri.

Dia juga cenderung memiliki akhlak yang sopan. Anak yang lahir waktu subuh mungkin sesuai untuk menjadi seorang ahli psikologi kerana karakternya yang memahami orang lain, murah hati, dan selalu membantu orang lain.

Waktu bayi lahir pada pukul 7-9 pagi

Sifat bayi yang lahir pada waktu pagi memiliki cita-cita tinggi, dan bersikap tergesa-gesa juga keras hati. Namun demikian, dia juga cenderung memiliki komitmen kuat, bersifat jujur dan harga diri tinggi.

Waktu bayi lahir pada pukul 9-11 pagi

Bayi yang lahir di waktu sebelum tengahari cenderung untuk mementingkan penampilan. Dia juga mungkin sifat tenang, ceria, pintar, pandai berbicara dan pandai menyimpan perasaan. Dia mungkin menyukai persaingan dan bergembira jika boleh memenangi sesuatu atau berada di tahap pencapaian yang tinggi. Dia juga mungkin seorang yang suka merancang secara bijak.

Waktu bayi lahir pada pukul 11 pagi keatas

Pukul sebelas pagi adalah masa kelahiran ramai para atlet yang memiliki banyak tenaga dan kekuatan. Dia mungkin seorang pengembara dan mudah bersikap murah hati. Anak ini juga cenderung untuk memiliki ruang untuk cinta di dalam hatinya. Cinta kepada keluarga dan temannya membuat dia menjadi seorang yang suka bekerja keras demi kebahagiaan orang lain.

Waktu bayi lahir pada pukul jam 12 – 1 petang

Anak yang lahir pada waktu tengahari khususnya mungkin seorang anak yang aktif dan energetik. Dia cenderung untuk ingin tahu dan suka bermain. Selain itu, bayi yang lahir di waktu matahari sedang meninggi juga mungkin memiliki kemampuan mengajar yang bagus.

Dia bercita-cita tinggi dan mempunyai rasa penuh bertanggungjawab. Dia juga cenderung untuk bertemu jati dirinya kerana dia tahu apa yang diinginkan dalam hidup ini.

Waktu bayi lahir pada pukul 2-5 petang

Sesiapa yang lahir pada jam ini mungkin bersopan santun, ramah, tenang, dan lembut. Anak ini juga kelihatan sedih, padahal dia hanya sedang berfikir. Jika diperlakukan secara buruk oleh orang lain, dia mungkin akan melawan dan membela diri. Kepercayaan dirinya tersembunyi di sebalik sikap yang tenang.

Dia cenderung untuk membenci kekerasan, namun juga bersifat keras kepala untuk meraih kejayaan sebanyak-banyaknya.

Waktu bayi lahir pada pukul 5-7 malam

Bayi yang lahir di waktu ini mungkin memiliki cara berfikir yang terbuka, namun bukan seorang yang penyabar dan cenderung untuk melawan. Walaupun begitu, dia cenderung untuk bersifat berani dalam melakukan hal yang benar dan juga tahu bagaimana caranya untuk bertahan dalam situasi sukar.

Dia juga suka beradaptasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Dia mungkin mempunyai dedikasi tinggi pada pekerjaan dan juga boleh dipercayai. Selain itu, dia mungkin gemar menarik perhatian orang di sekelilingnya dengan gayanya yang suka bergurau namun tetap tegas saat diperlukan.

Waktu bayi lahir pada pukul 7-8 malam

Bayi yang lahir pada waktu Maghrib sehingga Isyak cenderung untuk menjadi seorang yang penuh rasa empati. Dia mungkin tulus membantu orang lain. Pembawaan dirinya ceria dan tabah menerima apa saja dalam hidupnya.

Waktu bayi lahir pada pukul 8-12 malam

Seseorang yang lahir pada waktu malam cenderung memiliki kepercayaan diri dan semangat tinggi. Karakter ini mungkin boleh dilihat sejak usia muda. Dia mungkin suka membantu orang lain. Sayangnya, dia cenderung untuk menjadi seorang yang perfectionist dan bencikan kesalahan.
Namun dia bersifat periang, menghargai kreativiti dan pantang menyerah untuk mencapai apa yang diingini.

Waktu bayi lahir pada pukul 12 malam–4 pagi

Tengah malam hingga menjelang pagi adalah waktu kelahiran anak-anak yang penuh imaginasi. Ia mungkin disertai dengan keperibadian yang sedikit sensitif. Kebiasaannya mereka cenderung untuk memiliki kepercayaan diri tinggi dan mudah dalam berkawan.

Mereka juga mungkin suka berkongsi pengetahuan dan mendorong orang lain untuk berfikiran positif dan menjalani hidup dengan baik. Mereka juga mahir berkomunikasi selain penuh rasa ingin tahu dan suka berusaha keras.

Semua ramalan di atas hanyalah berdasarkan ilmu astrologi. Ia bukanlah perkara yang benar dan tidak sesuai untuk dipercayai 100%.

Sumber: th.theasianparent.comworldofmoms.com

The post Waktu Kelahiran Boleh Menggambarkan Keperibadian Seseorang appeared first on Aliff Channel.

Makan Kaki Ayam Baik Untuk Awet Muda

Adakah sesiapa di sini yang pernah makan kaki ayam? Kalau anda makan, tahniah. Anda mengamalkan makanan yang baik untuk kulit. Tetapi kepada yang tidak pernah, inilah masa untuk anda mencuba sesuatu yang baru.

Ada beberapa orang tak sanggup sebab bentuknya yang jijik dan kotor. Namun tahukah anda kaki ayam mempunyai banyak kelebihan untuk kulit wajah kita. Tak hairanlah kebanyakkan orang Cina, Korea, Vietnam dan Filipina amalkan makan kaki ayam, lihat sahaja kulit mereka yang bersih, berkilat dan awet muda. Bukan orang Asia saja yang makan kaki ayam, masyarakat Jamaica, Afrika Selatan, Trinidad dan Amerika Syarikat juga mempunyai resepi kaki ayam mereka yang tersendiri.

Apa Yang Istimewa Tentang Kaki Ayam?

Ada yang berpendapat, makan kaki ayam merupakan salah satu cara untuk mengelakkan pembaziran. Ianya mungkin benar kerana kebanyakan kumpulan etnik yang makan kaki ayam secara tradisinya daripada kumpulan berpendapatan rendah. Yang lain pula menjelaskan kaki ayam baik untuk kesihatan dan kecantikan. Tetapi, mahukah anda makan kaki ayam jika diberi peluang?

Kaki Ayam & Kolagen

Salah satu kesan positif yang berkaitan dengan kaki ayam adalah kulit yang bersih dan awet muda.

Kajian oleh Department of Animal Science of National Chung-Hsing University in Taiwan menunjukkan bahawa kaki ayam mengandungi banyak kolagen. Penyelidikan di universiti ini juga mengesahkan kaki ayam sebagai sumber alternatif yang baik untuk kolagen. Kolagen yang kita ketahui adalah sumber untuk kulit awet muda.

Kaki ayam bukan sahaja kaya dengan kolagen tetapi juga sumber asid hyaluronik dan chondroitin sulfate. Asid hyaluronik boleh menghalang kesan penuaan. Chondroitin sulfate adalah baik untuk osteoartritis, orang yang mengalami masalah sendi.

Kolagen & Kebaikannya

Kolagen digambarkan sebagai protein yang berfungsi sebagai gam yang ‘menyatukan badan kita bersama’. Kebaikannya bukan hanya untuk kulit sahaja tetapi juga untuk jantung.

  • Kulit lebih sihat dan muda
  • Ia kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat.
  • Ia meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah.
  • Melambatkan kesan arthritis.
  • Mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan).

Kebanyakan kolagen yang dijual dikedai harganya sangat mahal. Jadi, mengapa bayar begitu banyak jika anda mempunyai alternatif yang lebih murah? Gunakan kaki ayam!

Untuk menikmati kesan kolagen dalam kaki ayam, masakkan kaki ayam sebagai sup, digoreng kilas atau dalam sebarang masakan.

Sumber: healthybuilderz.com , delishably.com

The post Makan Kaki Ayam Baik Untuk Awet Muda appeared first on Aliff Channel.

Monday 16 July 2018

Perasan Tak, Kenapa Tiada Aiskrim Berperisa Anggur

Apabila cuaca panas atau musim panas yang panjang, jamuan yang paling enak untuk dinikmati ialah makanan atau minuman yang sejuk bagi mengurangkan rasa panas. Lebih-lebih lagi jika makan aiskrim di waktu panas. Sudah tentu ia sangat melegakan dan cara paling berkesan untuk menghilangkan rasa panas.

Peti aiskrim di kedai-kedai runcit pasti mendapat perhatian kanak-kanak mahupun orang dewasa sebagai pelega tekak dan pemanis mulut. Kalau diikutkan sekarang memang sudah banyak jenis perisa boleh diperbuat dari buah-buahan malahan bunga-bungaan pun ada.

Sebelum anda sebut perisa aiskrim kegemaran anda, cuba perhatikan pernah tak anda makan aiskrim berperisa anggur?

Kalau anda kata ‘ya, pernah’ berkemungkinan anda makan aiskrim jenis ais yang berketul tapi bukan seperti krim iaitu aiskrim seperti perisa vanilla, coklat, strawberi dan lain-lain.

Kenapa sukar jumpa aiskrim anggur?

Gula-gula anggur memang ada dijual tetapi lain pula dengan aiskrim. Antara penyebab jarang kita temui aiskrim anggur kerana cara penghasilannya agak sukar dan tidak memberikan tekstur krim lembut seperti yang diinginkan.

Hal ini kerana anggur mempunyai kandungan air yang tinggi dimana sangat bagus sebagai sumber hidrasi. Namun apabila dibekukan untuk dijadikan sebagai aiskrim ia akan bertukar menjadi ais yang berketul-ketul.

Menurut Reader’s Digest, terdapat beberapa syarikat pengusaha aiskrim memajukan aiskrim berperisa anggur dalam jenama mereka namun kebanyakan ia gagal kerana tidak mendapat sambutan dan kebanyakan aiskrim terpaksa menggunakan bahan perisa tiruan.

Ada pula kisah seram mengatakan aiskrim anggur telah menyebabkan kematian seekor anjing. Seorang lelaki telah membuat aiskrim perisa anggur untuk diberikan kepada teman wanitanya tapi ia telah dimakan oleh anjing milik wanita tersebut. Tidak lama kemudian, anjing itu berada dalam keadaan tidak sedar dan seterusnya mati mengejut.

Maka wujudlah beberapa teori mengatakan untuk mencipta aiskrim anggur bukan secara suka-suka. Ia memerlukan sukatan yang tepat kerana anggur adalah buah yang sangat sukar untuk diguna pakai.

Sumber: wanista.com

The post Perasan Tak, Kenapa Tiada Aiskrim Berperisa Anggur appeared first on Aliff Channel.

Inilah Sebab Seseorang Menjadi Andartu Atau Bujang Terlajak

Ada daripada kalangan masyarakat kita mesti ada yang masih single walaupun sudah berusia. Kadang-kadang kita tidak tahu apa sebenarnya punca kenapa boleh jadi begitu. Kalau orang tua dulu-dulu, memang dah kena mandi bunga.

Walaupun umur dah masuk 30-an tapi masih lagi single. Ahli keluarga sibuk tanya bila nak bawak balik calon. Mesti ramai yang kena hadap soalan cepumas ni.

Mesti anda tertanya-tanya apakah puncanya? Ini antara punca anda akan single sampai bila-bila!

1. Sikap terlalu memilih sampai tahap alasan yang tak masuk akal.

Kadang kala terlalu memilih menjadi sebab utama. Setiap orang ada citarasa masing-masing. Tapi kalau pilihan hati nak yang cantik macam model, hensem macam pelakon Korea memang susah la. Sampai bila-bila anda membujang. Pasangan tak semestinya akan sempurna 100%.

2. Pemikiran tidak terbuka dan tidak suka mencuba sesuatu yang baru

Disebabkan citarasa anda yang terlalu tinggi, anda tak nak cuba untuk mulakan hubungan dengan calon yang sedia ada. Sampai tak berani nak cuba benda baru. Takkan la umur dah 30 baru nak cuba menjalinkan hubungan? Sepatutnya anda mesti ada keberanian untuk menerima sesuatu yang baru dalam hidup anda.

3. Hidup seperti dibawah tempurung

Kalau anda jenis duduk rumah dan tak bergaul memang anda akan forever alone. Pergi kerja lepas tu balik. Di pejabat pun hanya buat kerja sendiri dan tak bersosial dengan rakan pejabat. Memang orang seperti ini tak ada life seperti orang lain.

4. Takut terluka apabila mencintai seseorang

Setiap percintaan mesti ada pahit manis. Jika anda takut untuk kecewa, sampai bila-bila anda tak akan belajar. Beri peluang pada diri sendiri untuk mencintai dan dicintai. Bukan semua lelaki/wanita tak setia.

5. Mempunyai masalah kepercayaan yang melampau

Dalam percintaan kepercayaan sangat penting. Ramai yang pernah kecewa, takut untuk beri kepercayaan kepada orang lain. Jangan disebabkan bekas kekasih pernah curang, anda terus tak berani nak bercinta lagi.

Kesimpulannya, untuk menghadapi hidup ini, kita harus ada sifat keterbukaan dalam menerima seseorang dalam hidup kita. Dan jangan menilai orang lain terlalu cepat sehingga tiada ruang untuk memahami seseorang itu dengan jelas.

Sumber: Hanasuva

The post Inilah Sebab Seseorang Menjadi Andartu Atau Bujang Terlajak appeared first on Aliff Channel.

loading...