loading...

Monday 31 July 2023

8 Tempat Menarik Di Tongod Sabah Untuk Pencinta Alam

Daerah Tongod namanya kedengaran agak tidak familiar kan? Tapi sebenarnya daerah ini terletak di dalam bahagian Sandakan, Sabah.

Pekan Tongod merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Tongod yang merupakan daerah terbesar di Negeri Sabah.

Di Tongod heart of sabah, anda akan dapat menikmati keindahan alam semulajadi, terutamanya air terjun yang terkenal di Sabah dan beberapa tempat menarik di sekitar Tongod.

Jadi, jika anda mencari tempat percutian di Sabah yang menawarkan keindahan alam semulajadi dan sejarah Tongod yang unik, kunjungilah Pekan Tongod!

Senarai 8 Tempat Menarik Di Tongod Sabah

Maliau Basin (Sabah’s Lost World)

Sabah’s Lost World

Alamat: Maliau Basin Conservation Area, Sabah

Hubungi: 088486168

sabah lost world
Kredit gambar: Jeffrey Holmes

Lembangan Maliau atau “Sabah’s Lost World” merupakan destinasi paling menarik untuk pencinta alam. 

Terdiri daripada 12 jenis hutan yang unik, menawarkan pelbagai flora dan fauna. Hutan pergunungan yang lebih rendah didominasi oleh pokok Agathis.

Salah satu tarikan utama di hutan ini ialah Air Terjun Maliau, sebuah air terjun yang mengagumkan dengan 7 tingkat. 

Pengunjung boleh menjelajah hutan untuk menyaksikan keindahannya dari dekat, berenang di bawahnya atau mengembara hutan pada waktu malam.

Sebelum memasuki Lembangan Maliau, anda perlu mendapatkan kebenaran daripada Yayasan Sabah. 

Kawasan Pemuliharaan Ngarai Imbak (Imbak Canyon)

Lembah tersembunyi di Sabah

Alamat: Imbak Canyon Conservation Area, Sabah

Hubungi: 088326317

hutan simpan di tongod sabah
Kredit gambar: Mltnxyz

Terletak di tengah-tengah Borneo, hutan simpan ini berusia 100 juta tahun dan meliputi kawasan seluas 30,000 hektar 

Bagi pencinta alam semula jadi dan berjiwa adventurous, Imbak Canyon Conservation Area menawarkan pelbagai aktiviti menarik.

Anda boleh meredah hutan, duduk di tepi Air Terjun Imbak, melihat ‘Big Belian Tree’, mengambil gambar keindahan alam semula jadi, berkhemah untuk merasai keseronokan hidup di dalam hutan rimba atau menginap di resort di tengah Borneo. 

Tapi sebelum menerokai tempat menarik ini, pengunjung perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Yayasan Sabah. 

Tawai Rainforest Camp

Camp di Beluran

Alamat: Tawai Rainforest Camp, jalan entilibon, Telupid, 89300 Beluran, Sabah

Hubungi: 0195868038

tawai rainforest camp
Kredit gambar: Rudy Lasarus

Apa yang menarik di Tawai Rainforest Camp? Di sini, pengunjung boleh merasai keindahan asli hutan hujan Borneo. 

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah lawatan berpandu melalui hutan hujan, melihat Tawai Waterfall serta menerokai flora dan fauna di kawasan ini. 

Anda juga boleh menaiki bot di sepanjang Sungai Kinabatangan yang kaya dengan pelbagai spesies hidupan liar seperti monyet proboscis, orang utan, dan banyak lagi. 

Pengalaman yang unik di Tawai Rainforest Camp termasuk canopy walk yang membawa anda tinggi di atas lantai hutan hujan dan memberikan pemandangan kawasan sekitar yang menakjubkan. 

Anda juga berpeluang untuk mempelajari tentang budaya dan adat resam orang asli tempatan termasuk tarian tradisional, muzik, dan kraf. Penginapan di sini berbentuk pondok dan rumah persinggahan ala tradisional.

Jangan risau, di kem ini juga terdapat restoran dengan masakan antarabangsa dan tempatan.

Hutan Simpan Deramakot (DFR)

Hutan simpan di Sabah

Alamat: Jabatan Perhutanan Sabah Beg Berkunci 68, 90000, Sandakan, Sabah, Malaysia

Hubungi: 089-242500

hutan simpan deramokot di tongod sabah
Kredit gambar: Anthony Leong

Hanya 4 jam perjalanan dari Bandar Sandakan, kawasan hutan seluas 55,507 hektar ini berada di bawah pengawasan Jabatan Perhutanan Sabah.

Hutan ini diperakui oleh Majlis Pengawasan Hutan sebagai contoh pengurusan hutan yang terbaik sejak September 1997. 

Pengunjung yang datang ke sini boleh melakukan aktiviti trekking hutan, melihat hidupan liar serta menikmati suasana pagi yang menyegarkan. 

Pemandangan hijau di hutan ini akan menenangkan fikiran anda. Terdapat juga kemudahan penginapan chalet dan disarankan untuk datang ke sini dengan ejen pelancongan tempatan yang berdaftar.

Mereka akan memudahkan urusan penginapan, makanan, serta permit kebenaran masuk dari Jabatan Perhutanan Sabah.

Danum Valley 

Lembah Danum di Sabah

Alamat: Danum Valley Conservation Area, Sabah

Hubungi: N/A

jambatan gantung di sabah
Kredit gambar: Matt Coman

Terletak kira-kira 80km dari bandar Lahad Datu dan dikategorikan sebagai Hutan Simpan Kelas 1 di Sabah. 

Menjadi tempat perlindungan semula jadi bagi pelbagai tumbuhan dan spesies hidupan liar yang unik, seperti banteng, orang utan,  harimau keruh, monyet proboscis, dan gajah pygmy Borneo yang terancam. 

Lembah Danum ini menempatkan pokok Meranti Kuning (Shorea faguetiana), spesies pokok tropika tertinggi di dunia.

Aktiviti menarik yang ditawarkan di kawasan ini termasuk denai berpandu, memerhati burung, dan pemanduan malam yang membolehkan pengunjung menikmati keajaiban semulajadi. 

Tangkulap Forest Reserve

Forest reserve di Sabah

Alamat: Tangkulap Forest Reserve, Sabah

Hubungi: N/A

Kredit gambar:  Anthony Leong    

Hutan Simpan Tangkulap dan Sg. Hutan Simpan Talibu terletak di utara Sungai Karamuak, dengan keluasan seluas 50,410 hektar dalam FMU 17A. 

Tapi, selama dua dekad yang lalu, kawasan hutan ini telah mengalami kemerosotan yang teruk akibat aktiviti pembalakan yang berlebihan. 

Untuk mengurangkan kesan negatif ke atas alam sekitar, Jabatan Perhutanan Sabah telah campur tangan pada tahun 2003 dengan menghentikan semua lesen pembalakan di dalam kawasan hutan ini. 

Pada tahun 2004, latihan inventori hutan dilakukan untuk menilai keadaan hutan. 

Berdasarkan penilaian tersebut, Pelan Pengurusan Hutan (FMP) telah digubal, dan kini Jabatan Perhutanan Sabah bertanggungjawab dalam pengurusan FMU 17A.

Air Terjun Tensung

Hidden gem di Sabah

Alamat: Air Terjun Tensung Agropolitan Lalampas, Kampung Maliau, Tongod

Hubungi: N/A

Kredit gambar: Youtube Menarik Di

Untuk ke Air Terjun Tensung, pengunjung perlu datang dengan pacuan empat roda dan melewati jalan tidak berturap yang melalui Ladang Agropolitan serta perkampungan Lalampas.

Tetapi saat tiba, keindahannya pasti akan membuat anda teruja. Air terjun ini mempunyai ketinggian lebih kurang 100 kaki dan masih menjadi hidden gem di Sabah.

Kehijauan sekitar air terjun ini pasti akan meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila anda melihatnya.

Taman Bukit Tawau

Taman negara di Tawau

Alamat: Tawau Hills Park, 91000 Tawau, Sabah

Hubungi: N/A

taman tawau
Kredit gambar: De sobou

Terletak 22 km dari bandar Tawau dan berdekatan daerah Tongod, tempat menarik di Sabah ini juga menjadi tumpuan pelancong.

Pada tahun 1979, Taman Bukit Tawau ini telah diwartakan sebagai Taman Sabah (Sabah Park). 

Taman ini merupakan destinasi ekopelancongan yang popular untuk melakukan aktiviti perkhemahan, berkelah, meniti jambatan gantung, mendaki gunung, dan menikmati keindahan alam semula jadi. 

Di sepanjang laluan taman ini, terdapat banyak pemandangan menarik untuk dikagumi, seperti pokok-pokok gergasi yang menjulang tinggi ke langit. 

Menarik lagi, taman ini menempatkan pokok tropika tertinggi dunia, kolam air panas sulfur dan juga dua air terjun menarik iaitu Air Terjun Table dan Air Terjun Bukit Gelas. Jika tak nak berkhemah, pengunjung boleh menempah penginapan chalet.

Friday 28 July 2023

18 Tempat Menarik Di Hatyai Thailand Paling Popular

Apa yang menarik di Hat Yai, Thailand? Hat Yai juga dikenali sebagai Had Yai atau Haad Yai ialah sebuah bandar kelima terbesar di selatan Thailand dalam wilayah Songkhla.

Walaupun majoriti penduduk menganut agama Buddha dan terdapat komuniti cina, tapi di Hatyai City juga banyak muslim.

Destinasi ini juga lebih ‘low budget’ berbanding destinasi pelancongan popular lain di Thailand, itulah sebabnya ramai pelancong Malaysia suka datang ke sini.

Sedikit tips ke Hatyai, pastikan anda membuat tempahan awal untuk tiket train to hatyai dan beli pada waktu promosi sebab lebih jimat tau! 

Salah satu tarikan utama Songkhla Hatyai ialah floating market hatyai dan pantai Hatyai. Jadi, apa lagi? Jom bercuti di Hatyai Thailand!

Senarai 18 Tempat Menarik Di Hatyai Thailand

Khlong Hae Floating Market

Pasar terapung di Hatyai

Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: N/A

pasar terapung di hatyai thailand

Hatyai ni memang syurga makanan yang penuh dengan pelbagai pilihan unik! Jadi, jangan lupa jejakkan kaki ke Pasar Terapung Khlong Hae.

Menariknya lagi, anda akan melihat penjual-penjual dalam sampan di tepi sungai. Tak susah pun nak beli makanan, anda hanya perlu jalan-jalan di tepi jambatan.

Jangan risau, gerai di daratan pun ada. Nak tahu apa yang terlaris kat sini? Minuman-minuman dalam bekas tembikar dan buluh. Unik betul kan?

Waktu buka: Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad (4:00 petang – 9:00 malam)

ASEAN Night Bazaar

Pasar terbesar di Hatyai

Alamat: 76 Chotevittayakul 3 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +66987399809

Asean night baazar di hatyai thailand
Kredit gambar: Chew Aeron

Beroperasi dari pukul 4.30 petang hingga 10 malam, pasar dua tingkat ini adalah tempat best di Hatyai, di mana anda boleh mencari makanan dan barangan unik yang jarang ditemui di tempat lain. 

Kedai-kedai di sini menawarkan makanan, cenderahati menarik, pakaian, hiasan dekoratif, dan kraftangan tempatan. 

Antara makanan viral Hatyai yang wajib anda cuba adalah Luk Chup, Nasi Bambu, Puding Kelapa Thai, Pisang Bakar Thai, dan paling popular, Ais Krim Kelapa Thai. 

Chang Puak Elephant Camp Hat Yai

Aktiviti elephant riding di Hatyai

Alamat: 108 Moo.8, km19-Tajeen Rd Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +66822628670

elephant di hatyai
Kredit gambar: Ahmad Arif

Jom sertai pengalaman unik menunggang gajah di Chang Puak Elephant Camp Hat Yai di Thailand! 

Aktiviti elephant riding ini berlangsung selama kira-kira 30 minit, membawa anda meredah sungai dan masuk ke kawasan hutan yang menarik. 

Bagi mereka yang menyertai, anda berpeluang memberi makan gajah dengan makanan yang disediakan. 

Tempat menarik Hatyai ini turut menawarkan aktiviti lain seperti memanah, menaiki ATV, menikmati pertunjukkan gajah yang menarik, dan tentunya, bergambar bersama anak-anak gajah yang comel. 

Pasar Malam Greenway

Pasar malam di Hatyai

Alamat: 1406/4 ถนน กาญจนวณิชย์ Hat Yai, Daerah Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand. 

Hubungi: N/A

pasar di hatyai thailand
Kredit gambar: Anan Nawakitbumrung

Terkenal di Hatyai, pasar malam ini menjual pelbagai barangan termasuk pakaian, makanan, cenderamata, buku dan banyak lagi. Pasti rasa tak sabar nak shopping kan? 

Di sini, pilihan makanan juga sangat banyak sehingga 1000 menu. Ada snek tempatan, hidangan Thai asli, sampai makanan antarabangsa, semuanya ada! 

Boleh pilih sahaja mana-mana yang nak makan dan yang paling penting pastikan semuanya halal ya. Kalau rasa harga mahal, jangan malu untuk tawar menawar! 

Waktu buka: 5:00 petang – 12:00 tengah malam (Rabu hingga Ahad)

Magic Eye 3D Museum

Muzium menarik di Hatyai

Alamat: 414 Kanjanavanich Rd, Hatyai, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +6674211444

magic eye 3d museum di thailand

Ada lagi masa extra di Hatyai City? Apa kata anda singgah Magic Eye 3D Museum?

Dipenuhi dengan pelbagai lukisan 3D, muzium seni optik ini akan membuatkan mata anda tertipu.

Bolehlah anda mengambil pelbagai gambar kreatif dengan pelbagai gaya, aksi dan menjadi sebahagian lukisan itu sendiri. Memang seronok!

Bukan itu sahaja, terdapat pameran interaktif dan menghiburkan juga tau! 

Samila Beach

Pantai di Hatyai

Alamat: Songkhla, Thailand

Hubungi: N/A

samila beach hatyai
Kredit gambar: Alongkorn Kiatdilokrath

Sini ada pantai yang memang popular di Songkhla iaitu Pantai Samila. Waktu petang suasananya memang riuh rendah dan meriah.

Dari sini, anda boleh melihat pemandangan unik Pulau Kucing dan Pulau Tikus serta ‘The Golden Mermaid’! Patung ikan duyung ini dipercayai membawa kekayaan untuk rakyat Songkhla. 

Menariknya, tempat ini sesuai untuk percutian tepi pantai di Hat Yai. Tak perlu risau tentang penginapan, kerana banyak pilihan tersedia, dari hotel mewah hingga hotel bajet Hatyai.

Datanglah waktu petang sekitar pukul 6, dapatlah gambar sunset dengan Mermaid tu, confirm cantik!

Song Thale Park

Taman rekreasi di Hat Yai

Alamat: Tambon Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Hubungi: N/A

tempat menarik di hatyai songkhla
Kredit gambar: Bank Choomanee

Tempat menarik Hatyai ini menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk aktiviti riadah pada waktu petang. 

Tahu tak, salah satu tarikan utama di sini ialah ‘Nag’. Sebuah binaan berbentuk naga yang menghadap Tasik Songkhla. Nag ini juga seperti mengeluarkan air. Unik kan? 

Tapi sebenarnya ‘Nag’ itu ialah seekor ular berkepala naga. Penduduk tempatan percaya ‘Nag’ ini mengeluarkan ‘air suci’ yang membawa kesihatan, kebahagiaan dan kesuburan untuk Songkhla. 

Songkhla Zoo

Zoo di Hatyai

Alamat: 189 หมู่ที่ 5 ถนน สงขลา-นาทวี Khao Rup Chang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Hubungi: +6674598555

zoo di hatyai thailand
Kredit gambar: Thanon Ampunsang

Kalau anda bercuti bersama keluarga di Hatyai, bawa anak kecil anda ke Zoo Shangkhla.

Lepas bayar tiket, anda akan diberi peta zoo yang menunjukkan masa pertunjukan dan lokasi setiap haiwan.Terdapat juga pertunjukan Seal Show and Penguin Parade, Survival of Wildlife dan Feeding Tiger.

Zoo ini juga berkonsep terbuka, jadi anda boleh pandu kereta masuk zoo dan melihat sendiri beberapa spesies haiwan yang bebas berkeliaran.

Central Mosque of Songkhla Province

Taj Mahal di Songkhla

Alamat: 352 หมู่ที่ Lopburi Ramesuan Rd, Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +6674305300

masjid cantik di thailand

Masjid Besar Wilayah Songkhla ini sering dikunjungi oleh para pelancong dari Malaysia yang ingin melihat dan mengagumi keindahan senibinanya. 

Terdiri daripada tiga tingkat, di mana tingkat bawah untuk letak kenderaan, tengah untuk program agama, dan tingkat atas untuk ruang solat utama. 

Masjid terbesar di Songkhla ini seakan-akan Masjid Taj Mahal dan ada kolam besar yang cantik di hadapannya. Memang terasa kagum melihat masjid ini!

Songkhla National Museum

Muzium senibina cina di Thailand

Alamat: 6H2Q+WCM road Wichian Chom – Rong Mueang Alley Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Hubungi: +6674311728

muzium menarik di hatyai
Kredit gambar: Yugo Tham

Jom explore satu lagi tempat menarik di Hatyai – Muzium Songkhla! Tempat menarik Hatyai ini mempunyai konsep senibina Cina yang menarik.

Pada awalnya, bangunan ini merupakan rumah agam pemerintah Songkhla, dan kemudian digunakan oleh pegawai pentadbiran atasan. 

Pada tahun 1953, ia diubahsuai menjadi muzium dan mempamerkan artifak, arkeologi tempatan, sejarah, serta seni budaya rakyat Songkhla. 

Pengunjung juga boleh melawat beberapa muzium lain seperti Princess Maha Chakri Sirindhorn Natural History Museum dan Phathammarong Museum.

Tangkuan Hill

Pemandangan indah Songkhla Hatyai dari bukit

Alamat: 1 3 Sukhum Rd, Tambon Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Hubungi: +66 7431 6330

bukit menarik di hatyai thailand
Kredit gambar: chatchai saengchuwong

Kalau nak melatih kaki, panjatlah 145 anak tangga ke puncak Bukit Tang Kuan untuk pemandangan indah Songkhla dan panorama pulau-pulau di sekeliling. 

Lokasinya berdekatan dengan Pantai Samila. Naik bas mini merah atau TukTuk untuk sampai ke sini. 

Pemandangan di atas bukit memang menakjubkan dan ini antara cara terbaik untuk lihat panorama di bandar ini. 

Thale Noi Waterbird Sanctuary

Taman burung di Thailand

Alamat: Phanang Tung, Khuan Khanun District, Phatthalung 93150, Thailand

Hubungi: N/A

taman burung di Thailand
Kredit gambar: Jiranchai Kasem

Jom ke Thale Noi Waterbird Sanctuary di Hat Yai, Thailand! Tempat tersembunyi ini sesuai untuk pencinta alam semula jadi.

Anda akan terpesona dengan keindahan tanah lembap air tawar terbesar di Thailand ini dan melihat beberapa spesies burung yang jarang ditemui. 

taman burung menarik di thailand
Kredit gambar: lew cher yong

Duduklah di tengah kehijauan yang subur dan dengarkan bunyi kicauan burung yang menenangkan. Jangan lepaskan peluang untuk memerhati lebih 200 spesies burung air.

Tempat ini dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 5 petang, dan lawatan bot turut disediakan untuk menerokai kawasan ini. 

Tersedia juga denai alam semula jadi yang boleh anda jelajahi dengan berjalan kaki. Bagi penginapan, terdapat banyak pilihan resort, hotel, dan homestay berdekatan. 

Thanyada Village Souvenir Shop

Kedai cenderamata di Thailand

Alamat: 36 36/1 Pracharak Road, Hat Yai Subdistrict, Hat Yai District, Songkhla 90110

Hubungi: +66869644774

tempat cenderamata murah dan menarik di hatyai

Jom singgah di Thanyada Village Souvenir Shop jika anda ingin membeli cenderahati semasa melancong. 

Di sini, anda boleh membeli pelbagai barangan menarik seperti t-shirt, beg, keychain, madu, postkad dan banyak lagi.

Menariknya, di kedai tepi jalan jarang jumpa kad pos dijual, jadi Thanyada Village adalah tempat yang sesuai untuk membelinya. Di hadapan kedai ini juga ada sebuah cafe.

Khlong Hae Halal Seafood Buffet

Tempat makan menarik di Hatyai

Alamat: 85 11 Lopburi Ramesuan Rd, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +66881834422

tempat makan menarik di hatyai

Jika anda pertama kali melawat Hatyai, antara lokasi tempat makan halal yang patut anda singgah ialah Khlong Hae Halal Seafood Buffet. 

Di sini, anda dapat menikmati hidangan seafood buffet dengan harga berpatutan, iaitu 299 baht (RM 40) untuk dewasa. 

Buffet ini sangat berbaloi dengan pelbagai pilihan hidangan seafood, termasuklah udang segar yang besar-besar dan menu makanan lain yang lazat. 

Selain kedai makan halal ini, anda boleh mencuba pulut ayam goreng di Kaitod Meena, nikmati sarapan pagi di Dimsum Chabura yang popular dalam kalangan pelancong Malaysia, dan Lee Gardens Night Market yang berada di hadapan Lee Gardens Plaza.

Hatyai City Municipal Park

Tempat rekreasi di Hatyai

Alamat: Kanjanavanich Rd, Tambon Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +6674211898

kereta kabel best & menarik di Hatyai
Kredit gambar: Beng Keat Low

Taman Perbandaran Hatyai City, juga dikenali sebagai Hatyai City Municipal Park, merupakan tempat menarik yang boleh dilawati di Hatyai, Songkhla. 

Tempat ini menawarkan pelbagai tarikan menarik untuk pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Salah satunya ialah pavilion di tengah-tengah kolam yang dikelilingi kehijauan.

Di sini, terdapat taman permainan, meja berkelah, menara jam gergasi dan patung gajah gergasi. Pengunjung juga boleh berehat, berjalan-jalan santai, berbasikal atau mendaki. 

Jangan lepaskan peluang naik kereta kabel yang bawa korang ke puncak bukit, sebab view panorama Hat Yai dari situ memang cantik!

Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary

Tempat perlindungan hidupan liar di Songkhla

Alamat: Tambon Wang Tong, Amphoe Sadao, Chang Wat Songkhla 90240, Thailand

Hubungi: +6674894804

air terjun menarik di Hatyai Thailand
Kredit gambar: Blue Thailand

Jom terokai alam semula jadi di Santuari Hidupan Liar Ton Nga Chang! Tempat ni memang indah dan akan disukai pencinta alam. 

Dari Hatyai City, nak ke sini ambil masa dalam 40 minit je kalau naik teksi, kereta atau motosikal. 

Di sini, ada air terjun cantik, gunung berhutan yang best untuk hiking, dan kolam yang memang seronok untuk berendam. 

Bila habis seharian berjalan panas-panas di bandar, bolehlah datang sini! Lihat pemandangan alam hijau tu memang boleh hilangkan stress! 

Central Festival Mall

Pusat membeli-belah terbesar di Hatyai

Alamat: 1518 Kanjanavanich Rd, Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +6674801555

central mall menarik di hatyai thailand
Kredit gambar: Central Hatyai เซ็นทรัล หาดใหญ่

Kalau suka beli-belah, tempat ini memang wajib ada dalam senarai destinasi Hatyai anda! Luasnya kira-kira 250,000 meter persegi dan menempatkan lebih 250 kedai, memang boleh lepak lama-lama.

Nak cari barangan berjenama, restoran mewah, spa untuk santai, atau nak main ice skating, arked permainan, bowling, atau tonton wayang 3D Imax, semuanya ada. 

Tapi kalau bajet shopping terhad, anda boleh ke Kim Yong Market atau Santisuk Market untuk tawar-menawar harga yang berpatutan.

Jangan lupa ke Foodcourt di tingkat 4 & 5 untuk cuba pelbagai makanan tempatan yang sedap seperti mee Thai, bubur nasi, dan lain-lain.

Phra Maha Chedi Tripob Trimongkol (Steel Pagoda)

Pagoda paling unik di Hatyai

Alamat: Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +66816788809

Di Songkhala Hatyai, terdapat satu pagoda yang menarik dikenali sebagai Steel Pagoda. 

Uniknya, pagoda ini dibina dari besi tahan karat dan dikelilingi dengan loceng dan gong. Pada waktu senja, lampu-lampu di pagoda ini akan menyala dan menerangi pagoda tersebut.

Jangan lupa ambil gambar cantik-cantik untuk kenangan ya!

Masa Terbaik untuk Melawat Hat Yai, Thailand

Eh, korang tahu tak bulan terbaik untuk jalan-jalan ke Hat Yai? Jawapannya bulan Januari, Februari, Mac, November, dan juga Disember.

Cuaca pada bulan Februari dan Mac memang sangat baik, tak panas sangat.

Bagaimana untuk pergi ke Hat Yai, Thailand

Melalui Udara: Anda boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai.

Terdapat beberapa pilihan syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan penerbangan dari KL ke Hat Yai, seperti AirAsia dan Malaysia Airlines.

Dengan Kereta Api: Dari Kuala Lumpur, anda boleh ke stesen KL sentral dan menggunakan ETS ke Padang Besar. Penduduk Pulau Pinang pula boleh mengambil ETS di Stesen Tasek Gelugor dan berhenti di Stesen Padang Besar.

Anda boleh melakukan tempahan tiket kereta api dari Malaysia ke Thailand dengan mudah melalui pautan ini:  https://online.ktmb.com.my/

Selepas tiba di stesen kereta api Padang Besar, Perlis, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah ke kaunter imigresen untuk proses pemeriksaan pasport dan visa sebelum ke sempadan Thailand. 

Kemudian, anda akan perlu berjalan kaki selama lima minit ke stesen kereta api Thailand untuk membeli tiket kereta api SRT menuju ke Hat Yai atau Bangkok. 

Anda juga boleh membuat tempahan tiket di laman web: https://www.busonlineticket.com/

@khairulaming

Dari pagi sampai malam tak berhenti makan dekat Hat Yai ni. Sedap and murah makanan kat sana 😭😭 Siapa sini dah pernah pergi? cuba share tempat favourite korang #CutiCutiTikTok #makanlokal #foodfestontiktok

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Thursday 27 July 2023

Kini Ada Cara Lebih Senang Rancang Kehamilan, Tampal Je!

Korang masih mencari inisiatif merancang kehamilan yang sesuai, berkesan dan selamat digunakan?

Ha, korang berada dalam artikel yang tepat sebab kami akan terangkan bagaimana sebiji pil perancang kini di inovasi dengan cara tampal je!

Untuk pengetahuan korang, terdapat banyak jenis cara untuk merancang keluarga dan antaranya memakai alat dalam rahim (Intrauterine Device), implan, pil perancang, patch, kondom atau diafram dalam faraj. 

Bagi mereka yang mahu kaedah kekal, boleh buat ikatan tiub Fallopian/peranakan (untuk wanita) dan ikatan saluran mani (untuk lelaki) Vasectomy. 

Tapi, kebanyakan wanita pilih kaedah perancang keluarga yang selesa, berbaloi dan paling penting, berkesan dalam mencegah kehamilan serta penyakit kelamin.

Kalau korang tak suka makan pil atau pakai apa-apa produk dalam badan, jangan risau sebab ada cara baru yang lebih senang dan berkesan iaitu patch kontraseptif. 

Apa Itu Patch Kontraseptif?

Patch kontraseptif adalah tampalan kecil yang melepaskan hormon estrogen dan progestin ke dalam badan melalui kulit untuk merancang kehamilan.

Penggunaan patch perancang untuk family planning di Malaysia ini baru mula diterima ramai selepas produk ini viral dan dikongsi oleh salah seorang pengguna sosial media.

Patch perancang keluarga ini berfungsi sama seperti pil perancang yang lain yang akan mencegah kehamilan dengan cara melepaskan hormon ke aliran darah korang.

Cara ini akan menghalang ovari daripada membebaskan telur dan melakukan proses ovulasi tapi, patch ini perlulah dibeli dengan preskripsi dan dapatkan nasihat daripada doktor dan ahli farmasi sebelum menggunakan patch perancang ini.

Bagaimanapun, tampalan ini tidak berfungsi untuk melindungi korang daripada terkena jangkitan seksual.

Keberkesanan Kaedah Patch Perancang Keluarga 

Jawapan bagi persoalan adakah berkesan dengan guna patch ini? Jawapan ringkasnya, ya.

Jika korang menggunakannya dengan betul, peratusan patch perancang ini boleh berkesan sehingga 99%.

Untuk keberkesanan yang lebih tinggi, korang dinasihatkan untuk menjaga masa penggunaan patch ini sebaiknya dan pakai tepat pada waktu.

Bagaimanapun, masih terdapat 1% kemungkinan kecil untuk anda hamil, walaupun anda menggunakannya dengan betul.

Apa pun, cara penggunaan patch perancang ini boleh di tampal di mana mana sahaja bahagian badan korang, tapi disarankan pada bahu, peha, punggung atau bahagian tepi perut.

Tapi korang perlu pastikan ikut jadual penggunaan dan tukar setiap satu minggu selama tiga kali dan rehat seminggu sebelum mula kitaran penggunaan baru.

Kalau korang rasa leceh untuk tukar patch setiap minggu, korang boleh guna kaedah lain seperti IUD, implan atau suntikan kawalan kelahiran.

“Tampal dan cycle itu akan berlaku cukup tiga bulan, period akan stabil sebab ini hormonal patch akan stabilkan period,” – Doktor Hannani yang merupakan seorang Pengarah Rumah Sihat Kita

@drhannanikamarudin

Pening nak guna evra.. katanya mahal sangat.. 1 box ada 3 pathces untuk kegunaan sebulan harga dalam rm75-90 / sebulan… ok laaa Untuk yang lupa lupa boleh je#womenhealth #doktorperempuan #scanrahim #pregnant #womenempowerment #perancangkehamilan #evra #perancangkeluarga #dualebihbaik @KlinikDrhannani2 @My Little Penyu

♬ original sound – Drhannani – Drhannani

Kelebihan & Kekurangan Patch Kontraseptif

Sebelum anda menggunakan perancang patch ini, jom lihat kelebihan dan kekurangan penggunaannya. Ini penting untuk korang faham tau!

Kelebihan

  • Mudah digunakan 
  • Tidak mengganggu hubungan seks
  • Tidak perlu di ambil setiap hari seperti pil (hanya perlu tukar seminggu sekali)
  • Hormon daripada patch tidak diserap perut
  • Haid lebih teratur  
  • Mengurangkan risiko cancer ovari, rahim dan usus
  • Mengurangkan risiko fibroid dan cyst ovari

Kekurangan

  • Mungkin kulit mudah iritasi atau gatal
  • Tidak melindungi anda daripada HIV dan STI (Perlu guna kondom)
  • Sesetengah wanita alami kesan sampingan sementara seperti sakit kepala, mual dan perubahan mood
  • Tidak sesuai diambil dengan campuran ubat lain
  • Perlu dibuka ketika mahu mandi wajib

Risiko Penggunaan Patch Perancang Yang Korang Perlu Tahu

Semua jenis produk perancang keluarga mempunyai risiko mereka tersendiri dan ini juga bergantung kepada bagaimana penerimaan badan individu tersebut. 

Apa yang pasti ada beberapa risiko kecil mungkin akan terjadi ketika korang menggunakan kontraseptif hormon seperti patch perancang ini.

Antara risiko boleh berlaku adalah pembekuan darah di bahagian vena atau arteri dan risiko ini boleh terjadi kepada sebilangan kecil individu yang menggunakannya.

Jadi, tidak disarankan untuk guna patch perancang ini sekiranya korang pernah ada sejarah masalah darah beku atau sejarah ahli keluarga terdekat mempunyai serangan jantung dan strok.

Selain itu, mereka yang mungkin berisiko tinggi sekiranya individu tersebut seorang perokok tegar, berat badan berlebihan, mengalami vena varikos yang teruk, ada penyakit diabetes dan migrain.

Paling penting, elakkan daripada menggunakan patch perancang ini sekiranya anda mempunyai kanser.

Bagaimanapun, korang tidak perlu risau kerana peratusan kemungkinan risiko-risiko ini akan berkurang setelah penggunaan kontraseptif ini dihentikan.

Mandi Wajib VS Patch Perancang 

Penggunaan apa-apa bentuk alat tampalan (patch) yang kalis air untuk apa jua kegunaan perubatan akan menyebabkan mandi wajib menjadi tidak sah. 

Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan ada menyatakan wuduk juga tidak sah sekiranya anda tampalan di bahagian yang melibatkan anggota wuduk.

Jadi, untuk anda yang nak guna tampalan hormon ini perlu tanggal patch sebelum mandi wajib atau ketika mengambil wuduk (jika tampal di bahagian yang melibatkan anggota wuduk). 

Jika penggunaan patch perancang ini memberikan anda kesukaran untuk bersuci, anda mungkin boleh cuba kaedah perancang keluarga yang lain. Okay?

Wednesday 26 July 2023

15 Tempat Menarik Di Sibu Sarawak Untuk Dikunjungi

Terletak di kepulauan Borneo, Sibu merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak. Jalan-jalan sibu pasti akan membawa anda ke tempat-tempat best di bandar ini. 

Jangan lupa mencuba makanan sedap di Sibu juga. Anda juga boleh jumpa banyak kedai makan halal di Sibu, tempat bersejarah, pantai dan hotel murah untuk bermalam.

Apa perkara terbaik untuk dilakukan di bandar Sibu ini? Jangan risau, kami ada jawapannya. 

Berikut beberapa cadangan tempat menarik di Sibu untuk anda.

Senarai 15 Tempat Menarik Di Sibu

Pasar Sentral Sibu 

Pasar di Sibu

Alamat: Jln Channel, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: 084-313 449

Terkenal dengan kraftangan, makanan laut dan buah-buahan segar, inilah pasar dalaman terbesar di Sarawak. Terletak berhadapan dengan Terminal Penumpang Bot Ekspres.

Apabila berkunjung ke Pasar Sentral Sibu (Sibu Central Market) ini, anda juga akan mendapat gambaran cara hidup masyarakat di Sibu.

Setiap bahagian pasar ini juga unik dan di tingkat atas, terdapat beberapa gerai yang menjual makanan tempatan seperti mee udang, kompia, mee kolok, dan banyak lagi.

Bau makanan di pasar ini akan membuatkan perut anda berbunyi!

Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 6 petang)

Sibu Heritage Centre

Muzium di Sibu

Alamat: 18 2, Jalan Central, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: 019-868 4139

Seterusnya, kita ke tempat bersejarah di Sarawak iaitu Pusat Warisan Sibu (Sibu Heritage Centre). 

Pusat ini merupakan sebuah muzium yang menyimpan pelbagai sejarah bandar Sibu dan warisan budayanya.

Di sini, anda boleh melihat artifak dan kraf tradisional, melawat replika rumah panjang, serta pameran berkaitan amalan budaya tempatan.

Jika nak tau lebih lanjut tentang sejarah dan budaya penduduk Sibu, singgahlah sini!

Waktu operasi: Isnin & Jumaat (tutup), Sabtu, Ahad, Selasa-Khamis (10 pagi – 4:30 petang)

Taman Jubli Bukit Aup

Taman menarik di Sibu

Alamat: : 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: 084-333 411

Tempat best di Sibu untuk melepak bersama keluarga, berbasikal, memberi makan ikan, beriadah, berkelah, atau melihat pemandangan cantik yang menenangkan.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh berjalan-jalan pada petang atau awal pagi sambil menghirup udara segar.

Terdapat juga laluan berjoging, berjalan kaki, pondok berkelah, menara tinjau, kolam ikan, dan jambatan gantung yang sesuai untuk bergambar.

Fakta menarik, taman awam ini pernah menjadi Pemenang Pertandingan Landskap Kebangsaan pada tahun 1998.

Taman Rimba Bukit Lima Forest Park

Taman rimba di bandar Sibu

Alamat: Jln Sentosa, Fasa 2, 96000 Sibu

Hubungi: N/A

Dibuka sejak tahun 2001, taman awam di tengah bandar Sibu ini terkenal sebab ada laluan berjoging dan denai hutan yang menarik.

Menempatkan 8 spesies mamalia dan 39 spesies burung yang jarang ditemui seperti tupai gergasi, kera, flowerpeckers, broadbill, sunbirds dan banyak lagi.

Anda boleh berjalan di hutan paya gambut dan melihat keindahan alam semula jadi serta berpeluang melihat hidupan liar. Sangat sesuai untuk pencinta alam!

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 pagi – 5.00 petang)

Sibu River Cruise

River cruise di Sibu

Alamat: Pulau Babi Wharf, Jalan Khoo Peng Loong, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: 011-5983 7313

Nak rasa aktiviti river cruise sepanjang Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia? Cubalah aktiviti menarik ini yang boleh menampung 60 orang sekaligus!

Sibu River Cruise ini akan membawa anda melalui perjalanan menarik, merentasi beberapa sungai seperti Sungai Rajang, Igan River, dan Batang Lebaan. 

Pengunjung diberi pilihan untuk Sightseeing Cruise atau Sunset Cruise. 

Sepanjang pelayaran selama sejam ini, anda dapat menikmati mercu tanda ikonik Sibu, keindahan Sungai Rajang, serta pemandangan matahari terbenam yang begitu memukau.

Sibu Night Market

Pasar malam di Sibu

Alamat: Jalan Market, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: N/A

Siang hari boleh singgah Pasar Sentral Sibu, malamnya pula jom singgah sini! 

Terletak antara Jln Bengkel dan Jln Lintang, ada sebuah pasar malam yang beroperasi dari jam 5 petang sehingga 10 malam.

Tahu tak, pasar malam ini seperti syurga ‘street food’. Ada pelbagai kuih-muih, dim sum, pastri, BBQ, dan macam-macam lagi menu menarik. 

Seronok betul lah kalau datang sini dan makan sepuas-puasnya!

Waktu operasi: Setiap hari (5 petang – 10 malam)

Sibu Street Art

Seni mural di Sibu

Alamat: Sibu, Sarawak

Hubungi: N/A

Bukan di Penang sahaja ada street art, di Sibu pun ada tau! 

Sedikit berbeza dari Penang, gambaran mural di jalanan seluruh Sibu ini menfokuskan kepada warisan, budaya, dan gaya hidup orang Sibu.

Antara mural yang ada di sini ialah pekerja dermaga (coolie), makanan tempatan sibu, kenangan zaman kanak-kanak, pemandangan gerai dian mian hu, dan lain-lain lagi. 

Jangan lupa bawa air minuman ya dan pastikan Sibu Street Art ini sebahagian list plan anda semasa bercuti di bandar Sibu!

Kuil Tua Pek Kong

Tokong tertua di Sibu

Alamat: Jln Temple, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: 084-318 005

Dibina pada abad ke-19, tokong ini menjadi simbolik budaya Cina bagi masyarakat Sibu tempatan. 

Terletak di Jalan Temple Sibu, pengunjung boleh melihat ukiran yang rumit dan seni bina berhias yang indah pada tokong ini.

Tokong ini menjadi tempat penting bagi masyarakat Cina untuk aktiviti keagamaan, perayaan dan acara penting.

Selain kuil ini, terdapat juga Tiger Emperor Temple dan kuil terbesar di Sibu iaitu Jade Dragon Temple.

Rejang Esplanade

Tempat bersantai pada waktu petang di Sibu

Alamat: 31, Jalan Maju, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: N/A

Apa yang menarik di Rejang Esplanade? Di sini, anda akan melihat sebuah patung angsa gergasi yang menjadikan Sibu juga terkenal sebagai “Swan City”.

Mengikut kepercayaan penduduk tempatan, angsa itu dikatakan menyelamatkan penduduk Sibu dari kebuluran. 

Kalau anda suka memancing atau sekadar nak tengok pemandangan sungai, datanglah ke tempat menarik di Sibu Sarawak ini!

Lau King Howe Hospital Memorial Museum

Muzium perubatan pertama di Malaysia

Alamat: Jalan Lau King Howe, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: 084-338 070

Sebenarnya, inilah hospital pertama dan satu-satunya di Sibu pada tahun 1931 yang dibina oleh Mr. Lau King Hwe.

Sehingga awal tahun 80-an, Hospital Sibu bermula beroperasi dan menyebabkan hospital ini kekurangan pesakit.

Tapi tak lama selepas itu, Hospital Lau King Howe ini terpaksa berhenti operasi dan kemudian dibaikpulih menjadi sebuah muzium untuk mengenang jasanya kepada masyarakat terdahulu.

Nak lihat peralatan perubatan lama? Kunjungi tempat bersejarah di Sarawak ini ya! 

Waktu operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 5 petang)

Lin’s Swam Garden

Taman angsa di Sibu

Alamat: Lebuh Tanah Mas, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: N/A

Dibuka pada tahun 2005, taman angsa ini hasil kerjasama antara Persatuan Puak Lin dan Majlis Perbandaran. 

Menempatkan patung angsa yang menjadi tarikan wajib bagi pengunjung kerana ia melambangkan kepesatan pembangunan bandar ini.

Patung gergasi angsa ini juga menghadap ke selatan dan membawa makna kepada keamanan dan kemakmuran untuk Sibu.

Selain patung angsa, tempat menarik Sarawak ini juga dihiasi dengan 12 haiwan zodiak. 

Jangan lupa bergambar di Pintu Gerbang Sibu iaitu mercu tanda Sibu yang tak jauh dari taman itu.

Sungai Merah Heritage Walk

Tempat unik di Sibu

Alamat: Lorong Sungai Merah 2D4, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: N/A

Sebelum ini, tempat menarik Sibu ini merupakan bazaar lama yang terletak di sebelah Sungai Merah dan telah menjadi penempatan terawal pendatang Cina di Sibu.

Di sini, terdapat laluan berjalan kaki yang menuju ke Taman Memorial Wong Nai Siong. 

Pengunjung juga boleh mengambil gambar, bersiar-siar di sini dan bersarapan di salah satu kedai makan Sibu di sebelah sungai.

Sibu Town Square

Dataran bandar terbesar di Sarawak

Alamat: Jln Bujang Suntong, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi:  016-498 3261

Tempat menarik di Sarawak ini cukup luas, menghijau, persekitaran bersih dan bagus untuk berjalan-jalan santai, berjoging atau bersenam

Paling penting, anda boleh mengambil gambar-gambar menarik di sini sambil menikmati keindahan bandar Sibu. Sekitar kawasan ini juga terdapat patung angsa dan kuda yang cantik. 

Acara besar seperti Borneo Cultural dan Food Festival biasanya akan diadakan di sini.

Taman Awam Sibu

Taman awam di Sibu

Alamat: Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: N/A

Juga dikenali sebagai Lake Garden, taman awam di bandar Sibu ini bagus untuk berjalan-jalan dan bawa kanak-kanak bersama.

Selain itu, terdapat trek joging, tasik, taman permainan dan pusat kecergasan terbuka.

Sesuai untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama rakan atau keluarga.

Cabe Ijo

Tempat makan menarik di Sibu

Alamat: Lorong Kuda 2, 71 & 73, Jln Kuda, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Hubungi: 0168991395

Tempat makan di Sibu ini harus dikunjungi apabila anda melawat Sibu. Sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.

Reka bentuk kedai makan Sibu ini juga menawarkan suasana santai dengan tempat duduk di luar dan di dalam kedai.

Kedai makan halal di Sibu ini terkenal di kalangan penduduk kerana menyajikan banyak hidangan asli Sarawak yang sememangnya sedap dan mengenyangkan.

Selain kedai makan Sibu ini, kami mengesyorkan anda singgah di YS Cafe jika ingin merasai menu tempatan Sibu lain seperti Kampua Kicap, Laksa Sarawak, dan Mee Jawa Ayam.

Tuesday 25 July 2023

Nak Jimat Bil Elektrik Rumah, Pastikan Guna Tak Lebih 1,500kWh Sebulan

Bila bercakap tentang penggunaan elektrik, mesti ada di antara korang mengawal penggunaan elektrik rumah setiap bulan, supaya bil tak melambung kan?

Tapi, bayangkan kalau sebulan guna lebih dari 1,500kWh elektrik? Confirm kena bayar lebih.

Untuk perubahan korang, perubahan ni merupakan sebahagian daripada pelaksanaan skema Incentive-Based Performance Tariff (ICPT) yang diumumkan untuk separuh kedua tahun 2023.

Dalam kata lain, mulai Julai hingga Disember 2023, korang mungkin terpaksa tanggung beban bil elektrik yang lebih berat.

Kami percaya, mesti ada dalam kalangan korang berfikir, “Ala, 10 sen setiap kWh je, bukan banyak pun,”.

Tapi, korang perlu ingat, tambahan ni bukan sahaja untuk penggunaan yang melebihi 1,500 kWh, tapi untuk keseluruhan bil TNB korang.

Maksudnya, kalau penggunaan elektrik nak dekat 1,500 kWh, dan korang ada tambahan penggunaan elektrik misalnya, korang beli kereta elektrik, bil korang akan naik banyak.

Jadi sebelum kita terjebak dalam keadaan tak terduga ini, lebih baik kita ambil tahu dan pastikan penggunaan elektrik tidak melebihi 1,500kWh sebulan.

Bukan saja dapat jimat duit poket, tapi juga boleh elakkan rasa terkejut bila tengok bil elektrik naik mendadak.

Kenaikan Tarif Elektrik

Pertama, kita perlu faham apa itu tarif elektrik dan kenapa ia berubah.

Setiap enam bulan, pihak berkuasa akan semak semula tarif elektrik berdasarkan faktor-faktor tertentu, seperti harga bahan api.

Ini adalah sebahagian dari skema Incentive-Based Performance Tariff (ICPT).

ICPT ini adalah mekanisma yang digunakan untuk mengambil kira harga bahan api yang berubah-ubah, yang menyumbang kepada 65% daripada komponen kos tarif elektrik.

Baru-baru ini, skema ICPT untuk separuh kedua tahun 2023 telah diumumkan.

Mengikut pengumuman ini, kalau penggunaan elektrik korang lebih dari 1,500 kWh sebulan, kena bayar lebih 10 sen setiap kWh.

Jadi, tarif yang biasa kita guna, 57.1 sen per kWh, sekarang dah jadi 67.1 sen per kWh! Ini bermakna, untuk setiap kilowatt jam (kWh) yang korang guna lebih dari 1,500 kWh sebulan, korang perlu bayar tambahan RM0.10.

Tambahan ini bukanlah sesuatu yang ringan, terutama jika korang adalah pengguna berat elektrik.

Harga tambahan ini boleh membawa kepada kenaikan bil elektrik yang cukup signifikan, terutama jika korang mempunyai kereta elektrik yang memerlukan pengecasan secara berkala.

Kesan Ke Atas Bil Elektrik

Kita perlu faham bagaimana kenaikan ini akan memberi kesan ke atas bil elektrik korang.

Bayangkan, kalau sebelum ini bil korang dalam lingkungan RM500, dengan kenaikan tarif ni, mungkin boleh jadi lebih RM600.

Tambahan 10 sen per kWh ni bukan sahaja untuk penggunaan yang melebihi 1,500 kWh, tapi untuk keseluruhan bil TNB korang.

Bukan setakat tambahan elektrik yang diguna untuk cas kereta elektrik tu, tapi keseluruhan penggunaan elektrik korang akan dikenakan tambahan 10 sen setiap kWh.

ICPT surcaj RM0.10 akan dikenakan ke atas seluruh bil. Jelas, tiada kekeliruan.

Jadi, tak kira sama ada korang guna elektrik untuk masak, mandi, tengok TV, atau apa-apa aktiviti rumah lain, setiap kWh yang korang guna akan dikenakan tambahan 10 sen jika melebihi 1,500 kWh sebulan. Macam itu lah kesannya.

Bagaimana Nak Jimat?

Cara terbaik untuk elakkan daripada terkena tambahan ini anda perlu bijak mengurus penggunaan elektrik di rumah.

Jangan biarkan TV, komputer, atau peralatan elektrik lain terus berjalan walaupun tak digunakan.

Cara lain ,ungkin korang boleh pertimbangkan untuk guna peralatan yang lebih jimat tenaga.

Contohnya, ganti lampu rumah korang dengan jenis yang lebih jimat tenaga atau, pasang panel solar di rumah untuk kurangkan penggunaan elektrik dari grid.

Kalau rumah, purata dalam 761kWh sahaja tiap bulan (ada 5 aircond, takde heater). Jadi tak ada kerisauan perlu bayar lebih.

Selain tu, elakkan daripada membeli barang elektrik besar yang boleh meningkatkan penggunaan elektrik korang secara mendadak.

Misalnya, beli kereta elektrik sebab, kereta elektrik memerlukan banyak elektrik untuk dicaj dan ini boleh mendorong penggunaan elektrik korang melebihi 1,500 kWh sebulan.

Ingat, semua ini bukan sahaja untuk jimat kos, tapi juga untuk jaga alam sekitar.

Apabila kita kurangkan penggunaan elektrik, kita sebenarnya membantu mengurangkan pencemaran dan mengawal perubahan iklim.

Jom mulakan usaha penjimatan elektrik dari sekarang!

Bijaklah Mengurus Penggunaan Elektrik

Secara keseluruhannya, kita perlu lebih bijak dan bertanggungjawab dalam penggunaan elektrik rumah, terutama dalam situasi sekarang di mana tarif elektrik telah dinaikkan.

Namun, perubahan ni bukanlah bermakna kita perlu hidup dalam gelap pada waktu malam, sebaliknya, fikir sebagai satu peluang untuk lebih bijak dalam menggunakan elektrik.

Dalam dunia yang semakin serba digital ini, penggunaan elektrik adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan tapi, kita boleh memilih untuk menjadi pengguna elektrik yang bijak dan bertanggungjawab.

loading...