loading...

Thursday 30 November 2017

Lelaki Malaysia Berumur 40 Tahun Dambaan Wanita Selatan Thailand

Bukan semua wanita yang suka dengan lelaki yang lebih berusia untuk dibuat suami, namun jangan terkejut jika purata wanita yang meminati lelaki lebih tua itu lebih banyak berbanding lelaki muda.

Antara teori-teori lelaki selepas berumur 40 tahun ini terlalu banyak, antaranya ialah ketika lelaki berumur 40 tahun maka dia sudah berada dikemuncak kerjaya. Pendapatan yang stabil. Kewangan yang mantap dan kukuh. Dan mungkin itu adalah antara faktor mengaa mereka lebih diminati.

Selain itu, lelaki berumur yang berumur 40 tahun ke atas mempunyai emosi yang paling stabil.Kini mereka bukan jenis pemarah.Sebaliknya seorang pemaaf dan amat memahami perasaan orang lain.Dengan ketenangan emosi maka lelaki yang berumur 40 tahun akan lebih matang dan disukai ramai.

Ada lelaki yang sudah mencecah umur 40 tahun akan menjaga penampilan diri,imej dan kesihatan pada tahap optimum.Mereka menjaga pemakanan supaya kekal cergas.Bukan itu sahaja boleh melaram dengan gaya pakaian yang terkini.Personaliti hebat ini membentuk karisma yang unggul sehingga mencairkan iman wanita muda melihat mereka.

Jika dilihat pada permasalahan kini, ramai isteri-isteri mengadu dipejabat kaunseling bahawa suaminya diganggu wanita muda. Bukan di Malaysia sahaja yang mengalami masalah tersebut, malah juga di Thailand!

Suami orang dan berumur lebih 40 tahun menjadi idaman kebanyakan wanita Muslim di selatan Thailand, khususnya yang mempunyai kewangan stabil.

Exco hal-ehwal Islam Perlis berkata wanita Thailand sanggup berpoligami dengan lelaki Malaysia yang memiliki harta termasuk wang simpanan, kediaman dan kenderaan.

Wanita Islam Thailand kurang tertarik dengan golongan lelaki muda di Malaysia kerana mereka masih baru membina kehidupan, selain tidak mempunyai aset tetap.

Maklumatnya itu itu berdasarkan pengalamannya menemubual lelaki Malaysia yang mendaftarkan perkahwinan dan berpoligami di Perlis, kata Khairi lagi.

Lokasi-lokasi bernikah dengan gadis sempadan Thailand yang popular di kalangan lelaki Malaysia termasuklah masjid-masjid sekitar Songkhla, Narathiwat, Pattani dan Sadao.

Sumber: Himpunanceritalawak.com

The post Lelaki Malaysia Berumur 40 Tahun Dambaan Wanita Selatan Thailand appeared first on Aliff Channel.

Model Wanita Berkulit Hitam Paling Cantik, Kulit Halus Seperti Barbie

Bila sebut sahaja model, sudah pasti anda membayangkan seorang wanita jelita yang berkulit putih, tinggi lampai dan juga memiliki tubuh badan yang sangat menarik.

Jarang sekali kita mendengar tentang model berkulit hitam. Tetapi di luar negara, banyak model-model yang jelita dari kalangan wanita berkulit hitam dan ramai dikalangan mereka sangat popular berbanding model berkulit putih.

Model jelita dan unik berasal dari Sudan, Nyakim Gatwech lebih dikenali sebagai “Queen Of Dark” yang telah menjadi viral kerana memiliki kulit yang sangat gelap namun itu tidak membataskan dirinya untuk menjadi seorang model.

Bukan sahaja memiliki warna kulit yang gelap, tetapi juga raut wajah yang sangat jelita, kulitnya yang sangat halus dan licin bahaikan barbie. Ianya dianggap sesuatu yang unik.

Nyakim pernah ditanya jika mahu mencerahkan warna kulitnya yang gelap itu dengan menawarkan wang berjumlah 10 ribur dollar, namun tanpa rada ragu-ragu dia menjawab tidak.

Baginya, memiliki kulit gelap adalah satu anugerah yang tidak ternilai dan tidak perlu mengubah apa-apa. Dia bersyukur dengan apa yang telah tuhan berikan padanya malah tidak menghiraukan mereka yang membuli dirinya kerana warna kulitnya yang agak luar biasa.

Sumber: Taikotai.tv

The post Model Wanita Berkulit Hitam Paling Cantik, Kulit Halus Seperti Barbie appeared first on Aliff Channel.

Kerana Tidak Membayar Wang Perlindungan, Isteri Dan Anak Diculik Dan Dirogol 5 Lelaki Myammar

Kes seperti merogol, merompak yang berkaitan dengan kongsi gelap bukan sesuatu yang baru lagi. Hal ini seterusnya akan menimbulkan kekacauan dan menganggu gugat ketenteraman orang awam khususnya rakyat malaysia sendiri.

Terasa seperti sudah tidak selesa berada di negara sendiri, sentiasa rasa takut dan sangsi. Sepatutnya negara yang dikatakan negara aman tidak mengalami masalah-masalah kronik seperti ini.

Kes rogol dan juga merompak bukanlah perkara kecil, ianya boleh mengancam nyawa mangsa, mungkin boleh terjadi kepada anak-anak kita, kepada adik beradik mahupun saudara mara kita. Kes seperti ini harus diambil serius.

Warga asing yang membanjiri negara kita sekarang adalah salah satu faktor banyaknya kes-kes jenayah di negara kita. Seharusnya pihak berkuasa lebih menitikberatkan akan hal warga asing yang semakin ramai memasuki negara ini.

Baru-baru ini, seorang wanita diculik dan dirogol sekumpulan kongsi gelap warga Myanmar di sebuah rumah di Selayang, Selangor, kelmarin, lapor Harian Metro.

Menurut sumber polis berkata, mangsa berusia 28 tahun menetap di Jalan City, Dengkil, diculik enam lelaki yang tidak dikenali di rumahnya pada jam 2.30 pagi menggunakan dua buah kenderaan MPV, Perodua Alza sebelum dilarikan ke Selayang.

Mangsa yang dikatakan mempunyai seorang anak berusia lima tahun dikurung di sebuah rumah dalam keadaan kaki serta tangan diikat bagi mengelakkannya melarikan diri.

Hasil maklumat yang diterima, mangsa diculik enam suspek berusia 30-an kerana suaminya enggan membayar wang perlindungan RM3,000 sebulan bagi mengelak diganggu sekumpulan samseng,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, mangsa turut dibogel dan dipukul sepanjang tempoh ditahan.

Mangsa yang merupakan pelajar di sebuah universiti swasta diseksa sebelum dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki yang tidak dikenali sehingga pengsan.

Mangsa hanya berjaya melarikan diri ketika semua suspek sedang tidur. Mangsa kemudian meminta bantuan orang ramai menghubungi bapa saudara sebelum dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, mangsa pernah melihat dua daripada lima suspek berkenaan yang seringkali menganggu keluarganya untuk meminta wang perlindungan.

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dengkil untuk tindakan lanjut.

Sumber: Hmetro

The post Kerana Tidak Membayar Wang Perlindungan, Isteri Dan Anak Diculik Dan Dirogol 5 Lelaki Myammar appeared first on Aliff Channel.

‘Iphone 8 Itu Saya Beli Mahal, Tolong Hati-Hati Sikit’ – Jurugambar Dedah Sikap Biadap Sesetengah Tetamu

Kebanyakkan orang zaman sekarang sanggup berhabisan wang untuk mengupah seorang jurugambar yang pakar untuk mengabadikan kenangan yang terindah sebagai contohnya ketika mengadakan majlis perkahwinan yang besar.

Keutamaanya bukan sahaja pada kedua pasangan itu sahaja, malah tetamu yang hadir tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dengan pasangan raja sehari.

Keadaan suasana yang mengembirakan itu, terdapat bermacam-macam sikap dan tabiat tetamu kadang-kadang bersikap kurang sopan tanpa mereka sedari.

Baru-baru ini, Abd Jalil Shinin selaku jurugambar turut meluahkan perasaan kecewanya melalui laman sosial facebook beliau bahawa telah diberi amaran keras oleh seorang tetamu yang meminta bantuannya untuk mengambil gambar bersama pengantin.

“Asalnya saya pun sudah biasa bila ada tetamu minta tolong tangkap gambar guna telefon bimbit mereka, tak dinafikan ada juga yang kurang beradab sehingga membuatkan para jurugambar berasa hati.

“Kami bukan budak kecil untuk dipesan ‘jaga telefon ini baik-baik kerana harganya mahal’. Berubah terus air muka pemuda itu bila saya beritahu tentang harga kamera DSLR saya pula,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Luahan yang dimuatnaik oleh Abd Jalil di laman facebook miliknya

Nasihat Abd Jalil kepada orang ramai lagi-lagi bagi golongan belia muda agar mempunyai sivik dan bersikap menghormati orang yang lebih tua, apatah lagi kepada seorang yang berperanan jurugambar penting dalam majlis perkahwinan yang sedang berlangsung.

Tidak kiralah apa sekalipun darjat atau umur kita, sepatutnya kita lebih tahu tentang budi bicara yang sopan. Perkara tersebut sering kita pelajari semasa di bangku sekolah lagi. Apa salahnya kita praktikan pengalaman itu disekeliling kita.

Sumber: Kakishare.tv , mStar Online

The post ‘Iphone 8 Itu Saya Beli Mahal, Tolong Hati-Hati Sikit’ – Jurugambar Dedah Sikap Biadap Sesetengah Tetamu appeared first on Aliff Channel.

Lelaki Ini Berkongsi Petua Hilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Sangat Berkesan!

Jika anda sering melihat wanita yang sering berkongsi tips bagaimana untuk mendapatkan kulit yang cantik dan licin, sebenarnya bukan sahaja wanita, malah ada sesetengah daripada lelaki yang sangat menitikberatkan soal kecantikkan wajah.

Malah ada dikalangan mereka lebih pakar dalam kesihatan kulit muka, ini kerana terlalu banyak produk di pasaran yang hanya menarik minat kaum wanita sahaja untuk penjagaan kulit, jadi para lelaki agak takut untuk menggunakan produk tersebut kerana takut tidak bersesuaian dengan kulit muka lelaki.

Sebenarnya ada bahan-bahan dapur yang boleh membantu anda untuk kulit anda nampak sangat halus seperti wanita. Hanya perlukan kunyit, tepung beras dan telur. Mudah bukan?

Gaulkan sebati ketiga-tiga bahan tersebut.

Ianya sangat bagus diamalkan jika anda mengalami masalah jerawat dan juga parut yang susah untuk hilang.

Tidak perlu berhabis duit yang banyak untuk mendapatkan kulit yang cantik, jika anda rajin mencari khasiat barangan dapur seperti kunyit, halia,telur,serai dan sebagainya, anda akan tahu kelebihan-kelebihannya.

Maaf abg ton lambat buat video tutorial buat masker rahsia kulit bersih masa dulu,kini dan selamanya..Resepi/petua orang tua dulu2 tau…Share2 semua..semoga bermamfaat utk semua..Paling sesuai utk masalah jerawat+parut tp jgn pakai hari2 tau..Seminggu sekali ja..

Posted by Mohd Hasrul Hassan on Thursday, 10 August 2017

Cantik kulit muka dia kan? Selamat mencuba ya!

Sumber: Facebook/Mohd Hasrul Hassan

The post Lelaki Ini Berkongsi Petua Hilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Sangat Berkesan! appeared first on Aliff Channel.

7 Artis Lelaki Kacak Yang Mempunyai ‘Lesung Pipit’ Yang Menawan Hati Wanita

Mempunyai ‘lesung pipit’ adalah menjadi idaman setiap orang. Adanya lesung pipit wajah akan menjadikan seseorang itu lebih menawan dan kelihatan manis sahaja jika dipandang.

Setiap orang yang memiliki lesung pipit ini tidak kira lelaki atapun perempuan pasti akan kelihatan manis sekali jika mereka mengukirkan senyuman dan terserlah lekukan kecil di bahagian pipi dan sudah pasti akan menampakkan wajah mereka semakin berseri-seri.

Ramai yang menyatakan yang lesung pipi hanya dimiliki oleh kaum wanita sahaja, tetapi sangkaan itu meleset sama sekali.

Kini kenanyakkannya kaum lelaki juga banyak mempunyai lesung pipit. Bagi setiap insan yang mempunyai aset mahal ini adalah satu keistimewaan yang dikurniakan oleh Tuhan untuk mereka.

Disini kami senaraikan 7 Artis lelaki idaman melaya yang mempunyai Lesung pipit dan menjadi kegilaan ramai wanita.

7 Artis lelaki tempatan yang manis menawan berlesung pipi

ANUAR ZAIN

SYUKRI YAHYA

HISHAM HAMID

SYAFIQ KYLE

SAHARUL RIDZWAN

ZOEY RAHMAN

ALIFF AZIZ

Seseorang yang memiliki lesung pipit ini sudah pasti mempunyai keistimewaan yang sangat manis, setiap kali dilihat wajahnya. Mesti ramai yang tertanya-tanya pada diri sendiri mengapa ia tidak dimiliki oleh setiap orang.

Lesung pipit ini merupakan kecacatan dari mula kelahiran tetapi ia merupakan kecacatan yang sangat menawan.

Lesung pipit ini juga terbentuk dari bahagian otot yang digelar sebagai zygomaticus utama yang lebih pendek ataupun kecil dalam bentuknya dan ianya juga menyebabkan seseorang itu memiliki otot singkat seperti ketika tersenyum, malah otot itu turut menarik wajah ke atas dan itulah terbentuknya lesung pipit.

Seseorang yang memiliki lesung pipit ini adalah insan yang sangat istimewa kerana kemanisan yang ada akan makin nampak manis dengan adanya lesung pipit. Oleh itu, apabila memandang wajah mereka pasti akan dapat menenangkan jiwa.

Sumber: Mediahiburan.my

The post 7 Artis Lelaki Kacak Yang Mempunyai ‘Lesung Pipit’ Yang Menawan Hati Wanita appeared first on Aliff Channel.

Punca Merendam Uncangan Teh Terlalu Lama Boleh Mengundang Bahaya

Di pasaran Malaysia di luar sana terdapat pelbagai jenama-jenama uncangan teh dan sudah tentunya teh menjadi tarikan ramai orang untuk dijadikan sebagai minuman kegemaran mereka.

Khasiat teh memang sudah banyak diakui oleh ramai orang yang mengamalkannya, kerana bagi mereka teh mempunyai khasiat yang tersendiri dan baik untuk tubuh badan.

Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa terdapat teh timbang yang dijual dipasaran adalah punca utama terjadinya penyakit kanser kerana kandungan teh timbang terdapat tambahan perwarna yang berlebihan di dalamnya.

Disebabkan hal-hal berkenaan, ramai yang turut mencadangkan agar bertukar dari teh timbang kepada pengambilan teh uncang. Walaubagaimanapun, teh uncang juga mempunyai keburukannya yang tersendiri. Oleh itu kita juga disarankan agar berhati-hati bagi setiap pengambilan teh uncang.

Tips-tips bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini dalam pengambilan teh uncang.

Jangan melebihi dari 3 minit ketika mencelup uncangan teh

Sebail-baiknya jangan merendap ataupun mencelup uncangan teh terlalu lama. Itu kerana setiap uncangan teh  terdapat klorin didalamnya.

Fungsi klorin didalam uncangan teh itu adalah bagi memastikan uncang teh tiada bakteria dan di samping itu juga ia dijadikan sebagai bahan pengawet agar uncangan teh didapati tahan lebih lama pengunaannya.

Oleh sebab kandungan klorin yang banyak didalamnya juga boleh mendatangkan banyak keburukan kepada para pengguna kerana ia boleh memberi kesan negatif pada tubuh badan seperti terjadinya masalah kemandulan, kanser dan banyak lagi perkara lain.

Anda disarankan agar tidak mencelup uncang teh lebih dari 3 atau 5 minit.  Khasiat yang terkandung dalam teh akan hilang akibat lebihan klorin di dalamnya.

Anda hendaklah mematuhi saranan ini dan hanya boleh mencelup uncang teh tidak lebih dari 3 atau 5 minit sahaja. Lebih baik mencegah sebelum perkara buruk terjadi.

Mematuhi segala tips yang diberikan boleh memberikan kebaikan untuk tubuh badan kita dan terhindar dari segala penyakit yang kita tidak ingini berlaku. Selamat mencuba.

Sumber: Petuaibu

The post Punca Merendam Uncangan Teh Terlalu Lama Boleh Mengundang Bahaya appeared first on Aliff Channel.

3 Benda Yang Dianggap Comel Dan Penting Untuk Anak Anda, Tetapi Sebenarnya Sangat Bahaya Untuk Mereka

Tanpa kita sedari, sebenarnya barang yang dianggap selamat digunakan untuk bayi anda, berisiko untuk membahayakan mereka. Ada sesetengah ibu berfikir bahawa hanya permainan bersaiz kecil sahaja bahaya untuk bayi, kerana takut tertelan barang tersebut. Tetapi sebenarnya tidak!

Bantal yang anda rasa selamat untuk dibiarkan dan dipakai oleh bayi anda juga berisiko untuk membahayakan bayi anda. Jadi, adakah anda benar-benar pasti bahawa setiap barang disekeliling bayi anda selamat?

Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak, sudah pasti setiap barangan yang dibeli dan yang harus berada di sekeliling anak hanyalah barangan yang selamat untuk bayi. Tetapi siapa sangka bahawa barangan yang dianggap paling selamat sekalipun mampu membunuh bayi anda!

Ikuti perkongsian dari Dr. Taufiq Razif, mengenai tiga benda yang comel tapi sebenarnya bahaya kepada anak-anak. Semoga bermanfaat.

Semua Mak Ayah Wajib Tahu Bahaya 3 Benda Comel Ni Pada Anak Mereka

Sarung tangan bayi

Ramai mak ayah tak tahu yang bayi ni sebenarnya gunakan jari jemari mereka ni untuk meransang otak mereka. Makin banyak sentuhan dan ransangan taktil, makin cepat berkembang otak anak kita.

Dan disebabkan itu, setelah anak mencecah umur 2 atau 3 bulan, pastikan jangan pakaikan sarung tangan kepada mereka. Biar mereka dapat menyentuh kulit mereka dan sekaligus merangsang otak.

Ini adalah penting untuk mereka meneroka apa sahaja yang ada disekelilingnya. Biar mereka merasa genggaman jari anda tanpa sebarang alas, dan itu lebih baik.

Walker

Ibu bapa harus berhati-hati jika mahu membiarkan anak-anak bermain di dalam walker. Ini kerana risiko untuk anak anda mendapat kecederaan itu tinggi.

Banyak kes dimana anak terkena air panas kerana mereka mampu bergerak pantas hingga ke dapur dan sekaligus mampu mencapai gelas mahupun pemanas air elektrik.

Ianya tidak mustahil untuk anak anda yang terlalu aktif. Ibu bapa perlu sentiasa memantau anak agar tidak berlakunya kecederaan serius. Dan bagi sesetengah ibu bapa berfikir bahawa dengan menggunakan walker mampu mengajar anak cepat berjalan. Sebenarnya itu adalah salah satu faktor mengapa anak anda lambat berjalan, ini kerana mereka hanya akan mahu bergantung kepada walker sahaja nntuk bergerak.

Bantal

Bagi ibu bapa, bantal itu adalah keperluan penting bagi bayi. Iya! Memang penting untuk keselesaan bayi anda, namun anda harus waspada. Kerana ianya berisiko menyebabkan kematian.

Ini kerana bantal hiasan boleh menyebabkan anak kita susah bernafas dan lemas!

Memang bukan senang untuk menjaga keselamatan anak-anak, namun jika benar-benar anda mengambil berat, segalanya akan jadi mudah bila anda lebih mengutamakan keselamatan anak-anak.

Sumber: Facebook/Dr. Taufiq Razif

The post 3 Benda Yang Dianggap Comel Dan Penting Untuk Anak Anda, Tetapi Sebenarnya Sangat Bahaya Untuk Mereka appeared first on Aliff Channel.

Fattah Amin Hadiahkan Peugeot 408 e-THP Buat Ibu Bapa

Bak kata orang ramai, selagi ibu bapa masih ada, berbaktilah sebaiknya. Contoh anak yang baik adalah Fattah Amin. Pada Mei lalu, Fattah Amin telah merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0.

Nak dijadikan cerita, pelakon lelaki ini baru saja menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP sebagai kerana berjaya merangkul trofi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0.

Sempena dengan kejayaan tersebut juga, Fattah menjelaskan bahawa kereta berkenaan yang dimenangi hasil sokongan setia peminat akan diberikan kepada ibu bapanya.

“Tanpa sokongan ramai, saya tidak mungkin berada di sini, malah selain keluarga, peminat antara tonggak yang menguatkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik,” jelasnya kepada BH Online.

Perjalanan seni masih jauh buat Fattah dan pastinya hari mendatang akan lebih mencabar buat pelakon lelaki ini.

Semoga Fattah akan terus menyinari dunia hiburan tanah air dan mampu mengekalkan sikap yang baik dan seorang selebriti yang berdisiplin.

Sumber: Rotikaya.com , BH Online

The post Fattah Amin Hadiahkan Peugeot 408 e-THP Buat Ibu Bapa appeared first on Aliff Channel.

Amalkan Doa Ini, Insyallah Hutang Banyak Mana Pun Pasti Langsai

Kehidupan terlilit dengan hutang pasti menyebakkan rasa di dada. Hutang hukumnya wajib dilunasi. Bagaimanapun kondisi anda, adalah menjadi kewajipan untuk membayar hutang tersebut hingga lunas.

Di dalam hukum Islam, tidak membayar hutang sama halnya mengingkari janji dan sikap buruk ini sangat dibenci oleh Allah SWT.

Doa berikut ini adalah di antara doa yang boleh diamalkan untuk melunasi utang & dibaca sebelum tidur.

Sudah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan,

اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ،
وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil

‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa

munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon. A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.

Ertinya:

“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).

Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahwa maksud utang dalam hadits tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, intinya mencakup segala macam kewajiban.” (Syarh Shahih Muslim, 17: 33).

Juga dalam hadits di atas diajarkan adab sebelum tidur yaitu berbaring pada sisi kanan.
Semoga bisa diamalkan dan Allah memudahkan segala urusan kita dan mengangkat kesulitan yang ada. Aamiin…

Sumber: Superkiram

The post Amalkan Doa Ini, Insyallah Hutang Banyak Mana Pun Pasti Langsai appeared first on Aliff Channel.

Wajah Gadis Ini Cantik Dan Comel Persis Anak Patung

Lumrah dalam kehidupan, orang comel dan cantik ini pastinya memang ramai peminat. Seperti adik ini yangmenjadi tular gara-gara mempunyai wajah seperti anak patung.

Kulitnya putih dan licin, matanya bulat dan seluruh wajahnya nampak seperti bukan manusia biasa. Rata-rata ramai yang terkejut dan ingat adik ini adalah anak patung yang biasa di jumpa mana-mana kedai pakaian.

Namun begitu, dirinya yang comel itu di katakan oleh netizen cantik kerana make-up semata-mata. Tidak di nafikan, kesan daripada make up yang dia lakukan pada wajah menampakkan dirinya seperti sebuah anak patung yang sangat indah. Lihat lagi gambar-gambar gadis ini berikut ini.

Namun setelah dia menanggalkan kesemua make-upnya, wajahnya masih nampak bersih dan cantik dengan versi yang lebih berbeza.

Rata-rata ramai yang memuji adik ini ketika wajahnya tanpa solekan. Setuju?

Sumber: Eraviral

The post Wajah Gadis Ini Cantik Dan Comel Persis Anak Patung appeared first on Aliff Channel.

loading...