loading...

Thursday 18 January 2024

Sofyank Tak Lokek Ilmu Kongsi Cara Edit Video Background Tanpa Guna Greenscreen

Siapa je tak kenal dengan Sofyank atau nama sebenar, Muhammad Sofian Abdullah yang sudah melebar sayap dengan ‘ilmu’ kurniaan Ilahi sehingga membawanya ke mata dunia.

Dengan kelebihan yang dimiliki Sofyank pasti ramai individu ingin tahu bagaimana cara beliau menyunting video dengan hebat lebih-lebih lagi hasil video terbarunya sangat smooth.

Mana tidaknya, Sofyank sunting latar belakang tanpa menggunakan skrin hijau dan hasilnya kelihatan sangat real! Memang ramai tertipu la ni dengan hasil kerja Sofyank.

“Tak faham tapi saya baca je la,” – netizen

Menjengah ke ruangan komen ramai yang mula bertanya pelbagai soalan pada Sofyank tentang suntingan dan dia tidak lokek berkongsi ilmu dengan menjawab segala soalan.

Ada juga yang kata tidak faham apa yang diterangkan oleh Sofyank tapi mereka tetap merasa kagum dengan hasil akhir video tersebut.

Apa pun kami doakan Sofyank lebih maju di masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment

loading...