loading...

Friday 29 September 2023

Tahniah! Kerajaan Kota Janji, Ini Senarai 11 Lebuhraya Sudah Boleh Guna Kredit / Debit Kad

Ingat lagi tak temu bual dalam satu majlis, Dialog Anak Muda: Temu Anwar yang berlangsung pada 19 Mac 2023 lalu di KLCC.

Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan menilai semula monopoli yang dinikmati Touch ‘n Go (TNG) lebih daripada sedekad yang tiada perubahan ataupun kemajuan yang meyakinkan daripada penyedia perkhidmatan.

Perubahan telah berjaya dilakukan

Selepas enam bulan, kerajaan sudah berjaya membuat perubahan kepada isu tersebut dimana kini di beberapa tol sudah boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk membayar tol.

Jadi dengan rasminya Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka telah dibuka kepada semua hari ini cuma hanya untuk dibeberapa kawasan saja.

Menurut ciapan twitter @mysumber, setakat ini terdapat 11 buah tol menuju ke kawasan Kuala Lumpur yang telah menggunakan sistem ini.

Apa pun, terima kasih kerajaan kerana telah memudahkan kami. Harap sistem ini dapat diaktifkan untuk semua tol yang ada di Malaysia supaya perjalanan lebih mudah.

Wednesday 27 September 2023

Daiyan Trisha Jumpa Pelakon Amerika, Netizen Mengidamkan Kehidupan Sepertinya

Sebelum ni kecoh dengan dakwaan yang dilemparkan netizen kepada pelakon dan penyanyi muda, Daiyan Trisha dimana dikatakan mengubah bahagian tertentu pada wajahnya.

Tapi kini lain pula cerita apabila ramai netizen mula mengidamkan dan sukakan kehidupan Daiyan sehinggakan ada yang cemburu melihat dirinya ‘terbang jauh’.

Ini terjadi apabila Daiyan memuat naik beberapa keping foto ketika keberadaannya di Paris, The Louvre bersama pelakon Hollywood menerusi akaun X miliknya.

Daiyan x Amanda Seyfried

Apa yang menjadi tumpuan lagi apabila Daiyan kelihatan berbual dan mengambil gambar bersama barisan pelakon Amerika yang terkenal.

Antaranya Amanda Seyfried, Stephanie Hsu, Ed Westwick, Maitreyi Ramakrishna dan ramai lagi lah!

Apa lagi, posting tersebut dibanjiri dengan komen dari netizen dan artis Malaysia dengan mengatakan mereka cemburu dengan Daiyan.

“You are a living art,” – Mira Filzah

Apa pun, setiap daripada kita ada kehidupan yang indah. Jangan lihat satu sisi seseorang saja, okay? Bersyukur!

Nikmati Keindahan Alam Dan Aktiviti Menarik Di Taman Botani Putrajaya

Anda mencari destinasi yang menyeronokkan untuk seisi keluarga, lepak bersama rakan, atau dating dengan pasangan? 

Taman Botani Putrajaya di tengah bandar KL adalah pilihan terbaik!

Di sini, anda boleh picnic, berjoging, menyewa basikal mengelilingi taman yang cantik dan menikmati keindahan alam semula jadi.

Ingin tahu lebih lanjut tentang harga tiket dan pilihan sewa basikal di Taman Botani Putrajaya? Jangan risau, kami ada info berguna untuk anda.

Mengenali Taman Botani Putrajaya

Awalnya dikenali sebagai Lake Garden, kemudian menjadi Taman Tasik Perdana, dan pada tahun 2011, nama tempat ini berubah lagi menjadi Taman Botani Perdana. 

Dibuka untuk umum pada 31 Ogos 2001 dan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada pada 4 Februari 2003.

Bagi yang belum tahu, taman melebihi 230 ekar ini juga terkenal di seluruh asia;

  • Dianugerahkan sebagai ‘Taman Paling Menakjubkan di Asia’ oleh Yayasan Chelsea Diraja, London pada tahun 2008. 
  • Tersenarai di antara 40 taman yang mempesonakan di Asia dalam buku ‘Paradise Found: Journeys Through Noble Gardens of Asia’.

Keunikan Taman Botani Putrajaya

Digelar “mother of all gardens”, taman awam di Putrajaya ini yang berkonsepkan “floral attractions” menghimpunkan lebih dari 750 spesies tumbuhan dan 8 taman botani.

Ia juga menempatkan:

Moroccon Pavillion Islamic Garden

Moroccan Pavilion Islamic Garden mengambil inspirasi dari seni bina Maghribi dan merupakan simbol pertukaran budaya antara Malaysia dan Morocco. 

astaka moroco di putrajaya
Kredit gambar: myra.namirah.azman

Pengunjung boleh mengambil gambar yang menarik di pelbagai sudut cantik seperti pintu masuk dan kolam air yang terinspirasi oleh Al Hambra di Sepanyol. 

Dekorasi dinding bangunan ini diterangi dengan ukiran corak dan kaligrafi yang menakjubkan.

Kredit gambar: xhdrx

Untuk memasuki bangunan ini, ada bayaran masuk yang berpatutan, tetapi jika hanya ingin bergambar di luar, tiada bayaran. 

Anda boleh mendapatkan tiket masuk ke Astaka Morocco di pintu masuk Taman Botani, dan perlu diingat bahawa Astaka tutup pada hari Selasa.

Jangan lupa ootd di Astaka Morocco! 

Rumah Johor

rumah johor
rumah johor di taman botani putrajaya

Aktiviti menarik di Taman Botani Putrajaya

Selain daripada menikmati keindahan tumbuhan, Taman Botani Putrajaya turut menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dinikmati oleh pengunjung:

Piknik

Bawa keluarga atau rakan-rakan anda untuk piknik di kawasan yang telah disediakan atau berkelah di tepi tasik.

Anda boleh membawa tikar, makanan sendiri atau mendapatkan hidangan ringan di kawasan ini.

taman awam putrajaya
Kredit: tamanawamputrajaya

Berjalan / berbasikal / menaiki trem / berjogging

Kawasan ini mempunyai laluan jogging dan basikal yang cantik yang membolehkan anda menjelajahi taman dengan cara yang aktif.

Malah, pengunjung boleh menaiki trem, menyewa basikal dan melalui lorong-lorong yang berlindung serta menghirup udara segar.

berbasikal di taman botani putrajaya
Kredit gambar: lovemily1985

Beriadah di taman permainan

Bagi keluarga dengan kanak-kanak kecil, terdapat juga taman permainan berkonsepkan buluh (Bamboo Playhouse). 

Mereka boleh bermain dengan selamat sementara anda menikmati keindahan sekeliling.

Memberi ikan makan

Di Taman Botani Putrajaya, anda boleh menikmati pemandangan tasik yang luas dan memberi makan kepada pelbagai spesies ikan dengan membawa makanan sendiri, seperti roti. 

Ia adalah aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama keluarga atau rakan-rakan.

Diingatkan untuk berhati-hati dalam memberi makan ikan dan pastikan untuk membuang sampah dengan betul.

taman di putrajaya
Kredit: tamanawamputrajaya

Spot bergambar

Fotografi adalah salah satu aktiviti yang popular di Taman Botani Putrajaya.

Terdapat banyak lokasi menarik yang sesuai untuk merakam kenangan indah seperti di Astaka Morocco.

Tarikan utama dalam taman

Pusat penyelidikan dan pemuliharaan

Taman ini memiliki pelbagai spesies tumbuhan termasuk pokok hutan, zingiberalis & heliconia, spesies eksotik, dan lain-lain lagi.

Para penyelidik dan pelajar sering melawat taman ini untuk menjalankan penyelidikan berkaitan dengan spesies-spesies ini.

Laman perdana

Menariknya kawasan yang luas di tengah taman ini dilengkapi dengan bumbung berkonsep simetri yang cantik.

Selain itu, menjadi tempat persinggahan popular untuk pengunjung yang ingin berehat setelah menjelajahi sebahagian besar taman.

Tempat pilihan popular untuk mengadakan acara istimewa di Putrajaya.

Taman herba dan rempah

Di Taman Botani Putrajaya, terdapat koleksi herba dan rempah yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk belajar tentang khasiat setiap tumbuhan herba.

Sangat sesuai untuk membawa anak-anak supaya mereka dapat mempelajari lebih lanjut tentang tumbuhan herba yang menarik.

Taman sunken

Taman Sunken adalah kawasan terbuka yang dipenuhi dengan tumbuhan berwarna-warni dan reka bentuk geometri yang seakan-akan taman istana.

Taman rusa

Taman Rusa yang seluas 2 hektar ini adalah tempat tinggal bagi Rusa Holland yang menarik.

Walaupun taman ini kecil, ia adalah tempat yang sesuai untuk membawa anak-anak kecil untuk mengenali rusa. 

Taman bunga raya

Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia, jadi taman ini mempunyai pelbagai jenis bunga raya, termasuk yang berwarna jingga, putih, merah jambu, dan banyak lagi.

Turut dilengkapi dengan kolam air terjun setinggi 4 meter dan bangunan bergaya kolonial.

Taman orkid

Taman ini menempatkan lebih kurang 5000 spesies bunga orkid, dan anda pasti akan terpesona dengan koleksi orkid ini.

Herbarium

Jika anda ingin lebih mengenali spesies tumbuhan di taman ini, jangan lupa kunjungi ruang herbarium. 

Terdapat kira-kira 4000 spesimen herbarium hasil kutipan dari seluruh taman Malaysia dan ruang ini membantu penyelidik mengumpul data tentang tumbuhan.

Kemudahan / fasiliti 

Ini adalah beberapa kemudahan dan laluan berpandu yang menarik yang boleh anda nikmati ketika melawat Taman Botani Putrajaya.

Kemudahan umum:

  • Sewaan basikal
  • Padang majlis keraian (boleh menyewa taman untuk majlis perkahwinan di dalam taman, hari keluarga, hari jadi, mesyuarat, dan sukaneka)
  • Tempat letak kereta
  • Siar kaki sisiran tasik
  • Trek jogging
  • Tandas, surau, gazebo, bamboo playground, kafe dan kedai cenderamata

Laluan berpandu:

  • Laluan jelajah (Meniti kanopi sepanjang 170 meter yang merentasi hutan hujan tropika)
  • Denai helikonia
  • Taman pepanjat
  • Bukit palma 
  • Taman suria (Pelajari cara membaca waktu menggunakan obelisk)
  • Taman flora (Terdapat koleksi tumbuhan dan landskap menarik dari Amerika Tropika, Afrika, dan Asia Pasifik)
menaiki trem di taman botani putrajaya

Tip untuk melawat Taman Botani Putrajaya

Berikut adalah beberapa tips berguna untuk lawatan anda ke Taman Botani Putrajaya:

  • Datang pada hari cuaca cerah dan waktu pagi untuk pengalaman yang lebih baik.
  • Kunjungi Pusat Maklumat Pelawat untuk mendapatkan maklumat terkini tentang taman botani dan aktiviti yang boleh dilakukan di sana.
  • Gunakan basikal atau naik tram untuk mengelilingi taman yang luas ini.
  • Jangan lupa membawa air minum dan makanan ringan, tetapi jangan meninggalkan sampah di taman.
  • Pastikan anda memakai kasut yang selesa kerana anda mungkin perlu berjalan jauh untuk melihat keindahan taman botani.
  • Bawa payung atau topi kerana cuaca di Putrajaya boleh menjadi panas dan hujan pada masa yang sama.
  • Pastikan anda membawa air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi semasa berjalan-jalan di taman botani.
  • Bawa kamera untuk mengambil gambar keindahan taman botani 

Cara ke Taman Botani Putrajaya

Terletak di Presint 1, Putrajaya, Malaysia dan beralamat:  Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Taman ini beroperasi setiap hari dari jam 7 pagi hingga 7 malam. 

Untuk sampai ke Taman Botani Putrajaya, terdapat beberapa pilihan:

  • Kenderaan sendiri: Jika anda membawa kereta sendiri, taman ini mempunyai tempat kereta yang luas dan anda boleh menggunakan aplikasi Waze atau Google Map untuk panduan arah ke Taman Botani Putrajaya.
  • Pengangkutan Awam: Naik bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau naik keretapi ke stesen Putrajaya Sentral, dan dari sana naik teksi / Grab ke Taman Botani Putrajaya.

Apabila anda tiba di Taman Botani Putrajaya, pastikan anda mendapatkan peta taman untuk memudahkan anda merancang perjalanan dengan lebih baik.

Harga / bayaran masuk

Anda boleh masuk ke Taman Botani Putrajaya secara percuma. 

Namun, terdapat caj berasingan untuk masuk ke Astaka Morocco (Pavilion Maghribi) dan untuk aktiviti seperti menaiki trem atau menyewa basikal.

Naik trem Individu/Dewasa RM 7.00 /paxRM 5.00/pax (MYKAD) 
Pelajar/Anak RM 6.00/paxRM 4.00/pax (MYKAD)
Basikal Isnin Jumaat Tempat duduk bujang RM10.00/unit/jamRM 8.00/unit/jam (MYKAD)
Isnin Jumaat Pembawa Bayi RM12.00/unit/jamRM 9.00/unit/jam (MYKAD)
Hujung minggu & cuti umum Tempat duduk bujang RM12.00/unit/jamRM 10.00/unit/jam (MYKAD)
Hujung minggu & cuti umum Pembawa Bayi RM14.00/unit/jamRM12.00/unit/jam (MYKAD)

Tarikan berdekatan Taman Botani Perdana

Selepas itu, kunjungi tempat-tempat menarik berhampiran seperti Taman Burung KL, Memorial Tun Abdul Razak, Tugu Negara, Planetarium Negara, Taman Rama-Rama, Muzium Kesenian Islam, dan Masjid Negara. 

Jadi, apa tunggu lagi? Temui keindahan semula jadi dan habiskan masa yang indah di Taman Botani Putrajaya! 

“Saya Memang Tak Ada Rumah,” – Khairul Amin Dedah Perbelanjaan Hidupnya

Ramai diantara kita menginginkan rumah besar yang selesa dan kereta idaman dari luar negara.

Tapi perspektif jutawan muda sambal Nyet, Khairul Amin atau lebih mesra dipanggil KA, lain pula pandangannya apabila membuat pengakuan tentang perbelanjaan kehidupannya.

Pengakuan ini dilakukan ketika dirinya sedang membuat Live menerusi akaun TikTok miliknya ketika menjual sambal Nyet.

Jika anda terlepas Live KA semalam, anda boleh tonton posting video di bawah.

So, korang semua yang tak ada rumah tu rilek je okay? Tak perlu nak berlumba-lumba.

Bak kata KA, hidup tu biar tidur pun tenang-tenang~

Tuesday 26 September 2023

Sedap Ke? Coca-Cola Buat Resipi Baru Guna Artificial Intelligence (AI) – Y3000 Zero Sugar

Teknologi dan media berkembang dengan begitu pesat hinggakan banyak syarikat menjadi lebih kreatif dalam menggunakan teknologi untuk memenuhi pertambahan kehendak setiap pengguna.

Begitulah yang dilakukan oleh syarikat perniagaan air gas Coca-Cola apabila menggabungkan kreativiti antara manusia dan artificial intelligence (AI) untuk mencipta resipi baru.

Resipi yang dikatakan perisa baru dari Coca-Cola ini adalah Y3000 Zero Sugar yang mana kononnya korang dapat rasa air Coke tu seperti masa hadapan (Futuristik Flavoured).

Macam mana rasa masa hadapan tu? Korang boleh tengok video Tiktok kami untuk tengok macam mana rasa air Coke yang dihasilkan oleh Artificial Intelligence (AI) ni.

Tujuan gandingan resipi dengan Ai ni adalah untuk memastikan Coke kekal relevan walaupun pada tahu 3000 akan datang.

Untuk pengetahuan anda terdapat dua jenis air Coke keluaran terbaru ini iaitu Zero Sugar dan Original.

Bukan saja rasa berbeza tapi pembungkusan juga lain dimana kali ini terdapat warna biru muda dan merah jambu serta sedikit ungu dan merah.

Apa yang pasti, logo New Creation Coke Co-Created Ai ni adalah “hubungan antara manusia dan masa depan planet kita.”

Korang dah cuba ke belum resipi Coke dari Ai ni?

Friday 22 September 2023

16 Resort Menarik Di Selangor Untuk Percutian Hebat

Cari resort menarik di Selangor untuk percutian anda? Contohnya, Beach Resort Selangor?

Bayangkan diri anda ‘relax’ di tepi kolam renang, menikmati pemandangan alam semula jadi dari luar balkoni atau hanya ‘spend time’ bersama keluarga tercinta. 

Bagaimana jika anda datang bercuti di sini? Bukan apa, sama ada bersama keluarga atau ‘solo’, anda akan merasai keselesaan seperti di rumah sendiri di tempat bercuti di Selangor.

Malah, menjelang akhir tahun ni, banyak tempat penginapan menarik di Selangor menawarkan promosi diskaun yang menarik. 

Adakah anda ingin tahu lebih lanjut tentang peluang percutian di Selangor? Apakah tarikan terbesar negeri ini? Anda boleh membaca artikel lain dari pautan ini.

Senarai resort menarik di Selangor

Mines Beach Resort

Resort Pantai Philea Mines

Alamat: Jalan Dulang, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Tel: 03-8943 6688

resort pantai philea mines

Ingin pengalaman percutian yang mewah, penuh privasi dan keselesan di Selangor? Datanglah ke Philea Mines Beach Resort, bersebelahan dengan Kelab Golf Mines Resort.

Resort ini menawarkan 171 bilik yang selesa dengan balkoni menghadap tasik yang indah. 

Terdapat juga pantai, kolam lagun, Mines Cruise, 4 pilihan restoran, padang golf, spa dengan rawatan Ayurveda, sukan air, dan banyak lagi kemudahan menarik.

Jom meluangkan masa di Philea Resort Seri Kembangan bersama orang tersayang!

Harga purata: Dari RM 137

Ulasan pengunjung:

“Tempat yang menakjubkan untuk bersantai. Berdekatan dengan Mines Mall. Uptown hanya 5 minit berjalan kaki dari hotel....”

Avani Sepang Goldcoast Resort

Resort mewah di Selangor

Alamat: 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor

Telefon: 03-3182 3600

resort mewah di selangor

Avani Sepang Goldcoast Resort menawarkan 4 jenis bilik yang sesuai untuk keluarga, honeymoon atau mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan Lembah Klang.

Resort menarik di Selangor ini hanya berjarak seminit berjalan kaki dari pantai Bagan Lalang. 

Setiap bilik dilengkapi balkoni dengan pemandangan laut dan dihiasi dalam tema kayu tradisional. 

avani sepang goldcoast resort

Nikmati masa santai di kolam renang infiniti, bersenam di gym, berbasikal, sertai kelas yoga, makan di 6 restoran, atau rileks di spa. 

Bagi yang mencari lebih banyak privasi, vila atas air juga tersedia! 

Harga purata: Dari RM 540

Ulasan pengunjung:

“Tempat santai terbaik. Pemandangan yang bagus dan perkhidmatan kakitangan yang super-duper terbaik! Saya sangat tertekan dalam bekerja jadi memerlukan tempat seperti ini untuk berehat..”

Amverton Cove Golf & Island Resort 

Resort di Pulau Carey

Alamat: PT673, Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor, Malaysia

Telefon: +603 3123 3888 / +603 3123 3800

resort di pulau carey

Resort mesra keluarga terbaharu di Amverton Cove ini berdekatan dengan Kampung Budaya Mah Meri dan hanya 45 minit dari KLIA. 

Malah, ia betul-betul bersebelahan dengan Taman Survival Riverine dan Taman Tema Riverine Splash Water. 

Resort 4 bintang ini juga pernah memenangi Best Family Theme Park (MATFA Golden Horse Award).

Sesuai untuk percutian keluarga atau pasangan yang mencari aktiviti yang menyeronokkan!

Harga purata: Dari RM 308 

Ulasan pengunjung:

“Pengalaman hebat dari company trip kami! 3H2M. Tempat yang besar dengan hotel, taman (Taman Air, Taman Survival) dan golf…”

Espira Kinrara

Resort menarik di Puchong untuk keluarga

Alamat: Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor

Telefon: 03-8079 1000

resort menarik di puchong

Espira Kinrara ialah sebuah resort yang terletak di pinggir Bandar Kinrara, Puchong, bersebelahan dengan Bukit Jalil dan Putrajaya. 

Ia menawarkan 100 bilik tetamu yang luas dengan akses terus ke kolam renang dewasa dan kanak-kanak yang menjadi tumpuan utama resort. 

Selain itu, terdapat kemudahan golf dan tempat sesuai untuk mengadakan acara dan mesyuarat.

Jadi, ia adalah destinasi yang sempurna untuk percutian atau urusan perniagaan anda!

Harga purata: Dari RM 297 

Ulasan pelanggan: 

“Terdapat beberapa jenis bilik untuk dipilih, dan kami mendapat bilik di tepi kolam renang. Ini sangat baik kerana kanak-kanak boleh bermain di kolam kanak-kanak pada bila-bila masa, dan ibu bapa boleh duduk di tepi kolam atau dari bilik untuk memantau mereka…”

Cyberview Resort & Spa

Resort menarik di Cyberjaya

Alamat: The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7, 63000 Cyberjaya, Selangor

Telefon: 03-8312 7000

cyberview resort & spa

Resort 5 bintang ini terletak di tengah-tengah taman seluas 12 hektar, berdekatan dengan tempat menarik Putrajaya seperti Tasik Putrajaya dan Masjid Putra

Pilih bilik suite atau kotej romantik yang dilengkapi balkoni, peti sejuk mini, Wi-Fi percuma, dan kemudahan membuat teh/kopi. 

Cyberview Resort & Spa Cyberjaya menawarkan menawarkan kolam renang luar gaya lagun, gim, spa, tab mandi panas, dan 3 jenis restoran dengan hidangan Asia dan Itali. 

view luar resort cantik di selangor

Anda juga boleh bermain bola keranjang, tenis, atau memancing di tasik. Tempat yang ideal untuk mesyuarat korporat, sambutan ulang tahun, majlis perkahwinan, dan Hari Keluarga

Harga purata: Dari RM 210

Ulasan pelanggan: 

“Ia adalah resort yang sangat cantik dengan taman landskap yang sangat cantik. Lobi adalah sangat luas dan berbau harum dengan aroma minyak pati…”

The Kabin Kuala Selangor

Resort menarik di Kuala Selangor

Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor

Telefon: 017-924 7800

the kabin resort menarik di selangor

The Kabin adalah sebuah resort berkonsepkan kontena dengan reka bentuk moden dan minimalis. 

Di sini, anda juga akan menjumpai sebuah kafe, kawasan BBQ, bilik permainan, ruang karaoke, surau, serta perkhidmatan sewaan basikal dan papan paddleboard.

kolam renang luar dengan view cantik

Nikmati pengalaman santai di The Kabin bersebelahan Pantai Remis!

Harga purata: Dari RM 160

Ulasan pengunjung:

“Berbaloi dengan wang, tempat yang sangat baik untuk membawa rakan dan keluarga anda. Hotel ini terletak berhampiran pantai..”

Templer Park Rainforest Retreat

Resort di tengah-tengah hutan di Rawang

Alamat: 22, Jalan 3/2, Templer Height, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor

Telefon: 016-203 8562

resort di selangor

Resort di Selangor ini menawarkan pemandangan hutan hujan dan dekat dengan air terjun Hutan Simpan Kanching.

Anda boleh memilih villa Templer Park moden 4 bilik tidur atau rumah unik 5 bilik tidur dari kontena.

outdoor pool di selangor

Kemudahan lengkap seperti kolam renang infiniti, dapur terbuka, jacuzzi, taman, sauna, kolam renang kanak-kanak, BBQ, dan dek dengan pemandangan gunung.

Sesuai untuk penginapan bersama keluarga atau rakan.

Harga purata: Tiada maklumat

Ulasan pengunjung:

“Tempat yang bagus dengan kedamaian dan ketenangan bergabung dengan keindahan alam semula jadi. Tempat yang bagus dengan keluarga dan tempat percutian yang bagus untuk berehat sebentar…”

Sarang By The Brook

Resort menarik untuk solo traveler di Selangor

Alamat: Jalan Seruling 20,, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Telefon: 019-332 2448

resort menarik untuk healing

Dikelilingi oleh hutan hijau, resort menarik di Selangor ini hanya 5 km dari Kuala Kubu Bharu Hot Spring.

Bilik-biliknya selesa dengan balkoni, bilik mandi suite, penghawa dingin, dan kemudahan membuat teh/kopi.

Fasiliti termasuk ‘outdoor saltwater pool’, dapur berkongsi, dan tempat BBQ. Anda juga boleh sertai aktiviti jungle trekking dan white-water rafting.

Ia menawarkan suasana healing dan konsep minimal yang menarik.

Harga purata: Dari RM 152 

Ulasan pengunjung:

“Dikunjungi selama satu malam dan benar-benar menikmati penginapan saya! Hos sangat mesra dan membantu. Tempatnya sangat bersih dengan kolam renang 24 jam dan ruang dapur yang boleh anda lakukan sendiri...”

Beacon Resort Selangor

Resort menarik di Selangor untuk healing

Alamat: PT 4049, Mukim Sungai Gumut,, Kampung Gumut Tambahan, 44100 Kerling, Selangor

Telefon: 019-833 3378

tempat percutian menarik di selangor

Apabila anda tiba di Beacon Resort, anda pasti akan menyukai suasana sekelilingnya.

Selain daripada bercuti bersama keluarga, resort menarik di Selangor ini juga sesuai untuk healing, day trip, aktiviti team building atau company trip

hot spring pool di selangor

Menariknya, mereka menawarkan perkhidmatan penjagaan holistik peribadi oleh pasukan perubatan profesional. 

Di samping itu, pelbagai kemudahan disediakan termasuk kolam air panas semula jadi, pusat spa, peluang untuk memberi makan ikan, mandi sungai serta jungle trekking.

Harga purata: Dari RM 100

Ulasan pengunjung:

“Suka seluruh suasana resort. Sangat bagus untuk keluarga bersantai dan bersantai. Kolam air panas, urutan tangan percuma, kakitangan yang mesra dan sedia membantu. bilik yang bersih dan selesa, hidangan buffet…”

Tadom Hill Resorts, Banting

Resort menarik di Banting

Alamat: Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang,42700 Banting, Selangor

Telefon: 012 5225 728

tadom hill resort yang menarik

Tadom Hill Resort adalah destinasi ideal bagi pencinta alam dengan pondok-pondok yang dibina daripada buluh dan dikelilingi pokok menghijau serta berhampiran tasik. 

Anda boleh memilih dari pelbagai jenis penginapan, termasuk khemah pra-pitched, pondok jerami peribadi, dan bilik berhawa dingin. 

Sarapan pagi dan tempat letak kereta adalah percuma, dan terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti rakit buluh, memanah, ATV, zipline flying fox, dan banyak lagi. 

Disyorkan untuk team building bersama sekumpulan besar! 

Harga purata: Dari RM 150

Ulasan pengunjung:

“Sangat seronok untuk pembinaan pasukan kami di sini. Fasilitator yang hebat, makanan, kemudahan..”

Paradise Valley Broga Resort

Resort menarik ada kolam renang dengan gelongsor di Semenyih

Alamat: Lot 1742 & 1369, Jalan Tarun 27/23, B34, Jln Broga, Broga, 43500 Semenyih, Selangor

Telefon: 011-1668 6188

resort ada kolam di selangor

Cari resort menarik di Hulu Langat? Marilah ke Paradise Valley Semenyih!

Paradise Valley Resort, dikelilingi oleh hutan hujan, menawarkan percutian santai dengan pelbagai jenis buah organik dan aktiviti rekreasi seperti mendaki Bukit Broga, berjalan ke ladang buah, flying fox, dan banyak lagi.

tempat percutian menarik di selangor

Nikmati kolam renang dengan pemandangan bukit hijau yang menakjubkan, sesuai untuk mesyuarat, aktiviti pembinaan pasukan, percutian keluarga, dan majlis perkahwinan.

Lupakan seketika kesibukan bandar dan nikmati udara segar gunung di Paradise Valley!

Harga purata: Dari RM 136 

Ulasan pengunjung: 

“Ia benar-benar satu perjalanan yang menyenangkan untuk menginap dan menikmati di Paradise Valley Broga Resort. Banyak pilihan aktiviti. Penginapan selesa dan bersih. syorkan tempat ini kepada orang lain….”

Sekeping Serendah Retreats 

Resort tersembunyi di Serendah, Selangor

Alamat: Sekeping Serendah Retreats, Jalan Ipoh, Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah, Selangor

Telefon: 012-324 6552

sekeping serendah di selangor

Tempat percutian menarik di Selangor ini terletak dalam hutan hujan, hanya 10 minit berjalan kaki dari Air Terjun Serendah dan berhampiran Taman Eko Rimba Kanching.

Bilik-biliknya dibina di atas platform, termasuk chalet kaca dan struktur keluli bergaya industri. Walaupun tiada talian telefon, Wi-Fi disediakan. 

Semuanya menawarkan pemandangan hutan, kipas siling, kelambu, pancuran mandian terbuka, dan dapur kecil. Kemudahan termasuk BBQ dan 2 kolam renang luaran.

bilik menarik dengan pemandangan hutan hijau

Resort di Selangor ini ideal untuk kumpulan kecil atau percutian keluarga yang ingin berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi. Jom rehatkan diri anda di Sekeping Serendah!

Harga purata: Dari RM 500

Ulasan pengunjung:

“Ini adalah tempat untuk mereka yang sukakan suasana terapi hutan, shinrin-yoku, dan mengelakkan pemasangan khemah. Rumah kampung seperti dibina dengan baik…”

Embun Resort @ Putrajaya

Resort  menarik di Kajang

Alamat: Lot 11571 Bukit Dugang, Sg Merab, Desa Putra, 43000 Kajang, Selangor

Telefon:  011-2185 4013

embun resort putrajaya

Embun Resort Putrajaya menawarkan pengalaman unik dengan tema taman dan ‘nature’. Terdapat dua resort di Malaysia, satu di Putrajaya dan satu lagi di Kampar, Perak.

Selain itu, menyediakan dewan mesyuarat, tempat acara dan persembahan, kemudahan kolam renang serta bilik hotel untuk pelbagai acara.

Terdapat lebih dari 20 aktiviti luar seperti trekking hutan, flying fox, kayaking, river tubing dan banyak lagi.

kolam renang menarik di selangor

Tempat ini popular dalam kalangan keluarga, pasangan, dan pelancong perniagaan. Ia turut sesuai untuk majlis perkahwinan, team building, atau hari keluarga.

Harga purata: Dari RM 132

Ulasan pengunjung:

“Ia adalah tempat yang sangat bagus disyorkan untuk mereka yang ingin "menyembuhkan"..”

Sunway Resort 

Resort menarik untuk keluarga di Selangor ada taman tema

Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

Telefon: 03-7492 8000

resort menarik di selangor untuk keluarga

Terletak di Bandar Sunway, hotel mewah 5 bintang ini terkenal dengan taman tema Sunway Lagoon dan berdekatan pusat membeli-belah Sunway Pyramid.

Sunway Resort Hotel menawarkan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang, spa, wonderland kids club, waterventure, dan Gordon Ramsay Bar & Grill pertama di Malaysia. 

Semua bilik, suite, dan villa telah diperbaharui dengan teknologi terkini, termasuk suite kesihatan dan perniagaan.

bilik cantik di selangor

Keluarga pasti akan gembira dengan Suite Keluarga yang dilengkapi karaoke serta konsol permainan pada skrin besar.

Nikmati penginapan mewah dan hiburan tanpa henti di sini!

Harga purata: Dari RM 647

Ulasan pengunjung:

“Tempat yang bagus jika anda ingin meluangkan masa di dalam resort (mempunyai semua aktiviti - membeli-belah, makan, hiburan - yang mungkin diperlukan).....”

Dedaun Langat Resort 

Resort menarik di Hulu Langat

Alamat: PT 86, Kampung Orang Asli, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 01155026056

resort menarik di hulu langat

Dedaun Langat Resort adalah destinasi ideal untuk bercuti di Hulu Langat dengan bunyi serangga dan suasana hutan yang menenangkan.

Terletak hanya 15 minit dari Gunung Nuang dan Hutan Lipur Sungai Congkak, resort Hulu Langat ini terletak di Kampung Orang Asli Hulu Langat yang terkenal dengan buah tropika. 

Nikmati penginapan yang luas dengan bilik mandi peribadi, dan akses kepada kolam renang luaran serta taman air mini untuk kanak-kanak.

Sarapan pagi percuma turut disediakan. Jom nikmati percutian di Hulu Langat dengan Dedaun Langat Resort!

Harga purata: Dari RM 216

Ulasan pengunjung:

“Pengalaman kampung asli, tempat yang layak, tempat yang indah untuk bersantai dengan pemandangan hijau di luar bilik..”

Carpe Diem Orchard Home Serendah

Penginapan menarik di Selangor

Alamat: 803, Main Road, Kampung Sungai Choh, 48200 Serendah, Selangor

Telefon: 013-228 8223

carpe diem resort menarik di selangor

Resort ala kampung ini terletak dalam kehijauan tropika dan tidak jauh dari pusat bandar Rawang dan Air Terjun Hutan Hujan Kanching.

Di Carpe Diem Resort, anda boleh berenang di kolam renang dengan gelongsor, BBQ, berbasikal, memancing, memetik buah-buahan, bermain pingpong dan trampolin.

Selain itu, nikmati permainan tradisional seperti congkak, capteh, dan petanque.

Tempat ini sesuai untuk percutian korporat, latihan pasukan, majlis perkahwinan, atau reunion keluarga.

Harga purata: Dari RM 292

Ulasan pengunjung:

“Suasana kampung macam dulu dulu. Sangat tenang. Anak memang seronok sangat kolam depan bilik ja. Suasana kampung mcm dulu dulu mmg best..."

Suami Gagal Bayar Hutang Lebih Setengah Juta, Isteri Diculik, Dirantai & Dicucuh Rokok

Hari ini kami dapat berita yang mengejutkan ketika sedang scroll aplikasi X, kami terbaca satu tweet dari milik akaun @redzuanNewsMPB.

Tweet tersebut berbunyi, disebabkan perbuatan buruk suaminya yang gagal bayar hutang, si isteri terpaksa menanggung akibatnya.

Lebih menyedihkan lagi apabila terdapat 14 suspek. Bayangkan seorang wanita ‘berlawan’ dengan 14 orang.

Gambar Mangsa

Dalam pada masa sama, @redzuanNewsMPB turut memaparkan beberapa kepingan gambar yang berjaya diambil ketika wanita tersebut berjaya dijumpai. Memang dalam keadaan teruk!

Mangsa berusia 36 tahun itu diikat dengan rantai besi selain dicucuh dengan puntung rokok, jarum serta disebat dengan paip getah hingga mengalami kecederaan pada anggota badan.

Kami turut difahamkan wanita tersebut adalah warga Indonesia diculik dan dikurung selama 10 hari selepas suaminya yang juga warganegara sama didakwa gagal membayar hutang kepada lelaki tempatan berjumlah RM540,000.

Dan sebenarnya, bukan wanita itu saja yang menjadi mangsa culik kerana turut diselamatkan seorang lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun yang dikurung dan di rumah sama.

Wednesday 20 September 2023

Parents Tiri Mondy Pula Dikatakan Kena Tipu, Netizen Pening Sebelah Mana Nak Percaya

Tak perlu cakap banyak lagi, hari ni min nak kongsi satu cerita, masih ‘fresh’ lagi baru je beberapa minit yang lalu keluar.

Korang semua mesti dah kenal kan siapa Mondy ni, alah ibu tunggal dari Indonesia yang pernah dibantu oleh Ebit Lew tu. Kemudian, berkongsi sesuatu di podcast YouTube Caprice,

Ebit Lew saman

Selepas isu ini tular, pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memfailkan saman fitnah terhadap pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

Perkara ini sampai ke telinga ibu bapa Mondy dan terbaru, ibu bapa tiri Mondy dikatakan telah digula-gula dengan “bukti chat” yang palsu yang mana semuanya keluar dekat satu Indonesia atau Malaysia.

Lihatlah hantaran video menrusi akaun Instagram Caprice yang dilihat memuat naik video Mondy ketika membuat panggilan video bersama ibu dan ayah tirinya.

https://ift.tt/NC7EIUd

Tuesday 19 September 2023

Buat Video Masak, Ira Kazar Mula Ramai Peminat

Februari lalu kecoh isu hangat anak kepada pelakon Kazar Saisi, Faghirah Fatini atau lebih mesra dikenali Ira Kazar yang dikatakan merosakkan rumah tangga orang.

Disebabkan itu, ramai melontarkan kata-kata tidak menyenangkan pada Ira sehingga dilabel ‘penyondol’ dan isu itu juga membuatkan Ira mendiamkan diri.

Tapi selepas keadaan mula reda, Ira Kazar mula aktif kembali di aplikasi TikTok dengan memuat naik video masakan dari air tangannya.

Lihatlah perkongsian 3 video dalam akaun miliknya, semuanya mencecah jutaan tontonan.

“Cantik, pandai masak pulak tu,”

Lebih mengejutkan kami lagi, ruangan komen dihujani dengan komen-komen yang positif. Wah! Kemunculan semula Ira Kazar sudah mula diterima ramai.

“Tak minat Ira tapi suka tengok dia masak,”

Malah ada juga buat pengakuan dirinya tidak meminati Ira Kazar tapi suka melihat content Ira.

Apa pun, hidup kena move on. Siapa kita nak judge orang bila dia pernah buat sesuatu yang buruk pada masa lampau dia.

Monday 18 September 2023

16 Tempat Camping Best Di Selangor (Back to nature)

Sudah bosan dengan Sunway Lagoon, taman tema, atau pantai? Hujung minggu ini, tak tahu nak buat apa? 

Rasa ingin mencuba aktiviti outdoor yang lain seperti camping di Selangor?

Selangor menawarkan pelbagai tapak camping yang sesuai untuk keluarga, kawan-kawan, dan pasangan. 

Jom ajak kawan atau pasangan anda meluangkan masa dengan aktiviti camping di tempat camping menarik di Selangor! 

Adakah anda lebih suka camping di hutan, pantai, atau di lereng bukit? Mana lagi tapak perkhemahan Selangor yang terbaik? 

Jangan risau, kami akan mengupas beberapa camping site Selangor yang boleh anda pilih untuk healing dengan alam.

Senarai tempat camping best di Selangor

Deruan Rimba Campsite

Camping ground di Hulu Langat 

Alamat: Air Terjun Sungai Gabai, Sungai lui, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 012-376 7093

deruan rimba campsite

Tempat camping menarik di Selangor ini baru dibuka pada Julai 2022, dan ia terletak bersebelahan dengan Air Terjun Sungai Gabai. 

Dikelilingi oleh sungai yang mengalir dan Banjaran Gunung Titiwangsa, tempat ini menawarkan pengalaman perkhemahan yang benar-benar unik. 

Anda akan dapat merasai suasana berkabus pada waktu malam dan pagi.

Jadi, datanglah ke Deruan Rimba untuk mengalami keindahan semulajadi Malaysia!

River Garden Kerling

Camping area berdekatan kolam air panas Selangor

Alamat: Kolam Air Panas Kerling, 40000 Kerling, Selangor

Telefon: 019-504 7896

Kerling campsite ini sangat selesa dan tenang untuk keluarga atau rakan-rakan. 

Terdapat kemudahan seperti tandas, bilik mandi, dewan, gazebo, kawasan BBQ, surau, dan 2 zon kawasan yang boleh anda pilih untuk berkhemah. 

Kebanyakan pengunjung juga berkumpul mandi di Sungai Kerling, memancing, dan makan bersama keluarga mereka. 

Malamnya tenang, sejuk seperti di Cameron Highlands. Tempat yang baik untuk “healing”!

Frim Camping Area

Tapak perkhemahan terkenal di Kepong

Alamat: FRIM Camping Area, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong, Selangor, Malaysia

Telefon: 03-6279 7000

Di Frim Camping Area, Perah campsite salah satu tempat paling popular di FRIM Kepong untuk melakukan aktiviti berkumpulan dan ia boleh memuatkan sehingga 120 orang pada satu masa.

Tapak perkhemahan ini dilengkapi dengan kemudahan seperti dapur, dewan, chalet “A-Hut,” tandas, gazebo, dan pelbagai peralatan yang boleh disewa seperti khemah, slepping bag, teropong, dan kompas.

Dikelilingi oleh pokok-pokok hijau dan disertai dengan bunyi hutan yang menenangkan, tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin merasai pengalaman hutan sebenar.

Camping Ground – Resort Eko Rimba Komawel

Outdoor camping Selangor di Rawang

Alamat: Lagong Forest Reserve, KM 23, Jalan Rawang, Compartment 3, 48000 Rawang, Selangor

Telefon: 012-276 1609

Taman Eko Rimba Komanwel Campsite bersebelahan dengan Taman Eko Rimba dan menawarkan pengalaman berkhemah dengan kemudahan yang ‘tip top’.

Dikelilingi oleh hutan lebat dan taman landskap, taman ini mempunyai tasik, trek joging, dan kemudahan lain untuk percutian hujung minggu terbaik.

Anda boleh membawa khemah sendiri, pilih glamping atau chalet. Terdapat juga aktiviti seperti BBQ, kanopi, karaoke, ATV, memancing, berkayak, berbasikal, jungle trekking, dan banyak lagi.

Jangan lupa buat tempahan awal jika ingin berkhemah di tepi tasik yang sangat popular di kalangan pelancong. Tempat ini juga ‘Instagram Worthy’ tau!

Summer Summer Farm

Tapak perkhemahan terbaik di Batang Kali

Alamat: Lot 1768, Kampung Hulu Rening, 44200 Mukim Rasa, Selangor, Malaysia

Telefon: 014 9664 363

Summer Summer Farm – tempat perkhemahan terbaik untuk kumpulan! Tapak perkhemahan tepi sungai ini mempunyai dua bahagian tapak yang boleh memuatkan sehingga 20 orang.

Tambahan pula, terdapat kemudahan lengkap seperti bilik mandi, dapur, dan kawasan unggun api, serta peluang untuk memilih makanan anda sendiri di taman herba.

Apa-apa pun tapak camping ini juga mempunyai suasana ladang, hutan, dan kebun buah yang menjadikan pengalaman camping ini lebih istimewa. 

Nikmati ketenangan malam di sini sambil melihat langit berbintang!

Hammocks By The River

Tapak perkhemahan eksklusif di Selangor

Alamat: Hammocks by the River, 617 Jalan Sungai Makau, Hulu Langat Selangor

Telefon: 011-2810 8190

Hammocks By The River adalah destinasi perkhemahan eksklusif yang hanya untuk dewasa dan mereka berumur 16 tahun ke atas.

Ini adalah peluang untuk mengembalikan kenangan indah bersama pasangan sebelum memiliki anak. Fasiliti seperti tandas, bilik mandi, dan tempat BBQ disediakan. 

Malah, kawasan ini juga pet friendly. Harga pakej bermula dari RM30 seorang semalam, dan pakej lengkap termasuk khemah, bantal, cadar, tilam, peralatan memasak, dan banyak lagi. 

Jadi, datanglah ke Hammocks By The River untuk mengalami pengalaman camping yang santai tepi sungai tanpa bunyi bising!

Kv@Kemensah Valley Recreation And Chalet

Tapak berkhemah yang mesra keluarga 

Alamat: Jalan Kampung Orang Asli, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

Telefon: 012-327 0679

Camping ground di Selangor ini berdekatan Zoo Negara Malaysia. Nikmati malam yang tenang bersama keluarga atau rakan-rakan dan deruan sungai yang mengalir.

Selain itu, terdapat kemudahan BBQ, Gazebo, dapur, tanda, bilik mandi plug point, dan tempat letak kereta disediakan. 

Harga sewa tapak khemah bermula dari RM20/malam, dan gazebo tersedia dengan harga RM30 hingga RM50/malam.

Jangan risau tempat ini selamat untuk membawa anak kecil.

Gg Retreat, Bukit Tasek Serendah

Tempat camping di Serendah

Alamat: Bukit Tasik, Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah, Selangor

Telefon: 011-3311 7455

Terletak di Bukit Tasik Serendah, tapak perkhemahan ini ideal untuk keluarga bersantai dan aktiviti outdoor seperti mendaki, berkelah, jungle tracking, mandi di air terjun, dan ATV.

Tempat camping menarik di Selangor ini dikelilingi oleh pemandangan sungai yang mengalir, menawarkan suasana semulajadi yang indah dan udara segar.

Kemudahan yang lengkap termasuk BBQ pit, gazebo, dapur, kolam, bilik mandi, dan tandas. Namun, perlu berhati-hati kerana kawasan di tepi sungai boleh menjadi licin. 

Jomlah merancang percutian anda ke sini dan pastikan bawa makanan tambahan!

Kamar Aishah Campsite

Campsite peribadi berkonsepkan mesra alam di Selangor

Alamat: Hulu tamu, Kampung Kuantan, Batang Kali, Selangor

Telefon: 019-332 2441

Kamar Aishah Campsite berdekatan dengan sungai yang landai, berkhemah di sini adalah pengalaman yang menenangkan. 

Fasiliti lengkap sesuai untuk perkhemahan keluarga, dengan anak-anak boleh mandi sungai dan menikmati alam semulajadi. 

Bagi yang ingin berkelah, terdapat juga pondok yang boleh disewa. Justeru ini destinasi hujung minggu yang bagus berdekatan dengan KL.

Harganya berpatutan, bermula dari RM50 untuk camping dan RM20 untuk pondok piknik. 

Sesuai untuk keluarga yang mencari ketenangan, bangun awal pagi dan rasakan kesejukan suhu sekeliling.

Teratak Tok Alang

Tempat camping tepi sungai dan makan buah-buahan

Alamat: Teratak Tok Alang, Selangor, Malaysia

Tel: 019-807 4517

Teratak Tok Alang terletak hanya dalam sejam perjalanan dari Kuala Lumpur. Pengunjung juga boleh menikmati mandi-manda di tepi sungai yang jernih dan bersih. 

Malah, anda juga boleh menikmati buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis, dan duku dengan harga serendah RM20 seorang ketika musim tiba. 

Fasiliti yang lengkap termasuk tempat letak kereta, liputan telefon yang baik, bilik mandi, dan tandas. 

Pengalaman berkhemah di sini akan membuat anda ingin kembali lagi dan lagi!

Ubi Padi Leisure

Tempat camping persekitaran kampung di Selangor

Alamat: Batu 18, 673, Jalan Sg. Jerang, Kampung Jawa, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 019-777 8590

Tempat camping yang best di Selangor ini terletak dalam suasana kampung yang indah, dikelilingi oleh bukit-bukau yang memukau. 

Paling penting, kawasan ini berpagar sepenuhnya dan menawarkan pelbagai hasil tempatan seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan pokok buah-buahan.

Selain berkhemah, anda boleh berkelah, berbasikal, memancing, menjalankan aktiviti pertanian, menjelajahi hutan, berakit merentasi Sungai Langat, atau mendaki Gunung Nuang. 

Terdapat kemudahan lengkap seperti kolam renang, padang sukan, tandas, bilik solat, bilik mandi, dan dapur. 

Tempat ini juga ideal untuk acara team-building, summer camp, atau hari keluarga. 

Rumah Kebun Camping Ground

Campsite di Hulu Langat dengan hot shower

Alamat: Kampung Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 019-222 4956

Bagi mereka yang baru dalam camping, Rumah Kebun Camping Ground adalah pilihan yang baik. 

Walaupun namanya begitu, tempat ini menawarkan khemah lengkap dengan tilam dan bantal, tandas serta hot shower seperti di hotel. 

Selepas pasang khemah, kami sarankan anda berendam di sungai Semungkis yang hanya beberapa langkah dari tapak perkhemahan.

Selain pemandangan yang indah, ia juga merupakan lokasi ideal untuk berkhemah dengan seisi keluarga dan rakan-rakan. 

Hulu Tamu Eco Resort

Tapak camping dalam dusun durian

Alamat: Hulu Tamu Eco Resort, Jalan Ulu Tamu 44200 Batang Kali, Selangor

Telefon: +6018-3110608

Terletak dalam hutan dusun durian yang hijau, Hulu Tamu Eco Resort menawarkan 12 lot tapak camping yang luas dengan kemudahan tandas, singki dan bilik mandi yang bersih.

Malah, terdapat mesin layan diri yang menjual minuman sejuk dan makanan ringan. Nikmati pengalaman camping santai di alam semula jadi yang kehijauan. 

Malamnya, ditemani lampu-lampu khemah, lampu solar, dan deruan air sungai di campsite Batang Kali.

Jangan risau tentang keperluan elektrik kerana terdapat soket plug yang disediakan.

Willow Tree Campsite

Tempat best camping di Hulu Langat

Alamat: PT 8878 Batu 24 & 25, Jalan Genting Peras, Hulu Langat, Selangor

Telefon: +6016-9839715

Kredit gambar: twitter @syahmihakim13

Tapak camping di Hulu Langat ini menawarkan pemandangan gunung yang menakjubkan.

Dengan kemudahan tandas yang selesa, ia adalah tempat camping Selangor yang bagus untuk mengisi masa bersama keluarga atau rakan-rakan dalam nature.

Jangan lupa saksikan pemandangan dan keindahan matahari terbenam!

Kem The Woods Ulu Yam

Camping site di Ulu Yam Selangor

Alamat: 1, Jalan Sungai Tua Ulu Yam, Selangor

Telefon: +6012-6893297

Kredit gambar: twitter @syahmihakim13

Jom pergi camping di Kem The Woods Ulu Yam @ Ulu Yam, tempat camping terbaik di Selangor! 

Dikelilingi oleh kehijauan hutan, kawasan perkhemahan yang luas ini terletak berhampiran sungai menawarkan pengalaman camping yang unik. 

Anda boleh menikmati aktiviti seperti mendaki hutan, bbq di pit, dan kemudahan tandas serta shower yang selesa. 

Datang dan nikmati keindahan alam yang menyejukkan mata!

Pusat Rekreasi Sungai Congkak

Tempat camping berhampiran Sungai Congkak

Alamat: Batu 20, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 0132254803

Kredit: placesmalaysia

Di sini, anda dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti berkhemah, berkelah, jungle trekking, buat BBQ, dan mandi-manda di dalam sungai Congkak yang jernih. 

Paras air sungai juga sesuai untuk kanak-kanak dan dengarkan bunyi aliran sungai mengalir.

Kalau ingin mencuba aktiviti flying fox, bolehlah pilih mana-mana pakej di Skytrex Sungai Congkak.

Tempat camping menarik di Selangor ini sesuai untuk seisi keluarga, rakan-rakan, atau kumpulan besar.

Harga tiket masuk: Dewasa (RM 2) & kanak-kanak (RM 1)

loading...