loading...

Tuesday 30 January 2018

‘Dahla Gemuk Macam Badak Sumbu, Tak Layak Jadi Isteri Aku!’ – Kata Suami Depan Skandal

Jika ketika ini anda antara wanita yang berasa diri gemuk, hitam langsung tak cantik, kisah wanita ini mungkin menyentuh perasaan anda. Semua perasaan itu pernah dialami oleh wanita ini.

Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata hati ramai pihak bahawa kecantikkan itu bukan sahaja dari luaran malah kecantikkan dalaman seseorang. Buat apa badan, wajah cantik tapi hati tidak, bukan? Suami seperti ini sepatutnya tidak wujud di muka bumi ini! Baca kisahnya selanjut ini.

Saya mempunyai berat badan yang agak besar dulu. Disebabkan saya gemuk, suami saya curang, tinggalkan saya dan malukan saya pada umum. Saya tak minta jadi gemuk seperti ini. Saya gemuk pun selepas melahirkan anak kembar awak.

Saya tak ada masa nak kuruskan badan disebabkan menyusu dan sibuk bekerja untuk bantu awak. Saya tahu awak curang sudah lama tetapi saya diamkan diri. Selalu ajak awak keluar tetapi awak tak nak.

Nak dijadikan cerita, pada hari dia tak nak keluar dengan saya itu, saya terpaksa keluar sendiri sebab barang-barang dapur dan anak dah nak habis. Saya usung empat orang anak pergi ke mall.

Tiba-tiba saya terjumpa suami dengan skandal dia. Saya cuma pergi depan dia sambil pegang anak-anak dan diam sahaja. Nak tengok apa yang dia nak katakan pada saya. Sungguh saya tak sangka dia maki saya depan perempuan itu.

“Sudahlah gemuk, macam badak sumbu! Tak layak jadi isteri aku!” katanya

Padahal masa mula-mula kahwin dulu mak ayah saya tak bagi, sampai awak nak bunuh diri gilakan saya. Tapi bila keadaan saya begini, awak hina saya, malukan saya depan orang ramai. Saya gemuk pun sebab awak, saya minta tolong awak jaga anak sekejap pun awak tak nak. Macam mana saya nak kurus?

Berbalik pada cerita di mall tadi, anak saya yang sulung cakap pada ayah dia,

“Kenapa ayah cakap mama badak? Ini mama kakak, bukan badak,” katanya.

“Kau dengan mak kau sama saja! Pergi balik! Jangan ganggu aku!” tengkingnya.

Hancur luluh hati saya. Masa dia balik, saya tanya kenapa dia buat saya macam itu? Dia cuma diam dan masuk dalam bilik, kemas baju dalam beg.

“Awak nak pergi mana? Tak kasihan ke pada saya dan anak-anak?” soal saya lagi.

“Kau semua tak dapat bahagiakan aku. cuma perempuan itu saja dapat bahagiakan aku. Dengan ini aku ceraikan kau dengan talak….” katanya.

Setahun sudah perkara ini berlalu dan sekarang bila saya dah kurus, kenapa awak datang balik pada saya, tiba-tiba caring tentang anak, nak ambil anak bagai. Padahal sudah setahun lebih satu sen pun awak tak bagi nafkah.

Dulu bila saya gemuk, awak hina saya. Tetapi bila saya dah kurus, awak pula meroyan. Kononnya perempuan itu dah tinggalkan awak, kononnya saya sajalah yang boleh bahagiakan awak. Sorry okay, you’re nothing for us right now.

Sebelum ini awak sanggup tengking saya dan anak-anak disebabkan perempuan lain dan sekarang saya tidak akan berlembut dengan awak. Saya lebih selesa hidup dengan anak-anak. Hidup kami bahagi, setiap hujung minggu saya bawa anak-anak jalan beriadah.

Kalau dulu dengan awak, nak keluar pun tak bagi sebab takut terjumpa awak dengan skandal, kan? Saya kuat sebab anak-anak, terima kasih anak-anak mama, along, angah, acik dan adik.

Sumber: Facebook/Kisah Rumah Tangga

The post ‘Dahla Gemuk Macam Badak Sumbu, Tak Layak Jadi Isteri Aku!’ – Kata Suami Depan Skandal appeared first on Aliff Channel.

Saya Bingung Ya Allah, Isteri Suruh Kahwin 4!

Mesti pelik bukan bila terdengar kaum isteri menyuruh suaminya kahwin lagi bukan seorang, bukan dua orang tapi tiga orang untuk mencukupkan 4!

Berikut ini kisahnya…

Saya menikah 2004 ketika itu saya umur 30, dan isteri saya berumur 25. Setelah dua tahun kawin isteri saya mencadangkan saya untuk menikah lagi, sebenarnya saya sudah merasa cukup dengan seorang isteri.

Tapi isteri saya terus mendesa, malah mengenalkan dan melamar seorang janda beranak satu umur 21 tahun kematian suami. Akhirnya kami menikah dan jadilah isteri kedua saya. Kehidupan kami semua berjalan dgn baik selama empat tahun.

Entah macam mana, tak lama lepas itu kedua isteri saya sepertinya berpakat untuk mencarikan isteri ketiga untuk saya.

Saya bagitau, “Sudah la.. aku kahwin dengan kamu berdua pun aku rasa tak mampu berlaku adil, aku bimbang nanti akan memberatkan hisabku di mahsyar kelak.”

Mereka pulak jawab, “Kami redha, kami merasa abang sudah terlalu adil, kami ingin carikan seorang lagi madu untuk abang.

Dalam gara-gara merajuk mereka memaksa sambil mencadangkan kepada saya seorang janda umur 23 tahun tanpa anak”.

Alhamdulillah kami menikah.

Selepas enam tahun kehidupan poligami ini, isteri-isteri dan anak-anak saya semakin rapat, dan alhamdulillah tiada masalah di antara mereka kerana setiap hari selepas solat maghrib, mereka semua saya kumpulkan untuk kegiatan ta’lim, tausiyah keluarga, belajar quran, dan membina silaturahim.

Suatu hari, saya dikejutkan oleh cadangan baru dari mereka. Ketiga isteri dan anak-anak sepakat meminta saya untuk kawin lagi!

Kahwin untuk kali ke-empat!!!
MasyaALLAH…
Saya bingung ya Allah. Saya sesungguhnya jadi takut ya Allah.
Akhirnya di tengah kebingungan… saya terbangun dari tidur.

Aahhh nasib baik hanya mimpi …
Alahai ahhhhh sayangnya….

Sekian.

P/S: Terima kasih sebab menbaca. Har har har!

Sumber: Facebook/Viral Media Johor

The post Saya Bingung Ya Allah, Isteri Suruh Kahwin 4! appeared first on Aliff Channel.

Gara-gara Mencuba Petua ‘Orang Tua’, Anak Berak Berdarah & Usus Luka!

Perkongsian wanita ini mengenai anaknya tersangatlah memilukan hati. Anaknya yang dijangkiti penyakit kuning membuatkan dia mencuba petua orang tua-tua. Penyakit kuning atau juga dikenali sebagai ‘Jaundice’ ini adalah satu keadaan yang berlaku apabila bahagian badan bayi seperti mata, dan kulit menjadi kekuningan.

Ini berlaku kerana peningkatan sejenis bahan pigmen yang dikenali sebagai bilirubin pada tisu badan dan membuatkan ramai ibu bapa menjadi risau untuk mencari penawarnya. Berikut perkongsian seorang netizen mengenai anaknya untuk pedoman kita semua:

KEJAHILAN YANG MEMBUNUH

Tak tahu nak share macam mana kisah yg berlaku pada diri sendiri. Tapi harapnya kisah ini akan dibaca & diambil pengajaran.

Tanggal 26/12/16 lahirlah seorg putera sulung yg dinamakan Muhammad Furqan b. Muhammad Luqman. Subhanallah. Bersih sekali wajah anak tanpa dosa.

Hari ke 2 dirumah.. nurse dtg cek jaundice baby. Alhamdulilah semua ok. Tapi baby x berak. Well.. parent rasanya dah boleh risau kot kalau dah 4-5 hari baby x berak. Yg kulitnya putih bersih dah bertukar kekuningan. Mata pun kuning. Sedaya upaya susukan baby tiap2 malam. Tapi tetap x berak.

Keesokan harinya terus ke klinik lily which is klinik tempat furqan dilahirkan. Disebabkan ibu dalam pantang & luka jahitan terasa sakit & ngilunya lg. Jadi ayah furqan ditemani tokmi furqan ke klinik. Diringkaskan cerita dr bagi ubat berak yg masuk kot punggung tu. Terus dlm kereta baby berak penuh satu pampers.

Alhamdulillah. Lega ibu.

But. Kesedihan & kebimbangan ibubapa muda yg baru menimang anak 1st tak habis sini jer. Jaundice Furqan makin tinggi. Bacaan nya dah cecah 180+ kalau x silap time tu. Menangislah ibu risaukan anaknya kene ambil darah bagai.

Tambah2 bila baca keburukan jaundice pada baby blh bagi kesan pada kerosakan hati. Allahurabbi.

Naaaahh.. sini lah mulanya episode mencari penawar utk jaundice Furqan. Tiap2 3 hari mesti pergi ke klinik utk cek bacaan jaundice.

Ramai yg suggest bagi minum perahan anggur, sengkuang cina semua tu. Ni semua cadangan dari org2 tua yg katanya penuh ilmu kebidanan. Ade yg suruh campur dgn susu kambing asli. You know what. Nak anak sihat tapi takde ilmu. Ikut telunjuk org. Org kata A kite pun A. Org kata B kite pun B. Last yg jadi mangsa anak kecil yg baru buka mata melihat dunia.

As a mom.. for sure sampai skrg aku rasa bo*oh & bersalah sebabkan anak sendiri sakit & warded. Tahu apa yg jd lepas aku bagi semua tu?

Baby berak berdarah. Satu pampers najis bercampur darah. Tahu kenapa? Sebab usus baby yg baru lahir hanya blh hadam susu ibu sahaja. Tak blh benda lain. Even formula milk pun kene yg betul2 utk new born. Kau x blh bg yg bayi 6m++.

Usus furqan luka disebabkan semua benda yg aku bagi even setitik 2 titik. Lagi bertambah hilang akalnya bila baby berak berdarah. Hari tu juga ayah Furqan bawa p klinik & klinik buat surat utk masukkan ke hospital. HRPZ.

Suami whatsapp bagitau baby kene masukkan ke hospital & mintak aku siap2 smua baju2. Menangislah untuk sekian kalinya. Jahitan masih belum kering sepenuhnya. Sebab aku 3rd tears degree. Memang x blh duduk. Just blh baring & jalan. Demi anak.. gagahkan juga diri.

And as expected, semua yg aku takutkan dihospital berlaku depan mata. Sekelip mata dah berada dlm wad baby. First masuk baby kene x-ray & ambil darah kat kaki. Furqan anak yg tersangat baik. Diantara puluhan baby dalam wad tu, furqan x nangis pun. Diam jer dy. Ibu tatap anak ibu dgn sebak. Tiba2 ternangis pulak. Semua penyesalan ade.

Diantara ibu2 dalam tu. Rasanya aku paling aktif. Tak pernah tinggalkan furqan walaupun nurse suruh masuk bilik & tinggalkan baby. No no no. Mmg x lah. Aku tercegat kat situ tunggu baby bangun tdur. Tapi furqan ni sejenis xblh dgr bunyi walaupun sikit. Mesti x blh tdur.

Waktu terasa lambat berjalan. Suami pulak blh masuk time2 tertentu jer. Dalam 5 hari di hospital. Mcm2 berlaku kat furqan. Pengalaman pahit yg takkan pernah aku lupa. Haishh.. kalau ingat balik menitis ayaq mata oii.. 😢😢 ibu terasa nak menjerit & mintak maaf sebab kejahilan ibu jadikan ank ibu mangsa keadaan.

Tangan furqan membengkak disebabkan kecuaian staff kat situ. Mesin x beroperasi dgn baik. Aku pulak yg kalut cari nurse bertugas. Mesin antibiotik furqan tersangkut & bunyi beep beep kuat sgt. Menganggu baby2 lain nk tdur.

2 kali tukar mesin tapi x menjadi. Last2 nurse tu tolak syringe yg besar gedabak tu masukkan terus. Ape lagi menangis x bersuara Furqan tahan sakit. Aku pun nangis jugak. Keesokan hari membengkak tgn furqan. Aku hanya tdur 2-3 jam sehari. Semalaman jer terlelap & ade dr dtg ambil furqan tanpa bgtau aku sepatah.

Dtg bagi balik dengan baju hijau hospital yg penuh darah. Sebelum tu aku dgr jer suara furqan menangis kuat. Mungkin dr tgh ambil darah. Betul la.. kat tangan baby dah lebam2. Aku ambil baju baby dlm almari hospital & tukar. Hari tu aku nekad utk bawa baby keluar.

Actually. Masuk hari ke2. Furqan dah x berak berdarah. Dr pakar dtg follow up hari2 dah xde ape2 masalah. Cuma diorg still nk ambil darah & pantau. Aku pun selama berada disitu selalu tenangkan hati. P ronda2 tgk baby yg jauh lagi sakit dari Furqan. Ade makcik yg sebilik dgn aku dah 3 bulan dlm hospital. Well.. dy lg tabah kot. Huhu.

To all parents out there. Beware!!!! Jangan biarkan kejahilan kita membunuh anak sendiri. Refer to hospital. Jaundice majoriti bayi ade. Jgn panik & cepat risau. Ikut cakap dr. Btw furqan prolong jaundice. 2 bulan still kuning x hilang.

Same goes dgn resdung ade ulat. No! Resdung xde ulat. Jgn mudah tertipu g sedut asap merata2.

And I? I am ready for the 2nd inshaAllah. Selalu tambahkan ilmu parenting.

Jika bermanfaat. Tekan share supaya ibubapa tidak terikut2 dgn cara yg blh membahayakan baby kite.

P/s: Jangan pakai baju kuning nanti baby makin kuning. 😐

Ape kau ingat pakai baju hijau baby bertukar hijau. Mak kau hijau!!!. 😬

Sumber: Facebook/Rda Aurora

The post Gara-gara Mencuba Petua ‘Orang Tua’, Anak Berak Berdarah & Usus Luka! appeared first on Aliff Channel.

Kenapa Lelaki Lebih Suka Janda Daripada Anak Dara

Pernah tak tertanya, janda mudah nak cari pasangan baru walhal ramai laki anak dara di luar sana yang masih belum berpunya. Mulalah terfikir, kenapalah lelaki lebih suka janda daripada anak dara?

Ramai yang berstatus janda boleh dikategorikan kepada dua, wanita yang menjadi janda sebab kematian suami dan wanita yang telah bercerai dengan suaminya.

Namun begitu, perkataan janda mudah didengari di mulut lelaki yang masih bujang mahupun lelaki yang sudah berkahwin. Pastinya anda ingin tahu kenapa dan apa sebabnya janda mempunyai tarikan yang tersendiri yang berlainan berbanding anak dara. Berikut ini 10 sebabnya lelaki lebih sukakan janda berbanding anak dara!

1. Kenapa lelaki sukakan janda?

Mungkin kerana janda pandai menggoda.

2. Kenapa lelaki sukakan janda?

Mungkin kerana janda sudah bersedia.

3. Kenapa lelaki sukakan janda?

Mungkin kerana janda senang kira dan tidak susah memilikinya.

4. Kenapa lelaki sukakan janda?

Mungkin kerana janda mudah mesra dan bersikap manja.

5. Kenapa lelaki sukakan janda?

Mungkin kerana janda pandai bercakap manis.

6. Kenapa lelaki sukakan janda?

Mungkin kerana janda pandai menjaga diri dan orang lain.

7. Kenapa lelaki sukakan janda?

Mungkin kerana janda pandai bekerja sendiri.

8. Kenapa lelaki sukakan janda?

Mungkin kerana janda sudah tahu hampir kesemua benda.

9. Kenapa lelaki sukakan janda?

Mungkin kerana janda senyumnya lebih manja.

10. Kenapa lelaki sukakan janda?

Mungkin kerana janda lebih kurang belanja kosnya.

Anda harus ingat tidak semua janda mudah untuk didekati malah ada yang jual mahal melebihi anak dara. Semuanya bergantung kepada kemahuan anda dan juga sama ada janda itu berminat untuk mengenali dan menjalinkan hubungan dengan anda.

The post Kenapa Lelaki Lebih Suka Janda Daripada Anak Dara appeared first on Aliff Channel.

Monday 29 January 2018

Perut Buncit Hanya Tinggal Kenangan Selepas Minum Minuman Ajaib Ini

Pernah tak terdengar orang kata, “Walaupun minum air sahaja pun boleh saya tetap gemuk,” pernah? Sebenarnya, tubuh anda sendiri yang mudah untuk mengumpul lemak di dalam badan.

Rupanya ada cara untuk mencegah pengumpulan lemak dalam tubuh anda, iaitu dengan meminum air halia dan madu. Herba ini boleh meningkatkan kualiti kesihatan badan anda.

Cara membuat minuman air halia dan madu:

1. Gunakan 2 halia yang telah dipotong kira-kira dalam 10 gram sahaja.

2. Kemudian sediakan 200 mg air suam. Jangan gunakan air yang terlalu panas kerana ini akan merosakkan sifat halia dan madu.

3. Campurkan halia dan sesudu madu, kemudian kacau sekata. Minuman ini bersedia untuk diminum.

4. Minum air halia dan madu ini tiga kali sehari. Minum segelas air madu di waktu pagi dan petang, kemudian makanlah selepas 30 minit. Sebelum mandi, minum segelas air halia madu ini.

Selepas setengah bulan, perubahan yang baik akan berlaku kepada badan anda!

1. Berat badan anda akan berkurangan sebanyak 10kg.

2. Kulit anda akan lebih halus.

3. Lemak yang tidak diingini hilang, bentuk badan anda akan kelihatan lebih baik.

4. Jika anda minum selama lebih dari setengah tahun, garis penuaan di muka anda akan pudar atau hilang dengan serta-merta.

Sumber: Cerpen.co.id

The post Perut Buncit Hanya Tinggal Kenangan Selepas Minum Minuman Ajaib Ini appeared first on Aliff Channel.

Susah Untuk Tidur Setiap Malam? Sentuhan Di Tempat Ini Membantu Anda Terlelap

Ramai antara kita mengalami gangguan tidur. Ramai berfikir bahawa ini adalah perkara yang remeh. Walau bagaimanapun, ramai juga rasa terbeban dengan gangguan ini. Teknik akupunktur mudah ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah sukar tidur!

1. Titik LV3

Titik ini antara ibu jari dan jari telunjuk kaki. Anda boleh menyentuh titik ini selama lima minit pada waktu malam sebelum tidur.

2. Titik P6

Satu lagi perkara penting ialah titik yang terletak di tangan. Jarak titik ini dari pergelangan tangan adalah sejauh tiga jari. Atau untuk maklumat lanjut, anda dapat melihat gambar di bawah. Cara mengaplikasinya juga sama. Tekan selama lima minit.

3. Titik K1

Titik terakhir yang perlu anda tekan adalah titik di tengah-tengah telapak kaki. Ilustrasi di bawah ini boleh membantu anda mencari titik tersebut. Caranya sentuhan titik ini sedikit berbeza. Tekan selama 30 saat, kemudian lepaskan tekanan selama 5 saat. Ulangi lagi sekali dan tekan titik selama 30 saat.

Diharapkan selepas ini, gangguan tidur anda akan hilang. Selamat mencuba!

Sumber: Healthacks.be

The post Susah Untuk Tidur Setiap Malam? Sentuhan Di Tempat Ini Membantu Anda Terlelap appeared first on Aliff Channel.

Perlu Tak Pakai Bra Semasa Tidur? Ramai Wanita Salah Faham Perkara Ini

Berdasarkan satu kajian terhadap pengguna yang dilakukan oleh sebuah syarikat pembuat pakaian dalam, lebih daripada 80% wanita tidak memakai pakaian dalam semasa tidur, hanya sekitar 20% yang akan memakai coli semasa tidur.

Tetapi satu kajian terbaru di Jepun menunjukkan, secara umum setiap orang akan memutar badan 20-33 kali semasa tidur pada waktu malam. Buat mereka yang tidak memakai coli, proses memutar badan akan menyebabkan dada bergerak dan menyebabkan bentuk payudara longgar.

Memakai coli berwayar semasa tidur akan menekan payudara dan menjejaskan peredaran darah dan mengurangkan kualiti tidur. Ramai wanita menjadi keliru untuk memilih, sebenarnya adakah baik memakai coli atau tidak semasa tidur?

Buat wanita yang mempunyai payudara besar dinasihatkan memakai coli, sementara bagi mereka yang mempunyai payudara yang lebih kecil akan lebih selesa tidak memakainya ketika tidur.

Bagaimanapun, wanita yang payudara kendurnya dinasihatkan memakai coli. Namun, perlu diingat, jangan memakai coli berwayar semasa tidur. Memakai baju terlalu sempit atau kecil juga perlu dielakkan dan pilih coli yang selesa daripada kapas semula jadi.

Pakar bedah plastik berkata, wanita yang mempunyai payudara yang lebih besar atau yang telah menjalani pembedahan dalam payudara harus memakai coli ketika sedang tidur, jadi payudara tidak akan terendam, tetapi masih perlu memilih coli yang sesuai dan sesuai untuk tidur. Apabila tidur, badan kita sama seperti otak yang memerlukan keselesaan, coli yang sesuai untuk tidur biasanya lebih lembut dan juga boleh menjaga pernafasan payudara.

Walaupun pandangan memakai coli semasa tidur menyebabkan tekanan dan boleh mengganggu kesihatan payudara ditolak oleh dunia kesihatan, mereka mengatakan tidak ada penyelidikan yang membuktikan bahawa memakai coli boleh menyebabkan kanser payudara.

Tetapi ada sesuatu yang perlu anda perhatikan, anda harus memilih coli yang selesa dan sesuai!

Sumber: Cerpen.co.id

The post Perlu Tak Pakai Bra Semasa Tidur? Ramai Wanita Salah Faham Perkara Ini appeared first on Aliff Channel.

Aneh Tetapi Menakjubkan! Wanita Ini Secara Rutin Mengangkat Salah Satu Kakinya Sebelum Tidur, Lihat Hasilnya!

Jika anda rasa tidak yakin diri kerana memiliki paha dan betis yang besar, jangan khuatir, kerana ada tips yang mudah untuk mencantikkan paha dan betis anda.

Tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli ubat pelangsing atau pergi ke doktor untuk pembedahan, cukup lakukan 5 tips ini secara rutin, impian anda akan segera tercapai.

Memetik health.idntimes.com, berikut cara mudah untuk melangsingkan paha dan betis anda.

1. Jogging

Jogging adalah senaman yang mudah dan boleh dilakukan oleh setiap orang. Ketika kita sedang jogging, kaki akan terus bergerak dan membakar lemak-lemak yang ada di paha dan betis, dengan melakukan jogging secara rutin walaupun seminggu sekali. Ini akan mengecilkan paha dan betis anda dan menjadi lebih cantik.

2. Berbasikal

Berbasikal boleh membakar lemak yang terdapat di seluruh badan. Selain membentuk kaki, berbasikal juga sesuai buat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

3. Lompat tali

Senaman ini sangat mudah, anda boleh melakukannya dimana sahaja. Selain menurunkan berat badan dengan cepat, lompat tali juga mengecilkan paha dan betis. Agar lebih berkesan lakukan senaman ini selama 20-30 minit setiap hari.

4. Jump squats

Sukan lompat melompat bvertunpu di kaki, paha dan pinggul. Senaman ini sesuai buat anda yang ingin mengecilkan paha dan betis dengan cepat dan semulajadi.

Bagaimana melakukan squats melompat dengan cara yang betul?

1. Pertama berdiri tegak dengan kaki sejajar dengan pinggul

2. Letakan telapak tangan di belakang telinga

3. Setelah itu tekuk lutut hinga sejajar dengan lantai tempat berdiri

4. Melonjat atau menjinjit juga tidak mengapa, setelah itu kembali ke posisi semula

5. Agar lebih berkesan lakukan pengulangan 10-15 kali setiap kali mencubanya.

5. Leg circle

Mahu mencuba tetapi belum tahu caranya, berikut langkah-langkahnya:

1. Pertama posisikan tubuh berbaring di lantai.

2. Letakkan tangan di samping badan dengan lurus dan tahan ketiak otot.

3. Kemudian, tekuk kaki kiri kemudian kaki kanan angkat lurus ke atas.

4. Setelah itu gerakan kaki diangkat memutar dengan arah melawan jarum jam untuk kaki kanan dan kaki kiri sebaliknya.

5. Gantikan kaki setelah mencapai 10 pusingan.

Selain itu, cara ini mudah dilakukan sebelum tidur, dan membuat bentuk betis dan paha anda mengecil dan cantik.

Sumber: IDN Times

The post Aneh Tetapi Menakjubkan! Wanita Ini Secara Rutin Mengangkat Salah Satu Kakinya Sebelum Tidur, Lihat Hasilnya! appeared first on Aliff Channel.

Tak Perlu Ke Doktor, Hanya Perlu Lakukan Ini Kutil Di Tangan Akan Hilang Tanpa Rasa Sakit!

Kutil adalah masalah kesihatan kulit yang biasanya muncul benjolan kecil bertekstur kasar di atas permukaan kulit. Kutil boleh menular dan menyebar dengan mudah, biasanya penularan berlaku ketika bersentuhan langsung dengan penderita pesakit ini.

Rupanya ada cara yang cukup aneh untuk menghilangkan kutil, iaitu dengan cara membungkusnya dengan sellotape atau duct tape. Tetapi ingat, melekatkan kutil dengan ducktape ini tidak boleh dilakukan di kawasan genital.

Kaedah menggunakan ‘ductape’ ini juga cukup mudah.

1. Potong selembar ductape dan tutup kutil dengannya.

2. Biarkan ductape pada kutil selama 6 hari. Jika ductape terlepas, pasang lagi sekali dengan selembar ductape yang baru.

3. Setelah 6 hari buang ductape, rendam kawasan kutil di dalam air.

4. Kemudian gosok perlahan permukaan kutil dengan kain kasar atau batu apung (pumice). Biarkan terbuka selama sehari.

5. Keesokannya, ulangi proses ini sampai kutil hilang, tapi tidak lebih dari 2 bulan.

Mungkin tidak akan hilang secara terus, anda harus mengulanginya sehingga kutil benar-benar hilang, yang jelas dengan menggunakan kaedah ini anda hanya perlukan ductape, dan cara ini lebih selesa.

Tetapi jika kulit sangat nipis atau rapuh, berhati-hati ketika membuka ductape.

Perlu diingat, jika anda tidak yakin dengan kaedah ini, atau tidak yakin apa yang menonjol pada kulit, samada kutil atau tidak, sebaiknya berjumpa ke doktor.

Jika kaedah untuk kutil ini tidak hilang dalam masa 8 hari atau 2 minggu, sebaiknya segera menghubungi doktor.

Untuk kutil di daerah genital, terus berjumpa dengan doktor, jangan cuba untuk melakukannya sendiri, termasuk cara di atas.

Sumber: Grid.id

The post Tak Perlu Ke Doktor, Hanya Perlu Lakukan Ini Kutil Di Tangan Akan Hilang Tanpa Rasa Sakit! appeared first on Aliff Channel.

Lihat Wajah Anda Di Hadapan Cermin Sekarang, Kenali Tanda-tanda Gejala Stroke Sebelum Terlambat!

Strok adalah salah satu penyakit yang boleh membawa maut. Sebahagian besar pesakit serangan strok tidak mengetahui gejala-gejala strok pada diri mereka dan membiarkan masalah ini menjadi lebih parah dan membahayakan nyawa.

Satu kajian menunjukkan kebanyakan orang dewasa yang berumur kurang dari 45 tahun tidak mempunyai cukup pengetahuan tentang strok ini, hanya 33% dari pesakit yang segera memeriksakan diri kepada doktor setelah mengetahui gejala-gejala strok seperti rasa kebas, badan yang lesu, dan gangguan-gangguan lain. Selebihnya mereka hanya membiarkan perkara ini begitu saja dan berisiko mengalami serangan strok yang membawa kematian.

Pakar kesihatan juga menasihati untuk mengenali beberapa strok gejala dengan cara berikut ini.

1. Melihat wajah, jika wajah tidak symmetrical ketika senyum atau salah satu sisi wajah terlihat turun. Ini boleh menjadi tanda gejala strok, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan secepatnya.

2. Kedua lengan tidak boleh dinaikkan ke atas dengan normal, jika rasa ada yang aneh dengan lengan ketika diangkat ke atas, jangan biarkan. Berkemungkinan anda terkena gejala strok, segera kunjungi doktor sebelum terlambat.

3. Gangguan ketika bercakap, kerana saraf tidak berfungsi baik. Jika anda mengalaminya, segera kunjungi doktor dapatkan rawatan segera sebelum semuanya terlambat.

Jika perkara-perkara di atas berlaku terhadap anda, segera dapatkan rawatan yang sewajarnya. Perhatikan dan hadamkan gejala-gejala di atas sebaik mungkin, kerana dengan mengetahui tanda-tanda ini, gejala strok dapat diatasi.

Sumber: Doktersehat.com

The post Lihat Wajah Anda Di Hadapan Cermin Sekarang, Kenali Tanda-tanda Gejala Stroke Sebelum Terlambat! appeared first on Aliff Channel.

Alamak! Muka Berkedut, Ini Caranya Membuat Sendiri Krim-Anti Kedutan Dirumah

Mengakui berapakah usia kita yang sebanar adalah satu perkara yang amat sukar buat ramai, lagi-lagi bagi para wanita. Persoalan-persoalan cara bagaimana untuk menjaga kulit muka agar sentiasa kelihatan cantik dan tiada kedutan selain bermain di minda.

Ramai wanita rasa iri hati dan cemburu apabila melihat wanita-wanita di luar sana kelhatan cantik dan muda. Terlalu memikirkan perkara ini boleh menyebabkan kemurungan.

Berikut beberapa tips membuat anti-kedutan pada wajah yang boleh buat sendiri di rumah.

 

Bahan-bahan yang boleh hilangkan kedutan di wajah:

Minyak Zaitun

Minyak zaitun sangat kaya dengan vitamin yang sangat lengkap seperti Vitamin C,D dan juga E dan tidak terkecuali Zat besi yang sudah lengkap dengan zat anti bakteria yang sangat baik untuk kelihatan awet muda. Caranya adalah sebelum masuk untuk tidur, sebaik-baiknya anda perlu basuh muka terlebih dahulu kemudian sapukan minyak zaitun tadi ke bahagian muka. Biarkan sehingga pagi dan apabila anda bangun tidur keesokkan paginya, barulah anda bilas dengan air bersih.

Lidah Buaya (Aloe Vera)

Lidah buaya sangat kaya dengan anti oksida yang sangat diperlukan oleh kulit kita. Cuma perlu mencampurkan dengan putih telur dan masker. Amalkan pengunaan masker tadi selama dua hari sekali untuk mengurangi kewujudan kedutan di bahagian dahi kemudian cuci dengan air yang bersih selepas 15 minit.

Lemon

Lemon adalah sangat kaya dengan Vitamin C. Tidak terkecuali limau nipis atau apa sahaja jenis buah-buahan yang masam ia juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengurangkan kedutan di wajah. Hanya perlu hiris lemon tadi kemudian picit sehingga keluar jusnya, kemudian sapukan ke dahi dan amalkan sekali sehari. Lemon sangat senang didapati dan sentiasa digunakan di dapur rumah kita.

Yoghurt Scrub

Kandungan Vitamin B6 di dalam Yoghurt ini juga boleh membantu merangsangkan aliran darah sehingga membuatkan kulit muka kita rasa lebih sihat dan segar. Anda cuma perlu bersihkan muka dengan air bersih dan tepuk-tepuk sahaja dengan tuala. Selepas itu, masukkan Yoghurt tadi ke dalam sebuah mangkuk. Cuma perlu sapukan ke wajah dan biarkan selama 3 minit, jika lebih pun tidak mengapa. Kemudian cuci muka anda dengan air dan tepuk perlahan-lahan dengan tuala. Amalkan rutin ini selama seminggu sekali dan lihatlah hasilnya.

Cara-cara yang sangat senang dan mudah ini memang senang untuk dilakukan di rumah.

Pada para wanita-wanita di luar sana yang binggung dengan adanya kedutan yang mula muncul di wajah itu janganlah risau lagi. Anda hanya perlu rajin mengamalkan petua yang dikongsikan di atas. Selamat mencuba!

Sumber: Soyalemon.com

The post Alamak! Muka Berkedut, Ini Caranya Membuat Sendiri Krim-Anti Kedutan Dirumah appeared first on Aliff Channel.

Moga Allah Mengampuni Dosa Mereka Yang Menzalimi Haiwan-Haiwan Ini Sedemikian Rupa

Haiwan adalah ciptaan Allah yang indah, tidak kisah apa jenis haiwan tersebut. Contohnya seperti kucing dan anjing, ramai yang memelihara mereka seperti sebahagian daripada keluarga sendiri. Mereka amat senang disenangi kerana rupa mereka yang comel dan cepat mesra dengan tuannya.

Haiwan merupakan salah satu makhluk hidup ciptaan Allah selain manusia. Selain menyebut tentang kisah kehidupan manusia, firman-firman Allah juga menceritakan perihal haiwan. Jauh sekali hendak mencederakannya sebab rasa sayang kita terhadap haiwan tersebut seperti kita sayang kepada manusia juga. Sangat memilukan melihat mereka diperlaku sedemikian rupa.

Gara-gara harta dunia mereka sanggup berbuat sedemiakian, gara-gara duit, di suatu tempat di Indonesia ada sebuah pasar “neraka”. Di pasar Tomohan menjual pelbagai makanan yang eksotik yang tidak biasa di makan oleh masyarakat kita. Makanan yang di jual di sana seperti kelawar, ular, anjing dan lain-lain.

Bukan hanya itu,daging dari tikus putih juga ada di jual oleh sebahagian peniaga disana. Mereka menyatakan rasa tikus tersebut memiliki rasa yang sangat enak.

Sewaktu pembeli mahu membeli makanan eksotik tersebut haiwan itu akan dipukul hingga mati seterusnya di bakar untuk menghilangkan bulunya.

Namun bagi yang sayang kepada haiwan akan menganggap pasar ini sebagai pasar “neraka”. Sebab para peniaga di sini menampilkan pemandangan yang tidak layak untuk haiwan-haiwan eksotik itu. Pada waktu kini Pasar Tomohan sangat terkenal kerana keekstremannya.

Ramai para pelancong dari serata dunia berkunjung di pasar ini untuk melihat sendiri kebenaran yang di kata orang tentang pasar “neraka” ini. Walaupun pelbagai kecaman dari banyak pihak kerana kekejaman mereka mencari rezeki, pasar ini telah menjadi ‘periuk nasi’ oleh masyarakat sekitarnya.

“Kami memerlukan seluruh dunia menyertai desakan supaya Indonesia menghentikan penjualan daging anjing dan kucing,” kata jurucakap Dog-Meat Free, Lola Webber.

Pelbagai pihak yang sudah mengetahui pasar “neraka” ini mendesak Pihak Berkuasa Indonesia untuk mengambil tindakan ke atas pasar tersebut dengan secepat mungkin. Oleh kerana merasa sangat pilu apabila melihat haiwan-haiwan itu di perlakukan sebegitu rupa.

Kita semua adalah ciptaan Allah S. W. T hendaklah kita menjaga satu sama lain. Kedudukan haiwan dalam Islam memang telah sedia termaktub dalam al-Quran dan sunnah. Walaupun haiwan tidak diberikan kedudukan setaraf manusia dari segi akal fikiran, kedudukan mereka dari sudut kehambaan adalah sama seperti manusia.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu (al-An’am: 38).

Haiwan merupakan salah satu makhluk hidup ciptaan Allah selain manusia. Selain menyebut tentang kisah kehidupan manusia, firman-firman Allah juga menceritakan perihal haiwan.

Sumber: Lubukcerita.com

The post Moga Allah Mengampuni Dosa Mereka Yang Menzalimi Haiwan-Haiwan Ini Sedemikian Rupa appeared first on Aliff Channel.

Terlalu Awal Dedahkan Permainan Gajet Kepada Anak-Anak Mendatangkan Keburukan Kepada Otak

Ini amaran penting kepada semua ibu bapa dan sila ambil perhatian tentang perkara ini. Andai kata anda tergolong dari segi ibu bapa yang sering kali memberikan anak-anak gajet jikalau mereka merasa sunyi dan bosan oleh kerana tidak tahu hendak berbuat apa. Anda seharusnya berhenti mempunyai sikap begitu dan dengarkan nasihat dari yang pakar dan kesan buruk terhadap otak dan minda anak-anak anda.

Kebanyakkan ibubapa masa kini yang terlalu memnjakan anak sehingga memberikan apa sahaja yang mereka mahukan kerana tidak mahu melihat mereka menangis dalam keadaan yang meronta-ronta.

Lebih bagus kita mendengar mereka menangis kini sebelum kita menangisi perbuatan kita yang telah merosakkan masa-masa kecil mereka dengan menghabiskan menatap gajet tanpa tahu untuk berhubung dengan keadaan sekeliling mereka.

Menurut dari hasil penyelidikan yang telah dilakukan oleh SmartParenting dalam pengunaan gajet ataupun telefon pintar secara berterusan boleh mendatangkan kesan seperti Screen Dependency Disorder (SDD) yang boleh mengakibatkan bermacam-macam gejala keburukan fizikal seperti Insomnia, sakit bahagian belakang, turun dan naik berat badan,mempunyai masalah penglihatan, sering sakit kepala dan nutrisi yang berkurangan.

SDD juga boleh mengakibatkan anak-anak mengalami gejala-gejala emosi seperti Tidak jujur, selalu berasa bimbang. selalu diselubungi rasa bersalah dan rasa kosong atau sunyi.

 

SDD menurut kajian adalah memberi cabaran yang baru untuk neurologi anak-anak yang masih kecil.

Menurut Dr.Aric Sigman sebagai seorang ahli psikologi dan juga pengarang kertas penyelidikan dia menjelaskan keadaan yang sangat menyerupai dengan gangguan seperti terlalu ketagih dengan internet. Mengikut penyelidikan dari Sigman, kanak-kanak yang masih kecil akan menunjukkan sikap yang mempunyai banyak masalah sebagai contohnya seperti mereka tidak begitu tertarik dengan perkara-perkara lain dan juga mereka akan mengalami kesukaran untuk berhenti dari melakukan tabiat burut berkenaan.

Penyelidikan yang dilakukan dengan teliti tentang gangguan terkini masih lagi dijalankan. Menurut kajian sebelum ini, mereka turut menunjukkan kanak-kanak yang mengalami SDD yang mempunyai banyak perbezaan seperti mikrostruktur dan juga volumetrik dan juga kelainan. Keadaan yang dihadapi oleh kedua-dua perkara putih dan juga kelabu di dalam bahagian otak mereka, ujar Dr. Sigman. Dari segi kata lain pula, SDD juga boleh menjadi penyebab punca kerosakkan otak.

Satu perkara lagi yang boleh menunjukkan pengunaan gajet sudah pasti banyak mempengaruhi minda dan juga kelakuan anak-anak kita.

Claudette Avelino-Tandoc juga berkata bahawa salah seorang dari ahli keluarganya merupakan pakar pembangunan pakar kanak-kanak dan juga seorang perunding pendidikan awal kanak-kanak telah menegaskan,

‘Ibu bapa seharusnya berasa susah hati apabila aktiviti dan juga tugasan sebagai ahli keluarga tidak lagi dibuat oleh anak-anak oleh kerana tabiat mereka yang tidak boleh berenggang dengan gajet.’

Kebanyakkan ibu bapa seharusnya merujuk kepada doktor pakar mengenai tingkah laku anak-anak mereka. Para doktor juga sudah pasti akan menyediakan beberapa jenis ujian yang akan ditujukan kepada ibu bapa dan juga anak.

Anda boleh jadikan apa yang dikongsikan ini sebagai langkah-langkah awal sebelum anak-anak anda menjadi lebih teruk akibat dari ketagihan internet ini. Perbetulkan kesilapan yang telah kamu lakukan terhadap anak-anak.

Jangan hilangkan memori kanak-kanak mereka dengan lebih leka dengan permainan gajet.  Lebih baik melihat anak-anak menangis kerana tidak diberikan gajet daripada kita menangis melihat mereka menjadi lebih teruk dan perangai mereka tidak boleh dibentuk lagi.

Sumber: Erabaru.com.my

The post Terlalu Awal Dedahkan Permainan Gajet Kepada Anak-Anak Mendatangkan Keburukan Kepada Otak appeared first on Aliff Channel.

Pertemuan, Percintaan Itu Semua Itu Allah SWT Yang Rancangkan

Setiap orang sudah pasti akan menemui pasangan hidup. Allah sudah mencipta setiap hambanya berpasang- pasangan itu memang sudah tertulis dari azali lagi. Cepat ataupun lambat sahaja penentunya. Sudah pasti semua golongan mengharapkan satu hubungan cinta yang suci serta berkekalan sampai bila-bila.

Namun, bagi orang yang berilmu dan juga golongan yang cerdik pandai, bagi mereka jika kita ingin mengetahui sejauh mana Allah SWT mencintai diri kita, seboleh-bolehnya kita tanya dulu pada diri sendiri sejauh manakah juga cinta kita pada Allah SWT.

Tanda Allah SWT menyintai kita, Allah SWT akan memberikan kekuatan kepada hambanya untuk menjadi seorang hamba yang soleh dan juga solehah. Allah akan memberikan kemudahan jalan untuk membantu mereka melakukan perkara yang menuju ke arah yang baik.

Oleh itu, anda haruslah sedia berjuang untuk menjadi seorang yang soleh. Itu adalah langkah yang membolehkan anda mendapatkan sepenuhnya cinta daripada Allah Swt. Menurut sebuah hadis yang bermaksud: “Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan yang Dia benci. Tetapi Dia tidak memberikan (kesedaran) beragama, kecuali kepada yang Dia cintai . Maka barang siapa yang diberikan (kesedaran) beragama oleh Allah, bererti ia dicintai olehNya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baihaqi.

Kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana, Allah sayang pada kita.

Di awal pertemuan yang tidak disengajakan, itu semua adalah perancangan dari Allah..

Kita bersahabat sehingga bertahun-tahun lamanya, itupun Allah yang merancang..

Terbitnya rasa cinta dan suka diantara satu sama yang lain, itu semua Allah yang berikan. Walaupun masih banyak halangan dan cubaan yang menimpa kita, semua itu Allah yang mengaturkan..

Kita dijauhkan adalah untuk terus mencapai keredhaanNya dan semua itu Allah yang merancang. Tugas kita hanya mampu untuk terus berdoa demi kebahagiaan sesama kita. Semua itu Allah yang timbulkan ke dalam hati kita

Kita juga harus mengetahuinya, adakah hubungan kita ini akan terus berkekalan hingga ke Jannah atau hanya hanya dipertemukan untuk sementara sahaja, itu semua Allah yang tentukan dan janganlah risau memikirkannya.

Sekiranya kamu adalah jodoh yang telah ditulis di Luh Mahfuz untuk kita. Dengan izin Allah cepat atau lambat kita akan bersatu juga walaupun kita dipisahkan dengan waktu dan jarak.

Itu adalah satu perbuatan yang salah. Allah telah hadirkan seseorang untuk kita saling mengenali dan semua itu untuk menguji dan pada masa yang sama melihat siap dan keperibadian kita. Jika Allah telah merancang akan sesuatu, itu bukanlah untuk suka-suka tetapi sebaliknya Dia ingin melihat kesungguhan dan melihat apa yang akan kita lakukan. Ataukah ia hanya akan hanyut dibawa perasaan?

Ataupun akan terus berpaling dan terus mencintai Allah sebagai pencipta.

Adakah kita cuma mampu untuk berserah dan tidak ada usaha ke arahnya?

“Aku hanya mencintai dia”

“Hanya untuk cinta?

“Selepas ini?

“Mempunyai perasaan cinta sahaja memang tidak mencukupi. Kita haruslah memimpin dia. Kalau-kalau dia melakukan kesalahan dalam sembahyangnya,jadi kita dipertanggungjawab untuk membetulkan kesalahan tersebut. Andai dia tidak pandai mengaji, kita harus tunjukkan cara-caranya. Jika dia tidak faham akan hukum, kita hendaklah mengingatknnya.

Ini semua adalah disebabkan Perkahwinan, “Pernikahan itu bukalah sekadar hanya cinta sahaja. Itu kerana Pernikahan itu diadakan adalah untuk melengkapi agama sebagai suatu perkara ibadah.”

Mungkin agak sukar bukan?

Memang Ya, sebab Perkahwinan dan Pernikahan ini adalah satu tanggungjawab yang besar ia bukan hanya sekadar melafaskan Akad Nikah semata-mata.

Melangkah ke alam perkahwinan dan pernikahan ini bukanlah sesenang yang kita sangka. Selepas sah menjadi suami isteri, bermulalah tanggungjawab yang sangat besar akan anda hadapi. Oleh itu, amat penting setiap pasanagn itu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Sentiasa dekatkan diri pada Allah dan cintailah Allah lebih dari segala-galanya. Semua yang kita ada di dunia ini adalah janya pinnjaman sementara bukannya kekal.

Sumber: Akupenghibur.com

The post Pertemuan, Percintaan Itu Semua Itu Allah SWT Yang Rancangkan appeared first on Aliff Channel.

Saturday 27 January 2018

Kelebihan ‘Kuasa Ajaib’ Makan Kuaci, Mampu Melawan Penyakit ‘Ngeri’ Ini!

Walaupun makan kuaci tidak membuat perut kenyang, kuaci tetap digemari oleh ramai orang. Selain rasanya yang enak, kuaci rupanya memiliki kuasa ajaib yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

Kuaci kaya akan kandungan seperti protein, karbohidrat, vitamin A, C, E, magnesium, kalsium, zat besi, dan nutrisi lain yang baik untuk kesihatan.

Berikut adalah manfaat kesihatan yang akan kita dapatkan jika makan kuaci.

1. Baik untuk kesihatan tulang

Kandungan kalsium dan magnesium di dalam kuaci meyihatkan tulang dan menjadikannya semakin kuat dan tidak mudah rapuh. Risiko terkena osteoporosis boleh dikurangkan jika kerap makan kuaci.

2. Mengatasi migrain

Kandungan magnesium dalam kuaci dapat mencegah sekaligus meredakan migrain yang sangat menyiksakan dan mengganggu aktiviti harian. Daripada anda makan ubat kimia untuk meredakannya, apa kata makan kuaci, lebih ‘layan’ bukan?

3. Mengatasi rheumatik

Kuaci mempunyai sifat anti peradangan sehingga dapat mengatasi gangguan perut pada tubuh. Kandungan vitamin E yang tinggi dalam kuaci juga boleh mencegah rasa sakit menjadi semakin parah.

4. Baik untuk kesihatan kulit

Kandungan vitamin E di dalam kuaci membantu kesihatan kulit, khususnya dalam melindungi anda dari paparan sinar matahari dan efek buruk radikal bebas. Vitamin E juga akan mengurangkan penuaan kulit sekaligus menjaga kulit agar tetap cerah dan sihat.

5. Melawan sel kanser

Dengan rajin makan kuaci yang memiliki sifat anti kanser semulajadi, kita dapat mencegah datangnya beberapa jenis kanser berbahaya seperti kanser prostat, kanser kolorektal, hingga kanser pundi kencing.

Jom mula kunyah kuaci, kerana ada banyak manfaatnya.

Sumber: Doktersehat.com

The post Kelebihan ‘Kuasa Ajaib’ Makan Kuaci, Mampu Melawan Penyakit ‘Ngeri’ Ini! appeared first on Aliff Channel.

Paha Bersaiz Gajah? Lakukan Senaman Paha-Betis Ini Agar Kurus Dan Langsing Dalam Waktu Pantas!

Badan yang seksi dan sihat adalah dambaan setiap wanita. Tanpa perlu mengeluarkan belanjawan yang mahal tetapi bagaimana? Ya, anda boleh melakukan senaman yang membuat tubuh anda menjadi idaman dan iri hati semua orang.

Memetik halaman health.idntimes.com berikut 5 tips mudah untuk membentuk paha dan betis agar ramping tanpa pergi ke gym. Sukan ini boleh dilakukan dimana sahaja anda berada:

1. Jogging setiap pagi di halaman rumah

Berlari adalah senaman yang paling murah dan mudah, senaman ini dapat dilakukan di mana saja dan bila-bila waktu saja, selain membuat badan sihat, berlari juga membakar lemak, terutama pada bahagian paha dan betis.

2. Lari-lari kecil di tangga rumah

Melangkah naik tangga boleh dilakukan secara percuma di rumah. Selain membakar lemak, senaman ini mampu menguatkan kaki, paha, dan punggung. Sesuai dilakukan kaum hawa yang ingin memiliki punggung yang lebih montok dan tidak kendur.

3. Lunges

Lunges boleh dikatakan senaman paling tepat untuk kaum hawa. Senaman ini juga biasa dilakukan oleh para atlet. Lunges boleh mengencangkan otot paha dan juga punggung. Sukan ini berjaya membakar kalori secara maksima, lakukan lunges 10 kali untuk setiap kaki.

4. Jump squads

Senaman ini bagus untuk menguatkan paha otot dan mengencangkan kaki otot. Lakukan olahraga ini selama 10 kali dan ulangi hingga 2-3 kali.

5. Sumo squat

Gerakan ini boleh menguatkan kaki dan punggung, lakukan 15 hingga 20 kali. Gerakannya yang mudah, senaman ini sangat sesuai buat yang baru mula bersenam.

6. Yoga

Selain dapat membuat tubuh menjadi fit, yoga juga dapat mengurangi insomnia dan menurunkan tekanan darah.

Bagaimana? Adakah anda termotivasi untuk mempunyai paha dan betis yang langsing? Selamat mencuba! Oh ya, kongsikan artikel ini kepada keluarga dan sahabat handai.

Sumber: IDN Times

The post Paha Bersaiz Gajah? Lakukan Senaman Paha-Betis Ini Agar Kurus Dan Langsing Dalam Waktu Pantas! appeared first on Aliff Channel.

loading...