loading...

Tuesday 31 October 2023

“Saya Tengok, Tangan Saya Ketar,” – Drama TV3 Dikecam Kerana Skrip Menghina Depan Masjid Nabawi

Semalam merupakan episod pertama Slot Samarinda TV3, Surat Dari Tuhan mula disiarkan.

Barisan pelakon semuanya berbakat antaranya Janna Nick, Shukri Yahya, Umi Nazeera dan ramai lagi.

“Rasanya tak boleh kan skrip macam ni?”

Apa yang menjadikan drama ini untuk kami ketengahkan adalah skrip yang digunakan ketika penggambaran di tanah suci dan dihadapan Masjid Nabawi.

Isu ini ditimbulkan oleh salah seorang pengguna X, @ciraplaici dengan meminta jawapan dari pakar untuk menjelaskan adakah skrip yang digunakan dalam babak tersebut boleh?

Bukan apa, skrip tersebut terlalu kasar untuk bercakap di tanah suci lebih-lebih di hadapan betul-betul kaabah.

Ulasan dari Ustazah Asma

Bagi persoalan tersebut, salah seorang penceramah bebas, Ustazah Asma Harun tampil menjawab soalan yang bermain di kepala orang ramai.

Apa pun, kami harap pihak Finas menapis dengan baik dan mengambil berat tentang kualiti filem, drama yang dihasilkan dari pengarah dan penerbit tempatan.

Semoga apa yang diucapkan oleh Janna Nick dalam drama tersebut tidak diangkat oleh Allah.

“Hot Mummy,” – Elfira Loy Kekal Gorgeous Walaupun Ada Anak Dua

Siapa je tak kenal dengan pelakon cantik Elfira Loy yang mula melakar nama sejak usianya 15 tahun.

Kini namanya sudah terkenal sehingga ke negara jiran, Indonesia semenjak dirinya terlibat dengan drama bersama pelakon Indonesia, Randy Pangalila dan Baim Wong.

Gaya Elfira di majlis Buttonscarves

Jadi tidak hairanlah pelakon utama telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini dijemput ke satu event Buttonscarves runway di Jakarta Fashion Week.

Lihatlah gaya Elfira ketika menghadiri event tersebut, semuanya on point! Kalau orang tak tahu latar belakang Elfira memang ingat dia anak dara lagi.

“Hot mummy!”

Menjengah ruangan komen, ramai memuji kecantikan Elfira Loy malah ada yang memuji dirinya hot mummy.

Untungkan jadi Elfira Loy, penampilannya masih on point walaupun sudah bergelar seorang ibu anak dua.

Apa pun, semua orang ada kecantikan mereka sendiri tapi apa yang pasti, seseorang isteri bergantung kepada duit poket si suami. Setuju tak?

Friday 27 October 2023

“Ingat Mak Saleh Mana La Tadi,” – Netizen Terkejut Dengan Slag English Puteri Balqis

Siapa je tak kenal dengan pelakon hebat kanak-kanak Puteri Balqis Azizi yang pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia dan Anugerah Skrin 2014.

Bukan itu saja, namanya menjadi dikenali ramai disebabkan kelebihan dirinya yang mampu membawa sesebuah watak dengan baik walaupun ketika usianya masih kecil. So, she deserve the trophy!

Video GRWM Puteri Balqis

Tapi kami bukan nak bercakap tentang lakonan dan bakat yang sedia ada dirinya miliki tapi personaliti Puteri Balqis yang sudah remaja dan kelihatan lebih matang.

Malah, cara percakapan Balqis juga berubah, memang tak nampak macam orang Malaysia pun. Waktu pertama kali kami melihat video tersebut, kami ingat itu orang putih.

Rupanya, Puteri Balqis yang sedang bertutur bahasa inggeris dengan slag yang sangat pekat ketika membuat video Get Ready With Me (GRWM). Lihat video di bawah.

@morosechildofficial

A chaotic GRWM for the Shopee Live Skuad Stylo Bersama Sarancak later. 🤍 Come watch me live besties and stand a chance to win RM10,000 cash daily! See you guys at 8PM later! @Shopee Malaysia #ShopeeMY #ShopeeLiveMY #shopeeskuadstylo

♬ original sound – Puteri Balqis Ashikin – Puteri Balqis Ashikin

“Lah Puteri Balqis ke?” – Netizen

Menjengah ruangan komen, rata-rata mengatakan mereka juga tidak percaya awalnya itu adalah sosok tubuh Puteri Balqis dan bertanya sejak bila dia memiliki accent sebegitu bagus.

Ada juga yang memuji slag dia seperti artis Hollywood, Hardin Scott.

Thursday 26 October 2023

“Apa Perasaan Jadi Anak Aaron Aziz?” – Netizen Cair Tengok Aaron Layan Dwi Ariana

Siapa je tak kenal dengan pelakon terkenal, Aaron Aziz yang memang menjadi hero-hero Malaysia.

Apa je watak yang dia bawa tak menjadi? Semuanya menjadi lagi-lagi watak Malek yang di bawanya dalam movie KL Gangster.

“I love them,”

Tapi bukan itu yang kami nak ketengahkan sebab anak perempuan Aaron, Dwi Ariana spill the tea cara layanan yang diterima oleh kedua-dua ibu bapanya, Aaron dan Diyana Halik.

Perkara ini dikongsikan dalam akaun TikTok miliknya, dwiarianaaaron dengan memaparkan beberapa keping screenshots conversation antara dia dan kedua ibu bapanya.

Anda boleh klik di sini untuk lihat video TikTok tersebut.

“Macam mana eak rasa jadi anak Aaron Aziz?”

Macam biasa, ruangan komen penuh dengan pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang tanya soalan macam mana rasa jadi anak Aaron.

“Malik pun hati lembut,”

Apa pun, siapa pun ibu bapa kita semua orang tua kita adalah yang terbaik jadi bersyukur ibu bapa kita masih lagi hidup.

Monday 23 October 2023

Triumph Keluarkan Produk Baru Signature Sheer AW23 – Flex Smart Bra

Siapa je tak kenal dengan jenama pakaian dalam terkenal, Triumph yang mampu memberi keselesaan kepada wanita untuk melakukan aktiviti harian.

Sejajar dengan peredaran masa dan teknologi, Triumph mengumumkan pelancaran Signature Sheer AW23 dimana salah satunnya produknya mempunyai ciri smart bra atau Flex Smart.

Pakaian dalam lebih selesa

Koleksi penggayaan pakaian dalam kali ini sangat sesuai dijadikan persalinan harian kerana diperbuat daripada fabrik nipis.

Ciri ini bagi menonjolkan siluet badan yang menawan dan dalam masa yang sama memberi sokongan yang lebih selesa pada bahagian sulit.

Jangan risau, semua keluaran baru Triumph ini sesuai untuk semua saiz wanita tidak kira berbadan besar atau kurus kerana terdapat banyak pilihan saiz.

Tentang Flex Smart Bra

Apa yang menarik perhatian kami tentang keluaran baru mereka ini adalah Flex Smart Bra yang mana memberi keselesaan kerana mempunyai ciri non-wired padded bra.

Dengan ciri ini, segala aktiviti seperti berjalan, menari, berlari atau melakukan aktiviti lasak bra ini tidak akan menganggu malah akan melekat elok pada tubuh badan anda.

Triumph juga memudahkan anda memilih saiz yang betul kerana tidak ada lagi saiz 32A, 32B, 40A, 90A dan sebagainya kerana Flex Smart Bra hanya memiliki saiz S hingga XL.

Faizal Tahir Kongsi Kisah Bagaimana Dia Mula ‘Sedar’ Dari Dunia Tipu-Tipu

Siapa je tak kenal dengan penyanyi Mahakarya Cinta, Faizal Tahir, lebih lagi dirinya pernah mencetuskan kontroversial dalam industri hiburan tanah air.

Kontroversial yang penyanyi Ragaman ini timbulkan telah mendapat perhatian ramai pihak dan sehingga kini menjadi ingatan ramai orang.

Diberi hukuman buat kerja amal

Tapi itu bukan satu sebab Faizal Tahir untuk terus dihukum, setiap orang pasti ada melakukan kesilapan untuk menjadi seorang yang lebih baik.

Jadi dari isu tersebut, Faizal Tahir dihukum untuk melakukan kerja khidmat masyarakat selama 6 bulan dan perlahan-lahan orang ramai mula menerima dirinya dalam dunia industri muzik.

“Itulah turning point saya…”

Apabila team Kool FM melontarkan soalan kepada Faizal Tahir apakah yang menjadikan dirinya tersedar dari semua ini, menurutnya ketika dia menjalani hukuman tersebut.

Malah bukan hukuman itu saja yang telah menjentik hatinya untuk berubah tapi apabial dia membaca satu berita yang menersi akaun Twitter miliknya tentang nasib saudara Islam di Gaza.

Lihatlah dirinya sekarang ini, jauh lebih baik dari apa yang kita lihat pada 2008 yang lalu. Dirinya mula menjadi idola ramai orang dalam melakukan kebaikan.

Semoga ramai lagi mengikut jejak langkah Faizal Tahir.

Friday 20 October 2023

Mawar Rashid Hanya Akan Bercakap Dengan Ahli Terapinya Saja

Semenjak pelakon Mawar Rashid memuat naik gambar tidak bertudung dan mengaku dirinya tidak mampu lagi berpura-pura untuk berhijab, dia hanya berdiam diri.

Tapi hari ini Mawar tampil dengan memuat naik sesuatu menerusi IG Story milik akaunnya.

Dalam IG Story miliknya itu dia memberitahu dirinya akan bercakap dengan ahli terapinya saja dan meminta maaf kepada keluarga dan kawan yang sentiasa ingin bersama dengannya.

Cuma dirinya mengambil keputusan untuk berdiam diri dari orang lain.

“Saya tak akan jadi diri saya lagi,”

Dalam masa yang sama, Mawar juga memuat naik sekeping gambar yang menggambarkan keadaan emosinya ketika ini.

Bagaimanapun posting yang menunjukkan Mawar tidak bertudung sudah pun di padam dan digantikan dengan gambar sambutan hari jadinya bersama suaminya, Raff Yaakob.

Gambar ketika sambutan hari jadinya itu Mawar kelihatan masih lagi bertutup kemas tapi posting tersebut telah pun di tutup bahagian komen.

Artikel sebelum ini kami pernah menulis tentang Mawar Rashid. Anda boleh klik saja artikel di bawah ini.

“Saya Dah Cuba Tapi Gagal,” – Mawar Rashid Muat Naik Gambar Tak Bertudung

Makan Tapi Tak Bayar, Mall Baru Buka Di India Hampir Gulung Tikar

Secara rasminya pada hujung Oktober 2023 lalu, Lulu Mall di India dibuka untuk semua pengunjung dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Pengunjung tidak bertanggungjawab

Malangnya sesuatu berlaku apabila kesemua makanan yang dijual telah habis di makan sebelum di bayar di kaunter.

Bukan satu dua rak saja tapi hampir setiap rak display mempunyai sisa makanan yang sudah di buka, di makan dan dibiarkan disitu.

Lebih menyedihkan lagi tidak sampai 24 jam selepas Grand Opening, pihak Lulu Mall hampir mengambil keputusan untuk menutup Mall tersebut memandangkan kerugian yang ditanggung.

Berita ini kami memetik laporan berita penuh dari Tribunnews menerusi video YouTube.

“1 Malaysia Kenal, Tak Tahu Macam Mana Nak Cari Kerja,” – Pekerja Kantoi Curi Duit Syarikat RM400K

Kecoh di media sosial tentang seorang pekerja telah mencuri duit syarikat yang bernilai lebih RM400 ribu sejak 2021 sehingga menyebabkan usahawan tersebut ingin ‘bungkus’ perniagaannya.

Tapi tulah, sepandai-pandai tupai lompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Jadi setelah hampir 2 tahun perkara ini terbongkar apabila suami kepada usahawan bernama Puteri Kasim atau lebih dikenali sebagai Mommy PK ini berasa hairan pekerjanya mempunyai banyak duit sedangkan syarikat mereka sedang mengalami masalah kewangan.

“Aku check handphone company…”

Apabila ditanya bagaimana perkara ini boleh terbongkar, menurut penjelasan Mommy PK menerusi salah sebuah video miliknya, dia tergerak hati ingin membalas pertanyaan pelanggan menerusi aplikasi Whatsapp tentang produknya.

Saat itulah bermula segalanya terbongkar satu per satu sehinggakan pihak mereka kira jumlah duit yang berjaya di songlap setakat 18 Oktober lalu adalah RM174 ribu tapi setelah dikira jumlah keseluruhan adalah RM400 ribu.

“Macam mana nak cari kerja?”

Perkara ini sudah tular di media sosial dan gambar pekeja usahawan tersebut turut tersebar.

Rentetan itu, salah seorang pengguna media sosial platform X, @AbudiAlsagoff mempersoalkan bagaimana pekerja tersebut ingin mencari kerja sedangkan satu Malaysia tahu isu tersebut.

“Tipu nombor HR,”

Bagaimanapun menjengah ciapan twitter milik akaun Mommy PK, pekerjanya itu telah menyunting butiran resume dengan menipu nombor telefon bahagian Human Resource.

Korang boleh tonton video penuh cerita dari A -Z dari Mommy PK sendiri menerusi akaun TikTok miliknya disini.

Apa pun, kami nasihatkan kalau memerlukan duit jangan mencuri, cuba minta dan sebagai seorang pemilik syarikat sebaiknya elak dari mempercayai anak buah atau sesiapa 100 peratus dalam menguruskan kewangan syarikat.

Wednesday 18 October 2023

Walaupun Bukan Tanah Air Kita Tapi Ini Kenapa Kita Perlu Pertahankan Palestin

Melihat pada sejarah Islam sebenarnya banyak sebab sebab kenapa kita perlu pertahankan Palestin dari dijajah oleh Israel.

Malangnya baru-baru ini pelakon Raja Ilya meninggalkan komen ‘stay safe’ dalam hantaran yang dimuat naik aktres antarabangsa, Gal Gadot di Instagram (IG) yang merupakan penyokong Israel.

Jadi isu ini membuatkan kami membuka topik ni lagipun peperangan kali ini sangat teruk sehinggakan melibatkan pihak tentera, bahkan kanak2, wanita mengandung dan orang tua.

Berbalik pada topik asal, berikut merupakan beberapa sebab kenapa kita sebagai umat Islam penting memepertahankan tanah Palestin.

1) Tempat agama Islam mula tersebar

Tanah Palestin menjadi saksi Nabi dan Rasul kita menyebarkan ilmu akidah tauhid. 

Seperti kita tahu, tanah Palestin berlaku penyebaran agama Islam sebelum meluas ke seluruh dunia.

2) Tanah Para Anbia

Seterusnya, merupakan tempat para anbia yang dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi Palestin.

Antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan lain-lain lagi.

3) Kiblat pertama

Faktor seterusnya, Masjid Al-Aqsa merupakan masjid yang menjadi kiblat pertama bagi umat Islam untuk mendirikan solat sebelum kaabah.

4) Berlaku peristiwa Isra’ dan Mi’raj

Kemudiannya, telah berlaku peristiwa Isra’ dan Mi‘raj. Ketika itu Nabi berusia 52 tahun, baginda tunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa dekat BaitulMaqdis, Palestin sebelum diangkat dari bumi ke langit ke7.

Sejarah ini merupakan paling bermakna kerana ada disebut dalam Al-Quran.

5) Kawasan malaikat turun

Terakhirnya, disebabkan berlaku peristiwa Isra’ & Mi’raj di Tanah Palestin jadi, sehingga kini malaikat akan mengepakkan sayapnya di tanah Palestin. 

Jadi sama sama la mendoakan kemenangan buat orang islam di sana.

Tuesday 17 October 2023

Kerana Tunjuk Sign “Save Gaza”, Azizul Hasni Awang Hampir Ditendang Dari Pentas Sukan

Siapa je tak kenal dengan pelumba basikal trek profesional yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin, Azizul Hasni Awang.

Apa yang menarik perhatian kami apabila ciapaan tweet beliau tentang pengalamannya di pentas sukan apabila hampir disingkirkan kerana menunjukkan sokongannya terhadap Gaza.

“Semuanya gara-gara kerana saya paparkan Save Gaza…” – Azizul

Ceritanya bermula apabila dia mula memaparkan mesej Save Gaza pada sarung tangan yang digunakan ketika memenangi perlawanan kejohanan besar di Eropah.

Dia memenangi perlumbaan tersebut sehingga mengangatkan kedua sarung tangan yang dipakai dengan niat untuk menyampaikan mesej itu ke seluruh dunia.

“Ketika itu bulan Ramadan..” – Azizul

Apabila isu itu berlaku, dirinya baru tersedar betapa hipokritnya dunia sukan apabila menggunakan pelbagai cara untuk membutakan mata, menutup telinga dan mulut dunia.

Jadi dia turut menegaskan supaya semua umat Islam jangan berhenti menyokong mempertahankan dan mendoakan rakyat Palestin mengikut kemampuan masing-masing.

Apa pun, kami doakan saudara kita di Palestin dapat hak mereka yang sepatutnya.

Sunday 15 October 2023

“Dia Datang Rumah, Dia Makan Sampai 2x,” – Syamsul Yusof Rindu Air Tangan Puteri Sarah Liyana?

Siapa je tak tahu isu rumah tangga yang melanda pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof pada awal bulan April lalu.

Kini, selepas lebih kurang enam bulan berpisah, netizen mula bertanya soal hubungan Syamsul Yusof dengan anaknya kepada Puteri Sarah.

Menurut Puteri Sarah, bekas suaminya sangat mengambil berat tentang anaknya kerana setakat ini tidak ada isu gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.

“Kesiannya tak makan lagi ke?” – Puteri Sarah

Tapi apa yang menjadi isu hangat apabila Puteri Sarah mula membongkar rahsia perbualan antara dia dan Syamsul.

Menurutnya menerusi Live Stream menerusi aplikasi TikTok, setiap kali datang menjemput anaknya mesti bertanya pada Sarah, ada masak apa-apa tak?

Apabila Sarah tanya belum makan lagi ke? Syamsul menjawab belum dan dia jadi kasihan pada bekas suaminya kerana tidak menjamah apa lagi.

“Episod menyakitkan baru bermula,”

Menjengah ruangan komen, ramai netizen mula menambah perasa dalam drama ini.

“Air tangan isteri pertama sentiasa dirindui,”

Apa pun min doakan semuanya akan baik-baik saja dan ingatlah apa yang kita buat jahat pada orang, akan berbalik pada kita semula.

Jadi, berhati-hati setiap apa kita cakap dan lakukan dalam hidup ini.

Friday 6 October 2023

TikTok Shop Di Indonesia Ditutup, Netizen Mula Takut Terjadi Di Malaysia

Sejak pandemik COVID-19 menyerang, ramai peniaga memulakan perniagaan mereka dari rumah dengan menggunakan atas talian seperti aplikasi Shopee dan TikTok.

Sehingga kini TikTok sudah menjadi satu platform penting untuk semua jenis perniagaan tidak kira kecil atau besar.

Asalkan boleh bercakap depan kamera dan rajin, anda boleh dapat keuntungan dari situ.

Tapi malangnya, platform perkongsian video, TikTok menyatakan pada 4 Oktober lalu bahawa pihaknya secara rasmi menamatkan perkhidmatan beli-belah online di Indonesia.

Ini kerana bagi mematuhi peraturan baharu yang dikuatkuasakan oleh pemerintah baru untuk melindungi perniagaan tempatan iaitu melarang penggabungan media sosial dengan layanan transaksi e-commerce.

Perkara ini kami tahu apabila melihat ciapan daripada seorang pengguna aplikasi X dengan mempersoalkan kenapa TikTok Shop di Indonesia di tutup?

“Malaysia janganlah buat macam ni,”

Menjengah ruangan komen ramai rakyat Malaysia mendoakan agar Malaysia tidak mengenakan undang-undang seperti ini.

Sehingga kini platform itu kini mempunyai 113 juta pengguna di Indonesia, menjadikan negara tersebut sebagai pasaran terbesar kedua TikTok di belakang Amerika Syarikat yang memiliki 116.5 juta pengguna.

loading...