loading...

Saturday 31 March 2018

Friday 30 March 2018

Thursday 29 March 2018

Jenis-Jenis Lelaki Yang Patut Dielakkan Dijadikan Suami

Berkemungkinan anda mempunyai banyak ciri-ciri lelaki yang anda idamkan seperti kacak dan berpelajaran tinggi, namun ada beberapa perkara atau ciri yang anda perlu juga bertimbangkan. Kerana jika ada lelaki yang mempunyai ciri-ciri ini, bersedialah jika mahu hidup dibenci atau tidak disukai keluarga sendiri.

Paling penting, ini kerana ia akan menjejaskan hubungan rumahtangga dalam jangka masa panjang.

Wanita memang tidak bisa memilih, tapi wanita juga berhak menolak pinangan pria yang sekitar tidak akan membawa kebaikan dunia-akhirat setelah menikah dengan pria tersebut. Berikut ini lelaki yang hedaknya dihindari oleh para muslimah:

1. Lelaki yang tidak solat

Orang yang berani meninggalkan sholat, berarti telah berani mengkhianati Allah, apalagi amanah manusia. Rasulullah SAW bersabda, “Perjanjian kami dengan mereka adalah solat. Orang yang meninggalkannya, bererti dia telah kafir.” (HR. At-Tirmidzi)
Bagaimana engkau dapat mempercayai suami yang tidak memenuhi syarat pertama yang diterapkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Jika datang kepadamu orang yang kau sukai agamanya…”, padahal solat adalah tiang agama.

2. Lelaki yang gemar melakukan dosa besar

Misalnya, mabuk, berzina dan berjudi. Hidup bersama suami seperti ini sama dengan hidup di dalam neraka. Semoga mereka bertaubat kepada Allah, agar Dia mengampuni mereka.

3. Dayus

Dayus adalah lelaki yang tidak memiliki rasa cemburu kepada isteri, dan membiarkan anak-isterinya terjerumus dalam maksiat. Dengan dalih kemajuan zaman, peradaban moden, dan perkembangan dunia, dia melarang isterinya berjilbab kerana hal ini dianggapnya kuno dan membolehkan isterinya berbual mesra bersama kawan-kawan lelaki, dan berketawa dengan laki-laki lain. Kalau suami kaki pukul pun dikira dayus juga.

4. Anak mama (manja)

Lelaki yang manja bukanlah lelaki sejati. Dia tidak akan mampu mengambil keputusan secara sendiri tanpa merujuk kepada ibunya. Betul, walaupun sudah berkahwin, si suami wajib mengutamakan ibunya kerana ibunya tetap no 1, tak salah kalau minta nasihat ibu dalam apa-apa jua perkara tetapi kalau bab keputusan mesti berbincang bagus-bagus tanpa mengira sebelah pihak (ibu) sahaja.

5. Lelaki yang jauh lebih tua

Kamu berusia 20 tahun, dia 60 tahun. Untuk apa? Harta? Kerana dia memenuhi nafsumu untuk memiliki gaun-gaun indah dan perhiasan? Namun, ada satu pekara yang tidak kau pertimbangkan, bahawa pada usia itu, nafsu seksualmu sedang membara, sedangkan nafsunya hampir padam. Bagaimana mengatasi masalah ini, wahai gadis muslimah? Jodoh memang tidak mengira usia, tetapi si suami dikhuatiri tidak dapat memenuhi kemahuan seksual isteri yang muda, bahkan bakal timbul masalah dalaman dalam rumahtangga.

6. Lelaki yang sombong dan senang membanggakan diri

Orang yang memiliki mentaliti seperti ini tidak mengenal perasaan cinta. Dia hanya mencintai diri sendiri. Jika dia menikah, dia tidak menikah kerana cinta, tapi kerana nafsunya menginginkan wanita itu. Lelaki begini, egonya sangat tinggi. Jika berkahwin dengannya, anda pasti jadi macam hamba abadi dan dia bos. Jauhi lelaki ini sebab orang yang sombong memang susah ditegur.

7. Workaholic (gila kerja)

Orang yang gila kerja hanya mengenal kerja. Dia akan terus-menerus bekerja tanpa lelah dan bosan, demi kekayaan, status sosial yang tinggi, atau penghormatan orang lain. Baginya, pernikahan hanyalah pelengkap status sosial. Isteri tak ubah seperti alat dalam rumah tangga. Jika dia perlu, dia memakainya dengan perasaan yang dingin. Banyak wanita yang terhormat dan suci yang merasakan masalah seksual dan emosional kerana diabaikan suami yang hanya memberikannya harta dan makanan yang sedap. Ya, mencari nafkah dan duit memang tanggungjawab suami, tapi jangan pula busy kerja sampai lepas tangan, lupa tanggungjawab terhadap keluarga.

8. Menderhaka kepada orang tua

Lelaki seperti ini sebenarnya menderita sakit dan harus segera disembuhkan. Dia harus tahu, bahawa orang lain akan bersikap kepada dirinya sebagaimana dia bersikap kepada orang lain. Jika dia tidak berbakti kepada orang tua, tidak menuruti perintah mereka, padahal mereka memiliki hak untuk dipatuhi, apakah dia berharap isterinya akan berbakti dan menuruti perintahnya semata-mata kerana dia punya hak untuk itu? Derhaka kepada orang tua tidak akan sesekali mencium bau syurga. Jika si lelaki sanggup derhaka dengan orang tuanya sendiri, apa sangat kalau dia nak buat perkara yang sama dengan si gadis?

9. Lelaki Lembut

Lelaki seperti ini tidak dapat disebut sebagai lelaki, kerana sifat-sifatnya bukan sifat lelaki; gaya, kata-kata, gerakan, dan fikirannya lebih menyerupai wanita. Dia tidak dapat berdikari dalam kehidupan dan tidak memiliki kesediaan untuk memikul tanggungjawab. Sayangnya, lelaki seperti ini sangat banyak di zaman sekarang. Allah sangat melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai nafsu songsang dan terpaksa berkahwin bagi mengaburi orang ramai tentang nafsu songsang tersebut.

10. Lelaki yang kedekut

Kedekut adalah penyakit yang susah disembuhkan. orang yang kedekut tidak dapat menyenangkan dirinya ataupun orang lain kecuali setelah dia mati. Kerana ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kita bersifat kedekut, baginda bersabda,

وَاتَّقُوا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ

“…Dan hindarilah sifat kedekut, kerana kedekut telah menghancurkan orang-orang sebelum kamu, membuat mereka saling bunuh dan melanggar kehormatan orang lain.” (HR. Muslim).(muslimah).

Sumber: Islamituindah.com.my

The post Jenis-Jenis Lelaki Yang Patut Dielakkan Dijadikan Suami appeared first on Aliff Channel.

Ibu Hamil, Awasi Makanan Punca Keguguran

Wanita hamil perlu berwaspada dalam menjaga keadaan janin dalam rahim agar kekal sihat dan kuat. Salah satu punca gangguan kehamilan, terutamanya keguguran adalah makanan. Makanan yang menyebabkan keguguran harus dielakkan oleh wanita hamil.

Apa makanan yang tidak boleh dimakan oleh wanita hamil? Berikut aliffchannel.com kongsikan 8 makanan yang dianggap berbahaya, menyebabkan keguguran pada ibu hamil.

Keguguran umumnya berlaku pada usia kehamilan muda atau masih pada awal minggu kehamilan. Semasa 12 minggu pertama kehamilan (trimester pertama) adalah mudah untuk berlaku keguguran pada wanita hamil. Ada banyak punca keguguran yang mungkin berlaku dan sering dialami oleh wanita hamil. Sesetengah faktor atau sebab keguguran boleh berlaku dari luar badan atau dari dalam tubuh ibu.

Survei menunjukkan bahawa keguguran janin boleh berlaku dalam satu daripada lima kehamilan. Malah dikalangan 1 dari 100 pasangan, ada seorang ibu yang mengalami keguguran tiga kali berturut-turut. Dikalangan banyak punca keguguran, salah satunya adalah faktor makanan.

1. Nanas

Nanas termasuk makanan yang boleh mencetuskan keguguran. Bagi anda yang masih muda mengandung, disarankan agar anda tidak terlalu kerap atau tidak mengambil terlalu banyak nanas dan atau makanan berasaskan nanas. Di dalam nanas mengandungi enzim yang dipanggil Protease Bromealin, sebatian ini sama dengan Papain yang terkandung dalam betik muda. Oleh itu, mungkin juga nanas akan memberi kesan yang sama dengan betik muda, yang boleh mengakibatkan keguguran pada wanita hamil muda.

2. Ketam

Ketam mungkin satu jenis makanan laut yang sangat lazat dan sangat disukai ramai. Ketam juga dikenali mempunyai kandungan nutrisi tinggi dan banyak manfaat untuk kesihatan. Tetapi disebalik kepuasan dan kandungan nutrisi ketam, wanita hamil harus mengelakkannya kerana ketam salah satu makanan yang menyebabkan keguguran jika dimakan selama tiga bulan pertama kehamilan. Ketam boleh menyebabkan saiz rahim mengecut. Selain itu, ketam juga boleh menyebabkan pendarahan alat kelamin hingga keguguran rahim.

3. Buah delima

Makanan yang menyebabkan keguguran kandungan seterusnya adalah delima. Namun, tidaklah bermakna anda akan segera mengalami keguguran apabila minum jus minum atau makan delima. Delima boleh menyebabkan keguguran apabila digunakan secara berlebihan, yang akan menyebabkan kekejangan pada rahim. Jika kekejangan harus mula waspada, kerana ia adalah salah satu tanda keguguran. Dan anda perlu tahu bahawa biji delima adalah yang paling berbahaya bagi wanita hamil.

4. Ikan

Sebenarnya ikan mengandungi banyak protein dan juga vitamin yang pasti diperlukan oleh wanita hamil. Walau bagaimanapun, semasa anda tiga bulan pertama kehamilan, anda dinasihatkan untuk tidak makan terlalu banyak jenis ikan dalam tin. Jenis ikan dalam tin dikenali mengandungi banyak bahan pengawet dan pelbagai bahan kimia lain yang boleh menjejaskan peningkatan tekanan darah pada wanita hamil. Pengawet yang terkandung dalam ikan dalam tin juga boleh menyebabkan pengekalan air. Di samping itu anda juga harus mengelakkan jenis makanan yang menyebabkan keguguran iaitu ikan yang hidup di dalam air tercemar.

5. Betik muda

Buah-buahan yang harus dielakkan oleh wanita hamil seterusnya ialah betik muda. Betik muda ini diketahui sangat berbahaya bagi perkembangan embrio. Kompaun yang terkandung di dalam betik muda boleh menyebabkan penguncupan yang kuat di dalam rahim ibu sehingga boleh menyebabkan keguguran. Malah dalam kajian yang telah dikaji pada haiwan tikus, kebanyakan tikus mengalami keguguran apabila memakan betik. Walau bagaimanapun, sehingga kini kajian masih dijalankan adakah semua jenis betik masak boleh menjadi penyebab keguguran atau tidak.

6. Durian

Bagi anda penggemar durian, harus mengelakkan makan buah ini semasa kehamilan. Kandungan asid arakidonik dan alkohol dalam durian menjadikan buah ini tidak sesuai untuk wanita hamil. Asid arachidonic akan mencetuskan pembentukan prostaglandin yang merangsang kontraksi dan membawa maut kepada janin. Juga, alkohol menyebabkan kelahiran pramatang dan juga bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang rendah. Dalam jumlah besar alkohol boleh menyebabkan keguguran.

7. Daging dan Telur

Sebenarnya kedua-dua makanan ini tidak dilarang sepenuhnya sebagai makanan punca keguguran rahim. Wanita mengandung harus berhati-hati ketika memakan pelbagai jenis daging dan telur yang dimasak

Sebenarnya kedua-dua makanan ini tidak dilarang sepenuhnya sebagai makanan punca keguguran rahim. Wanita mengandung harus berhati-hati ketika memakan pelbagai jenis daging dan telur dimasak separuh masak atau masih mentah. Penggunaan daging atau telur separuh masak boleh menjadi pencetus keguguran rahim. Walaupun pada waktu matang, wanita hamil juga dinasihatkan untuk tidak makan terlalu banyak daging dan telur.

8. Keju

Keju juga harus dielakkan ketika wanita hamil muda. Bukan kerana kandungannya yang berbahaya, kerana kita tahu bahawa keju juga ada banyak manfaat. Semasa mengandung, wanita hamil dinasihatkan untuk tidak menggunakan keju lembut. Jenis keju ini diketahui sebagai salah satu sebab keguguran. Oleh itu, pastikan anda benar-benar memilih keju berkualiti dan selamat untuk kesihatan.

Pelbagai Penyebab Keguguran Selain Faktor Makanan

Selain disebabkan oleh punca keguguran makanan, ada pelbagai sebab lain yang perlu diberi perhatian. Beberapa penyebab tersebut adalah kekurangan nutrisi semasa hamil (terutama asid folik), terjadinya jangkitan, dan juga gaya hidup yang tidak sihat seperti tabiat merokok dan minum alkohol.

Ini adalah penyebab janin yang belum berkembang yang berisiko keguguran. Aktiviti fizikal yang berlebihan juga perlu dielakkan, terutamanya semasa mengandung masih muda. Terus melakukan aktiviti fizikal ringan untuk menjaga kesihatan badan anda.

Selama kehamilan penting untuk sering membuat pemeriksaan kehamilan anda ke doktor, untuk mengetahui perkembangan janin dan juga berwaspada dan mencegah pelbagai gangguan kesihatan yang mungkin muncul selama kehamilan ini.

Sumber: Dedaunan.com

The post Ibu Hamil, Awasi Makanan Punca Keguguran appeared first on Aliff Channel.

Monday 26 March 2018

Sunday 25 March 2018

Lelaki Warga Afrika Diperkosa Tiga Wanita Selama 3 Hari

Seorang lelaki Afrika Selatan mengalami trauma yang teruk selepas dibius, diculik dan diperkosa oleh tiga wanita selama tiga hari berturut-turut.

Memetik laporan News.com.au, kejadian itu berlaku ketika lelaki berusia 23 tahun itu menghentikan kenderaan pengangkutan di Pretoria timur, yang dipanjat oleh tiga wanita muda.

Lelaki itu mula merasakan sesuatu apabila kenderaan dinaikinya berubah arah dan pemandu memintanya untuk duduk di kerusi hadapan.

Semasa duduk di tempat duduk depan, seorang wanita menyuntiknya dengan bahan yang tidak diketahui, sehingga menyebabkan lelaki itu tidak sedar.

“Dia menyatakan bahawa dia terbangun di sebuah bilik yang aneh di tempat tidur. Suspek perempuan kemudian memaksa dia untuk minum minuman tenaga sebelum bergilir memperkosanya beberapa kali dalam sehari,” kata Kapten Polis Afrika Selatan, Colette Weilbach.

Dalam hal ini, Colette akui untuk memeriksa kesnya. Kerana polis akan mengendalikan semua kes secara serius tanpa mengira alat jenis kelamin pengadu.

Lelaki itu kemudian dibuang ke dalam keadaan setengah telanjang di sebuah kawasan lapang. Dia kemudian menahan sebuah kereta dan meminta bantuan polis dan pihak polis masih memburu suspek.

The post Lelaki Warga Afrika Diperkosa Tiga Wanita Selama 3 Hari appeared first on Aliff Channel.

Wednesday 21 March 2018

Wanita Bersanding Tanpa Suami Disisi Raih Simpati Netizen

Bersanding diibaratkan sebagai hari yang paling bahagia oleh mana-mana pasangan untuk diraikan yang juga merupakan salah satu majlis utama dalam perkahwinan.

Namun baru-baru ini, satu pasangan pengantin baharu telah menjadi tular di laman media sosial kerana suaminya, Syaiful Izwan tidak mendapat pengecualian daripada latihan bomba pada saat-saat akhir.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, wanita bernama Badriyah Amir itu redha dan pasrah atas komitmen kerja oleh suaminya itu.

Walaupun suami tidak bersama ketika bersanding, dia masih berasa kehadiran suaminya disisi. Lihat gambar-gamabr persandingannya berikut ini yang meraih simpati netizen.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah serta memuji sikapnya yang tabah tanpa kehadiran suami di atas pelamin bagi meraikan hari yang bermakna tersebut.

Sumber : Instagram/Badriyah Amir

The post Wanita Bersanding Tanpa Suami Disisi Raih Simpati Netizen appeared first on Aliff Channel.

Tak Suka Belajar, Ismail Izzani Nekad Tidak Mahu Ambil SPM

Ramai di antara kita menduduki peperiksaan SPM untuk mencorak masa depan dan melangkah lebih jauh dalam karier. Namun, buat Ismail Izzani bertindak membuat keputusan untuk tidak akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti rakan-rakannya yang lain.

Dia memaklumkan lagi, dia nekad untuk terus melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej swasta dalam jurusan komunikasi dan akan bersedia menghadapi peperiksaan awal yang diadakan di kolej tersebut.

“Sejujurnya saya bukan seorang yang suka belajar. Jadi, saya ambil keputusan untuk tidak menduduki SPM seperti rakan yang lain.”

“Saya sudah berbincang dengan ibu bapa dan mereka juga bersepakat serta setuju untuk saya terus melanjutkan pelajaran di kolej swasta.”

“Untuk masuk kolej itu tidak memerlukan keputusan SPM tapi hanya melalui satu peperiksaan awal.”

“Insya-Allah, saya ada perancangan untuk lanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi,” kata Ismail.

Sejak usianya 16 tahun lagi dia memang mengikuti proses pembelajaran dari rumah (home schooling) dan keputusan tersebut diambil kerana tidak sempat mendaftar untuk menjalani peperiksaan SPM.

“Keputusan ini dibuat pun disebabkan saya tidak sempat daftar untuk ambil SPM tahun lalu.”

“Sepatutnya tarikh akhir untuk daftar bulan Mac. Tapi saya dapat tahu masa bulan Mei.”

“Saya belum pasti lagi bila waktu yang sesuai untuk sambung belajar. Yang pastinya, bukan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Namun dia masih tidak pasti bila masa yang terbaik untuk memulakan pengajiannya di kolej swasta tersebut.

“Alhamdulillah, single terbaru saya dah pun dilancarkan beberapa hari yang lalu dan mendapat sambutan.

“Lagu ini saya cipta memang khas buat peminat yang menyokong karier saya sejak mula lagi,” katanya.

Kalau betul sudah nekad, pastikan fokus untuk capai cita-cita dan jangan sia-siakan peluang yang ada. Tambahan pula perjalanan Ismail masih lagi jauh.

Sumber: mStar Online

The post Tak Suka Belajar, Ismail Izzani Nekad Tidak Mahu Ambil SPM appeared first on Aliff Channel.

Sebar Gambar Anak, Jurusolek Akui Silap – Mahu Berjumpa Siti Untuk Minta Maaf

Jurusolek sambilan, Wan Noor Akmal Wan Yusof, yang didakwa memuatnaik wajah anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza di laman Facebook tidak tahu bahawa keluarga penyanyi tersebut hanya akan berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

Dia hanya berniat untuk berkongsi kegembiraan dan tidak menyangka status tersebut mengundang kemarahan ramai pihak.

“Kalau dari awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya,” katanya seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal tempatan.

Wan Noor Akmal yang menggunakan nama FB Wann Arianna ingin bertemu dengan pihak Siti bagi memohon maaf dan untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Sekali lagi saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak sengaja untuk menyakiti hati pihak Siti,” jelasnya.

Tambahnya, dia mendapat gambar dan video tersebut daripada rakan menerusi aplikasi Whatsapp.

Terdahulu, perkongsian Wan semalam di laman Facebook miliknya menjadi tular sebelum dipadamkan beberapa jam kemudian.

The post Sebar Gambar Anak, Jurusolek Akui Silap – Mahu Berjumpa Siti Untuk Minta Maaf appeared first on Aliff Channel.

Tugas Suri Rumah 2.5 Kali Ganda Lebih Teruk Berbanding Kerja Sepenuh Masa

Dengan kos kehidupan yang kian meningkat naik, keinginan untuk memperbaiki taraf hidup, wanita gigih keluar mencari rezeki membantu meringankan beban suami. Malah walaupun menjadi suri rumah sepenuh masa, sebenarnya tugasan suri rumah adalah lebih teruk dari bekerja di luar.

Ini adalah berdasarkan kajian terkini yang membuktikan bahawa tugas seorang suri rumah adalah 2.5 kali lebih teruk berbanding pekerjaan sepenuh masa yang lain.

Tinjaun yang melibatkan jadual mingguan 2,000 ibu di Amerika Syarikat yang mempunyai anak berumur antara 5 hingga 12 tahun. Secara purata, kerja seorang suri rumah bermula seawal jam 6.23 pagi, lebih awal daripada kebanyakan pekerja lain memulakan hari mereka.

Sementara tugas harian mereka, sama ada berkaitan pekerjaan atau penjagaan anak hanya selesai jam 8.31 malam.
Ini bermakna seorang suri rumah bekerja 14 jam sehari atau secara purata 98 jam seminggu.

Kajian yang dijalankan Welch’s sebuah syarikat jus di United Kingdom pula mendedahkan, suri rumah hanya mempunyai 1 jam 7 minit untuk bersendirian atau melakukan sesuatu untuk diri sendiri.

Waktu tersebut dikategorikan lebih sedikit berbanding waktu rehat tengah hari dalam sektor pekerjaan yang lain.

Laporan The Independent pula mendapati 40 peratus golongan ibu merasakan mereka didominasi oleh senarai tugas yang tidak pernah berakhir.

Suri rumah ini juga menamakan tiga perkara yang perlu ada dalam menguruskan tugas harian iaitu bekalan kopi berterusan, keupayaan untuk tidur dan nada suara yang berkesan apabila marah.

The post Tugas Suri Rumah 2.5 Kali Ganda Lebih Teruk Berbanding Kerja Sepenuh Masa appeared first on Aliff Channel.

Tuesday 20 March 2018

Datuk K Belanja Siti Nurhaliza Pakej Pantang RM8,800

Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berpantang merupakan sesuatu yang cukup istimewa kerana beliau mengambil pakej lima bintang.

Pakej penjagaan ibu dan anak kendalian Natalis Mother Care selama 44 hari itu bukan sahaja menawarkan perkhidmatan berurut selepas bersalin namun ia termasuklah aktiviti bertungku yang menjadi amalan ibu bersalin sejak turun-temurun.

Malah Siti juga dibekalkan makanan berkhasiat mengikut jadual yang ditetapkan.

Ini ialah makanan tengah hari Siti Nurhaliza pada hari kedua menjadi ibu.

“Pakej berpantang selama 44 hari yang diambil oleh Siti itu merupakan yang paling istimewa di mana kami menyediakan makanan harian yang akan dihantar ke hospital dan rumah Siti, urutan tradisional serta bertungku.

“Selain itu pihak Natalis juga menghantar dua orang pekerja yang akan menjaga Siti dan bayinya pada waktu malam kerana mereka memerlukan penjagaan yang terbaik,” kata Suzita.

Juadah tengah hari Siti untuk hari pertama berpantang.

Selain itu, pihaknya turut menyediakan bubur nasi kerana ia antara makanan utama yang disarankan doktor dan sesuai untuk wanita bersalin secara pembedahan.

 

“Siti juga boleh turunkan berat badannya dengan cepat jika dia ikut aturan permakanan yang betul seperti disediakan,” ujarnya.

Pakej yang diambil Siti itu bernilai RM8,800 namun tidak termasuk makanan tambahan dan dua orang pekerja.

Pihaknya tidak boleh memberitahu jumlah sebenar yang dibayar oleh penyanyi itu.

Selain Siti, antara selebriti yang turut mengambil pakej daripada Natalis Mother Care ialah Jihan Muse, Nora Danish, Fouziah Gous dan Eira Syazira.

Sumber: mStar

The post Datuk K Belanja Siti Nurhaliza Pakej Pantang RM8,800 appeared first on Aliff Channel.

Tabiat Buruk Yang Menyukarkan Diri Anda Untuk Menjadi Insan Berjaya

Akan dapat dilihat perbezaan yang agak ketara sama ada dalam diri orang yang berjaya dan tidak jika hendak diamati betul-betul setiap gerak-geri mereka. Dari cara percakapan mahupun aktiviti-aktiviti seharian. Ini kerana apa yang dilakukan setiap hari adalah bayangan kepada tahap kejayaan hidup seseorang.

Kegagalan bukanlah pilihan yang ada dan sebetulnya tiada dalam pelan rancangan alternatif. Ini menyebabkan mereka terpaksa berusaha dan mencari dan memikirkan idea-idea lain jika kejayaan masih tidak ditemui. Di dalam fikiran mereka, mereka hanya mempunyai satu sahaja jalan, iaitu ‘menuju kejayaan’.

Contohnya, apabila mereka membuat keputusan untuk berhenti kerja, mereka akan memastikan pilihan yang dibuat itu adalah satu pilihan tepat. Tiada istilah untuk kembali semula kepada pekerjaan lama.

Bekerja keras

Memetik buku yang ditulis oleh Malcolm Gladwell dalam Outliers, untuk menjadi seorang pakar, seseorang itu mestilah sanggup menjalani hukuman 10,000 jam. Tidak kira apa bidang pun, latihan selama ini penting untuk membuat seseorang itu cekap dan mahir.

Bekerja lebih lama

Pernahkah anda berjumpa dengan orang berjaya yang hanya tahu duduk ‘rileks’ sebelum mereka kecapi kejayaan? Tidak dinafikan, usahawan dan jutawan yang berjaya hari ini adalah mereka yang sanggup bekerja keras dan lebih lama daripada orang lain. Kejayaan = fokus + kerja kuat.

Tidak terikut dengan suara majoriti

Orang yang berjaya tidak mudah terpengaruh dengan suara majoriti. Majoriti akan menyebabkan mereka tersekat dan tidak keluar daripada zon selesa diri sendiri. Orang berjaya mempunyai tabiat untuk memulakan sesuatu. Kalau anda perhatikan beberapa siri kejayaan hari ini, hadiah yang besar diberikan kepada mereka yang unik, dan bukannya kepada mereka yang suka mengikut.

Mula dengan akhir, dan berimpian tinggi

Mereka mempunyai matlamat yang tinggi. Orang yang berjaya mempunyai gambaran akhir untuk impian mereka. Mereka memulakan sesuatu projek dengan berimaginasi hasil akhir yang mereka bakal perolehi. Contohnya, mereka tahu apa gambaran terakhir yang menandakan mereka telah berjaya mencapai impian mereka.

Tidak berhenti

Apabila sudah sampai ke penghujung destinasi, mereka tidak berhenti. Orang berjaya akan terus meneruskan usaha mereka dengan mempunyai matlamat baru yang lebih tinggi. Kejayaan bagi mereka bukanlah satu destinasi, tetapi lebih kepada proses untuk mencapai destinasi tersebut.

Lakukan jualan

Tidak kira apa pun, untuk berjaya anda mesti pandai menjual, dan menjual itu tidak semestinya pada barangan sahaja. Anda boleh sahaja pandai menjual dengan membawa diri apabila berada dalam sesuatu tempat atau sesebuah organisasi. Ianya bukan tentang manipulasi, tetapi lebih kepada bagaimana untuk memahami situasi yang menghasilkan kemenangan.

Tidak riak atau sombong

Orang berjaya tidak riak dengan kejayaan diri. Jika hendak diperhatikan, rata-rata mereka biasa-biasa sahaja dan merendah diri sahaja apabila bercakap. Mereka tahu bahawa kejayaan yang dicapai hari ini bukannya datang daripada usaha mereka seorang sahaja.

The post Tabiat Buruk Yang Menyukarkan Diri Anda Untuk Menjadi Insan Berjaya appeared first on Aliff Channel.

Sakit Pada Payudara, Perlukah Khuatir?

Sakit pada payudara sering menyebabkan kebimbangan buat wanita. Adakah berbahaya dan apakah penyebabnya?

Sakit di payudara atau mastalgia ini boleh dirasai di bahagian atas luar dada dan tersebar ke ketiak dan lengan. Namun, tidak perlu risau jika anda mengalami kesakitan di payudara ini. Berikut soal-jawab yang telah dialih bahasa oleh Aliffchannel.com untuk bacaan anda.

Selamat malam doktor,

Doktor, saya berusia 23 tahun dan hari ini saya mengalami sakit payudara. Saya rasa cemas kerana beberapa kali rasa sakit ngilu dan denyutan di bahagian payudara, betul-betul di payudara bahagian bawah, berhampiran ketiak. Payudara rasa agak ketat dan lengannya terasa sakit. Bulan ini saya belum datang haid, adakah aduan saya ini munasabah kerana menghampiri tempoh haid? Mohon penerangan dan cadangkan. Terima kasih.

Jawapan:

Selamat malam saudari,

Menstruasi atau haid berlaku pada wanita secar anormal biasanya setiap 21-35 hari sekali dikira sejak hari pertama haid terakhir. Tempoh haid biasanya berlangsung antara 3-7 hari.

Namun, sebenarnya kitaran haid seseorang adalah tidak tepat pada masanya dan menjadi tidak teratur. Ini boleh berlaku, kerana faktor asas haid, iaitu faktor hormon, bekerja dengan mekanisma yang sangat dinamik.

Dinamik di sini bermakna sangat tidak menentu, dipengaruhi oleh banyak faktor, seperti kehamilan, penggunaan kontraseptif, tekanan psikologi, diet dan gaya hidup, penyakit tiroid, dan penyakit polikistik ovari.

Ketika haid datang, ia boleh dicirikan oleh beberapa tanda seperti payudara yang sensitif, perubahan mood dan nafsu makan, dan sakit di pinggang.

Kebanyakan gangguan haid sebenarnya adalah ringan, tetapi jika gangguan itu sangat merisaukan atau tidak sembuh, anda boleh segera berjumpa pakar ginekologi untuk pemeriksaan keadaan anda dan mendapatkan rawatan lengkap.

Demikian penjelasan yang boleh diberikan mengenai penyebab kesakitan di sekitar payudara, semoga membantu, terima kasih.

Dijawab oleh: Dr. Ayu Andrian Putri

Sumber: Meetdoctor.com

The post Sakit Pada Payudara, Perlukah Khuatir? appeared first on Aliff Channel.

Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan Kerana Lintah

Lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan. Lintah merupakan haiwan hermafrodit yang mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina seperti cacing.

Sesetengah lintah mempunyai kegunaan dalam perubatan menghisap darah sejak ribuan tahun dahulu, tetapi kebanyakan lintah tidak menghisap darah. Tetapi apa yang hendak dikongsikan ini adalah berkaitan dengan lintah, haiwan ini sememangnya tidak boleh dimakan atau ditelan, kerana dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan.

Tindakkan berani remaja lelaki bernama Sam Ballard telah menelan beberapa ekor lintah ketika dicabar oleh rakan-rakannya yang lain ketika menghadiri sebuah parti di kediaman salah seorang rakan akhirnya mengundang tragedi apabila Sam dikatakan terus jatuh dan telah dibawa kerumah hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Dikatakan, Sam telah disahkan dijangkiti sejenis bakteria daripada parasit yang ditemui dalam lintah terbabit. Parasit itu biasanya berada pada arnab, tikus, siput dan lintah sekiranya mereka memakan najis daripada tikus atau haiwan lain.

Berusia 19 tahun pada waktu itu, tahun 2010 menjadikan ia sebagai sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh rakan-rakannya malah keluarga Sam sendiri. Sam menghadapi euinophilic meningo encephalitis dan koma selama 420 hari serta lumpuh seluruh badan.

Pesakit yang dijangkiti dengan parasit ini disebabkan kerana telah menelan larva dalam siput mentah atau tidak cukup masak, lintah, udang air tawar, katak, atau ikan. Jangkitan juga boleh terjadi dengan sumber segar seperti salad yang tercemar. Apabila larva ditelan, mereka menembusi saluran usus, masuk ke saluran darah, dan akhirnya sampai ke meninges (penutup otak dan saraf tunjang).

Sejak daripada itu, kehidupan Sam dan keluarganya berubah. Sam terlantar selama 3 tahun dihospital dan hanya diberikan sebuah kerusi roda elektrik untuk memudahkannya bergerak. Kini, Sam telah berumur 28 tahun dan sering diserang sawan. Susulan daripada itu juga, Sam mengalami masalah untuk mengawal suhu badannya serta perlu diberi makan melalui tiub.

“Ia sangat mengecewakan, hati saya hancur, ia mengubah hidup saya. Impaknya sangat besar”.

Kos perubatan yang sangat tinggi membuatkan rakan-rakan Sam bertindak mengumpul dana untuk meringan beban Katie, ibu kepada Sam dalam memenuhi keperluan seharian dan kos penjagaan anak lelakinya itu. Katie dalam masa yang sama telah memohon Skin Insuran untuk orang kurang upaya bagi pihak anaknya dan layak menerima RM917,000 pada tahun 2016. Namun pun begitu, jumlah itu telah dikurangkan menjadi RM200,000 selepas pihak Insuran menyemak kembali permohonan Katie.

Akibat pemotongan itu, Katie dan keluarga terpaksa menanggung hutang yang banyak dan dikatakan tidak dapat menampung khidmat jururawat sebanyak RM76,000.

Jangan sesekali menerima cabaran yang boleh membahayakan diri anda, jika berlaku apa-apa keatas diri anda, bukan anda sahaja yang menerima kesannya, malah seluruh ahli keluarga.

Moga ianya memberi ikhtibar kepada anda.

Sumber: TheSun Uk

The post Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan Kerana Lintah appeared first on Aliff Channel.

Bahaya Minum Air Teh Ketika Perut Kosong

Jika anda pengemar teh, minum teh pada waktu pagi atau petang memang sangat lazat. Anda akan rasa lebih teruja selepas minum secawan teh. Malah, teh boleh meningkatkan tumpuan anda.

Namun, jangan minum teh apabila perut kosong. Antioksidan dalam teh mempunyai beberapa manfaat. Walau bagaimanapun, manfaat ini tidak akan diserap oleh badan jika diambil ketika perut kosong. Ada beberapa risiko yang akan dihasilkan jika mendesak minum teh ketika perut kosong.

Semak ulasan yang disusun Aliffchannel.com di bawah ini.

Mengganggu metabolisma

Minum teh sewaktu perut kosong mengganggu metabolisma badan. Kandungan dalam teh ini menjadikan asid dalam perut meningkat. Akibatnya, metabolisma tubuh akan terganggu dan asid perut meningkat.

Dehidrasi

Teh adalah bersifat diuretik yang menghilangkan air di dalam badan. Ini sebabnya anda tidak boleh minum teh dengan perut kosong, terutama pada waktu pagi. Kerana, anda akan mengalami dehidrasi sepanjang hari. Malah, dalam keadaan yang paling teruk anda akan mengalami kekejangan otot.

Perut Kembung

Minum teh dicampur dengan susu memang lazat. Tetapi, jangan sekali-kali meminumnya dengan perut kosong. Kandungan laktosa yang tinggi dalam susu akan menyebabkan perut kembung dan menyebabkan beberapa masalah dalam usus. Dalam keadaan yang paling teruk, anda akan mengalami sembelit.

Itulah tiga risiko yang timbul ketika minum teh sewaktu perut kosong. Bagi anda yang tidak mahu mengalami masalah ini, hendaklah minum teh apabila perut dipenuhi, contohnya selepas sarapan pagi.

Di samping itu, perhatikan jumlah gula yang anda masukkan ke dalam teh. Jangan terlalu manis kerana ini akan meningkatkan hormon insulin dalam tubuh yang mencetuskan pelbagai masalah kesihatan lain di dalam badan.

Semoga bermanfaat. Kongsikan artikel ini ke sahabat handai dan keluarga yang gemar minum teh!

Sumber: Dibancuh dari laman Boldsky

The post Bahaya Minum Air Teh Ketika Perut Kosong appeared first on Aliff Channel.

Tips Jitu Atasi Ketiak Daripada Basah

Cuaca panas menyebabkan badan kita mudah berpeluh. Salah satu bahagian badan yang paling berpeluh adalah ketiak. Walaupun menggunakan deodoran, peluh masih muncul, malah meresap ke dalam baju yang membuatkan seseorang rasa malu.

Selain memalukan, pengeluaran peluh yang berlebihan di ketiak juga menjadikan pakaian berwarna. Anda akan mendapati rona kuning pada baju itu. Pernah tak anda mengalaminya?

Penggunaan deodoran sedemikian boleh dikawal, ya. Tetapi, ada sesetengah orang yang merasakan penggunaan deodoran tidak membantu mengurangkan pengeluaran peluh. Persoalannya, bagaimana mengatasi masalah ini?

Penggunaan deodoran tidak akan menghentikan pengeluaran peluh. Jika badan tidak berpeluh, anda akan mati. Oleh itu, peluh adalah salah satu cara untuk menghilangkan toksin dalam tubuh.

Tetapi, jika berpeluh berlebihan, anda pasti akan rasa malu. Jangan risau, anda boleh mengendalikannya dengan beberapa cara di bawah ini.

Gunakan deodoran semulajadi

Sebagai tambahan kepada deodoran buatan kilang, anda boleh membuatnya dari bahan semula jadi. Pertama, buat pasta campuran baking soda dan air. Sapukan ramuan ini pada ketiak dan biarkan selama 30 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

Kedua, gunakan cuka epal untuk ketiak selepas mandi. Herba ini akan menjadikan ketiak kering. Akhirnya, cubalah memohon campuran jus lemon dengan isi tomato di ketiak sebelum tidur. Biarkan herba ini selama 15 minit untuk kering, kemudian bilas dengan air bersih.

Pastikan ketiak anda bersih

Apabila ketiak anda mula berpeluh, segera keringkan dengan tisu. Jangan memakai sebarang deodoran apabila ketiak anda basah. Ini akan meningkatkan pengeluaran ketiak. Basuh ketiak dengan sabun, kemudian kering sebelum menyapukannya lagi.

Bagi mereka yang mempunyai masalah dengan peluh, anda perlu mandi lebih rajin dalam cuaca panas. Pastikan badan benar-benar kering sebelum memakai pakaian. Jika tidak, badan akan kembali berpeluh yang menjadikan ketiak basah sekali lagi.

Pakai baju dalam

Agar peluh tidak meresap ke dalam pakaian, maka anda harus memakai baju di dalamnya. Ini akan membuat peluh diserap terlebih dahulu ke dalam baju yang dalam dan tidak meninggalkan kesan pada baju luar anda.

Mencukur bulu ketiak

Mencukur bulu ketiak juga boleh membantu mengurangkan pengeluaran peluh. Bulu halus itu menjadikan ketiak lembap dan menghasilkan lebih banyak peluh. Sebaiknya, anda tidak perlu mencukur bulu ketiak sehingga habis. Ini akan menyebabkan liang-liang terbuka lebar dan meningkatkan suhu ketiak.

Semak diet anda

Anda juga harus mengelakkan makanan berbau tajam, terutama bawang jika penghasilan peluh badan meningkat. Di samping itu, elakkan daging merah, susu, alkohol, dan makanan pedas yang meningkatkan suhu badan. Makanan ini akan membuat hypothalamus menghantar isyarat ke otak untuk menghasilkan lebih banyak peluh.

The post Tips Jitu Atasi Ketiak Daripada Basah appeared first on Aliff Channel.

Pilihan Tempat Duduk Dalam Kapal Terbang Dedahkan Karakter Diri Anda

Ketika anda sedang bercuti dan perlu menaiki kapal terbang, di mana tempat kedudukan tempat duduk yang anda pilih? Di sebelah tingkap, pertengahan atau tepi lorong laluan?

Profesor psikologi, Jonathan Bricker dan Becky Spelman mengatakan bahawa mereka boleh membaca karakter melalui pilihan tempat duduk dalam kapal terbang. Kedudukan tempat duduk yang dipilih dapat mencerminkan sifat sebenar yang tersembunyi di dalam hati.

Luangkan masa dan lihat berikut ini jika anda jenis yang mementingkan diri sendiri, berfikiran terbuka atau introvert.

Di sebelah tingkap

Tempat duduk yang tidak dapat dinafikan yang paling selesa di dalam kapal terbang kerana anda dapat melihat pemandangan luar, bersandar dan anda tidak akan terganggu oleh orang atau pramugari yang berjalan di lorong laluan. Walau bagaimanapun, ia akan menjadi sangat menyusahkan jika anda ingin pergi ke tandas.

Orang ramai memilih tempat duduk di sebelah tingkap kerana pemandangan di luar tingkap atau atas sebab peribadi. Orang yang memilih kedudukan ini mempunyai ruang sendiri dan dapat mengasingkan diri dari penumpang lain.

Orang yang memilih tempat ini suka berada dalam kawalan, mementingkan diri dan mudah marah. Mereka juga mempunyai permintaan tinggi untuk diri sendiri dan orang lain.

Tempat duduk tengah

Jika anda suka duduk di kerusi tengah, ini membuktikan bahawa anda adalah orang yang sangat baik. Anda tidak keberatan untuk berhimpit antara dua orang.

Bagi orang yang memilih duduk di tengah-tengah, mereka dianggap aktif dan sosial. Mereka dilihat optimistik dan tidak akan menghadapi masalah terlalu lama. Mereka terbuka dan beradaptasi untuk berubah.

Di sebelah lorong laluan

Bagi orang yang memilih duduk di kerusi sebelah laluan, mereka lebih sukakan kebebasan. Tetapi sebenarnya mereka dianggap introvert. Mereka tidak banyak berkomunikasi dengan orang dan mereka tidak mengganggu orang lain.

Penumpang ini selalunya gelisah dan mempunyai keinginan yang kuat untuk mengawal. Mereka boleh mengawal seluruh penumpang. Tetapi tidak seperti orang yang duduk di sebelah tingkap, mereka tidak mudah marah.

Sumber: Weekendhk.com

The post Pilihan Tempat Duduk Dalam Kapal Terbang Dedahkan Karakter Diri Anda appeared first on Aliff Channel.

Monday 19 March 2018

Pantang Larang Yang Perlu Dijaga Dalam Perkahwinan

Perkahwinan adalah penyatuan dua hati mereka yang telah memutuskan untuk bersama hingga ke akhir hayat.

Namun, membuat keputusan untuk berkahwin itu adalah satu keputusan yang besar dimana kedua-duanya harus matang dan sudah mampu menangani sebarang masalah supaya nanti tiada kesukaran selepas berkahwin.

Hidup selepas berkahwin itu indah jika anda tahu bagaimana untuk menjaga hubungan itu, dan akan menjadi satu beban jika anda tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah.

Anda seharusnya sudah mengenali baik buruk pasangan anda, apa yang mereka suka dan tidak suka.

Jika dahulunya anda bebas untuk melakukan banyak hal, namun setelah berkahwin sudah pasti ada batas-batas yang harus anda ketahui agar kehidupan anda dengan pasangan sentiasa dalam keadaan aman dan damai.

Apa pantang larang yang perlu anda jaga dalam hubungan? Baca berikut ini.

Jangan memuji orang lain

Jangan sesekali memuji orang lain berlebihan, ini kerana pasangan anda akan menganggap dirinya terlalu teruk dan banyak kekurangan. Sebaiknya elakkan dari memuji kecantikkan atau kelebihan orang lain.

Jaga percakapan

Ada sesetengah pasangan yang terlalu rasa selesa dengan pasangan sehingga setiap kata-kata tidak diambil berat. Jaga setiap perkataan anda agar tidak mengguris perasaannya, ianya sangat penting bagi menjaga sesuatu hubungan.

Tinggi suara

Apabila sedang bercakap, pastikan anda tidak meninggikan suara walaupun anda sedang dalam keadaan marah. Kawal perasaan anda, kerana mungkin saja pasangan anda seorang yang egonya sangat tinggi. Seseorang yang mempunyai ego yang tinggi tidak suka apabila orang lain meninggikan suara kepadanya.

Jika anda seorang isteri, sudah pasti anda tidak boleh meninggikan suara kepada suami, nanti dikatakan sebagai isteri derhaka.

Pendengar yang baik

Jadi pendengar yang baik untuk pasangan anda, jangan pula anda mengkritiknya setelah mendengar masalahnya. Anda harus menjadi suami atau isteri yang baik dengan mampu mendengar setiap masalahnya dan memberi nasihat yang baik untuknya.

Meminta maaf

Bukan semua orang mampu untuk meminta maaf, hanya orang yang berani mengakui kesilapan yang mampu merendah diri dan meminta maaf kepada sesiapa sahaja setelah melakukan kesalahan. Jika anda rasa ada melakukan kesilapan terhadap pasangan anda, sebaiknya anda segera meminta maaf. Tidak perlu sediakan hadiah dengan nilai yang tinggi, cukup dengan perkataan ‘maaf’, ianya mampu menyejukkan hati yang sedang marah.

Dalam menjaga perhubungan suami isteri, tolak ansur sangat penting. Rendahkan ego dan sentiasa mengakui kesilapan itu adalah salah satu faktor kebahagiaan dalam rumahtangga.

Sumber: Suria.my

The post Pantang Larang Yang Perlu Dijaga Dalam Perkahwinan appeared first on Aliff Channel.

Senaman Cantikkan Punggung Dan Peha

Masalah berat badan berlebihan adalah antara salah satu perkara yang sangat sensitif bagi sesetengah orang, terutamanya bagi wanita.

Janganlah menegur tentang berat badan seseorang, sudah pasti akan memberi tekanan yang besar kepada mereka.

Ada sesetengah orang yang nampak seperti kurus kerana saiz pinggangnya tidak terlalu lebar, tetapi peha dan punggungnya sangat besar dan lebar.

Selalunya perkara ini terjadi setelah seseorang wanita itu telah melahirkan anak, saiz dada, peha dan punggung akan berubah dan menjadi semakin lebar berbanding sebelum melahirkan anak.

Sebenarnya ada senaman yang sesuai untuk anda yang mengalami masalah ini. Jom kita lihat.

Langkah pertama

Berdiri tegak, kaki dijarakkan selari dengan dada dan bahu. Tangan letak kiri kanan.

Langkah kedua

Rendahkan sedikit badan, pastikan dada dada anda tegak dan tidak melengkung ke depan, bengkokkan lutut dan seimbangkan berat badan anda dengan menggunakan tumit.

Langkah Ketiga

Selepas itu, rendahkan lagi badan anda dan tangan anda naikkan lurus ke depan.

Langkah keempat

Seterusnya, pastikan tulang belakang anda tegak. Jangan lengkungkan badan. Tumit dengan jari-jemari kaki semua cecah lantai.

Langkah kelima

Rendahkan badan sehingga terasa nak cecah lantai. Pastikan dada anda dalam keadaan tegak.

Langkah keenam

Tahan selama mana anda boleh, sekurang-kurangnya 8 saat, perlahan-lahan naik semula sampai ke posisi yang nombor satu.

Squats melibatkan otot di bahagian bawah badan terlajak sikit bahagian belakang dan atas perut (rujuk rajah sebelah) iaitu quadriceps (peha hadapan), hamstrings (peha belakang), gluteus maximus (otot punggung), gastrocnemius (betis atas), seleus (betis bawah), tibialis anterior, rectus abdominus dan erector spinae.

Pastikan bahagian tersebut terasa masa anda buat SQUAT ni. Selamat mencuba!

Sumber: suziekuteri.blogspot

The post Senaman Cantikkan Punggung Dan Peha appeared first on Aliff Channel.

Posisi Tidur Yang Betul Ikut Jenis Penyakit

Bagi sesetengah orang, tidur dalam mana-mana posisi itu tidak penting, asalkan selesa. Tetapi sebagai manusia biasa, sudah pasti tahap kesihatan adakalanya baik, adakalanya sakit.

Posisi ketika tidur sangat penting untuk anda jika anda mengalami masalah kesihatan, contohnya ketika demam dan selesema. Namun begitu, ada cara yang sesuai untuk menangani masalah tersebut, mungkin dapat meringankan kesakitan itu dengan mengubah posisi tidur anda.

Ini adalah posisi tidur yang sesuai untuk anda yang mengalami masalah kesihatan, jom kita lihat.

Selesema

Jika anda mengalami demam dan selesema yang teruk, anda digalakkan untuk tidur dalam posisi begini, ianya akan membuatkan anda rasa lebih selesa.

Masalah penghadaman

Ni cara tidur kalau anda mengalami masalah penghadaman, sesiapa yang pernah mengalami masalah ini sudah pasti tahu bagaimana sakitnya apabila sistem penghadaman kurang berfungsi, dan posisi ini mampu buat anda rasa lebih selesa dan kurang rasa sakit dibahagian dada dan perut.

Sakit kepala

Jika anda mengalami sakit kepala yang teruk, anda digalakkan untuk tidur pada posisi begini, ianya dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.

PMS

Buat perempuan yang tengah PMS, ni adalah cara tidur yang sesuai.

Sumber: NTD.tv

The post Posisi Tidur Yang Betul Ikut Jenis Penyakit appeared first on Aliff Channel.

Petua Berkesan Hilangkan Dengkur

Setiap orang berlainan gaya tidurnya, dan paling membingungkan ialah apabila seseorang itu mengalami masalah tidur berdengkur. Bagi sesetengah orang, tidur berdengkur itu bukanlah satu masalah besar, malah ada diantara mereka menganggap ianya adalah masalah biasa.

Dengkuran ialah bunyi pernafasan yang kuat dan bising ketika tidur. Jika seseorang itu berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika. Ini disebabkan halangan dalam saluran pernafasan.

Ada mengatakan bahawa tidur berdengkur itu akibatnya daripada tekanan atau penat yang dialami, jika lebih tekanan dan kepenatan melampau, maka lebih kuat dengkuran.

Jika anda mengalami dengkuran yang terlalu teruk, sebenarnya anda memerlukan rawatan bagi mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan dengkurannya. Petua mudah yang dikongsikan wanita ini mungkin boleh dicuba oleh anda yang megalami masalah ini.

Syiema Ima menerusi Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) telah berjaya mengatasi masalah dengkurannya dengan hanya menggunakan 3 bahan mudah ini. Air suam yang dicampur bersama bahan ini hanya diminum sebanyak 4 kali, ajaibnya masalah dengkuranya hilang serta merta. Menarik bukan?

Jom kita ikuti petua yang dikongsikan beiau di bawah. Selamat mencuba !

Assalamualaikum..ingat lagi tak saya penah share petua pasal dengkur…macam mana kalian yang share tu dah cuba buat ke belum?

Alhamdulillah.. saya sendiri dah cuba buat.. dalam 4 kali saja minum air ni.. dengkur hilang serta merta.. bahan-bahan hanya guna barang yang ada di dapur je.. tak susah pun nk cari.

berdengkur, masalah dengkur, petua hilangkan dengkur, tip hilangkan dengkur, bahaya tidur berdengkur,

Bahan-bahan:

Kunyit hidup


Madu


Air suam

Cara-caranya :

Air suam suku gelas rendamkan knyit hdup dlm segelas selama 5 minit.
Campurkan madu satu sudu.
Minum sebelum tidur sehari hanya sekali saja.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook

The post Petua Berkesan Hilangkan Dengkur appeared first on Aliff Channel.

Sajat Dedah Akui Terima Banyak ‘Mesej Lucah’ Daripada Lelaki

Selepas isu JAKIM dan pengakuan ibubapa Nur Sajat yang mengatakan diri anaknya khunsa, netizen nampaknya sudah kurang ‘membawang‘ perihal isu jantina usahawan kecantikan ini.

Baru-baru ini, Sajat telah melancarkan single keduanya bertajuk Makhluk Penggoda. Memetik laporan mStar, dalam satu sidang media di The Ame Soeur dekat Bukit Jalil, Sajat mendedahkan satu rahsia yang boleh membuat perempuan diluar sana tersedak. Katanya, dia kerap terima mesej godaan dan ayat-ayat berbaur lucah daripada lelaki yang tak dikenali di laman sosial.

Sajat mengakui mesej yang diterimanya bukan sahaja dihantar secara peribadi kepadanya, malah kepada wakil stokis dan ejen bisnes juga asyik menerima mesej yang serupa.

“Sejak semakin popular ni, banyak betul mesej godaan termasuklah foto lucah yang saya terima di WhatsApp dan Instagram.

“Bila kita tak layan permintaan mereka, mulalah jadi haters dan komen yang bukan-bukan di laman sosial tersebut,” kata Sajat.

Setakat ini, Sajat tidak melaporkan gangguan itu pada pihak berkuasa. Namun memberi amaran keras, jangan sampai keterlaluan, dan dia tidak teragak-agak untuk memberi pengajaran pada mereka yang terlibat.

“Selalunya saya abaikan sahaja mesej tidak berfaedah macam itu, kalau dilayan semakin menjadi-jadi. Tak fasal-fasal nama kita juga yang buruk nanti.

“Kalau melampau sangat, saya akan block akaun tersebut dan jika perlu saya akan tularkan akaun itu sebagai pengajaran,” jelas Sajat.

Perkembangan terbaru, Sajat sekarang dilihat terlibat dalam satu rancangan realiti, Nur Sajat Rated Xtra di portal Tonton bermula ditayangkan 28 Februari lalu. Malah, Sajat juga sudah bersedia untuk menerima kritikan orang ramai terhadap lagu Makhluk Penggoda.

“Lagu pertama dulu pun kena kritikan hebat, jadi untuk lagu kedua saya dah bersedia dengan sebarang kecaman.

“Biasalah kita tak boleh nak puaskan hati semua orang dan saya sertai bidang nyanyian ini hanya suka-suka. Yang peliknya, walaupun netizen tak suka, mereka tetap nak tengok kan?” ujar Sajat.

Buat para-para wanita, pantaulah suami atau kekasih anda, manalah tahu dalam diam meminati Sajat.

The post Sajat Dedah Akui Terima Banyak ‘Mesej Lucah’ Daripada Lelaki appeared first on Aliff Channel.

Hujan Jongkong Emas Jatuh Dari Langit Di Rusia

Teringat kata peribahasa, ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri’. Yang membawa maksud, sesuatu itu memang baik di tempat sendiri walaupun betapa mewahnya di tempat lain.

Bukanlah mahu memperbahaskan mengenai peribahasa ini, tetapi hujan emas betul-betul terjadi di langit Rusia. Jongkong-jongkong emas jatuh dari langit sebagai akibat kegagalan satu pesawat penerbangan.

Kemalangan penerbangan ini yang juga merupakan kemalangan paling berharga tercipta di dalam sejarah penerbangan. Sebuah pesawat yang membawa muatan bernilai US$ 368 juta mengalami kemalangan ketika mahu berlepas di sebuah lapangan terbang di Yakutsk, Rusia.

Berikutan kemalangan tersebut, jongkong-jongkong emas yang dibawa oleh pesawat tersebut telah bertebaran di atas landasan setelah badan pesawat itu terputus dua.

Menurut jurucakap lapangan terbang, pihak mereka telah berjaya menemui semua 172 buah jongkong emas seberat 3 tan selepas operasi pencarian dilancarkan sejurus selepas berlakunya kemalangan tersebut.

Bandar Yakutsk yang terletak di kawasan perlombongan emas dan belian itu merupakan antara salah sebuah kawasan yang paling miskin di Rusia.

Sumber: Pelbagai sumber

The post Hujan Jongkong Emas Jatuh Dari Langit Di Rusia appeared first on Aliff Channel.

Rahsia Wajah Berseri Dengan Bawang Merah

Jeragat adalah salah satu masalah kulit yang kerap terjadi kepada wanita yang menjangkau usia 30-an, ramai wanita sanggup melaburkan ribuan ringgit bagi mengatasi masalah jeragat ini.

Tahukah anda bahawa bawang merah mampu merawat masalah anda? Bawang merah bukan sahaja berfungsi sebagai bahan dalam masakan, malah memberikan khasiat yang baik kepada tubuh badan mahupun kulit wajah anda.

Banyak manfaat bawang merah ini untuk kecantikan wanita. Antaranya mengawal paras kolesterol dalam badan dan mencegah keguguran rambut. Dalam perawatan wajah, getah bawang merah membolehkan mak-mak memperoleh 4 manfaat awet muda ini.

Manfaat Getah Bawang Merah

Menyingkirkan jeragat

Cara 1 : Belah bawang merah kepada dua bahagian. Kemudian, secara perlahan-lahan gosokkan bawang tersebut pada bahagian wajah yang berjeragat.

Lakukan dua kali sehari, mak-mak akan dapat lihat jeragat atau pigmentasi semakin pudar. Tapi jangan tonyoh kuat-kuat ye takut kulit cedera.

Cara 2 : Ambil air perahan bawang merah. Campurkan dengan yogurt asli (Tak perlu banyak, biar ngam-ngam untuk sekali pakai). Adun sebati dan sapu di muka. Biarkan 10 ke 15 minit barulah cuci bersih.muka muda berseri, muka berjeragat, jeragat, petua hilangkan jeragat, tip hilangkan jeragat, DIY buang jeragat

Anti penuaan

Bawang merah itu sendiri mengandungi vitamin A, C dan E yang bermanfaat untuk melindungi kulit dari sinaran ultra ungu. Ia juga mengandungi sumber quercetin yang mana itulah antioksidan paling kuat untuk menjaga keanjalan kulit wajah.

Caranya : Ambil air perahan bawang merah dan sapukan pada kulit wajah. Biarkan seketika dan basuh bersih. Jus tadi akan membantu meningkatkan perjalanan darah pada kulit wajah.

Kurangkan Jerawat

Kulit wajah yang sensitif dengan produk di pasaran, boleh mencuba cara alami ini. Bawang merah bersifat anti bakteria dan anti keradangan. Getahnya bekerja membunuh kuman malah membantu menyembuhkan luka bekas jerawat.

Caranya : Campurkan 1 sudu besar jus bawang merah segar dan 1 sudu besar minyak zaitun. Sapukan pada wajah sekitar 20 minit. Selepas itu cuci bersih dengan air dingin. Rasakan kelembutannya.

Fungsi Mencerahkan Kulit

Vitamin C yang ada pada bawang merah membantu menjaga kelembapan dan seri wajah. Jika kulit kelihatan kusam, cubalah sapukan masker bawang merah ini.

Caranya : 1/2 sudu besar jus bawang merah segar, 1/2 sudu kecil susu tepung dan sedikit buah pala. Campurkan sampai jadi kental. Sapukan pada wajah antara 15 ke 20 minit.

Syarat pakai masker tak boleh lebih 20 minit. Nanti boleh mengundang kerengsaan pada kulit. Kemudian bersihkan masker tadi dengan kapas yang dicelup pada susu yang dah dicairkan. Basuh bersih wajah.

Sumber: Petuaibu.com

The post Rahsia Wajah Berseri Dengan Bawang Merah appeared first on Aliff Channel.

Perlu Ke Basuh? Penting Untuk Peminat Pakaian Terpakai

Islam sangat mementingkan kebersihan kerana syariat mengajar dan memerintahkan umat Islam mendahulukan kebersihan pada segenap aspek kehidupan. Dan sebenarnya terlalu banyak benda yang perlu kita jaga, bukan sahaja kebersihan dalam pemakanan, malam dalam menjaga kebersihan pakaian.

Anda mungkin salah seorang yang gemar membeli barangan terpakai atau lebih dikenali sebagai ‘bundle‘. Bukan sahaja boleh berjimat, malah kualiti kain juga kebanyakkannya sangat berkualiti. Namun adakah anda menitikberatkan tentang kebersihan barangan tersebut?

Antara barangan yang kita sangat gemar beli adalah pakaian, ada yang mempersoalkan tentang tahap kebersihan baju terpakai ini. Adakah selamat dipakai, ataupun adakah mungkin terdedah dengan pelbagai penyakit kerana baju-baju tersebut tidak tahu dari mana diambil.

Dalam islam sangat pentingkan kebersihan. jika persoalan ini pernah bermain difikiran anda, ini jawapan kepada soalan tersebut.

Firman Allah swt :

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ

Ertinya : “Sesungguhnya Allah sangat menyukai orang-orang yang selalu bertaubat dan menyukai orang-orang yang selalu membersihkan diri.” (Al-Baqarah : 222)

Apabila ada pada pakaian kita suatu najis atau kotoran maka hendaklah dibersihkan kerana memakai pakaian yang bersih dari najis dan kotoran itu adalah perintah syarak.basuh baju bundle, baju bundle, kebersihan baju bundle, perlu ke cuci banyak kali baju bundle,

Firman Allah swt :

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ

Ertinya : “Dan pakaianmu itu maka hendaklah kamu bersihkan”. (Al-Muddatthir : 4)

Jika kita membeli pakaian terpakai dan ada padanya kotoran atau najis atau pakaian tersebut belum lagi dibersihkan olih penjualnya maka hendaklah dibersihkan terlebih dulu sebelum memakainya supaya dapat dipastikan kita berada dalam kebersihan dan kesucian.

Jika najis yang mengenai pakai tersebut adalah najis mughallazah maka wajib dibersihkan dengan air tanah sekali dan air bersih enam kali. Dan pakaian yang terkena najis selain mughallazah maka memadai dibasuh dengan air bersih sekali.

Ada pun jika pakaian terpakai itu sudah dibersihkan sebelum dijual dan tidak ada kotoran atau sebarang najis pada pakaian terpakai tersebut maka tidaklah ada kewajipan utntuk membersihkannya.

Begitu juga jika was-was yang pakaian itu mungkin sahaja kotor atau kena najis yang tidak bersandarkan kepada bukti maka tidak disyaratkan membasuhnya terlebih dulu sebelum memakainya.

Firman Allah swt :

مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍۢ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Ertinya : “Allah tidak sekali-kali hendak menyusahkan akan kamu semua dan tetapi Allah hendak menjadikan kamu semua bersih dan supaya sempurna nikmat-Nya atas kamu mudah-mudahan kamu semua menjadi orang yang bersyukur.” (Al-Maidah : 6)

Tetapi jika dibasuh juga selepas membelinya tanpa terbukti ada najis atau kotoran hanya semata-mata untuk lebih yakin maka itu adalah elok.

basuh baju bundle, baju bundle, kebersihan baju bundle, perlu ke cuci banyak kali baju bundle,

Kesimpulan :

– Jika baju terpakai itu sudah bersih dibasuh oleh penjual dan tiada tanda-tanda terkena kotoran atau najis maka tidak wajib membasuhnya sekali lagi.

– Jika memang ada najis atau kotor maka wajib dibasuh supaya bersih.

– Jika dibasuh bukan kerana ada najis atau kotoran tetapi semata-mata supaya lebih yakin akan kebersihannya maka adalah elok.

Wallahua’lam

Sumber: Facebook/Ustaz Azhar Idrus (Original)

The post Perlu Ke Basuh? Penting Untuk Peminat Pakaian Terpakai appeared first on Aliff Channel.

Tips Berguna Putihkan Celah Peha Yang Hitam

Masalah utama atau penyebab utama kesan hitam di celah ketiak, leher dan peha selalunya akibat daripada bahan kosmetik yang tidak bersesuaian.

Contohnya hitam dicelah ketiak, biasanya ia berlaku kerana deodoran yang tidak sesuai menyebabkan ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Manakala jika anda seorang yang berkulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit seperti merengsa dan sebagainya.

Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut. Jika anda menggunakan pencukur bulu ketiak, pastikan pencukur tersebut bersih dan terhindar dari kuman, ini kerana ianya adalah faktor utama mengapa ketiak anda menjadi gelap.

Jika anda sudah mencuba pelbagai produk untuk menyelesaikan masalah ini, namun masih juga tiada perubahan, mungkin petua tradisional ini mampu membantu anda.

Kapur sireh dan limau nipis

Dengan menggunakan dua bahan ini, anda mampu mencerahkan ketiak anda. Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukannya selepas mandi dan amalkan setiap hari selama seminggu, kemudian ulang selang sehari pada minggu berikutnya. Iaitu lakukan tiga kali seminggu.

Buah betik

Buah betik terkenal dengan kebaikkannya untuk kulit, malah ian juga boleh menghilangkan kesan hitam di bawah ketiak. Caranya, parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

Sirih dan beras

Kisar segenggam beras sehingga halus dan tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campur kedua-duanya dan sebatikan. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.

Bukan sahaja berkesan malah mampu menjimatkan duit anda. Jika cara tradisional mampu membantu menyelsaikan msalah anda, mengapa harus membuang ratusan ringgit. Sememangnya setiap apa yang diciptakan Allah S.W.T mempunyai kelebihan yang tersendiri. Selamat mencuba ya!

Sumber: Sehinggit.blogspot.my

The post Tips Berguna Putihkan Celah Peha Yang Hitam appeared first on Aliff Channel.

Pelukkan Suami Sihatkan Isteri

Pelukkan seorang suami kepada isteri adalah salah satu faktor mengapa sesebuah keluarga itu bahagia, ini kerana pelukkan suami itu mampu memberi satu aura positif kepada isteri. Setelah penat seharian menguruskan rumah dan anak-anak, pelukkan suami sahaja yang mampu meredakan kepenatan isteri.

Sebenarnya para suami sudah tahu kebaikkan memeluk isteri, namun mereka lebih suka tidak mengendahkannya kerana menganggap perbuatan itu hanya akan membuatkan isteri menjadi lebih manja.

Banyak manfaat yang anda boleh dapat jika anda memeluk isteri anda, selain dari mampu mengurangkan rasa penatnya, anda juga mampu menjaga kesihatan isteri anda hanya dengan memeluk mereka.

Bagaimana pula pelukkan mampu memberikan kesihatan kepada mereka? Menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami.

Antara kebaikkannya adalah isteri anda boleh kurus hanya dengan pelukkan! Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Sebab itu segala penat lelah isteri menguruskan kerja rumah mampu hilang hanya dengan satu pelukkan dari suami. Malah suami juga dapat menghilangkan strees dengan memeluk isteri.

Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Ini terbukti bahawa pelukkan mampu memberi rasa bahagia kepada pasangan anda.

Isteri lebih cenderung ingin kelihatan cantik jika mereka rasa diri mereka disayangi, dengan memeluk mereka dengan lebih kerap ianya mampu merangsang mereka untuk lebih berketerampilan lebih menarik dan cantik. Jika isteri sentiasa cantik dan sihat, suami juga yang mendapat untung!

Sumber: Penmerah.com

The post Pelukkan Suami Sihatkan Isteri appeared first on Aliff Channel.

Sunday 18 March 2018

Saturday 17 March 2018

Ais Juga Boleh Membakar Lemak

Kebiasaan kita dengar, ais selalunya digunakan untuk mengurangkan kesan bengkak. Tapi menurut kajian, penggunaan ais juga boleh membakar lemak yang ada pada tubuh badan kita. Mungkin ini kali pertama kita mendengar perkara ini.

Mungkin segelintir dari kalangan kita tidak akan percaya bahawa ais boleh membakar lemak. Belum cuba mungkin kita belum tahu akan kesannya. Anda hanya perlu meletakkan ketulan ais selama 30 minit di bahagian tubuh badan anda yang berlemak. Ais juga dikatakan boleh membakar lemak degil dengan cepat.

Kajian tentang ini juga telah disiarkan di The Telegraph dan mengatakan, ais atau sesuatu yang sejuk juga boleh mengubah lemak putih ataupun lebih dikenali sebagai lemak tepu menjadi lemak coklat iaitu lemak-lemak yang  senang untuk dibakar.

Setiap manusia masing-masing mempunyai dua jenis tisu lemak. Lemak putih adalah sejenis lemak yang berada di kawasan bahagian perut dan juga di bahagian pinggul.

Apabila ais diletakkan di bahagian tersebut, ia akan menukarkan lemak putih kepada lemak coklat. Semasa proses pembakaran lemak itu akan menjadi lebih mudah dan cepat.

Kajian juga telah mendedahkan bahawa dengan mandi air ais adalah satu terapi yang sangat bagus dan bermanfaat bagi mewujudkan aura positif dalam diri kita. Pada masa yang sama ia boleh membakar lemak dan menguruskan badan serta menguatkan tulang dan sistem imunisasi di dalam tubuh badan kita.

Pada masa yang sama, air sejuk juga boleh menjadikan rambut dan kulit kelihatan lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori. Seaiknya anda cuba dulu barulah anda dapat rasai kesannya. selamat mencuba.

Sumber: The Telegraph

The post Ais Juga Boleh Membakar Lemak appeared first on Aliff Channel.

loading...