loading...

Wednesday 31 May 2017

Terlajak Cantik..Masih ingat Nor Edura gadis yang sepatutnya jadi bakal isteri Zizan Razak, cuba lihat 5 foto terbarunya selepas digosipkan memang terlajak cantik orangnya..

Bagaikan satu kejutan, Zizan dalam masa turut mendedahkan bahawa dia juga menderita dan hati kecil pelawak dan pelakon ini turut sama menangis sehingga keadaan menolak dia untuk mencari ruang dan masa sendiri untuk bernafas.

Sementara itu, Zizan sempat memberitahu bahawa bakal isterinya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelhatan cantik ditambah lagi, gadis berkenaan turut menghormati kedua ibu bapanya sehingga membuatkan hati Zizan yang sedang terluka tertambat terus – Rotikaya.

Berikut ialah biodata penuh bakal isteri Zizan Razak :-

Nama : Nor Edura Diyana Binti Hisham
Umur : 24 Tahun
Agama : Islam
Asal : Kuala Terengganu
Pendidikan : Management and Science University (Pendidikan Awal Kanak-kanak) & UiTM Terengganu (Perakaunan)
Pekerjaan ; Pegawai khidmat sambilan di sebuah agensi kerajaan

Saksikan lagi beberapa keping foto terbaru Nor Edura di bawah:
Masih ingat Nor Edura gadis yang sepatutnya jadi bakal isteri Zizan Razak, cuba lihat 5 foto terbarunya selepas digosipkan memang cantik orangnya..
Masih ingat Nor Edura gadis yang sepatutnya jadi bakal isteri Zizan Razak, cuba lihat 5 foto terbarunya selepas digosipkan memang cantik orangnya..
Masih ingat Nor Edura gadis yang sepatutnya jadi bakal isteri Zizan Razak, cuba lihat 5 foto terbarunya selepas digosipkan memang cantik orangnya..
Masih ingat Nor Edura gadis yang sepatutnya jadi bakal isteri Zizan Razak, cuba lihat 5 foto terbarunya selepas digosipkan memang cantik orangnya..

‘Selepas raya, doktor maklumkan bayi dalam kandungan mungkin alami komplikasi saraf tunjang’

1

Dari 9bulan10hari

Assalamualaikum 9bulan10hari. Mohon ibu-ibu yang tengah hamil ini mempertimbangkan perkara ini. Tolonglah jangan berpuasa kalau tidak mampu.

Tiga tahun lalu, semasa bulan puasa, saya berpuasa dalam 22 hari walaupun hamil tiga bulan. Saya jarang loya dan muntah.

Sudah banyak kali doktor beritahu jangan puasa sebab anak sangat perlukan zat dan nutrien semasa first trimester ini. Tetapi saya teruskan berpuasa sebab keadaan saya tidaklah teruk sangat. Hanya mengalami loya bila terhidu bau bawang saja.

Selepas raya, ketika kandungan berusia lima bulan, doktor maklumkan bayi dalam kandungan tidak berkembang dan mungkin berdepan dengan komplikasi saraf tunjang. Lagipun, di awal masa mengandung, saya langsung tak makan folic asid.

Doktor kata, kalau saya tak berpuasa, mengikat perut untuk makan makanan berkhasiat secara sedikit tetapi kerap masa bulan ramadhan, kemungkinan untuk anak saya lahir sihat adalah tinggi.

Betul sis. Selepas anak saya dilahirkan, badan dia memang kecil dengan berat 1.9 kilogram sahaja, ditambah pula ada masalah di bahagian tulang belakangnya (spina bifida).

Doktor kata, untuk anak berkembang dengan baik, masa kita makan perlu dijaga dengan betul dan makan secukupnya. Kasihan anak saya sekarang.

Nasihat saya, kalau anda mengandung dan tidak sihat, tolonglah jangan puasa. Makanlah makanan sihat. Jangan skip makan. Lebih baik sis ganti puasa nanti dari terpaksa membuatkan anak kita ‘berpuasa’ seumur hidup.

SEBENARNYA, ramai ibu-ibu rasa bersalah kalau tak berpuasa sedangkan dalam Islam, ibu hamil dan ibu yang menyusu tidak wajib berpuasa, lebih-lebih lagi jika ia memberi kesan negatif pada diri dan kandungan.

Bagi kes ini, si ibu terlepas pandang dua perkara. 

Tak makan asid folik tiga bulan sebelum hamil di mana ia boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan saraf tunjang bayi. (Penyakit Spina Bifida dan Hyrocephalus).
Sejak tak makan asid folik, si ibu sepatutnya perlu makan lebih banyak sayur dan buah-buahan. Baiki semula mana yang terkurang dulu. Maknanya, jangan berpuasa langsung pada ketika itu.

Perkembangan anak sangat bergantung kepada apa yang ibunya makan. Tolonglah jaga pemakanan anda.

Ketika ini, ibu hamil boleh berjumpa dengan doktor dan minta doktor buat pemeriksaan serta berbincang mengenai puasa ini. Jangan malu meminta pandangan mereka.

Ibu-ibu, tolonglah ambil tahu keadaan diri dan anak dalam kandungan. Kalau tidak sihat, usahlah berpuasa. Jangan paksa diri. Berjumpa dengan doktor dan doktor akan melihat beberapa faktor ini bila berbincang tentang berpuasa ketika hamil:

Adakah si ibu muntah atau loya teruk sehingga tak lalu makan?
Adakah kandungan si ibu dalam lingkungan 1-3 bulan?
Berapa jam si ibu berpuasa kerana ada negara yang berpuasa lebih lama berbanding negara kita 12-13 jam sehari.
Ketika si ibu nak berpuasa ini, cuaca sejuk atau panas? Kerana cuaca panas boleh menyebabkan si ibu mudah dehydrate.
Bagaimana kesihatan si ibu sebelum hamil.

Kisah Benar Mayat Budak 2 Tahun Ini Bangkit Hidup Dari Keranda Untuk Minta Air Sebelum…


Ini kisah pelik yang berlaku di Utara Brazil , apabila seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang sudah mati mengejutkan orang ramai apabila meminta air ketika upacara pengebumiannya dan meninggal dunia semula.

Kanak-kanak yang bernama Kelvin Santos ini disahkan meninggal dunia di Hospital Belem akibat penyakit pneumonia (radang paru- paru).

Ketika upacara pengebumian, Kelvin secara tiba-tiba bangun daripada kerandanya hingga menyebabkan tetamu menjerit ketakutan.

Kelvin kemudian, berkata “ayah, saya mahu air minum ,” mengejutkan para tetamu yang hadir.

Pada mulanya ayah kepada kanak-kanak ini ,Antonio Santos menganggap keajaiban berlaku dan anaknya dapat hidup kembali.

Namun, Kelvin kembali terbaring seperti sebelumnya hingga menyebabkan ayahnya berusaha mengejutkan anaknya itu lagi tetapi tiada tindak balas yang berlaku.

Selaku bapa, pastinya Antonio tidak berputus asa dan segera membawa anaknya ke hospital bagi berharap berlaku keajaiban ke atas anaknya itu.

Ayahnya, Antonio

Malangnya, doktor yang memeriksa Kelvin tetap memberitahu bahawa anaknya sudah meninggal dunia kerana tiada tanda-tanda kanak-kanak itu masih hidup.

Keluarga Kelvin yang masih berharap kanak-kanak itu dapat bernafas semula, menunda pemakaman Kelvin selama 1 jam dan masih menunggu keajaiban agar anaknya sedar semula.Tetapi perkara itu tidak berlaku dan mereka terpaksa mengebumikan Kelvin di tanah perkuburan tempatan.

Antonio yang berasa aneh kejadian yang menimpa anaknya itu telah membuat laporan polis dan menuduh anaknya menjadi mangsa penyelewengan perubatan dan pihak polis telah memulakan siasatan bagi kes ini.

Bagaimana pun, pihak berkuasa mengesahkan kanak-kanak berusia 2 tahun itu sudah dalam keadaan kritikal dan telah diisytiharkan mati selepas mengalami kegagalan jantung (pernafasan).

Sabarlah Antonio, mungkin ada hikmah yang berlaku.
Sumber: sajaviral

(ViraL) Seramm…Cerita Sebenar Perjanjian Buaya Bujang Senang dgn Kaum Dayak Buat Bulu Roma Meremang…Sebarkan !

” Barang siapa yang ‘membunuh’ ‘keturunan mereka, maka mereka juga akan membalas dengan ‘kematian’. ..darah akan dibalas dgn darah, nyawa dibayar nyawa…apa yg mengejutkan, setiap kali bulan purnama bujang senang akan……”

Kisah ‘ngeri’ sebenar yg belum pernah didedahkan…SEBARKAN semoga bermanfaat !

Perjanjian Buaya (Bujang Senang) Dengan Kaum Dayak. Operasi Memburu Bujang Sebelak! RH Nanga Sungai Anak, Embol Asum bertekad membalas Dendam.

Buaya Atau dipanggil Bujang Senang mahupun Pelbagai gelaran diberi sudah mampu mengerunkan mangsanya. Seperti kisah Yang disampaikan Oleh Orang Iban, Buaya INI ADALAH bersifat pendendam.

Menurut SESETENGAH cerita tersebut, Bujang Senang (Buaya Sarawak) ini adalah manusia yang disumpah kerana Telah melakukan Sesuatu Kesalahan Yang Amat Besar.

“Buaya Yang terpanjang dan tersohor di Sarawak ini merupakan Buaya Hitam Putih Yang diberi Nama Bujang Senang. Bujang Senang Menjadi masyhur apabila sekumpulan buaya Jenis ini mengamuk dan membaham Manusia di Sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman, pada awal Tahun 1990-an.”

Maka Keturunan Bujang Senang Telah Membuat “perjanjian” dengan Masyarakat Dayak khasnya Dayak Iban Bahawa Barang Siapa yang “membunuh” ‘keturunan mereka Maka mereka Juga Akan membalas DENGAN “kematian”. “Perjanjian” ITU Telah dipersetujui Oleh Ketua Masyarakat Dayak Iban DENGAN Ketua Keturunan Bujang Senang . ”

Keturunan Bujang Senang Akan Tetap Memburu “dendamnya” walaupun Hingga Ke Generasi Yang Lain sehingganya Terbalas dendamnya.

Dari kisah oral Yang Lain Juga, Keturunan Bujang Senang (Manusia Yang disumpah Menjadi Buaya) Akan Naik Ke daratan Menjelma Menjadi Seorang Yang Sangat Kacak pada waktu Bulan purnama.

Itulah kisah menarik yang disampaikan oleh Page Facebook Sarawak A Place Like No Other.

Bayi Tiba-tiba PUCAT, Muntah & Cirit-birit Lepas Diletak Dalam Troli. Rupa-Rupanya Ada SESUATU Di Troli !!!


Seorang ibu pergi membeli barang keperluan di sebuah pasar raya bersama dengan bayinya berusia 10 bulan, tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk bakal menimpa anaknya itu. 24 jam selepas pulang dari pasar raya berkenaan, anaknya, Logan, demam panas dengan suhu 103′ dan dikejarkan ke hospital, lapor Shareably.

Mangsa terpaksa menahan derita beberapa penyakit yang menyerangnya termasuk meningitis. Selepas melakukan siasatan, doktor mengesyaki mangsa mendapat jangkitan bakteria itu dari troli pasar raya.

Berikutan kejadian itu, ibu mangsa, Vivienne Wardrop, menasihati orang ramai agar sentiasa membersihkan bahagian tempat duduk kanak-kanak pada troli pasar raya sebelum meletakkan si kecil dalam troli.

Menurut Vivienne, 24 jam selepas pulang dari pasar raya, anaknya mula muntah. Lebih teruk lagi, si kecil itu juga demam panas yang teruk dan mengalami cirit birit.

Dia cirit merata-rata. Bila saya cuba beri dia minum susu, dia muntahkan semua, katanya.Berikutan keadaan Logan yang agak teruk itu, Vivienne segera membawa anaknya ke hospital. Setibanya di sana, doktor mengesahkan anaknya hantar dijangkiti virus dan disuruh pulang.

Namun pada keesokkan hari, mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda akan sembuh dan mengalami dehidrasi.
Enggan mengambil sebarang risiko, Vivienne sekali lagi membawa anaknya ke hospital. Logan dimasukkan ke wad dan dibawah pemantauan pihak hospital selama 10 hari (8 hari dalam ICU).

Dalam tempoh itu juga, doktor mendapati mangsa dijangkiti adenovirus, rotavirus, salmonella dan meningitis. Mangsa yang berusia 10 bulan itu terpaksa berdepan dengan kesemua penyakit itu dalam usia yang sangat muda.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit, bayi sangat mudah dijangkiti meningitis. Dan sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa perlulah mengetahui simptom penyakit tersebut:
-Demam, pening kepala dan leher kaku
-Ruam, kurang selera makan dan kurang aktif

Selepas insiden yang menimpa anaknya, Vivienne merasa dirinya perlu memberi peringatan kepada ibu bapa yang lain mengenai hal tersebut. Apabila menggunakan troli pasar raya, pastikan tempat duduk kanak-kanak dalam troli dan sekitar kawasan yang mampu disentuh oleh anak perlu dibersihkan terlebih dahulu menggunakan tisu antibakteria sebelum menempatkan anak dalam troli. Atau jika larat, dukung saja anak-anak anda.Alternatif lain, letakkan kain di tempat duduk tersebut.

Menurut Vivienna, dia langsung tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku. Kini anaknya dalam tempoh pemulihan yang mungkin akan mengambil masa dalam dua minggu. Kredit:-Markerpenmedia

KISAH ISTERI TAK MAHU BERAYA DI RUMAH MERTUA KERANA ADIK BERADIK RAMAI TERPAKSA TIDUR RUANG TAMU MEMAKAI TUDUNG

Isu balik kampung sering menjadi panas setiap kali menjelang raya. Antara yang menjadi perbualan adalah isteri tidak mahu tinggal lama di rumah mertuanya sendiri.

Berikut kami kongsikan pandangan dari Puan Pnut Syafinaz berkenaan isu ini untuk kita sama-sama renungi. Semoga bermanfaat.

Kadang-kadang perkara ni nampak mudah, tetapi suami kena pandai handle.

Bab tandas tu saya no komen, sebab mungkin isteri orang yang posting ni ada masalah dengan tandas cangkung, (tidak biasa, sakit lutut, sakit kalau mencangkung. Wallaahualam, saya juga pernah ada masalah begini dulu masa sakit lutut, jadi kurang adil untuk judge isterinya mengada-ngada).

Bab tidur di ruang tamu tu, saya nak komen, berdasarkan pengalaman saya sendiri. Suami saya dari keluarga yang besar dan ramai anak-anak saudara, bila berkumpul semua memang sesak, dan memang tidak cukup bilik.

Kadang-kadang memang berkongsi bilik dengan keluarga adik beradik lain, bilik masuk nak tukar baju, letak barang-barang kita. Bila malam, selalunya tidur diruang tamu ramai-ramai.

Seronok sebenarnya, tetapi suami saya agak tegas bab aurat isterinya, no kompromi walau dalam rumahnya sendiri, dia akan sering ingatkan aurat saya dengan ipar duai lelaki.

Maka tidur malam pun pakailah tudung. Tidak selesa bukan? Mula-mula saya okey, tetapi lama-lama saya suarakan rasa hati ketidakselesaan, lebih baik begitu, dari kita tarik muka dan kecil hati dengan suami.

Rupanya dia ingat saya okey je selama ini, sebab saya tetap ceria dan gembira bila pulang ke rumah arwah mak dan bapak mertua, takder nak desak dan ajak suami balik cepat-cepat ke apa.

Dan sebagai tanggungjawab dan amanah dia kepada saya, dia kumpulkan duit, dia minta arwah ayah mertua repair-repairkan bilik stor bawah rumah, jadikan bilik tidur, takde mahal sangat kosnya, upah orang kampung je buat, senget benget simen pun okey je. Okeylah walau kecil, tetapi cukup selesa untuk tukar baju, solat dan tidur.

Alhamdulilllah, bilik tu tiap kali balik kampung beramai-ramai, kami sekeluarga duduk situ, termasuk masa ada bibik dulu tidur dengan saya dalam bilik tu, suami dan anak bujang tidur luar. Kalau kami tidak balik kampung, sesiapa ahli keluarga lain yang balik kampung boleh gunakan bilik tu.

Saya kira sebagai suami, kalian kena prihatin dengan perkara sebegini, kecuali kalian tidak kisah isteri tidur, golek gelentang ditatap bukan muhrimnya, kalau kisahkan, cuba

usahakan agar isteri selesa di rumah anda. Ia bukan soal isteri mengada-ngada tidak mahu tidur di ruang tamu beramai-ramai, ia juga soal maruah isteri dan maruah anda sebagai suami.

Ada rakan lelaki saya cerita, kalau balik kampung, dia akan carikan hotel budget untuk bermalam, dan bercerita perihal ini kepada ibu dan ayahnya agar mereka tidak tersinggung, dan mak ayah dia redha, dan tidak berkecil hati dengan menantu.

Tetapi siang hari mereka sepenuhnya duduk di rumah mertua, malam betul-betul balik untuk tidur, selepas subuh dah kembali ke rumah orang tua, masak sarapan bersama-sama, makan tengahari, makan malam semua di rumah mak dia.

Hubungan menantu, mertua ipar duai juga tiada masalah. (kepandaian suami uruskan rumah tangga dan jaga hubungan baik amat penting)

Katanya memang ada 2 bilik je rumah mak ayah dia, dan anak-anak saudara lelaki perempuan semua dah besar-besar, dia utamakan kakak-kakaknya yang ada anak-anak dara untuk gunakan bilik, ahli keluarga tiada masalah dan memahami tanggungjawab dia menjaga kepentingan isterinya.

Yang jadi masalah saudara mara mula bergossip si anu tu menantu dia kekwat, balik tak nak duduk rumah mak mertua, sanggup sewa hotel bawa anak isteri duduk. Perkara ini tidak akan timbul, kalau kita semua memahami apa yang saya sebutkan di atas, memelihara aurat.

Apa pun Al-Fatihah buat arwah bapa dan ibu mertua saya, yang saya kira amat baik kepada saya, bertuah dan bersyukurnya saya kerana mereka menerima saya seadanya, dan segala kelemahan saya mereka juga menerima seadaanya.

Kini rumah pusaka sebelah suami sepi, sebab semua anak-anak kerja luar dan sedikit usang kerana tidak didiami, saya merindui kemeriahan suasana menyambut puasa, hari dan berkumpul ketika kenduri kendara di situ.

Sesungguh, hargailah masa-masa yang kalian ada dengan orang tua dan sanak keluarga, kerana suatu hari nanti, kalian pasti akan merinduinya.

Bila balik melihat rumah usang, berhabuk, terbit rasa rindu,

Bilik inilah aku tidur semasa kali pertama bermalam di rumah mertua

Ruang inilah, aku melihat anak-anak kecil aku merangkak, bertatih, dan Tok dan opah menyambut cucu di kerusi sambil mengagah anak-anak kecil ku

Di ruang makan inilah, pertama kali aku memasak menjamu mertua dengan masakanku, dan suami tersenyum bangga, isterinya pandai memasak untuk mertua

Di sudut inilah, anak-anak saudar berkhatan, dan bergantung kain berpantang

Di bilik air inilah, aku menjerit bila nampak lipan sebesar jari telunjuk

Dihalaman inilah, anak-anak aku, dan sepupu-sepupunya riang gembira bermain bunga api

Kini semua itu sudah tidak dirasai lagi, yang tinggal cuma sebuah kerinduan.

Sumber -IIUM Confession

Susulan cubaan penumpang rampas pesawat MAS, lapangan Terbang Tullamarine ditutup

LAPANGAN Terbang Tullamarine di Melbourne, ditutup selepas seorang lelaki dilaporkan cuba merampas pesawat Malaysia Airlines Berhad yang baru berlepas dari lapangan terbang itu, memaksa pesawat berkenaan berpatah balik dan membuat pendaratan cemas.

Pesawat MH128 ke Kuala Lumpur, berlepas dari lapangan terbang itu pada 11.11 malam (waktu tempatan), malam tadi sebelum terpaksa berpatah balik beberapa minit kemudian.

Menurut Daily Mail, seorang penumpang mendakwa mempunyai bahan letupan dan cuba memasuki kokpit namun berjaya dihalang penumpang lain.

Pesawat itu kini berada di landasan dan diperiksa unit pemusnah bom

Pesawat yang hendak berlepas juga tidak dibenarkan manakala pesawat yang hendak mendarat, dilencongkan ke lapangan terbang Avalon berdekatan.

Polis Persekutuan Australia yang mengesahkan kejadian itu, menyatakan sekurang-kurangnya seorang penumpang terbabit.

Lapangan Terbang Melbourne ditutup, pesawat-pesawat dijadualkan semula manakala pesawat yang menuju ke situ diarah mendarat di lapangan terbang lain selepas seorang penumpang Malaysia Airlines (MAS) ‘buat gila’.

Media antarabangsa sudah mulakan melaporkan ‘breaking news’ selepas pihak Australia memgambil pendekatan ‘lockdown’ lapangan terbang Melbourne.

Penumpang warga Sri Lanka itu hendak menceroboh kokpit MH128 yang baru berlepas daripada Melbourne ke Kuala Lumpur.

Lelaki tersebut didakwa cuba masuk ke arah kokpit dan mendakwa membawa bom.

Keadaan cemas tersebut memaksa juruterbang pesawat berpatah balik dan MH128 diasingkan sehingga pasukan keselamatan Australia menaiki pesawat dan menahan lelaki tersebut.

UPDATE :

MAS dalam satu kenyataan memberitahu, pesawat MH128 yang berlepas kira-kira pukul 11.11 malam itu terpaksa berpatah balik sebaik sahaja kapten pesawat berkenaan menerima maklumat daripada anak kapal mengenai seorang penumpang yang cuba memasuki kokpit.

“Demi mengutamakan keselamatan penumpang, penerbangan tersebut berpatah balik dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne kira-kira pukul 11.41 malam ini.

“Pihak keselamatan dimaklumkan mengenai kejadian untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan yang dikeluarkann di sini malam ini.

Pesawat MH128 itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 5.28 pagi ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, pesawat Malaysia Airlines MH128 yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas penumpang yang menimbulkan kekecohan mendakwa membawa bom.

“Ia bukan cubaan merampas. Seorang penumpang cuba memasuki kokpit pesawat. Penerbangan MH128 bukan dirampas, hanya penumpang mabuk cuba cetus kekecohan.

“Penumpang itu, warganegara Sri Lanka, mendakwa mempunyai bom. Tetapi ia bukan bom, hanya powerbank,” katanya kepada AFP.-1/6/2017

 

SERAM !!! Tangisan Roh Suami Kaki Facebook, Jika Anda Seorang Suami Dan Kaki Facebook, Sila BACA Cerita Ini Sehingga Habis Jika TIDAK, Anda Pasti Akan Menyesal..

Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan saya. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.

Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba2 anak lelaki saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing,

hampir saja membuatnya jatuh. “Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!” teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.

Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. “Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu”.

Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga yang tdk memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, ‘Al-Fatihah’ ada yg ‘RIP’.

Kawan sekerja ku dtg, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.

Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan hp ku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering ku herdik & ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku. Oh Tuhan….Maafkan aku.
Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.

Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku….

Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila papa pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku.

Lalu 15 tahun berlalu,

kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 bahwa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat.
Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis…. “Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada laki2 yang berani tidak sopan denganku dan
aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Oh Tuhan…. Kenapa Kau ambil papaku, aku perlu papaku Ya Allah..” kertas itu basah karena titisan airmatanya..

Ya Allah maafkanlah aku….

Sampai bertahun2 anak2 dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.

Kemudian, aku terbangun….. Oh Tuhan syukur… Ternyata aku cuma bermimpi….

Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka… “Anakku, papa sangat menyesal karena telah berlaku kasar padamu. “Anakku, aku mencintaimu… aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku”. Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya. Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk berbicara. Sering kali aku sengaja berpura2 tidak mendengarnya, bahkan pesan2 darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku.

Air mataku tak dapat ku bendung lagi. Apakah kita menyedari bahwa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita. Teman2 akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan2 kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan. Teman2 dunia maya pun tak pernah membicara lagi, seolah2 aku tidak pernah wujud dalam group mereka.

Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh2 notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hpku dan aku pejamkan mata. Maaf….Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku….

Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka…

*Doa menjauhkan terhindar dari angin ahmar/STROKE dan penyakit kronis*

*Obat Stroke* dan angin duduk
Pada suatu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman A.S duduk di singgasananya,
maka datanglah Angin yang cukup besar,
maka bertanya Nabi Allah Sulaiman A.S “siapakah engkau..?”
Maka dijawab oleh Angin tersebut bahwa :
akulah Angin Rihul Ahmar….
dan Aku bila memasuki rongga anak Adam,
maka lumpuh, keluar darah dari Rongga, dan apabila aku memasuki otak anak Adam,
maka menjadi gilalah anak Adam …..
Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman A.S …..
supaya membakar Angin tersebut,
maka berkatalah Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman A.S bahwa
“Aku kekal sampai hari Kiamat tiba,
siapapun v ada yg dpt membinasa kan Aku melainkan Allah SWT…….
Lalu Rihul Ahmar pun menghilang……
Diriwayatkan cucu Nabi Muhammad S.A.W. yg terkena Angin Rihul Ahmar …..
Sehingga keluar darah dari rongga hidungnya…….
Maka datang Malaikat Jibril kepada
Nabi Muhammad S.A.W. dan bertanya Nabi kepada Malaikat Jibril…….
Maka menghilang sebentar,
lalu Malaikat Jibril kembali mengajari akan doa Rihul Ahmar kepada Nabi Muhammad S.A.W. …..
kemudian…..
Dibaca doa tersebut kepada cucu nya dan dengan sekejap cucu Rasulullah S.A.W sembuh serta merta.
Lalu bersabda Nabi Muhammad S.A.W. bahwa barang siapa Membaca doa stroke/ Doa Rihul Ahmar walau sekali dalam seumur
hidupnya,
maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau Stroke
*Doa menjauhkan terhindar dari angin ahmar dan penyakit kronis*
*اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر*
*Allahumma inni a’uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar*
*Artinya*
*Ya Allah ya Tuhanku lindungi aku dari angin merah & lindungi aku dari darah hitam (stroke) dan dari penyakit berat* ….
*Panjangkanlah ke group keluarga sahabat kita yang tersayang…agar kita semua sehat terhindar dari STROKE ………
*aamiin* *yarobbal’alamin* 📿 🌾🎰🌾🕌 🌾📖 🌿

*smoga bermamfaat* 🙏🏻

WANITA YANG KEMATIANNYA DISAMBUT PARA MALAIKAT..Silakan di share semoga bermanfaat.

 

Kisah ini mungkin telah sering kita dengar. Namun, sekedar mengingatkan kembali tentang perjuangan wanita mulia ini, semoga dapat mengembalikan ghirah kita untuk juga bisa menteladani beliau, wanita yang ‘berhati baja’.

Nusaibah Binti Ka’ab radhiyallahu anha, namanya tercatat dalam tinta emas penuh kemuliaan.
Bahkan kematiannya mengundang ribuan malaikat untuk menyambutnya.

Hari itu Nusaibah sedang berada di dapur. Suaminya, Said sedang beristirahat di bilik tempat tidur. Tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan gunung-gunung batu yang runtuh. Nusaibah menerka, itu pasti tentara musuh. Memang, beberapa hari ini ketegangan memuncak di kawasan Gunung Uhud. Dengan bergegas, Nusaibah meninggalkan apa yang sedang dilakukannya dan masuk ke bilik. Suaminya yang sedang tertidur dengan halus dan lembut dikejutkannya.

“Suamiku tersayang”, Nusaibah berkata, “Aku mendengar pekik suara menuju ke Uhud. Mungkin orang-orang kafir telah menyerang.”

Said yang masih belum sadar sepenuhnya, tersentak. Dia menyesal mengapa bukan dia yang mendengar suara itu. Malah isterinya. Dia segera bangun dan mengenakan pakaian perangnya. Sewaktu dia menyiapkan kuda, Nusaibah menghampiri. Dia menyodorkan sebilah pedang kepada Said.

“Suamiku, bawalah pedang ini. Jangan pulang sebelum menang.”

Said memandang wajah isterinya. Setelah mendengar perkataannya itu, tak pernah ada keraguan padanya untuk pergi ke medan perang. Dengan sigap dinaikinya kuda itu, lalu terdengarlah derap suara langkah kuda menuju ke utara. Said langsung terjun ke tengah medan pertempuran yang sedang berkecamuk. Di satu sudut yang lain, Rasulullah melihatnya dan tersenyum kepadanya. Senyum yang tulus itu semakin mengobarkan keberanian Said.

Di rumah, Nusaibah duduk dengan gelisah. Kedua anaknya, Amar yang baru berusia 15 tahun dan Saad yang dua tahun lebih muda, memperhatikan ibunya dengan pandangan cemas. Ketika itulah tiba-tiba muncul seorang penunggang kuda yang nampaknya sangat gugup.

“Ibu, salam dari Rasulullah,” berkata si penunggang kuda, “Suami Ibu, Said baru sahaja gugur di medan perang. Beliau syahid…”

Nusaibah tertunduk sebentar,
“Inna lillah…..” gumamnya,
“Suamiku telah menang perang. Terima kasih, ya Allah.”

Setelah pemberi kabar itu meninggalkan tempat, Nusaibah memanggil Amar. Ia tersenyum kepadanya di tengah tangis yang tertahan,

“Amar, kaulihat Ibu menangis?.. Ini bukan air mata sedih mendengar ayahmu telah Syahid. Aku sedih karena tidak memiliki apa-apa lagi untuk diberikan pagi para pejuang Nabi. Maukah engkau melihat ibumu bahagia?”

Amar mengangguk. Hatinya berdebar-debar.

*“Ambillah kuda di kandang dan bawalah tombak. Bertempurlah bersama Nabi hingga kaum kafir terhapus.”*

Mata Amar bersinar-sinar. *“Terima kasih, Ibu. Inilah yang aku tunggu sejak dari tadi. Aku ragu, seandainya Ibu tidak memberi peluang kepadaku untuk membela agama Allah.”*

Putera Nusaibah yang berbadan kurus itu pun terus menderapkan kudanya mengikut jejak sang ayah. Tidak terlihat ketakutan sedikitpun dalam wajahnya. Di hadapan Rasulullah, ia memperkenalkan diri.

“Ya Rasulullah, aku Amar bin Said. Aku datang untuk menggantikan ayahku yang telah gugur.”

Rasul dengan terharu memeluk anak muda itu. “Engkau adalah pemuda Islam yang sejati, Amar. Allah memberkatimu….”

Hari itu pertempuran berlalu cepat. Pertumpahan darah berlangsung hingga petang. Pagi-pagi seorang utusan pasukan Islam berangkat dari perkemahan di medan tempur, mereka menuju ke rumah Nusaibah.

Setibanya di sana, wanita yang tabah itu sedang termangu-mangu menunggu berita, “Ada kabar apakah gerangan?..” serunya gemetar ketika sang utusan belum lagi membuka suaranya, “Apakah anakku gugur?..”

Utusan itu menunduk sedih, “Betul….”

“Inna lillah….” Nusaibah bergumam kecil. Ia menangis.
“Kau berduka, ya Ummu Amar?..”

Nusaibah menggeleng kecil. “Tidak, aku gembira. Hanya aku sedih, siapa lagi yang akan kuberangkatkan?.. Saad masih kanak-kanak.”

Mendengar itu, Saad yang sedang berada tepat di samping ibunya, menyela, “Ibu, jangan remehkan aku. Jika engkau izinkan, akan aku tunjukkan bahwa Saad adalah putera seorang ayah yang gagah berani.”

Nusaibah terperanjat. Ia memandang puteranya. “Kau tidak takut, nak?..”

Saad yang sudah meloncat ke atas kudanya menggeleng, yakin. Sebuah senyum terhias di wajahnya. Ketika Nusaibah dengan besar hati melambaikan tangannya, Saad hilang bersama utusan tentara itu.

Di arena pertempuran, Saad betul-betul menunjukkan kemampuannya. Pemuda berusia 13 tahun itu telah banyak menghempaskan nyawa orang kafir. Hingga akhirnya tibalah saat itu, yakni ketika sebilah anak panah menancap di dadanya. Saad tersungkur mencium bumi dan menyerukan, “Allahu Akbar!..”

Kembali Rasulullah memberangkatkan utusan ke rumah Nusaibah.

Mendengar berita kematian itu, Nusaibah meremang bulu tengkuknya.
“Hai utusan,” ujarnya, “Kau saksikan sendiri aku sudah tidak memiliki apa-apa lagi. Hanya masih tersisa diriku yang tua ini. Untuk itu izinkanlah aku ikut bersamamu ke medan perang.”

Sang utusan mengerutkan keningnya.
“Tapi engkau wanita, ya Ibu….”

Nusaibah tersinggung, “Engkau meremehkan aku karena aku wanita?.. Apakah wanita tidak ingin pula masuk ke Syurga melalui jihad?..”

Nusaibah tidak menunggu jawaban dari utusan tersebut. Ia bergegas menghadap Rasulullah dengan mengendarai kuda yang ada.

Tiba di sana, Rasulullah mendengarkan semua perkataan Nusaibah. Setelah itu, Rasulullah pun berkata dengan senyum.

“Nusaibah yang dimuliakan Allah. Belum masanya wanita mengangkat senjata. Untuk sementara engkau kumpulkan saja obat-obatan dan rawatlah tentara yang luka-luka. Pahalanya sama dengan yang bertempur.”

Mendengar penjelasan Nabi demikian, Nusaibah pun segera menenteng obat-obatan dan berangkatlah ke tengah pasukan yang sedang bertempur.

Dirawatnya mereka yang mengalami luka-luka dengan cermat. Pada suatu saat, ketika ia sedang menunduk dan memberi minum seorang prajurit muda yang luka-luka, tiba-tiba rambutnya terkena percikan darah. Nusaibah lalu memandang. Ternyata kepala seorang tentara Islam tergolek, tewas terbabat oleh senjata orang kafir.

Timbul kemarahan Nusaibah menyaksikan kekejaman ini.

Apalagi ketika dilihatnya Rasulullah terjatuh dari kudanya akibat keningnya terserempet anak panah musuh. Nusaibah tidak dapat menahan diri lagi, menyaksikan hal itu.

Ia bangkit dengan gagah berani. Diambilnya pedang prajurit yang tewas itu.
Dinaiki kudanya.
Lantas bagaikan singa betina, ia mengamuk.

Musuh banyak yang terbirit-birit menghindarinya. Puluhan jiwa orang kafir pun tumbang.

Hingga pada suatu waktu ada seorang kafir yang mengendap dari arah belakang, dan langsung menebas putus lengan kirinya. Nusaibah pun terjatuh, terinjak-injak oleh kuda. Peperangan terus berjalan. Medan pertempuran makin menjauh, sehingga tubuh Nusaibah teronggok sendirian.

Tiba-tiba Ibnu Mas’ud menunggang kudanya, mengawasi kalau-kalau ada orang yang bisa ditolongnya. Sahabat itu, begitu melihat ada tubuh yang bergerak-gerak dengan susah payah, dia segera mendekatinya. Dipercikannya air ke muka tubuh itu.

Akhirnya Ibnu Mas’ud mengenalinya, “Isteri Said-kah engkau?..”

Nusaibah samar-sama memperhatikan penolongnya. Lalu bertanya, “Bagaimana dengan Rasulullah?.. Selamatkah baginda?..”

“Baginda Rasulullah tidak kurang suatu apapun…”

“Engkau Ibnu Mas’ud, bukan?.. Pinjamkan kuda dan senjatamu kepadaku….”

“Engkau masih terluka parah, Nusaibah….”

“Engkau mau menghalangi aku untuk membela Rasulullah?..”

Terpaksa Ibnu Mas’ud menyerahkan kuda dan senjatanya. Dengan susah payah, Nusaibah menaiki kuda itu, lalu menderapkannya menuju ke medan pertempuran. Banyak musuh yang dijungkirbalikkannya. Namun karena tangannya sudah buntung, akhirnya tak urung juga lehernya terbabat putus oleh sabetan pedang musuh.

Gugurlah wanita perkasa itu ke atas pasir. Darahnya membasahi tanah yang dicintainya.

*Tiba-tiba langit berubah mendung, hitam kelabu. Padahal tadinya langit tampak cerah dan terang benderang. Pertempuran terhenti sejenak.*

Rasul kemudian berkata kepada para sahabatnya,

“Kalian lihat langit tiba-tiba menghitam bukan?.. Itu adalah bayangan para malaikat yang beribu-ribu jumlahnya. Mereka berduyun-duyun menyambut kedatangan arwah Nusaibah, wanita yang perkasa.”

Subhanallah..
Allahu Akbar..
Allahu Akbar..
Allahu Akbar..

Tanpa pejuang sejati seperti dia, mustahil agama Islam bisa sampai dengan damai kepada kita yang hidup di jaman sekarang.

Semoga Allah ‘Azza Wa Jalla menempatkan mereka, dan kita semua di Syurga-Nya disamping Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Aamiin..

Apa yang telah kita perbuat untuk menegakkan Dienullah Islam ?

Kisah penuh inspiratif ini seharusnya dapat menggugah jiwa juang kita, agar tidak cengeng melepas anak -anak yang sedang berjuang. Kalo ingin anak menjadi kuat, maka kita harus menjadi ibu yang kuat terlebih dahulu.

Sumber: http://ift.tt/2rl8zIQ
الله اكبر

Silakan di share semoga bermanfaat.

*SEMENTARA PINTU SYURGA MASIH TERBUKA DIRUMAHMU, SEGERALAH MASUK, JANGAN SAMPAI TERTUTUP.*

 

Saya menziarahi seorang kawan yg kematian ibunya yang selalu dijaganya selama ini, dia berbisik kepada saya sewaktu bersalaman,
“Telah *HILANG PINTU SYURGA* di RUMAH saya…”

Saya hanya mengucap ta’ziah dan menyantuninya dengan nasehat untuk mengikhlaskan dan bersabar.

Apa maksud ucapannya *PINTU SYURGA di RUMAH nya telah HILANG ????*

Ini adalah satu PERKATAAN orang yang ber ILMU, orang yang MENGETAHUI……

Apa yang disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh sorang tabi’in *Iyas bin Mu’awiyah,* yang menangis tersedu-sedu ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya.

Ketika ditanya pada beliau,
“Mengapa engkau menangis sedemikian rupa ?”
Maka beliau menjawab;
*“aku tidak MENANGIS karena KEMATIAN,* sebab yang *HIDUP pasti akan MATI….*
Akan tetapi yang membuat aku menangis karena dahulu aku memiliki *DUA PINTU ke SYURGA*… ,
Tapi hari ini *TERTUTUP*lah *SATU PINTU* dan tidak akan di buka lagi sampai hari Kiamat.
Aku memohon kepada *ALLAH TA’ALA* agar aku bisa menjaga *pintu SYURGA yang keDUA.*

Apa yang disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan dengan sabda *Rasulullah SAW* dari *Abu Darda RA.*
*Rasulullah SAW* bersabda:
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ
*ORANG TUA* ( ibu & ayah) adalah *PINTU SYURGA* yang paling tengah .
Kamu bisa *MENSIA-SIA kan* pintu itu atau kamu *MENJAGA nya* . (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua *IBU BAPA* kita adalah ibarat *PINTU SYURGA* bagi setiap *ANAK,*
dengan maksud jika kita *BERKHIDMAT dan BERBUAT BAIK* kpd *KEDUA* nya, maka *ALLAH* akan beri ganjaran *SYURGA, tapi siapa yg *MENSIA-SIA kan PELUANG* ini, akan *TERLEPAS lah PELUANGNYA* menuju *SYURGA.*

Bahkan mereka itu *CELAKA*
*Rasulullah SAW* bersabda :
*CELAKA, CELAKA, CELAKA.*
Lalu ditanyakan kepada *Baginda,* *SIAPA* (yang celaka)
wahai *Rasulullah ??*.
Maka *Baginda* bersabda :
*”SIAPA* saja yang menjumpai *KEDUA ORANG-TUA*nya, baik *SALAH SATU atau KEDUA-DUA*nya *di KALA mereka LANJUT USIA,* akan *TETAPI* (perjumpaan tersebut) tidak memasukkannya ke *syurga* .
*(HR. Muslim)*

Saya hendak mengajak kalian semua agar *TIDAK MENSIA-SIAkan* peluang *PINTU SYURGA* yang ada di *RUMAH kamu*, *LEBIH- LEBIH* lagi jika *USIA KEDUA ORANG TUA* telah lanjut, *MELANGKAH* lah ke *PINTU SURGA* itu dengan *BERBUAT BAIK* kpd *KEDUAnya* .
Sebelum kita *meninjau KELUAR untuk mencari SYURGA…*

JANGAN *abaikan PINTU SYURGA* yg dilekatkan dan Allah karuniakan melalui *IBU BAPA* dirumah kita .

Dalam hidup ini, *ALLAH* buka banyak kesempatan untuk dapat munuju *SYURGA,* *SADARLAH* untuk merebutnya, jangan sampai *LALAI hingga kita TIDAK BISA meREBUT*nya.

Kemudian *ALLAH* ambil balik *SATU demi SATU* peluang ini,
Maka *TERTUTUP lah SATU demi SATU* kesempatan emas untuk ke *SYURGA* melalui pintu *KETAATAN* kepada *IBU BAPA* kita.

*MEREKA yang LALAI dengan DUNIA*nya tidak akan terasa apa-apa dengan *TERTUTUP nya PINTU SYURGA* untuknya, tetapi mereka yang mengetahui, seperti SAHABAT saya ini, akan melihat *WAFAT nya IBU atau BAPA* bagai *TERTUTUP* nya *PINTU SYURGA di RUMAH nya .*

Santunilah *IBU BAPA*& Mertua mu ketika mereka *MASIH ADA,* sementara *PINTU SYURGA di RUMAH* mu *MASIH TERBUKA.*
____________________________
SEGERA DI SHARE KEPADA ADIK, KAKAK DAN SAHABAT…

KALAU TAKUT JANGAN BUKA !!! Kapal Laut Ini Cuba Menyeberangi Segitiga Bermuda! Namun Apa Yang Dirakamkan Di Kawasan Tersebut Amat Mengejutkan! Lihat apa Yang Dirakamkan,

Misteri Dunia Lain di Segitiga Bermuda Terkuak?Foto: Noaa National Ocean Service
Jakarta – Segitiga Bermuda selama ini menjadi perbincangan dunia. Bukan sebagai destinasi wisata, namun karena banyak kasus orang hilang dan fenomena aneh lainnya. Bertahun-tahun, para peneliti berusaha mencari jawabannya, namun belum berhasil. Kini, mulai ditemukan titik terang.

Wilayah Segitiga Bermuda terletak kira-kira di antara Miami (Amerika Serikat), Puerto Rico dan Bermuda. Sejak tahun 1851, di kawasan tersebut kerap dilaporkan sejumlah peristiwa misterius. Mulai dari kapal hilang, pesawat hilang, gangguan penerbangan, dan lain-lain. Kasus orang hilang saat berada di kapal yang melintasi wilayah ini juga pernah dilaporkan.

International Business Times menyebut, setidaknya ada 8.127 orang yang hilang di kawasan Segitiga Bermuda. Angka itu dihitung sejak abad ke-19. Belum jelas bagaimana perincian peristiwanya.

Peristiwa yang paling heboh adalah hilangnya lima pesawat perang milik AS Flight 19 yang membawa torpedo pada Desember 1945 lalu. Pesawat itu tengah menjalani latihan dan terbang di sekitar Bermuda, lalu tiba-tiba hilang dari radar. Tak ada kabar dari pesawat itu. Pencarian besar-besaran dilakukan, tapi pesawat lenyap tak berbekas. Dugaan sementara, pesawat kehabisan bahan bakar dan jatuh ke lautan. Namun serpihan atau jenazahnya tak pernah benar-benar ditemukan.

Tak hanya Flight 19 saja, berlanjut setelah tahun 1945 itu, sebuah pesawat berpenumpang 32 orang juga lenyap misterius kala melintas di Segitiga Bermuda. Ke mana pesawat-pesawat itu menghilang, masih menjadi misteri.

Bertahun-tahun, spekulasi bermunculan soal fenomena di Segitiga Bermuda. Ada yang mengaitkannya dengan peristiwa alam, fenomena gaib, makhluk misterius, sampai alien. Semua yang mengemukakan teori itu punya argumen dan bukti tersendiri. Namun tak ada yang benar-benar diakui secara global.

Kini, ada kabar baik dari para peneliti di Arctic Unversity Norwegia. Mereka mengklaim ada temuan signifikan tentang fenomena di bawah laut yang kemungkinan bisa berkaitan dengan fenomena di Segitiga Bermuda. Pakar-pakar di sana menyebut ada beberapa kawah atau kubangan berbentuk mangkuk raksasa di dasar lautan, tepatnya di Laut Barents, Arktik atau di wilayah utara Norwegia dan Rusia. Titik ini cukup jauh dengan wilayah Bermuda, tapi dianggap bisa menjelaskan apa yang terjadi sebenarnya di Bermuda.

Kawah-kawah di dasar laut tersebut menandakan telah terjadi ledakan besar gas metan. Dalamnya bisa mencapai 150 kaki dan lebar setengah mil. Ledakan bisa dipicu oleh kebocoran minyak dan gas yang terkubur di dasar laut. Selama dua tahun terakhir, para peneliti sudah mendokumentasikan kemunculan gas metan ini dari dasar laut di perairan Washington dan Oregon.

Detail soal temuan ini rencananya akan disampaikan pada pertemuan Peneliti Geo Sains Eropa di Wina, Austria, 17-22 April mendatang. Salah satu topik yang dibahas adalah pengaruh ledakan gas metan terhadap perjalanan kapal.

Meski begitu, penelitian ini belum tentu bisa menjawab keseluruhan misteri di Segitiga Bermuda. Guardian melansir, kawah di dasar laut itu tidak akan memberi jawaban soal pesawat-pesawat yang hilang misterius di udara. Tak hanya itu, kasus hilangnya kapal di Bermuda juga tak sepele. Sebab, ada orang-orang yang hilang dari atas kapal, namun bukan seisi kapal.

Bagaimana menurut Anda? (mad/nrl)
sumber: bulletinmedia.blogspot.my

Bagaimana menurut Anda? (mad/nrl)

Tak Tahan Perangai Jiran Sebelah. Apa Yg Lelaki Ini Lakukan Memang WIN !!!

Tak Tahan Perangai Jiran Sebelah. Apa Yg Lelaki Ini Lakukan Memang WIN !!! | Pekan Yishun dikenali sebagai “lubang hitam” di Singapura. Sebut sahaja nama pekan ini kepada mana-mana warga Singapura dan mereka akan menunjukkan reaksi cemas secara tiba-tiba.

Ia menjadi pekan yang sangat ditakuti sehinggakan ada yang mempertimbangkan untuk membina tembok di sekeliling kawasan itu.

Walaupun rancangan itu tidak lebih daripada sekadar gurauan bagi warga Singapura, seorang warga tempatan bernama Lee mengambil serius akan cadangan untuk membina tembok tersebut.

Lelaki berusia 61 tahun dari Yishun Ring Road Block 112 itu tidak dapat bersabar lagi dengan perangai jirannya, lapor All Singapore Stuff.

Selama beberapa tahun, dia terpaksa bersabar dengan karenah jirannya yang membuang minyak, najis, garam, kuah dan pelbagai lagi bahan buangan ke unitnya hampir setiap hari!

Pembuangan sisa buangan ini telah menyebabkan pagar dan basikal milik Lee berkarat.

Dia tidak dapat lagi bertolak ansur dengan tindakan tidak beradab jirannya itu dan memutuskan untuk membina “tembok” untuk mengekang kegiatan jirannya tersebut.

Namun, usahanya gagal menghalang jirannya daripada meneruskan tabiat buruknya.

Oleh sebab itu, Lee tidak mempunyai banyak pilihan selain “menaik taraf” tembok buatannya dengan menambah paip, pokok kaktus, dan kulit durian!

Sebelum tembok dibina

Selepas tembok dibina

Struktur ini mengambil masa 5 jam untuk dibina. Walaupun ianya tidak setanding Tembok Besar Negara China, ianya tetap menakjubkan, bukan?

Penyelesaian kreatifnya berjaya menghalang jirannya untuk menghampiri kediamannya. Dalam masa yang sama, Lee juga berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat serta menyelesaikan masalah ini.

Aku Kerja Nurse.Baru Kahwin.Satu Malam Aku Terjaga Jam 3 Pagi.Rupa2nya Tindakan Tuan Rumah Sangat MENGEJUTKAN !!!

Aku Kerja Nurse.Baru Kahwin.Satu Malam Aku Terjaga Jam 3 Pagi.Rupa2nya Tindakan Tuan Rumah Sangat MENGEJUTKAN !!!  |Saya & suami baru mendirikan rumahtangga pada mei 2013.Selepas berkahwin kami bercadang untuk menyewa rumah.Niat dihati supaya mahu berdikari dan tidak mahu menyusahkan ibu bapa yang selama membesarkan kami.
TANPA berfikir panjang,suami terus mendapatkan bantuan rakan sekerja untuk mencari rumah sewa.Akhirnya kami telah pun mendapat sebuah pangsa 4tingkat(2bilik) yang terletak di Tg.Tokong,Pulau Pinang.

Apabila telah menghubungi “tuan rumah” berkenaan,kami terus membuat bayaran pendahuluan.Tuan rumah tersebut tinggal di Kuala Lumpur dan dia menggunakan rakan itu bagi urusan sewa rumah kami.

Semasa dalam perbualan itu tuan rumah ada memaklumkan bahawa sebelum kami tinggal di sini,sepasang suami isteri bekerja sebagai jururawat manakala sisuami berkhidmat sebgai tentera telah menyewa rumah ini dalam masa singkat(3bulan).Dia juga ada memberitahu rumah itu sudah mempunyai beberapa barangan keperluan seperti set meja makan,sofa kecil,mesin pencuci pakain dan rangka katil.

Sungguhpun begitu,kami bersetuju dan mendapatkan kunci rumah daripada rakan suami.
KISAHNYA bermula pada hari pertama kami melawat dan memasuki rumah itu.Alangkah terkejutnya apabila kami memasuki ruang rumah berkenaan,rumah tersebut amatlah kotor,hapak,dan kelihatan bersawang seperti telah lama ditinggalkan.Kata tuan rumah pasangan tersebut baru seminggu sahaja berpindah.Sungguh aneh dan pelik.

Tanpa berfikiran negatif,saya dan suami memulakan rutin mengemas rumah,dimulakan dengan bahagian dapur dan seterusnya ruang tamu.Selesai sahaja di ruang tamu,saya memasuki ruang bilik utama dimana mempunyai rangka katil dan almari pakaian.Saya mula menyapu dan bersawang di bawah katil tersebut.

Tiba-tiba sedang saya menyapu dibawah katil secara tidak sengaja saya terasa seperti tertarik sesuatu dan alanhkah terkejutnya saya menjumpai sebuah kotak kayu bersaiz sederhana kecil.Tanpa pengetahuan suami,saya telah membuka kotak kayu itu dan mendapati terdapat 5 naskhkah buku Surah Yasin dan seikat(bunjut) kecil kain kuning bersama buku Yasin.

Secara tidak sengaja,saya telah mengubah kotak kayu berkenaan dengan niat kitab suci perlu disimpan rapi.Saya telah meletaknya diatas almari dimana tempat asal dibawah rangka katil tadi.
Kejadian pertama mula menguasai kami di malam pertama kami tinggal di rumah itu.Tika jam menunjukkan 10malam,kami berdua melelapkan mata di ruang tamu sahaja memandangkan kami belum lagi mempunyai barangan perabot yang lengkap.Sedang kami nyenyak tidur,kedengaran bunyi kaca jatuh berderai.Lantas suami bangun dan membuka lampu.

Alangkah terkejutnya saya dan suami kaca yang jatuh itu merupakan cermin kecil yang terlekat di dinding dapur,dan yang anehnya cermin kaca tu hanya terbelah dua di tengah,dan bukan berkecai seperti sangkaan kami.Persoalannya disini cermin itu telah pon dilekat sebaik mungkin,bagaimana boleh jatuh,jatuh dalam keadaan terbelah dua??adakah itu satu amaran untuk kami.?
Kejadian kedua berlaku selepas 2 minggu kejadian cermin pecah dimana usai solat Isyak,kami melelapkan mata sehingga satu masa.

Jam di dinding menunjukkan pukul 2pagi.Sedang saya tidur membelakangi suami,saya mengiring ke arah meja makan.Tiba-tiba saya terpandang suami sedang duduk di kerusi tersebut sambil memandang tepat ke arah saya.(tanpa lampu dibuka).

“ABANG buat apa tak lena lagi,?minum aiq ka?”

tanya saya yang sedang lali sambil mata masih berat untuk dibuka.SELEPAS tanya, ‘suami’ saya hanya mendiamkan diri lalu saya pusing seiring kearah tempat tidur suami dan alangkah terkejut saya yang suami sedang nyenyak tidur diulik mimpi.!Dengan 1001 soalan di dalam kepala saya terus menangis sambil menekup bantal dimuka.
“Kenapa menangis tengah malam ni?” sapa suami tiba-tiba terkejut dengan keadaan saya.Saya hanya mendiamkan diri sehingga subuh menjelang.

Siapakah yang merenung saya tengah malam itu?
Kejadian terakhir sepanjang kami tinggal disitu,apabila suatu pagi,kami sedang sarapan jam 8pagi.Tiba-tiba kami didatangi makcik(lingkungan 60an) dari jiran tingkat bawah(tingkat 1), yang sedang badmood dan meluru datang ke rumah kami.

“Ni hampa ni tak dak kerja ka malam-malam dok tolak kabinet,bising2 kat rumah ni??kami dok bawah hampa ni ganggu tau dak?”

Marah makcik tu kepada kami suami isteri.
“Bila kami tolak kabinet makcik,kami pon baru balik keja pagi ni”,balas suami.
Kami pun hairan juga ,dimana datangnya bunyi kabinet2 itu.
SELEPAS kejadian itu,saya menjadi pendiam dan jarang bergaul walaupun dengan ibu bapa,kemungkinan dari kejadian pelik yang sering berlaku.

“Mak rasa ampa ni ada benda tak kena,ampa ni tengah duk kat dalam rumah yang ‘panas’!”cakap ibu saya.

Kami masih tak faham.Selam sebulan kami menyewa disana,ibubapa saya tidak pernah datang ke rumah sewa saya.Ibu saya mengesyaki saya dan suami sesuatu.Ibu saya bercadang supaya menyuruh saya dan suami untuk berhenti menyewa dan keluar dari rumah berkenaan.Saya dan suami sekalipun tidak pernah bercerita masalah kami cuma mungkin naluri ibu itu kuat menyatakan hal ini semua terjadi disebabkan rumah yang kami sewa.

Setelah selesai pindah keluar,ibu mula menyoal kami segalanya dan kami menceritakan satu persatu hal yang terjadi.Ibu memberitahu kami bahawa rumah yang kami diami tersebut sebenarnya di ‘jaga’ oleh ‘penjaga’ Tuan Rumah,berkemungkinan hantu raya.Oleh yang demikian,”penjaga”itu berani menyerupai suami saya.Selepas menyerupai suami,’penjaga’ itu membuat selerak didalam rumah sebelum orang lain menyewa,sebab itu semasa pertama kali kami memasuki rumah itu,kami berasa seperti ramai yang menghuni rumah itu .

Tambahan pula semasa hendak mengemas rumah,saya telah mengubah kedudukan kotak kayu tersebut,kemungkinan kotak kayu itu telah dipagar sebelumnya.Apabila “tempat asal” penjaga tersebut diubah,maka amaran-amaran yang tidak diingini berlaku.Amaran pertama “penjaga”itu sudah memecahkan cermin,kedua menyerupai suami,dan yang ketiga,membuat gangguan jiran seperti buat bising walhal kami keluar bekerja.Nasihat ibu saya,jangan pernah sesekali mengubah kedudukan benda pelik dan aneh seperti kejadian kotak kayu dan jangan diami rumah yang telah siap barang perabot.

Aku Dapat Awek Johor.Selepas 2 Bulan Kenal.Satu Malam Kejadian Ini Buat Ramai Terpana !!!

Aku Dapat Awek Johor.Selepas 2 Bulan Kenal.Satu Malam Kejadian Ini Buat Ramai Terpana !!! | Sebenarnya aku serba salah. Kalau aku cerita guna nama sebenar, mesti ada kawan-kawan aku tahu aku yang tulis cerita-cerita ni. Tapi, untuk mengelakkan aib atau rasa kurang senang untuk insan-insan yang terlibat dalam cerita-cerita aku ni nanti, terpaksa la aku tukar nama-nama sebenar. Nama aku takpe la aku guna nama sebenar sebab tak boleh nak elak, mesti ada jugak yang kenal aku nanti.
Cukuplah mukadimah banyak ni. Jom kita layan pengalaman aku di salah satu kem PLKN di Pahang.

TAHUN 2006:
Selepas tamat SPM , aku ditawarkan untuk menghadiri latihan di kem PLKN yang terletak di negeri Pahang, iaitu negeri kelahiranku sendiri. Rasa gembira dan teruja sebab aku memang nak sangat pergi PLKN ni. Takut? tak la takut sangat sebab aku memang dah biasa ikut abah masuk hutan, tidur dalam hutan , menyusuri sungai malam-malam tahan pukat. Mula-mula je seram. Kalau dah biasa tu tak la rasa apa dah.

Berbalik kepada PLKN tadi, aku terpilih untuk sesi kedua siri ketiga . Jadi, cerita ni berlaku anggaran bulan March hingga Jun. Aku pon tak berapa pasti sebab dah 11 tahun lebih berlalu. Kem PLKN yang menempatkan aku ni terletak di dalam hutan dan tak jauh sangat la daripada tempat Air Terjun yang selalu orang pergi tu. (mungkin ada yang dapat agak dah kat mana kan?)

Semuanya berjalan lancar pada awalnya, walaupun ramai pelatih yang datang ni terpaksa datang. Tak macam aku yang memang nak sangat datang. Bahagian asrama kitorang ni dah macam rumah panjang , Cuma diperbuat daripada batu bata,simen dan elok terletak atas tanah. Asrama ni kitorang panggil ‘dorm’. Setiap kompeni akan ada dua dorm yang lebih kurang boleh muat 25 orang setiap satu. Bilik air pulak ada kat belakang dorm dan belakang bilik air tu hutan tebal. Kalau tengok permandangan tu pada waktu malam memang menyeramkan la. (maaf kena cerita detail sebab kejadian ni berlaku kat dalam kawasan dorm dan bilik air ni).

Aku ditempatkan dalam kompeni Alfa dan berada di dorm kedua. Katil aku berada di tengah-tengah dorm tu. Kira tak la risau kalau kena kacau sebab mesti kawan aku yang lain dulu akan kena sebab diorang lagi dekat dengan pintu. ( ni pemikiran aku masa tu.padahal hantu ni kalau nak kacau, ikut suka dia la nak kacau siapa pon.korang tu kalau yang dok dalam asrama yang ada ramai kawan, jangan nak yakin sangat la benda tu tak kacau korang dulu taw? Kalau dia berkenan nak kacau korang,korang la yang kena. Kalau tak percaya, cuba tanya hantu yang ada bawah katil korang tu. Hahaha)

GEMPAR!!!
Pada suatu hari ni ,gempar satu kem yang ramai pelatih kena gangguan malam tadi. Pelatih perempuan ada yang kena histeria la. Yang pelatih lelaki ni kena baling batu masa keluar dari bilik air semasa dalam perjalanan masuk ke dorm. Kalau dari tepi tu mungkin kawan-kawan nak sakat. Kalau dari atas bumbung bilik air, siapa lagi nak sakat??? Haaa…korang fikir la sendiri yer…. mestilah yang rambut panjang, berbaju putih dan mempunyai suara yang lunak sangat tu… mencicit budak tu lari masuk bilik. Kejadian ni membuatkan kawan sebelah katil aku ni kerisauan. Dia dah la penakut.

Ewan : “Weyh Zul…aku takut la…ko dengar kan cerita pasal gangguan malam tadi?”
Aku : “hem… ada la jugak aku dengar cerita. Pasal kes histeria dengan baling batu tu ke?”
Ewan : “haaaa…yang tu la….ada lagi satu paling aku takut bunyi atap zink dorm kita ni kena cakar malam tadi!”
Aku : “Aik! Bila masa pulak? Aku tak dengar pon?”
Ewan : “kau nak sedar macam mana, kau tu tidur mati punya orang! Kalau bom meletup pon kau belum tentu bangun lagi!Punya la kelam kabut malam tadi kau boleh tak sedar?”
Aku : “laaaa… ye ke? Pastu? Apa jadi ? macam mana boleh reda?”
Ewan : “ mula-mula ‘benda’ tu dok berlari je atas atap ni. Lepas tu ‘dia’ cakar dari hujung dorm sana tu, sampai hujung dorm sini.seriau beb!!! “
Aku : “ Kucing kot….”
Ewan : “Kucing tengkorak kau!!! Atap kita ni tinggi. Kucing mana sampai nak panjat!Bila dah tak tahan sangat, si Dollah imam surau tu launglah azan. Pastu pakat ramai-ramai baca ayat Kursi. Baru la reda sampai ke pagi.”
Aku : “em….kalau kau takut sangat, aku tolong ‘pagar’kan dorm ni nak? Biarlah dia pergi kacau dorm lain pulak.Asalkan bukan dorm kita.”
Ewan : “Eh!kau pandai ke pagar-pagar ni?”
Aku : “ Insha Allah. Aku cuba. Kita minta bantuan daripada ALLAH…”

Maka lepas asar tu,sebelum waktu maghrib menjelma,aku dah siap-siap mandi dan ambik wuduk. Sebelum melangkah ke surau, aku sempat ‘pagarkan’ dorm kitorang tu. Aku mulakan dengan bacaan Alfatihah dan Ayatul Kursi dengan niatkan dalam hati semoga ALLAH lindungi dorm kami daripada gangguan makhluk halus. Bacaan ayat Kursi tu aku ulang dan ulang sehingga la lengkap satu pusingan. (Masa aku ‘pagar’ dorm ni aku berpura-pura macam sedang meronda-ronda. Bukan apa, aku tak nak ada pulak kawan yang tegur aku nanti. Kalau tak, tak jadi la ‘pagar’ tu kalau aku bercakap.) Dan masa ni aku tersalah percaturan. Aku tak tahu yang tindakan aku ‘pagar’ dorm tu hanya memburukkan lagi keadaan….

AMUKAN BERMULA!!!
Usai solat maghrib kat surau, aku pon berjalan balik ke dorm. Dari kejauhan aku tengok ramai giler pelatih berkumpul keliling dorm kitorang tu. Terus aku berlari-lari anak menuju ke dorm. Aduh!macam nak nampak, takde ruang nak cilok pon. Tiba-tiba aku terpandang si Ewan ni yang dok menyandar kat dinding dorm sebelah.Terus la aku pergi kat dia untuk dapatkan penjelasan.

Aku : “Ewan!! Weyh…kau ok tak ni?apa jadi ni?”
Ewan : “Fuh!!! Zul…kau rupanya…terkejut tadi tak hilang lagi,kau bagi aku terkejut lain pulak!”
Aku : “Okay, kau tarik nafas dalam-dalam dulu.kau cerita satu per satu.”
Ewan : “hem…….Iman tengah mengamuk tu Zul… Lepas je dia bangun tidur masa maghrib tadi, dia terus melompat-lompat. Selamba je dia tumbuk cermin dorm kita, lepas tu dia kunyah kaca-kaca tu.

Takut aku Zul! Mata Iman tu jadi merah macam nak terkeluar, dia lompat sana sini langgar dinding dorm tu. Laju giler dia gerak weyh. Jenuh kawan-kawan kita nak tangkap. Si Bazli yang kamceng dengan dia pon terpelanting bila cuba tenangkan dia tadi.”

GEDEGANGGGG!!!!!GEDEGANGGGGG!!!!!!

Tersentak aku. Terhenti sekejap perbualan aku dengan Ewan tadi.Aku pandang ke arah dorm. Memang ada kelihatan cermin-cermin dorm yang pecah akibat penangan Iman tadi. Aku pelik jugak kenapa dia asyik langgar dinding je. Kenapa la tak keluar je elok-elok ikut pintu. Buat sakit badan je. Aku pon sambung perbualan dengan Ewan yang terkandas tadi.

Aku : “habis tu, takde ke mana-mana ustaz datang? Cikgu-cikgu kita? (kitorang panggil jurulatih dengan panggilan cikgu)
Ewan : “Ada dah cikgu-cikgu kita kat dalam. Buat masa ni Cikgu Mat tengah cuba kawal keadaan si Iman tu.”

Tiba-tiba Cikgu Mat keluar. Dia tenung aku tajam. Cuak aku dibuatnya. Dah la Cikgu Mat ni antara Cikgu yang paling garang. Dengan misai tebal yang berpintal-pintal. Siap pakai spek hitam lagi malam-malam. Cuma malam ni dia tanggal spek hitam dia. Tu la yang makin seriau tengok dia tenung.
Dia tenung aku lepas tu dia buat isyarat kerlingan mata kat dalam dorm. Jenuh jugak aku fikir. Lepas tu baru la aku teringat. Masa aku pagar dorm ni tadi, si Iman ni tengah tidur. Mungkin dia ada ‘sesuatu’ yang dia sembunyikan selama ni. Aku pon pandang ke arah Cikgu Mat tadi sambil menganggukkan kepala. Aku faham dah sekarang. Maksudnya ‘benda’ tu mengamuk nak keluar dari dorm tu sebab dia kepanasan kena pagar dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang aku guna semasa operasi memagar dorm tadi.

Aku pon mula duduk sambil menundukkan kepala. Aku pejamkan mata dan mula berniat untuk membuka kembali ‘pagar’ yang aku pasang tadi. Aku bacakan semula Alfatihah dan Ayatul Kursi sebanyak yang aku bacakan petang tadi. Tiba-tiba, aku dengar suara seorang pelatih ni menjerit.

“ Woi koranggg…tengok sini, ada sorang lagi kena sampuk ni”

Aku bukak mata. Aku nampak si Ramesh ni dok tunjuk-tunjuk ke arah aku. Hish! Potong stim betul la mamat India ni. Aku nak buat kerja pon tak senang. Nasib baik la tak ramai yang dengar suara dia sebab kitorang duduk jauh sikit dari tempat kerumunan orang tu. Aku pon buat isyarat dengan meletakkan jari telunjuk di bibir menandakan suruh dia diam. Lepas tu aku tunjuk jari kat arah dorm tu. Lepas tu baru dia angguk. Paham la gamoknyer mamat ni….

Aku pon teruskan bacaan ayatul Kursi hinggalah ke bacaan yang terakhir. Tiba-tiba keadaan senyap sunyi seketika. Sudah tidak kedengaran lagi amukan si Iman tu. Berdesup!!!!!aku nampak ada benda putih terbang menembusi atap dorm kitorang tu. Alhamdulillah….semuanya sudah berakhir. Aku nampak seorang demi seorang jurulatih keluar dari dorm tu. Aku ikut arah Cikgu Mat berjalan. Dia menuju kat astaka di dataran kawad. Berdepan dengan dorm kitorang tu. Aku nak tahu la kisah sebenar.

Aku : “assalamua’laikum Cikgu…”
Cikgu Mat : “wa’alaikummussalam…haaa….kamu…saya tahu kamu yang pagar dorm tu kan?”
Aku : “ ya cikgu.saya tak tahu la boleh sampai jadi macam ni. Saya cuma kesiankan kat kawan saya tu. Dia takut kena gangguan makhluk halus. Saya tak tahu pulak ada pelatih yang ‘membela’ benda tu.
Cikgu : “hem….budak tu dari Johor. Ada tempat-tempat di Johor masih mengamalkan ritual ni. Kuda Kepang. Ianya bukan sekadar tarian semata-mata. Ada pendampingnya sekali. Itu yang membolehkan mereka buat aksi-aksi yang luar biasa tu. Dan kamu yang tak cukup ilmu ni pulak pergi pagar dorm ni. Kalau ilmu belum penuh di dada, jangan berani cuba lawan benda-benda macam ni. Saya tahu kamu pandai mengaji. Tapi, itu belum cukup. Jiwa kamu kena mantap! Kalau ilmu kamu cukup, kamu mesti dah lama tahu yang budak itu ada pendampingnya.”

Panjang lebar aku kena leter malam tu. Memang salah aku pon. Main pagar je tanpa periksa dulu keadaan dalam dorm. Aku pon minta maaf kepada Cikgu Mat lalu meminta izin untuk balik ke dorm. Sebelum aku meninggalkan Cikgu Mat , beliau sempat berpesan supaya aku memantapkan kerohanian aku. Jarang untuk dapat anak muda yang minat dan pandai hal-hal sebegini.

Malam tu majoriti penghuni dorm Alfa 2 takut nak tidur dalam dorm tu. Diorang pakat imagine yang si Iman tu kena rasuk lagi,kemudian pecahkan kaca dan kelar diorang sorang-sorang.hahaha aku gelak dalam hati je la. Nanti karang kecil hati pulak diorang. Aku pon ikut diorang tidur di dorm Alfa 1 malam tu. Memang confirm ramai yang tak tidur nyenyak malam tu. Sampaikan nak pergi kencing pon berteman dua tiga orang. Mesti diorang dok terbayang wajah iman yang berkepala botak dengan mata merah menyala tengah pandang diorang sambil genggam kaca kat tangan…
Pengajaran : banyak lagi ilmu yang baik untuk kita pelajari.jauhi ilmu hitam….

#PANGRIMAU : HANTU TANPA BADAN!!!
Kisah ini tak serumit kisah tadi. Cuma ianya berlaku semasa perkhemahan kitorang di dalam hutan depan Kem tersebut. Program kali ni dipanggil “Program Jati Diri”. Yang bagusnya program ni semua pelatih diajar bagaimana ikhtiar hidup didalam hutan. Bermula program pagi itu semua pelatih diasingkan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diberikan peta dan kompas. Siapa-siapa yang tidur masa taklimat memang ada peluang la sesat dalam hutan tu.

Perjalanan kami siang itu berjalan lancar walaupun ada beberapa kali sesat. (lancar tanpa gangguan binatang buas dan makhluk lain).Sehinggalah kami sampai ke check point yang ditetapkan. Kumpulan kami antara kumpulan yang sedikit lewat sampai berbanding yang lain. Jurulatih pon suruh kami pasang khemah masing-masing. Kalau semua dah siap, boleh la pergi mandi di sungai berhampiran. Best weyh…. Mandi air sungai jernih…sejukkkk… memang pakat seronok la petang tu. Siap je mandi dan solat, kena la bahagikan tugas. Ada yang kena cari kayu api dan yang kena masak. Jurulatih bagi masa yang terhad. Kalau lambat siap,lambat makan, lambat la kami rehat. Kami dimaklumkan yang malam ni ada aktiviti ‘Night Walk’ yang betul-betul meletihkan.Disinilah cerita yang seram sejuk ni berlaku….

Lebih kurang jam 9.00 malam waktu tu, kami dikumpulkan di satu kawasan lapang. Malam tu boleh tahan cuacanya sejuk. Mungkin sebab dalam hutan dan berdekatan dengan sungai. Apabila dah cukup semua pelatih berkumpul, kami pon diarahkan bergerak secara beratur memanjang mengikut Cikgu Din yang berada didepan sekali. Perjalanan kami pada mulanya agak mudah, hanya melalui denai laluan bekas semak yang dipijak orang asli. Hampir sejam berjalan di darat, kami dibawa berjalan menyusuri sungai. Pegrhhhh!!! Sejuk giler kate koi!!!! Haaa… keluar dah loghat Pahang aku. Aku rasa bukan aku sorang saja dah menggigil, confirm semua rasa yang sama. Sambil-sambil merentasi sungai tu aku pandang la sekeliling. Malam ni bulan mengambang penuh. Tak la gelap sangat.

Kami diberi amaran, jangan ada yang berani bawak lampu suluh. Cukup la jurulatih je yang pegang. Diorang cakap setiap satu kilometer akan ada obor. Tu dah cukup terang. (okay.kat sini aku nak buat pengakuan.aku dah standby lampu suluh yang kecik macam laser budak-budak selalu main tu. Aku tak nak ambik risiko sesat dalam hutan malam-malam buta ni.Sory cikgu yer…)
Selepas hampir 3 jam berjalan, kami pon sampai di check point yang ditetapkan. Masa sampai tu ramai yang tak tahan nak terkencing. Nasib baik la pelatih-pelatih perempuan berada di bahagian depan. Yang pelatih-pelatih lelaki ni ambik peluang melepaskan hajat masing-masing di semak-semak berdekatan. (tolong jangan tiru aksi ni.hehehe) Selang beberapa minit berehat, Cikgu Din buat pengumuman.

“Assalamua’laikum dan salam sejahtera! Tahniah sebab kamu semua sudah sampai di pertengahan aktiviti kita pada malam ini. Selepas ini adalah kemuncak aktiviti kita! Setiap seorang daripada kamu akan dilepaskan setiap 3 minit seorang! Kamu semua dikehendaki berjalan menyusuri hutan ini! Jangan risau! Ada tali di tepi laluan ni. Akan ada 3 obor menanti kamu dan obor ketiga itu adalah check point terakhir!”

Maka berpotpet-potpet la semua orang. Yang perempuan ade dah yang menjerit tak nak buat! Yang lelaki pon ada jugak. Dan orang itu semestinya Ewan! Hahaha ( tak baik ketawakan insan yang lemah tau?) jurulatih tak peduli pon rungutan kami. Maka, tepat jam 12.00 tengah malam, seorang demi seorang dilepaskan. Setiap beberapa minit mesti je ade dengar suara-suara jeritan pelatih.

Kini tibalah giliran aku dipanggil…. dengan lafaz bismillah , aku pon mula melangkah. Aku berjalan sambil pegang tali yang Cikgu Din maksudkan tadi. Aku pandang arah hadapan aku, memang kosong.gelap. memang tak nampak siapa pun.3 minit tu rupanya cukup lama untuk memisahkan jarak diwaktu malam. Sedang asyik aku berjalan sambil pegang tali tu ,tiba-tiba tali tu hilang! Terkejut beruk la dibuatnya. Sayup-sayup kat hadapan sana baru ada nampak cahaya. Baru aku faham pasal jeritan tadi. Ni mesti ada kaitan dengan tali yang dah putus sekerat jalan yang memang dirancang oleh cikgu-cikgu. Aku pon sambung berjalan sambil berzikir. (cuak gak weyh…berjalan dalam hutan seorang diri.korang rasa???)

Aku rasa dah lama aku berjalan,baru satu obor je aku jumpa. Tapi, aku malas nak fikir sangat. Sampai je kat kawasan pokok-pokok buluh, aku nampak ada sesuatu yang berjalan dari arah hadapan aku. Makin lama makin dekat. Bila dah makin dekat tu baru nampak dengan jelas yang sepasang kaki berseluarkan corak askar sedang melangkah. Aku ulangi lagi, SEPASANG KAKI! Badan takde la weyh!!! Kepala apatah lagi…. Kaki tu sampai pinggang je. Aku tak fikir panjang dah, terus aku jalan laju-laju sambil baca ayat Kursi. Aku tak nak fikir dah yang kaki tadi tu ikut aku ke tak. Aku teruskan berjalan sampai lah di check point terakhir.

Fuhhhh!!!! Lega hati ni selega-leganya….memang pengalaman yang menyeramkan bagi aku. Lama jugak aktiviti tu. Lebih kurang jam 3.45 pagi aku sampai di khemah. Memang ada lah yang kena histeria,sesat. Tapi, yang tu semua dalam kawalan para jurulatih. Aku yang keletihan yang amat sangat ni masuk khemah, terus tidur!

Keesokannya barulah Cikgu Din bagi penerangan. Tali yang mula-mula kami pegang tu ibarat panduan hidup kita. Bila kita hilang panduan, macam mana kita nak teruskan kehidupan kita? Malam tadi adalah cerminan untuk diri masing-masing. Sejauh mana kita mampu hadapi ranjau hidup kita tanpa panduan? Haaa… ni salah satu sebab aku suka PLKN ni. Setiap aktiviti akan ada saja moralnya. Yang penting aku dapat kuatkan lagi semangat aku!

Sekian saja cerita aku daripada pengalaman sendiri. Ada la sikit tambah-tambah untuk melancarkan lagi cerita ni. Maaf la kalau tak seram yer… Pangrimau undur diri. Nantikan pengalaman-pengalaman seram di UiTM Arau sepanjang aku belajar kat sana dari Disember 2006 hingga Mei 2013. Nasib badan la diploma dan ijazahkena kat tempat yang sama. Sampai jumpa lagi. Wassalam…

7 Foto Selfie Yang Sempat Dirakam Sebelum Ajal Mengundang.. No 6 Paling Ngeri


Selfie di zaman ini memang telah menjadi salah satu aktiviti yang biasa oleh semua masyarakat. Kadangkala selfie diambil secara berlebihan tanpa mengindahkan bahaya yang dapat mengancam dirinya sendiri.
Ibarat membekukan waktu, foto-foto menyimpan sejarah dan kisahnya sendiri. Hingga tak heran jika disebutkan bahwa foto mampu bercerita lebih baik daripada dengan menggunakan kata-kata.

Foto-foto berikut ini juga memiliki banyak cerita.

Namun cerita di dalamnya merupakan cerita-cerita tragis dimana foto-foto itu merupakan rekaman terakhir detik-detik sebelum maut menjemput mereka.

1. Foto Selfie Xenia Ignatyeva

Remaja berusia 17 tahun asal Rusia ini nekad foto selfie di atas jambatan di St Petersburgh. Nahas, ia terpeleset. Sebelum terjatuh, ia meraih kabel listrik bertegangan 1500 volt untuk menyelamatkan, namun kabel inilah yang justru telah meragut nyawanya. Beliu maut disentap kejutan elektrik.
2. Foto Selfie Jenni Rivera

Penyanyi asal Mexico Jenni Rivera tewas dalam kemalangan tragis pada 9 Disember 2012. Pesawat yang ia naiki mengalami kemalangan sehingga mengorbankan kesemua penumpang di dalamnya.

3. Selfie Di Puncak Garuda Gunung Merapi

Erri Yunanto dan Theofilus Dicky mahasiswa Universiti Atmajaya Yogyakarta yang baru pertama mendaki Gunung merapi memang berniat untuk berfoto ria di Puncak Garuda Merapi, tapi nahas menimpa Eri Yunanto selepas menaiki dan duduk di Puncak Garuda Merapi Erri terjatuh ke kawah Merapi sedalam 200 meter kerana ragu ragu pada ketika turun dari Puncak Garuda. Mayatnya ditemui esok harinya oleh Tim SAR.

4. Selfie Sebelum Tragedi AirAsia QZ 8501

 

Tragedi AirAsia QZ 8501 masih menyisakan duka yang mendalam bagi keluarga dan kita semua. salah satu korban Salah yaitu Hendra Gunawan Syawal yang merupakan penumpang QZ 8501 yang sempat menghantar gambar selfie di atas pesawat sebelum terbang.

5. Selfie Bersama Rakan Di Landasan Keretapi

20 februari 2015 Tomi Luki Kassim, warga Jalan Mangga, Kelurahan Kejuron, Kota Madiun perlu membayar dengan nyawanya selepas disambar kereta api Bangunkarta saat selfie dengan rakan-rakannya dengan latar belakang kereta api Bangunkarta yang akan melintas. Tomi terlambat menghindar dari kereta api, sesaat kereta api akan melintas.

6. Selfie Suami Istri Dicerun Maut

Suami Istri turis Polandia yang lagi berlibur di Portugal mencoba selfie di tepi tebing yang curam pada 10 Agustus 2014. Mereka berdua terjatuh di tebing itu dan tewas Di depan anak mereka.

7. Selfie ketika memandu Courtney Sanford


Courtney Sanford menghantar selfie dia sambil menikmati lagu Pharrel Williams berjudul Happy di dalam kereta sebelum kejadian nahas menimpa dirinya karena Beberapa saat kemudian ketika melintasi North Carolina, Amerika Syarikat, keretanya yang dipandunya melanggar sebuah trak. kejadian tersebut berlaku pada 26 April 2014,

Isteri CURIGA Suami Selalu Pulang Lewat Pagi Terus Mandi dan Cuci Baju Syak Suami Curang Setelah Diintip Rupanya

Isteri CURIGA Suami Selalu Pulang Lewat Pagi Terus Mandi & Cuci Baju, Syak Suami Curang. Setelah Diintip Rupanya | Setelah curiga dengan kelakuan suaminya yang selalu pulang waktu subuh, terus mandi dan membasuh baju,Seorang isteri akhirnya mengetahui sesuatu yang mengejutkan.Selama mengharungi bahtera rumah tangga, dia tidak merasa aneh dengan sikap suaminya.

Namun sejak kebelakangan ini suaminya selalu balik ke rumah pada waktu subuh, terus mandi, dan mencuci baju.
Balik dari kerja, dia terus mandi dan tidak mengendahkan saya, kemudian dia pasti terus mencuci bajunyaHingga akhirnya saya mengetahui sesuatu yang sangat mengejutkan setelah melihat keanehan yang dilakukan suaminya.

Ikuti kisahnya:-
Saya dan suami sudah menikah setahun lebih. Sebenarnya, kehidupan kami biasa saja, setelah bercinta beberapa lama kami pun merancang untuk bernikah. Kerana kami dilahirkan di kampung, biasanya cuma perlu daftarkan diri di jabatan agama saja, kami tidak adakan kenduri pun.
Kami juga tidak merancang untuk mempunyai anak dalam masa terdekat, setelah setahun bernikah, akhirnya suami mendapat kenaikan gaji dan kami boleh menyimpan duit sedikit. Ditambah dengan wang yang dipinjam dari saudara mara, akhirnya kami berjaya membeli sebuah rumah kecil.
Pada hari kami mendapat kunci rumah kami, suami memelukku dan berkata.
Sayang, abang janji akan membahagiakan keluarga, mulai sekarang, kita dah mempunyai rumah, sayang mesti bersiap sedia, aku akan berjuang untuk keluarga Sayang mesti jaga kesihatan, kita akan segera dapatkan cahaya mata, Saya hanya mengangguk bahagia mendengar semua ini.

Saya tak tahu apa salah saya, atau suami yang berubah, sejak kami membeli rumah.
Disebabkan pinjaman yang mesti dibayar, ekonomi kami merudum dan kami hadapi banyak tekanan.

Tapi sejak itu, suami selalu berkata bahawa dia mesti buat kerja lebih masa, mulanya saya sangkakan dia hanya akan bekerja lebih masa seperti biasa. Tapi katanya dia mesti kerja lebih masa setiap hari, dan pulang lewat malam sampai pukul 1 atau atau 2 pagi.
Balik dari kerja, dia terus mandi dan tidak mengendahkan saya, kemudian dia mesti mencuci bajunya.

Suatu hari aku nekad pulang kerja lebih awal dari biasa dan menunggu di depan pejabatnya. Ternyata, suamiku tidak bekerja lebih masa! Selepas habis waktu kerja dia terus keluar pejabat, tapi dia tidak terus pulang ke rumah. Ini membuatkan saya semakin yakin yang suami berlaku curang! Mana tak nyamasa balik dia terus mandi dan cuci baju mungkin sebab takut aku terbau wangian wanita lain.
Tetapi saya nampak dia masuk ke sebuah restoran barbeque. Masaitu saya berada di seberang jalan memerhatikan suami, saya lihat dia keluar dengan baju putih dan mula memanggang daging.
Suamiku memang pernah ceritakan yang dulu dia suka memanggang daging di rumahnya dan semua orang cakap daging panggangannya memang sedap.
Melihatnya sedang memanggang daging, saya mulai menitiskan air mata. Saya memutuskan untuk menyeberangi jalan dan duduk di restorannya. Seorang pelayan datang bertanyakan pesanan, Saya cuma memintasegelas minuman, dan tolong hantarkan kepada tukang masak yang sedang memanggang daging itu.

Pelayan itu merasa aneh dengan permintaan saya, namun dia tetap melakukannya, saat menerima minuman itulah, suamiku mengangkat kepalanya dan melihatku.
Lalu meminum habis minuman itu dan terus menghampiri aku.
Sayang, macam mana kamu boleh sampai disini? saya terus memeluknya dan berkata, Saya tunggu abang balik kerja.

Malam itu suami menjelaskan semuanya. Dia tidak letih dan boleh bekerja lebih masa, dia cuma nak mendapatkan pendapatan sampingan.
Saya kata padanya, saya pelik kenapa setiap hari balik kerja abang terus mandi dan cuci baju. Rupa-rupanyaabang takut saya terbau bau asap dan daging, saya dah syak abang dah ada perempuan lain, itu sebabnya sayapergi intip abang.

Suamiku kemudian memelukku dan mencium keningku, macam mana abang nak curang? Awak adalah wanita paling sempurna buat abang, tak ada orang yang boleh menggantikan awak!

MashaAllah…!! “Saya Diberi Minuman Kotor, Rahim Saya Diikat Supaya Tiada Zuriat Dengan Suami”..Kezaliman Ibu Mertua Pada Menantunya ini membuatkan Hidupnya Merana Seumur Hidup.. Tetapi dengan Bantuan ALLAH..Akhirnya..??.


Sebelum saya sakit, terlalu banyak kezaliman mertua lakukan pada saya. Saya diberi minuman kotor, rahim saya diikat supaya saya tiada zuriat dengan suami dan macam-macam lagi. Tetapi sebab sayang, saya telan, terima sehinggalah akhirnya saya rebah dengan sihir mertua.

Hampir 2 bulan saya sakit, saya langsung tidak dihiraukan oleh suami. Malah keluarga mertua langsung tidak mengambil kisah saya sebagai menantu yang sakit. Amat perit dengan permainan syaitan ini. Nasib baik saya masih ada seorang ibu yang banyak membantu saya.

Kerjaya saya hancur, duit untuk berubat juga tiada. Diri saya tidak terurus. Yang saya tahu, saya sering menangis merindukan suami sedangkan pada masa itu suami ada di depan mata tetapi seolah-olah saya rasa suami melihat saya dengan perasaan benci.

Saya ditengking oleh suami tanpa ehsan, akhirnya suami melangkah keluar dari rumah kami, pulang kepada keluarganya. Bila adik angkat saya, orang yang saya percaya tempat saya meluahkan rasa pula mengkhianati saya. Dengan menghantar semua mesej yang saya beri pada dia, diberikan semula pada suami saya dengan alasan dia tidak mahu menanggung dosa sebab saya memburuk-burukkan suami saya dan keluarga mertua.

Allahuakbar. Cukup terzalim saya diperlakukan. Adik angkat sendiri tahu dan lihat apa yang saya alami. Tetapi mengapa dia mengkhianati saya?

Selepas saya pulih dari sakit, Allah menguji saya dengan saya mengandung. Saya mencari cara untuk berdepan dengan suami sebab suami enggan berjumpa. Saya ingin khabarkan kepadanya bahawa saya mengandung zuriatnya. Saya bagaikan pengemis, mencari suami, telefon tak dijawab, mesej tak dibalas dan macam-macam cara saya buat agar dapat berjumpa dengannya.

Tetapi bila saya dapat berjumpa dengan suami, pandangannya masih juga sama. Benci melihat saya, katanya dia tidak dapat menerima saya yang menuduh ibunya telah menyihir saya, menyihir rumah tangga kami. Masa itu, hanya Allah kebenaran saya.

Selepas kejadian itu, saya pernah pengsan di jalanan duduk jatuh terhentak. Kandungan saya bergegar dan anak dalam kandungan saya hanya bertahan selama sebulan.

Selepas keguguran, saya habis pantang seminggu, saya mula mencari pekerjaan. Saya bangkit dari semua, berdiri di atas kaki sendiri dengan semangat anak-anak syurga saya. Saya failkan fasakh untuk meminta suami saya sedar. Namun siapa sangka, suami sendiri telah pergi ke pejabat agama untuk berkata dia rela menceraikan saya dan fasakh saya tidak diproses oleh pejabat agama.

Tetapi Allah itu maha mengetahui segala-galanya. Pejabat Agama menukar fasakh saya dengan sesi kaunseling dan masa itu saya berjuang bermati-matian atas nama Allah.

Saya diberi sihir ilmu pemisah oleh mertua, saya tenang melalui semuanya. Kini saya masih lagi ada satu sesi untuk kaunseling. Sejujurnya saya tidak mahu lagi melihat muka suami, bukan kerana benci tetapi terkilan dengan apa yang terjadi

MICHAEL JACKSON SEBENARNYA ADALAH SEORANG ISLAM DAN DIA DIBUNUH KERANA TINDAKANNYA MEMELUK ISLAM

03.jpg

Astaghfirullah!!! Segalanya kuasa Allah. Ramai sedia maklum bahawa Michael Jackson (MJ) telah diISLAMkan beberapa hari sebelum beliau mati tanpa pengetahuan keluarganya. Sehinggalah pada suatu malam, salah seorang waris bermimpi berjumpa dengan MJ yang minta agar bahan kimia pengawetannya dicairkan dengan segera. Lihat dan tengok apa yang berlaku seterusnya Astaghfirullah

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Benarkah+Michael+Jackson+Dibunuh+Kerana+

Walaupun sudah melakukan pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cuma seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki.

Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu”.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ sangat tertekan.

Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam. Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa apabila dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain.

Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, membaca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat satu majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya.

Pada December 2008, MJ telah menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu ‘Give Thanks to Allah’ pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam.

Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk pengurusnya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata “Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya sudah bersedia untuk konsert ini”.

Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapati telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tidak tahu siapa MJ dan di mana MJ berada.

Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang sudah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah mengupah doktor persendirian untuk membuat autopsy MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari.

MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyut jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai ubat ini langsung! Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut.

Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam rancangan CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ… Saya membesar dengan mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelik, kenapa seorang Presiden beria-beria bercakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan?

Kalau betullah MJ hendak bunuh diri, buat apa dia beria-beria untuk berlatih selama 2 bulan untuk konsert terakhirnya? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara terbuka (dalam TV).

Ugutannya ialah Katherine, emak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan diberi hak penjagaan.

Akhirnya mereka bersetuju MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan.

Itulah yang anda semua tengok di TV. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tidak dibuka. Sebab mayatnya tidak pernah ada dalam keranda tersebut.

Ini semua dilakukan semata-mata nak memberitahu kepada seluruh dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

Sumber: tambahcheese

DERHAKA Dgn Mak Di Tanah Suci. Apa Jd Kat Aku Sepanjang Kt Sana Buat Aku Jd INSAF !!!

 

Assalamualaikum. Nama aku Zatul. Ringkas tapi mendalam. Aku bers#yukur tak terhingga diberi kesempatan menge#rjakan umrah bersama mak ayah. Tapi ini apa yg jadi.

Jejaknya kaki di tanah Madinah, lepas berjam-jam kesejukan, tidur tak nyenyak dlm kapal terbang dan bas, aku yg becok #mulut, dalam sejarah berdiam diri sepanjang perjalanan. Masa hendak turun bas, ada sesuatu di tangan. Chewing gum beb. Chewing gum! Geli! Terkeluar satu perkataan yg langsung tak patut. “BODOH”. Itu perkataan pertama aku di Madinah.

Terpempan aku, sedih dan kecewa dgn diri sendiri. Di tanah suci, sepatutnya kalimah suci basah di bibir dan hati. Itu refleksi diri jugak ak#an apa sebenarnya tabiat buruk kita di dunia. Abg aku kat sebelah geleng kepala.

Itu yg pertama kebodohan aku. Yg kedua, derhaka. Aku dpt pergi umrah ni dgn abg, sebab teman mak dan ayah. Tugas anak jaga mak di mana-mana pun. Waktu solat, aku pilih jauh dari kipas sebab hidung sensitif meleleh hingus. Tapi mak aku nak betul-betul bawah kipas, ye la se#bab panas ramai orang. Terus terjadilah kederhakaan aku melawan cakap mak aku, ti#nggi suara dan tarik muka duduk jauh. Tak pernah aku jauh dari mak aku hanya sebab hingus. Pastu mula gelabah bila baru sedar jauh.

Bayangkan perasaan seorang mak, anak sendiri solat berjauhan. Menyesal aku menyesal. Tapi Allah bagi cash. Masa nak makan, entah lelaki mana join dewan makan kumpulan kami. Allah takdirkan dia tumpahkan air panas terus dari flask air ke kaki aku. Burn. Pan#as dunia. Menangis tak kira. Walaupun ada stokin, tapi melecur jugak sampai letak ubat gigi pun pedih.

Lagi derhaka lagi. Aku tertinggi suara lagi sebab mak aku duduk solat tak rapat saf. Aku rapatkan, mak aku suruh jauh sikit sebab nak duduk tahiyat akhir dgn selesa. Aku patut tahu mak aku sakit lutut. Tapi aku anak yg tak memahami dan tak sedar diri, derhaka dgn mak di tanah haram.

Cash Allah bagi kat aku lagi. Hotel kitorang lif sangat lambat sbb ramai orang. Lif datang, ramai. Ada satu pasangan Arab. Mak ayah suruh aku masuk lif dulu. Tapi tiba si isteri yg agak besar ni tolak aku keluar dari lif dgn kasar. Aku yg agak comel ni, nasib baik t#ak jatuh terseliuh. Mak aku yg patut terasa dgn aku sbb tertinggi suara sebelum ni, tapi tetap sayang kt aku. Mak marah org Arab tu, tapi lif dah nak tutup pun. Maka kami semua naik tangga sama-sama.

Sendu hati. Syahdu. Ana#k yg tak bertimbang rasa. Sebab itu, masuk je dlm Masjidil Haram, nampak je Kaabah, banjir air mata aku. Basah telekung. Fikirkan dosa aku bertingkat-tingkat. Macam-macam ujian masa aku buat umrah. Masa nak masuk dalam Raudhah, ramai orang takyah na#k cakap. Siap ada tolak mak aku. Apa lagi, kemarahan membuak-buak. Aku jegil mata tunjuk, “UMMI, UMMI”. Tapi makcik tu buat tak tahu je. Rupanya dia pun tgh pimpin mak dia. Tapi tak aci la mcm tu.

Ada jugak kes yg main letak bahu kat aku, yg agak rendang ketinggian. Kalau kejap takpe la, tapi ni siap sangkut selipar kat bahu orang. Apadahal wey. Sekali nak jalan balik hotel, ada satu tangan kat bahu aku. Dalam kemarahan, aku angkat bahu jatuhkan tanga#n org tu. Pandang belakang, rupanya makcik tua. Ya Allah, berdosa lagi.

Sedar diri belum bersedia untuk pergi umrah. Memang, aku tak pergi kursus pun. Ikut je angkut beg, sebab mak ayah dah pergi haji, dan ini pun umrah kedua mak ayah. Naik bas, untuk pergi berniat sebelum umrah terakhir, tiba-tiba aku period. Yes dah makan ubat tahan period, tapi itu la, sebab tak bergantung kat Allah, bergant#ung kat ubat. Aku tak dapat buat Tawaf Wida’. Sedih ya Allah. Aku berhutang satu umrah. Sebab tak niat bersyarat, kan tak pergi kursus. Ayah rasa bersalah seb#ab tak ingatkan aku. Jadi, balik Malaysia, ayah minta ustaz uruskan bayar dam. Mak ayah kata, nanti dah kahwin, qada umrah dgn suami.

Sebelum balik pulak, aku demam. Suhu tinggi. Tak pernah aku demam mcm ni. Moody habis. Tak pernah makan tak habis, makan#an dlm flight aku tak sentuh. Air zam-zam mak ayah bagi untuk aku mandi baru kebah sikit.

Demikian BODOHNYA aku masa umrah. Refleksi diri, jadi anak solehah. Berbakti pada mak ayah semampu mungkin. Kawal nafsu amarah. – ZSN via IIUM.

AMARAN!! JANGAN BERIKAN ANAK DENGAN 7 NAMA INI KERANA 7 NAMA ANAK INI SERING DIGANGGU JIN – NO.3 BANYAK DIPAKAI…..

Pada beberapa nama umum yang dikenal pasti dipakai oleh jin yaitu seperti : 

Balqis
Kistina/Qistina
Najwa
Zakuan
Batrisha
Erisha
Mazda

Ustaz Sharhan ada pula beri tahu apabila dah untuk beberapa nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk ganti nama? tidak sesungguhnya, hanya ganti langkah panggilan nama itu. Contoh apabila nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. janganlah panggil Najwa.

Ustaz Sharhan terangkan, nama seperti di atas memanglah mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam beberapa nama ini sering dipakai oleh jin. – Wallahua’lam

*) Catatan : Beberapa nama ini berdasarkan pada kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengatur kes dalam Perubatan Islam.

(UPDATE)

Ramai yang menanyakan apakah benar kenyataan tentang beberapa nama anak jin itu? sebab tidak ada dalam Al-Quran dan Hadis.. Meh dengar apa ustaz Azhar Idrus jawab.

Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi sebagai pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu mempunyai masalah dengan jin, mungkin kenyataan beliau benar sebab kita tidak ada pengetahuan berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.

Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi kurang lebih 60%-70% orang yang datang berubat terser4ng penyakit misteri yaitu bernama seperti diatas.

Kesimpulannya, tidak harus meyakini nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin saja benar pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan jin. wallahua’lam

Sumber : nizarazu. com

loading...