loading...

Friday 17 February 2023

“B40 Diberi Makanan Low Quality,” – Adakah Program Menu Rahmah Tidak Jamin Kesihatan?

Program Menu Rahmah menjadi bualan netizen selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memperkenalkannya.

Inisiatif Menu Rahmah ini telah melibatkan 15,000 premis menjual makanan dan pogram ini dilancarkan bermula 31 Januari lepas.

Kenapa Wujudnya Program Menu Rahmah?

Langkah ini untuk bantu golongan miskin tegar yang memerlukan makanan siap dimasak untuk tengahari atau malam dengan harga yang berpatutan.

Harga yang ditawarkan adalah RM5.00 ke bawah yang merangkumi nasi, seketul ayam atau seekor ikan dan sayuran.

Sejauh ini, inisiatif ini telah diterima dengan baik oleh orang ramai dan mereka memuji usaha yang tepat pada masanya memandangkan harga barang banyak naik.

Menu Rahmah Ada Untung RM1.50 – RM2.00,”

Untuk pengetahuan semua, sebelum melaksanakan program ini, pihak kerajaan telah pun mengambil kira semua aspek.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh dalam laporan Berita Harian, dia berkata program ini bersifat menang-menang, sekali gus memanfaatkan pengguna dan peniaga.

Malah, daripada pemerhatian terdapat peniaga yang prihatin dengan mempelbagaikan menu lain seperti mi goreng, kuetiau goreng, rojak, roti John dan shawarma.

Ada juga peniaga berkongsi cara mereka mencuba tolak tambah lauk dan sayur yang boleh menyediakan harga RM5 untuk sepinggan hidangan.

“Restoran mengalami kerugian,”

Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan inisiatif program ini. Kami memetik petikan dari Harakah Daily.

Pandangan lain mereka adalah program ini memberi kesan kepada peniaga kerana kenaikan harga bahan asas kemudian kerajaan meminta restoran mengurangkan keuntungan dengan menyediakan menu berharga RM5.

Selain itu, tinjauan Sinar Harian menemubual seorang peniaga sebuah restoran di Alor Setar, Hashim Abdullah.

Dia berkata, kerajaan perlu memastikan bekalan dan harga barangan di pasaran terkawal bagi membolehkan Menu Rahmah dapat diteruskan.

Ini kerana peniaga tidak tahu sampai bila boleh tawarkan menu ini jika harga barang mentah naik dan gagal dikawal dengan baik.

“B40 diberikan bekalan makanan low quality dan sampai terdedah isu kesihatan,” Doktor Perubatan

Dalam pada masa yang sama, ahli parlimen pembangkang, Dr Halimah Ali (PN-Kapar) yang merupakan doktor perubatan mempersoalkan kualiti Menu Rahmah.

Akan timbul kesan negatif pada kesihatan rakyat B40 memandangkan jika harga murah diletakkan, jadi peniaga akan beri kualiti makanan yang bermutu rendah.

Ekoran kenyataan itu, seorang doktor perubatan Dr Khairul Hafidz menyelar kenyataan MP Kapar menrusi ciapan twitter akaun miliknya.

Menurutnya, dari pengamatannya beliau melihat Menu Rahmah sudah mencukupi dari segi protein, karbohidrat dan sayuran.

Malah, memepersoalkan dari bahan bacaan yang mana makanan low quality boleh terdedah dengan autism?

Kawasan terkini yang ada menu rahmah

Apa pun, mungkin ada yang masih tertanya-tanya dimanakah restoran yang menyediakan Menu Rahmah ini?

Anda boleh dapati hidangan Menu Rahmah ini di Mydin, di restoran atau premis yang mempunyai pelekat atau simbol Menu Rahmah dan 12,500 restoran mamak di seluruh negara

Untuk butiran terperinci kedai makan yang menyediakan menu rahmah, anda boleh lihat ciapan twitter dan gambar rajah di bawah.

Wednesday 15 February 2023

Queensbay Mall Tetap Beroperasi Walaupun Beberapa Lot Kedai Roboh

Tular di media sosial sebuah video menunjukkan keadaan tingkat 3 di sebuah pusat membeli-belah popular di Pulau Pinang, Queensbay Mall.

Video tersebut menunjukkan air bertakung di kawasan tersebut dan sebahagian siling pusat beli-belah tersebut runtuh.

Namun tiada individu yang tercedera dilaporkan susulan pusat beli belah tersebut ditutup pada jam 10.30 malam.

Walaupun beberapa buah lot kedai terjejas tapi setelah dibersihkan, penyewa dibenarkan untuk menjalankan perniagaan mereka seperti biasa pada hari ini.

Menjengah posting akaun Instagram Queensbay Mall, pihak mereka mengeluarkan kenyataan dimana punca tersebut berlaku disebabkan hujan lebat kira-kira jam 11.10 malam pada 14 Februari.

Kejadian malang tersebut menyebabkan air melimpah ke bahagian pusat beli-belah itu sehingga menjejaskan beberapa buah kedai di Zon Selatan Aras 3.

Tapi jika tidak beroperasi, pasti ekonomi negeri akan terjejas disebabkan Pulau Pinang merupakan tumpuan utama pelancong.

Sunday 12 February 2023

Hannah Yeoh Tampil Bersuara Bila Bekas Pemain Badminton Negara Sentuh Isu Agama

Tular sebuah video dari bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik kerana meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pengurusan pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dalam pada masa yang sama, video berdurasi satu minit 34 saat pemilik akaun tik tok @Ahboybadminton, turut mengeluarkan kenyataan rasis dan menjadi perhatian ramai.

Berikutan itu ada yang menggesa agar pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan ke atas Guang Yik walaupun dirinya telah memintak maaf.

Dengan rasa bertanggungjawab, Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh tampil mengulas tentang isu ini menerusi ciapatan twitter milik akaunnya dan dia mendapati beliau hanyalah bekas pemain pelapis percubaan BAM 9 tahun lalu.

Ciapan yang seterusnya, Hannah mengatakan bahawa isu agama tidak pernah menganggu prestasi atlet dan sukan malah tidak pernah menjadi satu masalah.

Beliau turut menegaskan sukan bebas daripada unsur politik dan perkauman kerana atlet sukan merupakan sumber inspirasi masyarakat.

Harap atlet Badminton Malaysia generasi akan datang dapat buktikan agama dan sukan tidak menjadi isu utama dalam prestasi mereka.

Thursday 9 February 2023

“Suruh berlakon bukan bercinta”- Micheal Ang Tegur Rakan Artis

Semalam, menerusi akaun instagramnya, Micheal Ang pengarah dan penerbit terkenal di Malaysia menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pelakon dalam set pengambaraannya.

Beliau menegaskan mana-mana pelakon yang ingin berlakon dengannya harus menandatangani kontrak tidak akan bercinta di set pengambaraan.

Malah, beliau menjelaskan stress nak melayan pihak wartawan yang asyik menganggu dan menelefonnya untuk mendapatkan kisah pelakon scandal.

Bukan sahaja stress, beliau juga terpaksa menghentikan rakaman dan proses perfilemannya menjadi sedikit lambat.

“Salam semua! Bukan salah aku Kalau pelakon bercinta kat set aku. Aku ajar berlakon bukan suruh buat betul betul! Phui!!!!!”

Rata-rata rakan artis menyuarakan pendapat di ruangan komennya, ada yang menyokong dan menawarkan diri untuk diambil sebagai pelakon dalam filemnya.

Antara komen-komen tersebut:

“Aku tak pernah bercinta kat set kau mike…haaa lepas ni panggil aku yeh.hahahahahaa….”

“Nasib baik tak pernah bercinta dekat set mike tyson..”

“cinta tu buta mike..”

“sbb tu perlu cari pelakon sama ii suami isteri kan senang..”

Kata-kata Micheal Ang nampak sedikit kasar tapi ada betulnya kan?

Apa-apa pun, kami dari Aliff Channel mendoakan yang terbaik untuk industri tanah air.

Wednesday 8 February 2023

Bayi Baru Lahir Bersama Tali Pusat Berjaya Diselamatkan Dari Runtuhan

Penyelamat Syria berjaya menyelamatkan seorang bayi yang baru dilahirkan dari runtuhan di utara Syria.

Bayi tersebut masih terikat dengan tali pusat kepada ibunya yang telah meninggal dunia akibat gempa bumi besar yang melanda Turki dan Syria.

Malah, bayi itu satu-satunya anggota keluarga terdekat yang terselamat daripada musibah gempa bumi itu.

Sumber gambar: Twitter @trtworld

Menurut salah seorang penduduk tempatan, Khalil Al Suwadi, mereka mendengar suara semasa mereka sedang menggali.

“Kami membersihkan habuk dan mendapati bayi dalam keadaan bertali pusat (utuh) jadi kami memotongnya dan sepupu saya membawanya ke hospital.”

Bagaimanapun, bayi tersebut telah dibawa untuk rawatan di bandar berhampiran Afrin, kata penduduk tempatan.

Sementara itu, saudara-mara yang lain sedang berusaha dengan gigih mencari mayat bapa, ibu, empat adik-beradik dan ibu saudaranya.

Dalam pada itu, terdapat video menyelamat lain yang tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki berlari dengan cepat dari runtuhan bangunan rumah empat tingkat sambil memegang bayi kecil.

Seorang lelaki lainnya berlari menyusulnya, membawa selimut untuk mencuba memanaskan bayi itu.

Kemudian, seorang lelaki lagi terdengar berteriak meminta bantuan kereta untuk membawanya ke hospital.

Bayi itu dibawa ke bandar berhampiran Afrin untuk rawatan perubatan, manakala ahli keluarganya mencari mayat bapanya Abdullah, ibu Afraa, empat abang dan seorang ibu saudaranya.

Mayat mereka diletakkan di atas lantai rumah jiran sebelah sebelum upacara pengebumian bersama akan diadakan pada Selasa.

“Dia kini stabil”

kata Hani Maarouf, pakar kanak-kanak

Bayi itu berada dalam inkubator di sebuah hospital di Afrin. Dia disambungkan kepada titisan intravena dan mempunyai pembalut di sekeliling penumbuk kirinya.

Doktor memberitahu pihak AFP bahawa bayi itu mengalami beberapa kesan lebam dan luka di seluruh badannya serta hipotermia kerana selsema yang teruk.

Masa Semakin Suntuk

Kumpulan penyelamat White Helmets mengatakan bahawa di kawasan itu, terdapat lebih 210 bangunan musnah.

Lebih 520 rumah musnah akibat ribut, manakala ribuan lagi rosak.

“Kami merayu kepada semua pertubuhan kemanusiaan dan badan antarabangsa untuk memberikan sokongan dan bantuan material,”

kata White Helmets

“Masa semakin suntuk. Beratus-ratus masih terperangkap di bawah runtuhan. Setiap saat boleh bermakna menyelamatkan nyawa.”

Di seluruh Syria, lebih 1,900 orang terbunuh, selain hampir 6,000 terbunuh di TΓΌrkiye, kata pihak berkuasa.

Apa pun, kita doakan agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan serta mangsa-mangsa gempa bumi segera ditemukan.

Berikut beberapa video lain berkaitan gempa bumi di Turki:

“Ego ini adalah penghancur hubungan” – Anju

Baru sahaja, kita dengar Zarina Anjolie bercinta tapi sekarang dia sudah putus tunang.

Terdahulu, Zarina Anjolie atau lebih mesra dipanggil Anju meminta bekas tunangnya, Datuk Seri Ezly untuk berhenti menggunakan dirinya sebagai bahan konten.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Zarina Anjoulie dalam status terbarunya dia pilih untuk berdiam diri.

Dalam pada itu, menerusi hantaran seorang pengguna di laman Tik Tok menunjukkan pelakon yang berusia 35 tahun itu meminta bekas tunangnya berhenti menjadi ego.

Malah memberitahu boleh menghubunginya jika mahu menyelesaikan masalah di antara mereka.

“Kalau awak rasa awak sayang lagi hubungan kita then jadi gentlemen call saya sms saya, bukan posting kat tik tok pasal saya”

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan kepada Anju dan mengatakan bekas tunangnya mempunyai banyak red flag.

Saat mereka saling berbalas-balas luahan di media sosial, ada netizen yang mendakwa bekas tunang Anju sudah menikah sebanyak lima kali.

Apa-apa pun, semoga Anju bersabar menghadapi ujian dan mendapat jodoh yang terbaik untuk dirinya.

Cerita Sebenar Pemuda Call YB Mat Sabu Ajak Sarapan Pagi

Tular sebuah video TikTok apabila seorang pemuda memuat naik adegan cubaan menghubungi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mat Sabu.

Pemuda tersebut dilihat mencari nombor telefon YB Mat Sabu dari carian Wikipedia dan terus menelefon sebaik saja mendapat nombor telefon.

Setelah beberapa kali YB Mat Sabu tidak mengangkat panggilan, akhirnya panggilannya dijawab dan dia cuba ‘deal’ dengan YB tersebut untuk sarapan bersama.

Jom lihat video TikTok di bawah untuk melihat berjaya atau tidak ‘pujukan’ yang mereka lakukan.

Bagaimanapun, menerjah ruangan komen ada netizen mengatakan pemuda tersebut telah berjumpa dengan YB Mat Sabu terlebih dahulu dan kemudian membuat mereka adegan dalam video ini.

Apa pun certa disebalik video ni, korang memang kreatif nak buat content ehek min harap dapat jumpa rezeki dapat makan semeja dengan mana-mana menteri di Malaysia ni.

Tuesday 7 February 2023

Hati- Hati, Permainan Lato-Lato Yang Viral Sebenarnya Bahaya

Clackers adalah nama sebenar lato-lato pada tahun 1950-an sebelum diharamkan.

Permainan ini diperbuat daripada plastik dan terdiri daripada dua bandul yang disambungkan dengan tali atau benang nilon.

Cara bermainnya juga cukup mudah, cuma menghayunkan dua bola keras yang diikat dengan tali untuk bertembung satu sama lain hingga terdengar bunyi tek-tek.

Bahagian tengah tali terdapat cincin yang berfungsi sebagai pegangan untuk menggerakkan kedua-dua bandan secara serentak mengikut momentum yang sama.

Walaupun permainan ini nampak senang tapi permainan ini memerlukan kemahiran dan boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian gigi, mata atau hidung jika tidak bermain dengan betul.

Asal Usul Permainan

Permainan ini terkenal sekitar tahun 60-an dan 70-an di Amerika Syarikat sehingga menjadi popular di Indonesia dan kini trend di negara Malaysia.

Pembuatan bola-bola ini diperbuat dari pelbagai jenis bahan seperti kaca, akrilik, plastik, atau kayu.

@ojennn_aiwahh

Sampai kesudahhh…… AKU GERAM Tak niaga aku HAHA @Mimi Ernida

♬ Dj Terompet Pemersatu Bangsa – PAMOKHOL ID

Negara Yang Melarang Permainan Lato-lato

Permainan lato-lato juga telah dilarang di beberapa negara kerana sebab-sebab tertentu:

  1. Amerika Syarikat: Sejak 1971, permainan ini telah dilarang kerana ada kanak-kanak cedera ketika bermain. Permainan itu juga dianggap berbahaya dan terlalu bising, sehingga menganggu telinga.
  1. England: Permainan ini sudah lama dilarang sejak tahun 70-an kerana dianggap seperti senjata dan membuat beberapa kanak-kanak di sekolah mengalami kecederaan patah tangan.
  1. Mesir: Di Mesir, lato-lato disebut sebagai Sisi Ball. Mesir melarang masyarakatnya bermain lato-lato sejak tahun 2017 kerana dianggap seperti mengejek atau menghina Presiden Mesir, Abdul Fattah El-Sisi. Ini kerana Sisi Ball terdengar seperti merujuk pada alat kemaluan presiden tersebut.

Keburukan Bermain Lato-lato

Menurut perkongsian dari akaun Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan, baru-baru ini beliau telah menerima pesakit yang datang akibat cedera bermain lato-lato.

“Sebab minggu ni dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato. Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato,”

Sumber Facebook @Kamarul Ariffin Nor Sadan

Hal ini terjadi kerana kanak-kanak itu tersilap lempar lato-lato dan terkena pada tubuhnya.

“Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung,” jelasnya.

Sumber Facebook @Kamarul Ariffin Nor Sadan

Cara Bermain Yang Selamat

Ibu bapa perlu pastikan anak-anak bermain dengan selamat. Berikut beberapa panduan untuk anda:

  1. Jangan hayun lato-lato terlalu dekat dengan wajah, hayun rendah atau jauh sedikit ke depan.
  2. Jangan bermain terlalu dekat dengan orang lain atau di tempat ramai, elakkan terkena orang.
  3. Jangan hayun atau campak lato-lato ke arah orang lain, tegah dengan tegas.
  4. Berhati-hati dengan tali lato-lato, jangan terjerut kerana ia dililit pada jari.
Kredit gambar: https://ift.tt/YOjusqw

Kebaikan Permainan Lato-lato

Meskipun permainan lato-lato ini nampak berbahaya, tapi memberikan manfaat kepada anak-anak dari segi:

  1. Meningkatkan koordinasi tangan.
  2. Meredakan stres dan memberikan ketenangan bagi mereka yang mengalami anxiety.
  3. Meningkatkan keyakinan diri anak-anak saat bermain bersama rakan-rakan.
  4. Melatih kesabaran dalam mempelajari permainan.
  5. Meningkatkan kecerdasan dan membantu mengendalikan emosi.
  6. Melatih keseimbangan otot tangan dan tubuh.
  7. Memupuk semangat persaingan secara sihat.

Dengan bermain lato-lato, anak-anak juga kurang terpengaruh bermain telefon bimbit kerana mereka mempunyai aktiviti menarik untuk dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang juga berharap ibu bapa dapat memantau anak mereka ujarnya ketika ditemui pihak Harian Metro pada Majlis Penutup Bazar Buku Kedah 2023.

“Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat kepada pelajar menuntut ilmu, jadi kita harap ibu bapa dapat pantau anak mereka termasuk elak permainan ini dibawa ke sekolah,” katanya.

Datuk Najmi Ahmad

Friday 3 February 2023

“Penat La Nak Explain,” – Aeril Zafrel Nak Saman Netizen Petik Isu Sarung Baju Politik

Siapa tak kenal dengan pelakon yang memiliki wajah kacak, Aeril Zafrel dan ditambah pula apabila dia aktif bermain TikTok sehinggakan digelar Raja TikTok.

Tapi sesuatu yang berlaku pada pelakon filem 7 Petala Cinta ini sejak PRU 16 lepas apabila dia memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok.

Video tersebut dilihat dia memakai baju yang tertera perkataan Perikatan Nasional (PN) sehingga netizen mengatakan dirinya telah menerima bayaran untuk mempromosikan gabungan parti politik berkenaan.

Jadi Aeril tampil dengan menjelaskan perkara yang sebenar dan dia telah bersumpah demi Allah dirinya tidak mengambil sesen pun.

Tapi masih ada juga netizen yang bermain api dengan dirinya dengan memperbesarkan hal tersebut sehinggakan Aeril meminta netizen tersebut perlu melakukan pemohonan maaf secara terbuka.

Permohonan tersebut telah dibuat pada 2 Februari 2023.

Malangnya pengguna twitter @azrulazimi masih lagi bermain api dengannya walaupun sudah tampil meminta maaf secara terbuka sehari selepas kejadian.

Aeril tidak ingin berdiam diri, dia memberi amaran keras kepada mereka yang bermain api dengannya jika masih ada lagi yang memetik hal ini.

Dia turut menegaskan jika ada lagi ciapan twitter yang menimbulkan isu pakaian politiknya itu, dia tidak teragak-agak untuk saman.

Apa pun, janganlah nak besarkan hal ini kalau dah minta maaf. Sabar seseorang ada tahapnya.

loading...