loading...

Wednesday 30 November 2016

Pengasuh Kata Telinga Anak Cedera Sebab Kena Gigit Semut Selepas Pergi Hospital Rupanya

2gNuK4d

Seorang ibu tidak menyangka telinga anaknya yang melecet teruk kononnya digigit semut seperti yang diberitahu pengasuh rupanya adalah kesan dera.

Menurut ibu berkenaan, Puan Farah Hanim, semasa mengambil anaknya itu Habib dan Haziq(abang) pengasuhnya memberitahu anaknya telah digigit semut menyebabkan telinga anaknya melecet.

Beliau yang tidak berpuas hati kerana kesan ditelinga anaknya itu bukan seperti gigitan semut telah membawa anaknya untuk membuat rawatan di Hospital.

Selepas selesai rawatan, doktor mengesahkan cedera di telinga anaknya itu adalah kesan didera.

Jom kita baca coretan ibu berkenaan.


2gJfNQJ


2gJekKf


2gJiTnJ


2gJgBF6


2gJgEAW

Kita patut marah..tapi dia yang marah kita


2gJlzla


2fCElid


2fCAodf

Haziq (abang) bagi hint macam-macam kat ibu dia..tapi kite ni macam caya tak caya..siap lakonkan balik ape pengasuh buat kat dia


2fCwj8R
– Siakapkeli.my

LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Sayu Selamat tinggal Abah kami akan doakan ABAH selalu kami akan ikut cakap ABAH

Syed%2BRedzuan.png

Beberapa hari lalu negara dikejutkan dengan berita kehilangan dua orang pendaki dari Malaysia di Gunung Damavand Iran. Bagaimanapun hanya seorang pendaki iaitu Syed Redzuan sudah ditemukan buat ketika ini.

Usaha untuk membawa pulang jenazah sedang giat dilakukan dengan bantuan kedutaan Besar Malaysia di Iran. Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah keperibadian allahyarham Syed Redzuan seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan tempoh hari.

Ikuti luahan salah seorang anak allahyarham di akaun media sosial miliknya.


Rancang nak daki Gunung Everest

Syed%2BRedzuan%2B-%2B4.png

Jogging and running, abah start dulu.

Swimming and Cycling, abah stary dulu.

Hiking and join tournament, abah start dulu.

Until, ketiga2 hero anaknya dapat ikut sekali berlari marathon dengannya, cycling dr rumah hingga Putrajaya dan hiking sehingga ke Gunung Kinabalu.

Abah rancang nak hike Mount Everest lagi dua tahun. Nak bawak semua hero2 ni join sekali.

Tapi Allah Maha Perancang. DIA lebih mengetahui.

Arabic Studies, abah yang paksa adik ambil.

Supaya adik dapat faham Al-Quran, dapat keluarkan dan faham dengan hukum-hakam Al-Quran kalau nak ambil Law, senang untuk berdakwah dan untuk akhirat.

Dari tiada minat walaupun sedikit didalam bidang Arab dan dapat Gred yg cukup2 makan je utk Arab didalam SPM, but nowadays, Bahasa Arab adalah jiwaku. Susah utk meninggalkan subjek Arab. Abah kata abah nak adik belajar arab terus sehingga PhD. Mampukah aku? ?

Doakan supaya urusan membawa pulang jenazah Arwah Abah (SYED REDZUAN BIN SYED SALIM SHATRI) dari Tehran ke Kuala Lumpur dipermudahkan.

Video assignment adik, khas credit untuk abah.

Walaupun video ni akan dipertandingkan ke peringkat antarabangsa, adik just nak seluruh dunia doakan kesejahteraan abah di alam sana. InsyaAllah ?. Link di bio InsyaAllah

Syed%2BRedzuan%2B3.jpg

Syed%2BRedzuan%2B1.png

Syed%2BRedzuan%2B2.png

Tengah2 buat assignment yang perlu dihantar 1 Disember ni, WS daripada abang sulung masuk ke group Family: “Assalamualaikum semua keluarga … abang shafwan ingin maklumkan kepada semua keluarga yang Abah telah ditemui hari ini dan telah kembali kerahmatullah… Kami redha dengan pemergian Abah dan kami yakin Allah lebih menyayangi beliau. Kita sama2 doakan agar roh abah ditempatkan bersama orang2 yang beriman… Kami sedang berusaha dengan pihak kedutaan untuk membawa arwah pulang ke malaysia secepat mungkin selepas semua urusan yg berkaitan selesai… mohon keluarga berdoa agar segala urusan dipermudahkan…. Al- Fatihah Mohon ahli keluarga buat tahlil dan doa arwah untuk abah saya.” Gugur rasanya jantung selepas habis membaca mesej drpd abg tersebut. SPEECHLESS . Tidak nak berkata apa2, hanya badan dan tangan yang bergerak mengemas bagi segera pulang ke rumah. Sudah dapat ku bayangkan bagaimana suasana dirumah nnti. Pelbagai ws dan panggilan telefon menerjah masuk macam tsunami. Namun hanya terus berdering didalam poket. Tidak mampu untuk aq menjawab mahupun membalas. Hanya doa dan percaya kepada qada dan qadar Allah yang membuatkan aq mampu berdiri. Daripada Allah Abah datang, dan kepada Allah beliau kembali. Pinjaman kepada kami hanya sementara dan tidak kekal buat selamanya. Dengan izin Allah, Semoga kita ketemu disyurga insyaAllah. Selamat Tidur Abah. InsyaAllah kita berjalan bersama-sama kesyurga di akhirat nanti. Al – Fatihah. Anak Kesayangan, Syed Syaqir Adhli Syed Redzuan

Buat masa ini urusan untuk membawa pulang jenazah sedang dijalankan dan mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 hari. Salam takziah buat keluarga, moga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: ceritagempakkomuniti

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

14 Gambar Sekitar Bulan Madu Amar Baharin Dan Amyra Rosli Di Jepun

14 Gambar Sekitar Bulan Madu Amar Baharin Dan Amyra Rosli Di Jepun

am.jpg

Pasangan sama cantik sama padan Amar baharin dan Amyra Rosli memang banyak peminat setia.

Mereka berdua telahpun berkahwin awal bulan November yang lalu.

Sah bergelar suami dan isteri pada 11 November lepas, Amar Baharin telah menunaikan impian isterinya, Amyra Rosli untuk honeymoon di Tokyo, Jepun.

Pasangan darah manis ini telah berada di Jepun itu sejak beberapa hari lepas.

Antara tempat yang Amar dan Amyra dapat berkunjung ialah ke destinasi impian ramai iaitu Disneyland, Jepun.

Memang romantik dan gembira lagi mereka berdua ni.

Melihat gambar mereka berdua, para peminat dilihat telah memberi komen, mendoakan Amar dan Amyra kekal bahagia begini buat selama-lamanya.

Jom kita lihat koleksi gambar sekitar bulan madu Amar Baharin dan Amyra Rosli:

am%2B%25284%2529.jpg

am%2B%25285%2529.jpg

am%2B%25286%2529.jpg

am%2B%25287%2529.jpg

am%2B%25288%2529.jpg

am%2B%25289%2529.jpg

am%2B%252810%2529.jpg

am%2B%252811%2529.jpg

am%2B%252812%2529.jpg

am%2B%252813%2529.jpg

am%2B%252814%2529.jpg

am%2B%25281%2529.jpg

am%2B%25282%2529.jpg

am%2B%25283%2529.jpg

Sumber: beritamemey

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Pekerja Dedah Kejadian Sebelum Jambatan Runtuh

2fHeENa

Anjing pengesan dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan kerja-kerja mencari mangsa kejadian struktur sebuah bangunan dalam pembinaan yang runtuh berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar, hari ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Saksi runtuhan sebuah bangunan dan jejambat dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar petang tadi, memberitahu kawasan tapak pembinaan itu secara tiba-tiba bergegar dan bergoyang sebelum struktur itu runtuh.

Seorang pekerja warga Vietnam dikenali sebagai Atang, 39, berkata keadaan itu menyebabkan pekerja bertempiaran lari menyelamatkan diri, termasuk beliau.

Katanya ketika kejadian beliau dan beberapa rakan sekerja sedang membuat pemasangan cermin di bangunan itu.

“Ia berlaku terlalu pantas dan memang menakutkan. Saya rasa bangunan ini bergoyang dan laluan pejalan kaki itu secara tiba-tiba terbalik dan satu persatu konkrit jatuh.

“Memang bunyi agak kuat, dan kami semua terkejut dan melarikan diri ke tempat selamat. Nasib baik ketika kejadian ramai pekerja tiada kerana mereka sedang berehat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Atang berkata, sejurus selepas kejadian, beliau nampak beberapa rakannya keluar dari timbunan runtuhan dan ada di antaranya cedera.

Sementara itu, seorang pekerja warga Bangladesh yang dikenali sebagai Abdullah berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi dentuman yang agak kuat.

“Saya dan beberapa rakan lain pergi ke arah bunyi itu dan melihat rakan-rakan keluar dari runtuhan.

“Keadaan memang kel am kabut dan saya bernasib baik tidak berada di kawasan pembinaan itu kerana sedang berehat,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata seorang pekerja kontrak warga Vietnam berumur 21 tahun maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu.

Sharul berkata mangsa yang cedera, terdiri daripada pekerja kontrak warga Bangladesh dan Vietnam, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang mengesan seorang lagi mangsa warga Bangladesh yang dipercayai masih tertimbus dalam runtuhan itu.

Sementara itu, seorang lagi saksi Md Kawsar, 30, berkata beliau terkejut melihat struktur jejambat itu terjatuh dari tingkat dua dan menghempap rakan sekerja yang sedang berehat untuk makan tengah hari di bahagian bawah tapak pembinaan.

“Saya sedih kerana tidak dapat menyelamatkan mereka kerana ketika itu saya berada jauh dari tempat kejadian,” katanya ketika ditemui melawat rakan-rakannya yang dirawat di PPUM.

Sementara itu, Pengarah PPUM Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin mengesahkan seorang mangsa maut sementara lima lagi yang cedera masih dirawat di pusat perubatan itu.

Difahamkan, seorang lagi mangsa masih tersepit dalam runtuhan berkenaan dan kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.

Ini menjadikan jumlah mangsa kepada tujuh orang berusia antara 21 hingga 32 tahun yang terdiri daripada pekerja warga Vietnam, Bangladesh dan Indonesia. Bernama

LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Angkara Ungkapan Paria Perempuan Ini Terima Padah

like.png

BUTTERWORTH – “Mana boleh you cakap paria?” demikian teguran seorang pemandu teksi terhadap seorang jurutol di Tol Sungai Nyior, semalam yang kini videonya viral di media sosial.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi semalam, jurutol wanita dipercayai bernama Zatul, didakwa telah mengeluarkan perkataan ‘Paria’ setelah ditegur oleh pemandu teksi, Ravi Chandran, kerana menggenakan caj kereta Kelas 1 terhadapnya, sedangkan teksi sepatutya dikenakan caj Kelas 4.

Berdasarkan video berdurasi 5 minit itu, jurutol terbabit memberi penjelasan kepada pengawal keselamatan bernama Usop berhubung apa yang berlaku. Ravi kemudian bertanya apakah penyelia jurutol akan turun atau tidak, namun Usop berkata dia tidak tahu.

Jawapan yang diberi Usop itu membuatkan Ravi hilang sabar dan menyebabkan ketiga-tiganya mula bertelagah sehinggalah penyelia Zatul datang ke tempat kejadian.

“Dia sudah tekan silap, saya tak ada marah apa tau. Dia kata dia tak nampak dan saya kata pada dia yang dia kena tengok dulu sebelum tekan. Okay, sekarang bukan salah saya dan you kena bagi balik saya punya baki duit. Betul tak?

“Lagi dia kata, ‘ini kita tak tengok, apa hang ni? Kita sudah tekan, you jalanlah’. Saya kata mana boleh begini, ini 80 sen pun susah nak cari,” jelasnya sebelum mendakwa jurutol itu melemparkan perkataan ‘paria’ terhadapnya.

Penyelianya juga bersetuju bahawa adalah tidak wajar Zatul melemparkan perkataan kesat seperti itu kepada pelanggan. Malah, jurutol itu ditegur perlu fokus pada kerjanya.

“Kita kena budi bahasalah. Jangan sewenang-wenangnya kata orang ‘Paria’. Kita bukannya makan tahi,” katanya Ravi sebelum beralih pula kepada pengawal keselamatan terbabit yang juga didakwanya tidak berbudi bahasa.

Ekoran kejadian itu, penyelia berkenaan mengakui bahawa jurutolnya telah melakukan kesilapan dan memohon maaf di atas apa yang berlaku.

“Ini bukan kali pertama berlaku tetapi sudah beberapa kali sebelum ini. Saya nasihatkan jurutol agar tidak melayani telefon bimbit semasa bertugas dan hormatilah pelanggan yang berbilang bangsa,” kata Ravi lagi.

Video kejadian itu kini trending di media sosial dan telah ditonton 4,500 kali di Facebook. -The Reporter

Sumber: infoterbaru1malaysia

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Elfira loy terima anugerah ikon wanita muda

7-Elfira-Loy-Terima-Anugerah-Ikon-Wanita

Walaupun masih muda remaja, pencapaian Elfira Loy dalam bidang perniagaan memang boleh dijadikan inspirasi. Bermula dengan dunia lakonan sehinggalah melancarkan beberapa produk di bawah namanya. Terbaru rezeki Elfira semakin melimpah ruah apabila beliau dinobatkan Anugerah Ikon Wanita Muda daripada Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016.

BACA: Elfira Loy Gesa Peminat Jangan Hakimi Uqasha Senrose

Terima kasih di atas pengiktirafan ini. Ia pasti menjadi pembakar semangat saya untuk terus membuat yang terbaik. Memang saya suka bekerja. Tak boleh duduk diam. Contohnya, saya belajar dan berlakon, itu cara saya bekerja dan bergerak aktif. Dunia perniagaan ini lebih fleksibel. Saya boleh kerja ikut masa sendiri jika terikat dengan pengajian dan lakonan

Interchange-Rotikaya-300x250px.jpg

Tapi kalau nak berniaga, minat itu kena betul-betul ada. Berniaga ini memerlukan kita berfikir 24 jam. Kita perlu rancang strategi yang terbaik termasuk dengan memanfaatkan laman sosial seperti di Instagram, katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara terbabit.

Mengakui dirinya seorang yang tidak boleh duduk diam, Elfira mula aktif menjual pakaian dan tudung di bawah jenama El.Elfiraloy dan TwinkelbyElfira sejak tiga tahun lalu. Bukan itu sahaja, beliau juga giat melibatkan diri dalam perniagaan karnival selain membuka kafe miliknya, Lovemesevendayscafe. Terbaru produk kosmetik Kissellecosmetics dijangka dijual tahun depan.

Forum-Ads-.jpg

Apapun tahniah diucapakan kepada Elfira kerana menjadi antara penerima Anugeran Ikon Wanita Muda pada tahun ini. Penghujung tahun yang agak bermakna buat beliau selepas berhempas pulas. Walaupun ramai selebriti yang memulakan perniagaan tetapi bukan senang untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya, ramai juga yang telah terkandas. (rkty/w)



SUMBER
Berita Harian Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Tasha shilla bahagia hidup tanpa lelaki

1-Tasha-Shilla-Bahagia-Hidup-Tanpa-Lelak

Nama yang sering dikaitkan dengan kontroversi, Tasha Shilla kini dilihat semakin memperlahankan pergerakannya dalam dunia seni selepas kecewa dalam percintaan bersama bekas kekasih, Hans Wong. Namun kekecewaan itu nampaknya sedikit sebanyak memberikan pengajaran buat dirinya, malah Tasha juga mengakui beliau kini semakin bahagia tanpa cinta lelaki di sisinya.

BACA: Tasha Shilla Beli Undi Di Gempak Superstar?

Selepas putus cinta, saya banyak belajar untuk lebih menyayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain. Prinsip itu yang saya amalkan sekarang dan ia membuatkan saya gembira. Kalau khalayak mahu labelkan saya sebagai artis kontroversi atau bermasalah, itu terpulang kepada orang. Saya tidak mempunyai kuasa untuk tutup mulut mereka.

Interchange-Rotikaya-300x250px.jpg

Bagaimanapun, dalam usia yang semakin meningkat, saya sudah malas untuk hidup atas nama kontroversi. Saya sudah penat. Sebelum ini, saya terlalu hanyut dengan janji lelaki sehinggakan memberi kesan kepada diri sendiri. Sekarang saya semakin bahagia dan berat badan juga semakin naik. Kalau ada cinta, adalah. Kalau tiada, tidak mengapa, katanya kepada Kosmo Online.

Sudah serik untuk bercinta lagi, Tasha lebih selesa memberikan perhatiannya kepada kerjaya berbanding hubungan cinta. Tidak dinafikan dirinya dulu pernah terhegeh-hegeh mencari cinta sehingga mengabaikan diri sendiri, namun kini Tasha lebih matang mengendali kontroversi yang melanda walaupun dirinya merasa menyesal dengan apa yang berlaku sebelum ini. (rkty/w)

Forum-Ads-.jpg



SUMBER
Kosmo Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

loading...