loading...

Wednesday 31 October 2018

Tuesday 30 October 2018

Monday 29 October 2018

Saturday 27 October 2018

Wednesday 24 October 2018

Zikir-zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah S.A.W Yang Mustajab

Dalam Islam, salah satu sifat Allah, ialah Al-Rahman. Allah mengurniakan rezeki dan nikmat kepada manusia sesuai dengan sifat Al-RahmanNya. Sebab itu, kepada sesiapa saja baik muslim atau pun tidak perlu berusaha mencari rezeki.

Jika kita membuat amalkan-amalan sesuai dengan Islam, perihal murah rezeki pasti kita akan perolehi sesuai apa yang diinginkan dan rezeki itu pasti cukup serta dan ada keberkatannya.

1. Memperbanyakkan membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas

Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR. At-Tabrani)

5. Memperbanyak selawat ke atas Nabi

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.

(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

6. Melazimkan beristighfar

Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
7. Amalkan membaca doa murah rezeki ini:

Ya Allah, Berikanlah kepada kami rezeki yang luas Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami Ya Allah, Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah Jika ada di bumi maka keluarkanlah Jika jauh maka dekatkanlah Jika dekat maka mudahkanlah Jika sedikit maka banyakkanlah Jika banyak maka berkatilah Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan. Ya Allah, Kabulkanlah doa kami Amin Ya Robbal ‘Alamin.

Semoga Allah Memakbulkan doa kita semua. Semoga bermanfaat InsyaAllah.

Sumber: wanitacantik.my

The post Zikir-zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah S.A.W Yang Mustajab appeared first on Aliff Channel.

Tuesday 23 October 2018

Monday 22 October 2018

Sunday 21 October 2018

Friday 19 October 2018

Thursday 18 October 2018

Wednesday 17 October 2018

Tuesday 16 October 2018

Sunday 14 October 2018

Friday 12 October 2018

Seorang Wanita Galak Wanita Melayu Membuka Tudung (Dehijabing) Jadi Perhatian Warganet

Tular mengenai penkongsian seorang wanita di twitter yang menggalakkan wanita lain untuk tidak memakai tudung. Pengguna Twitter, dengan nama Diandujor mengatakan lagi dirinya terdahulu seorang wanita yang memakai tudung, tetapi membuat keputusan untuk membuka tudung kerana inginkan kebebasan.

Dalam pada masa yang sama, dia juga mengalu-alukan sesiapa untuk yang ingin memberikan pandangan dan pengalaman tentang Dehijabing (membuka tudung) menerusi DM di twitternya.

Perlulah diketahui, bahawa adalah wajib bagi setiap wanita Muslim, menuruti perintah Allah unutk memakai tudung yang telah sebahagian daripada tuntutan agama.

namun, pada pandangannya, jika orang menggalakkan orang lain untuk memakai tudung, dia juga ingin menggalakkan orang membuka tudung. Dalam bebenangnya juga dia meluahkan perasaan daripada wanita lain yang rasa terbeban untuk bertudung.

Dalam bebenangnya, netizen mula menyerang bebenang wanita ini kerana dilihat sengaja menggalakkan wanita lain untuk tidak memakai tudung. Ada warganet yang berpendapat, wanita ini bersikap angkuh apabila tidak mengendahkan nasihat yang menyuruhnya berhenti mempengaruhi orang lain untuk menanggalkan tudung.

The post Seorang Wanita Galak Wanita Melayu Membuka Tudung (Dehijabing) Jadi Perhatian Warganet appeared first on Aliff Channel.

Thursday 11 October 2018

Tuesday 9 October 2018

Khabib Akan Dikenakan Hukuman Berat Oleh UFC

Adegan panas selepas perlawanan membabitkan Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor dalam pertarungan seni bela diri campuran, Ultimate Fighting Championship (UFC 229) membuatkan presidennya, Dana White berang.

White meluahkan kekesalan di atas tindakan Khabib melompat keluar dari gelanggang dan meluru ke arah kem McGregor selepas memenangi pertarungan Lightweight di Las Vegas.

White berkata, tindakan itu menyebabkan Khabib dan kemnya berdepan masalah besar, yang mana petinju kelahiran Dagestan itu mungkin didenda atau digantung selain berkemungkinan dilucutkan gelaran Lightweight yang disandangnya.

“Kita menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Olahraga Nevada dan menentukannya (hukuman) dari situ. Yang pasti, mereka (semua yang terlibat) kini dalam masalah besar.

“Tindakan itu sangat memalukan. Apa yang mereka lakukan tidak ubah seperti pergaduhan jalanan dan itu bukannya sukan,” katanya.

Oleh sebab itu, wang AS$2 juta (RM8.296 juta) yang sepatutnya dimenangi Khabib dibekukan sementara dan pada masa sama White turut memuji tindakan anak emasnya, McGregor yang enggan meneruskan laporan polis kepada Khabib dan rakan-rakannya.

Susulan itu, Khabib tampil membuka mulut dan menjelaskan punca beliau bertindak sedemikian selepas perlawanan itu.

“Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kerana tindakan tersebut. Saya tahu ini bukan sisi-sisi terbaik saya kerana saya hanya manusia biasa.

“Sejujurnya, saya tidak faham kenapa ramai mempersoalkan tindakan saya keluar dari gelanggang dan bertindak sedemikian sedangkan semua tahu bahawa McGregor bersikap lebih keterlaluan apabila menghina agama, negara dan bapa saya.

“McGregor juga bersikap biadap apabila menyerang bas yang saya naiki di Brooklyn dan hampir membunuh beberapa orang. Bagaimana dengan tindakan itu? Kenapa orang hanya bercakap mengenai saya terjun dari gelanggang?,” soalnya.

Seperti yang kita jangkakan, aksi panas selepas perlawanan diantara Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor dalam pertarungan Ultimate Fighting Championship (UFC299) telah membuatkan presiden, Dana White naik angin.

White menyatakan bahawa tindakan Khabib dan kemnya berdepan masalah besar. Khabib berkemungkinan akan didenda atau digantung selain berkemungkinan dilucutkan gelaran Lightweight yang disandangnya.

“Kita menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Olahraga Nevada dan menentukannya (hukuman) dari situ. Yang pasti, mereka (semua yang terlibat) kini dalam masalah besar.

“Tindakan itu sangat memalukan. Apa yang mereka lakukan tidak ubah seperti pergaduhan jalanan dan itu bukannya sukan,” katanya.

Buat masa ini juga, wang kujuaraan AS$2 juta atau bersamaan RM8.296 juta turut dibekukan sementara waktu.

Lain pula cerita untuk McGregor. White memuji anak emasnya itu kerana McGregor enggan membuat laporan polis kepada Khabib dan rakan-rakannya.

Saya Tidak Gembira, Amaran Sudah Diberi”, Ayah Khabib Bersuara Mengenai Tindakan ‘Luar Batas’ Anakny

Saya akan menjadi sangat tegas dalam hal ini. Saya beri amaran padanya sebelum ini. Disiplin adalah perkara yang mustahak. Buat apa sahaja yang kamu mahu di dalam Octagon (gelanggang) tetapi diluar, ada orang awam, ada kanak-kanak dan wanita. Di luar Octagon, sepatutnya menjadi kawasan yang aman.”

Itulah kenyataan yang keluar daripada ayah juara ‘tertangguh’, Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov ketika diajukan soalan oleh wartawan mengenai tindakan ‘berani’ Khabib selepas menumbangkan McGregor dalam pusingan keempat UFC 229 semalam.

Dalam kekecohan yang berlaku selepas tamat pertarungan tersebut, Khabib dirakam kamera berada dalam keadaan berang, dipercayai ‘berdendam’ dengan provokasi melampau McGregor dan pasukannya termasuklah penghinaan terhadapa agama, keluarga dan negaranya.

Khabib juga dilihat melompat keluar daripada Octagon dan menyerang jurulatih jujitsu McGregor, Dillon Danis yang juga seorang pertarung Bellator. Tidak cukup itu, polis turut menahan tiga ahli pasukan Khabib yang menyerang McGregor di dalam gelanggang, biarpun media mendakwa McGregor terlebih dahulu menumbuk muka sepupu Khabib. Kesemuanya sudah dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan.

Tindakan Khabib biarpun dipuji oleh beberapa pihak, namun mendatangkan kemarahan kepada Presiden UFC sendiri, Dana White apabila arena yang dipenuhi penonton mengejek Khabib dan pasukannya.

Malah, bekas atlet MMA, Michael Bisping berpendapat Khabib dalam masalah yang besar berbanding McGregor. Katanya, Khabib mungkin berhadapan dengan tuduhan jenayah dan paling teruk, visanya juga mungkin boleh ditarik balik.

Biarpun semuanya dimulakan oleh McGregor, sejak April lagi di New York apabila dia dan pasukannya menyerang kenderaan yang dinaiki Khabib dan pertarung-pertarung UFC yang lain. Selaing itu, McGregor juga biadap apabila menawarkan arak kepada Khabib dalam satu sidang media, biarpun mengetahui Khabib seorang Muslim. Tidak cukup dengan itu, McGregor juga bertindak keterlaluan dengan menghina ayahnya serta asal-usul Khabib.

Khabib dalam sidang media selepas perlawanan telahpun membuat permohonan maaf dalam insiden berkenaan dan memberi penjelasan atas tindakan luar biasanya semalam.

”Saya tidak faham kenapa media bercakap mengenai insiden saya melompat keluar daripada gelanggang sahaja. Tetapi diam apabila dia (McGregor) bercakap mengenai agama, negara dan ayah saya.

”Dia datang ke Brooklyn dan menyerang bas kami. Hampir membunuh beberapa orang. Tetapi tiada siapa yang kisah, dan mereka terus bercakap mengenai insiden semalam.

”Saya menghormati lawan. Itu yang diajar oleh ayah saya. Rakan latihan saya di California selama tujuh tahun, mengenali diri saya. Saya mahu katakan sesuatu, media telah mengubah sukan ini. MMA sepatutnya sebuah sukan yang sangat dihormati.

”Ia bukan sebuah sukan untuk orang bercakap mengenai perkara yang bukan-bukan. Saya mahu mengubah sukan ini, saya tidak mahu orang bercakap perkara-perkara yang tidak perlu. Lawan mengherdik ayah lawan satu lagi, menghina agama dan negara.

”Kamu tidak boleh bercakap mengenainya kerana bagi saya, semua perkara tersebut adalah sangat penting.”

The post Khabib Akan Dikenakan Hukuman Berat Oleh UFC appeared first on Aliff Channel.

Monday 8 October 2018

Sunday 7 October 2018

Saturday 6 October 2018

Thursday 4 October 2018

Wednesday 3 October 2018

Tuesday 2 October 2018

loading...