loading...

Friday 30 September 2022

17 Tempat Menarik Di Marang Untuk Jalan-jalan

Jika sebut tentang Terengganu, dua perkara yang akan muncul di kepala kita. Nasi dagang dan pantai yang cantik bukan? Namun, dimana tempat menarik di Marang, salah satu destinasi popular di negeri Terengganu.

Daerah Marang juga bersebelahan dengan daerah Kuala Terengganu, Dungun dan Hulu Terengganu. Bahkan, Marang berfungsi sebagai pintu masuk ke Pulau Redang, Pulau Gemia, Pulau Kapas, dan pulau lain.

Senarai tempat menarik di Marang Terengganu

Kali ini, artikel ini akan membawa anda ke Marang, Terengganu untuk mencari tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati ketika bercuti ke sini.

Anda boleh siapkan cheklist melalui senarai tempat menarik yang terdapat di sini. Jadi, mari kita teruskan!

Pulau Kapas

Pulau popular di Terengganu

Alamat: Pulau Kapas, Terengganu

Telefon: –

pulau kapas yang best di marang terengganu
Sumber: Facebook group cuti-cuti Terengganu

Siapa sahaja yang tidak terpikat dengan kebiruan air lautnya, cantik hingga ke dasar dengan warna-warni ikan dan hidupan yang lain. Pasir pantainya yang putis seperti kapas sesuai dengan namanya.

Pulau kapas popular sebagai tempat percutian di Terengganu dengan aktiviti mandi laut, snorkeling dan scuba diving. Terletak tidak jauh dari bandar Marang dan anda perlu naik bot dalam 30 minit perjalanan untuk sampai ke sini.

Jika anda ingin berbulan madu, eloklah datang ke sini kerana kombinasi resort dan penginapan tepi pantai yang menarik. Suasana lebih romantik ketika matahari terbenam. Wah, indahnya!

Pinehill Garden

Kebun anggur di Marang

Alamat: 21600 Marang, Terengganu

Telefon: 014-500 9315

pine hill garden yang cantik di marang terengganu
Sumber gambar: Facebook Pinehill Garden & terengganu gov

Bagi yang belum tahu Pinehill Garden terletak di atas Bukit Kemas. Dari Kampung Kelulut, perjalanan menaiki kereta hanya mengambil masa sepuluh minit.

Setibanya di puncak bukit, anda boleh melihat pemandangan panoramik Laut China Selatan dan kehijauan di semua arah. Landskap yang sangat indah dengan pokok anggur dan pokok pinn seperti mini England.

Inilah tempat yang bagus untuk short trip pada waktu petang atau pagi untuk menikmati puncak bukit yang sejuk. Jom singgah dan bergambar di kebun anggur ini!

Pulau Gemia

Tempat menarik untuk pasangan di Marang

Alamat: Pulau Gemia, Terengganu

Telefon: –

pulau gemia di marang terengganu
Sumber:1.rabanie Yasser  2&4.Hazlina 64  3.Baljinder Singh

Nak tengok anak-anak penyu berenang? Di sini bersebelahan pulau kapas terdapat sebuah pulau kecil yang dipanggil Pulau Gemia.

Jika anda lebih sukakan privasi atau honeymoon bersama yang tersayang inilah tempatnya. Terdapat resort cantik yang menghadap pantai. Berkayak, snorkelling, scuba diving dan banyak lagi anda boleh lakukan di sini.

Anak-anak penyu yang comel mereka tempatkan di sebuah kolam dan anda boleh tengok secara real betapa comelnya mereka.

Pantai Peranginan Kelulut

Pantai di Marang

Alamat: Pantai Peranginan Kelulut 21600 Marang, Terengganu

Telefon: –

Pantai Peranginan Kelulut di Marang Terengganu
Sumber: Norza Ismail, norlela ali, Nooraini Musa & Aiasah Sitam

Bersantai di tepi pantai Marang ini sambil makan keropok lekor dan ditemani hembusan bayu petang yang menyenangkan terasa indah bukan? Ditambah pula dengan cuaca Marang Terengganu yang sederhana.

Kawasan Pantai Kelulut adalah pantai rekreasi yang popular serta sangat dekat dengan Bandar Marang kira-kira 3 hingga 5 minit perjalanan sahaja.

Anda boleh lepak di gerai makan di sepanjang Pantai Kelulut pada waktu petang dan makan makanan jalanan Terengganu seperti keropok, ikan bancuh, sate ikan, dan air kelapa.

Benteng Marang / Benteng Pemecah Ombak

Tempat ootd di Terengganu

Alamat: 21600, Marang Terengganu

Telefon: –

Benteng Marang atau Benteng Pemecah Ombak di Marang
Sumber: winnie KL, Bediuzzaman Asari, wardatul Mahdiyyah & Amazing Terengganu

Oleh kerana kawasan ini dikelilingi laut lepas, maka kerajaan telah membina benteng ombak untuk tujuan keselamatan. Namun kawasan ini juga menjadi tempat pilihan pengunjung untuk bersantai petang.

Meskipun hanya berfungsi sebagai benteng ombak tetapi keunikan binaannya yang terdiri dari batuan besar dan melengkung menjadi tarikan untuk datang ke sini.

Anda boleh berjalan kaki atau berbasikal di atas benteng ini. Melalui atas benteng ini, anda akan nampak dengan jelas Laut China Selatan yang biru dan cantik.

Pantai Pulau Kekabu

Tempat menarik untuk keluarga di Marang

Alamat: Taman Rekreasi Pulau Kekabu, 21600 Marang, Terengganu

Telefon: –

pantai pulau kekabu di marang
Sumber: nazif JT, Aylanin Aurora, Joe Loo & Ahmad Naqiuddin

Tempat menarik ini dinamakan Pulau Kekabu walaupun sebenarnya ianya sebuah muara. Selain berkelah dan bergambar, memancing kat sini pun best sebabnya kawasan pantainya sangat tenang tidak seperti lautan lepas.

Pantai cantik di Terengganu ini sering menjadi tumpuan pengunjung yang membawa anak-anak kecil kerana ada taman permainan dan kawasan pondok rehat untuk anda sekeluarga.

Jadi apa tunggu lagi? Ajak keluarga anda hujung minggu ini dan datang ke pantai Marang ini terutama anda yang menetap di Marang.

Kraf Tangan Rotan

Tempat membeli kraftangan di Marang

Alamat: Bukit Payung 21400 Marang,Terengganu

Telefon: –

Kraf Tangan Rotan di Marang Terengganu
Sumber: sikidang, CINTA MARANG & mytrip

Kraf tangan buatan Malaysia yang masih menjadi kegemaran penggemarnya ialah kraft tangan berasaskan rotan.

Bagi yang sukakan produk kraftangan sebegini, datanglah ke salah satu tempat menarik di Marang iaitu di sekitar Kampung Rusila dan Kampung Rhu Rendang.

Kawasan ini mempunyai beberapa kedai di sepanjang jalan utama yang menjual buluh, anyaman, kraf rotan, mengkuang dan lain-lain.

Ayuh beli kraf tangan ini dan jadikan cenderahati kepada sanak-saudara dan rakan. Inilah masanya kita sokong buatan Malaysia!

Pelabuhan Nelayan Seberang Marang

Pelabuhan nelayan di Marang

Alamat: Jeti Perikanan, 26100 Marang, Terengganu

Telefon: –

Tempat Pelabuhan Nelayan di Marang
Sumber: zak Adli, asbi mohair Abdullah, Arshad Idris  & mohd Nazri

Adakah anda ingin memborong ikan dengan harga murah? Kunjungi Pelabuhan Nelayan Seberang Marang.

Jika anda seorang jurugambar landskap, anda harus melawat Pelabuhan Marang, di mana banyak bot nelayan berlabuh.

Ini sesuai dijadikan subjek utama berlatarkan belakangkan muara Sungai Marang. Pada awal pagi lokasi ini sudah sesak dengan peraih ikan yang ingin membeli ikan dari nelayan.

Jeti Marang

Jeti di Marang

Alamat: Jeti Marang, 21600, Terengganu

Telefon: –

jeti di marang terengganu
Sumber: M Muazzim, yazid samsuddin & Zul Aizat

Jeti utama untuk para pelancong menaiki bot ke Pulau Kapas. Tempat ini juga mempunyai pemandangan yang sangat menarik.

Selain itu, sekitar jeti ini terdapat agen-agen pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej day trip ke Pulau Kapas.

Sambil menunggu bot ke Pulau Kapas, anda di sarankan untuk lepak sebentar di medan selera bersebelahan yang menghadap muara Sungai Marang. Pemandangan di sini amat cantik.

Marang Waterfront

Tempat menarik untuk bersantai waktu petang

Alamat: 21600 Marang, Terengganu

Telefon: –

Marang Waterfront
Sumber:1&2.Charlie ling  3.SHAMSUL AZHAR  4.yazid samsudin

Jika anda mencari tempat santai pada waktu petang bersama keluarga di sekitar Marang, anda boleh datang ke Marang Waterfront.

Waterfront ini terletak di muara Sungai Marang. Terdapat dataran dan taman permainan yang tentu akan membuat anak-anak teruja berkejaran.

Sambil berehat melihat pemandangan indah, anda boleh menikmati makanan yang dijual di gerai-gerai sekitar sini.

Taman Rekreasi Pulau Kerengga

Taman rekreasi di Marang

Alamat: 3, Kampung Kuala Tengah, 21600 Marang, Terengganu

Telefon: –

Taman Rekreasi Pulau Kerengga
Sumber: Kervin Chong & Azrol Ridzuan

Sebuah taman rekreasi yang unik yang terletak 5 minit perjalanan dari Bandar Marang. Uniknya Taman Rekreasi Pulau Kerengga ini kerana terletak di antara sungai dan laut.

Di sini juga ada kemudahan seperti taman permainan, pondok rehat, surau, jambatan, dan tandas. Lokasi ini terletak berhampiran pokok nipah dan pemandangan sungai yang tenang dan mendamaikan.

Jika anda kaki pancing, anda boleh memancing di sini kerana kawasan ini antara port terbaik di Marang untuk memancing ikan sungai. Jangan lupa datang tau!

Kedai Keropok Lekor Marang

Makanan popular di Terengganu

Alamat: 3, 21600 Marang, Terengganu

Telefon: 016-922 8008

Kedai Keropok Lekor Marang
Sumber: Ayphool, Athirah Faisal, Kama Sairi & Ultra timber

Nak makan keropok lekor yang sering dikunjung pelancong? Tak perlu susah payah ke Kampung Bukit Tok Beng atau Kampung Losong di Kuala Terengganu.

Sebaliknya, anda boleh menemui banyak kedai yang menjualnya di sepanjang jalan pantai di Marang. Kedai yang paling popular di sini ialah Kedai Keropok Lekor 008 Kelulut.

Anda boleh pilih pelbagai jenis kerepok lekor sama ada yang rebus, goreng ataupun keropok keping.

Air Nira Kelulut & Dodol Palas

Perusahaan utama di Marang

Alamat: 21600 Marang Terengganu

Telefon: –

Air Nira Kelulut & Dodol Palas
Sumber: Amazing Terengganu, alamiterengganu & Truly Terengganu

Air nira, merupakan salah satu minuman yang berkhasiat kerana manis yang terhasil semulajadi bahkan menjadi minuman kegemaran masyarakat Terengganu.

Jika belum pernah merasainya anda boleh mendapatkannya di sepanjang jalan Kg Kelulut dan Pulau Kerengga. Di sini banyak gerai-gerai yang menjual air nira yang sangat segar.  

Jika anda mencari dodol palas, madu kelulut, dan air kelapa juga ada di sini. Salah satu perniagaan terpenting orang kampung khususnya di kawasan Kampung Batangan ialah perusahaan dodol palas, jagung, jus, dan madu kelulut.

Pasar Marang

Pasar di Marang

Alamat: Bandar Marang, 21600 Marang, Terengganu

Telefon: –

Pasar Marang
Sumber: Kervin Chong, zues lieey & wa_an Din

Nak menginap di homestay sekitar Marang dan tak tahu nak beli bahan-bahan basah di mana? Jangan panik, datanglah ke Pasar Marang!

Selain makanan laut segar, banyak gerai di sini menjual kuih muih tradisional Terengganu seperti bronok sagu, kuih gulung, onde-onde, dan sebagainya.

Restoran Lempeng Rusila

Lempeng sedap di Marang

Alamat: 11, Malaysia, Jalan Mawar 3, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 013-9283414

Restoran Lempeng Rusila di Marang
Sumber: Asry Arym, zuhdi zakaria, ila Mohd & Jimmy Phung

Lempeng menjadi salah satu menu utama di restoran ini yang terletak di Kampung Rusila dan berhampiran pantai menambahkan lagi keenakan rasa lempeng ini semasa memakannya.

Terdapat pelbagai jenis lauk pauk tersedia untuk makan tengah hari dan sering dipenuhi pengunjung tempatan. Lempeng antara hidangan yang ringkas namun jarang yang tahu tentang menu ini.

Restoran ini pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, bahkan sehingga kini masih menjadi pilihan orang ramai untuk berkunjung makan.

Lihat peta | Waktu operasi: setiap hari (9 pagi – 7 malam)

Medan Selera Esplanade

Tempat makan menarik di Marang Terengganu

Alamat: Jetty Pulau Kapas/Gemia, Arked Jeti Pelancongan, 21600, Marang, Terengganu

Telefon: –

Medan selera esplanade
Sumber:1&4.Zaknurha Hasniza  2.masdiq burhanuddin  3.james how

Jika anda berkunjung ke Esplanade ini, jangan lupa untuk singgah di gerai-gerai berhampiran. Bermacam-macam kudapan yang menyelerakan anda boleh dapati di sini.

Bermula dari yang sejuk hingga panas. Semuanya sangat sedap. Sambil meluangkan masa bersama keluarga, anda boleh menikmati cendol atau sotong celup tepung goreng.

Lihat peta | Waktu operasi: sabtu – khamis (11 pagi – 8 malam)

Roti Tempayan Line Clear

Roti tempayan di Terengganu

Alamat: Kampung Rhu Renggeh, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 012-9486646

Roti Tempayan Line Clear
Sumber: Aimy j, En Yusri Y. & roshaizulnizam

Pernah tak anda makan roti yang di bakar dalam tempayan? Jika anda ingin merasainya anda wajib datang ke Roti Tempayan Line Clear.

Roti yang unik di bakar secara tradisonal dan dimakan dengan masakan gulai ayam atau gulai daging ala Terengganu pilihan anda.

Pengunjung sentiasa datang ke sini dari dalam dan luar negeri untuk menikmatinya.

Lihat peta | Waktu operasi: isnin – jumaat (4.30 petang – 11 malam)

Wednesday 28 September 2022

15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

Kali ini destinasi artikel ini akan membawa anda ke salah satu tempat pelancongan di Perak iaitu daerah Manjung, Perak. Tempat menarik di Manjung Perak ini mempunyai keunikan tersendiri!

Tarikan utama daerah Manjung ini lebih kepada aktiviti pantai. Daerah Manjung juga mempunyai beberapa pekan lain seperti Bandar Sitiawan, Pekan Pangkor, Bandar Lumut, Pekan Beruas dan lain-lain.

Selain menarik dari kisah lipatan sejarahnya yang sangat dramatic dengan perebutan daerah kekuasaan. Kini daerah ini hidup sebagai kawasan yang akan menarik pengunjung dari dalam dan luar.

Senarai tempat menarik di Manjung Perak

Manjung juga adalah pintu masuk utama ke Pulau Pangkor melalui Jeti Marina Island dan Jeti Lumut. Mungkin anda hanya kenal dengan Pulau Pangkor atau Pulau Batik sahaja.

Di sini kami akan bawakan anda lebih banyak destinasi untuk anda kunjungi di Manjung. Jom ke Perak tempat pelancongan untuk keluarga!

Frenzy Waterpark Lumut

Waterpark di Manjung

Alamat: KM 1, Teluk Muroh, 32200 Lumut, Perak

Telefon: 010-546 8611

waterpark di manjung
Sumber gambar: Frenzy Water Park Marina Island Pangkor

Bagi anda yang suka main air, inilah tempat yang sesuai untuk anda. Frenzy Water Park menjanjikan keseronokan bagi peminat permainan air.

Taman tema air di Manjung ini direka berkonsepkan rancangan realiti Wipeout di saluran AXN. Sertai pelbagai aktiviti dan cabaran sukan air. Seronoknya!

Harga tiket buat pengunjung dewasa sekitar RM 20 manakala kanak-kanak pula RM 15. Aktiviti ini boleh memupuk hubungan kekeluargaan dan kerja berpasukan!

Lihat peta | Facebook | Instagram | Waktu operasi: isnin – ahad (8 pagi – 7.30 malam)

Pulau Pangkor

Pulau cantik di Perak

Alamat: Pulau Pangkor, 332200 Lumut, Perak

Telefon: –

pulau cantik di manjung perak
Sumber gambar: Desmond Chocholato, Muthuraja S & maja pekaracikova, SYT

Pulau Pangkor terkenal dengan air lautnya yang bersih serta pantainya yang cantik. Salah satu dari pulau terbesar di Malaysia. Penduduk pulau ini kebanyakannya adalah nelayan.

Untuk anda sampai ke sini, anda hanya perlu menaiki feri dari pangkalan lumut yang boleh mengambil masa sekitar 15 – 20 minit. Pantai utama terdiri daripada Emerald Bay, Coral Beach dan Royal Bay.

Bagi anda yang suka aktiviti snorkeling di sini adalah syurga untuk anda melihat ikan-ikan yang cantik. Anda juga boleh berkayak, memancing dan berkelah bersama keluarga.

Jika ingin berjalan sekitar pulau ini, terdapat beberapa tempat menarik untuk dikunjungi seperti Pantai Puteri Dewi, batu bersurat Pangkor, Kota Belanda dan kilang memproses ikan bilis. Mari bercuti!

Marina Island

Pulau buatan di Perak

Alamat: Marina Island Pangkor, 32200 Lumut, Perak

Telefon: –

2 PANGKOR(1)
Sumber gambar: aqmal, Derrick Lim, mozhgan Ghasern & Frenzy Water Park Marina Island Pangkor

Pulau Marina atau Marina Island antara pulau yang tercantik dan salah satu pulau buatan manusia di Malaysia. Selain bertentangan dengan Pulau Pangkor, pulau ini juga mempunyai keluasan sebesar 316.9 ekar.

Jika anda ingin menginap di tempat percutian Perak ini juga boleh kerana terdapat penginapan yang sesuai dengan pilihan dan citarasa anda. Contohnya, Marina Island Pangkor Resort & Hotel.

Kemudahan lain seperti dewan konvensyen, kolam memancing dan juga taman tema air ada disini.

Muzium Beruas

Muzium di Manjung

Alamat: Jalan Besar, 32700 Beruas, Perak

Telefon: 05-674 0160

MUZIUM BERUAS
Sumber gambar: Muzium Beruas, Syabil Amir, Mohamad farid & khamdi haji badli

Muzium Beruas ini telah dibuka sejak 1995 dan pernah menjadi tempat menarik suatu ketika dahulu. Disini dipamerkan barangan peninggalan dan khazanah terdahulu.

Muzium ini menampilkan artifak berusia kira-kira 500 tahun yang hanya berkaitan dengan kawasan Beruas sahaja. Barang-barang ini juga dipercayai berasal dari Kesultanan Melayu di Beruas pada abad ke-16.

Walaupun muzium ini kecil, namun di dalamnya tersimpan lebih kurang 300 artifak sejarah. Memang berbaloi untuk anda mendapatkan ilmu pengetahuan. Masuk adalah percuma.

Lihat peta | Waktu operasi: buka setiap hari (9.30 pagi – 5 petang)

Kota Belanda

Tempat menarik di Manjung untuk ootd

Alamat: Kota Belanda, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Telefon: –

KOTA BELANDA
Sumber gambar: atha, Khairul anuar, Robin chong & Ku Amirul

Menurut sejarah, Kota Belanda merupakan sebuah kubu di Pulau Pangkor yang juga diberi nama Fort Dutch. Di kawasan ini anda akan menemui runtuhan kubu lama di Manjung, Perak.

Kubu ini telah dibangun semula oleh muzium pada 1973 sebagai monumen sejarah dan bukti penjajahan belanda. Terdapat kemudahan di sini seperti tempat letak kereta, taman dengan landskap yang cantik dan beberapa kedai cenderahati.

Tempat best di Perak ini mempunyai banyak spot yang cantik. Jadi anda bolehlah bergambar sepuasnya!

Lihat peta | Waktu operasi: buka setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Daddy Café

Tempat makan best di Manjung Perak

Alamat: Daddy’s Cafe, 27, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Telefon: –

tempat makan best di manjung (1)
Sumber gambar: Vladislav Kondratiuk, Facebook Daddy’s Cafe & S.Y

Sambil menikmati pemandangan laut yang indah, anda juga boleh menikmati hidangan yang lazat.

Jom singgah ke Daddy’s Café, tempat makan ini menyajikan makanan yang membuka selera dengan harga yang berpatutan. Menu di sini kebanyakannya seafood dan western.

Pelbagai makanan yang boleh anda pilih seperti Mango Salad, Chicken Chop, dan Beef Rendang. Ini antara menu yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan.

Anda perlu datang ke sini pada waktu matahari akan terbenam, dijamin sangat memuaskan. Selain dapat layanan yang istimewa, nikmati keindahan senja yang cantik!

Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: setiap hari (11 pagi – 11 malam)

Lumut Waterfront Esplanade

Tempat menarik untuk keluarga di Manjung

Alamat: 32200 Lumut, Perak

Telefon: –

LUMUT WATERFRONT
Sumber gambar: Zuhairi Gifted Media & Shaiful Samsudin

Bagi yang belum tahu, Lumut Waterfront ini berkeluasan sekitar 3.3 hektar dan dekat dengan Terminal Jeti Lumut. Reka bentuk kawasan ini sangat moden dan futuristik yang mengambil konsep maritim.

Tempat bercuti di Perak ini lengkap dengan taman permainan, wakaf, tandas awam, dan tempat duduk tepi pantai. Jika berkunjung ke sini, anda juga akan melihat kapal perang kerana ia berdekatan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Selain datang bersiar-siar, anda juga boleh bawa makanan dan berkelah bersama keluarga. Sewa basikal pun boleh!

Taman Paya Bakau (Mangrove Park)

Taman bakau di Manjung

Alamat: Jln Pundut Raya 5, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak

Telefon: –

MANGROVE
Sumber gambar: Mat Jun, WA, Kak Iman & Eugene Lim

Hutan Paya Bakau ini bukan hanya memelihara habitat beberapa spesis haiwan tetapi ia juga sangat penting juga untuk ekosistem. Sangat sesuai untuk anda yang ingin menenangkan minda.

Salah satu tempat beriadah dan bersantai di Manjung. Jika anda bernasib baik, anda berpeluang melihat monyet, biawak, burung dan beberapa lagi jenis haiwan yang ada di sini.

Lakukan aktiviti menarik seperti jungle trekking. Cabar diri anda dengan berjalan di jambatan gantung taman paya bakau. Ajaklah keluarga dan sahabat anda pasti seronok!

Lihat peta | Waktu operasi: setiap hari (8:30 pagi – 5 petang)

Teluk Batik

Pantai di Manjung

Alamat: Pantai Teluk Batik, 32200, Lumut, Perak

Telefon: 019-393 7529

TELUK BATIK
Sumber gambar: Peacy Latte, Khairun Nazihah, Zues Lieey & Candlelight Teluk Batik

Pantai Manjung yang indah ini sangat sesuai untuk berkelah dan bersantai. Dengan latar belakang hutan hujan tropika dan dilengkapi kemudahan asas menyenangkan pengunjung disini.

Itulah Teluk Batik yang terkenal dengan keindahan pantainya yang tidak jauh dari jeti Lumut. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti berkayak, banana boat, snorkeling, dan permainan pantai.

Para pengunjung sangat suka bermandi manda di sini kerana struktur pantai Manjung yang landai dan ombak yang tenang. Nak lagi selamat, sewa pelampung kat sini.

Tempat menarik Manjung ini turut menyediakan penginapan Chalet Teluk Batik dan Resort Teluk Batik dengan harga berpatutan.

Air Terjun Ulu Licin

Air terjun di Manjung

Alamat: Air Terjun Ulu Licin, 32700 Beruas, Perak

Telefon: 011-3787 3882

tempat mandi manda di manjung perak
Sumber gambar: Odd Oddie, Amin Armani, Mohd Ammar & fikry kin

Mungkin jarang yang tahu, daerah Manjung ini bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantai, malah tersimpan air terjun yang sangat bersih dan mendamaikan.

Air terjun ini terletak di Hutan Lipur Ulu Licin Beruas. Perjalanan ke sini dari Pekan Beruas mengambil masa 5 minit. Setibanya di sini, anda akan disambut dengan alam semulajadi yang indah.

Selain mandi manda dan berkelah, sertai juga aktiviti jungle trekking dan berkhemah. Sekali sekala hilangkan stress dengan alam semulajadi dan rasa segar semula untuk bekerja kembali.

Lihat peta | Waktu operasi: setiap hari (6 pagi – 10 malam)

Bazar Lumut

Tempat membeli-belah di Manjung

Alamat: Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak

Telefon: –

bazaar lumut di manjung perak
Sumber gambar: Shahir Kamaruddin, Mohd Hamizan Yaakub, mommy C & Suhaila.K

Jika anda mencari kraftangan, hasil laut, atau pakaian, anda boleh datang ke Bazaar Lumut yang berdekatan dengan Lumut Waterfront.

Di sini pelbagai barangan ditawarkan dengan harga yang sangat terjangkau. Jangan lupa untuk singgah ya!  

Kebanyakan cenderamata yang dihasilkan sangat comel dan sesuai untuk anda bawa balik sebagai kenangan untuk sahabat handai dan ahli keluarga.

Lihat peta | Waktu operasi: setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Teluk Rubiah

Tempat menarik di Lumut Perak

Alamat: Jln Teluk Batik, Telok Batek, 32200 Lumut, Perak

Telefon: –

teluk cantik di manjung perak
Sumber gambar: Seladang Perak, JeeJon Travel & Annie Ling

Selain Teluk Senangin, inilah lokasi terbaik untuk memancing Di Manjung! Teluk Rubiah juga terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik.

Bahkan jika anda ingin mandi manda di sini juga boleh. Datang bersama keluarga dan rakan anda!

Menariknya lagi, penginapan di sini berbentuk rumah tradisional. Jadi tunggu apa lagi? Jomlah bercuti di Manjung!

Ritz Garden Hotel, Manjung

Hotel di Manjung Perak

Alamat: 5260 & 5261, Jalan Lumut, 32040 Seri Manjung, Perak

Telefon: 05-688 8811

hotel bajet di manjung perak (1)
Sumber gambar: Hotelbeds, Ostrovok & Muhamad Zaini CA

Hotel bertaraf 3 bintang dengan kemudahan terbaik dan berdekatan dengan pusat membeli-belah. Ritz Garden Hotel terletak bersebelahan Pasar Raya Billion di Seri Manjung Perak.

Pusat peranginan di Perak ini sangat selesa dan mempunyai kafe, bilik karaoke, perkhidmatan urut, gimnasium, dan WiFi percuma. Selain itu, bilik ini mempunyai peti keselamatan peribadi, cerek elektrik, dan tv.

Anda boleh menggunakan ruang mesyuarat, simpanan bagasi dan perkhidmatan cucian kering yang tersedia di kaunter penerimaan tetamu sepanjang masa. Tempat letak kereta juga tidak dikenakan bayaran.

Warisan Rojak Manjung

Rojak sedap di Manjung

Alamat: Jalan Astaka, Kampung Serdang, 32000 Sitiawan, Perak

Telefon: 012-564 0021

warisan rojak manjung1
Sumber gambar: Ahmad Ibrahim & Facebook Warisan Rojak Manjung

Rojak salah satu kudapan kesukaan rakyat Malaysia. Di Manjung terdapat sebuah gerai yang amat popular dalam kalangan penduduk tempatan.

Dahulu dikenali sebagai Rojak Manjung sebelum ditukar kepada Warisan Rojak Manjung. Antara menu mereka yang sedap ialah nasi lemak, mi goreng, kuey teow goreng, mi rebus, nasi campur, dan semestinya rojak.

Rojak mereka tawarkan dari set makan seorang sehingga set makan empat orang. Jika anda mahu sarapan pagi atau makan tengah hari, singgahlah kat sini!

Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: ahad – khamis (7 pagi – 3 petang)

Horizon Garden Seri Manjung

Tempat makan menarik di Manjung

Alamat: No. 7, Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seksyen 3, 32040 Seri Manjung, Perak

Telefon: 05-6888 799

HORIZON
Sumber gambar: wan S, Ariffin Hakim, Nur Jesiena & aini filviu

Ingin makan secara berkumpulan tetapi tiada idea? Datanglah ke Horizon Garden Seri Manjung. Maklum balas pelanggan mengenai kedai ini sangat bagus. Anda juga boleh makan nasi arab Manjung Perak yang berdekatan.

Nak bawa satu kampung pun tidak ada masalah kerana set di sini tersedia untuk set makanan untuk 2 sehingga 12 orang. Harga set sangat terjangkau ditambah lagi dengan dekorasi ala hotel yang eksklusif.

Jauh berjalan-jalan di Seri Manjung Perak pasti berbaloi untuk anda singgah merasai keenakan makanan di sini. Menu masakan tempatan yang menggamit selera! Perut kenyang hati pun senang!

Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (12 tengah hari – 3.30 petang, 6 petang – 11 malam)

Tuesday 27 September 2022

16 Tempat Menarik Di Yan Kedah Untuk Pencinta Alam Semulajadi

Ada plan nak bercuti di Kedah tapi tak tahu nak ke mana? Apa kata anda bercuti ke tempat menarik di Yan Kedah.

Yan merupakan satu daerah popular di Kedah kerana menawarkan banyak tempat percutian menarik di Yan Kedah untuk dikunjungi. 

Terletak hanya 50 KM dari Alor Setar, daerah ini cukup sinonim dengan Gunung Jerai yang merupakan salah satu gunung tercantik di Malaysia.

Selain itu, daerah ini juga terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kawasan air terjun yang indah.

Senarai Tempat Menarik di Yan Kedah

Sebelum masuk lebih lanjut tentang tempat menarik di Yan, marilah kita imbas sedikit sejarah daerah Yan.

Yan dibuka pada tahun 1906 dan nama daerah ini diambil daripada perkataan siam yang bermaksud “sejuk”.

Walaupun menjadi antara daerah terkecil di Kedah namun Yan mempunyai banyak kawasan pelancongan yang indah dan menenangkan.

Jom tengok-tengok apa tempat yang syok di Yan dalam artikel ini.

Pulau Songsong

Pulau di Yan Kedah

Alamat: Pulau Songsong, Yan, Kedah

Telefon: –

pulau songsong yang cantik di yan kedah
Sumber gambar: Facebook Pulau Song-Song -Pakej Termurah.

Pulau songsong merupakan pulau tidak berpenghuni dan tiada pembangunan seperti resort atau chalet. Disebabkan itu, ekosistem semula jadi pulau ini masih terpelihara dan sangatlah indah.

Merupakan salah satu pulau dalam kawasan Jerai Geopark, anda perlu menaiki bot selama 20 minit dari jeti Sungai Udang. Disini anda boleh berkelah, snorkeling dan berkhemah.

Berkhemah di pulau memang syok apa lagi ketika waktu malam dengan angin pantai sambil menikmati panorama bintang-bintang di langit. Memang hilang stress! Jom tempah trip anda sekarang.

Lihat peta | Facebook

Pantai Murni Waterfront

Tempat menarik di Yan untuk family day

Alamat: Pantai Murni, 5, Jalan Pantai Murni, Kampung Pantai Murni, 06900 Yan, Kedah

Telefon: –

pantai murni waterfront yang menarik di yan
Sumber gambar: Ahmad Firdaus, Hasanah Lias, helmy kipli & Ikmal Izuddin

Kalau anda nak cari tempat lepak dan bersantai di waktu petang datanglah ke Pantai Murni Waterfront.

Hanya 500 meter dari pekan Yan, pantai yang bersih dan terjaga ini sesuai untuk layan angin pantai. Selain itu, fasiliti seperti gerai, tandas awam, pondok dan surau pun tersedia.

Lokasi ini juga port yang sesuai untuk tengok matahari terbenam dan menawarkan permandangan pulau seperti Pulau Bidan, Pulau Bunting, Pulau Telor dan Pulau Songsang.

Air Terjun Titi Hayun

Tempat mandi popular di Yan

Alamat: Recreational Forest Titi Hayun, 06900 Yan, Kedah

Telefon:

Air Terjun Titi Hayun di yan
Sumber gambar: percutianbajet.com, foursquare.com, google maps (Ravin Rau)

Air Terjun Titi Hayun adalah lokasi percutian air terjun yang menarik di Yan dengan suasana alam semula jadi yang menenangkan hanya terletak 5 KM dari Pekan Yan.

Berlokasi di bawah kaki Gunung Jerai dan di dalam Hutan Lipur Titi Hayun, kalau nak mandi-manda dekat sini memang berbaloi kerana kawasan ini dijaga dan dibangunkan dengan baik.

Namun, elakkan datang ke sini ketika musim kemarau kerana airnya kurang menarik dan cetek.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 7 malam)

Titi Hayun

Hutan rekreasi di Yan

Alamat: Recreational Forest Titi Hayun, 06900 Yan, Kedah

Telefon:

Titi Hayun 2
Sumber gambar: foursquare.com, enyabdullah.com, dalectzx.blogspot.com, flickr.com

Hutan Rekreasi Titi Hayun antara lokasi sesuai untuk yang suka jungle trekking dan alam semula jadi.

Tempat menarik ini juga menyedikan kemudahan seperti tempat parking, jambatan gantung, dewan dan chalet.

Anda juga boleh menikmati air terjun dan mandi di sungai selepas penat meredah hutan.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 7 petang)

Jambatan Pulau Bunting

Jambatan di Yan

Alamat: Jambatan Pulau Bunting, Kampung Sungai Kering, 06800 Yan, Kedah

Telefon:

jambtan menarik di yan
Sumber gambar: mela2mela.blogspot.com, gamuda.com.my, foursquare.com, umpan.com

Jambatan Pulau Bunting merupakan jambatan terbengkalai yang menjadi tarikan pelancong di Yan, Kedah.

Selain itu, jambatan ini menghubungkan Pulau Bunting dengan Yan ini juga menjadi lokasi kaki pancing untuk memancing ikan laut seperti jenahak, kerapu, ikan putih dan banyak lagi.

Kalau anda bernasib baik, anda mungkin melihat gelagat ikan dolphin bermain-main.

Ladang Nipah Ismail Che Kar

Tempat makan menarik di Yan Kedah

Alamat: Ladang Nipah Ismail Che Kar, 06900 Yan, Kedah

Telefon: 012-435 5104

Ladang Nipah Ismail Che Kar
Sumber gambar: foursquare.com, najwastory.com, babab.net, amirnawawi.com

Jika anda ingin merasai keenakan air nira nipah datanglah ke Ladang Nipah Ismail Che Kar di Jalan Kuala Sedaka, Yan. Disini anda akan melihat proses penanaman dan cara pembuatan minuman nira nipah.

Kalau di Kelantan minuman nira nipah dipanggil tuak nipah dan sememangnya antara minuman popular di Kedah. Harga untuk satu jag besar air nira nipah disini hanya RM 10 sahaja.

Air ini jarang ada di negeri-negeri lain, jadi pastikan untuk singgah ke Ladang Nipah Ismail Che Kar jika anda ke Yan bagi merasai sendiri buah serta air nira nipah.

Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: setiap hari kecuali rabu (11:30 pagi – 6 petang)

Air Terjun Seri Perigi

Air terjun tertinggi di kedah

Alamat: Seri Perigi, Kampung Perigi, 06900 Yan, Kedah

Telefon: –

Air Terjun Seri Perigi di yan
Sumber gambar: libur.com.my, penangfoodie.com, penbiru.com

Tahukah anda? Air Terjun Seri Perigi merupakan air terjun paling tinggi di Kedah dengan ketinggian melebihi 100 meter. Derauan air terjun yang mencurah dari atas bukit sangatlah menenangkan jiwa.

Berlokasi di Kampung Perigi, air terjun yang tinggi dan indah ini memang menjadi salah satu lokasi percutian popular di Kedah.

Kalau anda suka mandi-manda di air terjun, pastikan anda letakkan lokasi ini dalam wishlist anda.

Pantai Tanjung Jaga

Tempat berkelah dan memancing di Yan

Alamat: Tanjung Jaga, 08100 Merbok, Kedah

Telefon: –

Pantai Tanjung Jaga di yan
Sumber gambar: penbiru.com, nicelocal.my, google maps (Ku Ina Ibrahim), lensadaridesa.blogspot.com

Satu lagi pantai menarik di Yan iaitu Pantai Tanjung Jaga juga dikenali sebagai Teluk Air oleh penduduk tempatan.

Terletak kira-kira 3km dari pekan Yan, pantai ini sesuai untuk aktiviti berkelah dan memancing.

Pantai ini masih indah dan terjaga dari pencemaran. Pastikan anda kekalkan kebersihan dan keindahan pantai ini jika berkelah disini nanti.

Gunung Jerai

Gunung di Yan Kedah

Alamat: Gunung Jerai, 08300 Yan, Kedah

Telefon: 04-466 7777

Gunung Jerai
Sumber gambar: libur.com.my, thepatriots.asia, chasingthesun.com, destinasipercutian.com

Gunung Jerai sudah tidak asing lagi di Kedah dan salah satu simbolik negeri jelapang padi ini. Gunung yang berketinggian 1217 meter ini menjadi buruan para pendaki untuk ditawan.

Tempat menarik ini juga kaya dengan flora dan fauna seperti orkid liar. Suhu disini sekitar 18 hingga 25 darjah celcius, memang segar dan menyamankan.

Yang bestnya lagi, anda boleh menginap di kawasan Gunung Jerai kerana ada kawasan penginapan disediakan.

Air Terjun Batu Hampar

Air terjun di yan kedah

Alamat: Air Terjun Batu Hampar Yan, 06900 Yan, Kedah

Telefon: –

Air Terjun Batu Hampar 2
Sumber gambar: foursquare.com, dapnyatv.com, flickr.com, google maps (Omar M S).

Air Terjun Batu Hampar boleh dikatakan sebagai kawasan air terjun “hidden gems” kerana ianya terletak jauh di dalam hutan dan memerlukan stamina tinggi untuk sampai ke sini.

Disebabkan itu, kurang orang datang berkelah dan merasai kenikmatan air terjun Batu Hampar. Perkara ini menyebabkan keindahan serta ekosistem kawasan air terjun ini masih cantik dan terpelihara.

Perjalanan yang sukar pastinya menjanjikan sesuatu yang indah. Jika anda suka akan cabaran dan ekstrim, terokailah air terjun Yan Kedah ini.

Air Terjun Puteri Mandi

Air terjun di Gunung Jerai

Alamat: Air Terjun Puteri Mandi, 08300 Yan, Kedah

Telefon:

Air Terjun Puteri Mandi di yan
Sumber gambar: tempatmenarik.my, google maps (Arelong Iema, Roman Samoilov, zuhairee hmy)

Daerah sememangnya kaya dengan kawasan air terjun dan salah satunya adalah Air Terjun Puteri Mandi yang terletak di kaki Gunung Jerai.

Lokasi air terjun ini memerlukan anda untuk melakukan jungle trecking sejauh 3km dari trek Titi Hayun. Sampai sahaja di lokasi, anda akan menyaksikan keindahan air terjun yang mengalir dari kaki Gunung Jerai.

Jangan risau yang bukan “Puteri” pun boleh mandi di sini, air terjun Yan Kedah ini sesuai untuk buat aktiviti berkumpulan atau riadah dengan kawan-kawan.

Kampung Setar, Yan

Kampung menarik di Yan

Alamat: Jalan Kampung Setar, Titi Serong,06900, Yan, Kedah

Telefon: –

Kampung Setar Yan
Sumber gambar: Facebook (Kampung Setar Yan)

Anda nak keluar dari kesibukan bandar dan ingin menikmati suasana kampung di Kedah? Kampung Setar, Yan adalah lokasi yang sesuai.

Bermacam aktiviti boleh dilakukan di sini seperti melawat dusun buah, mandi sungai, berkelah di air terjun dan memancing.

Kalau anda rindu suasana kampung yang nyaman dan dipenuhi kehijauan, memang inilah lokasi yang sesuai untuk anda mengenang semula memori lama.

Lihat peta | Facebook

Kampung Singkir Laut, Yan

Tempat untuk kaki pancing di Yan

Alamat: Jalan Kampung Singkir Laut ,Kampung Kedat Keling, 08100 Yan, Kedah

Telefon: –

Kampung SIngkir Laut di yan
Sumber gambar: fakruljamil.com, geocities.ws, dapnyatv.com, facebook (Anak-Anak Darulaman)

Kampung Singkir Laut pun antara kampung untuk anda “healing” kerana suasana kampung ini cukup indah dan sesuai untuk kaki pancing.

Apa yang menarik di kampung ni? Di sini ada kolam udang jika anda suka memancing udang. Kalau nak memancing pergi sahaja ke tepi pantai sambil layan angin laut.

Selain itu, anda juga boleh pergi mendaki dan mandi air terjun di kampung ni. Memang lengkap, air tawar ada, air laut pun ada, tinggal tunggu anda sahaja.

Chalet Rimbun Hijau

Tempat penginapan menarik di Yan Kedah

Alamat: Chalet Rimbun Hijau, 06900 Yan, Kedah

Telefon: 012-510 8191

Chalet Rimbun Hijau yang menarik di yan
Sumber gambar: portcuti.com, clevi.com, google maps (Imtiaz Nasher)

Nak cari chalet untuk buat family day? Tempahlah Chalet Rimbun Hijau yang mempunyai 3 kolam bersumberkan air sungai dan boleh memuatkan sehingga 50 orang.

Uniknya, chalet ini dibina di kawasan kampung tapi berkonsepkan chalet moden. Sesuai namanya, Chalet Rimbun Hijau menawarkan kehijauan alam semula jadi dengan kemudahan tempat BBQ, dewan, kolam dan banyak lagi.

Di sini juga terdapat anak sungai, jadi anda bosan mandi kolam, boleh try mandi sungai. Lokasi ini sangat sesuai untuk buat aktiviti berkumpulan seperti family holiday, program atau bersantai bersama rakan- rakan.

Lihat peta | Facebook

Ultimate Horse Training

Aktiviti menunggang kuda di Yan

Alamat: Lot 784 jalan ruat besar, Kampung Raga, 06900 Yan, Kedah

Telefon: 019-385 8595

tempat aktiviti berkuda di yan kedah
Sumber gambar: Cik Puan, Zaim Halimi, Salma F1034 & Suraya Samuri

Sesiapa yang berminat untuk menunggang kuda dialu-alukan untuk mengunjungi lokasi ini bersama keluarga atau rakan-rakan.

Siapa sangka bahawa sebuah ladang kuda akan wujud di kampung kecil ini, yang nampaknya mempunyai pelbagai jenis baka kuda.

Tiada bayaran masuk tetapi aktiviti menunggang kuda akan dikenakan bayaran. Jom mencubanya buat kali pertama!

Lihat peta | Waktu operasi: selasa – ahad ( 9 pagi – 11 pagi & 3 petang – 6 petang)

Ariana Homestay

Homestay di Yan Kedah

Alamat: Kampung Sungai Raga, 06900 Yan, Kedah

Telefon: 019-4737969

ariana homestay di yan kedah (1)
Sumber gambar: syahid rahim, akemi alias, Facebook Ariana Homestay

Homestay Yan Kedah ini sangat selesa untuk percutian keluarga. Berdekatan dengan Pantai Murni tetapi lautnya tidak boleh mandi.

Malahan, ada tempat bbq, dapur, ruang tamu, 8 bilik dan kolam renang. Sesuai untuk keluarga yang ada anak-anak! Harga penginapan pun berpatutan.

Halaman homestay ini ada kolam renang dan anda boleh nampak Gunung Jerai. Nak buat family day / family gathering kat sini sangat best.

Viewnya sangat cantik terutama pada waktu pagi! Tempat penginapan ini sangat tenang dan dikelilingi sawah padi. Sangat menarik bagi anda yang inginkan keindahan kampung.

Lihat peta | Facebook

Sunday 25 September 2022

15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

Dah puas berjalan menyelami budaya masyarakat Kelantan di Kota Bharu?

Mari ke tempat menarik di Bachok Kelantan yang menjanjikan pemandangan terbaik untuk anda bergambar!

Bachok merupakan daerah yang terkenal dengan perkampungan nelayan dan majoriti sumber ekonominya berasaskan pertanian.

Asal usul Bachok diambil daripada istilah Siam iaitu “Ban” bermaksud kampung dan “Chak” bermaksud pokok nipah.

Kemudian, lama-kelamaan nama ‘Ban Chak’ menjadi perkataan ‘Bachok’.

Senarai tempat menarik di Bachok Kelantan

Untuk pengetahuan anda, Bachok juga digelar sebagai bandar pelancongan Islam. Ia menempatkan banyak destinasi percutian dengan view menarik yang membuatkan anda terpesona.

Bukan itu sahaja malah terdapat chalet dan senarai resort di Bachok Kelantan yang disediakan.

Oleh itu, 15 tempat menarik di Bachok Kelantan termasuk Pantai Irama Bachok di Kelantan ini wajib ada di dalam wishlist anda.

Jangan lupa untuk penuhkan bateri telefon/kamera anda agar tidak terlepas merakam saat-saat indah di sini!

Pantai Irama Bachok

Pantai cantik di Bachok

Alamat: 16300 Bachok, Kelantan

Telefon: –

tempat menarik di bachok: Pantai Irama Bachok
Sumber gambar: chok kok choon, Wan Muhammad Afa, Shaimaa Auni, Ku Najmi

Negeri Kelantan sememangnya memiliki keindahan pantai yang cukup terbaik. Termasuklah Pantai Irama Bachok di Kelantan yang menjadi tumpuan pengunjung pada waktu petang.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di pantai cantik ini seperti gerai makanan dan banyak lagi.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Istana Bunian Bachok Kelantan

Istana di Bachok

Alamat: Kg Tok Burung, 16300 Bachok, Kelantan

Telefon: –

tempat menarik di bachok: Istana Bunian Bachok Kelantan
Sumber gambar: Za8 Karim, William Chai, Tun Teja

Dengar sahaja nama Istana Bunian, pasti rasa seram terbayang di fikiran bukan?

Menurut pemilik istana ini ‘Istana’ bermaksud besar dan cantik manakala ‘Bunian’ bermaksud kehalusan seni ukiran bangunan ini.

Ia dibina sejak tahun 1981 dan masih dalam pembinaan sehingga kini. Lama bukan?

Tetapi lihatlah seni rekaannya cukup halus sekali. Mana tidaknya, pemiliknya juga merupakan seorang tukang rumah yang cukup teliti.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Pasar Jelawat Bachok Kelantan

Pasar di Bachok

Alamat: Pasar Siti Aisyah, Jelawat, 16310 Bachok, Kelantan

Telefon: –

Pasar Jelawat Bachok Kelantan
Sumber gambar: NOOR HAZLINA MOHD NAWI, Hong Aun, Amir Amirul

Jika di Kota Bharu ada Pasar Besar Siti Khadijah, di Bachok pula ada Pasar Besar Siti Aishah.

Turut dikenali sebagai Pasar Jelawat Bachok menempatkan pelbagai barangan keperluan asas penduduk setempat dengan harga berpatutan.

Anda juga boleh merasai makanan tradisional masyarakat Kelantan di pasar pagi ini.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (8:30am–10pm)

Kemayang Lagoon

Tempat best di Bachok

Alamat: Jalan Kampung Kemayang, 16020 Kota Bharu, Kelantan

Telefon: –

tempat menarik di bachok: Kemayang Lagoon
Sumber gambar: Kar Chon Soo, Ashaari Harun, Chiniey Cini

Kemayang Lagoon (Pantai Kemayang) menawarkan keindahan pantai yang cukup mempesonakan.

Ia mempunyai pemecah ombak buatan yang diperbuat daripada batu yang disusun sehingga ke tengah-tengah lautan.

Jadi anda boleh berjalan di atas batu-batuan sehingga ke hujung bagi menikmati lagi keindahan ciptaan Tuhan ini.

Alang-alang dah sampai ke sini jangan lupa singgah makan di tempat makan terbuka iaitu Kemayang Lagoon Restaurant

Lihat peta | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (4pm – 1am)

Villa Daniala Beach Resort

Resort berkonsepkan villa di Bachok

Alamat: Lot 385, Kandis, Jalan Tok Bali, 16310 Bachok, Kelantan

Telefon: –

Villa Daniala Beach Resort
Sumber gambar: Hotels.com, Hotelbeds, Wayne Hew

Disebabkan kebanyakan pusat peranginan di Bachok menghadap Laut China Selatan, jadi terdapat senarai resort di Bachok Kelantan yang disediakan.

Antaranya Villa Daniala Beach Resort menyediakan penginapan menghadap pantai dan memiliki infinity pool.

Jika dilihat di ruang dalaman villa ini memiliki konsep rekaan seakan-akan di Bali, Indonesia.

Resort ini menempatkan beberapa jenis bilik dengan pemandangan taman bunga seperti ‘Meriam Wood Cabin‘, ‘Hamat Junior Suite‘ dan Zainab Villa‘.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam

Sudara Beach Resort

Resort berhampiran pulau di Bachok

Alamat: Kg Telong, Kandis, 16300 Bachok, Kelantan

Telefon: –

tempat menarik di bachok: Sudara Beach Resort
Sumber gambar: Mohd Hirman Abdul Rahim, Wan Alyani, Mohammad Aklis Azmi, Norhana AbRauf

Mencari tempat penginapan yang boleh melakukan aktiviti laut? Sudara Beach Resort adalah berhampiran dengan Pulau Saji dan Pulau Susu Dara (Pulau SUDARA).

Anda boleh memilih pakej bersesuaian yang disediakan seperti pakej bulan madu, keluarga dan kumpulan.

Resort ini menawarkan bilik mengikut citarasa anda iaitu pemandangan kolam renang, taman bunga dan laut. 

Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam

Permai Chalet Melawi

Chalet murah di Bachok Kelantan

Alamat: Jalan Tok Bali, Kg. Telong, 16300 Bachok, Kelantan

Telefon: –

Permai Chalet Melawi
Sumber gambar: StìmTV, nazif JT, Fazley Sidek, Aslan

Anda mencari chalet murah di Bachok Kelantan atau berhampiran dengan Pantai Melawi? Permai Chalet Melawi atau Permai Beach Resort adalah destinasi yang anda cari!

Di sini terdapat kemudahan seperti bbq, gelanggang bola tampar pantai, gerai jualan, kolam renang dan atv. Bagi kolam renang pula terbahagi kepada 3 peringkat iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Tambahan pula, chalet ini berdekatan dengan Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam

Wat Phothikyan Phutthaktham

Kuil naga di Bachok

Alamat: Kampung Balai, 16300, Bachok, Kelantan

Telefon: 09-778 7636

Wat Phothikyan Phutthaktham
Sumber gambar: Lee Jun Hui, Hong Aun, MC Fred, Thk Ivy

Meskipun Bachok dikenali sebagai bandar pelancongan Islam, namun masih wujud toleransi agama dengan adanya kuil Buddha.

Wat Phothikyan Phutthaktham adalah kuil naga yang terkenal dalam kalangan penganut agama Buddha bukan sahaja di Malaysia malah di dunia.

Antaranya ialah negara Eropah, Australia dan Asia Pasifik. Keindahan ukiran sepasang naga ini anda boleh lihat di bahagian hadapan pintu masuk kuil ini.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Restoran Fizow Kitchen

Restoran terkenal di Bachok

Alamat: Lot 3261 Kg.Melawi ,Mukim Repek,Jalan, 16300 Bachok, Kelantan

Telefon: –

Restoran Fizow Kitchen
Sumber gambar: Fizow Kitchen Restaurant, DuckinGz, fatihah nasir, SITI NORAIN OSMAN

Menawarkan menu berkonsepkan western food menjadikan Restoran Fizow Kitchen terkenal di daerah Bachok.

Nikmati keenakan menu laku keras di restoran ini iaitu “Shell-out Janda Pulang”.

Malah hidangan ayam seperti chicken chop/grill/meatball chezzy/korean/chezzy merupakan menu yang wajib anda cuba!

Selain itu, menu lain yang didapati di sini ialah pisang caramel, burger madu 3 dan lamb chop.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: Rabu – Isnin (10am – 11pm)

Pantai Tapang Kubang Golok

Tarikan terbaharu di Bachok

Alamat: 16300 Kota Bharu, Kelantan

Telefon: –

Pantai Tapang Kubang Golok
Sumber gambar: noorasyken mohd nordin, masita said, Dazuki Sharif, Azura Aziz

Pantai Tapang Kubang Golok boleh dikunjungi pada bila-bila masa namun pada waktu malam lebih terserlah keindahannya.

Selain Pantai Irama Bachok di Kelantan, pantai ini merupakan tarikan terbaharu di Bachok yang baru saja dibuka awal tahun ini.

Disebabkan kawasan ini merupakan tanah persendirian terdapat bayaran yang dikenakan apabila pengunjung bertandang ke sini.

Iaitu individu RM 1, kereta RM 5 dan motosikal RM 2. Tambahan pula, sewaan pondok-pondok untuk separuh hari juga disediakan di sini serendah RM 15.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Pantai Senok

Pantai ala-ala Pulau Nami di Bachok

Alamat: 16020 Kota Bharu, Kelantan

Telefon: –

Pantai Senok
Sumber gambar: mohd sabri, Hata San, Faizal Angiu, Adly Shuib

Bagi anda peminat fanatik kdrama pastinya anda perasan Pantai Senok ini seolah-olah di mana ya? Ia mirip seakan-akan Pulau Nami di Korea yang pernah menjadi lokasi filem “Winter Sonata”.

Pantai ini diserikan lagi dengan ribuan pokok rhu yang begitu indah sekali. Jika anda nak feeling feeling seperti di Korea bolehlah bergambar di lokasi popular ootd ini!

Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam

D’Aur Beach Resort

Tempat rekreasi di Bachok

Alamat: 16310 Bachok, Kelantan

Telefon: –

D'Aur Beach Resort
Sumber gambar: KF, Rare Studio, Nor Aisya Saari

D’Aur Beach Resort nama sahaja resort tetapi ia merupakan tempat rekreasi di pesisiran pantai yang menarik untuk ootd.

Untuk masuk ke sini anda perlu membayar RM 5 bagi 1 keluarga atau 1 kenderaan. Pelbagai aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini seperti berkelah, family day, atv dan banyak lagi.

Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam

Inspirasi Kampung Aril

Hidden gems di Kelantan

Alamat: Pauh Lima, 16450 Melor, Kelantan

Telefon: –

Inspirasi Kampung Aril
Sumber gambar: Lim Hock Seng (kbguy), Kian Hun Tan

Pernah dengar tempat menarik di Bachok Kelantan iaitu ‘Inspirasi Kampung Aril’? Jika ya dan tidak jawapan anda, ini merupakan hidden gems di Kelantan tau!

Ia memiliki pemandangan yang cukup indah dihiasi hiasan-hiasan pada jambatan dengan view bukit dan sawah padi.

Tercetusnya nama tempat ini adalah daripada 5 orang penduduk kampung yang bergotong-royong membina tempat ini.

Manakala nama ‘Aril’ adalah bersempena nama ketua kampung ketika itu iaitu Tok Aril.

Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (8am – 7pm)

Pantai Melawi

Pantai dengan tarikan jambatan di Bachok

Alamat: Alamat: Pusat Transformasi Bandar (UTC), Lot 378, Jalan Hamzah, Seksyen 16, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Telefon: –

Pantai Melawi
Sumber gambar: nazif JT, HASIMAWATI HASHIM, hasliza hassan, Kar Chon Soo

Pantai Melawi yang indah ini diserikan lagi dengan jambatan yang mampu menarik kehadiran ramai pengunjung ke sini.

Jambatan yang disediakan ini menyediakan view yang menarik untuk anda ‘kaki ootd‘.

Selain itu, pantai ini cukup strategik kerana terdapat senarai resort di Bachok Kelantan dan chalet murah di Bachok Kelantan.

Tambahan pula, pantai ini juga menjadi tempat nelayan berlabuh dengan tangkapan hasil laut yang segar-bugar.

Lihat peta | Waktu operasi: 24 jam

AdeliAz D’Village Guest House

Homestay di Bachok

Alamat: PT 1439, Jalan Harmoni 6, Jelawat, 16300 Bachok, Kelantan

Telefon: –

AdeliAz D'Village Guest House
Sumber gambar: ADELIAZ D’VILLAGE GUEST HOUSE, BACHOK.

Anda mencari homestay berdekatan UMK Bachok? Terletak hanya 10 minit dari UMK Bachok menjadikan homestay ini pilihan yang sesuai.

AdeliAz D’Village Guest House juga terletak strategik berhampiran pantai-pantai popular di Kelantan. Homestay ini menyediakan 2 unit rumah banglo yang mempunyai 4 bilik bersama private pool

Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam

loading...