loading...

Thursday 30 November 2023

“Engsem! Pandai Joget,” – Ramai Perempuan Puji Bhaiya Petron Menari Hindustan Lembut

Tiktok merupakan aplikasi untuk hiburan, pembelajaran atau platform jual beli menerusi Live.

Begitulah akaun Tiktok petrol pam Petron yang cuba menghiburkan orang ramai menerusi konten-konten bersahaja mereka.

Tapi ada satu video konten Petron yang menunjukkan pekerja asing menari-menari hindustan dengan pergerakan sangat lembut.

Tengoklah video bhaiya tu menari dekat bawah ni. Memang sama dengan Hirthik Roshan!

“Memang smooth dance,”

Menjengah ke ruangan komen, kami dapati kebanyakan komen dari wanita sangat teruja melihat bhaiya Petron menari,

Malah, ada yang nak datang ke Petron tersebut untuk melihat bhaiya tu menari semata-mata. Bahaya betul tu, ehek!

“Kita kena follow ok,”

Dalam banyak-banyak komen perempuan yang teruja dengan tarian bollywood dari bhaiya tu, ada satu komen dari pandangan sisi lelaki yang menarik perhatian kami.

Salah satu komen tersebut menasihati agar para suami ikut bila isteri nak isi minyak dekat petrol pam Petron. Kelakar la netizen ni, ada saja!

Apa pun, para suami dan boyfriend korang kena hati-hati dengan pasangan korang bila dekat pam Petron ihiks!

Thursday 23 November 2023

Pernah Terfikir Tak Macam Mana Sesebuah Hotel Mencapai Standard 5 Bintang?

Bila booking hotel, kebanyakkan antara kita inginkan kebersihan dan harga bilik hotel yang berbaloi untuk didiami tidak kira untuk satu atau dua malam.

Bukan tu saja, pasti ada juga yang memilih kemudahan hotel yang sesuai dengan ahli keluarga, misalnya kolam atau kawasan bebas merokok.

Jadi, baru-baru ini kami menemu bual RI Sugu, General Manager Hotel Double Tree By Hilton di Damai Laut apakah piawaian sesebuah hotel untuk mencapai tahap 5 bintang?

Menurutnya, bagi memenuhi standard hotel 5 bintang adalah sesebuah hotel itu perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MOTEC.

Banyak aspek yang perlu dititik beratkan untuk mencapai tahap 5 bintang antaranya jumlah bilik, kemudahan yang ada di sekitar hotel seperti kolam mandi, spa, gym, taman permainan, tempat khas OKU, gelanggang tenis yang mana tidak semua hotel ada kemudahan ini.

Bukan itu saja, barang kemudahan yang disediakan di dalam bilik mandi dan bilik tidur seperti jenis sabun, katil, lampu dan banyak lagi elemen yang berkait untuk dapatkan standard hotel 5 bintang.

Sugu

Eforea SPA

Bercakap tentang spa, kami yakin tak semua hotel menyediakan perkhidmatan spa dan apa yang menarik tentang spa mereka adalah semua pekerja yang mereka ambil mempunyai sijil.

Malah, menurut Encik Sugu, pihak Hotel Double Tree by Hilton Damai Laut membuat kerjasama dengan kolej komuniti untuk dapatkan pengalaman selepas habis belajar.

Jadi kami berpeluang merasai sendiri servis skrub dan urutan badan dari Eforea Spa, memang badan kami rasa sangat segar selepas badan di urut dan di skrub.

Kalau korang nak tahu lagi spa mereka terbahagi kepada empat bahagian iaitu tiga untuk single dan satu untuk couple.

Setiap satu bilik mempunyai namanya tersendiri iaitu Juniper, Sage, Pine dan Neroli. Malah, ada juga urutan khas untuk bahagian kaki dan bahu sahaja.

Paling best lagi, Eforea spa menggunakan produk Krestin Florian yang hanya boleh didapati di Singapura saja.

Memang sangat sesuai untuk anda yang inginkan tempat yang tenang, jauh dari hiruk pikuk bandar atau lebih tepat, healing.

Jangan risau yang ada anak tu sebab dekat sini terdapat banyak kemudahan untuk anak kecil misalnya Kid’s Club dan juga kolam renang penuh dengan taman permainan.

Dari review jujur dari lubuk hati kami, kami sarankan korang pergi dekat sini untuk rasai sendiri keseronokkan dan ketenangan kemudahan yang disediakan.

Wednesday 22 November 2023

“Geli Seh Tengok…” – Netizen Tegur Video Joget Fasha Sandha

Siapa je tak kenal dengan pelakon jelita, Fasha Sandha yang sentiasa memberi lakonan hebat apabila diberikan sesuatu watak.

Tapi bukan itu yang menjadi perhatian kami tapi menerusi satu posting video yang dimuat naik oleh Fasha yang menunjukkan dia sedang menari untuk mempromosikan suplemen keluarannnya.

“Geli pulak tengok dia ni…” – netizen

Pada bahagian posting tersebut kami melihat bahagian komen dibanjiri dengan teguran meminta Fasha berubah dan tidak menunjuk-nunjuk apabila bentuk badan sudah berubah.

Lebih teruk lagi apabila ada yang mengatakan geli melihat gaya Fasha yang terbaru ini dan ada yang mengajak supaya Fasha memakai pakaian yang lebih sopan.

Apa pun niat Fasha, kami doakan yang terbaik untuk Fasha.

Friday 17 November 2023

Pertama Di Malaysia, TGV IMAX Guna Sistem Laser!

Siapa je yang tak pernah pergi tengok wayang? Tipulah kalau kata tak pernah walaupun sekali kan.

Jadi apa yang kami nak ketengahkan sekarang ni adalah teknologi yang digunakan oleh salah satu panggungwayang terbesar, TGV.

TGV guna sistem baru, sistem laser

Pada 5 Oktober lalu, pihak mereka telah membuat perlancaran tentang sistem dan audio yang mereka gunakan iaitu sistem laser dan 12 saluran audio pada sesebuah panggung.

Jadi kami berpeluang unutk melihat dan merasai kehebatan sistem laser serta audio 12 saluran ini.

Apa yang kami boleh katakan, memang sangat best sebab visual yang dipaparkan di skrin sangat berpuas hati.

Warna skrin yang lebih terang dan visual yang lebih jelas kerana resolusinya mencapai 4k menjadikan layar skrin menjadi lebih hidup.

Anda boleh tonton video kami di bawah mengenai lebih lanjut tentang sistem baru dari TGV ini.

Nak dapatkan pengalaman merasai sistem baru dari TGV? Boleh pergi ke TGV Pavillion Bukit Jalil. Jom kita weekend ni set ramai-ramai pergi serbu TGV hehe

Thursday 16 November 2023

“Rasa Geram & Rasa Annoying Dengan SS,” – Pemergian Suhaimi Saad Menjadi Bualan Netizen

Siapa je tak kenal dengan Suhaimi Saad yang mempercayai bumi ini rata dan pernah menjadi pendebatan besar sehinggakan Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muzafphar tampil membuktikan bumi ini bulat.

Kini bekas anggota kumpulan nasyid In-Team yang lebih dikenali SS telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor.

“Dulu…”

Kematian SS telah menjadi bualan ramai orang ketika dirinnya hidup. Antaranya penulisan dari Hasniliza Istihat yang mengaku dirinya geram dan annoying dengan arwah SS ketika dia hidup tentang beberapa perkara.

Tapi, ada satu masa yang membuat dirinya terjentik untuk menerima dan menghormati cara pemikiran arwah SS selagi ajaran yang diberikan pada keluarga berpandukan ajaran Islam.

“Pesanan terakhir Allahyarham Suhaimi Saad..”

Ada juga yang post minta apa-apa pasanan baik dari SS ambil untuk dijadikan teladan dan mendoakan dosanya diampunkan.

“Arwah kelakar dengan bini dia…”

Ada juga yang memuji personaliti SS yang menghiburkan kerana sering menceriakan pasangannya, Ina Naim menerusi TikTok Live mereka berdua.

Sebenanrnya banyak lagi netizen cakap benda baik tentang Suhaimi Saad, kalau min nak senaraikan memang sampai esok tak habis tulis artikel.

Jadi min doakan arwah dirahmati Allah dan ditempatkan bersama dengan orang beriman.

Tuesday 14 November 2023

“Mira Bukan Nak Aibkan Suami….” – Apa Jadi Hubungan Aamyra Rosli Dengan Amar?

Selepas mendirikan rumah tangga, memang jarang kita dengar gosip dari pasangan secocok, Amar Baharin dan Aamyra Rosli.

Malah, Amyra mengambil langkah untuk mengubah penampilannya menjadi lebih sopan dengan memakai pakaian yang menutup aurat.

“Amar baik..”

Tapi bukan itu yang menjadi topik utama kita dalam artikel ini tapi mengenai satu hantaran video posting menerusi Instagram milik Aamyra Rosli.

Dalam video tersebut Aamyra meluahkan sesuatu terjadi antara dia dan Amar yang tidak seperti selalu dan terpaksa berlakon biasa apabila depan anak-anak.

Jom tonton video di bawah untuk dengar penjelasan lebih lanjut dari Aamyra.

Siapa terkena tu, min mintak maaf sebab min pun tadi terkono! Muahahaha apa pun semoga hubungan Amar dengan Amyra kekal sehingga jannah.

Monday 13 November 2023

Ramai Lelaki Nak Masuk Minang Siti Bainun Lepas Berat Badannya Turun 60 KG

Siapa je tak tahu isu Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang dikatakan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down, dikenali sebagai Bella.

Kisah itu menjadi bualan satu Malaysia lebih-lebih lagi susuk tubuh Siti Bainun sangat gempal ketika ditangkap dan dihadap ke mahkamah untuk dibicara.

“Nak masuk minang,”

Tapi selepas 6 bulan Bainun di penjarakan, semalam dia dibawa keluar untuk sesi rayuan mahkamah.

Wartawan yang sedang menunggu Siti Bainun di luar perkarangan mahkamah, sempat mengambil gambar susuk tubuhnya yang terbaru.

Kelihatan lebih kurus berbanding 6 bulan lepas dan difahamkan menerusi satu portal, terdaulu Siti Bainun mempunyai berat 150kg dan kini telah turun sebanyak 60kg.

“Cantik dia ni sebenarnya…”

Bagaimanapun ada juga yang memuji kecantikkan Bainun dan mengharapkan bukan saja fizikal saja yang berubah tapi personalitinya juga.

Apa pun kami doakan segala perbicaraan Bainun berjalan lancar.

“Lepas Minum Terus Jadi Neelofa,” – Netizen Jawab Kelebihan Air Mineral Keluaran Neelofa

Siapa je tak kenal dengan usahawan hebat, Neelofa yang mula membawa jenamanya dari bawah hingga dikenali ramai.

Kini jenamanya bukan saja mengeluarkan pakaian dan aksesori wanita urban tapi ada juga jenama lain berminat untuk berkolaborasi dengannyan, antaranya air putih MOMA.

“Apa kelebihan air ni?”

Tapi bukan itu yang menjadi topik utama. Apa yang menarik perhatian kami adalah jawapan yang diberikan oleh netizen pada satu persoalan tentang kelebihan air ini.

“Tahniah Neelofa!”

Dalam masa yang sama, ramai peminat membanjiri komen dengan menumpang gembira melihat perniagaan Neelofa kini sudah berkembang maju.

Ada-ada saja lah netizen ni kan, kelalar! Apa pun, kami doakan segala perancangan dan urusan Neelofa berjalan dengan lancar.

Thursday 9 November 2023

“Faz Tentukan Siapa Faz Berkawan & Tidak” – Fazura Bagi ‘Hint’ Tolak Berdamai Dengan Neelofa?

Petang semalam media kecoh dengan topik usahawan terkenal, Neelofa ingin membuka ruang berdamai dengan pelakon jelita, Fazura setelah hampir 13 tahun konflik mereka tidak diselesaikan.

Neelofa turut mengatakan keputusan ini dibuat berikutan sudah mempunyai kehidupan sendiri dan dia percaya Fazura juga akan berbuat perkara yang sama kerana Fazura tak cari pasal atau cakap apa-apa soal dirinya tapi hanya netizen yang mengapi-apikan mereka berdua.

“Naratif ‘Perang Dingin’ “ – Fazura

Berikutan itu, Fazura memuat naik satu posting video rakaman sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharunya, TrullyDolly baru-baru ini.

Soalan yang dilemparkan oleh wartawan tersebut mengatakan terdapat peminat dari Neelofa memuat naik status aplikasi TikTok berbaur sindiran tentang penampilan Fazura memakai hoodie dan topi di kelab malam.

Bagi soalan wartawan tersebut, Fazura kelihatan sangat bersahaja dalam menjawab soalan tersebut dan dia tidak menafikan hal tersebut cuma dia bertanya kepada orang ramai, sampai bila perkara ini akan berkesudahan?

#enoughisenough – Fazura

Tidak cukup dengan itu, Fazura turut menjelaskan dalam tulisan posting video tersebut dengan lebih terperinci tentang apa yang dia rasa dan apa tindakannya.

Menurutnya, tidak pasti apa niat individu tersebut tapi atas izin suami dia ada hak sendiri untuk tentukan siapa dirinya sesuai berkawan dan tidak.

“Jangan dengar cakap wartawan,”

Menjengah ke ruangan komen rata-rata memberi nasihat kepada Fazura supaya berdamai dengan Neelofa dan abaikan soalan-soalan yang ditumbulkan dari wartawan.

Apa pun kami doakan dua invididu hebat ini dapat berbaik semula untuk menaikkan lagi kehebatan seni tanah air dan ekonomi negara memandangkan dua-dua usahawan hebat.

Bayangkan kalau jenama Fazura dan Neelofa bergabung, tak ke boleh tembus pasaran luar? Nama besar dua individu ni. Jadi, kita doa yang baik-baik ya?

Wednesday 8 November 2023

Tahun Ke-3 Pemergian Ashraf Sinclair, BCL Masih Lagi Kekal Setia Sambut Anniversary Mereka

Wanita yang mencintai suaminya pasti merasai kesedihan yang dialami Bunga Citra Lestari (BCL), lebih-lebih lagi kehilangan tersebut berlaku secara tiba-tiba.

Memperlihatkan gaya hidup BCL sekarang, dia sangat sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan membesarkan anak tunggalnya, Noah.

“8 November”

Tapi dalam kesibukkan dirinya, BCL tidak lupa tarikh penting arwah suaminya seperti hari jadi dan ulang tahun perkahwinan mereka.

Kini sudah masuk tahun ketiga dan BCL masih setia pergi ke tempat persemadian Ashraf untuk menyambut ulang tahun perkahwinan dia dan suaminya.

Apa pun kami doakan cinta dan kasih mereka kekal sehingga jannah dan Noah dapat jadi pelindung ibunya sepanjang ketiadaan ayahnya.

loading...