loading...

Wednesday 1 July 2020

Bertahan Hanya 2 Tahun, Laudya Cynthia Bella Dan Suami Bercerai

Takziah kepada dua pasangan ini kerana tidak lagi mampu mempertahankan rumahtangga mereka. Namun, apa yang berlaku mungkin ada sebab tertentu yang sudah di tentukan oleh yang Maha Esa.

Selepas beberapa bulan isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan, artis tersohor Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella mengakui sudah berpisah dengan suaminya Engku Emran.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik-baik,” kata selebriti berusia 32 tahun itu menerusi laporan Kompas.

Walau bagaimanapun, beliau yang lebih mesra dipanggil Bella tidak menjelaskan tarikh sebenar mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

Memetik laporan Astro Awani pula, pelakon filem Di Bawah Lindungan Ka’bah itu berkata mereka telah cuba sedaya upaya menyelamatkan rumah tangga tersebut namun jodoh tidak berpanjangan.

“Dua tahun beliau menjadi suami saya. Banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat. Insya-Allah hikmah, pembelajaran semua yang saya dapat ini…
“…bisa saya jadikan bekal, bisa saya simpan untuk saya menjadi wanita yang Insya-Allah bisa jauh lebih baik lagi, amin,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan berkenaan disatukan sebagai suami isteri pada 8 September 2017 dalam majlis tertutup di Kuala Lumpur.


Engku Emran pernah berkahwin dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya.

Semoga apa yang berlaku kepada pasangan ini menjadi pedoman dan pengajaran bahawa bahagia kadang kala bukan datangnya dari seorang manusia. Kerana bahagia itu datangnya dari Allah S.W.T

The post Bertahan Hanya 2 Tahun, Laudya Cynthia Bella Dan Suami Bercerai appeared first on Aliff Channel.

loading...