loading...

Friday 30 June 2017

Pemuda Ini Ziarah Kubur Ayahnya Pada Hari Raya Buat Netizen Terkejut Malah Ada Yang Mengecam Tindakannya

Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan juga kepercayaan masing-masing. Mungkin agak unik di Sabah dan Sarawak mereka sangat bertoleransi malah saling hormat menghormati antara agama masing-masing.

Ada juga di mana anak-anak sudah menerima Islam manakala ibu bapa masih lagi beragama asal. Namun ianya tidak menjadi masalah di atas rasa hormat kepada agama itu sendiri. Mungkin ada segelintir keluarga yang tidak boleh menerima anak mereka kembali kepada ajaran Islam.

Terbaru, seorang lelaki Putra Rayyan Firdaus Marcellus menjadi bualan netizen apabila beberapa keping gambarnya menziarahi pusara ayahnya menjadi trending di laman sosial. Apa yang menarik perhatian netizen ialah Putra Rayyan adalah seorang Islam manakala ayahnya pula beragama Kristian. Jom baca perkongsian dari pemuda ini.

Hanya sempat ziarah pusara ayah pd raya ketiga..hanya airmata kerinduan tuk ayah nun jauh d sana. No matter what. Aku tak kisah apa jua kecaman org luar. Dia adalah ayah aku. insan yg membesarkan dan melindungi aq dri kcil. 
 
Walau berlainan agama namun kami tetap satu. Dia juga insan yang banyak mendorong aku, mengasihi aku. 
 
Yang suka mengata tidak berada dalam situasi aku. Walau apa terjdi kasih dan sayang aku tak pernah berubah.
 
Missed u so much dad.

Rata-rata netizen memuji sikap pemuda ini walaupun berlainan agama masih tetap menghormati ayahnya yang sudah tiada. Segelintir netizen juga ada yang mengecam. Ada juga berkongsi kisah yang sama seperti pemuda ini.

“Simple. Both my grandparents also christians, every year ziarah je kubur kristian. Xde apa2 masalah. Mixed race family have higher tolerance. Org kecam2 ni tolong la luaskan minda sikit. Xde salah mane pn, its respect!” tulis Fer’re Azmi.

Muhammad Faiz pula menulis “Org yg bukan beragama islam pn tahu menghormat ibubapa mereka walaupun anaknya sudah muallaf.. kita yg dh lahir mmg islam nie siap ada anak tinggalkan kt umah org tua la.. tinggal kt bas stop la.. pukul diorgla.. apalah nk jd..Anak2 akhir zaman nie pelik2 perangai..”

Walau apa pun kata orang, semoga kisah pemuda ini dapat dijadikan pedoman dan iktibar. Ambil yang positif dan tak perlu kecam mereka

Thursday 29 June 2017

“Ayah, Kenapa Dia Pakai Benda Atas Kepala Tu (Tudung)”, Jawapan Mat Salleh Ini Kepada Anaknya Patut Dijadikan Contoh Oleh Semua Orang.


Apa yang anda akan katakan kepada anak anda sekiranya mereka tiba-tiba bertanya mengenai hal-hal sensitif seperti agama dan perkauman yang menimbulkan perasaan ingin tahu mereka?

Kebanyakan ibu bapa buntu apabila anak-anak mereka bertanyakan soalan seumpama itu malah ada juga yang menjawab sekadar melepas batuk di tangga dengan jawapan ‘Biarlah dia”, “Jangan sibuk hal orang”, “Jangan tiru dia tu” dan lain-lain.

Sekiranya anda menjawab dengan jawapan sebegitu, ia secara tidak langsung akan meninggalkan impak negatif dalam diri anak anda kerana soalan yang ditanya mereka itu seolah-olah satu benda yang negatif walhal ia cuma satu pertanyaan.

Tapi, apa jawapan yang paling tepat untuk soalan sensitif seperti itu? Seorang jurnalis muslimah di Washington DC, Noor WazWaz, menceritakan pengalamannya terdengar perbualan seorang bapa dengan dua anak perempuannya di sebuah restoran di sana. Secara tiba-tiba, salah seorang dari anaknya itu bertanyakan soalan yang sensitif dan jawapannya membuatkan WazWaz tersentuh.

Ikuti kisah yang diceritakan oleh WazWaz.

“Saya sedang menikmati makanan di sebuah restoran dan ada seorang ayah duduk bersama dua anak perempuannya. Saya terdengar perbualan mereka. Anak-anaknya itu suka mengajukan soalan. Saya tertarik dengan perasaan ingin tahu mereka

“Salah seorang dari anak lelaki itu bertanya ‘Ayah, kenapa dia pakai benda atas kepala tu (tudung)?’. Ayahnya menjawab dengan satu jawapan yang membuat hati saya tersentuh.

“Dia berkata : ‘Dalam dunia ni ada banyak agama, budaya dan bahasa. Kita perlu belajar tentang mereka semua’

“Dia kemudian meneruskan perbualan dengan berkongsi pengalamannya ketika dia tinggal di luar negara dan belajar bercakap bahasa Spanish.

“Apa yang saya dengar itu mengingatkan saya dengan satu kajian Harvard yang berkata : ‘Kanak-kanak yang didedahkan dengan kepelbagaian kaum dilihat lebih cenderung untuk menerima perkara itu seawal umur 3 tahun, atau dalam masa beberapa hari sahaja

“Pengajaran kisah ini : Ini caranya anda mengajar tentang kasih sayang, penerimaan, memahami antara satu sama lain dan respek. Ia bermula pada umur yang muda. Kanak-kanak dengar dan meniru cara dan pandangan ibu bapa mereka. Anda adalah role-model mereka.”

Kisah yang disampaikan oleh WazWaz itu mendapat hampir 30,000 perkongsian dalam masa satu hari ia dimuat naik di Facebook. – Siakapkeli.my

Memalukan, Peninju MMA Wanita Yang Cantik Ini Terberak Ketika Bertarung

Insiden yang memalukan ini dialami oleh seorang peninju MMA wanita yang dikenali sebagai Justine Kish sewaktu beliau sedang bertarung dengan lawannya, Felice Herrig di UFC Fight Night 122.

Justine yang pada ketika itu sedang digasak dan mendapat pukulan bertubi-tubi oleh Felice sebelum beliau dilihat telah terberak di atas gelanggang.

Cecair yang berwarna coklat yang berada di atas gelanggang itu dapat dilihat dengan jelas keluar daripada bahagian belakang Justine yang pada ketika itu hanya memakai seluar dalam berwarna hitam.

Tidak cukup dengan insiden yang memalukan beliau sebagai seorang peninju MMA yang profesional itu, Justine turut diisytiharkan kalah kepada lawannya pada malam itu.

Namun, mujurlah Justine dalam mengendalikan isu ini dengan tenang dan masih mampu untuk berjenaka mengenainya.

Berikut merupakan rakaman yang diambil sewaktu insiden tersebut berlaku.

 


 Sumber

Wednesday 28 June 2017

Cara Pramugari Berlatih Sebelum Layak Bertugas Di Awan Biru

Bekerja sebagai pramugari adalah salah satu pekerjaan yang diinginkan oleh ramai wanita. Bukan apa, selalunya orang kerja akan nampak bangunan, kereta tapi pramugari pula dapat bekerja di awan biru. Menyaksikan awan awan yang dilintasi, burung burung melintasi, siapa tak seronok kan. Paling seronok apabila dapat terikut travel di dalam dan luar negara. Fuh, yang tu memang seronok.

Namun, walaupun bekerja sebagai pramugari di awan dipandang sebagai kerja yang diidamkan ramai wanita, tidak semua orang yang tahu proses sebenar latihan yang perlu dilalui oleh calon calon pramugari bagi membolehkan diri mereka terbang di awan biru.

Baru baru ini, sempena menyambut ulangtahun yang ke 70 pada tahun ini, Syarikat penerbangan Singapura, Singapore Airlines (SIA) telah sudi berkongsi dengan masyrakat di luar cara cara apakah proses yang perlu dilalui oleh calon calon pramugari sebelum layak dilantik pramugari yang sebenar.

SIA menjelaskan, untuk menjadi pramugari, calon pramugari akan diwajibkan menjalani latihan yang ketat selama 15 hari. Antara modul latihan yang dijalankan ialah latihan untuk tugasan dalam kapal, latihan keselamatan dan juga latihan asas untuk kemahiran peribadi.
1. Latihan Berjalan

Perkara asas yang perlu dijalani ialah menjalani  latihan berjalan. Latihan berjalan dilakukan dengan menaiki dan menuruni anak tangga. Yang mencabarnya apabila mereka melakukan tugasan itu dengan memakai baju kebaya.
2. Imbang, Senyum dan Tegak

Peringkat seterusnya ialah calon calon pramugari perlu melakukan latihan imbangan. Mereka perlu mengimbangi 18 gelas air yang mempunyai berat 3kg sehingga 5kg. Bukan pegang saja saja, tapi perlulah disertai dengan senyuman dan postur badan yang baik.

3. Pengendalian Makanan

Calon pramugari akan didedahkan dan perlu tahu menu menu  yang akan dihidangkan di dalam pesawat. Mereka juga perlu tahu bagaimana cara untuk menghidangkan setiap makanan mengikut standard SIA.
4. Latihan Asap

Dalam latihan asap, calon pramugari akan diajar latihan dan cara cara bagaimana mahu menyelamatkan diri serta penumpang sekiranya terjadi kebakaran di kabin.
5. Latihan kebakaran

Nampak mudah kan, tapi penting latihan ni. Kalau calon pramugari tak tahu macamana nak menggunakan alat pemadam api, alamatnya terbakar lah semua. Maka dalam latihan ini mereka akan diajar bagaimana mahu menggunakan alat pemadam api.
6. Kelas kecantikan

Salah satu latihan yang penting yang perlu dijalani calon pramugari. Kerja pramugari ni mestilah kena berhadapan dengan ramai orang, tambahan pula akan berjumpa dengan orang dari pelbagai negara. Jadi, perlu sentiasa kelihatan cantik, bertenaga dan bergaya kan. Dalam kelas ini mereka akan diajar bagaimana menggunakan makeup dan menggayakan baju kebaya.
7. Latihan Kecemasan

Dalam latihan ini, calon pramugari akan dilatih bagaimana mahu menggunakan gelongsor kecemasan. Selain itu, calon akan diajar bagaimana mahu menggunakan jaket keselamatan dan cara terapung dengan betul di permukaan air.

Wajah Wanita Ini Macam Umur 20 an, Tapi Umur Yang Sebenar Sangat Jauh

Dalam ramai ramai orang yang kita kenal, mesti ada salah seorang yang kita tengok wajah dia tak dimamah dek usia. Wajah nampak comel, muda je tapi umur sebenar jauh dari wajah. Hehe. Samalah macam gadis dari Taiwan ini. Sekali pandang je kita dapat agak umur dia dalam linkungan 20 an atau mungkin saja penuntut di mana mana universiti. Namun jangan salah sangka! Sebenarnya umur beliau ialah 42 tahun!

Fuhhh apa rahsianya nampak muda jauh berbelas tahun?? Wanita yang awet muda ini, Lure Hsu akan menyambut ulang tahun kelahirannya tidak lama lagi yang ke 42 tahun. Beliau merupakan bahan di internet yang mengejutkan orang dek kerana penampilan dan wajahnya persis anak dara.

Memetik laporan Daily Mail, permulaan beliau menjadi perhatian dan tular diinternet selepas ketika gambar beliau sedang menemani adiknya yang juga merupakan pelakon Taiwan, Sharon, 35, ke satu persembahan pada tahun 2015.

Lalu, Lureen yang juga seorang pereka hiasan dalaman ini semakin menjadi perhatian di media sosial. Berpuluh ribu orang yang mengikuti perkembangannya di media sosial.

Baru baru ini ada satu keping gambar yang dimuatnaik Lureen dan seperti biasa akan dikongsi oleh media sana dan memberi gelaran ppada Luhee sebagai ‘dewi yang terhenti usia’. Ambooih belum apa apa dah jadi dewi. Hehe.

Semasa ditemuramah dengan majalah Taiwan, Friday, beliau ditanya tentang soalan tentang awet muda  yang diamalkannya. Jawapannya mudah. Perbanyakkan minum banyak air putih, dan jangan lupa makan sayur sayuran. Selain itu, beliau mengelakkan minum minuman yang bergula dan hanya minum kopi O ketika bersarapan.

Untuk tambahan kecantikan, Lure akan mengambil vitamin dan makanan tambahan untuk kulitnya termasuk vitamin C dan kolagen

Wah! Kalau macamni rupa, satu hari  memang nak makan sayur dengan air putih ja! Hahaa

Dakwa Video Pengantin Nikah Secara Kristian Dan Syiah, Kakak Pengantin Beri Penjelasan

Beberapa hari yang lalu, seorang pengguna laman sosial Khaider dalam status Facebooknya telah memuat naik video pendek berdurasi 1 minit 18 saat yang menunjukkan saat pernikahan satu pasangan yang dilakukan secara berdiri dan ‘vow exchange’ dalam bahasa Inggeris.

Khaider dalam kenyataannya berbunyi:

Melayu akhir zaman…minta di jauhi Allah swt..memang neraka jahanam la tempatnye kita harap biya pihak jakim tolong siasat pekara ini…

Video berkenaan yang disalah anggap menjadi viral sekelip mata membuatkan seorang wanita yang mendakwa kakak kepada pengantin memberikan penjelasan.

Seorang wanita, Emyliana Nukman telah menghubungi pihak Astro Awani mengenai video pernikahan adiknya itu.

Menurut Emyliana, pernikahan adik perempuannya itu berlangsung di Melbourne, Australia. Adiknya telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan bersama saksi dan seorang kadi yang telah menetap di Australia lebih 20 tahun.

Selesai upacara akad nikah, kedua pengantin diminta untuk duduk berhadapan dan menyarungkan cincin antara mereka sambil kadi membacakan ikrar perjanjian atau lafaz ikrar yang mana di Malaysia kita guna perkataan “taklik” manakala di sana menggunakan perkataan “vow exchange” yang dilafazkan dalam Bahasa Inggeris. -Emyliana Nukman

Di akhir penjelasan, Emyliana memberitahu bahawa video berkenaan sudah lama berlaku dan menjadi viral kembali. Dia juga memberitahu bahawa keluarga mereka masih berpegang kepada ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Di akhir penjelasannya, Emyliana menyatakan rasa hairan kepada individu yang memuat naik status berkenaan selain meminta orang ramai untuk menyemak kesahihan cerita kerana bimbang berlaku fitnah.

Jadi buat pengkritik semua, sebelum menyebarkan suatu berita tolong semak kesahihan berita tersebut bimbang-bimbang berlaku fitnah. Tambahan lagi ini adalah video lama yang dimuat-naik kembali oleh netizens yang tidak tahu apa tujuan sebenar ia disebarkan. -Emyliana Nukman

Orang ramai diminta untuk tidak mempercayai satu sumber sahaja. Jangan mudah percaya kerana kebenaran kadang-kadang bukan pada video semata-mata.

Sumber Astro Awani

Jika anda ingin melihat upacara akad nikad yang diamalkan di Australia, bolehla melihat video di link ini FB Khaider

Tuesday 27 June 2017

Suami Baru Meninggal Dunia. Apa Aku Temui Di Laci Ofisnya Buat Aku Terus REBAH !!!

 Terima kasih admin sbb approve kisah aku ni. Nama aku Farhana. Suamiku kini telah tiada tetapi penyesalanku akan terus mengharu jiwaku, Ini adalah kisah benar di dalam hidupku. Seorang suami yang kucintai, kini telah tiada. Begitu besar pengorbanan suamiku pada keluargaku. Begitu tulus kasih sayangnya untukku dan anak-anakku. Suam#iku adalah seorang yang bekerja keras. Dia bersungguh-sung#guh berusaha membina kehidupan yang sebaiknya untuk kami sekeluarga. Kehidupan yang kami tempuh akhirnya adalah suatu yang lebih baik dari kebanyakan orang lain. Ianya adalah suatu yang kami rasa sudah leb#ih dari cukup.

Sekadar Gambar Hiasan. Hari ini, setelah suamiku tiada, aku kembali mengingatinya. Aku malah tidak dapat melupakannya. Aku merasa sangat berdosa ketika teringatkan bagaimana satu hari, suamiku pulang dari tempat kerjanya dan aku men#yambutnya dengan keadaan yang amat marah. Ianya suatu yang tidak sepatutnya. Mengenangkannya aku jadi m#alu sendiri. Aku tidak dapat maafkan diriku yang berkelakuan begitu terhadap seorang suami yang sangat baik. Bukan sekali dua sebaliknya itulah watakku terhadap suamiku. Panas baran, mengherdik, meleter dan memarahi suami adalah kebiasaaanku. ku masih ingat betapa aku memarahi suami malah menengkingnya hanya kerana dia lambat pulang untuk membawaku ke rumah ibuku yang mahu berangkat ke tanah suci. Aku sedar, suam#iku pada hari itu – seperti kebiasaaannya lambat pulang kerana urusan kerja. Dan aku pun tidak perlu tergesa-gesa sebab ibuku hanya akan ke tanah suci 5 hari lagi. Tetapi itulah watak diriku. Aku selalu menempelak suamiku bahawa dia lebih mementingkan kerjanya berbanding diriku sedangkan aku sangat yakin suamiku tidak melakukan apa pun melainkn demi untuk membahagiakan kami sekeluarga. Sepatutnya aku boleh bertolak ansur walaupun aku sudah berjanji dengan ibuku. Inikan suami ku. Dia lebih patut dan wajib aku utamakan dari ibuku!! Apapun aku sebenarnya dilanda cemburu. Aku bimbang suamiku dipikat oleh wanita lain di tempat kerjanya atau oleh kenalannya atau oleh siapa saja. Ianya berasas kerana sua#miku kacak dan menarik sedangkan aku sendiri terasa sudah mula berusia dan semakin tidak menarik. Wajahku pun bukanlah cantik. Hakikatnya aku tidak rela dimadukan. Aku tidak sanggup berdepan dengan situasi suamiku berkahwin lain. Aku lebih rela diceraikan daripada berkongsi suami dengan orang lain. Itulah akibatnya bila aku didorong nafs#u untuk bertindak sebegitu terhadap suamiku. Tapi kini aku tahu. Semua ucapan dan tindakanku selama ini salah dan hanya menjadi penyesalanku karena suamiku telah tiada. Setelah 2 hari kematiannya, seorang rakan kerjanya mengatakan padaku bahawa rupanya suamiku selalu membanggakan aku – isterinya dan anak-anaknya di depan rakan-rakan sekerjanya. Tidak ada yang negatif tentang diriku dan anak-anak melainkan semuanya hal-hal yang baik dan yang sangat dihargainya terhadap keluarganya. En Ramli, rakan sekerja suamiku itu berkata, “Abang Ha***** sangat positif orangnya. Beliau selalu menyebut bahawa keluarganya adalah suatu yang amat bermakna di dalam hidupnya. Sebab itu kami tengok dia sanggup bersusah payah demi kebahagiaan keluarganya”. Aku sedar, itulah diri suamiku. Aku memang mengenalinya begitu tetapi aku tidak mampu bermujahadah melawan nafsu. Akibatnya aku selalu menyakitkan hatinya. Ada saja yang aku bebelkan di depannya. Kada#ng-kadang ketika bersama jiran atau di depan keluarga pun, aku masih sanggup mengeluarkan kata-kata yang mengguris hatinya. Teruknya aku!! Kata En Ramli lagi’ “Abang Ha**** bukan jenis orang biasa. Jiwanya sangat kuat dengan Tuhan. Ibadahnya sangat dijaga. Dia merupakan seorang pemimpin di tempat kerja yang berwibawa. Kata-katan#ya dituruti, pandangannya dan buah fikirannya selalunya tepat dan dapat memberi penyelesaian atas apa saja masalah syarikat. Begitu juga, kami selalu mendapatkan nasihatnya kalau kami menghadapi masalah peribadi atau keluarga”. Aku pun tertegun, memang aku sepatutnya menghargai suamiku sepenuh hati melebihi orang lain. Tetapi apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Dia sudah pergi buat selama-lamanya. Aku menahan air mataku kare#na aku tidak ingin menangis di hadapan En Ramli. Aku sedih kerana penyesalanku sudah tidak bermakna. Jenis isteri apakah aku ini sebenarnya? Aku sesungguhnya hairan dengan sikap penyabar suamiku. Sabarnya luar biasa. Apa yang aku pasti, suamiku banyak menghabiskan malamnya dengan solat dan menangis. Cuma hatiku yang masih keras. Aku tidak berubah dari terus membentak dan memarahinya. Mungkin jiwaku yang sangat sensitif menjadikan aku tidak berupaya menahan rasa marah kalau hajatku tidak dilayan oleh suami. Pernah den#gan kasar aku menyuruh suamiku membancuh air minumnya sendiri. Aku malas, itulah alasanku. Sekarang, aku teringat betapa hancurnya perasaan suamiku ketika itu. Tapi dia memang manusia luar biasa. Dia hanya diam saja. Malah sambil tersenyum dia pergi ke dapur me#mbuat teh atau kopi yang dihajatkannya sendiri. Sedangkan aku sendiri sedar, sebagai ketua keluarga, aku tidak sepatutnya melayan suamiku sedemikian. Aku teringat kerapnya aku memarahi suamiku, dengan hamburan kata-kata bahawa dia selalu menyibukkan diri dengan pekerjaannya – sehingga tidak peduli dengan anak-anak. Namun itu semu#a salah. Ianya hanya sangkaan jahat dari seorang isteri yang jahat sepertiku. Mengejutkan bila En Ramli meninggalkanku dengan beberapa dokumen peribadi suamiku yang ada di dalam laci meja kerjanya. Ketika membacanya, aku tidak dapat menahan tangis. “Ke hadapan isteriku yang tersayang! abang telah disahkan mengidap sakit darah tinggi. Itulah penyebab abang selalu pening dan rasa hendak pitam. Abang bimbang dengan keadaan abang sebegini….. apapun kepada Tuhan abang berserah.. Abang akan berusaha menjaga kesihatan. Apa yang abang ingin sampaikan di dalam catatan ini ialah abang sangat mencintai sayang. Abang doakan sayang berubah menjadi isteri yang lebih baik dan solehah. Perjalanan kita masih panjang dalam mendapatkan kasih sayang Tuhan. Kita begitu memerlukan Tuhan. Keluh kesah, merungut dan mengeluh adalah tanda hati kita masih jauh dengan Tuhan. Sepatutnya sebagai hamba Allah, kita sangat merendah diri dan tahu untuk bersyukur atas segala nikmat Tuhan kepada kita. Bersikap redhalah dengan apa jua ketentuanNya. Itulah kebahagiaan kita yang hakiki. Sukalah abang nyatakan di sini: Apapun yang sayang lakukan terhadap abang, abang telah maafkan. Kalaupun abang tidak dapat berikan semua hajat dan hasrat yang diminta oleh sayang selama ini, tetapi abang hadiahkan keampunan dan keredaan dunia akhirat dari abang terhadap sayang. Jika abang pergi terlebih dahulu, sayang pasti tahu, tidak mudah bertemu dengan orang seperti abang di dunia ini! Mohon ampunkan abang dan redhalah dengan apa jua kelemahan serta kekurangan abang!! – suamimu Abdul **** Bin Haji Abdul *****. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!! Aku hanya mampu membiarkan air mataku mengalir semahu-mahunya. Aku menyesal tapi apakah lagi yang mampu aku berbuat melainkan sebanyak-banyaknya meminta ampun dengan Allah swt. Tidak ada lagi kebahagiaan atau keceriaan di dalam hidup#ku kini dan selamanya. Moga Tuhan ampunkan aku dan moga benar-benarlah aku berpeluang mendapat redha suamiku. Akhirnya aku berpesan kepada anda semua para isteri dan para suami; Untuk para suami, Jadilah seperti suamiku! Teruslah bersabar dengan karenah isteri. Kami memang dilahirkan tidak sempurna. Watak kami lemah dan mudah tunduk dengan godaan nafs#u dan syaitan. Jiwa kami mudah mengalah dengan kesempitan dan kesulitan walaupun ramai wanita pilihan yang berjaya menjadi wanita solehah atau wanita contoh. Kami hanya orang biasa. Sukarnya kami untuk merendah diri. Ampunkanlah kami dan teruslah pimpin kami. Didiklah kami dengan iman dan Islam. Bantulah kami untuk merasai kebesaran Allah swt. Kami perlukan suami yang tidak mudah putus asa dalam mendidik kami. Kami akan sanggup bersusah payah untuk membahagiakan suami jika nafsu kami berjaya dijinakkan oleh suami. Jadilah mod#el seperti suamiku di dalam rumah tangga kami (walaup#un aku sendiri tidak menghargainya sepanjang hidupnya) dan….. memang benar kata-kata suamiku, aku memang sukar mencari seorang lelaki sehebatnya di dunia ini!! Untuk para isteri, berubahlah apabila anda membaca kisah sedih aku ini. Kita para isteri yang kurang ajar dan menderhakai suami kita memang patut menerima keperitan dan kesakitan. Tuhan pasti aka#n menghukum kita dengan berbagai cara. Yang pastinya ianya perit untuk kita tanggung jika kita belum mampu mendidik nafsu kita. Bayangkan hukuman Tuhan di dalam kubur dan di akhirat!! Bagi yang masih ada suami, jadikanlah suami anda benar-benar sebagai pemimpin anda. Jadik#an beliau tempat anda merujuk dan bertanyakan panduan serta meminta pimpinan. Buanglah ego sejauh-jauhnya untuk tunduk berkhidmat setulus hati terhadap suami a#nda. Banggalah dengan suami anda kerana itulah jodoh yang telah disusun Tuhan untuk anda. Terimalah suami seadanya. Mungkin dia ada kelemahan tetapi kelemahan kita sebagai isteri berganda-ganda lagi banyaknya. Jadikanlah suami sebagai jambatan mendapatkan Tuhan menuju keselamatan dunia dan akhirat. Aku sebenarnya malu menyampaikan nasihat ini tetapi ak#u rasa didorong-dorong untuk menulis#kan sebagai tatapan orang lain. Semoga penyesalanku menjadi iktibar untuk orang lain. Tuhan ampunkanlah aku!!!! – Isteri yang berdosa. via Admin

Gara-Gara Minum Air Rebusan Jagung..Doktor Terkejut Lihat Apa Jadi !!!

Mengubati Darah Tinggi

Air Rebusan Jagung Boleh Mengubati Darah Tinggi Dan Merawat Diabetes . Air rebusan jagung sebenarnya berguna untuk merawat beberapa jenis penyakit, salah seorang daripada mereka adalah untuk mengubati tekanan darah tinggi / tekanan darah tinggi, kencing manis, merawat batu karang, batu karang menyembuhkan tekanan, dan untuk menghentikan tabiat kencing malam kanak-kanak.

1. AIR REBUSAN JAGUNG UNTUK MENGUBATI DARAH TINGGI

Bahan ini 5-7 diperlukah tongkol jagung muda dan 1 segelintir jagung sutera
Semua bahan yang direbus dengan air untuk 110 ml
Tekanan jagung kuahnya, dan minum setiap hari selama 7 hari. Mengubati Darah Tinggi

2. Air rebusan jagung untuk pesakit kencing manis

Rebus jagung tanpa mengeluarkannya dari pihak pemegang dan ia mengiktiraf taman kegunaan
Selepas minuman jagung memasak air masak dengan kerap sebanyak dua hingga tiga kali seminggu
Dengan ketekunan, anda akan berasa keputusan.

3. Air rebusan jagung berhenti kencing malam dalam rutin kanak-kanak

Bahan-bahan yang diperlukan 1 segelintir jagung sutera
Tuangkan minuman 1 cawan jagung dan jagung sutera teh sebelum tidur.
Elakkan penggunaan berlebihan jagung sutera, kerana membebaskan jagung rambut mengurangkan tekanan darah dengan menarik tempoh yang singkat.

4. Air rebusan jagung untuk merawat tekanan batu karang

Bahan diperlukah 4 tongkol jagung, jagung sutera dan meninggalkan 1 segelintir segar 8 keping porselin Keji.
Semua bahan-bahan yang direbus di dalam air 110 ml
Tekanan jagung kuahnya, dan minum setiap hari.
Apabila batu karang telah dikeluarkan (dalam bentuk buih, manik atau batu-batu kecil), berhenti penyembuhan.
Kemudian teruskan dengan herba dari misai kucing herba dan meniran.
Langkah-langkah untuk membuat, tuangkan mendidih daun misai kucing dan 30 gr meniran daun dengan air panas, kemudian minum air.

5. Air rebusan jagung untuk mengubati batu karang

Bahan Diperlukah The jagung cob muda 5 dan misai 5 g herba kucing segar.

Bahan sepenuhnya direbus dengan air 110ml.

Saring Sup jagung dan minum setiap hari selama 2 minggu. Mengubati Darah Tinggi

Monday 26 June 2017

Mengejutkan !! Penipuan Seorang Lelaki Menjaga Kekasihnya Ketika Koma Selama 8 Bulan,


Dalian, China: Tembelang seorang kekasih ‘sempurna’ akhirnya pecah apabila teman wanitanya sendiri mendedahkan teman lelakinya sendiri yang menyebabkan dia koma selama lapan bulan.

Liu Fenghe, 25, berikrar untuk menjaga dan setia di sisi kekasihnya, Lin Yingying, 22, setelah Lin koma akibat cedera parah di kepala pada 2014.

Kisah Liu menjadi viral dan mendapat perhatian media tempatan sehingga ada yang memanggilnya sebagai “model kekasih”. Difahamkan, Liu menggunakan wangnya dan juga turut meminjam wang dari rakannya untuk membiayai kos rawatan kekasihnya itu.

Namun semuanya terbongkar setelah Lin yang sedar pada Mei tahun lalu baru-baru ini mendedahkan penyebab sebenar dia koma adalah kerana dibelasah oleh Liu.

Selain itu, Lin juga turut berkata Liu turut beberapa kali mengugutnya.

Laporan dari Telegraph menyebut, Lin sudah sedar 10 bulan lalu, namun tidak menamakan siapa yang menyerangnya kerana terlalu takut dengan akibat yang bakal menimpanya.

Lin mendakwa Liu menjaganya selama 8 bulan disebabkan rasa bersalah dan bukannya cinta.

Setelah mengetahui perkara itu, Bapa Lin kemudian membuat laporan polis.

Pasangan tersebut menjalankan perniagaan bakeri dan Lin mendedahkan dia dipukul selepas bertengkar mengenai roti yang dibakarnya hangus.

Sumber: wartawan-jalanan

20 Gambar Haiwan Paling Bahagia Di Dunia

Perhatikan betul-betul dan cuba jangan senyum setelah melihat gambar dibawah. Inilah koleksi terbaik gambar gambar haiwan dengan senyuman paling comel yang anda belum pernah lihat.

1. Ikan pertama senyum depan kamera

2. senyuman anjing paling ‘over’ setakat ini

3. suka sambil menguap. ops!

4. senyuman di pagi hari

5. senyum cute!

6. hahahahaha…

7. senyumlah…

8. hai yang disana…

9. senyuman tak perlu kata apa-apa

10. senyuman teruja

11. senyum terpaksa

12. Senyum senyum hamster

13. Senyuman katak paling manja sepanjang zaman

14. senyum sampai ke mata

15. kenyit skit

16. Sambutan ulang tahun yang ke 66

17. gelak apa tu?

18. pandai ikan pari ni bergambar

19. Syoknya main salji

20. Comel kura kura ni senyum

Yang mana nampak paling comel?

loading...