loading...

Wednesday 24 January 2024

Dikatakan Demi Content, Tular Satu Video Anak-Beranak Bersilat Di Tanah Suci Mekah

Terdahulu tular apabila individu dari salah satu parti di negara India menjejakkan kaki di tanah suci.

Video tersebut mencetuskan kemarahan dan pertikaian dalam kalangan umat Islam.

“Mana adab segelintir manusia ni?”

Tapi kini lain pula cerita apabila salah seorang pengguna tiktok, @atherabbastiktok memuat naik satu video.

Video tersebut menunjukkan persembahan silat dari dua orang kanak-kanak dan seorang dewasa di tanah suci.

Rakaman video tersebut kemudiannya dibahaskan di media sosial twiter kerana dikatakan tidak mempunyai adab.

“Demi sebuah content…” – netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa tidak setuju dengan apa yang dilakukan kerana merosakkan imej dan serta menjejaskan kedudukan orang Malaysia.

Apa pun, kalau nak viral dan famous sekali pun elakkan dari melakukan perkara yang memburukkan keadaan.

Biarlah kita viral dengan perkara yang baik-baik.

Sunday 21 January 2024

“Bos Maki Aku,” – Shuk Sahar Buka Pekung Kisah Dirinya Dibuang Dari Radio Era

Siapa je tak kenal dengan pelawak, Shuk Sahar yang pernah mewarnai hari-hari kita semua menerusi rancangan lawaknya dan corong radio.

Malangnya, awal tahun 2021 dirinya sudah tidak lagi berada dalam dunia radio kerana pihak HotFm menamatkan kontraknya.

Apa yang menarik perhatian kami apabila Shuk membuka cerita bagaimana pihak radio Era memberhentikan dirinya suatu ketika dulu. Memang legit wei!

“Tak bertanggungjawab..” – netizen

Seperti biasa, kami menjengah ke ruangan komen melihat apa yang netizen kata.

Rata-rata ramai yang menghentam Shuk kerana tidak amanah dan bertanggungjawab ketika bekerja.

Biasalah mengenangkan sikap kita dahulu kan, apa pun jadikan pengajaran.

“Bila Nak Pregnant?” – Aisyah Hijanah Minta Semua Wanita Elak Terasa Dengan Soalan Ni

Sejak isu Aisyah Hijanah diduakan suaminya, Alif Teega, susuk tubuh influencer media sosial ini terus menjadi perhatian kebanyakan wanita kerana turut tempias dengan apa yang dilaluinya.

Tapi bukan itu yang kami nak ketengahkan, apa yang menjadi perhatian kami apabila usahawa tudung jenama Hijanah Haul memuat naik satu posting menrusi akaun instagram miliknya.

“This question is so common,” – Aisyah

Posting tersebut berkaitan tentang soalan “Dah ada isi ke? Bila nak pregnant?” yang sudah terbiasa dalam kalangan masyarakat melayu sebelum memulakan perbualan.

Menurut pandangan Aisyah, dia percaya soalan ini bukan untuk niat memerli atau menggasak para wanita mengandung tapi hanya untuk memulakan perbualan.

Dia faham soalan itu merupakan soalan sensitif bagi para wanita yang belum lagi dikurniakan zuriat tapi dia yakin, soalan itu hanyalah soalan saja selepas menimang anak.

Dalam masa yang sama juga dia pesan kepada semua orang elakkan terus mengandung selepas tiga bulan bernikah kerana bagi yang tidak mempunyai anak lagi, itu adalah ruang dan rezeki untuk meluangkan masa dengan suami.

“Isu sensitif ni ulas di balas..” – netizen

Menjengah ke ruangan komen, nampaknya ramai para wanita kurang selesa dengan apa yang dicoretkan Aisyah.

“Jangan mudah koyak sangat adik-adik,” – netizen

Tapi ada juga yang menyokong apa yang dipesan oleh Aisyah kerana mereka pernah melalui fasa tersebut.

Apa pun, min doakan semua wanita yang dah berkahwin dikurniakan zuriat yang sempurna sifatnya, soleh dan solehah.

Thursday 18 January 2024

“Satu Penganiayaan Buat Saya,” – UiTM Tamatkan Kontrak Peniaga Kecil Secara Mengejut

Pernah ketika dulu kecoh satu majlis perkahwinan adik kepada pegguna akaun Tiktok @abangsoyaaa ditipu oleh katerer.

Disebabkan itu mereka sekeluarga bersama beberapa kenalan luar bergotong-royong masak untuk tetamu bagi menjayakan majlis tersebut.

Selepas beberapa bulan berlalu, dia mengalami ujian lagi tapi sedikit berbeza apabila dirinya sendiri diuji apabila kontrak perniagaannya ditamatkan oleh pihak UiTM Segamat.

Menurutnya perniagaannya baru saja sebulan lebih tetapi terpaksa ditamatkan atas sebab tidak diketahui. Jom kita lihat penjelasannya menerusi akaun Tiktoknya di bawah.

@najmudin.shukor

Terima kasih uitm segamat untuk peristiwa ni. Terima kasih juga beri peluang saya meniaga sebulan lebih. Saya tak tahu pihak atasan yang mana terminate saya, cuma saya berharap agar semua ni takkan berlaku pada alumni uitm yang lain. Cukup saya seorang sahaja jadi mangsa. Terima kasih untuk segalanya. #abangsoya #uitmsegamat

♬ original sound – ABANG SOYAAA – ABANG SOYAAA

“Politik kuat dalam UiTM ni,” – netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengeluarkan kenyataan tentang pengalaman mereka berurusan dengan UiTM.

“Sabar dik..” – netizen

Dalam masa yang sama ramai juga turut mendoakan pengguna tersebut supaya dimudahkan urusan dan diberikan rezeki yang lebih luas di luar.

Apa pun kami doakan yang terbaik bagi dua-dua pihak. Kita tak dengar pihak UiTM, jadi jangan kita membuat kesimpulan dengan cepat.

Sofyank Tak Lokek Ilmu Kongsi Cara Edit Video Background Tanpa Guna Greenscreen

Siapa je tak kenal dengan Sofyank atau nama sebenar, Muhammad Sofian Abdullah yang sudah melebar sayap dengan ‘ilmu’ kurniaan Ilahi sehingga membawanya ke mata dunia.

Dengan kelebihan yang dimiliki Sofyank pasti ramai individu ingin tahu bagaimana cara beliau menyunting video dengan hebat lebih-lebih lagi hasil video terbarunya sangat smooth.

Mana tidaknya, Sofyank sunting latar belakang tanpa menggunakan skrin hijau dan hasilnya kelihatan sangat real! Memang ramai tertipu la ni dengan hasil kerja Sofyank.

“Tak faham tapi saya baca je la,” – netizen

Menjengah ke ruangan komen ramai yang mula bertanya pelbagai soalan pada Sofyank tentang suntingan dan dia tidak lokek berkongsi ilmu dengan menjawab segala soalan.

Ada juga yang kata tidak faham apa yang diterangkan oleh Sofyank tapi mereka tetap merasa kagum dengan hasil akhir video tersebut.

Apa pun kami doakan Sofyank lebih maju di masa akan datang.

Wednesday 17 January 2024

“Terima Kasih Tuanku Memayungi Kami Semua,” – Ucapan Dari Muaz Buat Netizen Terharu

Kecoh di media sosial apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Sri Pentas.

Lebih mendapat perhatian umum apabila mereka berdua membuat penampilan di Buletin Utama TV3 untuk menyampaikan berita tentang kedatangan mereka di sana semalam. Comel kan!

“Memayungi kami semua,” – Muaz

Mereka juga membuat kunjungan ke konti radio untuk ke udara. Mana boleh siaran TV je dapat lawatan kan, mestilah konti radio juga ihiks!

Apa yang tejadi dalam konti berjaya menarik perhatian kami apabila penyampai radio Kool 101, Muaz memberi ucapan kepada YDP ketika mereka beransur pulang.

Ucapannya berbunyi, “terima kasih juga kepada tuanku sebab memayungi kami semua. Kami semua sangat terharu dan juga gembira dengan kehadiran tuanku,”

Respon dari netizen

Menjengah ke ruangan komen ramai yang memuji kata-kata dari Muaz bagi pihak rakyat seluruh Malaysia.

Apa pun, kami juga turut rasa terharu apabila mendengar susun kata dari Muaz. Terima kasih Muaz menyampaikan apa yang kami rasa.

Tuesday 16 January 2024

“Macam Ni Rupanya Lauk Orang Kaya,” – Antara Menu Hidangan Di Majlis Putera Mateen

Pernah terfikir tak macam mana menu makanan ketika majlis kerabat diraja dilangsungkan?

Adakah jenis lauk dan menunya sama seperti majlis-majlis rakyat marhaen?

Jawapan ini dibongkarkan oleh Suruhanjaya Tinggi British – Brunei, John Virgoe menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam masa yang sama juga. sepupu kepada Mateen ada memuat naik senarai menu ketika majlis pasangan pengantin tersebut menerusi akaun IG Story miliknya.

Salad Ketam Alaska dengan Iranian Kaviar.

Gambar tersebut kemudiannya disebarkan menerusi laman twitter oleh pengguna twiitter @arfdy12.

Semua menu nampak sedap dan bertaraf 10 bintang! Berapala pihak istana belanjakan duit hanya untuk makanan tetamu saja.

“Portion food testing” – netizen

Seperti biasa, menjengah ke ruangan komen banyak netizen mengeluarkan pendapat mereka sendiri tentang menu majlis kerabat diraja ni.

“Kayangan betul ni,” – netizen

Malah, ada juga yang teruja melihat menu hidangan dari kerabat diraja.

“Macam Ibu Gamat” – Cara Sean Lee Menari Dalam Muzik Video Gagal Tambat Hati Peminat

Siapa je tak kenal dengan pelakon Sean Lee yang berjaya membawa apa saja watak yang diberi.

Bukan saja pandai berlakon tapi petah juga mengacara dalam mana-mana rancangan hiburan televisyen.

Tak cukup dengan itu, dirinya mula menceburi dalam bidang nyanyian dengan mengeluarkan satu lagu berjudul Tak Sanggup Terima.

Tengoklah, muzik video beliau, menari ala-ala artis Korea!

“Im sorry sean..” – Netizen

Tapi langkah tarian yang dibuat Sean menjadi bualan ramai menerusi media sosial X.

Menurut pengguna @AzlilAdzif dia tidak sanggup melihat Sean menceburi bidang tarian.

“Macam ibu gamat..” – Netizen

Lebih menyedihkan ada juga yang kata Sean menari macam ibu gamat dan minta Sean tidak perlu menari , biarkan penari latar buat kerja mereka.

“Are you okay Sean,” – Netizen

Malah ada juga yang minta Sean Lee kelip mata dua kali jika memerlukan bantuan. Macam-macam la netizen ni!

Monday 15 January 2024

“Konon Terpaling Islam Tapi Kerabat Sendiri Hidup Bertatu” – Netizen ‘Serang’ Anak Sultan Brunei

Sekarang ni kecoh dengan perkahwinan anak Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Putera Abdul Mateen.

Tapi bukan itu yang kami nak ketengahkan, apa yang menjadi perhatian kami adalah susur galur sepupu kerabat Brunei.

Susur galur kerabat Brunei

Senarai ini didedahkan daripada seorang pengguna Twitter, @Januarhaikal menerusi akaun Twitter miliknya.

Menurutnya Sultan Brunei mempunyai seramai 19 orang hasl dari 6 kali perkahwinannya. Ramai kan!

Jadi rupanya Putera Mateen bukan Sultan yang seterusnya kerana bapanya mempunyai anak lelaki dari perkahwinan yang pertama.

Manakala Mateen anak ke limanya hasil daripada isteri kedua.

Sepupu Mateen

Melihatkan susur galur keluarga Sultan Brunei, jom kita lihat saudara mereka pula.

Inilah sepupu kepada Mateen. Memang seksi habis siap ada tatu kat badan.

Paling menjadi tumpuan ramai, Yang Mulia Karraminah Clarrise del Rosario Jefri Bolkiah kerana penampilannya

Komen netizen

Banyak sebenarnya kalau nak senaraikan dan apabila menjengah ke ruangan komen macam biasalah, banyak lemparan komen dari netizen mengenai kerabat Sultan Brunei.

Apa pun kita doakan terbaik untuk mereka.

“Aku Ingat Shukri Yahaya Tak Berlakon Cerita Macam Ni,” – Netizen Komen Drama Melayu

Siapa je tak kenal dengan pelakon lelaki  Shukti Yahaya yang mana wataknya berjaya meninggalkan memori manis terhadap penonton.

Lakonannya mula dilihat ramai apabila membawa watak Khuzairi dalam drama 7 Hari Mencintaiku sehinggakan ramai penonton mula ‘jatuh hati’ dengan watak yang dibawa Shukri Yahaya.

Apa yang menarik perhatian kami apabila satu ciapan dari pengguna X memuat naik satu babak yang dipotong dari drama Layang-Layang Perkahwinan.

Babak tersebut menunjukkan Shukri sedang mandi separa bogel dan ditemani dengan pelakon wanita yang memegang watak PA dalam drama tersebut.

“Melayu dah kebaratan lani..” – netizen

Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil bersuara tentang watak yang dibawa Shukri Yahaya dalam drama melayu.

Malah ada yang tak sangka Shukri sanggup membawa watak seperti itu sedangkan drama yang sebelum ini banyak menjadikan dirinya pelakon yang sopan.

Apa pun, kita doakan hubungan antara Shukri Yahaya dan isterinya baik-baik saja dan saling memahami.

Sunday 14 January 2024

“Aku Tengah Kagum Dengan Badan Nora,” – Netizen

Siapa je tak kenal dengan pelakon jelita, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif.

Baru-baru ini dia memuat naik satu posting menerusi akaun Instagram miliknya menunjukkan dirinya dan anak sulungnya.

“Kagum dengan badan Nora,” – Netizen

Apa yang menarik perhatian kami adalah ruangan komen yang dihujani dengan pujian tentang penampilan Nora yang tidak berubah walaupun usianya mencecah 42 tahun.

Orang cantik, umur berapa pun kekal cantik!

loading...