loading...

Wednesday 28 February 2018

5 Sikap Ibu Bapa Yang Boleh Buat Anak Menderita Tanpa Disedari

Kebanyakkan orang yang sudah mendirikan rumahtangga sudah pasti tidak akan pernah lari dari membuat perkara ini. Pentingnya mendidik anak-anak dengan cara yang betul. Banyak juga tanggungjawab yang harus dipikul oleh pasangan yang sudah bergelar ibu dan bapa. Mungkin bbagi orang yang belum mendirikan rumahtangga ianya kelihatan sangat mudah, tapi bagi yang sudah mengalaminya ianya tidak semudah yang diperkatakan.

Anak adalah anugerah dari Tuhan. Setiap pasangan sudah pasti menginginkan anak dalam setiap hubungan yang sah. Anak juga adalah penyeri dalam kehidupan. Jika dalam perhubungan itu tiada anak, maka sunyilah suasananya.

Adakah anda tahu, dalam mendidik anak ini punya caranya yang tersendiri. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan apa saja walaupun itu anak kita. Ada segelintir ibu bapa sangat tegas dalam mendidik, tapi adakah anda tahu kesan buruk disebalik ketegasan itu. Diini kami kongsikan 5 perkara yang boleh anda jadikan panduan bersama.

Terlalu garang

Tiada salahnya jika kita menjadi garang dalam mendidik anak-anak, tapi janganlah sampai keterlaluan. Jika ibu bapa mempunyai sikap yang terlampau garang dan bengis, anak-anak juga akan mengalami mati akan sifat inovatif dan kreatif sekiranya mereka baru saja membuat idea yang baru terlintas di fikiran mereka. Oleh sebab terlalu takut  dan diselubungi rasa bersalah kerana selalu saja ditengking setiap kali membuat perkara yang pelik di pandangan mata ibu dan bapa mereka.

Ego

Mungkin ada segelintir ibu bapa yang mempunyai ego yang sangat tinggi. Malah ada saja yang tidak kena di mata walaupun anak-anak tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dijadikan sebagai contoh, kita tegur anak kenapa tidak pergi solat lagi, lepas itu belum dengar apa yang anak ingin katakan kita sudah pergi pukul kerana anggap anak-anak itu tidak sopan dengan orang tua. Akibat dari perbuatan berikut, sistem penghakiman anak-anak kita menjadi tidak seimbang dan mereka akan menjadi susah dalam membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Pendengar yang sangat teruk

Dalam tidak sedar, kita sebagai ibu bapa hendaklah selalu mengingati ilmu mengajar yang paling baik adalah memperbetulkan  cara menegur anak-anak. Perangai anak-anak menjadi teruk adalah dari akibat kita sebagai ibu bapa yang tidak pernah menegur dan mendengar luahan mereka dengan baik. Oleh sebab itu juga banyak anak-anak masa kini menjadi lebih agresif kerana kita sebagai ibu bapa tidak mendengar permasalahan mereka. Mereka menjadi agresif adalah hanya menginginkan perhatian dari kita supaya pada masa yang sama kita mendengar apa yang sedang dipendam di hati mereka.

Tiada masa

Kadang kala kita langsung tidak menyedari kualiti masa bersama anak-anak itu sebenarnya tidak mencukupi. Bagi anda 10 jam bersama mereka, dalam masa yang sama anda juga dikira sibuk dengan perkara yang lain dan hanya 10 minit saja perhatian diberikan kepada anak-anak. Hanya mengunakan ‘eye contact’ bersama anak-anak seketika dan selebihnya anda lebih sibuk mengadap telefon pintar dan juga televisyen. Apa yang tinggal keadaan anak-anak yang terpingga-pingga di tepi tanpa perhatian anda.

Lupa untuk jadi ‘Role Model’

Perkembangan awal otak anak-anak adalah mencari seseorang untuk ditiru. Pada mulanya anak-anak akan meniru cara kita untuk tersenyum dengan segala mimik muka kita sebagai ibu bapa. Bukan itu saja, mereka juga akan meniru setiap tingkah laku kita dari segi cara kita berjalan, bergerak dan paling penting adalah cara akidah kita. Semau itu adalah kekuatan ‘Mirror neuron’. Dalam keadaan yang kita tidak sedari, anak-anak juga akan mengikut segala tabiat buruk yang kita lakukan. Untuk dijadikan contoh, kita sering minum minuman yang manis dan anak kita sudah pasti akan meniru perbuatan kita itu. Jika kita mengunakan perkataan yang kurang sopan, secara tidak langsung anak-anak akan mengunakan perkataan yang dengari di dalam rumah mereka akan praktikkan di sekolah semasa mereka berbual berama rakan-rakan. Andainya kita langsung tidak menghormati pasangan kita, secara automatik anak-anak juga akan melakukan perkara yang sama jika mereka sudah berkahwin nanti.

Oleh itu, kita sebagai ibu bapa haruslah berhati-hati dalam setiap perbuatan. Kita seharusnya memberikan contoh yang terbaik untuk anak-anak supaya mereka menjadi orang yang berguna di masa depan. Setiap ibu bapa sudah pasti menginginkan anak mereka berjaya di masa depan, oleh itu mulakan semua yang baik-baik dan bermanfaat dari sekarang. Anak-anak yang berjaya adalah dari didikan ibu bapa yang betul. Didiklahanak-anak kita dengan pelajaran yang berguna bermula mereka dari masa kecil. Bak kata pepatah ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Sumber: Islam Itu Indah

The post 5 Sikap Ibu Bapa Yang Boleh Buat Anak Menderita Tanpa Disedari appeared first on Aliff Channel.

Cara Berkesan Merawat Batu Karang Hempedu Secara Semulajadi

Kebanyakkan pesakit yang menghidapi penyakit batu karang dalam hempedu, pastinya tahu betapa sakitnya bila tiba-tiba diserang kesakitan penyakit tersebut. Rasa nak putus nyawa kalau nak diluahkan dengan kata-kata.

Kali ini, kita mempunyai beberapa cara atau petua untuk menghilangkan batu karang ini, sama ada ia terhakis atau terkeluar sendiri.

Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati dan jauh lebih murah dari rawatan moden. Hanya sebagai peringatan kepada anda yang mahu mencuba, jangan sesekali meninggalkan ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak hospital. Sebaik-baiknya gunakanlah seiring dengan rawatan alternatif ini.

Bila dah kena serang semula sakit hempedu ni, terus kita akan terfikir macam mana lah nak buat. Nak ‘operate’ sampai sekarang takut.

Cara ini disyorkan oleh Prof Dr. Hamid Arsyat dengan testimonial pesakit yang dah buat, keputusannya memang memberi impak positif.

Bahan-bahan

Epal Hijau- 30 biji (utk 6 hari)
Lemon (3 biji)- setengah gelas
Garam Epsom – 2 sudu teh
Minyak Zaitun/Olive Oil – setengah gelas)
Nota:

Epal hijau berfungsi melembutkan batu karang.
Minyak zaitun melincirkan batu karang keluar dari saluran hempedu.
Sebaik-baiknya, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Caranya

Hari 1 hingga hari ke 5

Minum jus epal minimum 4 gelas bersamaan 5 biji epal atau minimum 1 liter sehari.
1 gelas jus satu biji epal, (jika bulan puasa minum 2 gelas masa berbuka dan 2 gelas masa sahur). sebiji lagi makan begitu sahaja.
Kalau bukan puasa makan nasi seperti biasa dan seeloknya jangan makan banyak.

Hari Ke 6

6 pagi – Minum setengah gelas air suam dicampur 1 sudu teh garam epsom.
12 tengahari – Ulang minum air garam epsom.
6 petang – minum pati lemon (125ml) campur minyak zaitun (125ml) dapatkan anggaran 250 ml. Suamkan gelas untuk memudahkan campuran jus.

Waktu malam, jangan atau kurangkan pengambilan nasi.

Proses Pengeluaran Batu Karang

Tidur dan batu karang akan keluar keesokan paginya melalui pembuangan air besar. Proses pengeluaran batu karang yang keluar bewarna kehijauan dan biasanya terapung. Jangan terkejut jika batu yang keluar berjumlah lebih dari 100 biji bergantung pada keadaan hempedu kita ketika itu. Petua ni memang menjadi, lebih dari 50 biji batu karang keluar dari hempedu, Alhamdulillah.

Untuk kesan lebih baik, 3 bulan akan datang detox akan di buat sekali lagi dan 6 bulan selepas itu sekali lagi. Petua ni juga elok diamalkan oleh semua orang untuk bersihkan hempedu dan hati.

Semoga memberi manfaat.

Sumber: Petuaibu

The post Cara Berkesan Merawat Batu Karang Hempedu Secara Semulajadi appeared first on Aliff Channel.

12 Khasiat Mengamalkan Minum Air Barli Untuk Kesihatan

Ramai yang masih tidak tahu apa khasiatnya jika kita selalu mengamalkan air barli. Selalu kita lihat di pasaraya, air barli sudah menjadi jus dan kebanyakkannya sudah dicampurkan dengan perasa tambahan. Maka sudah hilanglah separuh dari khasiat air barli tadi.

Sudah pasti ramai yang mengemari minum air barli kan? Biji barli adalah sangat banyak khasiat yang terkandung di dalamnya. Ia juga terdapat banyak serat pemakanan, protien dan juga karbohidrat kompleks dan ia juga mengandungi vitamin dan juga galian. Disini terdapat dua jenis serat pemakanan yang sangat mudah larut dan ada juga yang sukar untuk dilarutkan.

Bijirin barli juga mempunyai kesemua serat dan ia juga merupakan satu serat yang mudah untuk dilarutkan. Jika serat yang tidak mudah larut dalam kandungan barli juga sangat penting kerana ia boleh memastikan keadaan usus kita berfungsialam keadaan yang baik dan sihat.

Beta Glucan

kandungan Beta Glucan dalam Barli adalah satu bahan yang mudah larut yang boleh didapati dari isi rong. Barli juga dikategorika dari variety Waxy dan ia merupakan mempunyai lebih tinggi kandungan Beta Glucan tidak seperti jenis barli-barli yang lain.

Meningkatkan tahap Glukosa

Dalam Variety barli ini mempunyai tahap beta glucan yang sangat tinggi. Barli juga boleh meningkatkan lagi tahap glucosa dan lemak-lemak di dalam kandungan darah bagi kalangan pesakit diabetes di tahap 2.

Makanan tambahan

Bagi seseorang yang mengalami penyakit diabetes, sangat disarankan agar sentiasa mengawal kadar gula di dalam darah. Jika anda makan barli dalam jumlah yang betul ia juga boleh dianggap sebagai makanan tambahan bagi tubuh badan. Keadaan Hipolisemia ataupun lebih dikenali sebagai kandungan gula dalam darah rendah boleh berlaku bila-bila masa.

Mengurangkan risiko penyakit barah

Tokotrienol dan tokoferol adalah merupakan sejenis minyak yang memberikan tindak balas sebagai antioksida yang semula jadi. Denagn adanya antioksida ini ia juga boleh meneutralkan kadar radikal bebsa dan pada masa yang sama ia boleh mengurangkan terjadinya penyakit barah dan juga jantung. Bijirin barli juga mengandungi kadar tokol yang sangat tinggi.

Penyembuh

Biji barli juga mempunyai banyak kegunaannya. Ianya bukan saja boleh dijadikan sebagai minuman, malah biji barli juga boleh dijadikan sebagai ramuan untuk disapu pada bahagian yang mengalami luka akibat kesan terbakar.

Mengurangkan selera makan

Sudah pasti apabila para wanita mendengar tentang khasiat barli yang boleh menghilangkan berat badan mereka akan terus mengamalkan makan atau minum air barli. Ini kerana barli juga boleh bertindak sebagai makanan yang boleh menahan selera makan yang tidak terkawal.

Mengurangkan kadar tekanan darah

Air rebusan barli juga boleh mengurangkan kadar tekanan darah. Jika selalu mengamalkan minum atau makan makanan yang mengandungi barli, ia boleh mengurangkan kadar kolestrol LDL atau kolestrol yang tidak sihat. Pada masa yang sama barli juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Awet muda

Barli juga boleh membuat kita sentiasa kelihatan awet muda. Ini berpunya kandungan antioksida dalam barli.

Menyingkirkan toksin dalam badan

Bijirin barli juga dikatakan sangat kaya dengan selenium. Kandungan selenium juga mampu untuk mengekalkan keanjalan kulit kita dan ia juga boleh membaiki fungsi di dalam tubuh badan kita.

Rambut sihat

Bagi yang mengalami masalah rambut anda sangat digalakkan untuk mengamalkan pengambilan barli. Barli juga turut mengandungi jumlah garam galian, vitamin dan juga antioksidan yang sangat diperlukan bagi mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.

Pelawas bagi kencing kotor dan meredakan demam

Masalah kencing kotor juga boleh dirawat dengan pengambilan air barli. Buat ibu-ibu yang sedang hamil dan mepunyai masalah kencing kotor sangat digalakkan untuk minum. Barli juga boleh dijadikan sebagai penyejuk badan terutamanya bagi orang yang demam.

Banyak khasiat yang boleh kita dapat dari pngambilan air barli. Jka anda mempunyai masalah seperti yang dikatakan di atas, sebolehnya anda amalkan minum air barli bermula dari sekarang. Selamat mencuba.

Sumber: Mingguan Wanita

The post 12 Khasiat Mengamalkan Minum Air Barli Untuk Kesihatan appeared first on Aliff Channel.

5 Formula Agar Anak Tidak Terlalu Manja

Kebanyakkan ibu bapa sudah pasti akan risau tentang keselamatan anak-anak mereka. Oleh itu, perhatian yang penuh mereka berikan agar anak-anak mendapat keselesaan. Tidak salah untuk selalu rasa risau akan anak-anak tapi seharusnya berpada-padalah jangan sampai keterlaluan sehingga membuatkan anak menjadi terlalu manja dan tidak pandai untuk membuat keputusan sendiri.

Dijadikan sebagai contoh, seandainya anda menghantar anak ke sekolah, sudah mencukupilah hantar sehingga ke pagar sekolah dan selebihnya biar anak itu sendiri yang lakukan. Seandainya anda menghantar anak sehingga ke depan pintu kelas dan perbuatan sebegitu dilakukan setiap hari, tidak mustahil membuat anak anda akan menjadi manja dan terbiasa dilayan sebegitu sehingga tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri. Bagaimana cara mengajar anak agar tidak manja?

Menurut satu perkongsian dari seorang netizen, beliau mempunyai satu sikap yang terlampau over protective dan langsung tidak mahu anaknya berada dalam kesusahan. Lama-kelamaan dia perasan akan perubahan yang berlaku terhadap anak sulungnya yang semakin hari manjanya semakin menjadi-jadi. Ia boleh dikategorikan sebagai anak manja yang luar biasa. Berkat ilmu parenting yang dipelajarinya dan beliau juga menggunakan 5 formula cara supaya anak-anak tidak menjadi terlampau manja dan cara itu sangat berkesan. Fahami berikut ini tips cara membuat anak agar tidak manja.

Formula 1

Belajar untuk selalu bertegas dan pada masa yang sama selitkan rasa kasih sayang kepada anak-anak. Jangan termakan dengan pujuk rayu mereka jika mereka menginginkan sesuatu. Ketika anak berumur 6 bulan ke atas mereka sudah tahu buat-buat menangis sebagai jalan memujuk jika inginkan sesuatu benda. Kita seharusnya bijak dalam membezakan tangisan mereka itu adakah tangisan dibuat-buat ataupun tangisan yang sebenar.

Formula 2

Sentiasa konsisten dalam membuat keputusan. Jangan hanya disebabkan pujuk rayu anak-anak kita, segala keputusan menjadi lain dan layu dan hilang pendirian. Anak-anak akan dapat agak taktik yang boleh membuatkan ibu bapa mereka mudah cair dan termakan pujukkan. Jangan anda berasa pelik jika mereka mula memberontak jika keinginan mereka tidak dilaksanakan.

Formula 3

Ada masanya kita memerlukan sikap tawar-menawar dengan anak-anak. Contohnya seperti, sebelum kita memasuki mana-mana kedai, kita harus mengingatkan anak-anak kita untuk ketahui barang apa yang perlu dibeli. Jika lakukan seperti itu, anak-anak kita tidak akan ada perangai seperti seorang raja yang senang-senang mengarahkan itu dan ini. Mungkin benar kita tidak akan dapat menghalang keseluruhan ragam anak-anak. Tidak salah jika kita mencuba sesuatu agar anak-anak kita tidak berperangai melampau.

Formula 4

Jika boleh sebagai ibu bapa tidak semua perkara yang melibatkan anak-anak kita boleh masuk campur. Tidak selamanya kita akan sentiasa berada di sisi mereka. Jika anak-anak bergaduh sebagai contoh adik bertengkar dengan si kakak dan kita datang-datang meleraikan pergaduhan tersebut dan pada masa yang sama kita memarahi si kakak kerana si kakak anak yang sulung. Andai kata ada budak sekolah anak kita tercubit secara tidak sengaja kita pun melenting tidak ingat dunia. Serba serbi ibu bapa masuk campur dan menyalahkan orang lain. Bila lagi anak-anak kita nak asah Interpersonal Skills mereka. Disebabkan itu juga mereka tidak tahu bergaul dan mempunyai sikap manja yang berlebihan.

Formula 5

Anggaplah diri kita sebagai seorang jurulatih bagi anak-anak. Setiap anak bukannya mahukan ibu bapa yang boleh di ibaratkan sebagai baju besi untuk menjadi pelindung mereka setiap masa. Mereka hanya perlukan seseorang yang boleh mengajar mereka erti kehidupan.

Andai kata anak kita menangis disebabkan sesuatu perkara, janganlah kita terlalu panik dan terburu-buru untuk menenang anak. Sebaliknya anda bertanyakan dulu sebab apa anak kita menangis. Biar anak kita pandai asah Self Regulation dalaman mereka. Jika sudah terbiasa dengan keadaan sebegitu kita tidak ubah seperti hamba kepada anak-anak kita sendiri. Hati-hati sebelum perkara sebegini berlaku.

Sebaiknya kita harus melentur anak-anak dari mereka masa kecil supaya mereka terbiasa dengan keadaan sebegitu.  Berpada-padalah dalam memanjakan anak. Selitkan ketegasan dalam mendidik anak supaya mereka membesar menjadis eorang anak yang boleh di harap dan pandai berdikari. Semua yang kita lakukan ini adalah demi kebaikan dan masa depan mereka juga.

Sumber: Facebook/Taufiq Razif

The post 5 Formula Agar Anak Tidak Terlalu Manja appeared first on Aliff Channel.

Rezeki Suami Akan Lebih Bertambah Bila Isteri Perangai Boros

Dalam setiap perhubungan, lagi-lagi bagi yang sudah mendirikan rumahtangga sudah pasti tidak akan pernah lari dari prmasalahan sebegini. Jika mendapat isteri yang pandai berjimat itu sudah bonus dalam kehidupan. Tapi jika dapat isteri yang gemar boros dalam berbelanja macam mana pula?

Mengikut kajian, lelaki yang memiliki isteri yang berperangai suka bermewah ini akan mendapat kesenangan dalam kehidupan yang akan datang. Andai kata dapat isteri yang sikap borosnya melampau-lampau bagaimana?

Sekiranya seorang suami itu berkira memberi keperluan ataupun wang belanja kepada isteri, rezekinya juga akan menjadi sempit dan tidak pernah cukup, walaupun dia bekerja keras siang dan malam. Ini kerana jika si isteri rasa bahagia dengan apa yang telah disediakan oleh si suami, disitu jugalah terletaknya rezeki yang datang melimpah ruah tanpa anda sangkakan.

Semakin boros si isteri, semmakin banyak rezeki yang si suami akan dapat. Semakin kita berjimat. semakin itu juga kita kan rasa semakin kedekut dan berkira.

Janganlah pula kamu terkejut jika rezeki yang kamu dapat seperti itu saja. Semakin banyak kita mengeluarkan rezeki ke jalan Allah semakin lancarlah rezeki kamu nanti. Insha Allah Allah akan menampah berkali ganda rezeki kepada kamu dan setiap harta yang kamu belanjakan. Gunakan rezeki yang ada dengan sebaik-baiknya.

Sentiasalah berkongsi rezeki kerana dengan berkongsi harta anda tidak akan pernah hilang malah dengan hasil perkongsian, kita akan mendapat dua kali ganda keuntungan. Bagi yang masih tidak mempercayai, sebolehnya anda cuba dulu dan rasai sendiri ketenangannya.

Buat para suami di luar sana, janganlah kamu berkira sangat dengan isteri jika kamu menginginkan rezeki yang melimpah ruah.

Pada masa yang sama, kita juga seharusnya melihat sikap isteri yang boleh melancarkan rezeki para suami juga.

Disini juga kami kongsikan beberapa penerangan tentang sikap si isteri yang boleh mendatangkan rezeki buat si suami.

Berikut merupakan sifat-sifat isteri yang boleh mendatangkan rezeki untuk suami

Memiliki seorang isteri yang solehah adalah menjadi idaman setiap lelaki. Walau seburuk mana perangai lelaki itu, sudah pasti ia menginginkan isteri yang solehah. Bagi lelaki yang ditemukan dnagn seorang wanita seperti itu, ia sudah dianggap sebagai bonus dari Allah Swt.

Satu nasihat buat para suami-suami di luar sana. “Sentiasalah mengembirakan hati isteri, Nescaya ia boleh memberikan rezeki”. Berikut adalah sifat-sifat bagi seorang isteri yang boleh mendatangkan rezeki kepada suaminya.

Taat pada perintah Allah Swt dan Rasul

Setiap wanita yang taat dengan segala suruhan Allah dan Nabi ia akan sentiasa memberikan ketenangan dan turut membawa ke syurga.

Suasana rumah yang aman dan tenang dan selesa adalah kunci utama yang sangat berharga. Dengan adanya kehadiran seorang suami yang beramal soleh juga boleh memgiringi isteri yang solehah dan membuat keadaan rumah menjadi semakin berseri dan dilimpahi keberkatan. Mendidik anak-anak yang soleh dan solehah juga dapat rahmat yang banyak dari Allah Swt.

Wanita yang Taat kepada suami

Setiap wanita yang sudah bergelar isteri wajib mematuhi segala arahan suami selagi tidak bertentangan dengan agama. Seorang isteri harus taat kepada suami supaya suami sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan aman dalam tugasnya mencari rezeki yang halal untuk ahli keluarganya. Bagi wanita yang mempunyai kerjaya sendiri juga dibolehkan asalkan mendapat keizinan dari suami dan menjaga maruah diri dan menjalankan kewajiban sebagai seorang isteri.

“Lelaki adalah pemimpin tertinggi wanita kerana Allah telah mengalahkan sebahagian daripada mereka (lelaki) ke atas yang lain (perempuan) dan untuk tujuan apa yang mereka (lelaki) menghabiskan dari kekayaan mereka. Kemudian wanita-wanita yang soleh adalah taat lagi menjaga diri mereka di belakang suami mereka sebagaimana Allah telah menyembuhkannya, “(Q.S. An Nisa: 34).

Wanita yang melayan suaminya dengan baik

Tugas yang sangat penting yang harus dilakukan oleh para isteri adalah melakukan sebaik yang mungkin dari rumah. Cara melayani suami dengan baik serta mendidik anak-anaknya. Contoh bagi seorang isteri yang melayan suaminya dengan baik adalah seperti menyediakan makan dan minum termasuk menyediakan segala keperluannya. Memenuhi hak yang harus didapatkan oleh seorang suami. Apa yang lebih penting adalah sentiasa menjaga perasaan suami agar suami tidak akan tersa hati dengan perbuatan kita sebagai isteri.

Ciri-ciri wanita seperti inilah yang menjadi idaman setiap lelaki yang bergelar suami. Pada masa yang sama ia boleh menjadi sebagai rakan baik dalam melayari bahtera yang penuh dengan ujian. Sentiasalah menarik aura positif di dalam suasana rumah termasuklah rezeki untuk suami.

Wanita yang berhias cantik semata-mata untuk suaminya saja

“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalihah,” (H.R. Muslim).

Sudah menjadi sifat wanita sejak azali lagi sukakan perhiasan dan kecantikan. Tapi bagi wanita yang solehah, dia hanya akan berhias dan kelihatan cantik hanya di depan suaminya saja. Bagi wanita yang selalu dilihat kelihatan bersenang lenang mereka akan tahu bagaimana ingin menyenangkan hati suaminya. Malaikat juga akan turut mendoakan serta memudahkan datangna rezeki kepadanya.

Wanita yang sentiasa menjaga kehormatan dan harta suami

Sekiranya seorang suami keluar rumah untuk menjalankan tugasnya mencari nafkah yang halal dan pada masa yang sama si isteri juga tutut meninggalkan rumah tapi dia seharunya pandai menjaga kehormatan dirinya daripada orang asing. Kepercayaan yang diberikan suami kepadanya seharusnya digunakan ke jalan yang lebih memberikan manfaat dengan keizinan dari suami. Wanita seperti itulah yang turut memudahkan perjalanan rezeki menjadi lebih mudah dan lancar ke dalam rumah dan boleh dianggap sebagai hadiah kepada Allah di atas kesetiaan dan kejujuran terhadap suaminya.

Wanita yang sentiasa meminta keredhaan dari suami

Sifat wanita seperti ini adalah sangat memahami dan tahu bagaimana untuk menyenangkan hati suaminya. Untuk mengekalkan sikap dan tingkah laku supaya suaminya tidak akan terasa dan menguris perasaan suaminya. Dia juga akan sentiasa berjaga-jaga supaya suami tidak menyimpan perasaan marah terhadapnya. Jika dia ada membuat salah, isteri yang baik tidak akan terus tidurmalah dia akan meminta maaf dahulu kepada suami atas perbuatannya. Sentiasa memberikan pendidikan yang berguna kepada anak-anak serta merahsiakan aib keluarga dari orang lain.

“Bolehkah anda beritahu isteri-isteri syurgawi isteri-isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suami mereka, jika suami mereka marah datang kepada suaminya dan meletakkan tangannya pada suaminya dan berkata” Saya tidak dapat tidur sebelum kamu bahagia, “(HR An Nasai).

Ciri-ciri isteri seperti inilah yang boleh memudahkan rezeki melalui tapak tangan suaminya disebabkan kesetiaan dan kejujuran terhadap suami.

Wanita yang sentiasa menerima pemberian suami dengan hati yang ikhlas

Wanita yang baik, dia tidak akan pernah merungut tentang rezeki yang dibawa pulang oleh si suami. Dia akan sentiasa menerima dengan hati yang terbuka dan akan menghargai setiap pemberian suami kepadanya. Sudah pasti ramai wanita yang turut bersyukur walaupun apa yang diberikan tidak seperti yang diharap. Allah Swt juga telah berjanji, andai kita bersyukur dengan apa yang telah diberi, dia akan meningkatkan lagi rezeki yang melimpah kepada kita.

Wanita yang boleh menjadi pasangan untuk meraih redha Allah

Bagi wanita yang menjadikan rumahnya tempat untuk beramal ibadah dan memberikan seluruh kesetiaan kepada Allah Swt. Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai teman untuk berbincang sangat sesuai dengan suami. Cara penyampaian yang lembut apabila membetulkan sesuatu.

Apabila suami menyampaikan nasihat dan pesan, sebagai seorang isteri kita seharusnya memberi perhatian kepada kata-kata suami dengan penuh minat. Sebelum menjalankan amalan sunnah seperti berpuasa sunat, seharusnya meminta keizinan dari suami dahulu. Jika suami tidak membenarkan maka janganlah isteri melakukannya juga.

Sentiasa menjadi sumber motivasi untuk mencapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Oleh itu ada fasa yang mengatakan ” Di sebalik kejayaan lelaki dengan adanya seorang wanita yang hebat dibelakangnya”. Dengan adanya wanita seperti ini, ia menjadi tulang belakang dan menjadi rezeki utama untuk suaminya.

Wanita yang tidak pernah berhenti berdoa untuk suaminya

Wanita yang sentiasa bersyukur adalah jenis wanita yang sentiasa menerima semua apa kehendak Allah Swt. Wanita yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak dan suami. Wanita seperti ini juga tidak akan pernah putus untuk berdoa dan menjadikan perbuatan itu sebagai rutin hariannya. Wanita seperti ini juga percaya akan rezeki yang diberikan kepada suaminya dan diberkati.

Seorang suami yang bertuah saja akan memiliki ciri-ciri seperti di atas. Andainya masih ada di antara isteri-isteri di luar sana yang masih belum mempunyai seperti berikut, suami haruslah memainkan peranan yang penting dan didik dan pimpinlah isteri anda ke arah yang diredhai Allah Swt. Tanggungjawab sebagai suami adalah sangat besar dan di akhirat nanti sudah pasti anda akan disoal mengenai perkara yang melibatkan isteri. Wallahualam.

Sumber: Momonganak.org

The post Rezeki Suami Akan Lebih Bertambah Bila Isteri Perangai Boros appeared first on Aliff Channel.

Khasiat Buah Bambangan Untuk Pengidap Kanser

Mungkin sesetengah orang tidak mengenali buah ini, sangat mirip dengan buah mangga, namun rasanya dan juga manfaatnya jauh berbeza dengan buah mangga. Buah ini banyak didapati di Sabah dan Sarawak.

Buah Bambangan mempunyai banyak faedah yang tak pernah kita ketahui. Tahukah anda, buah bambangan dapat mematikan sel kanser kira-kira 15% dalam masa 24 jam? Malah, buah ini turut tersenarai dalam tumbuhan terancam International Union for Conservation of Nature and Natural Resources (IUCN).

Seorang saintis Universiti Tun Hussein Onn (UHTM) menemui khasiat disebalik biji bambangan bagi menyekat pertumbuhan sel kanser payudara. Bukan sahaja rasanya yang lemak dan sedap, namun memberi banyak kelebihan buat anda yang menghidap penyakit kanser. Kanser bukan satu penyakit yang biasa, malah mampu meragut nyawa anda jika tidak mencegahnya sedari awal.

Mampu melawan kanser

Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar telah membuat pertemuan kira-kira 15% daripada sel-sel payudara mati dalam masa 24 jam. Buah ini juga bagus bagi kaum wanita untuk mengelak dari pertumbuhan sel kanser payudara.

Kesan selepas 48 jam

Menurut saintis ini, sel kanser payudara mampu dimusnahkan dalam tempoh 72 jam apabila ekstrak biji bambangan didedahkan kepada sel berkenaan, manakala, tindak balasnya bermula dalam tempoh 48 jam pula. Dalam tempoh 72 jam, hampir 90% populasi sel kanser payudara mati.

Variasikan cara makan

Buah bambangan ini kulitnya agak tebal dan cara mengupas adalah mengoyakkan kulit tersebut. Ada masyarakat gemar makan buah ini bersama garam dan cili. Bagi mendapatkan rasa yang lebih sedap, buah bambangan ini sesuai dijadikan jeruk. Malah, ianya juga sesuai jika dicampur dengan sambal belacan dan makan bersama nasi.

Sumber: Facebook/Borneo

The post Khasiat Buah Bambangan Untuk Pengidap Kanser appeared first on Aliff Channel.

Nasihat Ziana Zain Buat Neelofa

“Sebagai manusia, ada masanya kita tidak sedar apa kita lakukan dan bila sudah berlaku barulah nampak kesannya.”

Memetik komen penyanyi dan pelakon, Ziana Zain, mengulas mengenai majlis pelancaran tudung Neelofa di sebuah pusat hiburan di ibu negara, Isnin lalu.

“Saya melihat isu dari aspek positif dan negatif. Positifnya, saya yakin, Neelofa ada misi tersendiri dan sebab memilih lokasi terbabit.

“Mungkin, secara tak langsung dia mampu menarik perhatian mereka yang tidak bertudung untuk hadir sekaligus terbuka hati memakai tudung bermula ‘turban’ dijualnya,” katanya.

Ziana yang hampir 30 tahun berada di dalam industri seni suara menegaskan bahawa penampilan beberapa gadis bertudung yang ligat menari seperti mana dalam video yang tular di media sosial itu kurang manis.

“Daripada segi moral dan mata kita sebagai orang Islam, perlakuan seperti terpapar di dalam video yang tersebar itu tak manis.

“Walaupun mungkin mereka ada alasan tersendiri, tapi perlakuan itu akan mengundang fitnah dan orang akan berfikir bukan-bukan,” katanya.

Penyanyi lagu Madah Berhelah itu juga berkata, kadangkala kita tidak sedar apa kita buat dan bila terjadi barulah nampak kesannya.

“Saya tak boleh nak cakap lebih kerana saya mengenali Neelofa. Kita sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Mungkin dari satu sudut, Neelofa juga terlepas pandang. Saya pun ada melakukan kesilapan yang saya sendiri tak perasan sebelum ini. Jadi, bila orang dah bercakap, kita mula sedar dan perbetulkan keadaan,” katanya.

Ditanya pendapatnya sekiranya itu adalah satu strategi terbaik untuk mempromosikan sesuatu produk yang dikeluarkan artis, Ziana tidak menganggap tular adalah sesuatu yang salah.

“Tak salah sekiranya kita tularkan sesuatu produk kerana memang di zaman sekarang itu menjadi strategi melariskan produk.

“Namun, perlu diingat. Sebagai artis, takkan kita nak nama kita tular kerana perkara negatif? Kita adalah suri teladan kepada peminat jadi jaga imej kita.

“Apa boleh saya simpulkan adalah pandai-pandailah jaga dan membawa diri agar strategi tidak menjatuhkan kerjaya,” katanya.

Surat terbuka Mufti WP buat Neelofa

“Assalamualaikum WBT. Kami menerima berita hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur.

“Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan itu. “Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.

“Tudung lambang kehormatan wanita. Tudung simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga satu bentuk kesempurnaan dalam beragama.

“Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.

“‎Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu.

“Mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.

“‎Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit.

“Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai reda Ilahi. Jika bukan reda-Nya yang kita impi, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?

“‎Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan.

“Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam ‘matlamat tidak menghalalkan cara’. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.

“Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung.

“Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.

“Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. “Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita.

“InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.

“Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai ‘wanita besi’ dan ‘gergasi’ dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam.

Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya di sini tiga perkara:

(i) Tanyalah ulama sebelum bertindak

(ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung

(iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.

“Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.

Akhukum fillah,”

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri,

Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber: Harian Metro

The post Nasihat Ziana Zain Buat Neelofa appeared first on Aliff Channel.

Kek Perkahwinan Termahal Dunia Dengan Perincian Mutiara Dan Berlian

Kek adalah salah satu perkara terpenting dalam majlis perkahwinan, tiada kek umpama tiada penyerinya. Bagi sesetengah orang, mereka sanggup berhabis ribuan ringgit hanya untuk sebiji ke, malah ada yang sanggup membayar dengan harga tertinggi sehingga mencecah jutaan ringgit!

Pereka luar biasa , Debbie Wingham adalah salah seorang pereka fesyen paling mahal di dunia kerana telah mencipta karya bernilai lebih $50 juta. Beliau telah menghasilkan kek termahal didunia!

Menampilkan bentuk seorang pengantin perempuan dengan ketinggian 182 cm dan berat 120 kg, ianya kelihatan sangat unik dan cantik! Ketinggian kek tersebut menyamai ketinggian manusia sebenar.

Untuk menghasilkan kek yang luar biasa ini, 1,000 biji telur dan 20 kg coklat telah digunakan.

Paling menyeronokkan apabila keseluruhan kek ini boleh dimakan dan diselaputi dengan 50 kg gula-gula selasih.

Setiap perincian daripada kek ini termasuk bunga kecil dan mutiara putih yang dihalusi adalah buatan tangan.

Sebanyak 5,000 bunga digunakan secara keseluruhannya dan mengambil masa 10 hari untuk menghias.

Terdapat juga perhiasan sebenar selain hiasan yang boleh dimakan. Antara daripadanya adalah mutiara dan berlian tiga karat yang menelan kos sehingga $200 juta (RM800 juta) setiap satu.

Debbie Wingham juga pernah mencipta kontroversi satu masa dahulu kerana telah mencipta kek berbentuk kas.ut yang dengan rekaan unik dengan kos $15 juta (RM60 juta).

Beliau mencipta rekod apabila berjaya mencipta sehelai gaun bertakhtakan berlian hitam paling mahal didunia yang menelan kos sebanyak $50 juta.

Sumber: Odditycentral , Acidcow , Timestrends

The post Kek Perkahwinan Termahal Dunia Dengan Perincian Mutiara Dan Berlian appeared first on Aliff Channel.

Tuesday 27 February 2018

Kifarah Yang Akan Dihadapi Bagi Perampas

Setiap yang hidup di dunia ini Allah Swt sudah ciptakan hidup berpasang-pasangan. Usahlah risau jika jodoh itu lambat sampai. Allah sudah pasti mahukan yang terbaik untuk hamba-hambanya. Janganlah hanya disebabkan jodoh kamu belum sampai, kamu merungut dan menghina takdir Maha Pencipta. Seharusnya kita belajar untuk bersabar dalam setiap ujiannya.

Semua orang menginginkan hidup yang bahagia, tetapi bukanlah dengan mendapatkan kebhagiaan kita sanggup merampas kebahagiaan orang lain. Hanya disebabkan kita mengejar kebahagiaan orang lain yang akan menanggung derita akibat perbuatan kita. Kebahagiaan itu sebenarnya datang dari diri kita sendri, bukannya dari orang sekeliling.

Jika anda tidak mahu menderita di kemudian hari, janganlah kita sesekali merebut hak milik orang lain. Sanggupkah anda merasa bahagia di atas kesengsaraan orang lain seandainya anda tidak mahu merasakan penderitaan yang serupa.

Tidak perlulah merampas hak orang untuk diri sendiri

Kamu juga boleh merasakan kebahagiaan yang didambakan tanpa perlu mengambil hak yang bukan milik kamu. Wujudkanlah rasa bahagia kamu sendiri tanpa perlu mengecewakan hati orang lain.

Kamu akan merasa lebih bahagia seandainya kamu tidak menganggu kehidupan orang lain. Jika kamu masih mahu berbuat sedemikian, sudah pasti kehidupan anda akan berakhir dengan kehancuran.

Tidak perlu ambil sesuatu yang bukan menjadi hak kamu

Kebahagiaan itu juga boleh diraih tanpa perlu mengambil hak orang lain. Kita sebaiknya menjaga perasaan orang lain sudah pasti kamu tidak akan menrasai kifarah dari perbuatan kamu sendiri. Kifarah itu sentiasa ada dan janganlah sesekali kamu merampas hak orang semata-mata untuk kepentingan kamu.

Bahagia itu pasti, tapi bukan dengan mengunakan cara merampas kebahagiaan orang lain.

Merasai Kifarah dari perbuatan lalu

Apa yang kamu lakukan sudah pasti akan melanda diri kamu kembali. Sekiranya kamu merampas bahagia orang lain sudah pasti kamu akan merasai semua yang dialami orang yang kamu rampas itu terjadipada kamu sendiri dan merasa semua kekecewaan yang sama.

Kamu akan merasai kesakitan berkali ganda berbanding orang yang pernah kamu berikan kekecewaan.

Merasai rasa yang sama bagaimana rasanya kebahagiaan dirampas orang lain

Kamu tidak akan pernah merasa bahagia dari hasil merampas hak milik orang lain. Bahkan kamu akan merasa menyesal dengan perbuatan kamu iu sepanjang hayat dan bertemu dengan kifarah perbuatan kamu sendiri.

Seandainya kamu berasa bangga kerana sudah berjaya merebut hak orang, pada masa yang sesuai kamu juga akan merasai kesakitan yang sama apabila ada orang lain merampas hak kamu.

Sentiasa yakin pada kifarah Allah

Kifarah sentiasa ada dan janganlah kamu sesekali mencuba dan mencabarnya jika kamu fikir semua itu hanya rekaan semata-mata.

Mungkin benar buat masa sekarang kamu masih belum merasai dan menyesal dengan perbuatan yang kamu lakukan. Kamu berasa sangat hebat oleh kerana kamu sudah berjaya merampas sesuatu yang kamu inginkan. Suatu hari nanti sudah pasti kamu akan menyesal tiada penyudahnya kerana kamu telah menyakiti hati orang lain dan kifarah yang kamu dapatkan.

Hanya disebabkan terdesak untuk merasa bahagia, kita snggup mengecewakan hati insan lain oleh kerana merampas hak milik mereka. janganlah sesekali mempunyai sikap dan pemikiran sebegitu. Seandainya anda masih mahu melakukan perbuatan itu, anda tidak akan merasa bahagia yang berpanjangan. allah Swt sentiasa mengetahui apa yang kita lakukan dan sudah pasti akan ada pembalasan di setiap perbuatan kita. Jauhilah diri anda dari perbuatan merampas hak milik orang sekiranya anda tidak mahu rasa perkara yang sama suatu hari nanti.

Sumber: Duapah

The post Kifarah Yang Akan Dihadapi Bagi Perampas appeared first on Aliff Channel.

Dituduh Seorang Lelaki, Lucinta Luna Sanggup Berbogel Buktikan Dia Wanita Asli

Nur Sajat dan status persoalan mengenai jantina dirinya sehingga kini masih tiada penghujungnya. Walaupun sebelum ini, wakil pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pernah mengesahkan bahawa Nur Sajat merupakan seorang khunsa.

Namun, ramai masih tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut kerana ramai mengganggap Nur Sajat adalah seorang lelaki.

Perkara ini tidak hanya berlaku di negara kita, isu transgender ini juga kini menjadi perbualan masyarakat di Indonesia perihal jantina seorang penyanyi dangdut, Lucinta Luna.

Lucinta merupakan salah seorang penyanyi dari kumpulan, Duo Bunga yang juga dianggotai Ratna Pandita, menjadi perbualan masyarakat di sana apabila dikhabarkan Lucinta sebenarnya merupakan seorang transgender.

Lucinta mengakui terkilan kerana periuk nasinya terjejas apabila beberapa klien yang telah memanggil Duo Bunga untuk membuat persembahan membatalkan secara tiba-tiba.

“Makin lama berita semakin menyimpang ya. Jujur, saya sangat kecewa kerana beritanya (transgender) tidak benar. Sampai saat ini job kami banyak dicancel,” kata Lucinta.

Perkara tersebut diakui pasangan duonya, Ratna yang mengatakan sebelum berita ini tersebar, tawaran persembahan yang diterima Duo Bunga sangat banyak dan kini ianya terjejas.

Bagi membuktikan dirinya merupakan seorang wanita asli, Lucinta memanggil pihak media untuk berjumpa bahkan bersedia untuk melucutkan bajunya di hadapan semua yang hadir.

Walaubagaimanapun, perkara tersebut dihalang Ratna yang berpendapat raknnya itu sedang sedikit bermosi kerana dituduh merupakan seorang transgender.

“Kalau saya orangnya berani. Kalau saya telanjang sekarang nggak apa-apa,” tegas Lucinta.

Pihak media yang hadir bagaimanapun hanya ingin Lucinta menunjukkan kad pengenalannya atau bukti bertulis lain bagi membuktikan perkara tersebut, namun ditolak Lucinta dengan alasan tidak membawa dokumen-dokumen tersebut.

“Nanti ya, jangan sekarang,” ucap Lucinta.

Ratna kemudian bertindak menceritakan tentang kenangan membesar bersama Lucinta yang dikatakan dikenalinya sejak kecil oleh kerana mereka berdua hidup berjiran.

“Saya kenal dari kecil karena kebetulan jiran tetangga. Dia sudah seperti adik saya sendiri. Dia itu girly banget. Dia girly tapi agak tomboi sedikit sih.

“Terus suatu saat saya pindah ke Jakarta jadi sudah lama tidak bertemu. Tapi ketemu lagi selepas kita berdua menceburi dunia entertaintment bersama-sama,” jelas Ratna.

Lucinta juga berniat menawarkan diri untuk berbogel di hadapan pihak media, apabila ditanya beberapa kali melalui wawancara berasingan ketika diminta untuk menunjukkan kad identiti bagi membuktikan dia seorang wanita dan bukannya seorang lelaki.

“Nanti ada saatnya akan aku tunjukkan (kad pengenalan),” katanya.

Dapat dilihat, kejadian lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya semakin berleluasa ketika ini. Apa salahnya tunjukkan sahaja dokumen pengenalan diri yang sah untuk memastikan isu ini diselesaikan terus. Kata orang, berani kerana benar, betul tak?

Sumber: Kapan Lagi, Grid.id , Youtube

The post Dituduh Seorang Lelaki, Lucinta Luna Sanggup Berbogel Buktikan Dia Wanita Asli appeared first on Aliff Channel.

Sunday 25 February 2018

Tips Bagaimana Meredakan Pergaduhan Dengan Pasangan Anda

Bergaduh dengan pasangan itu sihat, walau bagaimanapun, pergaduhan yang sihat adalah untuk membina dan bukannya merosakkan lagi hubungan yang telah dibina.

Pertengkaran adalah diperlukan untuk membincangkan perbezaan dan keperluan anda bersama pasangan anda. Apa yang membuat pertengakaran yang tidak sihat adalah jika anda berteriak pada satu sama lain dan terluka.

Apabila hujah bermula, sukar untuk tenang dan cuba meredakan keadaan. Tiba-tiba tidak semua perkara tidak dapat dikawal dan rasanya seperti tidak dapat kembali seperti biasa. Jangan bersedih. Sebenarnya, ada banyak cara untuk meredakan pergaduhan supaya anda menjadi lebih baik.

Bagaimana? Mula-mula, tenang dulu, tarik nafas panjang, dan ingat, anda mahu menyelesaikan masalah dengan pasangan anda. Selepas itu, pelajari bagaimana untuk melegakan pergaduhan dengannya.

Tumpukan pada apa yang anda rasakan sekarang

Tumpukan pada apa yang anda rasakan sekarang

Jika anda telah memberi tumpuan kepada kesilapan pasangan, tumpukan pula pada apa yang anda rasa sekarang. Ini bermakna anda saling mengasihi dan anda juga ingin memberi tumpuan kepada perasaan pasangan anda. Bukan sahaja meringankan hujah, pasangan akan rasa difahami.

Atasi pertengkaran dengan kelembutan dan kebaikan. Jika pasangan tidak rasa difahami, dia lebih sedih dan sukar menyelesaikan masalah dengan anda.

Jangan berkira!

Jangan berkira!

Sekiranya anda mula mengira kesilapan pasangan pada satu-satu masa, hasilnya sangat membawa maut. Sikap suka berkira ini datang dari rasa tidak selamat kerana anda rasa dihakimi oleh pasangan. Daripada menyalahkan satu sama lain, lebih baik segera cari penyebab masalah dan selesaikan semuanya.

Akui kesalahan anda

Akui kesalahan anda

Apabila masalah itu nampaknya tidak mengganggu, pastikan anda mengetahui kesilapan anda. Mengakui kesilapan anda yang menyebabkan masalah berlaku. Kegagalan mengakui kesilapan mengakibatkan saling menyalahkan. Hubungan akan berubah jadi tidak sihat, kerana anda menjadi sangat tidak berpuas hati dan bahagia. Akui kesilapan anda, kerana ini adalah sikap merendah hati yang sangat berharga dalam perhubungan.

Fikirkan masa depan anda bersama pasangan

Membayangkan masa depan dengan pasangan anda boleh membuat anda menyedari betapa pentingnya hubungan anda. Dari berkahwin, mempunyai anak, bercuti bersama, dan sebagainya. Ingat juga sebab yang anda pilih dan sayang pasangan anda. Ingat betapa berharganya pasangan itu untuk anda sebelum anda menegurnya sekarang. Kadang-kadang satu kesilapan dapat memadamkan semua kebaikan yang ada. Jangan biarkan itu berlaku dalam hubungan anda.

Menyedari terlebih awal sebelum pertengkaran memuncak

Menyedari terlebih awal sebelum pertengkaran memuncak

Apabila hujah tidak dapat dikawal lagi, segera tamatkan dengan berkata, “Kejap. Kapa kita marah seperti ini? Baik kita tenangkan diri kita terlebih dahulu.” Dengan cara ini, anda dan pasangan anda boleh mengambil nafas seketika dan menenangkan diri.

Memahami pandangan pasangan

Memahami pandangan pasangan

Inilah yang dipanggil empati. Anda tidak perlu bersetuju sudut pandang pasangan, tetapi pertengkaran tidak boleh berakhir jika anda tetap degil. Cuba fahami perasaan pasangan seperti melawat tempat baru. Anda akan menjadi ingin tahu dan terbuka dengan semua tarikan dan tradisi di tempat tersebut.

Bertanya soalan yang memudahkan anda memahami perasaan pasangan

Bertanya soalan yang memudahkan anda memahami perasaan pasangan

Tanyakan soalan yang membolehkan anda memahami perasaan pasangan anda. Kaedah ini dapat mengurangkan emosi negatif dan memberi peluang untuk mengetahui diri pasangan. Bertanya soalan boleh jadi lebih baik daripada menyalahkan dan mengejek antara satu sama lain.

Pertengkaran sering tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kunci utamanya adalah untuk belajar menyelesaikan pertengkaran dengan pasangan anda sebelum anda menyakiti antara satu sama lain.

Sumber: Unsplash

The post Tips Bagaimana Meredakan Pergaduhan Dengan Pasangan Anda appeared first on Aliff Channel.

Friday 23 February 2018

Tak Poyo, Kelakar Adalah Lelaki Idaman Ayda Jebat

Siapa teman lelaki Ayda Jebat dan kisah cintanya masih menjadi teka-teki buat peminat. Walaupun sering memuatnaik gambar bersama pelakon kacak Redza Rosli, namun menurutnya mereka hanya sekadar bersahabat baik. Tambah Ayda lagi, dia senang dengan sikap Redza dan selesa berkawan dengannya.

Apabila ditanya tentang ciri-ciri lelaki idamannya, rupanya penyanyi yang popular dengan lagu ‘Pencuri Hati’ ini sukakan lelaki yang kelakar.

teman lelaki ayda jebat

“Saya sukakan lelaki yang kelakar. Ini sesuatu perkara yang subjektif untuk dihuraikan lebih lanjut.

“Memandangkan saya suka gelak, sudah tentu saya perlukan lelaki yang boleh membikin saya tersenyum dan ketawa,” katanya kepada Kosmo!

Menurut Ayda, lelaki itu haruslah seorang yang baik hati dan paling penting lelaki itu bukan jenis yang berlagak macho.

“Yang paling utama, dia haruslah ikhlas menerima diri saya dan keluarga seadanya. Tak berlagak macho dan tak poyo,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! , Rotikaya

The post Tak Poyo, Kelakar Adalah Lelaki Idaman Ayda Jebat appeared first on Aliff Channel.

9 Kepentingan Kulit Pisang Buat Kesihatan

Pisang merupakan buah-buahan tempatan yang digemari ramai peringkat umur. Buah pisang juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan buat para peniaga buah-buahan. Ada juga yang membuat pisang goreng, pengat pisang, kek pisang dan ada juga yang turut mencampurkan pisang ke dalam yogurt.

Buah pisang juga sangat bagus untuk melancarkan sistem penghadaman badan kita. Pelbagai kegunaan pisang yang boleh kita buat. Asalkan kita kreatif untuk mempelbagaikannya. Buah pisang juga mudah untuk didapati kerana dengan harganya yang murah.

Mungkin masih ramai masyarakat di luar sana yang tidak tahu akan manfaat kulit pisang? Kebanyakkan selepas makan buah pisang kulitnya akan dibuang. Kami kongsikan 9 manfaat kegunaan kulit pisang yang anda masih belum ketahui.

Kulit pisang boleh diguna sebagai pengilat kasut

Bagipakaian yang diperbuat dari pengunaan kapas, getah pada kulit pisang juga boleh menyebabkan kotoran-kotoran hitam yang susah untuk dibersihkan. Pada masa yang sama, kulit pisang juga boleh memberi manfaat yang baik. Anda hanya perlu mengosokkan kulit pisang di bahagian dalam kulit pisang pada kasut kulit anda.. Selepas itu anda hanya perlu membersihkannya dengan mengunakan kain microfiber ataupun kain biasa yang bersih. Anda pasti akan terkejut dengan perubahannya seperti anda baru saja membeli kasut yang baru. Ia juga boleh digunakan pada sofa getah, jaket kulit dan juga beg tangan.

Dapat melembutkan ayam panggang

Semasa anda memanggang ayam, anda hanya perlu melapiskan saja bahagian atas dan bawah ayam dengan mengunakan kulit pisang. Dengan mempraktikan cara ini, ia boleh membuatkan daging ayam terlerai dari tulangnya. Keadaan ayam itu boleh menjadisangat lembut dan senang untuk dikunyah.

Tanaman menjadi subur

Kandungan kulit ppisang juga sangat kaya dengan kalsium dan juga magnesium. Pengunaan kulit pisang ini juga boleh diguna sebagai penyubur tanah. Kulit pisang ini juga boleh menyuburkan tanaman seperti pokok tomato. Hanya perlu letak di dalam sebuah bekas tanah atau di tanaman supaya ia boleh tumbuh dengan subur.

Dapat menyembuhakan gatal, ruam  dan gigitan serangga

Hanya perlu mengosokkan kulit pisang ke bahagian yang kena gigit serangga ataupun ruam akibat gatal. Selepas mengunakannya kulit kita akan terasa lembut dan pada masa yang sama dapat menghilangkan kesan-kesan gatal.

Hilangkan kutil

Ramai yang mengahadapi permasalahan tumbuhnya kutil-kutil di bahagian muka. Kutil ini juga sangat susah untuk dihilangkan. Kandungan yang terdapat di dalam kulit pisang juga boleh menghalang kutil itu tumbuh semula. Anda hanya perlu sapukan kulit pisang ke bahagian kulit yang terdapat kutil dan biarkan semalaman. Cuma perlu lekatkan kulit pisang dengan mengunakan plaster. Amalkan rutin ini sebanyak sekali seminggu.

Membersihkan perhiasan perak

Hanya perlu mencampurkan kulit pisang ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian kisarkan sehingga halus dengan mengunakan blender. Setelah siap, adunan tadi anda boleh gunakan sebagai membersihkan perhiasan perak yang anda miliki supaya kelihatan kembali berkilat.

Meningkatkan kualiti kompos

Kulit pisang juga boleh dijadikan untuk menyuburkan tanah tanaman ini kerana kulit pisang sangat kaya dengan vitamin dan mineral.

Menghilangkan jerawat

Jika anda menhadapi kulit muka yang berjerawat, kini anda tidak perlu risau lagi. Hanya mengunakan kulit pisang saja anda boleh mendapatkan kembali kulit muka yang licin dan bersih. Cuma perlu gosokkan kulit pisang ke kawasan yang ditumbuhi jerawat. Kemudian biarkan seketika. Biarkan sisa kulit pisang tadi melekat di wajah. Selepas itu anda boleh cuci dengan mengunakan air yang bersih.Amalkan selalu sehingga jerawat hilang.

Dijadikan sebagai masker wajah

Masker juga boleh dibuat mengunakan kulit pisang. Cuma sapukan kulit pisang di muka setiap malam. Kemudian bilas dengan mengunakan air bersih pada keesokkan hari. Amalkan selalu, sehingga anda mendapatkan kulit wajah yang mulus dan flawless.

Setelah mengetahui kulit pisang juga mempunyai manfaat yang berguna, anda sudah tidak perlu mengeluarkan belanja yang mahal-mahal semata-mata ingin mendapatkan kulit yang cantik berseri. Hanya perlu rajin mengamalkan jika ingin mendapat kesan yang memberangsangkan. Selamat mencuba.

Sumber: Nasihat-pedoman

The post 9 Kepentingan Kulit Pisang Buat Kesihatan appeared first on Aliff Channel.

loading...