loading...

Monday 28 February 2022

Baru Umur 11 Tahun Dah Boleh Diharap Nak Mandikan Bayi Baru Lahir, Masak Dan Jaga Ibu Berpantang

Rate this post

Mempunyai anak yang bijak adalah satu anugerah yang tidak ternilainya tetapi mempunyai anak yang ringan tulang dan rajin membantu keluarga adalah satu kelebihan buat para ibu.

Dalam usia muda, biasanya anak-anak ingin meluangkan masa bersama rakan atau bermain permainan video sehingga sukar untuk ibu meminta pertolongan.

Tampil berbeza, anak lelaki kepada pasangan Siti Fauziah Masnan, 35, dan Haniffa Jhonasrol, 36, mampu melakukan kerja rumah termasuk memasak walaupun baru berusia lapan tahun.

Video berdurasi 19 saat itu, memaparkan anak sulungnya, Hafiy Altamis Haniffa, 11, bukan sahaja menjaga adiknya yang berusia 44 hari, malah turut menjaga segala keperluan Fauziah termasuk memasak hidangan berpantang.

Video perkongsian mengisahkan anaknya itu telah mendapat lebih 2.7 juta tontonan di TikTok dan menerima hampir 150,000 suka, ketika artikel ini ditulis.

@geehan09 #anaksoleh #anakbaik #adikberadik #adikberadikduniaahirat #fyp #fypシ゚viral #foryou @hanifjhon888 ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Memetik mStar Online lagi, yang bercerita mengenai anaknya, kata Fauziah, dia terpaksa mengajar anak-anaknya berdikari sejak usia lima tahun.

“Saya cakap kat mereka kenapa saya ajar buat kerja rumah dan sebagainya sebab saya nak mereka belajar hidup berdikari.

“Sebab kami tak tahu apa yang akan berlaku kepada kami berdua akan datang, takut tak sempat tengok mereka membesar jadi perlu berdikari. Ke mana pun dia pergi, dia boleh jaga adik-adik… itu matlamat saya.”

Hafiy, 11 tahun tidak kekok menjaga adiknya yang baru dilahirkan

“Tapi saya didik mereka sangat tegas dan saya juga sangat garang. Anak-anak memang takut dengan saya.

“Hafiy ni saya panggil abang… dari umur dia tujuh tahun saya dah ajar masak nasi dan goreng telur dadar.

“Umur lapan tahun saya dah ajar dia masak nasi goreng. Sekarang dia dah master bab masak, kalau saya sibuk dia yang akan masak untuk adik-adik,” ujar ibu kepada lima cahaya mata itu.

Dia yang juga ahli perniagaan berkata, sepanjang tempoh berpantang bulan lepas, anak sulungnya itu paling banyak membantu selain anak keduanya yang berusia lapan tahun.

“Saya bersalin czer… pergerakan terbatas dan berpantang sendiri di rumah, suami yang jaga. Minggu pertama mak mertua datang, dalam masa sama suami dah mula sibuk kerja.

“Jadi masa cuti sekolah sekejap tu, ayah dia pesan dekat anak-anak untuk jangan bagi mommy stress dan sama-sama kemas rumah.

“Bila ayah dia masak, mereka akan tolong sediakan bahan dan memasak. Sebab seawal usia lima tahun memang saya dah ajar anak-anak buat kerja rumah, jadi mereka tak kekok,” jelasnya.

Menurutnya lagi, minggu kedua berpantang, dia dan bayi baru lahir diuruskan sepenuhnya oleh Hafiy dan anak keduanya.

“Masa berpantang dah masuk minggu kedua tu, suami dah start sibuk… saya tinggal dengan anak-anak dekat rumah jadi Hafiy yang masak sepenuhnya.

“Saya minta anak bujang saya masak yang simple macam ayam kukus halia. Ni mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus. Kadang-kadang dia masak sup ayam.

“Hafiy akan dibantu oleh adik perempuan dia sebab adik dia pun dah diajar masak nasi sejak umur tujuh tahun.” katanya.

Siti Fauziah bersama suami dan anak-anaknya

Bila dia tengok abang dia masak, jadi dia pun nak buat. Masa saya dalam pantang ni, adik dia akan basuh dan sidai baju.

“Abang pula akan masak dan kemas rumah, memang saya dah ajar mereka bahagi-bahagi tugas,” katanya sambil memuji sikap Hafiy yang ringan tulang dan tidak pernah merungut letih.

Bercerita lanjut, kata anak kelahiran Selayang itu, dia bertegas dengan anak-anaknya kerana anak ketiganya adalah anak istimewa yang menghidap william sindrom.

“Masa tu saya tak mampu nak ada pembantu rumah jadi saya ajar anak-anak saya yang sulung dan kedua tu buat kerja rumah supaya kalau berlaku apa-apa dekat saya dan suami, mereka boleh jaga adik-adik terutama yang istimewa ni.

“Sejak itu saya ajar mereka buat kerja rumah sebab anak istimewa saya,” katanya yang sentiasa menitik beratkan soal keselamatan dan kebajikan anaknya.

The post Baru Umur 11 Tahun Dah Boleh Diharap Nak Mandikan Bayi Baru Lahir, Masak Dan Jaga Ibu Berpantang appeared first on Aliff Channel.

‘Sesungguhnya susah is REAL’ – Mahu Beli Beras Tapi Duit Tak Cukup, Cashier Terpaksa Pulangkan Balik

Rate this post

Di waktu ini, rata-rata ramai manusia di seluruh dunia yang berdepan dengan krisis ekonomi di waktu pandemik dan ramai juga yang telah kehilangan punca pendapatan utama.

Sekiranya sumber pendapatan anda masih kekal dan tidak terjejas, jangan lupa bersyukur dan jangan lupa bahawa ramai yang telah kehilangan pekerjaan, hilang punca pendapatan dan mengalami masalah kewangan.

Seorang lelaki bernama Muhammad Yusof ada menceritakan di laman sosial berkongsikan satu kisah yang membuatkan ramai sedih dan sebak. Baca berikut ini.

Mahu beli beras 5 kilo

Masa saya nak bayar barang kat kedai runcit, depan saya ada sorang budak tengah nak bayar barang. Budak tu nak beli beras 5 kilo.

Tapi itulah time nak bayar, budak tu tak cukup duit pulak. Last-last budak tu tak jadi beli sebab tak cukup duit.

Masa cashier nak pulang duit budak tu saya perasan dia bayar guna duit seringgit-seringgit dan duit syiling.

Saya terus kata kat cashier, takpe saya bayarkan beras budak tu. Lepas tu saya hulur RM10 kat budak tu, saya kata buat duit dia pergi sekolah.

Budak tu ucap ‘terima kasih bang..’, lepas tu dia hilang.

Time-time sekarang ni, bersyukurlah kalau kita masih boleh makan kat restoran sedap-sedap,

sebab ada orang yang nak makan nasi pun bercatu sekarang ni 😢😢

Sejak 2-3 bulan kebelakangan ni, macam-macam situasi yang menginsafkan berlaku depan mata saya.

Sesungguhnya, ‘susah is real’ itu realiti.

The post ‘Sesungguhnya susah is REAL’ – Mahu Beli Beras Tapi Duit Tak Cukup, Cashier Terpaksa Pulangkan Balik appeared first on Aliff Channel.

“Lelaki Setia Itu Masih Wujud…” – Tunang Kemalangan 4 Hari Sebelum Nikah

Rate this post

Apabila berbicara mengenai pernikahan, semua pasangan pasti teruja kerana ingin ‘mendirikan masjid’ dan hidup bersama sehingga hujung nyawa.

Anda juga tidak akan mengenali pasangan sehingga anda menikahinya. Bahkan, sebelum pernikahan pun banyak dugaan melanda.

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video ini telah dimuatnaik oleh akaun peribadi @awangloh yang berkongsi berita kemalangan bakal isterinya.

@awangloh

Kuatkan diri ye, awk kann kuat❤🥺

♬ original sound – Qish🦋 – Qish🦋

Ini terjadi pada pasangan pengantin berkenaan yang akan menikah dalam 4 hari lagi. Menerusi video tersebut, bakal isterinya mengalami kemalangan jalan raya sehingga mukanya cedera teruk.

Kini, pemilik video ini telah menikahi wanita tersebut dan dia ingin susah senang bersama dengan isterinya.

Rata-rata netizen memuji reaksi pengantin lelaki ini kerana setia bersama wanita yang dicintai dan selalu ada di waktu kesusahan. Malahan, mereka juga mendoakan semoga rumah tangga pasangan ini sentiasa bahagia dan dipermudahkan semua urusan mereka.

Pasangan ini juga bertuah kerana mendapat restu keluarga dan pernikahan mereka berjalan dengan lancar. Ada juga netizen yang berkongsi cerita pernah mengalami kemalangan dan mendoakan kesembuhan pengantin perempuan.

“Ni org panggil darah manis kene banyak berjaga, semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki awak serta pasangan.

“Wey berniqab cantek, semoga kekal selamanya,” tulis netizen.

Berikut antara komen lain dari netizen:

The post “Lelaki Setia Itu Masih Wujud…” – Tunang Kemalangan 4 Hari Sebelum Nikah appeared first on Aliff Channel.

“Sekali Pegang AIat SuI*t, Dapat RM500” – Artis Muda Kongsi Pengalaman Kawan Pernah Jadi Peneman Kepada Sugar Daddy

Rate this post

Ada juga individu yang apabila mengalami kesempitan hidup, mahu lari dari masalah dan akhirnya mengambil jalan mudah.

Jalan dipilih sangat mudah sehingga sanggup menggadaikan maruah dengan menjadi seorang ‘sugar baby’.

Baru-baru ini, penyanyi muda Bunga Isme dan Farisha Irish bercerita tentang pengalaman mereka apabila berkawan dengan individu yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral ini, memetik dari laman Kosmo! Online.

Jadi ‘sugar baby’ sejak usia 17 tahun

Bunga Isme memaklumkan, ada seorang rakannya yang terbabit dalam aktiviti ‘sugar baby’ sejak berusia 17 tahun kerana berdepan masalah kesempitan hidup.

Rakannya itu berasal daripada keluarga yang berpecah-belah, jadi dia dikatakan terpaksa memilih jalan tersebut untuk meneruskan kehidupan dan membiayai perbelanjaan sekolah.

Rakannya itu turut pernah memberitahu Bunga Isme, sekali seluk atau pegang bahagian ‘itu’, dia boleh dapat duit mudah bernilai rm500. Bayangkan jika dia melakukan perkara lain yang lebih ‘daring’.

Jelas penyanyi ini lagi, ibu bapa rakannya juga mengetahui kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh anak mereka tetapi mereka hanya berdiam diri.

Farisha Irish turut kongsi pengalaman

Dalam pada itu, penyanyi Farisha Irish turut berkongsi pengalamannya berkawan dengan individu yang menawarkan khidmat ‘sugar baby’ ketika di universiti.

Jelas Farisha, banyak lagi cara dan kerja halal yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan berbanding memilih cara ‘jalan pintas’ ini untuk mendapatkan kesenangan hidup.

Ada kawan yang jadi ‘sugar baby’ sebab perlukan duit.

Dia tidak terlalu menonjolkan kemewahan tetapi orang tahu dia melakukan aktiviti terkutuk sebegitu kerana dia mampu tinggal di rumah sewa berbanding pelajar lain yang tinggal di kolej.

The post “Sekali Pegang AIat SuI*t, Dapat RM500” – Artis Muda Kongsi Pengalaman Kawan Pernah Jadi Peneman Kepada Sugar Daddy appeared first on Aliff Channel.

Kena Prank, Wanita Gelabah Rasa Pelik Dan Gelabah Pemandu Lain Asyik Hon Sepanjang Perjalanan

Rate this post

Satu video perkongsian seorang wanita menjadi tular mendapat lebih 2 juta tontonan menunjukkan kejadian yang agak lucu di lebuh raya.

Selepas melihat kereta berwarna biru di hadapannya, dia ternampak satu helaian kertas putih terlekat di belakang kereta tersebut.

Jika diperhatikan dengan teliti, di atas kertas itu terdapat ayat yang bertulis,

“Hari ini hari lahir saya. Tolong hon 2 kali. TQ”

Tanpa berfikir panjang, wanita ini kemudiannya terus meminta pemandu di sebelahnya membunyikan hon keretapi seperti yang diminta dalam kertas itu.

Video berkenaan telah mendapat 2 juta tontonan di platform TikTok yang dikongsikan oleh akaun @dyrasalleh.

@dyrasalleh Otw balik semalam terserempak dgn kereta ni terus kami hon2 🤣🤣 mesti pelik jee diaa apa2 pun selamat hari jadi diperluaskan rezeki #fypシ ♬ original sound – Dyra Salleh

Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan pemandu kereta tersebut.

Yang pastinya, dia tertanya-tanya sama ada dia melakukan kesilapan atau tidak.

Wanita ini kemudiannya ingin menelefon hon untuk kali kedua dan ingin membuka tingkap untuk mengucapkan selamat hari lahir, tetapi kereta tersebut masuk ke selekoh lain pula.

@dyrasalleh ingat nak lalu sebelah sambil jerit tapi dia masuk simpang pulak maka kita jerit dalam kereta jela 😂 ni dah 4x hon hrp dia xmarah #viralvideo #fypシ ♬ original sound – Dyra Salleh

Rata-rata netizen terhibur dan merasakan pemilik kereta tersebut sebenarnya kena ‘prank‘ dengan rakan-rakannya.

Namun tanpa disangka, pemilik kenderaan berwarna biru itu yang juga seorang wanita turut mengulas di ruangan komen mengenai video yang tular itu.

Rupanya, wanita pemilik kenderaan itu tidak menyedari terdapat kertas yang dilekatkan di belakang keretanya, sehingga akhirnya mengetahui itu semua kerja rakan sepejabatnya.

The post Kena Prank, Wanita Gelabah Rasa Pelik Dan Gelabah Pemandu Lain Asyik Hon Sepanjang Perjalanan appeared first on Aliff Channel.

‘Seorang Lelaki Yang Mempunyai Prinsip Hidup’ – Isteri Dedahkan Sikap Sebenar Ali Puteh

Rate this post

Jilat dilihat dari luaran, netizen mungkin ada yang beranggapan bahawa Ali Puteh adalah seorang yang mudah mesra namun tegas.

Ali juga dilihat seorang yang tidak akan berdiam diri sekiranya netizen terus-menerus melemparkan kata-kata buruk kepadanya.

Namun, menurut Melati Fitri suaminya bukanlah seorang yang garang sebaliknya.

Hanya isteri yang mengenali sikap dan personaliti sebenar suaminya.

Melati Fitri mendedahkan, suaminya itu adalah seorang lelaki yang benar-benar menjaga prinsip dalam hidup dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian.

Buat pengetahuan semua, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak dan Melati mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata namun anak kedua mereka meninggal dunia akibat kompilasi jantung.

The post ‘Seorang Lelaki Yang Mempunyai Prinsip Hidup’ – Isteri Dedahkan Sikap Sebenar Ali Puteh appeared first on Aliff Channel.

Sunday 27 February 2022

“A Little Joy Amongst The Darkness” – Seorang Wanita Melahirkan Bayi Di Stesen Kereta Api Bawah Tanah Ukraine

Rate this post

Konflik antara Rusia dan Ukraine telah menimbulkan rasa duka di seluruh dunia.

Tragedi berdarah ini bukan hanya meragut nyawa yang tidak berdosa, malahan menyebabkan pelbagai kemusnahan bangunan.

Seorang wanita muda selamat melahirkan bayi perempuannya semasa bersembunyi daripada serangan Rusia di stesen kereta api bawah tanah Kyiv.

Dia dan bayinya dilaporkan selamat dan tidak cedera.

Menurut Daily Star, wanita berkenaan dikatakan berusia 23 tahun, melahirkan bayi perempuannya bernama Mia pada malam Jumaat ketika tentera Putin meneruskan serangan ke atas Ukraine dan mara ke ibu negara.

Dia bersembunyi daripada tembakan di sebuah pusat perlindungan di bandar apabila tembakan bermula di luar dan jeritannya didengari oleh pihak polis bergegas menyelamatkan wanita ini.

Pengerusi Persidangan Demokrasi Dalam Tindakan, Hannah Hopko, berkongsi gambar wanita tersebut yang memegang tangan kecil anaknya di tempat perlindungan secara online.

Kelahiran bayi tersebut sebagai tanda harapan, walaupun negara itu sedang dilanda kesedihan.

Ini juga menjadi harapan di tengah-tengah kengerian perang yang sedang diperhatikan dunia. Ibu bayi perempuan itu gembira dia dapat bersalin dengan selamat walaupun negaranya sedang menghadapi peperangan.

Sementara itu, seorang doktor mendedahkan bahawa seorang bayi lelaki dilahirkan di sebuah hospital bersebelahan bangunan pangsapuri yang terkena letupan itu.

Berita yang memberi harapan

Mengulas kelahiran bayi berkenaan di ruang komen, sebahagian besar netizen senang dengan kelahiran bayi Mia.

Bahkan, ada juga yang berpandangan Mia sebagai keajaiban kecil yang memberi harapan kepada warga Ukraine.

“Anda hebat dan memberi inspirasi kepada kami!,” komen seorang pembaca.

Tahniah pada bayi anda yang baru lahir. Betapa sedihnya dia dilahirkan dalam peperangan ini yang kamu semua tidak minta. Hati saya bersama kamu semua. Kekal selamat, kuatkan diri,” tulis netizen.

The post “A Little Joy Amongst The Darkness” – Seorang Wanita Melahirkan Bayi Di Stesen Kereta Api Bawah Tanah Ukraine appeared first on Aliff Channel.

Saturday 26 February 2022

“Ia Masih Menjadi Misteri” – Doktor Hairan, Lelaki Tertelan Gelas Ketika Menikmati Teh

Rate this post

Berita ini sangat mengejutkan, seorang doktor hairan selepas menemui sebuah gelas di dalam perut seorang lelaki.

Selepas ditanya, lelaki ini mengaku tidak sengaja dia tertelan gelas itu ketika minum teh.

Menurut halaman Mirror Uk, lelaki ini dimasukkan ke hospital kerana sembelit dan rasa sakit yang teruk di bahagian perut. Pesakit ini dirawat di sebuah hospital swasta di Madipur di Bihar, India.

Sumber Metro Uk

Selepas menjalani ujian ultrabunyi dan sinar-X, doktor memberitahu ada gangguan serius dalam usus. Setelah diperiksa dengan lebih dekat, doktor ini menemui sebuah gelas kaca dalam badan lelaki tersebut.

Pada awalnya, pakar bedah cuba mengeluarkan objek itu dari bahagian rektum menerusi prosedur endoskopik, tetapi gagal. Namun begitu, gelas itu berjaya dibawa keluar melalui pembedahan.

Pesakit yang berusia 55 tahun itu dengan malunya mengaku dia tertelan gelas itu ketika minum teh. Bahkan, doktor sendiri tidak pasti bagaimana gelas itu dapat mrlalui saluran makanan yang sangat sempit untuk objek itu.

Dr. Mahmudul Hasan yang mengetuai pembedahan berkenaan masih hairan bagaimana gelas sebesar itu boleh memasuki badan pesakit.

“Bagaimana kaca itu masuk ke dalam badan pesakit tersebut, ia masih menjadi misteri,” ujar doktor berkenaan.

Lelaki itu dilaporkan dalam keadaan stabil.

The post “Ia Masih Menjadi Misteri” – Doktor Hairan, Lelaki Tertelan Gelas Ketika Menikmati Teh appeared first on Aliff Channel.

“Tanggunglah Dkt Akhirat Nanti” – Syarat Lengkap ‘Booster’ Baru Boleh Masuk Masjid

Rate this post

Isu booster dan vaksin tidak pernah lekang dari minda masyarakat. Hal ini mendapat pandangan yang berbeza-beza dari setiap golongan masyarakat. Perdebatan mengenai vaksin juga sering berlaku dalam media sosial.

Walaupun COVID-19 tidak menunjukkan penurunan dalam bilangan kes harian, namun vaksin yang akan diberikan tetap mendapat pelbagai reaksi masyarakat.

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan, berkata, tempoh akhir untuk mereka mendapatkan dos penggalak ditetapkan sehingga 31 Mac ini. Jika tidak status kuning (lengkap divaksinasi) akan bertukar menjadi putih (tidak lengkap) dalam mysejahtera pada 1 April.

Heboh di aplikasi TikTok, video yang telah dimuat naik oleh akaun peribadi @fiqsudiin.

Dalam video itu, beberapa jemaah masjid kecewa, lantaran tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid dan solat jumaat secara berjemaah dalam masjid kerana tidak lengkap vaksin dos penggalak.

Bahkan, ramai yang mengkritik syarat baru iaitu mewajibkan lengkap dos penggalak yang dikuatkuasakan oleh pihak masjid di negeri Selangor. Tindakan mereka seperti menghalang umat islam untuk menunaikan kewajipan.

Tambahan pula, di luar perkarangan masjid kelihatan ramai jemaah membentangkan sejadah demi menunaikan tanggungjawab tersebut.

Majoriti netizen di ruangan komen turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan pelaksanaan undang-undang baru itu.

Cukup jarakkan je tak perlu laa sampai tak bagi masuk masjid,” tulis seorang pengguna TikTok.

Respect gila, tetap solat walaupun kat luar, teguhkan imam,” komen netizen.

“Dah macam syarat sah solat pulak, dah ambil booster baru boleh solat di masjid,” tulis seorang lagi netizen.

Berikut antara komen lain dari netizen:

The post “Tanggunglah Dkt Akhirat Nanti” – Syarat Lengkap ‘Booster’ Baru Boleh Masuk Masjid appeared first on Aliff Channel.

Friday 25 February 2022

“Yang Cakap Tak Nak Lebih Baik Diam, Lain Orang Lain Ujiannya”- Walaupun Dikecam, Wanita Ini Tetap Tabah

Rate this post

Hati mana yang tidak bersedih, apabila dibuat begitu. Golongan lelaki harus memahami konsep poligami untuk mengelakkan perbalahan dalam rumahtangga.

Namun begitu, cara dan tindakan suami haruslah betul agar tidak mengundang kesengsaraan isteri.

Tular di aplikasi TikTok, luahan seorang isteri yang berkongsi kisah hidupnya bermadu. Video ini telah dimuatnaik oleh akaun peribadi @dylazahid.

Berikut di bawah video tersebut:

Macam ni lah hidup bermadu. Suami seorang kena gilir 4 setiap 2 minggu seorang.

Menurut pemilik video, apabila tiba hari giliran si isteri perlu datang untuk mengambil sendiri suaminya. Bahkan, suaminya juga membelikan sebuah kereta untuk setiap isterinya.

Difahamkan, suaminya mempunyai 4 orang isteri dan setiap 2 minggu si suami akan pulang bergilir-gilir ke rumah isterinya.

Menerusi video lain, lelaki itu dilihat menuju ke rumah isteri ketiganya. Namun, apabila tiba gilirannya, suami akan pulang dalam keadaan tidak terkawal dengan memakai baju berlubang dan berseluar koyak. 

Ni rumah isteri dia yang ke-3. Selalu bila turn kita dia akan pakai selekeh baju lubang-lubang dan seluar carik. Dia akan keluar sehelai sepinggang je dengan muka serabai dan kusut masai,” ujar wanita ini.

Walaupun segelinti netizen memberikan komen negatif, namun ada juga yang prihatin dan memberikan sokongan kepada wanita ini. Seorang netizen juga meluahkan bahawa dia isteri pertama tetapi suaminya banyak pergi ke isteri nombor dua dan dia biasa hidup berdikari. Malahan, urusan anak-anaknya hanya dia yang mengurus sendiri.

Bermadu itu pilihan, jika diri sendiri yang pilih terima seadanya, jangan mengeluh – Pesan seorang netizen kepada wanita ini.

Berikut antara komen lain dari netizen:

The post “Yang Cakap Tak Nak Lebih Baik Diam, Lain Orang Lain Ujiannya”- Walaupun Dikecam, Wanita Ini Tetap Tabah appeared first on Aliff Channel.

“Sebelum Ini, Anak Tak Tidur Dalam Buaian,” – Pilu, Anak Maut Di Rumah Pengasuh

Rate this post

Media tempatan melaporkan, seorang kanak-kanak berusia 15 bulan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, disahkan meninggal dunia. Kejadian ini berlaku selepas dipercayai kepalanya tersangkut di dalam katil bayi di sebuah pusat taska di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

“Sebelum ini, anak tidak tidur dalam buaian”

Menurut sumber berita, bapa mangsa, Yuseri Yusoff, 39 tahun, mengatakan bahawa ini merupakan kali pertama anaknya ditidurkan dalam buaian oleh pengasuh, malah di rumah anak bongsu itu tidak pernah ditidurkan dalam buaian.

Bercerita lanjut, Yuseri Yusoff mengatakan dia dan anak sulungnya sedang berada di rumah sebelum isterinya memaklumkan kejadian menimpa yang menimpa anak bongsunya, Nour Rania Asyifaa.

Dia kemudian bergegas ke Klinik Kesihatan (KK) Sendayan dan setibanya di sana, dia melihat doktor cuba memberi bantuan pernafasan.

“Pada malam sebelum kejadian, anak tidak menunjukkan sebarang masalah. Namun difahamkan ketika kejadian, anak dikatakan susah mahu tidur, jadi pekerja di pusat asuhan menidurkannya dalam buaian.

“Sebelum ini, anak tidak tidur dalam buaian,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

Sekali lagi diberi ujian pilu, anak bongsu pula menyusul pergi

Bapa mangsa turut memaklumkan dia reda dengan kejadian yang menimpa anaknya dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Pihak pusat jagaan dikatakan sudah meminta maaf kepada keluarga mangsa atas kejadian yang berlaku.

Difahamkan, bapa kepada tiga anak ini pernah diuji dengan kehilangan anak kedua pada tahun 2020 akibat komplikasi kesihatan.

Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan, disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan leher dan kepala terkeluar dari buaian serta tergantung pada kain buaian, manakala badannya masih dalam buaian.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001

The post “Sebelum Ini, Anak Tak Tidur Dalam Buaian,” – Pilu, Anak Maut Di Rumah Pengasuh appeared first on Aliff Channel.

Video Polis Kawal Lalu Lintas Sambil Menari Tular, Buat Netizen Terhibur

Rate this post

Seorang anggota polis dirakam orang awam tengah menari sewaktu mengawal lalu lintas. Kejadian itu kini menjadi tular selepas video polis trafik tersebut dimuat naik di TikTok.

Video tersebut dikongsi oleh akaun TikTok @str.bgs pada hari Rabu (23/2/2022) lepas.

Ketika pegawai polis itu menjalankan tugasnya, muzik dangdut dimainkan. Perlahan-lahan polis mula menari mengikut irama lagu dangdut.

Dilihat dari video tersebut, rakaman tersebut dilihat diambil dari atas pada jarak yang agak jauh dari kedudukan polis.

Pegawai polis itu dilihat memakai pakaian seragam lengkap dan bertopeng, berdiri di tepi jalan.

Ketika itu keadaan jalan raya agak sibuk. Ada beberapa lori dan motosikal lalu lalang.

Lihat video berikut ini:

@str.bgs Balas @danang_506 ♬ suara asli – AKUKILOSOPO

Video berdurasi 38 saat itu kini telah disukai oleh lebih 339 ribu pengguna TikTok.

Sama seperti perakam video tersebut, netizen juga turut terhibur melihat gelagat polis dalam video tersebut.

The post Video Polis Kawal Lalu Lintas Sambil Menari Tular, Buat Netizen Terhibur appeared first on Aliff Channel.

“Sedar Tak Sedar Dah 10 Tahun”- So Sweet, Nota Cinta Aeril Zafrel Membuatkan Ramai Memuji

Rate this post

Perkhawinan merupakan satu ikatan yang indah tapi banyak perlu bersabar. Namun ada manis dan juga pahitnya.

Pasangan romantik ini telah mendirikan rumah tangga sejak 25 Februari 2012. Kini, mereka telah dikurniakan 4 orang anak.

Pelakon bernama Aeril ini telah memberikan nota cinta ini kepada isteri tercintanya, Wawa Zainal sempena ulang tahun perkhawinan yang ke-10 mereka.

Bahkan, pasangan secocok ini ibarat ‘Bagai cincin dengan permata’ dan kini bergelar usahawan berjaya. Mereka juga sering dijadikan contoh pasangan yang sweet kerana sering berkongsikan kisah hidup di laman sosial.

Melihat pasangan yang sangat romantik ini pastinya menimbulkan sedikit rasa ‘seronoknya kahwin’ terutama dalam kalangan para bujang.

Nota cinta yang dikongsikan melalui halaman Facebooknya berbunyi begini:

Sumber Facebook

“Entah bagaimana harus dikatakan tentang hari ini..

“Saat kita memilih dua jiwa menjadi satu.

Satu hati. Satu cinta. Satu cita-cita. Satu harapan. Dan satu tujuan bersama ke Surga di sana Negara Abadi.

Terima Kasih Sayang

“Kerana bila berani untuk bersama itu, bermakna dirimu mengerti perjalanan yang bakal kita tempuh bukanlah mudah dipermulaannya kerana penuh getir dan sesekali pasti jua dilambung ombak – dipukul badai ujian.

“Kita berjaya melewati dan mengharungi semuanya dengan pertolongan ALLAH jua. Tuhan hadiahkan kita kebahagiaan dengan terus bersimpuh kasih padaNya.

“Barangkali kerana titis air matamu dan doa rintihanmu yang paling tulus lalu dikurniakan kekuatan jiwa, akal dan buah fikir pada dirimu agar titipan rahmatNya berpanjangan hingga kita mengecapi manisnya cinta yang halal dalam redhaNya sehingga saat ini.

Sumber Facebook

Terima Kasih Segalanya Sayang

“Sungguh, kau satu-satunya tempat jatuhnya cinta yang paling bening. Segenap keluh resahku, kau jadi perlabuhan kedamaian.

“Ketika sakit duka bertandang, kaulah jadi penawarnya. Bila akal dan semangatku mulai tumpul, kaulah yang jadi penajamnya.

“Bak kata hukama, kau tak ubah seperti kehangatan saat kedinginan.

Terima Kasih Sayang Untuk Semuanya

Sumber Facebook

“Kutulis ini kerana Hari ini Ulangtahun Pernikahan Kita Yang ke -10.

“Doakan hubungan kami kekal selamanya semua,” luah Aeril yang terlalu menyayangi isterinya.

Rata-rata netizen memuji pasangan secocok ini dan mendoakan kebahagiaan mereka berpanjangan.

“Tahniah abang Aeril Zafrel selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 10 tahun, semoga kekal hingga ke jannah Allah serta bersama sama anak yg comel comel , doakan saya juga boleh kuat semangat kekal hingga jannah dan menjadikan kalian berdua sebagai contoh bahagianya sebuah rumahtangga apabila bersama pasangan yg sama sama jatuh sama sama naik untuk dunia dan akhirat inshaallah aammiinn,” komen seorang netizen.

“Good husban n great wife.may Allah bless you alls.aameen,” tulis netizen.

Berikut antara komen lain dari netizen:

The post “Sedar Tak Sedar Dah 10 Tahun”- So Sweet, Nota Cinta Aeril Zafrel Membuatkan Ramai Memuji appeared first on Aliff Channel.

Thursday 24 February 2022

Kereta Buruk Tidak Menjadi Masalah, Suami Dipuji Bahagiakan Isteri Dengan Hadiah Yang Mahal

Rate this post

Walaupun bukan dari golongan kaya, setiap wanita pasti menginginkan suaminya boleh membahagiakan dirinya.

Kadangkala, hidup dalam kesederhanaan ini lebih bahagia kerana tiada bebanan dalam hidup.

Wanita juga tidak semua mahu menjalani kehidupan yang dipenuhi permata emas kerana bagi segelintir mereka, mendapat suami yang bertanggungjawab dan pandai menjaga hati isteri adalah lebih memadai.

Ini sama seperti berkongsi pengguna TikTok yang dikenali sebagai @niesaregae ketika memuat naik detik-detik gembira yang diberikan suaminya ketika keluar bersama.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah suaminya yang gigih membuat kejutan istimewa dengan meletakkan hadiah dan bunga ros pada bonet kereta.

Warganet juga turut memuji wanita tersebut kerana langsung tidak kisah menaiki kereta lama dengan suaminya.

@niesaregae

Terima kasih suami ku 🥲

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Di sini cukup jelas bahawa kebahagiaan tidak memerlukan kekayaan material, ia sudah cukup membuatkan orang di sekeliling kita rasa dihargai.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen rasa kagum dengan layanan baik suami wanita itu yang melakukan apa sahaja untuk menggembirakan isterinya.

The post Kereta Buruk Tidak Menjadi Masalah, Suami Dipuji Bahagiakan Isteri Dengan Hadiah Yang Mahal appeared first on Aliff Channel.

“Cantik Budak Perempuan Sebelah Dia”- Kanak-kanak Berkelakuan Pelik Bagi Makan Kawan Misteri

Rate this post

Insan yang terpilih akan dianugerahkan untuk melihat makhluk ghaib. Mereka yang memiliki kelebihan ini mampu untuk merasai kehadiran dan melihat makhluk halus berhampiran dengan mereka.

Namun begitu, hal ini mungkin membimbangkan apabila anak kecil juga dapat melihat kehadiran makhluk mistik yang berada berdekatan mereka.

Heboh di TikTok akaun peribadi @nisdorli, wanita ini berkongsi pengalaman anaknya memberi makan kepada kawan misteri.

Dalam rakaman tersebut, terlihat anaknya menyuap makanan kepada seseorang yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

“Anak sulung sy ckp ada budak sebelah tu. budak perempuan.. seram pulak bila anak ckp die nmpk ada budak kt sebelah tu,” komen netizen.

Menurut wanita ini, perkongsian video pendek berkaitan sikap anaknya itu bukan lah pangalaman baru baginya. Sebelum ini, dia kerap merasakan anaknya bersama seseorang.

“Mlm smlm abg min sorg2 smbil mcm bergaduh ngn adik die.tp adik die tgk tv ngn sy kat depn.bl sy tny die ckp kwn die kcau n tunjuk kwn die depn muke je,” ujar wanita ini.

Makhluk bermata merah dan berjahit di bahagian mulut.

Menerusi hantaran video lain, si ibu menunjukkan kanak-kanak ini melukis gambaran muka kawannya itu. Difahamkan, kedua-dua orang anaknya melihat ‘budak girl’ misteri itu.

Lebih menyeramkan, gambaran kawan misteri yang dilukis oleh anaknya menunjukkan seakan kelibat makhluk bermata merah dan berjahit di bahagian mulut. Wanita ini juga pernah membawa anaknya berjumpa ustaz tetapi diberitahu hanya perkara biasa.

Diharap, budak ini dapat melalui kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain dan segala gangguan dapat dihentikan.

Berikut antara komen lain netizen:

The post “Cantik Budak Perempuan Sebelah Dia”- Kanak-kanak Berkelakuan Pelik Bagi Makan Kawan Misteri appeared first on Aliff Channel.

Bapa Bermimpi Anak Masih Hidup, Kuburan Digali, Dikebumikan Kali Kedua

Rate this post

Berita mengejutkan ini berlaku di Palembang, Indonesia seorang ayah mendapat mimpi anaknya yang telah dikebumikan hidup kembali.

Difahamkan, seorang wanita iaitu anaknya dikebumikan pada pukul 2 petang pada 20 Februari, Ahad yang lalu.

Wanita itu dikenali sebagai Yeni, 31, penduduk Kampung Lorong Binjai 3-4, Daerah Seberang Ulu (SU) I, Palembang.

Menurut berita daerah sindonews, hal ini hanya diketahui bapa mangsa Wasani, 50, yang mendakwa bermimpi anaknya masih hidup selepas pertama kali dikebumikan.

“Pada mulanya anak saya meninggal dunia tanpa sakit. Malah, sebelum meninggal anak saya ke bilik untuk tidur. Kerana tidak sedarkan diri, kami bawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia, jadi semalam dikebumikan sekitar pukul 14.00 WIB,” ujar bapanya pada 21 Februari.

Misrinah, penduduk setempat berkata, kejadian sebenar tidak seperti yang tersebar luas dalam masyarakat. Dia berkata, wanita itu meninggal dunia pada pagi Ahad, 20 Februari yang lalu, selepas menghadiri majlis keluarga malam itu. Upacara pengebumian dilakukan pada hari yang sama sekitar jam 2 petang.

Pada waktu maghrib, seorang ahli keluarganya mendengar bisikan wanita itu masih hidup. Penduduk setempat membantu mereka sekeluarga untuk menggali kubur anaknya dan alangkah terkejut apabila melihat wanita itu masih hidup, wajahnya berseri-seri. Ketika dibawa pulang, wanita itu tidak mengucapkan sepatah kata.

Setelah 5 jam hidup kembali, dia dikebumikan semula selepas disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.

The post Bapa Bermimpi Anak Masih Hidup, Kuburan Digali, Dikebumikan Kali Kedua appeared first on Aliff Channel.

‘Aku Tak Cantik, Tak Putih Tapi Nak Suami Hensem, Aku Tekad Nak Pikat Mat SalIeh’

Rate this post

Dalam dunia ini, ada pelbagai ragam manusia dan kisah mereka masing-masing. Termasuklah kisah cinta, ada yang manis ada yang pedih buat sesetengah orang.

Bagaimanapun, wanita berkongsi cerita cintanya buat ramai. Baca berikut ini.

Assalammu’alaikum. Aku tulis ni bukan nak minta pendapat atau luahan masalah. Just maybe boleh dijadikan guidelines kepada yang nak cari bf Mat Salleh. Kalau cerita aku ni bukan ilmiah / cerpen / fantasi, aku mintak maaf ye. Dan aku maafkan kalau ada yang kecam. Chill-chill okey.

Dulu lepas aku give up nak kenal dengan lelaki Melayu, aku decide nak cuba kenal dengan lelaki Mat Salleh pulak. Orang cakap lelaki Mat Salleh tak pandang rupa sebab lebih prefer kepada kserasian & kebijakan seseorang perempuan tu. So aku nak test.

Aku register 1 apps online dating. Aku hai sana & hai sini.. Tapi takde sorang pun Mat Salleh reply. Sobs.

Tapi tiba-tiba pandangan aku macam terkena ‘karen’ bila terpandangkan 1 profile ni. Orang lain profile tunjuk muka depan-depan. Tapi profile lelaki tu macam candid dari side tepi.

Rambut hitam & nampak orgnya macam sejenis handsome, cool & relax. Assumption aku memang tinggi bebenaw padahal gambar sisi tepi saja pun. Hehhe. Background gambar tu mcm dalam tournament basketball gitu.

Ape benda details pun takde dekat profile dia kecuali icon smile saja. Sepanjang malam tu aku buntu nak tulis apa untuk tegur dia. Last-last aku berdoa, Ya Allah moga-moga dia jodoh aku. Siap aku buat Solat Hajat & Tahajud mohon bantuan Allah. Hihi.

Malam tu aku study pasal basketball. Selepas study mendalam & tengok macam ada tulisan Lakers dalam tournament tu, aku cepat-cepat tengok Lakers’ schedule. Rupanya Lakers ada menang hari semalamnya.

So aku screenshot gambar score yang semalam tu & tambah ayat-ayat sikit mcm ulasan.. Lepas sent, muka aku jadi pucat lesi. Aku tunggu 1 minit, 1 hari, 1 minggu, dia tak reply pun. Haha.

Aku pun macam dah lupakan niat untuk cari laki Mat Salleh. Mcm better cari lelaki Turki ke.. Yes, memang bukan kalen-kalen citarasa aku.

Satu hari tu, aku login apps tu & ada tertera mesej dari Joshua. Aku dengan excited cepat-cepat buka. Aku tengok dia hantar gambar boo & unlike dekat logo Lakers. Dia replied, ” Sorry I’m into Rockets”.

Aku yang tak tahu apa cepat-cepat google. Aku reply, ” Oh, meant you are from Texas?” Punyalah gigil tangan aku google nak cepat-cepat reply, rupanya lagi 1 minggu baru dia reply balik mesej aku tu.

Dia balas, “Nope I’m in Minnesota.” Tu saja.. Aku reply, ” So your hometown in Texas? I hope one day i will go to Texas.”

Sampai sudah dia tak reply pun, maybe boring kut soalan aku. Aku tak putus asa. Sambil-sambil tu, aku tengok jugak match Houston Rockets. Aku attach gambar & ulas-ulas sikit macam seorang pro. Padahal ulasan aku tu, aku tiru comment youtuber saja. Hihi.

Lepas 2-3 weeks, tiba- tiba dia reply. Dia cakap, dia tak selalu bukak apps tu. Dia register saje-saje saja. Sebab tu takde description apa-apa.

Tapi kalau aku nak kawan, dia cakap bolehlah mesej dekat no Whatsapp dia.

Aku yang memang dah nak giveup jadi macam happy gila. Orang gila pun tak happy macam tu. Rasa macam nak jerit dekat 1 apartment yang Joshua bagi no Whatsapp dekat aku.

Aku save no dia, takde gambar muka. Just gambar lelaki dari arah belakang tengah main bola. So cepat-cepat aku tukar profile whatsapp aku, biar jadi misteri macam dia jugak.

Aku hai dia.. 1 jam lepas tu baru dia reply. Okeylar, 1 minggu pun aku puas tunggu dia. Hehe.

Kami chat kosong & aku dapat rasa yang dia tak suka aku sebab nama aku pun dia tak tanya. Aku yang banyak tanya. Dia cakap dia lahir & membesar dekat Houston. Tapi sekarang tinggal dekat Minnesota.

Aku cakap aku tak tahu sangat tentang U.S. Dia terperanjat & tanya aku dekat mana sebenarnya? Aku cakap aku dekat Malaysia. Dia ckp, “Oh, Mh370.” Aku tanya dia, ” What field of work are you in?”

Dia replied, “I’m just a bike delivery man.” Aku tanya delivery apa? Dia cakap foods, goods. Tapi sehari dalam 2-3 jam saja dia buat kerja as runner. Aku tanya, 2-3jam tu just buat part time ke? Susah nak dapat job ke dekat sana? Dia cakap job banyak tapi dia malas nak lama-lama.

Penat. Nak balik rumah main phone katanya.

Perasaan aku masa tu macam berhuhu gitu. Aku tak kisah pun kerja runner tapi kenapa cakap malas kerja & nak main phone saja? Gila main game ke? Aku dah fikir jauh, kalaulah kami kahwin aku nak kena bela biawak hidup ke apa.

Dia tanya aku pulak, aku kerja apa? Aku jawab aku online seller saja. Dia tanya kerja atau own business? Aku jawab own tapi small business from home saja.

Dia soal jual dekat mana & barang apa? Aku cakap aku jual pakaian & barang-barang dari China. Ada yang aku jadi dropship, ada ambil stok.

Aku jual dekat Shopee, Lazada & Fb.

Aku terangkan apps Shopee tu macam Ebay, Amazon. Tiba- tiba dia macam berminat sangat nak tau. Dia siap google & screenshot untuk confirm4tion aku.

Dia cakap best betul , Ebay pun tak best macam tu. Dia cakap dia boleh buat website & sistem macam Shopee / Lazada tu sbb dia student IT.

Dia tanya aku boleh make money easily ke? Aku yang dah negative thinking just cakap, bolehlah ikut kerajinan & ada minat nak explore..

Kalau boleh aku tak nak dia nampak aku ni berduit atau business lebat ke apa.

Aku tanya dia, dia suka business ke? Kalau nak business atau jv apa-apa bagitau lah. Boleh kita buat sama-sama sebab aku pandai jugak bab online marketing ni. Saja aku masuk j4rum.. Dia cakap dia suka business tapi sekarang takde masa.

Aku macam dah pelik, dia kuat tidur ke apa? Kaki mbuk ke? Cakap jadi runner 2-3 jam saja sehari.. So aku tanya dia, dia ada kerja lain ke?

Ke masih belajar?

Dia cakap actually dia trader. Bila sebut trader aku fikir F saja. So aku soal, F ke? Dia cakap F, S, G semua dia trading. Tapi dia more into trade C.

Aku memang pernah dengar tapi tak ambik tahu sangat. Tapi sebab rasa ini last chance untuk aku rapat dengan dia, aku cepat- cepat google.

Aku replied, ” Realllyyy??? Actually I’m also into C” Dia yang dah turut excited, tanya aku trade dekat mana, trade apa.

Aku masa tu cepat-cepat ambil handphone lain untuk google & tengok youtube. Kalau aku google guna handphone yang sama aku takut dia tahu yang aku tengah google sebab status Whatsapp jadi tak online.

Dan tadinya macam dia dah boring dengan aku, tiba-tiba dia jadi macam super excited nak borak dengan aku. Memang aku terima kasih sesangat dengan Google & Youtube sebab banyak info pantas yang dah selamatkan aku.

So betullah Mat Salleh memang suka perempuan yang berfikiran ke depan, banyak pengetahuan & sama minat.

dalam beberapa hari tu, aku study betul-betul macamana nak tukar currency, buy sell.. First aku trade aku loss dalam usd 300+/-. Aku screenshot tunjuk pada dia. Aku cakap aku give up & sedih.

Tiba- tiba dia gelak dekat aku, kenapa baru beberapa minit buy dah sell? Tunggu naik baliklah baru sell. Chill saja, pergi minum coffee ke.

Dan dia soal kenapa sell dekat situ? Kalau ikut chart tu trend dah nak naik dah pun.

Aku cakap aku tak pandai tengok chart. Dia cakap nak dia ajar ke? Dia cakap dia pandai technical analysis. Aku cakap memang bagus sangat kalau dia sudi ajar. Dan tiba-tiba dia cakap, boleh dia call aku?

Aku dah telan air liur & gelabah teruk. B.I aku ni takde lah pandai sangat. Aku cakap, okey bolehlah call. Beberapa saat lepas tu ada whatsapp call masuk. Berdebar aku sebab first time aku nak dengar suara dia. Dan bila dia cakap ‘hey’ saja aku macam dah nak terbang ke awan dah.

Suara dia memang sedap di dengar, macam kasar-kasar bangun tidur gitu. Tapi maybe betul dia baru terjaga dari tidur, sebab masa tu dekat Malaysia dalam pkul 3-4 petang. U.S memang waktu awal pagi.

Dia ajar tentang charting basics & volume. Line mana nak tengok. Tapi cara dia cakap tu macam laju sangat & slang pekat, last-last aku cakap boleh slow down sikit tak sebab aku macam tak boleh catch up sangat.

Dia tergelak besar & cuba cakap slow2 tapi macam ada bunyi dialek Chinese pulak. So aku tanya dia, dia mix Chinese ke?

Dia cakap yes sambil gelak-gelak & cakap dialek Chinese dengan lebih beria-ria. Aku cepat-cepat google & cuba test cakap Cina.

At last, dia cakap dia tipu saja. Dia bukan Chinese bl00d. Dia ada mix Itali belah ayah dia. Aku terkeluar cakap B.M, “Oh, tipu eh.. Mandai-mandai betul dia ni.”

Suddenly, dia macam berhenti gelak. Aku tanya kenapa? Dia cakap, suara aku ni macam cute sangat. Dia tanya umur aku berapa sebenarnya? Aku cakap 25. Dia cakap dia 27.

Dia macam tak percaya. Dia nak video call. Aku cakap aku tak bersedia. Yang bestnya, dia memang memahami & hormatkan keputusan aku bila aku cakap tak nak vc.

Esoknya aku terpikir nak stalk dia. Aku godek-godek cari IG & FB dia. 2 ke 3 hari aku try cari tapi tak jumpa. Nak tanya, macam malu pulak sebab macam beria-ria sangat & bimbang dia nak privacy.

Last-last entah dari mana aku baca, cara nak trace gambar source dari mana try check link gambar tu. Aku try download gambar profile dekat apps dating tu. And tak lama kemudian, ade satu link IG appeared.. Yabedabedu.

Aku cepat-cepat pejam mata sebelum aku klik masuk IG tu.. Tak private & banyak jugak gambar. Maybe dia saje saja letak gambar dari IG dekat apps tu supaya siapa yang nak tahu dia, boleh check link & terus ke IG. Tapi bila masuk saja IG tu, perasaan aku macam rasa kosong & jauh.

Memang dia tak sesuai langsung dengan aku. Dia handsome gile kut. Putih melepak, kening hitam, mata dia macam redup gitu & nampak karakter macam funny tapi cool. Aku siap close up nak tengok mata dia samada warna biru ke? Warna grey rupanya, wow.

Yang paling buatkan aku termenung panjang, sebab dia tinggi sangat-sangat bagi aku. Aku tengok pintu pun macam beberapa jengkal nak cecah kepala dia.

So far gambar / video dia dekat IG takde gambar rapat-rapat dengan perempuan. Majoriti gambar / video, dengan family & kawan-kawan lelaki macam giler-giler & happening gitu. Bola, makan, basikal, pool, Christmas, party, beach, gym, family, bbq. Gambar-gambar daily activities.

Gambar ootd / shopping / fashion / tayang duit takde. Nampak genuine IG tu tapi tak tahulah kalau mamat yang aku Whatsapp ni curi identiti org dekat IG ni.

Aku tengok IG dia memang aku rasa give up teruk. Sebab memang tak masuk akal aku rasa kalau dia suka aku lepas dia tengok rupa paras aku nanti. Baiklah aku surrender awal-awal & cari orang Turki saja.

Lately macam trend orang Turki kahwin dengan perempuan Indonesia. Berkenalan thru online-online dating nilah. Manatau rezeki aku.

Lagipun Turki senang sikit sebab ramai Islam. Dan orangnya pun rupa macam Mat Salleh jugak.

Tapi tulah, aku kalau boleh nak yang non Muuslim & prefer Mat Salleh. Maaf sangatlah kalau korang rasa annoying dengan confident level aku ni. Citarasa aku memang tak agak-agak.

Tiba-tiba aku terpkul dengan ayat dia dekat 1 gambar masa dia tengah work out dalam gym, dia tulis, “keep fighting & keep fit”. Terus aku pandang cermin untuk telek badan aku yang dah 7-8kg gmuk berlebihan.

Dan tiba-tiba aku rasa nak fight & jangan give up on him. Mana tahu memang dia jodoh yang Allah dah takdirkan untuk aku.

Malam tu aku tekad aku mesti krus dalam 1-2 bulan ni. Tengok gigi dia yang cantik putih bersih pun, aku cepat-cepat cari dentist untuk treatment gigi aku yang nampak agak kuning.

Sebelum aku video call dia, aku mesti at least nampak cantiklah sikit sebab aku ni tak cantik. Just ordinary Malay women & kulit tak putih melepak. Biasa-biasa saja.

Start dari first called tu, macam dah jadi rutin kami call setiap hari. Trading sama-sama. Chatting dekat Whatsapp pulak macam 24jam non stop.

Stop bila masing-masing nak tidur saja. Itupun time aku nak tidur, aku call dia & bila dia nak tidur dia call aku. Dia cakap sebelum tidur nak dengar suara aku.

Awal-awal dulu kami just borak pasal trade, chart, news, business.. Tapi lama-kelamaan mula banyak tentang diri, aktiviti harian & angan masing- masing.

Dan baru aku tahu yang aku dengan dia banyak persamaan especially seperti tak suka kerja bawah supervision orang, suka kerja sendiri & suka explore benda baru.

Dia selalu mintak gambar aku, aku cakap aku tak cantik. Aku cakap boleh bagi masa sikit lagi tak untuk aku bagi pic? Dia okey saja, tak push.

Actually aku tak nak tunjuk diri aku awal-awal, aku nak dia suka aku melalui peribadi aku dulu.

Dia tanya tinggi aku berapa? Selama ni aku macam elak-elak tapi kali ni aku bagitau dia. Aku cakap mesti dia taknak kawan dengan aku. Dia cakap kenapa?

Last-last aku cakap tinggi aku 142cm saja. Dia cakap, dia memang imagine aku ni petite. Suara aku memang suara perempuan petite size katanya. Aku tanya tinggi dia pulak berapa? Dia cakap 185cm. Aku cakap mesti dia suka perempuan tinggi macam model kan?

Dia cakap tak jugak. Kalau nak perempuan cantik, senang saja boleh dapat. Tiap hari nak tukar pun boleh. Tapi dia suka perempuan yang sama minat dengan dia, support karier dia & serba tahu. So life jadi tak boring. Dia pun dah 27, dia bukan nak cari cinta zaman high school / college katanya.

Aku senyum saja sebab macam pancing aku dah mengena. Tapi dia ada cakap, at least aku tak gmukkan? Sebab kalau 142cm tak sesuai kalau aku gmuk. Aku gelak-gelak cakap gmuk tapi macam nervous gila, risau dia tahu yang aku memang betul-betul gmuk.

So start hari tu, aku makin gile-gile berdiet. Tiap hari makan 3 keping roti gardenia hijau tu, sup ayam plus sayur, buah oren 2 biji. Kalau lapar makan telur rebus yang putih tu saja. Air 2-3liter. Work out minima 1 jam setiap hari.

Aku kena krus cepat, sebab aku risau dia bosan dengan aku sbb tak tahu rupa aku macam mana. So memang aku tak ada banyak masa.

Rasa nak give up saja aku bayang muka dia. Akhirnya aku berjaya lost 13-14kg dalam 1 bulan 1 minggu lebih kurang.

Banyak betul perubahan & pelajaran yang aku dapat dalam tempoh beberapa bulan kenal dia tu. Semuanya semata-mata nak raih cinta dia.

Tapi yang aku perasan, skin aku makin cerah bila dah krus. Muka tembam aku autom4tik jadi krus siap nampak V shape. Macam muka aku masa sekolah. Muda 10 years.

Dah krus ni siap ada beberapa lelaki bujang 1 apartment tiba-tiba tegur & nak kenalan dengan aku. Aku just balas hai gitu-gitu jelah.

Meluat aku sebab time aku gmuk pandang sipi-sipi saja.

Sampailah birthday dia, aku cakap aku nak celebrate & nak kami potong kek sama-sama. Dia cakap macamana nak potong kek sama-sama?

Aku cakap, 12.00 am kita video call. Dia cakap, “Are you serious???” Aku cakap yes.. Dia ucap thanks berkali- kali dekat aku sebab akhirnya boleh vc. Dia cakap selama beberapa bulan ni, dia curious jugak aku tak nak ke tengok dia macam mana?

Aku cakap aku memang nak sangat tahu dia camana. Padahal dia tak tahu aku tiap hari tengok IG dia. Perempuan memang pakar bab stalking. Hehe. Tapi tulah, aku pun nak tahu jugak betul ke yang di IG tu dia. Atau menyamar.

Aku siap upah mua untuk make up kan aku sebab aku nak betul-betul nampak cantik. Siap aku pakai contact lense blue tapi last-last aku jadi malu sendiri sebab tak original macam mata dia. Aku terus cabut. Biarlah guna mata hitam aku ni saja. Hehe.

Lagi beberapa minit nak pkul 12.00 waktu U.S, aku call dia.

Masa panggilan connecting & suara husky dia cakap ‘hey’, aku jadi terpana. Sah, memang orang yang sama di IG. Aku macam nak nangis sebab happy giler.

Kami sama-sama tak bercakap & saling berpandangan terharu. Dia cakap aku cute & nampak nice sangat in hijab. Dia cakap dia tak pernah ada kawan perempuan Muuslim.

Dia cakap thanks sebab surprisekan dia dengan kek tu. Dia pun terperanjat ada orang call nak deliver kek. Aku cakap aku pun ade kek. Siap aku beli kek SR lagi tulis happy birthday nama dia. Dia kena potong kek aku jugak. Aku cakap kita celebrate makan kek sama-sama yer.

Sepanjang vc tu, aku tak pandang dia sangat sebab berdebar gila & terasa nak luruh jantung aku bila tengok dia senyum. Dia pun malu-malu pandang aku. Bila bertentang mata masing-masing tersenyum & tertunduk malu gitu.

Dia cakap aku tak gmuk pun. Sedang elok dah macam ni. Aku tanya dia, kalau one day dia kahwin & wife dia jadi gmuk lepas beranak, dia sayang ke? Dia cakap mestilah sayang. Lahirkan anak dia kut. Tapi dia akan tolong wife dia work out sama-sama sebab dia suka work out & sport.

So advice aku kepada girl yang masih single, rasa diri gmuk, tak lawa, hitam, rendah. Try untuk cantikkan diri. Kalau gmuk, try krus dulu sebab bila dah krus memang akan nampak cantik & sihat. Kalau rendah, belajar pakai kasut tinggi.

Kita tak boleh hanya berharap lelaki terima kita seadanya, kita dulu yang mesti try berubah untuk diri kita. Kalau kita nak lelaki yang segak bergaya, sama juga lelaki nak jugak yang sedap dipandang. Kalau bukan untuk cari boyfriend pun at least untuk keyakinan diri kita.

Melainkan kita memang dah tetap cantik walaupun gmuk.

Ramai orang cakap kita perlu jadi diri sendiri & cari lelaki yang ikhlas sukakan kita seadanya. Aku rasa itu hanya terpakai bagi orang yang cantik. Bagi yang tak cantik, nak tunggu lelaki tegur nak berkenalan pun sampai ke sudah takde. Inikan pula yang ikhlas.

Kita sendiri yang perlu berubah dan jump terus ke dalam circle hidup lelaki yang kita suka. Kita yang kena study dia suka apa. Jadikan topik perbualan. Kadang-kadang lelaki tak suka girl yang just chat tanya makan apa, buat apa?

Selaku girl yang tak cantik, kita yang kena effort lebih & tunjuk minat nak kenal dia lebih dekat. Bila dia dah nampak kelebihan kita, baru dia nak explore lagi tentang kita. Tak payah fikir soal terhegeh-hegeh. Kalau fikir malu nanti dia tak nampak kelebihan kita.

Lepas kami celebrate virtual tu, aku text dia. Aku cakap maaf sebab aku malu-malu, first time kan. Aku tengok 1 tick saja. Aku tunggu dekat 1 jam dia tak reply pun. Aku fikir aku dah kena block.

So aku mesej dia, aku cakap aku faham kenapa dia tak reply mesej aku. Aku rendah, tak cantik, aku memang tak sesuai dengan dia. Aku mintak maaf atas segala-galanya. Aku dah pernah kena ghosting 2-3 kali lepas blind date sebelum ni, so aku dah faham situasi ni.

2-3 jam lepas tu aku dengar phone aku ringing. Aku biar saja, malas nak angkat. Tapi bila dah 4-5 kali ringing, aku angkat jugaklah.

Dia cakap kenapa fikir bukan-bukan? Hp dia maati takde bateri & dia ingat nak tunggu jap tapi tertidur lama. Kenyang sangat sebab makan kek dekat separuh. Dengan spaghetti lagi. Dia cakap aku jugak yang order banyak-banyak.

Dia cakap jangan risau, mata dia nampak aku ni seorang yang comel. Just ignore apa lelaki lain cakap tentang aku yang penting apa yang mata dia lihat terhadap aku. Itu yang penting.  Berbunga-bunga hati aku dengar pujukan lembut dia.

Dia cakap mak dia pun rendah & ayah dia tinggi. Aku tanya berapa tinggi mak ayah dia?

Dia cakap mak dia 163cm saja, ayah dia 190cm. Hurm Mat Salleh, 163cm jatuuh kategori rendah rupanya. Aku yang 142cm ni, kategori kerdil agaknya.

Aku cakap aku nak video call dia jap. Masa connecting tu aku nampak dia macam kusut-kusut bangun tidur dalam gelap malap. Aku cakap tengok dinding tu, aku ada buat lakaran.

Aku ada ukur tinggi dia & tinggi aku dekat dinding bilik aku. Aku lukis gambar muka, leher, bahu hingga badan. So 185cm & 142cm bermakna aku lebih kurang tinggi dada dia saja.

Aku berkerut muka pandang dia & dia tenyeh-tenyeh hidung renung aku. Dia geleng-geleng kepala & tergelak tengok lukisan dinding bilik aku tu.

Dia cakap jangan risau. Dia tak kisah. Kalau aku fikir susah nak k1ss dia sebab kena jinjit tinggi-tinggi, dia boleh dukung aku. Kalau nak jalan pun dia akan pegang tangan aku supaya aku tak tertinggal dekat belakang.

Aku tiba-tiba jadi malu sendiri & cakap tak pelah. Aku adahal. Terus aku cut off the line. Sepanjang hari aku tersengih sorang-sorang.

Start dari hari tu kami memang makin close & close. Memang macam orang bercinta padahal takde declare ape-ape pun.

Ada 1 hari dia saakit & tak larat dia cakap. Aku cakap aku boleh order delivery food. Tapi time nak bayar tu punya lah susah, last-last aku tanya boleh accept Pay Pal tak? Owner tu cakap boleh tapi fee semua aku cover. Aku cakap okey bolehlah sebab dah jauh malam dekat sana.

Lepas sejam tu Joshua call aku, ucapkan thanks beli sup. Dia betul- betul terharu effort aku order makanan walaupun jauh beribu batu especially time dia saakit ni. Dia impress sebab aku pandai. Dan dia appreciate sangat atas usaha aku ambil berat tentang dia.

Aku cakap sup bagus kalau makan time demam. Dia cakap memang betul, tapi tak elok aku beli sup tu. Aku cakap kenapa tak elok pulak?

Dia cakap sup tu ada pork.

Aku dengan terperanjat & separuh menjerit cakap dalam BM, ” Ya Allah, ada pork ke? Yeke wey?” Dia dah faham perangai aku kalau gelabah camtu. Dia gelak tak berhenti & cakap dia baru nak belajar tak makan pork tapi ada orang yang belikan pulak. Tak makan nanti takut rasa bersalah.

Aku tanya dia, dia memang makan pork ke? Dia cakap makan. Aku tanya dia lagi, dia biasa minum arak? Dia cakap memang biasa minum & memang ada stok dalam fridge. Aku termenung panjang & diam. Tiba-tiba dia tanya, p0 rk & alcohl for bid den in Islam kan? Aku cakap haah.

Tengok aku macam terdiam tak bersuara, dia tiba- tiba cakap. Dia cuba belajar tak ambil benda tu, okey? Hmm… dia faham apa yang perasaan aku sedang fikir.

Tapi hari yang paling sedih dalam hidup aku menjelma bila suatu hari masa kami tengah vc, dia cakap ada perempuan dekat area rumah dia minat dia. Dia orang dah tukar phone number & dah keluar bersama.

Aku macam terkedu ternganga tapi aku cepat-cepat senyum walau muka aku dah kelat nak nangis dah. Aku cakap baguslah. Aku tanya cantik tak? Dia dengan serba-salah tengok aku, just cakap ‘not bad’.

Then, kami sama-sama terdiam. Lastly dia cakap dengan nada perlahan & tersekat-sekat, “At least it’s not a… complicated… relationship”.

Dengar saja ayat ‘complicated relationship’ tu, aku dah faham yang dia dah decided nak end up relationship kami yang ‘ teman tapi mesra ni’. Dengan aku memang dia rasa complicated dalam banyak perkara. Bukan makanan saja. Tapi banyak perkara.

Contoh dia nak ajar aku trade F, aku cakap dalam Islam tak boleh main F. Dia nak ajar aku leverage, aku cakap dalam Islam tak boleh. Boleh spot saja itu pun nak kena study halal haram sebelum buy.

Tu dia rasa agak pening & complicated sesangat. Belum lagi hal-hal lain. Tapi aku kena telling the truth sebab aku nak dia keep familiar dengan prinsip Islam.

Aku pun pernah cakap, yang orang Muuslim tak boleh kahwin dengan non Muuslim melainkan pasangan tu convert to Islam. So banyak perkara yang buatkan dia rasa pening & complicated sangat kalau teruskan hubungan dengan aku.

Hurmmm, aku tak salahkan dia. Aku faham perasaan dia sebab kalau aku jadi dia pun maybe aku pilih jalan yang sama. Move on & cari pasangan seagama. Lagipun kami jauh beribu batu. Penat relationship macam ni.

Start dari hari tu, aku decided untuk move on. Penat effort aku dekat 10 bulan untuk fight cinta dia. Akhirnya ending macam tu saja.

Patutlah 2-3 hari sebelum last vc tu, dia lain macam. Mesej sekejap saja. Tak call aku wish goodnight & tak call back bila tengok missed call aku.

Aku dah tak text dia dah. Dia pun tak text aku. Masing-masing ghosting. Tapi hati aku rasa saakit sangat tengok dia online tapi langsung tak mesej aku. Aku selalu berharap ada keluar tulisan typing.

Aku jadi sedih sampai berat drop 2-3kg, tak lalu nak makan. Aku betul-betul rasa sunyi & saakit sebab hati aku rasa macam nak lem4s setiap kali aku bernafas.

Aku tak boleh terima hakikat lelaki yang hampir 1 tahun buatkan hati & perasaan aku sentiasa terawang-awangan dah jauh tinggalkan aku.

Aku tak pernah rasa dia sejauh ni.

Kalau ikutkan aku memang nak tidur saja tapi aku ada join sales Shopee, so nak tak nak memang aku kena packs barang dekat 300-400 parcels. Takut customer cancel.

Lepas 3 hari cuti pada weekdays, aku minta Tia iaitu staff merangkap kawan belajar aku dulu datang kerja. Dia terperanjat bila aku cerita yang aku dah ‘break up’. (Padahal tak pernah declare).

Dia memang kenal Joshua sebab kita orang selalu live time buat kerja. Tia pun selalu borak dengan Joshua.

Pejam celik dekat 2 months kami berdua ghosting each other. Tapi aku tetap bangun solat malam mintak Allah buka hati dia. Aku solat taubat mintak ampun dengan Allah sebab sepanjang aku dengan dia, banyak sungguh dosa aku.

Dosa aku asyik video call main mata dengan dia, calling-calling, manja-manja, senyum-senyum, feeling-feeling & make up cantik-cantik untuk dia. Tu semua dosa.

Aku takdelah alim. Pakaian aku bukan muuslimah sangat & style jugak. Tapi aku tetap rasa berdosa & bersalah dengan apa yang aku dah buat. Tapi tulah dilamun cinta ni asyik sangat.

Aku minta Allah cepatkan jodoh aku sebab aku dah tak nak dosa couple / dating / online dating. Aku nak hubungan halal dan kalau boleh aku nak jodoh dengan dia jugak. ( Degil lagi tu, nak dia jugak).

Aku baca Yassin setiap hari sebab ada terbaca untuk dikuatkan jodoh elok baca Yaasin. Aku doa supaya dia sentiasa teringatkan aku. Korang boleh google doa-doa supaya orang rindukan kita.

Aku doakan supaya dia diberi hidayah Islam sebab aku nak dia masuk syurga. Takpelah kalau dia tak kahwin dengan aku tapi aku nak dia dapat hidayah Islam.

Aku sayang dia gila-gila so aku nak dia masuk syurga. Dia memang tak macam lelaki-lelaki yang aku pernah jumpa.

Ada lelaki, bila nampak aku drive Honda Jazz mulalah nak berkenalan, alih-alih nak pinjam RM 50, 100 lah. Bila cerita tak nak kalah. Ada lelaki bila aku cakap aku takde kereta & online seller saja, terus diam.

Ada lelaki siap tanya aku tak terfikir ke nak cari kerja tetap? Sampai bila nak jual online? Tak try kerja gomen ke? Aku start jual online dari aku 3rd semester degree dekat Upm. So aku dah anggap career tetap aku bidang online selling ni. Tapi ada juga orang nampak aku masih takde kerja tetap.

Itu belum lagi yang gila sks mintak gambar free hairlah, n4kedlah.

Joshua lain. Dia tak pernah ajak aku buat bukan-bukan contoh vc n4ked, mesej lucah ke. Dia respek aku dia cakap sebab aku Muuslim. Aku vc dia pun aku tak pernah free hair. Cuma mesej kami lebih kepada jiwang-jiwang gitu. Tapi tulah, dosa jugak kan.

( Cuma dekat sini aku nak nasihat kepada yang sedang bercouple, please jangan main mesej lucah atau share gambar xx korang dengan bf.

Sekarang zaman viral, sekejap saja korang boleh jadi glamour 1 Malaysia. Ksian mak ayah. Ada k3s lelaki pasang 2-3 gf. Si gf A sebarkan mesej lucah gf B sebab bengang.

Ada perempuan yang diugut dengan gambar bogel lepas clash. Kalau yang bercouple online lagilah korang kena hati-hati. So please jangan okey.)

Oh ya, dengan Joshua kami tak pernah berbangkit soal pinjam duit atau apa-apa berkaitan duit. (Tak macam lelaki2 yang aku pernah jumpa).

Pernah sebelum trade aku tak sempat nak convert Usd, dia transfer usd 1000 ke wallet aku. Bila aku nak pulangkan balik dia cakap tak payah.

Aku malas nak makan budi so aku transfer hutang tu ke wallet dia. Bila dia tahu, dia macam terasa hati & senyap seharian. So aku faham perangai dia macam mana. Kalau dia bertegas nak bagi better accept saja.

Kadang-kadang bila aku malas nak trade, aku transfer saja dekat dia & dia tolong tradekan sekali dengan dia punya. Tapi aku limitkan max Usd 2500 saja. Risau jugak aku , takut dia bawak lari kalau banyak-banyak.

Nilai usd 2500 tu aku anggap macam untuk dia hargai aku sebab aku percayakan dia. Nilai trust aku pada dia. (Tapi better korang tak payah ikut cara aku ni. Sekarang kan banyak love scam bab duit ni). Kenal online pulak tu.

Tapi dia memang jujur, banyak kali dia bagi aku lebih dari untung sepatutnya. Dia cakap duit tu guna pergi makan / shopping. Anggap dia belanja aku time dating. Dia minta maaf sebab tak dapat dating dengan aku.

Aku stop sini dululah. Kalau ada yang nak aku sambung baru aku sambung.

Part 2. Thanks sebab sudi baca story aku & ada yang nak nak tolong aku. Aku hargainya.

Happy aku ramai yang bersatu hati & siap bagi link untuk masing-masing yang single untuk cuba kenal non-Muuslim / Mualaf. Kepada yang single, tak salah nak keluar sikit dari circle lelaki Melayu.. Adventurous & memang seronok..

Okey aku sambung. Hihi…

Sepanjang 2 bulan tu emosi aku betul-betul tak stabil. Aku nampak dia ada upload gambar happy-happy dekat IG, aku rasa saakit hati sungguh.

FB, dia tak update sangat. Dia more into IG. Aku pulak IG tak suka sangat, suka FB.

Dia boleh happy-happy sementara aku dekat sini mandi pun dekat sejam sebab menangis tak berhenti. Tidur pun aku tak lena sebab asyik tengok dia online ke tak.

Dalam tempoh tu aku tak upload apa-apa gambar aku dekat Fb / Whatsapp status. Share artikel pun aku buat setting only me.

Aku nak dia ‘rasa kehilaangan’ aku. Itupun kalau dia rasa kehilaangan. Tapi aku tengok dia happy saje.

Macam IG & FB, kami memang friends/follow tapi aku dah pesan jangan like atau komen dekat FB aku. Aku tak nak adik beradik & kawan-kawan aku tahu.

Dia pulak tak kisah aku nak like tapi jangan komen sweet-sweet sebab dia pun risau family & kawan-kawan dia tahu.

Kalau video call pulak, dia tak bagi aku vc time dia lepak dengan family atau friends. Call atau chat boleh. Tapi vc jangan, sebab dia tak nak orang nampak dia dengan aku, seorang perempuan Hijabis. Dia risau betul orang cakap dia nak jadi Arab.

Aku pulak dah remind, kalau aku dengan family atau kawan-kawan, jangan call / video call langsung. Aku memang tak nak family aku tahu aku ada kenal someone.

Nak chatting pun aku buat muka serius macam reply mesej customer kalau depan family. Tak boleh tersenyum simpul. Nanti mak aku mulalah tanya & nak tengok phone.

Mak ayah aku ni memang kurang sporting kalau bab cinta. Nak kahwin, jumpa terus katanya.

Tapi mak ayah aku pesan kalau boleh cari orang J jugak sebab senang balik kampung time Raya. So aku dah boleh assume memang dia orang reject mentah-mentahlah kalau aku nak kahwin Mat Salleh. Tu yang buatkan aku pun pening.

Memang betullah, hubungan kami ni complicated dari macam-macam arah.

Ada 1 malam tu aku update status Whatsapp, “Ya Allah, tolong jagakan dia untuk aku kerana aku begitu mencintainya, Ya Allah”. (Maaflah kalau jiwang sangat, orang sedang ptah hati katakan).

Tapi sebelum aku update, aku siap setting tak bagi family & kawan-kawan aku tengok. Nanti dia orang mulalah jadikan topik dalam group whatsapp tanya siapa ‘dia’ tu. Haha.

Aku tunggu dekat 2 jam tengok dia online tak. Last-last aku tertidur & bila bangun nak solat malam aku nampak dia viewed.

Terus bersemangat aku nak doa supaya Allah panjangkan jodoh dia dengan aku. Padahal dia view saja pun, bukan text aku pun. Excited terlebih-lebih.

Beberapa hari lepas tu, masa aku dah baring-baring nak tidur tiba-tiba aku nampak skrin handphone ade keluar notifications WhatsApp masuk.

Aku bukak & tengok nama dia yang naik rupanya. Aku yang terkedu jadi menggigil & terus meleleh air mata. Tak sangka dia mesej aku balik.

Dia cakap “hye”. Aku balas hi saja. Malas nak cakap lebih. Sambil-sambil tu aku tunggu perkataan typing dia yang macam tulis padam tulis padam.

Tiba-tiba dia cakap maaf sebab dah luk4kan hati aku.

Aku balas aku okey sebab aku dah moved on. Aku tanya kenapa tiba-tiba message?

Dia cakap, “I’m thinking about you”. Aku balas balik, girlfriend tak marah ke text perempuan lain?

Dia cakap dia dengan perempuan tu sebenarnya ‘tak menjadi’. Just bersama dalam 2 weeks saja sebab dia rasa macam tak serasi, macam boring, dia tak manja/childish macam aku.

Dia cakap perempuan tu pemikiran tak sama macam aku. Aku boleh berborak dengan dia mostly dalam semua benda. Tapi perempuan tu macam tak fit dengan dia.

Aku tanya 2 weeks tu couple ke? Dia cakap tak declare apa-apa tapi agak rapat.

Aku yang tiba-tiba panas & saakit hati, cepat-cepat tanya, ‘rapat’ tu means had s** lah kan?

Dia balas, “Please.. I don’t want to hurt you.”

So bila dia balas macam tu faham-faham sendirilah aku. Aku nak expect apa dengan Mat Salleh, sebab memang dia orang open bab tu. Kenal sehari pun dah boleh masuk ke bilik.

Aku balas, jangan contact aku lagi sebab aku dah kenal someone else. Aku wish goodnight, silent phone & letak phone bawah tilam, jauh hujung kaki.

Biar 2-3 hari handphone tu dekat situ. Saakit betul hati aku bila fikir dia dah bersama dengan perempuan lain.

Tapi beberapa minit lepas tu aku rasa tak tertahan-tahan nak tengok handphone tu. Aku ambil balik hp tu. Hehe.

Aku buka whatsapp & tengok memang dia ada reply.

Dia cakap, “I’m broken too. Bae, I miss you badly. Everything i’ve done mak es me keep on and keep on thinking about you. I’ve never felt so lonely like this.”

Walaupun agak janggal dia panggil aku bae tapi air mata aku mencurah-curah keluar sebab betul-betul bersyukur doa aku supaya dia ingat aku dah termakbul.

Tapi aku replied thanks saja sebab sudi ingat aku. Aku soal kalau rindu kenapa baru sekarang nak contact aku?

Cakap dengan perempuan tu 2 weeks saja. Sekarang dah 2 bulan. Ada kenal perempuan lain pulak ke?

Dia cakap takde. Dia memang nak contact aku tapi dia cakap kalau dia contact aku dia tak boleh turning back semula & luk4kan hati aku lagi. So dia kena find something dulu sebelum dia betul- betul ready utk contact aku.

Aku tanya, find ape? Aku tak faham..
Dia cakap ,” I went to a msque”

Bila dia cakap ‘m0sque’ saja autom4tik aku menangis gembira, siap teresak-esak lagi dalam selimut.

Dulu aku pernah cakap kalau dia nak tahu tentang Islam, dia boleh pergi m4sjid dekat sana. Maybe boleh tanya direct sendiri dengan Imam dekat sana.

(Dia cakap dia belum bersedia. Nanti apa pulak kalau kawan dia tahu. Dia memang ada sifat kekawanan yang tinggi. Dia risau sangat hilaang kawan-kawan dia).

Then aku terus reply. Itulah yang aku doa setiap hari untuk dia. Aku cakap Tuhan saja tahu betapa aku rindu dia. Aku tak boleh move on sampai sekarang. Aku sayangkan dia sangat-sangat.

Dia cakap dia tahu aku sayang dia & aku kecewa sangat. Dia tengok aku tak update apa-apa dekat FB pun dia tahu aku sedang broken.

Dia tanya aku boleh dia video call? Aku cakap call saja. Aku tak nak dia nampak rupa aku dengan air mata & air hidung meleleh non stop.

Bila call tu connecting & dengar suara dia, aku jadi teresak semula menangis. Aku dengar suara dia pun macam serak ke dalam gitu. Rindunya aku dekat suara tu. Aku ingat aku dah takkan dengar lagi dah.

Dia pujuk aku jangan nangis sebab dia dah ada untuk aku semula.

Dia cakap dekat aku boleh kita start balik apa yang kita dah ended? Aku cakap yes please..

Tiba-tiba dia perkenalkan diri dia semula & tanya nama aku? Saja dia ceriakan suasana supaya aku tak berterusan sedih macam tu.

Last-last dia cakap dia cintakan aku & one day dia akan datang Malaysia cari aku. So malam tu kita orang officially declared as couple.

Malam tu banyak kami berbual sampai subuh. Dia cakap dulu dia saje saja cakap dia runner basikal sebab nak tengok aku nak kawan dengan dia tak. Sebab bila dia cakap kerja tu kepada perempuan lain, perempuan-perempuan ghosting dia.

Dia cakap walau dia cakap macam tu, aku masih nak tahu more tentang dia. Tu dia rasa macam okey, bolehlah kawan dengan aku.

Dan bila aku cakap aku kerja as online seller & work from home dia cakap autom4tik dia rasa nak kenal aku. Dia triggered ayat tu So dia cakap better tell the truth saja career dia sebab dia rasa banyak benda dia boleh berborak dengan aku.

Dia cerita, dia ada pergi msjid dekat Minneapolis. Dia dah hampir-hampir nak balik sebab dia nampak yang datang msjid tu hanyalah orang-orang Arab, Pakistan, blacks & ada 2-3 white.

Masa dia dah nak balik, ada orang tua ( aku assume Imam) tegur dia nak solat ke? Dia cakap bukan. Just nak tengok saja. Dia tanya memang sikit saja ke Muuslim dekat sini?

Orang tu cakap ramai tapi waktu tu hari cuti. Dia tanya, orang kulit putih memang tak ramai ke yang Islam? Imam tu cakap ramai cuma hari tu hari Ahad lagipun ramai dah balik sebab waktu zuhur dah lepas. Nanti masuk Asar baru ada orang datang lagi untuk solat.

Imam tu tanya dia, boleh tak nak jemput datang Jumaat nanti? Joshua tanya nak buat apa? Imam tu jawab, Jumaat ada aktiviti berkumpul bagi Muuslim so bolehlah tengok & jumpa komuniti Muuslim dekat sana. Joshua cakap boleh, nanti dia datang.

And Jumaat tu masa dia datang, memang dia terperanjat sebab ramai rupanya orang Muuslim dekat situ. Orang kulit putih yang muda-muda pun ramai. Siap ada yang bertatu penuh badan pun ada. (Joshua pun ada tattoo tapi dekat pergelangan tangan, betis & belakang badan saja).

Imam tu pun ada hadiahkan Al Quran sekali terjermahan untuk buat bacaan kalau-kalau nak tahu lanjut tentang Islam. Dia cakap dekat 1-2minggu dia tak buka sebab takut. Dia takut kut macam buku magic vodoo katanya. Tapi satu hari dia beranikan diri juga untuk baca.

Dan lepas baca dia mula nampak perspektif baru tentang Islam. So dia jadi faham kenapa aku cakap ini tak boleh itu tak boleh.

Dengar cerita dia aku bersyukur sangat-sangat. Maybe Allah dah dengar doa aku & tolong aku melalui Imam Msjid yang sangat pandai berdakwah tu.

Banyak benda dia cerita dekat aku malam tu. Termasuklah cerita tentang atuk dia yang datang US sebagai immigrant yang dah lebih 10 kali aku dengar. Malam tu kami macam tak nak stop the line sebab macam esok dah tak jumpa balik.

So kepada yang ada boyfriend / crush non Muuslim, jangan give up tau. Di samping berusaha mesti terus berdoa especially sepertiga malam. Sebut nama penuh dia.

Hati manusia ni Allah yang control. Dia pun nak ramai orang bersujud kepada Dia. Dan maybe Allah pun redha atas usaha kita untuk mengembangkan Islam kepada orang yang belum Islam.

Kalau korang tengok dekat Youtube, ada 1 channel lelaki Chinese mualaf Singaporean. Ada perempuan Melayu satu office minat dia ( dah jadi wife).

Perempuan tu bagi dia Al-Quran & perempuan tu pun siap solat Hajat mintak Allah buka hati lelaki tu. Akhirnya Allah buka hati lelaki tu untuk masuk Islam. Maaf aku dah ingat-ingat lupa tapi korang boleh cari channel tu.

Start dari hari tu pejam celik pejam celik dah dekat 6-7bulan kita orang couple. Sepanjang couple tu, aku takde lah nak ajar dia tentang Islam all the time. Kalau dia tanya aku jawab & aku just explain in general.

Takdelah aku suruh dia hafal surah ke, belajar steps solat ke. Tentang berkhatan pun aku just bagitau dia gitu-gitu saja. Aku tak nak menakut-nakutkan dia & buatkan dia fikir terlampau banyak benda dia nak kena buat sehingga nampak rumit sangat.

Allah pun tak bagi syarat dah masuk Islam mesti terus pandai ibadah. Sebab tu ada term mualaf, proses nak belajar.

Khatan tu pun bagi aku konsep orang Melayu dah salah. Nak masuk Islam, kena khatan dulu. Padahal itu bukan syarat wajib masuk Islam pun.

Khatan tu terkait dengan hal-hal ibadah. Bila dah masuk Islam nanti dia sendiri akan sedar kepentingan khatan tu bila dia dah start belajar bersuci & nak beribadah.

Tak perlu buat diorang rasa berat nak masuk Islam sebab hal khatan ni. Bukan tak ada, tapi ramai yang takut masuk Islam sebab kena khatan dulu. Aku pernah dengar k3s tak jadi masuk Islam sebab kena khatan dulu.

Aku just chill-chill & aku cakap kalau kita kahwin nanti baru aku ajar banyak benda. Kita buat sama-sama. Sekarang cukup dia ada minat, pengetahuan basic & ada sedikit kepercayaan pun dah cukup bagus sesangat.

Tapi yang jadi masalah hubungan kita orang ni pulak soal susah nak berjumpa. Dia tak dapat datang Malaysia sebab ayah dia accident jadi bed ridden. Abang dia army dekat N.Mexico. Adik perempuan dia pulak masuk university dekat Utah.

Memang dia sorang saja yang tinggal dekat dengan parent. Dia tak tinggal rumah parent & menyewa sendiri. Tapi kalau drive, rumah parent dia dalam 5 minutes saja. So dia susah nak travel jauh sebab masa tak sesuai & ksian dekat mak dia uruskan ayah dia sorang-sorang.

Suatu hari tu masa tengah vc, aku cakap aku dah tak tahan bercinta macam ni. Aku jadi tak secure & uncertainty. Kita kena jumpa jugak sebab masa jumpa tu baru tahu yang kita betul-betul sayang atau tak.

Aku dulu pernah macam tangkap cintan dengan 1 lelaki Melayu secara online tapi lepas jumpa terus lelaki tu tak contact aku. So aku cakap cinta online ni tak real.

Dia cakap tunggu sikit masa lagi dia datang KL. Tunggu ayah dia dah sihat. Ayah dia dah 4-5 bulan accident.

Aku cakap, “If you can’t be right here, i will come to you. I will fly to US.”

Dia cakap tak payah, itu dah menyusahkan aku nak datang sana. Dia akan datang KL cuma bila tu kena bagi masa sikit.

Aku cakap takpe, aku boleh datang sana. Dia soal nanti mak ayah aku tak marah ke? Aku nak datang sorang saja ke? Kalau datang sorang dia tak bagi aku datang.

Aku cakap aku ajak Tia. Dia setuju & cakap esok aku discuss dengan Tia. Dia suruh cakap dekat Tia duit flight tickets, accomodations & expenses, dia akan kasi semua. Tia tak perlu guna sesen duit sendiri pun. Yang penting temankan aku saja.

Pagi esoknya masa Tia masuk kerja aku cakap Tia boleh temankan aku pergi US tak? Tentang duit, Joshua support everything, jangan risau.

Tia cakap aku ni biar betul berani sungguh. Aku cakap ye sebab aku dah tak tahan dah. Aku nak jumpa dia jugak. Aku cakap kita pergi 3-4 hari saja. Boleh jalan-jalan tengok negara orang.

Tia yang dah start excited cakap jap dia call mak dia untuk tanya boleh tak. Tia ni masih tinggal dengan family dia sebab rumah dia dengan rumah aku dalam 20 minit saja.

Bila tengok muka dia cebik masa letak phone, aku dah dapat agak dah. Dia cakap, “Sorry wey, mak aku tak bagilah. Jauh sangat & bah4ya kita pergi berdua saja.”

Aku dengan rasa hampa cakap takpelah. Aku try cari jalan lain.

Aku vc Joshua & cakap Tia tak boleh teman sebab parent tak kasi. Dia cakap takpelah, nanti dia saja datang Malaysia. Tapi aku kena sabar sikit.

Aku cakap no, aku tak boleh tunggu & tak boleh sabar lagi. Aku betul-betul nak tahu betul tak dia akan sayang aku lepas kita jumpa.

Aku penat couple macam ni. Aku tak nak bazir masa bertahun last-last bila jumpa rupanya dia tak suka aku

Aku cakap aku akan fly sorang ke US

Dia terdiam & renung aku yang macam tengah tegang serabut sambil ksat air mata kasar-kasar. Aku masa tu rasa macam sedih, kecewa & ralat gila.

Aku bukan kecewa sebab Tia tak dapat teman tapi kecewa kenapalah susah betul relationship aku dengan dia ni.

Dia cakap sambil tersenyum lembut, “Ok. I’ll wait for you here.”

Aku cakap thanks sebab setuju aku jumpa dia. Aku cakap passport aku masih ok tak perlu renew. So aku dah boleh book ticket.

Tapi dia cakap aku tak boleh tempah ticket mcm tu saja. Nak pergi luar negara kena buat Visa dekat embassy. Dah satu hal pulak aku rasa down bila dia sebut tentang Visa.

Passport memang aku dah ada sebab aku pernah teman mak aku pergi rombongan under Felda kami ke Acheh untuk lawatan mengenang jejak tsunmi Acheh. Mak akulah terlampau-lampau syahdu nak melawat sana. Hehe.

Actually, aku dah serik nak join rombongan-rombongan Felda ni sebab tahun sebelum tu aku dah teman mak aku pergi Padang Besar. Mak aku angkut periuk belanga segala macam sampai aku dalam bas tu macam nak tidur dalam periuk dah.

10 jam lebih meriba periuk besar gedabak sampai terteleng kepala aku. Nak suruh mak aku riba ksian pulak.

Aku cakap beli online saje nanti terus hantar dekat rumah. Harga pun sama saje, silap-silap lagi murah. Mak aku sound cakap aku ni tak habis-habis dengan online, Facebook, Shopee, Panda. Last-last aku diam saje.

Mak aku ni apa-apa mesti harapkan aku yang temankan sebab 2 orang adik lelaki bujang aku tu memang tak nak ikutlah rombongan-rombongan macam tu.

Bapak aku pun malas, sibuk dengan aktiviti surau & ladang.

Berbalik kepada Visa, masa aku pergi Aceh tu Visa semua travel agency uruskan.

So yang US Visa ni, hari tu jugak aku join group travel. Scroll punya scroll terjumpa seorang kakak yang komen tentang U.S.

Aku private message dia & dia reply. Aku tanya boleh tahu tak cara-cara nak
pergi U.S? Dia dah 3x pergi U.S rupanya.

Dia tanya aku boleh tahu tak nak pergi sana nak buat apa?

Aku cakap jumpa kawan. Dia tanya kawan yang macam mana tu? Dan aku pergi berapa orang? Aku cakap aku pergi sorang. Tapi part kawan tu aku rasa macam serba-salah nak bagitau kakak tu. Aku cakap kawan tinggal dekat sana.

Then, dia cakap. Nak apply Visa nanti aku kena attend interview dekat U.S Embassy. Interviewer nak details kawan yang dekat U.S tu & hubungan aku dengan dia.

Aku tak boleh tipu sebab kalau tak jujur nanti interviewer rasa suspicious & tak approved. Akhirnya aku berterus-terang dekat kakak tu sebab aku rasa kalau aku sorok info, aku tak dapat maklumat yang berguna daripada dia. Nanti masalah besar aku.

Akak tu nasihatkan aku samada dah fikir betul-betul ke sebab aku kenal dia online saja. Sekarang macam-macam k3s yang membabitkan online ni.

Tapi kalau aku nak fly jugak takpelah. Dia bagitau aku cara-cara nak apply Visa tu. Cuma dia cakap fikir betul-betul atau cari jugak kawan untuk teman.

Dia bagitau aku kena bawa supporting documents macam 3-6months bank statements sebab interviewer nak tengok yang aku di Malaysia ni seorang yang ada income atau tidak. Kalau ada SSM, bawak SSM juga. Kalau slip gaji bawak slip gaji.

Kalau takde income dia orang takut aku nak bekerja dekat sana guna Tourist Visa.

Account bank yang nak guna dekat sana nanti mestilah ada lebih kurang RM15k atau lebih lagi bagus.

Yang paling penting, aku nanti nak tinggal dekat mana. Disebabkan aku tak booking hotel sebab tak tahu visa approve atau tak, better aku cakap tinggal di rumah family boyfriend.

Interviewer pun nak tahu siapa yang akan aku jumpa dekat sana nanti. Nak details orang tu, address dia, muka dia.

Tapi macam k3s aku ni, dia cakap better aku mintak segala gambar ic, driving license, ic mak ayah dia, gambar dia orang semua.

Kalau boleh gambar IG & FB dia pun print siap-siap. Semua benda ni penting sebab kalau aku hilaang dekat U.S misalnya, polis sana akan cari dia. So jangan guna address orang lain.

Kakak tu cakap sebab nama family boyfriend aku ni macam nak Mexico gitu so better prepare all those details & documents. Sebab takut nanti embassy risau kalau-kalau aku ni sebenarnya jadi keldai ddah.

Aku dengar explaination dia tiba-tiba jadi mengeluh panjang. Dahlah fikir nak isi details di website pun rumit jugak.

Kakak tu siap bagi nombor telefon mak cik dia dekat Oklahoma. Kalau jadi apa-apa nanti, call saja mak cik dia. Mak cik dia Malay, ikut suami kahwin orang sana.

Dah ucap terima kasih dekat kakak tu aku termenung sendiri sambil tengok website US Embassy tu.

Tiba-tiba aku terfikir berbaloi ke aku terbang jauh-jauh merisikokan diri aku untuk dia? Macam mana kalau ondaway ke sana nanti tiba-tiba ada orang letak something dalam luggage aku & akhirnya aku dituduh smuggled something.

Berbaloi ke aku nak musnahkan diri aku padahal dia entah-entah reject aku lepas jumpa. Silap-silap dekat airport nanti dia nampak aku terus dia blah tanpa dia tegur aku pun (aku pernah kena macam ni).

Dan sebenarnya, apa yang aku harapkan lepas jumpa dia? Just jumpa & then aku balik Malaysia continue balik LDR kami tapi versi dah pernah berjumpa pulak. Macam tu ke?

Then tunggu dia pulak datang Malaysia melamar aku? Bila pulak dia nak datang Malaysia tu? Tunggu ayah dia sihat yang tak pasti bila?

Macam tu ke yang aku nak?

Semua ni buatkan otak aku betul-betul buntu.

Joshua mesej aku tanya kakak tu cakap apa? Aku cakap boleh bagi aku some space tak malam ni. Aku nak bersendiri malam ni.

Dia cakap ada masalah apa-apa ke? Aku cakap takde apa.

Dia cakap please, apa-apa masalah kita discuss. Jangan diam macam ni.

Aku tanya dia, sebenarnya dia cintakan aku & betul-betul nak kahwin dengan aku ke? Atau just cintakan aku tapi masih ragu-ragu untuk kahwin dengan aku?

Dia cakap memang nak kahwin & nak hidup dengan aku. Aku tanya so dah ready nak convert to Muuslim ke? Dia jawab ya tapi perlukn aku di sisi dia. Dia tak boleh sorang-sorang sebab dia tak tahu apa dia perlu buat.

Aku cakap, kalau aku dah sampai sana nanti & dia tetap sayang aku, boleh tak kita terus kahwin dekat sana? Aku tak nak hubungan kita ni macam tak ada penghujung sebab kita susah nak berjumpa.

Dia cakap kalau aku tak kisah, dia takde masalah. Tapi apa cakap family aku nanti? (Aku pernah cakap tentang kahwin kena ada wali & tak boleh tanpa restu ibu bapa).

Dan dia tanya, aku sanggup nak duduk dekat U.S ke sebab dia tak dapat nak tinggal dekat Malaysia. Dah jadi isteri, dia nak kami hidup sama-sama. Dia tak boleh LDR kalau dah kahwin. Dia takut tak mampu.

Aku cakap aku boleh duduk dekat U.S. Kami pun pernah berbincang tentang ni & aku tak kisah sebab bisnes aku online. Dari negara mana pun asalkan ada internet aku boleh duduk asalkan ada orang yang handle dekat KL.

Bila dah dengar penjelasan dia tu aku yakin dengan keputusan aku untuk fly ke U.S. Aku cakap aku kena ambik details & dapatkan certain documents dia & parent dia. Embassy nak tengok.

Dia cakap boleh & dia tak de masalah nak bagi cuma kena slash sikitlah takut salah guna documents dia. Salinan ic mak ayah dia pun dia ada. Cuma kalau address, pakai address rumah bujang dia.

Aku cakap, esok dia kena buat hiv test. Aku nak kena tahu kut-kut dia ada hiv ke. Esok pun aku akan test aku punya. Aku tak nak aku terbang jauh-jauh sekali tengok dia ada hiv.

Dia cakap aku memang berfikiran jauh & betullah tindakan aku ni. Esok dia pergi test.

Dah key in di website & buat bayaran, beberapa hari lepas tu aku dapat interview. Debar gila aku rasa.

Bila dah lalui macam-macam checkpoint, aku kena interview dekat kaunter. Interviewer aku Mat Salleh lelaki macam muda jugaklah.

Dia tengok documents aku & kemudian dia tanya nak datang U.S jumpa siapa? Aku cakap jumpa kawan. Aku tunjuk salinan ic, driving license & documents termasuk documents parent Joshua. Dia tergelak & cakap aku well prepared.

Dia tanya kawan atau boyfriend? Aku cakap actually boyfriend. Dia tanya dah berapa lama relationship? Aku cakap almost 2 years.

Dia tanya ini first meet atau dah pernah met? Aku dengan cuak macam nak cakap pernah met tapi tiba-tiba terfikir yang dia staff embassy kut, dia boleh check keluar masuk semua. Aku cakap first meet.

Dia tanya aku pergi sorang ke? Aku cakap ya. Sebab kalau aku pergi ramai-ramai sepatutnya kena interview sekaligus time tu.

Dia cakap, perjalanan aku ni perjalanan yang berisiko sebab aku takde kenal siapa-siapa dekat sana kecuali lelaki ni & ini first meet pulak.

Meet online & aku pulak girl.

Dia cakap dia nak check details lelaki ni kalau-kalau ada masalah jenayah ke. Aku cakap ok.

Alhamdulillah clean. Lastly interviewer tu cakap kalau aku berjaya dapat Visa & fly, jangan lupa update setiap masa perjalanan dengan family dekat Malaysia.

Bagi details tentang boyfriend dekat family supaya family tahu siapa nak cari kalau apa-apa jadi. Simpan nombor telefon balai polis berdekatan.

Walaupun tak lama tapi sangat menakutkan interview tu. Start hari tu mulalah aku & Joshua berdebar nak tunggu dapat ke tak Visa aku ni.

Stress sungguh aku.

Aku rasa dah panjang sangat. Sebab aku takut tak boleh submit kalau panjang sangat.

Sambungan akan menyusul.

The post ‘Aku Tak Cantik, Tak Putih Tapi Nak Suami Hensem, Aku Tekad Nak Pikat Mat SalIeh’ appeared first on Aliff Channel.

loading...