loading...

Sunday 31 December 2017

‘Tak Payah Bajet Alim Sangat, Duduk Diam-Diam Sudah’ – Dikritik Riak & Bajet Alim, Ini Respon Da’i Wan

Serba salah jadinya, beri nasihat dikecam, apatah lagi jika berbuat jahat. Ujian buat mereka yang bergelar ustaz ataupun pendakwah ini bukan mudah, tersalah sedikit saja, diri akan dikecam.

Menegur dengan cara lembut pun salah, jika tegur secara kasar, dikatakan bajet alim dan sebagainya. Itu baru sedikit jika hendak dibandingkan dengan zaman Nabi kita. Cabaran mereka lebih besar berbanding mereka yang berdakwah pada zaman sekarang.

Seperti yang menimpa Da’i Wan apabila telah dikritik oleh netizen apabila dikatakan seorang pendakwah yang bajet alim dan riak.

Namun, kritikkan tersebut sedikit pun tidak memberi tekanan kepada Da’i Wan, malah dia telah memberi komen balas dan mengatakan,

Ramai yang memberi semangat kepada Da’i Wan, kritikkan begitu biasa apabila seseorang tidak mahu menerima teguran dan terasa diri sudah cukup bagus. Bersabar la wahai Da’i Wan.

Sumber:  Twitter/Da’i Wan

The post ‘Tak Payah Bajet Alim Sangat, Duduk Diam-Diam Sudah’ – Dikritik Riak & Bajet Alim, Ini Respon Da’i Wan appeared first on Aliff Channel.

Orang Halimunan Berjalan Di Sekitar Kawasan Rumah Pada Musim Salji

Musim sejuk boleh menjadi waktu yang sangat membosankan bagi mereka yang tinggal di kawasan sejuk melampau tetapi di Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat, seorang lelaki bernama Tom Grotting ada cara unik tersendiri untuk menarik perhatian orang ramai di sekitar kejiranannya.

Dia menjadikan musim sejuk sebagai cara untuk hiburkan jirannya dengan meletakan seluar jeans di luar rumah dan membiarkan ia beku sehingga kelihatan seolah-olah jeans itu dipakai oleh hantu atau orang halimunan. Sangat menarik bukan? Ianya seolah-olah ramai orang halimunan berdiri di kawasan itu. Kadang kala ia menakutkan budak-budak untuk bermain diluar.

Menurut Tom beliau hanya perlu membasahkan jeans, bawa ia keluar dan bentukkan jeans seperti di dalam gambar. Jika diperhatikan, ianya sangat lucu dan boleh menjadi trend terbaru atau hobi di musim sejuk. Selaian membuat orang salji, kini mereka boleh membuat orang halimunan pula.


Selepas beberapa minit seluar jeans yang basah tadi akan membeku dan mengeras. Maka akan menjadi seperti ini.


Meskipun nampak macam dipakai oleh hantu, ia tidak menakutkan jiran-jiran Tom. Sebaliknya mereka turut meniru cara Tom dan lakukan perkara yang sama.

Dan sekarang jeans seperti ini ada di merata-rata tempat di pekan ini. Bagi mereka yang baru tiba di pekan ini pada waktu malam mungkin akan terasa sedikit seram sebab tidak tahu cerita sebenar.

Jika dimuatkan dengan baju lagi hebat kan? Nampaknya pembuatan orang halimunan semakin tersebar hingga di tepi-tepi jalan.

Sumber: Mynewshub.cc

The post Orang Halimunan Berjalan Di Sekitar Kawasan Rumah Pada Musim Salji appeared first on Aliff Channel.

Rekaan Fesyen Seluar ‘Zip Di Punggung’ Jadi Trend Terbaru

Adakah anda sanggup membeli rekaan seluar yang berzipkan di bahagian punggung?

Keluaran terbaru Vetements ini telah menarik perhatian ramai dengan netizen menyifatkan sebagai tidak masuk akal untuk memakai seluar jean yang boleh dibuka zip di bahagian belakang.

Dunia fesyen hari ini berada di luar jangkaan. Setiap masa ada sahaja perkara baharu, ada kalanya langsung tak kena dengan pemakaian normal diperkenalkan atas nama fesyen.

Terbaru, sebuah jenama fesyen terkenal di Perancis, Vetements tampil dengan fesyen seluar jeans yang bukan sahaja mahal mencapai harga AS$1,500 (RM6,600) tetapi rekaannya pelik dan tidak masuk akal.

Netizen berpendapat daripada membuka zip di punggung, lebih baik tidak pakai seluar langsung dan ada yang menyifatkan rekaan tersebut sebagai hodoh.

Tidak kurang juga ada yang menganggap rekaan terbaru itu sebagai tidak beretika dan memalukan walaupun ia dipakai oleh selebriti termasuk pelakon Sarah Snyde.

Pelik kerana seluar jeans keluaran terbaru ini mempunyai zip di bahagian punggung, sekali gus memberikan pengguna pilihan untuk mendedahkan aset jika mereka mahu.

Pilihan menunjuk bahagian punggung? Atau untuk memudahkan bagi melakukan aktiviti tidak bermoral?

Mungkin terlalu kreatif sehingga tidak fikir sensitiviti atau moral, rekaan Vetements bagaimanapun dikritik pengguna selepas mempromosi rekaan tersebut di laman sosial.

Menggelarkan ia sebagai rekaan paling bodoh dan hodoh, pengguna akui ia fesyen melampau walaupun digayakan oleh artis terkenal seperti Sarah Snyde.

Laman Instagram Vetements dipenuhi persoalan jika rekaan itu benar dan bukan lawak April Fool yang terlewat.

Dalam pada itu, perekanya, Demna Gvasalia pula menyifatkan jeans itu sebagai rekaan masa kini, berkata harga yang mahal dikenakan termasuk bagi logo syarikat yang bernilai RM1,000, petik Daily Mail.

Vetements, yang diketuai oleh pereka Demna Gvasalia terkenal kerana mengenakan harga yang mahal walaupun untuk pakaian yang ringkas.

Ia termasuk kemeja-t ringkas yang mempunyai logo syarikat, telah dijual pada harga RM1,000.

Sumber: Mynewshub.cc

The post Rekaan Fesyen Seluar ‘Zip Di Punggung’ Jadi Trend Terbaru appeared first on Aliff Channel.

Suami Bunuh Isteri Kerana Curang

Kejadian yang sangat menyayat hati apabila seorang suami sanggup mendera isterinya sendiri sehingga mati. Seorang lelaki telah berhadapan dengan hukuman penjara selama 15 tahun kerana didapati bersalah kerana melakukan penderaan kepada isterinya sehingga mengakibatkan kematian.

Suspek Maxim Gribanov yang berumur 34 telah melakukan penderaan kepada isterinya sendiri iaitu Anastasia Ovisiannikova berumur 28 tahun. Sebelum kejadian, mangsa juga telah menyatakan ingin meninggalkan suaminya selepas bertemu dengan seorang lelaki lain dan telah bercinta.

Gribanov merasakan yang dia sangat dikhinati dan berasa mat marah dengan pengakuan jujur isteri yang dicintainya itu. Dia juga terus menumbuk dan menendang isterinya selama beberapa jam di kediaman miliknya yang terletak di kawasan bandar Lebedyan Barat Rusia.

Dia juga didapati sempat mengambil gambar keadaan teruk yang dihadapi oleh isterinya yang keseluruhannya dipenuhi dengan kesan lebam yang teruk dan menunjukkan kepada rakannya.

Akibat dari kecederaan yang teruk itu, Ovisiannikova juga turut mengalami kecederaan dalaman yang sangat teruk dan telah menyebabkan dia berada dalam keadaan koma dan terus meninggal dunia pada enam hari kemudian.

Yulia Kuznetzova selaku jurucakap po[is berkata, Suspek juga telah mengaku kesalahannya di atas dakwaan telah memukul dan menderan isterinya sehingga menyebabkan kematian. Suspek Gribanov kini telah berhadapan dengan hukuman penjara selama 15 tahun kerana menyebabkan kematian isterinya serta niat.

Kejadian sebegini sering berlaku pada mana-mana hubungan. Mungkin akibat tidak dapat menahan kemarahan dan kekecewaan kerana orang yang disayang telah menemui orang lain dan sanggup meminta cerai kerana orang lain. Tiada siapa di dunia ini dapat terima perbuatan khianat apatah lagiapabila ia melibatkan orang yang disayangi. Semua itu mungkin berlaku di luar jangkaan.

Sumber: Blusamurai.blogspot.my

The post Suami Bunuh Isteri Kerana Curang appeared first on Aliff Channel.

Indah Ruhaila Tidak Mahu Mendedahkan Muka Bakal Suami

Indah Ruhaila merupakan peserta Akademi Fantasia 2013 yang kini namanya sudah mula dikenali ramai dengan kemunculan lagu pertamanya Percayalah, Terbaru ini Indah juga terdapat ura-ura untuk menamatkan zaman gadisnya pada tanggal 24 Disember ini.

Pada masa yang sama juga, dia tidak mahu mendedahlan identiti bakal suaminya itu. Dia hanya akan memberitahu sesuai sahaja majlis perkahwinan itu selesai diadakan.

Indah Ruhaila atau dengan nama sebenarnya, Siti Ruhaila Hussien 30 tahun telah memaklumkan berita berkenaan secara terbuka dan memohon maaf kerana dia tidak mengundang mana-mana media pada hari istimewanya kerana majlis perkahwinan mereka diadakan secara tertutup.

“Saya dengan rendah hati menyusun 10 jari untuk memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan media pada hari itu. Majlis ini diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat serta teman rapat,” katanya.

Indah juga langsung tiada niat untuk menguris atau merahsiakan hari perkahwinannya kepada media. Dia berbuat keputusan sedemikian adalah menghormati permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.

“Bagaimanapun saya akan memberikan kenyataan rasmi berserta gambar sejurus selepas majlis berlangsung. Sekali lagi, saya memohon maaf tulus dari hati. Alangkah indah jika saya dapat berkongsi majlis bahagia ini dengan semua yang menyokong saya selama ini,” katanya.

Indah juga mengatakan yang dia pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.R, namun jodoh mereka tidak berpanjangan dan putus di tengah jalan. Nama Indah Ruhaila mula dikenali apabila dia mencuba bakat menerusi program realiti Akademi Fantasia pada tahun 2013.

Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun, tahniah kami ucapkan untuk Indah Ruhaila dan juga bakal suaminya. Banyak antara artis-artis Malaysia menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini.

Sumber: Bharian.com.my

The post Indah Ruhaila Tidak Mahu Mendedahkan Muka Bakal Suami appeared first on Aliff Channel.

Red Velvet Penampilan Terakhir Neelofa, Mahu Undur Diri Dari Dunia Lakonan

Beberapa bulan ini sememangnya nama Neelofa sentiasa ‘hot’ dan menjadi perhatian ramai netizen, malah banyak cerita berkenaan dirinya dilaman-laman sosial media.

Pelakon Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor telah mencapai beberapa kejayaan luar biasa tahun ini. Pengiktirafan beliau dalam senarai Forbes Asia 30 Under 30 2017 sebelum ini secara langsung memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

Terbaru, Neelofa dikatakan telah dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Air Asia, . Dengan tanggungjawab barunya itu Neelofa bakal menaikkan lagi kedudukan Malaysia di sfera global. Demi menjaga amanah, pengasas tudung ‘Naelofar’ itu baru-baru ini memberitahu New Straits Times dia terpaksa mengurangkan untuk terima tawaran berlakon.

Oleh kerana kesibukkannya itu, dia membuat keputusan untuk berehat seketika dari bidang lakonan.

Bersara berlakon

Ia adalah satu lagi tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya, makanya adalah baik saya berhenti berlakon buat sementara waktu. Nampaknya lakonan tidak akan menjadi keutamaan bagi saya pada 2018.

Walau bagaimanapun, usahawan itu memberi jaminan bahawa dia akan terus mengacara program Meletop disamping pengacara, Nabil Ahmad.

Terus bersama Meletop

“Saya telah bersama Nabil Ahmad selama lima tahun, dan MeleTOP telah menjadi sebahagian daripada saya.

Nabil, pihak produksi dan peminat Meletop – kami berkongsi hubungan yang baik, dan saya tidak mahu mengakhirinya.”

Moga Neelofa menjadi lebih berjaya dimasa akan datang.

Sumber: Ohbulan.com

The post Red Velvet Penampilan Terakhir Neelofa, Mahu Undur Diri Dari Dunia Lakonan appeared first on Aliff Channel.

‘Baju Buruk, Tapi Harga Cecah RM40K’ – Netizen Mengecam Teruk Baju Terpakai Yang Mencecah Ribuan Ringgit.

Bagi peminat pakaian terpakai, mereka lebih arif berkenaan kualiti kain dan jenama. Bagi mereka, menghabiskan ribuan ringgit untuk sehelai baju sangat berbaloi dan tidak membazir.

Namun bagi mereka yang kurang berminat, mereka lebih rela membeli baju yang masih baru dan masih belum disentuh. Ada dikalangan mereka yang sangat cerewet, pakaian terpakai seolah-olah sangat ‘low standard’.

Bagi mereka yang tidak mengetahui kualiti sehelai baju klasik, pasti terkejut dengan tawaran empat baju T terpakai hendak dijual dengan harga RM40,000.

Namun, bagi peminat baju-T band rock yang menjadi ‘trend’ sejak 1980-an, ada nilai sentimental dan perjalanan cerita tersendiri pada baju berkenaan.

Meskipun dilihat seperti baju T biasa, hanya pengumpul koleksi baju ‘rare’ tahu nilai sebenar sesuatu baju berdasarkan kualiti, keaslian, jenis dan edisi terhad.

Pengumpul dan penjual, Muhammad Syafiq Azhar, 28, berkata empat baju kumpulan ‘heavy metal’ Iron Maiden miliknya yang hendak dijual dengan harga RM40,000 di laman sosial sejak kelmarin, adalah benar.

Rabu lalu, Syafiq dari Hulu Langat, Selangor, menawarkan empat baju-T band Iron Maiden dengan harga RM40,000 melalui Facebook serta portal perniagaan dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Menurutnya, ada pihak mengatakan mengarut namun tidak kurang juga yang membuat rundingan untuk mendapatkan harga lebih murah bagi sehelai baju yang dicetak pada tahun 1982 itu.

“Baju ini untuk pasaran antarabangsa, bukan hanya pengumpul di Malaysia mencarinya. Saya jual mengikut harga pasaran terkini yang mencecah antara RM12,000 hingga RM15,000 sehelai.

“Namun, saya tidak mahu menjual sehelai, jual borong empat helai dengan harga RM40,000.

“Andai tiada siapa mahu beli, saya tidak kisah kerana harga barangan ini akan semakin tinggi pada masa depan, akan jadi lebih ‘rare’,” ketika dihubungi.

Menurut bapa kepada dua anak itu, dia membeli baju berkenaan sehelai demi sehelai kira-kira dua bulan lalu dan menjadi hobinya menjual semula barangan klasik yang dikumpul apabila harga pasaran meningkat.

Bercerita mengenai permulaan hobinya itu, Syafiq berkata dia berminat mengumpul jersi pasukan bola sepak tempatan dan luar negara sekitar 1990-an sejak 2008.

Katanya, minat yang muncul ketika dia masih bersekolah, berkembang apabila turut mengumpul baju lama yang mempunyai nilai sentimental dan diburu pengumpul lain.

“Apabila kita memiliki baju yang asli, edisi terhad dan dicetak pada peristiwa tertentu, ia memberi satu kepuasan kepada pengumpul.

“Sesetengah pengumpul sanggup berhabis ratusan, malah ribuan ringgit untuk mendapatkan barangan klasik yang diidamkan.

“Selain menjadikannya hobi, ia juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan,” katanya yang bekerja dengan syarikat perkapalan.

Namun ada netizen yang mengecam beliau kerana meletakkan harga yang terlalu tinggi setiap helaian baju tersebut.

Sumber: Hmetro.com.my

The post ‘Baju Buruk, Tapi Harga Cecah RM40K’ – Netizen Mengecam Teruk Baju Terpakai Yang Mencecah Ribuan Ringgit. appeared first on Aliff Channel.

‘Rugi Belajar Jauh-Jauh, Jadi Macam Ni’ – Berang Dihentam Netizen, Dr Amalina Bakri Balas Kritikkan Tersebut Dengan Perlian Berbisa

Seperti yang sering dikatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sebelum bercakap sama ada di alam nyata atau media sosial kita mestilah memikirkan hati dan perasaan orang yang ditujukan. Bukan semua boleh berdiam diri apabila teruk dikecam.

Bekas pelajar cemerlang, Amalina Che Bakri yang kini seorang pakar bedah pelatih di London ada cara tersendiri menangani netizen yang hanya tahu hendak mengkritik.

Pemilik akuan yang bernama Bakri dengan tidak semena-mena memberi komen negatif kepada gambar yang telah dimuatnaik oleh Amalina. Amalina ketika itu hanya berkongsi tips penjagaan rambut. Dan pemilik akaun berkenaan telah memberi komen berbaur perlian dengan mengatakan bahawa,

‘Rugi-rugi belajar jauh-jauh, jadi macam ni’

Namun Amalina tidak berdiam diri dan membalas sindiran tersebut,

Kerana terkesan dengan sindiran Amalina tadi, pemilik akaun tersebut membalas dengan mengatakan ‘Opss tersalah komen, sorry’

Jika bab ‘stalk’ serahlah kepada netizen, hasilnya netizen sempat ‘menyiasat’ dan mendapati lelaki berkenaan ada meninggalkan komen pada seorang bintang filem porno

Jangan terlalu mudah untuk menjatuhkan hukum, sedangkan diri sendiri pun masih dalam keadaan teruk. Apabila sindirian pedas terkena pada diri sendiri, siapa yang malu? Sendiri yang malu.

Sumber: Kisahlogik.website

The post ‘Rugi Belajar Jauh-Jauh, Jadi Macam Ni’ – Berang Dihentam Netizen, Dr Amalina Bakri Balas Kritikkan Tersebut Dengan Perlian Berbisa appeared first on Aliff Channel.

Zizie Ezette Selamat Melahirkan Anak Kembar

Pelakon tanah air, Zizie Ezette telah selamat melahirkan anaknya yang kembar. Rezeki yang tak di sangka-sangka.

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Zizie Ezette yang selamat melahirkan bayi kembar lelaki pada jam 5.48 dan 5.50 pagi Jumaat, di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Berita gembira itu dikongsikan oleh Zizie menerusi akaun Instagramnya dimana beliau melahirkan bayi kembarnya melalui kaedah pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya sejam lalu, Zizie, 39, yang mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata beliau menjangkakan kembarnya itu akan lahir pada hari jadinya hari ini, tetapi proses kelahiran secara pembedahan terpaksa dilakukan sehari lebih awal.

“Seorang ibu yang menyambut hari jadinya bersama dua hadiah yang datang lebih awal! Mommy menjangkakan mereka akan dilahirkan hari ini, tetapi masing-masing hadir secara kejutan menerusi pembedahan, semalam, Jumaat, 29 Disember pada 5.48 dan 5.50 pagi,” katanya.

“Alhamdulillah, kedua-duanya sihat walafiat. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan saya,” katanya sambil memaklumkan berat dua bayinya itu, masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram ketika dilahirkan.

Menerusi gambar yang dikongsinya juga, pemilik nama penuh Zizie Izette Abdul Samad itu tampak jelita di samping kedua-dua cahaya matanya di pangkuan.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Zizie yang sudah lama menantikan detik cukup bermakna itu.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009. Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat perempuan, Naila Nur Jenna, berusia 11 bulan.

Kita doakan kedua-dua anak Zizie sihat walafiat dan tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Zizie dan suami.

Sumber: Beautifulnara.com

The post Zizie Ezette Selamat Melahirkan Anak Kembar appeared first on Aliff Channel.

Saturday 30 December 2017

‘Rimas Dan Bengang Diganggu Seorang Artis Popular Dengan Pesanan Lucah’ – Andi Bernadee

Andi Bernadee mula dikenali apabila videonya yang sedang menyanyikan lagu dari Upiak yang bertajuk ‘Tak Tun Tuang’.
Kini dia juga telah menjadi buruan menjadi seorang artis rakaman. Muka yang mempunyai pakej dan mempunyai suara yang sedap tidak susah untuk masuk ke industri hiburan.

Sekarang ramai yang viral di Youtube diserap masuk menjadi artis rakaman.Terbaru, Andi juga telah membongkar satu rahsia yang telah lama disimpan semenjak dia mula dikenali di industri hiburan.

Jejaka kegemaran ramai gadis ini telah meluahkan perasaan bimbangnya kerana ada seorang artis popular yang sering menghantar mesej yang berbaur lucah kepadanya.

“ Soalan bila nak ‘perform’ atas katil membuatkan saya berfikir penyanyi ini sudah melampau,”

Dia juga mengatakan antara mesej yang dihantar oleh pelakon popular itu kepadanya sejak kebelakangan ini.

Menurut Andi sendiri, dia mengatakan yang dia langsung tidak mempunyai apa-apa masalah dengan artis berkenaan. Cuma sejak kebelakangan ini sikap artis berkenaan membuatnya kurang selesa. Siapakah gerangan penyanyi popular itu?

“Namun apabila menyentuh perkara dan menggunakan ayat berbaur lucah, saya berasakan dia sudah keterlaluan. Saya hormat dia sebagai penyanyi senior, jadi saya tak nak perkara sebegini membuatkan orang beranggapan negatif,” katanya kepada media.

Kerana masih hormat dan menjaga nama bail penyanyi berkenaan. Andi membuat keputusan untuk tidak mendedahkan nama penyanyi tersebut. Malah Andi juga sudah banyak kali mendengar bahawa ramai kalangan artis juga pernah melalui perkara sebegini.

Baru-baru ini vokalis dari kimpulan Floor88 iaitu Ayie Elham juga pernah menerima mesej berbaur lucah di laman instagram miliknya. Kata Ayie lagi, individu yang menghantar mesej lucah itu tidak dapat dilkenali lelaki ataupun perempuan. Malah dia diberikan habuan sebanyak RM15 ribu jika bersetuju menghantar gambar lucah.

Sumber: Hangat.com

The post ‘Rimas Dan Bengang Diganggu Seorang Artis Popular Dengan Pesanan Lucah’ – Andi Bernadee appeared first on Aliff Channel.

Jangan Pandang Remeh Dengan Tugas Seorang Yang Bergelar Doktor

Mungkin bagi segelintir netizen yang menganggap pekerjaan seorang doktor ini tampak mudah seperti, ‘check sana, check sini, jalan sana jalan sini’. Tapi adakah kita tahu apakah yang dihadapi oleh mereka di sebaliknya? Apa yang sedang mereka lalui di belakang kita.

Tugas sebagai seorang doktor atau pekerja perubatan bukan;lah satu tugas yang mudah. Bagi seorang yang bergelar doktor, mereka terpaksa berkorban segalanya hanya untuk menjalankan tugasan dan menghabiskan masa dan tenaga mereka di hospital sahaja. Masa bersama keluarga amat terhad.

Jika hendak terangkan satu persatu tentang tugasan doktortidak akan pernah habis. Masih ramai lagi netizen di luar sana pekerjaan seorang doktor ini bukanlah susah sangat dan sangat mudah di pandangan mereka. Sebagai nasihatnya, janganlah kita hanya menilai dengan apa yang hanya kita lihat di mata sahaja.

Ada seorang wanita yang turut berkongsi sekeping gambar do laman twitter miliknya. Dalam gambar itu telah menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian seragam doktor sedang duduk di sebuah kerusi sambil menjamah makanan yang dibawa.

Apa yang dikatakan oleh wanita itu, doktor lelaki itu sedang menjamah makanannya dalam keadaan tergopoh gapah. Jika dilihat dengan mata kasar, seperti dia sedang mengejar masa dan terus menyuap makanan ke mulut dengan laju. Biar perut terisi dengan makanan pun sudah cukup.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Ayuni Johari ituhanya berfikir yang doktor lelaki itu hanya singgah untuk membeli air di Vending Machine berkenaan. Tetapi tanggapannya itu meleset sama sekali apabila melihat doktor itu mengeluarkan sebungkus plastik yang isinya satu bekas makanan. Doktor itu mula menyuapkan makanan di tangannya ke mulut dan makan dengan keadaan yang tergesa-gesa.

Setekah Ayuni Johari memuat naik gambar tersebut di laman twitternya, kebanyakkan ramai netizen yang terkesan dan terharu apabila melihat gambar tersebut. Masing-masing juga telah melontarkan pendapat mereka di ruangan komen twitter. Hasil dari perkongsian ini, telah mendapat sebanyak lebih daripada 5,000 retweet dan kini telah menjadi tular di laman sosial.

Apa yang cuba untuk dijelaskan adalah, tugas sebagai seorang doktor ini tidak semudah yang kita sangkakan. Mereka perlu bersedia dari segi fizikal dan juga mental. Tugas sebagai doktor amat memerlukan ketabahan,kecekalan dan juga pengorbanan yanga amat besar jika ingin menjadi seorang doktor yang berjaya.

Cuba anda bayangkan, jika kita di tempat doktor kita terpaksa menerima dan melupakan masa yang sepatutnya kita luangkan bersama ahli keluarga ataupun bersama isteri ataupun suami serta anak-anak. Sebagai manusia biasa mereka juga memiliki perasaan sebegitu. Mereka hanya mampu menyimpan dan memendam perasaan itu demi tanggungjawab sebagai seorang doktor demi menyelamatkan nyawa dan kesihatan orang lain.

Memang tidak dinafikan gaji bagi seorang yang bergelar doktor memang besar dan sangat lumayan. Apalah gunanya wang ringgit yang banyak itu berbanding dapat meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang? Mereka tidak dapat merasai semua itu kerana terikat dengan tugas yang patut mereka jalankan dengan berhati-hati.

Kita sebagai rakyat yang bertamadun jangan lah sesekali memandang rendah terhadap apa juga pekerjaan yang orang lain kerjakan. Setiap pekerjaan mempunyai kisah dan pengorbanan yang tersendiri.

Tuhan sentiasa berlaku adil terhadap hamba-Nya. Berdoalah kepadaNya supaya kita dikurniakan pekerjaan yang mulia disisi Tuhan. Melalui pekerjaan kita sekarang, kita dapat membalas jasa ibu dan ayah kita, seterusnya dapat membina sebuah institusi keluarga yang bahagia dan beriman terhadapNya.

Janganlah kita sama sekali memandang rendah terhadap mana-mana pekerjaan di dunia ini. Setiap pekerjaan yang dilakukan semuanya mempunyai cerita dan kesusahan yang tersendiri.

Tugasan sebagai seorang doktor terpaksa mengetepikan kehidupannya kerana ingin menyelamatkan nyawa orang yang memerlukan. Kadang-kadang seorang doktor tertidur keletihan selepas melakukan pembedahan selama berpuluh-puluh jam sehingga masa tidurnya tidak terjaga. Seharusnya kita hargai pengorbanan mereka.

Sumber: Ayuni Johari

The post Jangan Pandang Remeh Dengan Tugas Seorang Yang Bergelar Doktor appeared first on Aliff Channel.

loading...