loading...

Tuesday 28 February 2017

Reman Terhadap Individu Jerit Ada Bom Dalam Kereta Disambung

IPOH – Reman terhadap seorang individu yang menjerit terdapat bom di dalam kereta ketika kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) di Jalan Ipoh-Lumut, Bota Kiri pada Sabtu lalu disambung tiga hari lagi mulai esok. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata lelaki berumur 30 tahun itu yang sebelum ini direman empat hari…

Keputusan Kes Ibu Tampar Guru Ditangguh Mac Ini

NIBONG TEBAL – Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini menanggguhkan kepada 8 Mac ini keputusan kes seorang ibu yang menampar guru wanita di sekolah. Majistret Shamsol Azwa Martadza menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan hujahan bertulis. Pada 16 Feb 2015, Tan Siow Yen, 34, didakwa di mahkamah atas pertuduhan mencederakan seorang guru…

Dua Kanak-Kanak Mati Sekelip Mata Kerana Cuai…

TIANJIN – Dua beradik maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat di sebuah pusat beli-belah di China, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dan adik perempuannya, 2 tahun, sedang didukung oleh bapa mereka, berhampiran penghadang kaca di tingkat empat pusat beli-belah tersebut. Malangnya disebabkan dakapannya…

Zahid Terima Kunjungan Hormat Peguam Negara New Zealand

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat Peguam Negara New Zealand Christopher Finlayson di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, di sini. Pertemuan dengan Finlayson, yang juga menteri bertanggungjawab bagi agensi risikan keselamatan New Zealand, berlangsung kira-kira sejam. Ahmad Zahid berkata sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 25…

Cikgu Cuba Terjun Bangunan Sekolah di Putrajaya

PUTRAJAYA – Seorang guru lelaki berjaya diselamatkan selepas dipercayai cuba terjun dari tingkat empat di sebuah bangunan sekolah di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, cubaan guru yang berusia 30-an untuk terjun dari bangunan utama sekolah tersebut berjaya dihalang selepas dipujuk oleh seorang guru lain. Difahamkan, mangsa dipercayai mempunyai masalah kesihatan…

Wenger Tolak Tawaran China RM165 Juta Setahun

ARSENE Wenger dilaporkan menolak tawaran bernilai £30 juta (RM165.06 juta) setahun di China kerana komitmennya untuk memperkukuhkan pasukan Arsenal. Menurut beberapa laporan, kelab yang tidak dinamakan di China bersedia untuk mengambil pengurus Arsenal itu bagi membantu prestasi dalam Liga Super. Bagaimanapun, Wenger tidak berminat dengan tawaran itu walaupun kontraknya akan berakhir pada musim panas ini. Memetik…

JAIPK Anjur Karnival Street Dakwah Di Ipoh Mulai Jumaat Ini

IPOH – Karnival Street Dakwah anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Masjid Sultan Azlan Shah di sini dijangka menarik 5,000 pengunjung. Pengarah JAIPk Datuk Mohd Yusop Husin berkata karnival selama tiga hari bermula Jumaat ini bertujuan berdakwah secara khusus kepada penduduk setempat serta mengimarahkan program bersesuaian dengan kehendak dan suasana masyarakat. “Karniva yang julung…

TDM Miliki Kemampuan Hadapi Ancaman Nuklear, Biologi & Kimia

PORT DICKSON – Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) memiliki kemampuan menghadapi ancaman senjata nuklear, biologi dan kimia menerusi Batalion Siap Sedia Tentera Darat, kata Panglima Tentera Darat Jen Datuk Sri Zulkiple Kassim. Katanya batalion itu yang dilengkapi kemahiran dan logistik yang mampu beroperasi dalam suasana dicemari radioaktif ditubuhkan bagi berkhidmat di bawah misi Pertubuhan Bangsa-bangsa…

Kedutaan Indonesia Hormati Sistem Perundangan Malaysia

SEPANG – Kedutaan Indonesia menghormati sistem perundangan Malaysia dalam pengendalian kes pembunuhan warga Korea Utara dengan melantik pasukan peguam untuk mewakili rakyat republik itu yang merupakan seorang daripada tertuduh. Timbalan Duta Indonesia di Malaysia Andreano Erwin yang menghadiri prosiding melibatkan Siti Aisyah, seorang daripada dua tertuduh dalam kes pembunuhan Kim Chol di Mahkamah Majistret Sepang…

Tak Henti Menangis, Wanita Tendang, Campak Bayi Sendiri

KEJAM! Seorang ibu muda berusia 27 tahun di China bertindak seperti hilang akal apabila sanggup menendang dan mencampak bayi perempuannya di atas tangga. Klip berdurasi 25 saat itu memaparkan suspek yang dikenali sebagai Chen dirakam menjerkah dan menendang serta mencampak bayi perempuannya ke atas tangga selepas bayi tersebut tidak berhenti menangis. Menurut laman Daily Mail,…

Komando Kempunan Nak Kahwin Wanita Indonesia

SEORANG bekas komander tentera berusia 80 tahun menangis tidak berlagu apabila impiannya untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang merupakan wanita Indonesia berkecai apabila dia diperdaya hinggakan mengalami kerugian RM3,000. Menurut mangsa Ishak Unchit, dia berkenalan dengan wanita bernama Suryani, 37, itu menerusi laman Facebook pada bulan lalu sebelum mengambil keputusan berjumpa keesokan harinya di…

Budak Perempuan 5 Tahun Dicabul Datuk Tiri

MIRI – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul cucu tirinya yang berusia lima tahun di kediamannya di Bujur Corner, Miri, Sarawak. The Star melaporkan, kanak-kanak malang itu menjadi mangsa cabul sejak awal Febuari lalu. Kanak-kanak perempuan itu dikatakan tinggal bersama nenek dan datuk tirinya selepas perceraian kedua ibu bapanya. Kejadian tersebut disedari ibu mangsa yang berusia…

Lelaki Ini Sengaja Nak Raih Publisiti – Hans Isaac

SUSULAN status Facebook seorang lelaki, Robin Coenraad yang mendakwa dirinya dipermainkan tunang Datuk Hans Isaac, hari ini menerusi satu muat naik di laman Instagram, pelakon dan pengarah itu menjawab tuduhan yang dilemparkan lelaki tersebut terhadap tunangnya, bekas Ratu Cantik Pelancongan, Aileen Gabriella Robinson atau nama manjanya Gabby. Tunang Hans Isaac Dituduh Curang Oleh Bekas BF…

Pusat Banjir Di Limbang Tutup

MIRI – Pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Masyarakat Mendamit, Limbang yang dibuka Ahad lepas ditutup pagi tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mejar Ismail Mahedin berkata pusat itu yang menempatkan mangsa dari Rumah Panjang Asan, Kampung Semena dan Kampung Lubuk Lasas ditutup kerana paras air di kawasan…

Nekmat Diminta Rancang Stok Simpanan Ikan

PUTRAJAYA – Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan persatuan nelayan lain diminta untuk memulakan rancangan menyimpan stok ikan bermula dari bulan Jun sehingga September setiap tahun. Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan berkata ini adalah kerana kebiasaannya pada bulan-bulan tersebut jumlah tangkapan ikan adalah tinggi melebihi permintaan pasaran. “Ketika musim tangkapan yang banyak itu, harga…

Polis Perak Kaji Tahap Kesihatan Anggota

IPOH – Polis Perak sedang menjalankan kaji selidik untuk mengenal pasti tahap kesihatan dan kecergasan anggotanya, kata Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan. Beliau berkata ia dijalankan bagi memperoleh maklumat tentang bilangan anggota yang cergas serta mempunyai tahap kesihatan yang baik atau sebaliknya. “Anggota perlu mengisi maklumat mengenai diri mereka dan dari situ kita…

Pang Chee Pin… Lelaki Berwajah Bangla, Bernama Cina

SEORANG pemilik Mykad yang menggunakan nama ‘Pang Chee Pin’ menjadi popular secara tiba-tiba gara-gara dikatakan mempunyai wajah dan penampilan yang langsung tidak sepadan dengan namanya. Lelaki berusia 34 tahun itu pada mulanya didakwa sebagai warga Bangladesh oleh netizen, disebabkan mirip mukanya yang tidak tumpah dengan kebanyankan pekerja asing di Malaysia. Membuatkan segelintir pihak tidak bertanggungjawab…

Tunang Hans Isaac Dituduh Curang Oleh Bekas BF

PANAS! Baru semalam aktor Datuk Hans Isaac mengumumkan bakal berkahwin dengan bekas Ratu Perlancongan Malaysia 2011, Aileen Gabriella Robinson atau Gabby, hari ini media sosial digegarkan dengan ‘pengakuan’ terbuka bekas kekasih wanita itu! Menerusi sebuah status yang dimuatnaik oleh lelaki yang dikenali sebagai Robin Coenraad di laman Facebook, Robin meluahkan rasa terkejut dan kecewanya apabila mengetahui…

Orang Ramai Diminta Salur Maklumat Pemerdagangan Manusia

IPOH – Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sindiket pemerdagangan manusia terutama melibatkan kanak-kanak diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata orang ramai diminta mengambil gambar sekiranya ternampak kanak-kanak meminta sedekah atau menjual barang dan menyerahkan gambar itu kepada pihak polis. “Satu daripada cara untuk hentikan sindiket…

Sniper Terlepas Tembakan Ketika Presiden Perancis Berucap

PENEMBAK tepat (sniper) tidak sengaja telah melepaskan satu tembakan sehingga mencederakan dua orang awam ketika Presiden Perancis, Francois Hollande sedang memberikan ucapan dalam majlis pelancaran kereta api berkuasa tinggi, semalam. Bunyi tembakan itu jelas kedengaran sehingga menyebabkan Francois terpaksa berhenti seketika daripada memberi ucapan malah beliau juga kelihatan terpinga-pinga dengan insiden yang berlaku. Kejadian itu…

Raja Salman Berlepas Ke Indonesia Akhiri Lawatan Ke M’sia

SEPANG – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud berlepas hari ini menuju Indonesia selepas menamatkan lawatan negara selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad lepas. Menyaksikan baginda berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman…

10 Tahun Menjanda, DJ Lin Kini Cari Suami Kaya

Penyampai radio segmen Suria Cinta, DJ Lin mengakui mencari lelaki kaya bagi mengisi kekosongan hidupnya selepas sepuluh tahun bergelar ibu tunggal. Pemilik nama Roslinda Abdul Majid ini menjelaskan pemilihan teman yang mampu memberi kesenangan hidup adalah bertepatan dengan keadaan ekonomi yang begitu mencabar. Projek Malay Mail Online dalam satu wawancara melaporkan, ibu kepada dua cahaya…

Tak Hadir Majlis Kahwin, Pengantin Lelaki Dirantai, Diseret

MALANG… Seorang pengantin lelaki di China dimalukan di khalayak ramai di atas sebatang jalan apabila dirantai dan diseret dengan rantai besi oleh pasangannya gara-gara tidak muncul di hari perkahwinan mereka. Laman Shanghaiist melaporkan bahawa pengantin lelaki tidak muncul di hari bahagianya dan pengantin perempuan nekad keluar mencari pasangannya itu. Walau bagaimanapun, punca pengantin lelaki itu…

Rakyat Perlis Harus Berjiwa Besar Untuk Maju

KANGAR – Rakyat Perlis harus berjiwa besar dengan melihat negeri kecil ini dalam konteks kemampuannya menjadi negeri maju dan cemerlang, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Dalam hubungan itu, baginda mahu rakyat Perlis mengikis segala rasa ketidakmampuan, rendah diri dan enggan berusaha agar usaha melahirkan modal insan terbaik dalam pelbagai bidang dapat…

Wings Hanya Tinggal Tiga Anggota… Tiada Lagi Joe

KUMPULAN lagenda rock terkenal, Wing kini hanya tiga anggota dan bukan empat seperti dahulu. Ini berikutan, pemain gitar utama mereka, Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, telah mengundurkan diri dari kumpulan itu. Perkara ini turut disahkan oleh vokalis Wing, Awie. Menurut Awie, keputusan itu diambil secara pemuafakatan selepas perbincangan bersama semua anggota Wings, beberapa…

Kad Pintar Tunggal Penting Bagi Wujud Bandar Pintar

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Kad Pintar Pelbagai Guna merupakan salah satu cabaran dihadapi oleh Malaysia untuk menjadi Hab Bandar Pintar bagi Asia Pasifik, menurut seorang pensyarah dari Universiti Antarabangsa Malaya-Wales (IUMV). Riyaz Ahamed, dari Fakulti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik IUMV, berkata cabaran utama lain termasuk kerjasama dan perkongsian data yang boleh diakses menerusi sebuah…

2 Wanita, Warga Vietnam & Indonesia Didakwa Membunuh Kim Chol

SEPANG – Dua wanita asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Kim Chol, seorang warga Korea Utara, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lepas. Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam bersama-sama empat orang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh Kim…

Fathia Selesa Solo, Tak Sedia Pegang Title Isteri

“SAYA masih belum bercinta dengan sesiapa. Bila ada orang bertanya perihal jodoh, sejujurnya saya masih belum bersedia untuk bergelar isteri.” Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh selebriti Fathia Latif apabila sering diajukan soal jodoh dan rumah tangga. Dalam pada itu, heroin Ariana Rose ini menyatakan dia gembira dengan kehidupan solonya dan hatinya belum terbuka untuk sesiapa selepas…

‘BoboiBoy’ Filem Malaysia Pertama Tembusi Korea

FILEM animasi BoboiBoy The Movie arahan Nizam Razak sekali lagi memecah rekod industri hiburan apabila menjadi filem tempatan pertama berjaya menembusi pasaran Korea Selatan. Filem karya Animonsta Studios Sdn. Bhd., atau kini dikenali sebagai Monsta ini akan mula ditayangkan di lebih 100 pawagam di Korea Selatan, mulai hari ini. Menurut Ketua Penjenamaan dan Pemasarannya, Faiz…

Perlawanan Ditunda, Padang Penuh Salji

BERLIN – Aksi suku akhir Piala Jerman antara Borussia Dortmund dan Sportfreunde Lotte ditunda selepas salji tebal menutup padang perlawanan, kata Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), awal pagi tadi. Salji mulai melanda di sebelah petang dan padang dilitupi dengan pantas, sekali gus memaksa penganjur menunda perlawanan selepas berbincang bersama DFB, pengadil Felix Brych dan pegawai…

Mufti Perlis Saran Lelaki Berkemampuan Cepat Kahwin

KANGAR – Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan lelaki yang berkemampuan supaya cepat berkahwin untuk memperoleh zuriat dan secara langsung menambah bilangan penduduk negeri Perlis. Katanya Islam menuntut lelaki yang berkemampuan zahir dan batin berkahwin dan tidak wajar melengahkannya kerana sikap demikian menyebabkan bilangan umat Islam lambat bertambah. “Saya harap mereka berani menyahut…

2 Wanita Didakwa Bunuh Warga Korea Utara

SEPANG – Dua wanita warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas dakwaan membunuh warga Korea Utara, Kim Chol. Warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, dan warga Indonesia, Siti Aishah, 25, kelihatan tenang apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Vietnam dan Indonesia secara berasingan. Ketibaan kedua-dua tertuduh dikawal ketat oleh…

Seorang Maut, Seorang Cedera Dalam Kemalangan

PORT DICKSON – Seorang penunggang motosikal mauat manakala seorang pemandu kereta cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di KM21, Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Serembah, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, kereta Perodua Myi yang dipandu mangsa terbakar dan pihak bomba mengambil masa dua jam untuk memadamkan api. Ketua Operasi Balai…

Seorang Maut, Seorang Cedera Dalam Kemalangan Enam Kenderaan

PORT DICKSON – Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang pemandu kereta cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di KM21, Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Serembah, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, kereta Perodua Myi yang dipandu mangsa terbakar dan pihak bomba mengambil masa dua jam untuk memadamkan api. Ketua Operasi Balai…

Tertuduh Kes Bunuh Jong-nam Tiba Di Mahkamah

SEPANG – Dua suspek wanita asing yang menghadapi pendakwaan hari ini berhubung kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam tiba di Kompleks Mahkamah Sepang di sini dalam keadaan dikawal ketat. Dua suspek berkenaan tiba dalam konvoi pacuan empat roda berasingan oleh pasukan polis yang menggunakan penutup muka serta diiringi polis trafik dan kereta peronda polis.…

Hazama Lalui Kehidupan Tenang Selepas Kahwin

PENYANYI Hazama mengakui kehidupannya lebih tenang selepas mendirikan rumah tangga dengan pemuzik iaitu Genervie Kam pada 15 Januari lalu. Hazama, 33, berkata, dia juga dapat menghadapi tekanan dengan baik dan lebih matang untuk berhadapan dengan sesuatu isu. “Alhamdulillah, memang satu perasaan yang berbeza sebelum berkahwin, saya rasa kehidupan lebih tenang, tersusun dan tidak terburu-buru seperti…

Kemesraan Noh Salleh & Mizz Nina Di Instagram Jadi Inspirasi

PETALING JAYA – Penyanyi Noh Salleh berkata, kemesraan dia bersama isteri iaitu Mizz Nina yang dipaparkan di laman sosial bukan mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya ingin menawan hati isterinya itu. Noh, 33, berkata, dia tidak menyangka perkara berkenaan memberi inspirasi kepada masyarakat di luar terhadap kehidupan seseorang selepas berkahwin. “Kemesraan yang saya tunjuk di Instagram itu adalah…

Gantung Anak Tak Siap Kerja Sekolah

BEIJING – Mendidik anak supaya mereka sentiasa menyiapkan kerja sekolah ketika di rumah mungkin memberi cabaran besar kepada ibu bapa. Seorang bapa di barat China mungkin sudah habis ikhtiar bagi memastikan anaknya menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran di rumah. Lelaki berasal dari Meishan di wilayah Sichuan itu dirakamkan menggantung anaknya beberapa sentimeter di…

Mahkamah Sepang Jadi Tumpuan Tunggu Kes Jong-nam

SEPANG – Kompleks Mahkamah Sepang di sini menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa apabila pertuduhan terhadap dua suspek kes pembunuhan Kim Jong-nam akan dilakukan pada Rabu. Pihak media tiba seawal 5 pagi untuk beratur di luar kompleks mahkamah itu dalam usaha untuk mendapatkan peluang mengikuti prosiding pendakwaan itu. Pintu pagar kompleks mahkamah ditutup dan dikawal…

Pesawat Buatan sendiri Terhempas

  METHUEN (Amerika Syarikat) – Juruterbang maut selepas pesawat ringan terhempas ke bangunan kondominium ketika cubaan mendarat di lapangan terbang di sini. Juruterbang pesawat dikenal pasti sebagai bekas ahli majlis perbandaran dan Datuk Bandar Newburyport, Al Lavender, kata polis. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan penghuni bangunan yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Perbandaran Newport. Menurut jurucakap…

Dicekup Khalwat Bersama 2 Lesbian

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga asing dicekup berkhalwat bersama dua gadis tempatan yang mengaku pasangan lesbian dalam serbuan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah rumah di Jalan Kemajuan, di sini, semalam. Dalam serbuan jam 12.50 tengah malam itu, lelaki berusia 21 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci kereta mendakwa baru…

‘Bakal Jenazah’ Ditahan Polis

KOTA KINABALU – Mempamerkan nombor pendaftaran ‘bakal jenazah’ pada motosikal mengundang padah apabila seorang penunggang motosikal ditahan pihak berkuasa. Seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun ditahan dalam operasi pada kira-kira pukul 2.50 petang Isnin. Plat pendaftaran motosikal itu tidak memaparkan huruf diikuti nombor seperti kebiasaan, sebaliknya tertera perkataan ‘bakal jenazah’. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu,…

Gesa Universiti Bantu Ummah Dapatkan Semula Kehebatan

KUALA LUMPUR – Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menggesa universiti di dunia Islam memastikan kesediaan dan kelayakan generasi muda untuk membantu ummah mendapatkan semula kehebatannya. Raja Arab Saudi itu bertitah pengetahuan yang diperoleh boleh dikongsi untuk manfaat masyarakat dunia yang lebih luas. Belia, titah baginda merupakan harapan dan juga masa depan masyarakat Islam. “Universiti…

Kes Jong-Nam: Kompleks Mahkamah Sepang Jadi Fokus

SEPANG – Kompleks Mahkamah Sepang di sini menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa apabila pertuduhan terhadap dua suspek kes pembunuhan Kim Jong-nam akan dilakukan hari ini. Pihak media tiba seawal 5 pagi untuk beratur di luar kompleks mahkamah itu dalam usaha untuk mendapatkan peluang mengikuti prosiding pendakwaan itu. Pintu pagar kompleks mahkamah ditutup dan dikawal…

Remaja Perempuan Gagal Buang Bayi Ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun dipercayai cuba membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di belakang rumahnya di Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata remaja itu mendakwa menemui bayi lelaki yang dibalut kain hitam dan masih bertali pusat…

Pasangan Bangga Tayang Aksi Seks Depan Ramai

GILA…pasangan ini rasa bangga kerana dapat lakukan seks di khalayak ramai. Meskipun video rakaman mereka melakukan seks di restoran Domino di North Yorkshire itu tersebar, Daniella Hirst, 28, dan Craig Smith, 31, tidak malu. Sebaliknya merancang untuk melakukan lebih banyak seks di tempat terbuka termasuk di dalam bas, van, hotel, kolam renang dan padang. “Kami…

Rakyat El Savador Ratapi Kematian Badak Air

APA la dosanya badak air ini sampai dipukul dengan kejam hingga mati di zoo negara di El Salvador. Badak air berusia 15 tahun ini merupakan binatang kesayangan ramai justeru kematiannya mengejutkan penduduk di negara itu, apatah lagi serangan dilakukan di dalam zoo. Menurut kementerian kebudayaan negeri itu, badak tersebut dipukul di beberapa bahagian badan dan…

Telefon Hitler Yang Dijual RM1 Juta Diragui Keasliannya

TELEFON yang menjadi rebutan ramai kerana dikatakan digunakan oleh Adolf Hitler dan dijual pada harga RM1.07 juta dalam satu acara lelongan minggu lepas, telah diragui akan keasliannya. Ia dijual oleh seorang lelaki Britain, Ranulf Rayner kepada seorang pembeli yang tidak didedahkan identitinya selepas menyimpannya selama 72 tahun. Ranulf bagaimanapun menolak keraguan mengenai kesahihan telefon tersebut…

Kanak-kanak Maut Dilanggar Kereta Bapa

KUANTAN – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dilanggar kereta bapanya yang sedang mengundur di perumahan Felda Mawar Jengka 10, Maran dekat sini, pada 9.30 pagi ini. Ketua Polis Daerah Maran DSP Mazlan Hassan berkata mangsa Nur Aireena Ilhani Azizi dilanggar kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux semasa bapanya Azizi Ramli, 48, yang merupakan…

Hanya Waris Sah Boleh Tuntut Mayat

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengulangi hanya anggota keluarga atau waris yang disahkan DNA dibenarkan menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, di sini. Beliau berkata pihaknya tidak akan menerima tuntutan daripada pihak lain termasuk kedutaan atau delegasi Korea Utara kerana ia…

‘One Belt One Road Marathon’ Kerjasama Malaysia-China

KUALA LUMPUR – Penganjuran ‘One Belt One Road (OBOR) Marathon Major Series Malaysia’ di Dataran Merdeka di sini pada 1 Okt ini menyasarkan 20,000 penyertaan dari dalam dan luar negara. Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Rashidi Hasbullah berkata acara itu dianjurkan kementeriannya dan Chinese Athletic Association. Ia sebagai menyahut seruan inisiatif…

Mustapha Ya’kub Libat Dengan Syarikat Korea Utara Atas Kepentingan Perniagaan

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Veteran UMNO Datuk Mustapha Ya’akub hari ini mengakui penglibatan beliau dalam menubuhkan syarikat International Global System (M) Sdn Bhd (IGS) yang dikaitkan dengan ‘Syarikat Glocom’, sebuah syarikat komunikasi menjual peralatan radio tempur dari Korea Utara. Menurutnya pembabitan itu semata-mata atas kepentingan perniagaan selepas disyorkan oleh kedutaan Korea utara. Bercakap kepada…

Anak Beranak Bungkus Dadah Dalam Pondok Belakang Rumah Ditahan

BUKIT MERTAJAM – Dua beranak serta seorang remaja berusia 15 tahun yang sedang sibuk membungkus dadah ditahan di sebuah pondok di belakang rumah mereka di Kampung Machang Bubok, di sini semalam. Bapa berusia 48 tahun dan anaknya yang berumur 18 tahun serta remaja itu, yang kesemuanya tidak bekerja, dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah di sekitar…

Suspek Tiada Tanda-tanda Sakit Berkaitan Agen Saraf VX

KUALA LUMPUR – Dua suspek yang ditahan dalam siasatan pembunuhan Kim Jong-nam tidak mengalami kesan agen saraf VX yang diguna dalam melakukan pembunuhannya. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata mereka tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit akibat terdedah kepada bahan toksik yang membawa maut itu. “Pemeriksaan kesihatan telah dilakukan dan kedua-dua suspek bebas daripada…

Faizal Saari Terpaksa Digugurkan Ke Dhaka

SEPANG – Penyerang berpengalaman skuad kebangsaan, Faizal Saari terpaksa digugurkan di saat-saat akhir daripada menyertai pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Bangladesh yang berlangsung 4-12 Mac ini. Faizal diketepikan kerana masih bergelut dengan kecederaan hamstring di paha kanan yang dialaminya sewaktu perlawanan akhir Piala TNB antara Terengganu Hockey Team (THT) menentang Kelab Hoki Kuala…

1,100 Rumah PR1MA Di Bagan Serai Terjual Dalam Tempoh Setahun

BAGAN SERAI – Sebanyak 1,100 unit rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Matang Gerdu di sini yang masih dalam pembinaan sudah dijual dalam tempoh setahun. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu Datuk Sham Mat Sahat berkata ini membuktikan inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantu golongan muda dan berpendapatan…

Khairy Puji Prestasi Cemerlang Pelumba Tempatan Pada Saingan LTdL

REMBAU – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berbangga dengan pencapaian cemerlang yang ditampilkan pelumba tempatan dalam Kejohanan Berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) setakat ini. Beliau berkata prestasi itu ditunjukkan dua pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirul Fakhruddin Mazuki dan Mohd Zamri Salleh, yang meraih kedudukan podium. Nur Amirul meraih jersi Merah…

Blogger Ditahan Buat Kenyataan Fitnah, Hasutan Terhadap Kepimpinan Negara

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang blogger hari ini kerana dikatakan membuat kenyataan berunsur fitnah dan hasutan terhadap kepimpinan negara menerusi laman blog. Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki bergelar datuk berumur 64 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, di sini.…

Operasi Label Bahan Berasaskan Babi, Anjing Minggu Depan

KOTA TINGGI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang masih gagal melabelkan berus berasaskan babi atau anjing bermula minggu depan. Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata peniaga diberi tempoh sebulan untuk berbuat demikian bermula 9 Feb lepas. “Maknanya minggu depan kita akan mulakan operasi untuk melihat semua…

Diesel Naik 5 Sen, RON95, RON97 Kekal

KUALA LUMPUR: Harga diesel naik 5 sen, kepada RM2.20 seliter, manakala petrol RON95 dan RON97 kekal pada harga semasa, masing-masing RM2.30 seliter dan RM2.60 seliter bagi Mac. Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, berkata kadar baharu itu akan berkuat kuasa, tengah malam ini. Bagi Februari, semua harga bahan…

Kes Belasah Murid, Kedua-Dua Pihak Berdamai

SUSULAN kes seorang pelajar pusat latihan perindustrian di Jitra, Kedah dikasari tenaga pengajar sehingga tersebar di media sosial, kedua-dua pihak mengambil keputusan menyelesaikan kes itu secara berdamai di antara pihak yang terlibat. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, mangsa dan bapanya serta tenaga pengajar terbabit datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah…

M’sia Tidak Kongsi Maklumat Hingga Proses Selesai

BANGI – Malaysia tidak akan berkongsi maklumat siasatan kematian warga Korea Utara Kim Jong-nam dengan badan antarabangsa sehingga semua proses perundangan selesai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkongsian maklumat secara perjanjian bantuan perundangan bersama (MLAT) yang melibatkan empat aspek iaitu…

Zahid Terima Kunjungan Hormat 10 Duta M’sia Baharu

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat 10 ketua perwakilan Malaysia yang baharu di pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra di sini. Mereka ialah Duta Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu Syed Md Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin, Zainal Abidin Bakar (Sepanyol), Datuk Rustam Yahaya (Iran),…

Ary Malik Meninggal Dunia Akibat Kanser Ovari

DUNIA hiburan tanah air sekali lagi menerima berita sedih apabila pelakon dan personaliti TV, Ary Malik disahkan meninggal dunia sebentar tadi. Ary, 46, yang sebelum ini dilaporkan kritikal akibat menghidap kanser ovari tahap empat menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang kira-kira jam 7.17 petang tadi. Berita kematiannya disahkan Harian Metro menerusi laman Twitter sebentar tadi.…

Hans Isaac Banyak Menipu Sebelum Bertunang

KUALA LUMPUR: Datuk Hans Isaac berkata beliau terpaksa banyak ‘menipu’ teman wanitanya Gabriella Robinson,28, atau Gabby sebelum bertunang 29 Januari lalu kerana tidak mahu wanita itu dapat menghidu rancangan Hans untuk melamarnya. “Gabby sering bertanya selain pasangan kekasih, adakah kami juga teman baik? Oleh kerana saya telah merancang untuk melamarnya dua bulan sebelum itu, saya…

13 Tahun Terseksa, Lelaki Terlepas Hukuman Gantung

SEORANG pemuda berusia 33 tahun, terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas mendapat pengampunan diraja oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Shahrul Izani yang dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan mengedar dadah dimaklumkan mengenai berita gembira itu seminggu yang lalu di Penjara Sungai Buloh. Perkara itu membuatkan ibunya, Sapenah Nawawi, 59, bersama-sama dengan pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International…

Bot Untuk Guru Sabah Berkidmat Di Pulau

SEMPORNA – Kerajaan Negeri Sabah akan menyediakan bot untuk guru-guru di daerah ini yang berulang-alik dari tanah besar ke sekolah masing-masing di kawasan pulau. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan keperluan dan kesejahteraan para guru yang banyak melahirkan modal insan berjaya demi pembangunan negeri dan negara pada masa hadapan.…

5 Projek Mega Loji Rawatan Air Untuk Atasi Masalah Bekalan Air Di Kedah

ALOR SETAR – Lima projek berkaitan menaik taraf loji rawatan air bernilai lebih RM500 juta bakal dilaksanakan menjelang akhir tahun ini bagi mengatasi masalah air di negeri ini, kata seorang anggota Exco. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, kelima-lima projek yang dijangka bermula pada September…

Musim Mentarang Bawa Rezeki Lumayan Penduduk

JERLUN – Mentarang berupaya mendatangkan pendapatan sampingan yang lumayan kepada penduduk. Menurut mereka, selain rasanya manis, siput bermusim ini turut mempunyai khasiat tersendiri seperti mampu mengawal tekanan darah. “Setiap hari saya dapat menjual antara 30 hingga 50 kilogram mentarang dengan pendapatan mencecah RM500 sehari,” kata Rohani Bakar, 45. Beliau berkata beliau mendapat bekalan daripada seorang…

Penukaran Nama Shell Refining Selesai Bulan Depan

KUALA LUMPUR – Proses penukaran nama Shell Refining Company (Federation of Malaysia) Bhd (SCR) kepada Hengyuan Refining Company Bhd (HRC) dijangka selesai menjelang Mac ini. Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif HRC Maarten Stals berkata persetujuan para pemegang saham yang diperolehi hari ini merupakan satu tanda penting kerana ia mencerminkan identiti baharu syarikat tersebut. Penukaran nama…

Lapangan Terbang Seluruh Negara Selamat – Liow

KAJANG – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini memberi jaminan bahawa semua lapangan terbang di Malaysia berada dalam keadaan selamat. Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan di semua lapangan terbang negara ini termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (klia2) di mana rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam, dibunuh pada 13…

Kasut ‘Nike’ Cikgu Beri Semangat Kepada Kami

SEKEPING gambar memaparkan segala-galanya… Tindakan seorang guru yang cuba menaikkan semula semangat anak muridnya dalam sebuah acara pertandingan bola baling di peringkat daerah Kota Kinabalu baru-baru ini layak diberikan pujian. Menurut guru berkenaan yang juga merupakan jurulatih pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan (SK) Tampulan Telipok , Ieoet Martini, 36, pasukannya ketika itu berdepan dengan pasukan hebat…

Husam Serang Kerajaan Kelantan Tak Dicalonkan Jadi MB

KUALA LUMPUR – “Saya tak tahu apa tujuan Datuk Husam Musa (bekas pemimpin PAS) menyerang kerajaan PAS Kelantan (sewaktu beliau masih berada dalam PAS),” kata Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim. Bagaimanapun, kata beliau, apa yang diketahuinya Husam mula bertindak demikian apabila bekas Murysidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat…

Kedudukan Westwood Masih Selamat Setakat Ini

GEORGE TOWN – Kedudukan ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood masih selamat biarpun terdapat desakan yang mahu beliau disingkirkan. Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari berkata setakat ini kedudukan Westwood masih kekal kerana terikat dengan kontrak, selain tiada keputusan yang diambil sewaktu mesyuarat persatuan itu semalam. Zairil mengakui semua pemain Pulau…

Puspakom Nafi Jual Reflektor MS 828:2011

KUALA LUMPUR – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) kesal dengan penyebaran fakta yang mengelirukan mengenai penjualan pelekat pemantul cahaya (reflektor) MS 828:2011 oleh segelintir pihak di media sosial. Puspakom dalam satu kenyataan berkata, laporan-laporan tidak benar berkaitan harga dan penjualan pelekat pemantul cahaya itu di pusat pemeriksaan Puspakom telah menyebabkan imej agensi berkenaan tercalar. “Puspakom…

Mufti Perlu Bersatu, Tingkat Syiar Islam – Raja Salman

KUALA LUMPUR – Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud hari ini berpesan kepada para mufti di negara ini supaya sentiasa bersatu dan berusaha untuk meningkatkan syiar Islam. Ini antara amanat yang disampaikan baginda kepada 14 mufti negeri-negeri pada pertemuan ringkas di sebuah hotel di ibu negara, hari ini. Mufti Wilayah Persekutuan Datuk…

EAIC Siasat Kematian Tahanan Polis Di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sedang menyiasat kes kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada Sabtu lalu. EAIC berkata ia telah membentuk pasukan penyiasat untuk antara lain mengenal pasti sama ada wujud kejadian salah laku termasuk perlakuan jenayah oleh pegawai polis semasa mengendalikan tahanan itu. Ia berkata…

Banjir: 18 Sekolah Rendah Ditutup Di Sarawak

MIRI – Satu lagi sekolah rendah di Sarawak ditutup akibat banjir menjadikan jumlah keseluruhan 18 sekolah setakat pukul 4 petang ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mejar Ismail Mahedin berkata, sekolah-sekolah rendah yang ditutup itu terletak di Limbang, Miri, Bintulu dan Saratok, yang membabitkan 1,427 murid. Pada masa…

Suara Abang Bomba Ini Sebijik Saleem Iklim! Rupa-Rupanya…

SELEPAS Khai Bahar, beberapa video nyanyian aplikasi Smule milik seorang anggota bomba pula kini menjadi tular di laman sosial. Jejaka bernama Nursyafiq Farhain ini heboh diperkatakan netizen di laman sosial gara-gara suara tidak ubah persis penyanyi lagenda era 90, Saleem Iklim. Malah, kelunakan serak-serak basah yang dimiliki Nursyafiq ketika menjiwai lagu jiwang kedengaran hampir 99 peratus sama…

JPJ Jawab Isu Reflektor MS 828:2011

KUALA LUMPUR – Setiap kenderaan perdagangan dengan had maksimum berat muatan (BDM) 3,500 kilogram ke atas diwajibkan memasang pelekat pemantul cahaya (reflektor) MS 828:2011 bermula 1 Januari lalu atas faktor keselamatan. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan media berkata, reflektor itu dikehendaki dipasang pada bahagian sisi kiri dan kanan serta belakang kenderaan perdagangan seperti…

Video: Peminat ‘Bergomol’ Laki Perempuan Berebut Beg

KEBIASAANNYA acara perebutan dalam dilihat dalam babak drama Mat Saleh ketika pengantin perempuan ingin membaling bunga kepada tetamu perempuan mereka. Tapi, kini ia bukan lagi hanya tertakluk kepada majlis perkahwinan sahaja, sebaliknya, acara baling membaling ini juga sudah diaplikasikan sebagai salah satu cara untuk menghargai peminat dan pembeli. Sebagai contoh, video yang kian menular ini…

Pencapaian Indeks Ekonomi Bukti Pelan Ekonomi Kerajaan BN Membuahkan Hasil

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pencapaian Malaysia dalam Indeks Ekonomi Paling Inovatif 2017 Bloomberg adalah satu lagi bukti dasar dan pelan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) tepat dan membuahkan hasil. Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus menggandakan usaha untuk memacu negara ke arah kemajuan berteraskan rakyat. “Alhamdulillah, Malaysia disenaraikan…

Blanca Blanco Selamba Tayang ‘Miss V’ Di Red Carpet Oscar

AKTRES filem Showgirls 2:Penny’s from Heaven; Blanca Blanco mencuri perhatian ramai ketika berjalan di karpet merah Anugerah Akademi (Oscar) ke-89 yang diadakan pada 26 Februari lalu yang diadakan di Los Angeles, Ameriak Syarikat. Blanca ketika menghadiri anugerah berprestij itu anggun mengenakan busana berwarna kuning yang terbelah di bahagian sisi kiri pahanya. Walau bagaimanapun, penampilan Blanca…

MRT Corp Terima Empat Keretapi Terakhir

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) menerima penghantaran terakhir untuk 58 keretapi elektrik yang akan digunakan bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) semalam. Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, penghantaran empat keretapi itu merupakan pencapaian yang besar sebelum laluan SBK dijadualkan siap sepenuhnya pada Julai 2017.…

7 Lelaki Ditahan, Selesai 10 Kes Di Sandakan

SANDAKAN – Polis menyelesaikan 10 kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini dengan tertangkapnya tujuh lelaki menerusi tiga operasi berasingan sepanjang minggu lepas. Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata kesemua yang ditahan itu merupakan warga tempatan, berusia antara 21 dan 32 tahun. Turut dirampas ialah 15 barangan, tiga motosikal, komponen…

KTMB Guna Kamera Pantau Landasan Keretapi

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beralih kepada penggunaan teknologi moden dalam mempertingkatkan perkhidmatannya apabila terkini menggunakan kamera khas untuk memantau penyelenggaraan landasan keretapi. Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata penggunaan sistem berteknologi tinggi pemantauan dan selenggara atau dikenali sebagai ‘Catenary Eye System’ iaitu sejenis kamera khas yang…

Denda RM2,000 Kerana Tatu Geng 21

PETALING JAYA – Gara-gara mempunyai tatu melambangkan anggota kongsi gelap di tubuhnya, seorang pemandu lori didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap A. Genggeswaran, 27, selepas dia mengaku bersalah mempunyai tatu ukiran Daun Terup (AA), melambangkan kumpulan ‘Geng 21’, pada lengan sebelah…

4 Anggota Kumpulan Ajaran Sesat Didakwa Hina JAIS

BANGI – Empat anggota kumpulan ajaran sesat Hizbut Tahrir Malaysia didakwa di Mahkamah Syariah Hulu Langat di sini, hari ini atas pertuduhan menghina dan bersubahat menghina pihak berkuasa agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), berhubung fahaman dan ajaran kumpulan itu. Abdul Hakim @ Ramizu Othman, 47, Wan Noorul Hisham Wan Salleh, 33, Hishamudin Ibrahim, 45,…

Koperal Polis Didakwa Samun Warga Indonesia

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan samun bersenjata terhadap seorang warga Indonesia dan melepaskan satu das tembakan. Koperal Chan Weng Sin, 55, didakwa melakukan samun terhadap Fendy Choo, pekerja siber kafe dengan menyamun wang tunai berjumlah RM2,000 menggunakan pistol di dalam sebuah…

Gadis Peluk ‘Suami Orang’ Dah Move On

PASTI anda masih ingat lagi dengan kisah seorang gadis Indonesia yang datang memeluk bekas kekasihnya di majlis persandingan lelaki tersebut pada 2014. Gadis berkenaan, Risna Wati dikatakan tidak dapat menahan rasa sedih dan rindu kepada bekas kekasihnya itu, Rais, sehingga sanggup memeluknya di hadapan khalayak ramai, termasuk isteri Rais sendiri. Berlaku juga sedikit kekecohan namun ia terkawal,…

Agensi Pelancongan Tidak Berdaftar Tipu Tiket AirAsia

KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad (AirAsia) meminta orang ramai tidak terpedaya dengan agensi pelancongan tidak berdaftar yang menawarkan tiket penerbangan AirAsia dan AirAsia X di media sosial. AirAsia dalam satu kenyataan berkata, agensi pelancongan terbabit mengiklankan penjualan tiket penerbangan AirAsia dan AirAsia X pada harga diskaun melalui Facebook dan Instagram. “AirAsia ingin menasihatkan masyarakat awam…

Bangunkan Malaysia Berlandaskan Prinsip Islam

KUALA LUMPUR – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, berkata Malaysia perlulah dibangunkan berlandas prinsip-prinsip Islam dan menjaga Wasatiyyahnya dalam berdakwah. Selain itu, cara Islam yang penuh dengan pendamaian dan kasih sayang perlu diamalkan dalam kehidupan harian rakyat pelbagai kaum dan agama negara ini, titah baginda semasa menyampaikan amanat kepada bekas penuntut…

Pemain WTA Gembira Dampingi Kanak-Kanak Autisme

KUALA LUMPUR – Empat pemain Persatuan Tenis Wanita (WTA) gembira kerana berpeluang mendampingi kanak-kanak autisme di Pusat Permata Kurnia di sini hari ini. Mereka ialah Ashleigh Barty, 20, dan Casey Dellacqua, 32, dari Australia, Sai Sai Zheng, 23, dari China dan Theiviyah Selvarajoo, 23 dari Malaysia. Dellacqua berkata dia amat gembira kerana mendapati pusat itu…

Al-Fatihah… Pelakon Ary Malik Meninggal Dunia

DUNIA hiburan tanah air sekali lagi menerima berita sedih apabila pelakon dan personaliti TV, Ary Malik disahkan meninggal dunia sebentar tadi. Ary, 46, yang sebelum ini dilaporkan kritikal akibat menghidap kanser ovari tahap empat menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang kira-kira jam 2 petang. Berita pemergian ini disahkan oleh HLive menerusi laman Twitter. “Takziah. Ary…

Kastam Sasar Bayaran Balik Cukai Input GST Capai 85%

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyasarkan usaha bayaran balik kredit cukai input (ITC) cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mencapai tahap lebih 85 peratus pada tahun ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata ini merupakan susulan peningkatan bayaran balik ITC kepada perniagaan yang mencecah 80 peratus pada tahun lepas berbanding 67 peratus…

Dua Kakitangan MPK Dihadapkan Ke Mahkamah

KLANG – Dua kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan terlibat dalam insiden letupan bunga api yang mencederakan 15 pengunjung ketika sambutan ambang tahun baharu di Klang, awal tahun ini. Pengarah Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan MPK, Zaireezal Ahmad Zainuddin, 41, dan Mohd Nizam Saad, 32,…

Hans Isaac Bakal Kahwini Ratu Cantik

SELEPAS beberapa kali kecundang dalam percintaan, akhirnya pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac bakal berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan, Aileen Gabriella Robinson. Hans,46, dan Gabriella, 28, bakal melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai 2017 di gereja St John’s Cathedral di Singapura. Pasangan itu telah bertunang semasa percutian mereka di Singapura pada 29 Januari lalu. Hans, mengumumkan…

Sedia Kongsi Maklumat Agen Saraf VX Dengan PBB

KUALA LUMPUR – Polis sedia berkongsi maklumat dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berhubung agen saraf VX yang menyebabkan kematian warga Korea Utara Kim Jong-nam di Malaysia, sekiranya dibenarkan Kementerian Luar, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau berkata Polis Diraja Malaysia mengalu-alukan cadangan PBB untuk polis membantu menyediakan maklumat dalam kes ini.…

Chong Wei Sah Beraksi Di All England Mac Ini

KUALA LUMPUR – Meskipun dilanda pelbagai konflik dan kecederaan, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tetap bersemangat dan meletakkan keazaman tinggi untuk memburu gelaran keempat pada Kejohanan All England di Birmingham, dari 7 hingga 12 Mac ini. Chong Wei berkata kejohanan berprestij itu kemungkinan adalah terakhir bagi dirinya dan beliau tidak mahu mensia-siakan peluang…

Kanak-Kanak Dijadikan Buruh Paksa Di Gerik

SUNGAI SIPUT – Polis Perak mengesahkan terdapat kanak-kanak yang digunakan sebagai buruh paksa oleh sindiket pemerdagangan manusia seperti yangt dikesan di Gerik Ahad lepas. Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan ini berdasarkan maklumat yang diterima serta siasatan terperinci yang telah dilakukan. “Namun kita tidak boleh mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai siasatan kes ini demi…

Monday 27 February 2017

Kes Culik ‘Datuk’ Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

KUANTAN – Kes enam lelaki yang didakwa terlibat dalam penculikan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ bagi mendapatkan wang tebusan bernilai RM19 juta dua tahun lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini. Keputusan itu ditetapkan hari ini, selepas kes disebut di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali dan dua Hakim Mahkamah Sesyen di sini, iaitu Datuk…

Model India Disangka Anak Perempuan Raja Salman

MEDIA sosial Indonesia sensasi selepas tersebarnya foto seorang wanita yang didakwa milik puteri Raja Salman iaitu Puteri Ameera Al Taweel oleh seorang pengguna laman mikro Twitter. Foto tersebut dimuat naik oleh seorang netizen dikenali sebagai Ekky Alexander @PapaeFiska pada semalam (Isnin). Ekky menerusi statusnya itu telah berkongsi seorang gadis berambut panjang memakai baju corak kotak-kotak…

2 Suspek Wanita Dalam Kes Bunuh Jong-nam Didakwa Esok

PUTRAJAYA – Dua suspek wanita yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, akan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, dekat sini, esok. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menerusi mesej aplikasi WhatsApp mengesahkan bahawa dua wanita asing itu akan dihadapkan di mahkamah pagi esok bagi menghadapi tuduhan. Polis…

565 Calon STPM 2016 Dapt PNGK 4.00

PUTRAJAYA – Seramai 565 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00, meningkat sebanyak 0.51 peratus berbanding 335 calon pada 2015. Pengerusi Majlis Peperiksaan Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata pencapaian calon STPM 2016 secara keseluruhannya meningkat dalam semua kriteria pengukuran, dengan PNGK Nasional mencatatkan peningkatan kepada…

Teruk Dibelasah Kekasih Sehingga Pecah Implan

TIDAK tahan didera bertahun-tahun oleh teman lelakinya, seorang model dari China mengambil keputusan mendedahkan jenayah keganasan yang dilakukan lelaki tersebut baru-baru ini. Model terbabit, Wang Rui’er memuat naik gambarnya di laman sosial Weibo menunjukkan kesan kecederaan dan lebam-lebam yang dialaminya selama ini. Memetik Metro UK, tidak setakat lebam-lebam sahaja, malahan implan yang ditanam di bahagian…

MB Terengganu Hadiahkan No Plat TN50 Kepada Najib

ATAS rasa penghargaan, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan menghadiahkan nombor pendaftaran kenderaan TN50 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. Memetik laporan BH Online, Ahmad Razif memberi nombor plat kepunyaannya itu bagi menghargai cetusan idea Perdana Menteri berhubung Transformasi Nasional 2050 (TN50). “Nombor pendaftaran itu adalah kepunyaan saya dan…

Rizab Malaysia Tetap Boleh Guna, Kata BNM

KUALA LUMPUR – Butiran terperinci rizab antarabangsa Malaysia berdasarkan format Standard Penyebaran Data Khas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF SDDS) menunjukkan bahawa pada akhir Januari, 2017, rizab negara tetap boleh guna. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini berkata aset rizab rasmi berjumlah US$94.98 bilion, manakala aset mata wang asing berjumlah US$348.6 juta pada…

Umat Islam Perlu Waspada Sebar Informasi Agama

SEREMBAN – Umat Islam di negara ini perlu lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang bentuk informasi berkaitan agama di media sosial bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin berkata dalam era dunia tanpa sempadan pada hari ini, masyarakat kini disajikan dengan pelbagai ledakan maklumat baik…

Polis Waspada Terhadap Aktiviti Ancam Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR – Polis sentiasa memantau dan mengambil langkah pencegahan awal bagi memastikan Malaysia tidak digunakan sebagai lokasi untuk melaksanakan aktiviti yang boleh menggugat keselamatan negara. “Kami juga telah mengambil segala tindakan wajar untuk mematuhi peraturan-peraturan antarabangsa berhubung dengan sekatan yang berkaitan,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam kenyataan, di sini…

Sebutan Semula Kes Bot Katamaran Karam 13 Mac

KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 13 Mac untuk sebutan semula kes pemilik sebuah bot pelancong jenis katamaran yang karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum yang menyebabkan kematian empat pelancong China setakat ini. Majistret Stephanie Sharron Abbie membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan daripada pihak pendakwaan yang masih menunggu keputusan…

Nadya Pilih Naik Pelamin Selepas Bersalin

SUATU ketika dahulu, pelakon berhijab yang sering membawakan watak antagonis, Nadya Syahera Rosli pernah mengejutkan media apabila mengumumkan selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Fizul Nawi pada 25 September lalu. Menurut Nadya, mereka memilih melakukan yang wajib dahulu sebelum mengadakan majlis kenduri dan persandingan yang dirancang pada pertengahan tahun depan. BACA:Pelakon Nadya Rupanya Dah Bernikah! Namun, tup-tup Nadya…

Cubaan Bunuh Diri Gagal, Terapung Dalam Air

SEORANG wanita China yang cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai menemui kegagalan apabila dia terapung di dalam air. Menurut laman Nextshark, suspek yang tidak diketahui identitinya itu cuba untuk membunuh diri dengan terjun ke sebuah sungai di Zhongshan di wilayah Guangdong pada Jumaat lalu. Mangsa yang terapung kemudiannya dijumpai oleh nelayan tempatan…

KBS Sambut Baik Tawaran MB T’ganu Wujudkan Universiti Sukan

DUNGUN – Kementerian Belia dan Sukan menyambut baik tawaran Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman untuk menjadikan Terenggeanu sebagai lokasi penubuhan Universiti Sukan pertama di negara ini. Menterinya Khairy Jamaluddin berkata cadangan tersebut akan diusulkan secara bersama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memandangkan ia berada dalam bidang kuasa kementerian tersebut. “Saya ucapkan terima…

Peluang Kanak-Kanak Jadi Pembaca Berita

SIAPA kata dunia kanak-kanak hanya berita eceran dalam dunia maklumat arus perdana? Hampir 10 juta kanak-kanak di negara ini mewakili 33 peratus penduduk berhak memiliki segmen berita tersendiri. Justeru TV Alhijrah akan melancarkan Kids News bermula 17 Mac dengan pengisian 3 hari seminggu setiap Jumaat, Sabtu & Ahad. Kids News dengan format: Apa sahaja yang…

Polis Tahan Seorang Lelaki, Rampas 23.59 Gram Dadah

TAMPIN – Polis menahan seorang lelaki dan merampas sembilan peket plastik lutsinar disyaki dadah heroin seberat 23.38 gram dan syabu seberat 0.21 gram dalam serbuan di sebuah stor di Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan dalam serbuan…

Lee Min Ho Derma RM170K Bantu Mangsa Dera Kanak-Kanak

AKTOR Korean Selatan, Lee Min Ho bukan sahaja selebriti yang pandai melayan para peminatnya bahkan seorang yang dermawan. Menerusi sebuah laman hiburan, hero drama bersiri Legend of The Blue Sea ini dikhabarkan telah menderma sebanyak 50 juta Korea won (RM170,000) kepada sebuah pertubuhan bagi membantu kanak-kanak mangsa dera. Kemurahan hati Min Ho itu didedahkan oleh…

Malaysia Tidak Campur Tangan Kes Mahkamah Singapura

SINGAPURA – Malaysia mempunyai dasar luar yang tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain termasuk kes mahkamah membabitkan seorang rakyat Malaysia dihukum mati atas kesalahan mengedar dadah di Singapura. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk K. Ilango menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman negara lain. “Kami sedar ada usaha…

Wanita Indonesia Ditahan Disyaki Miliki Dadah

TAWAU – Polis menahan seorang wanita warga Indonesia kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 5.1 gram di rumahnya di Kampung Rancangan Kalabakan, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata polis menyerbu rumah wanita berusia 34 tahun itu kira-kira pukul 9 pagi dan menemui satu plastik berwarna biru di atas meja…

Ary Malik Masih Belum Sedarkan Diri

SUAMI kepada pelakon dan personaliti TV, Ary Malik memaklumkan isterinya masih belum sedarkan diri sejak beberapa hari lalu. Menurut suaminya,  Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, mereka  kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan daripada doktor pakar di Hospital Ampang. “Bagaimanapun, saya dimaklumkan doktor terbabit berada di luar daerah dan hanya akan kembali bertugas hari ini atau esok. “Doktor lain…

Amy Mastura Tak Malu Wajah Berkedut

KUALA LUMPUR – Ketika amalan mendapatkan rawatan botoks menjadi pilihan sebilangan wanita untuk kelihatan muda, penyanyi dan pelakon Amy Mastura menolak kaedah itu atas faktor kesan sampingan jangka panjang. Malah wanita berusia 46 tahun itu mengakui dia tidak malu jika kedutan pada wajahnya dapat dilihat dengan ketara sekiranya dia tidak menggunakan alat solek untuk mencantikkan…

Gesa Malaysia Kongsi Bukti Serangan VX

BRITAIN pada Isnin menggesa Malaysia berkongsi bukti ‘VX Nerve Agent’ yang membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Duta Britain, Matthew Rycroft berkata, maklumat mengenai serangan pada 13 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) perlu dihantar ke Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) di Hague. “Jika mereka…

Banjir: 17 Sekolah Rendah Di Sarawak Ditutup

MIRI – Seramai 1,337 murid dari 17 buah sekolah rendah di Sarawak, tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini akibat masalah banjir melanda beberapa daerah termasuk Limbang, Miri dan Bintulu, sejak Ahad lepas. Jumlah mangsa banjir di daerah Limbang meningkat sedikit kepada 413 orang setakat pukul 6 pagi ini berbanding 410 mangsa, malam tadi. Sekretariat…

Bush Kritik Trump Isu Politik, Media

WASHINGTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat dari Republikan, George W Bush, mengkritik Donald Trump semalam, dalam komen terbuka berkaitan politik dan media yang jarang dilakukannya terhadap presiden baharu itu. Presiden ke-43 Amerika Syarikat (AS) itu, yang pernah terbabit dalam pergelutan dengan media ketika mentadbir, menolak dakwaan Trump bahawa media adalah ‘musuh rakyat AS.’ “Saya menganggap…

Penumpang Uber Dicaj RM2,577 Gara-Gara Silap Alamat

SEORANG lelaki yang menempah perkhidmatan Uber dengan caj £20 (RM110.38) dari Brixton ke Croydon di London terpaksa membayar £467 (RM2,577.24) gara-gara tersilap memasukkan alamat destinasi dalam aplikasi mudah alih itu. Akibat kesilapan itu, Aaron Wray terpaksa menaiki uber selama lima jam dan 20 minit bagi perjalanan sejauh 386 kilometer ke Bristol. Tempoh perjalanan Wray sebenarnya…

Abu Sayyaf Penggal Tebusan Warga Jerman

MANILA – Militan Abu Sayyaf menyiarkan satu rakaman video yang memaparkan anggota kumpulan itu memenggal kepala tebusan warga Jerman, Jurgen Gustav Kantner yang diculik di selatan Filipina. Video pendek yang disiarkan SITE Intelligence Group, yang memantau laman sesawang militan, adalah petunjuk pertama Abu Sayyaf melaksanakan ancaman untuk membunuh Kantner selepas tarikh akhir pembayaran wang tebusan…

Lelaki India Nama Cina Pada MyKad Anak Angkat

SEGAMAT – Seorang lelaki berusia 34 tahun yang secara tiba-tiba menarik perhatian ramai selepas MyKadnya menjadi tular di media sosial kerana dikatakan mempunyai penampilan yang tidak sepadan dengan namanya, sebenarnya adalah rakyat Malaysia. Netizen mendakwa lelaki itu yang bernama Pang Chee Pin, merupakan warga Bangladesh disebabkan dia tidak kelihatan seperti orang Cina. Kunjungan The Star…

TN50 Bukan Mustahil – Ahmad Razif

DUNGUN – Transformasi Nasional 2050 (TN50) bukan sesuatu yang mustahil jika generasi muda mengubah cara pemikiran dan terus menanam impian, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Beliau berkata, usaha berterusan juga perlu dilakukan dan golongan berkenaan harus bersedia menempuh sebarang cabaran yang mendatang. “Kita perlu bersedia dan mesti mencabar kelaziman serta…

Pasangan Tanpa Malu Berselingkuh Depan ATM

KALAU sudah hilang maruah diri, inilah yang berlaku. Sepasang kekasih dengan selamba melakukan seks di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank, menyebabkan orang ramai yang mahu mengeluarkan wang terpaksa menunggu di luar bilik ATM itu. Kejadian itu berlaku di sebuah bank di Oaxaca, Mexico. Memandangkan bank terbabit terletak bersebelahan dengan jabatan pendidikan, ia…

Tayar Melantun Timpa Kepala Pejalan Kaki

MALANG tidak berbau. Seorang lelaki mengalami retak di bahagian tengkorak dan dada selepas sebiji tayar yang tercabut daripada sebuah kenderaan telah terkenanya, ketika dia sedang berjalan bersama isterinya di kaki lima di Ipatinga, Brazil. Roberto Carlos Fernandes, 50, terkena tayar berkenaan yang melantun daripada seberang jalan. Disebabkan ia datang dari arah belakang maka Roberto tidak…

Meditasi Kubur Bantu Atasi Kegagalan Perkahwinan

LUPAKAN kaunseling perkahwinan. Ini ada kaedah baru yang diamalkan di China, untuk mengatasi kekecewaan akibat perceraian iaitu `meditasi kubur’ di mana mereka yang telah menjanda akan bermeditasi di dalam kubur. Meditasi kubur ini dikatakan kononnya membolehkan wanita yang menjanda membuang sial dan hantu-hantu yang menyebabkan perkahwinan runtuh. Ia diasaskan oleh seorang ahli perniagaan wanita, Liu…

M’sia Sambut Keputusan Arab Saudi Pemberian Biasiswa Pelajar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia menyambut baik komitmen kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan jumlah pemberian biasiswa penuh bagi pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di negara itu tahun depan. Najib berkata peruntukan tambahan daripada Arab Saudi itu akan melengkapi dan menambah kepada jumlah pembiayaan RM4.3 bilion di bawah Bajet 2017…

Hasrat Abdul Amzar Azim Tidak Kesampaian

KUALA LUMPUR – Hajat dan cita-cita seorang anak untuk berbakti dan memberikan keselesaaan hidup kepada dua orang tua dan keluarganya tidak kesampaian setelah ditemui lemas di Tasik Karapiro, New Zealand. Mayat Abdul Amzar Azim Azmi, 21, penuntut tahun tiga jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Waikato, Hamilton, ditemui di tasik yang terletak kira-kira 30 kilometer dari…

Saudi Aramco & Petronas Akan Meterai Janji Niaga Esok

PUTRAJAYA – Saudi Aramco dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan memeterai perjanjian pelaburan bernilai US$7 bilion esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Di bawah perjanjian itu, Saudi Aramco, syarikat petroleum dan gas asli nasional Arab Saudi, akan membangunkan dan menguruskan loji penapisan minyak di Pengerang (Johor), di bawah projek Pembangunan Bersepadu Penapisan…

Mangsa Banjir Di Limbang Meningkat

MIRI – Mangsa banjir di Limbang, Sarawak meningkat kepada 410 orang daripada 125 keluarga setakat pukul 8 malam ini daripada 390 orang daripada 121 keluarga petang tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mejar Ismail Mahedin berkata kesemua mangsa adalah dari Rumah Panjang Asan, Kampung Semena dan Kampung…

Penangguhan PLKS Untuk Menggaji Pekerja Asing Bukti Keprihatinan Kerajaan

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk nelayan yang menggaji pekerja asing membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memahami isi hati golongan itu. Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata kerajaan sentiasa berusaha menangani sebarang isu berkaitan permasalahan nelayan. “Apa yang diharapkan adalah kerjasama pihak nelayan…

Tengku Ahmad Tajuddin Perkuatkan Skuad Negara Ke Dhaka

KUALA LUMPUR – Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil kembali memperkuatkan skuad kebangsaan bagi menghadapi Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua yang akan berlangsung di Dhaka, Bangladesh dari 4 hingga 12 Mac ini. Ketua jurulatih skuad negara, Stephen Van Huizen turut menyenaraikan pakar pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim, serta penyerang Muhammad Shahril Saabah, Rashid…

Abdul Amzar Berat Hati Kembali Ke New Zealand

ALOR SETAR – Pelajar Malaysia yang ditemui lemas di Tasik Karapiro, New Zealand hari ini, Abdul Amzar Azim Azmi, 21, menunjukkan perubahan yang sangat ketara, beberapa hari sebelum berangkat balik ke negara itu, Selasa lalu. Bapanya Azmi Abd Seman, 49, berkata anaknya yang baru kembali ke negara itu setelah bercuti tiga bulan sejak November, menunjukkan…

Banjir Di Sungai Lembing Pulih

KUANTAN – Dua pusat pemindahan sementara mangsa banjir yang dibuka bagi menempatkan 30 orang daripada 12 keluarga di Sungai Lembing, dekat sini telah ditutup pukul 6 petang tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusof berkata kesemua mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Lembing dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Lembing dibenarkan…

Rasuah: Pegawai Imigresen & 3 Individu Bebas

IPOH – Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Perak bersama tiga individu lain yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah kini bebas selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mendapatkan perintah lanjutan reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Kesemua mereka, yang tiba pada pukul 9.45 pagi tadi, sebelum ini ditahan direman selama lima…

Polis Nafi Waris Kim Jong-Nam Tiba Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Polis memaklumkan bahawa sehingga ini tiada anggota keluarga atau waris Kim Jong-nam yang tiba di Malaysia bagi membuat pengecaman mayat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur, di sini. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pada masa yang sama polis juga belum menerima apa-apa sampel DNA…

4 Pegawai JAINJ Dibebaskan Dengan Jaminan SPRM

JOHOR BAHRU – Empat pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan terima rasuah, dibebaskan dengan jaminan suruhanjaya berkenaan, hari ini. Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi berkata keempat-empat lelaki terbabit yang direman sejak 21 Feb lepas dibebaskan dengan jaminan…

Muhammad Shah Raih Gangsa Di Kejohanan Trek Piala Dunia Di Los Angeles

KUALA LUMPUR – Pelumba sedang meningkat naik, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih pingat gangsa acara keirin elit lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia di Los Angeles, Amerika Syarikat. Pelumba berusia 22 tahun itu memberi tentangan sengit sebelum wakil Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata dan peserta Kanada, Hugo Barrette melintasi garisan penamat, masing-masing memenangi pingat…

Malaysia Miliki Kepakaran Mengesan & Mengenalisis Agen Saraf VX

KUALA LUMPUR – Malaysia mempunyai kepakaran dan teknologi untuk mengesan dan menganalisis Agen Saraf VX yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam biarpun negara tidak mempunyai pengalaman mengendalikan bahan kimia itu sebelum ini. Profesor Jabatan Kimia Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Prof Dr Abdul Rahim Yacob berkata kepakaran ahli kimia negara diiktiraf seluruh…

FAMA Meterai Perjanjian Dengan Tiga Pengusaha Tanaman Jagung

KUALA PILAH – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan hari ini memeterai perjanjian jual beli dengan tiga pengusaha tanaman jagung di negeri ini, hari ini. FAMA Negeri Sembilan yang diwakili Pengarahnya Muslim Manja menandatangani perjanjian dengan KHKM Enterprise serta dua pengusaha individu iaitu Azmi Abu dan Saifuddin Razak, yang disaksikan Exco Pertanian dan Industri…

Barbin Tamatkan Badi Lima Tahun Bardiani CSF Pada LTdL

MUAR – Pelumba Itali, Enrico Barbin menamatkan kemarau lima tahun kemenangan peringkat bagi pasukan Bardiani CSF selepas menjuarai peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 dari Senawang ke Dataran Tanjung Emas di sini, hari ini. Pelumba Australia, Anthony Giacoppo daripada pasukan IsoWhey Sports SwissWellness menduduki tempat kedua, manakala seorang lagi pelumba Itali, Filippo Pozzato…

Kehadiran Kenderaan Hazmat, Unit Forensik Di IPD Sepang Curi Perhatian Media

SEPANG – Kehadiran lima kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk satu kenderaan Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang petang ini mencetuskan tanda tanya. Lima jentera itu dilihat memasuki perkarangan IPD pukul 3.20 petang dan ia jelas menarik perhatian kumpulan media yang berkumpul di luar IPD tersebut. Ketibaan…

Kilang Ais Di Bayan Lepas Alami Kebocoran Gas Ammonia

GEORGE TOWN – Sebuah kilang membuat ais di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas di sini mengalami kebocoran gas ammonia hari ini. Komander Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (PBPM) Pulau Pinang Syed Nasir Syed Khalid berkata kejadian yang dilapor pada pukul 10.33 pagi itu menyebabkan kilang berkenaan diarah menghentikan operasi buat sementara waktu. Ketika…

Seorang Pelajar Malaysia Lemas Di Tasik Karapiro, New Zealand

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia, Abdul Amzar Azim Azmi yang dilaporkan hilang semalam, ditemui lemas di Tasik Karapiro, kira-kira 30 kilometer dari bandar Hamilton, New Zealand tengah hari ini. Mayat pelajar itu ditemui pihak berkuasa tempatan setelah hilang sejak 3.30 petang Ahad sewaktu berada di kawasan berkenaan bersama rakannya. Kementerian Luar yang mengesahkan kejadian…

Pembantu Rumah Indonesia Ditemui Mati Di Rumah Majikan

GEORGE TOWN – Seorang pembantu rumah rakyat Indonesia ditemui mati di rumah majikannya di Jelutong, di sini awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata wanita berusia 38 tahun itu dilaporkankan tergelincir dan rebah di tangga rumah teres dua tingkat milik majikannya pada pukul 12.45 tengah malam Sabtu. “Majikan wanita…

Wan Shades Tarik Balik Saman Terhadap Rotikaya

 KUALA LUMPUR: Penyanyi utama kumpulan ‘Shades’, Wan Shades menarik balik saman RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan, Rotikaya.com berhubung artikel yang didakwa memfitnahnya. Pada 31 Mac tahun lepas, Wan Shades atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 44, memfailkan saman fitnah terhadap Nor Hamzie Md Hambali, 32, dengan mendakwa pada 20 Februari 2012, Nor Hamzie telah…

Banduan Lolos: Polis Buat Siasatan Menyeluruh Untuk Pastikan Kecuaian Anggotanya

KOTA KINABALU – Polis sedang membuat siasatan menyeluruh sama ada berlaku kecuaian tiga anggotanya sehingga menyebabkan banduan kes rogol dan samun melarikan diri di, Beluran, Sandakan, Sabtu lepas. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata seorang pegawai dan dua anggotanya dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran bakal berdepan dengan tindakan tatatertib sekiranya didapati melakukan…

SPRM Sedang Geledah Beberapa Pejabat Pemaju Seleweng Tanah Di Johor

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih dalam proses menggeledah beberapa pejabat pemaju bagi mendapatkan dokumen-dokumen berhubung siasatan berhubung isu rasuah dan penyelewengan melibatkan tanah-tanah negeri Johor. Menurut sumber SPRM, setakat hari ini lebih 15 saksi sudah direkodkan keterangan berhubung siasatan rasuah itu dan lebih ramai lagi dijangka dipanggil untuk membantu siasatan dalam…

13 Termasuk 5 Kanak-kanak Terselamat Rumah Musnah Terbakar

KUCHING – Tiga belas termasuk lima kanak-kanak terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Pinang Jawa, dekat sini petang ini. Selain lima kanak-kanak terbabit, lapan lagi mangsa melibatkan empat lelaki dewasa dan empat wanita dewasa dari dua keluarga berjaya menyelamatkan diri selepas menyedari rumah didiami mereka itu terbakar. Seorang saksi, Wan Teridi Wan…

Kit Siang Anggap PAS Lancar Deklarasi Perang!

KUALA LUMPUR – DAP menganggap tindakan sekumpulan ahli PAS Selangor menaikkan poster mengutuk pemimpin Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di luar Pejabat Agung PAS di sini kelmarin merupakan satu deklarasi perang PAS ke atas pakatan pembangkang. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan ahli PAS terbabit menghantar memorandum mendesak PAS Pusat memutuskan…

Memalukan… Bila Anugerah Oscar Tersilap Umum Pemenang

ANUGERAH berprestij Hollywood, Anugerah Akademi (Oscar) ke-89 dicemari insiden ‘memalukan’ apabila dua penyampai anugerah, iaitu pelakon veteran Faye Dunaway dan Warren Beatty tersilap mengumumkan nama pemenang bagi kategori Filem Terbaik. Faye dan Warren pada mulanya mengumumkan pemenang ialah filem La La Land arahan Damien Chazelle. Namun kesilapan hanya disedari penerbit La La Land, Jordan Horowitz…

“Sekiranya Nik Aziz Masih Hidup…” – Kit Siang

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pasti akan menerima pelawaan kerjasama oleh Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya bekas Mursyidul Am PAS itu masih hidup. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Allahyarham Nik Abdul Aziz juga pasti akan marah jika ada mana-mana pemimpin atau ahli PAS…

Pelajar ‘Blonde’ Nafi Pijak Kepala Mangsa

PELAJAR rambut perang yang didakwa sebagai salah seorang suspek kes buli pelajar tingkatan satu di SMK Bandar Sri Damansara 2, menafikan dirinya memijak kepala mangsa sehingga ‘berlubang’ dalam kejadian 23 Februari lalu. Menerusi sepucuk surat laporan yang dibuat di Balai Polis Bandar Sri Damansara, wanita itu mendakwa dia tidak memijak kepala mangsa, Puteri Aleesya Maisarah…

White House Halang Beberapa Media Buat Liputan

WASHINGTON: White House menghalang beberapa organisasi berita Amerika Syarikat (AS), daripada menyertai taklimat setiausaha media pada Jumaat, ujar wakil orgnaisasi tersebut, lapor Reuters. Antara kru media yang dihalang daripada membuat liputan taklimat Sean Spicer itu adalah dari CNN, The New York Times, Politico, The Los Angeles Times dan BuzzFeed.Taklimat tanpa kamera Spicer itu menggantikan taklimat…

PETALING JAYA: Sehari sebelum pembunuhan, Siti Aisyah telah keluar bersuka ria dengan rakan-rakannya. Salah seorang kawan rapatnya yang bercakap kepada China Press dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan berkata rakan-rakan Siti Aisyah telah mengadakan majlis hari jadi untuknya di sebuah kelab malam terkenal di Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu. Majlis itu dibuat sehari sebelum…

3 Rumah Hampir Musnah Dalam Kebakaran Di Simpang

BUKIT GANTANG – Tiga buah rumah teres separuh papan hampir musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Taman Jaya, Kampung Baru, Simpang, dekat sini, pagi tadi. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Hasna Rashid berkata bomba menerima panggilan pada 10.19 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati api sedang marak. “Operasi pemadaman dapat dikawal…

Cuba Rompak Rantai Emas: Warga Nepal Dipenjara 4 Tahun

KUALA LUMPUR – Akibat cuba merentap seutas rantai leher emas bernilai RM20,000 milik seorang pelajar, seorang pengawal keselamatan warga Nepal dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hakim Mohd Zulbahrin Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Kumar Daral, 26, serta tambahan setahun penjara atas tuduhan kedua iaitu tidak memiliki dokumen pengenalan diri…

Rogol Ibu Tunggal: Lelaki Dihukum Penjara, 3 Sebatan

KUALA PILAH – Seorang lelaki dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang ibu tunggal berusia 54 tahun, pada 11 Feb lepas. Razali Mohd Radzi, 34, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Narimah Badruddin. Dia didakwa melakukan…

Kerajaan Pulau Pinang Digesa Kaji Semula Lokasi Cadangan Stesen LRT Di Bawah PTMP

GEORGE TOWN – Penduduk Pulau Pinang mahu kerajaan negeri mengkaji semula cadangan projek stesen transit aliran ringan (LRT) di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) agar ia boleh berkekalan bagi tempoh jangka panjang. Naib Pengerusi cawangan Persekutuan Pekilang-Pekiliang Malaysia Pulau Pinang, Hun Keng Kuan, berkata walaupun persekutuan itu menyokong PTMP, perubahan perlu dibuat, terutamanya…

LTdL: Enrico Barbian Dari Bardiani CSF Juarai Peringkat Keenam

MUAR – Pelumba Itali, Enrico Barbin menjuarai peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Senawang ke Dataran Tanjung Emas, di sini membabitkan jarak 176.3km, hari ini. Anthony Giacoppo dari pasukan IsoWhey Sports SwissWellness menduduki tempat kedua diikuti seorang lagi pelumba Itali, Filippo Pozzato dari Team Wilier Triestina. Ketua juri, Ibrahim Omar memberikan catatan masa…

Damien Chazelle Pengarah Termuda Menang Oscar

LOS ANGELES: Damien Chazelle, 32, melakar sejarah menjadi penerima Oscar paling muda bagi kategori Pengarah Terbaik pada Anugerah Akademi Ke-89. Chazelle yang mengarahkan filem La La Land, turut menjadi penulis lakon layar bagi filem genre muzikal romantik yang mengimbau sejarah kegemilangan era Hollywood. Filem gandingan Emma Stone dan Ryan Gosling itu menerima 14 pencalonan termasuk…

Jumlah Mangsa Banjir Di Pekan Sg Lembing Meningkat

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pekan Sungai Lembing di sini meningkat kepada 30 orang daripada 12 keluarga tengah hari ini berbanding lapan mangsa daripada dua keluarga pagi tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusof berkata kesemua mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara bermula pukul 7 pagi tadi selepas air Sungai…

Lima Rakan Didakwa Edar Hampir 5.9Kg Dadah

KUALA LUMPUR – Lima rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan mengedar hampir 5.9kg methamphetamine pada 14 Feb lepas. Pertuduhan terhadap E.Saravanan, 38, S.Kumanan, 35, E. Harri Bhaaskhar, 34, N.D.Anantha Raj, 38, dan M.Murusumaran, 36, dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri. Tiada pengakuan direkodkan daripada kelima-lima lelaki itu…

KPDNKK Ambil Tindakan Jika Ada Pihak Sorok, Catut Ikan Kembung

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan jika ada pihak yang menyorok ikan kembung atau terlibat dalam aktiviti pencatutan sehingga menyebabkan kenaikan harga ikan itu di seluruh negara. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, berdasarkan pemerhatian KPDNKK setakat ini, harga ikan kembung naik kerana permintaan mengatasi bekalan ikan yang…

Penerima Pinjaman YBDUR Diingatkan Tidak Guna Wang Langsai Hutang

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan penerima skim pinjaman Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) agar tidak menggunakan wang pinjaman untuk melangsaikan hutang. Zambry berkata YBUDR memberi pinjaman itu dengan matlamat untuk membantu peminjam menjalankan perniagaan sekali gus mengubah kehidupan mereka menjadi lebih berjaya. “Kita ada masalah sebegini (guna…

Para ASEAN: Semua Kotinjen Perlu Serah Nama Selewat-lewatnya Julai

KUALA LUMPUR – Kesemua 11 negara yang menyertai Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 diberi tempoh sehingga Julai ini untuk menyerahkan senarai nama atlet yang bertanding. Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong berkata penyerahan nama atlet itu perlu diserahkan awal supaya tidak timbul isu pengguguran acara…

Malaysia, Arab Saudi Meterai Perjanjian Utama Dalam Pelbagai Bidang

PUTRAJAYA – Malaysia dan Arab Saudi hari ini memeterai beberapa perjanjian utama di pusat pentadbiran persekutuan di sini bersempena lawatan negara Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud. Raja Salman dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan penandatanganan beberapa memorandum persefahaman (MoU). Malaysia dan Arab Saudi menandatangani MoU mengenai kerjasama…

Nokia Lancar Telefon Pintar Terbaru Di Kongres Telefon Sedunia

BARCELONA – Finnish Nokia bakal melancarkan telefon mudah alih baharunya di Barcelona minggu ini menjelang pembukaan rasmi Kongres Telefon Sedunia (MWC), lapor agensi berita China Xinhua. Selain mendedahkan edisi terkini telefon lagenda Nokia 3310 yang mempunyai ketahanan bateri lebih lama sehingga 22 jam, Syarikat Finnish juga akan memperkenalkan telefon pintar Nokia 6, Nokia 5 dan…

Sebutan Semula Kes CEO Didakwa Pecah Amanah 29 Mac

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 29 Mac ini untuk sebutan semula kes seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat pembekal minyak kapal terbang bergelar Datuk Seri yang didakwa atas pertuduhan pecah amanah lebih RM300,000. Hakim Hilmiah Yusof menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut dihadapannya. Pada 15 Dis tahun lepas,…

Majikan Untung Ambil Siswazah Bekas Anggota Suksis Bekerja

ARAU – Majikan yang mengambil bekerja siswazah berlatarbelakangkan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) harus rasa beruntung kerana anggota SUKSIS mempunyai nilai tambah baik serta berdisiplin. Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, DCP Datuk Zainal Abidin Kassim berkata PDRM sendiri memberi keutamaan kepada SUKSIS dalam pengambilan anggota baharu. Katanya…

PAS Sokong Ketegasan Kerajaan Malaysia

KUALA LUMPUR – PAS menyokong penuh ketegasan kerajaan Malaysia dalam berhadapan kontroversi dengan Korea Utara berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS senada dengan pihak berkuasa Malaysia bahawa siasatan kes itu tertakluk kepada undang-undang dan tatacara negara ini kerana ia berlaku di Malaysia. Justeru, katanya,…

Anda Merokok? Siap Sedia Ditegur Mulai Hari Ini

TAMAN-TAMAN awam di negara mulai hari ini akan dikunjungi lebih 4,500 pegawai dari Kementerian Kesihatan untuk mengedarkan risalah larangan merokok di taman awam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata pemberian risalah larangan merokok itu bertujuan mendidik golongan perokok mengenai larangan baru dan melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok atau lain-lain produk…

Kerajaan Persekutuan Lulus RM281 Juta Untuk Projek Pembangunan Lembangan Sungai Moyog

PUTATAN – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM281 juta bagi pelaksanaan Pakej 1 dan Pakej 3 projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog bagi mengurangkan kawasan dilanda banjir di daerah Penampang dan Putatan. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pelaksanaan projek berkenaan akan mengurangkan keluasan kawasan yang dilanda banjir…

Berita Bahasa Arab Raikan Lawatan Raja Salman

TV Alhijrah mencatat sejarah dengan melancarkan program berita Bahasa Arab Akhbar Alhijrah. Program 30 minit ini bersiaran setiap hari bermula Jumaat 24 Februari lalu dan siaran akhir pada 3 Mac ini. “Berita Akhbar Alhijrah disiarkan sebagai meraikan lawatan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar. Menurut Izelan, fokus…

Rasuah Pegawai Imigresen & Tiga Individu Bebas

IPOH – Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Perak bersama tiga individu lain yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah kini bebas selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mendapatkan perintah lanjutan reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Kesemua mereka, yang tiba pada pukul 9.45 pagi tadi, sebelum ini ditahan direman selama lima…

Raja Salman, Najib Adakan Perbincangan Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan perbincangan petang ini di pusat pentadbiran persekutuan di sini. Raja Arab Saudi itu tiba di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri, tempat mesyuarat diadakan, pada pukul 2.20 petang. Mereka mengadakan pertemuan empat mata terlebih dahulu…

Sunday 26 February 2017

Rasuah: Pegawai Imigresen Dan 3 Individu Bebas

IPOH – Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Perak bersama tiga individu lain yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah kini bebas selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mendapatkan perintah lanjutan reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Kesemua mereka, yang tiba pada pukul 9.45 pagi tadi, sebelum ini ditahan direman selama lima…

Model Mengamuk Diraba Dalam Program TV Live

BERANG dirinya diraba pengacara sebuah rancangan televisyen, seorang model bikini, Rayssa Teixeiro Melo mengamuk sebelum menumbuk hos tersebut. Perbuatan hos itu menyebabkan Rayssa terus berlalu pergi meninggalkan set program tv yang bersiaran secara langsung pada ketika itu. Rayssa dijemput sebuah program tv di Brazil, Rabu lalu untuk menunjukkan cara-cara penggunaan krim badan yang mana dia…

Video: Guru Tendang, Sepak Dan Pukul Kepala Pelajar

RAKAMAN video memaparkan kebiadapan seorang guru menendang dan memukul kepala pelajarnya kini menjadi tular di laman sosial. Menurut pemuat naik video, Muhamad Azhan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah institusi latihan kemahiran awam di utara namun tidak dinyatakan tarikh dan lokasi sebenar kejadian. “Patut ke ajar anak murid kau macam tu. Tahu lah kau bagi ilmu tapi…

Dua Bot Nelayan Vietnam Ditahan Di Sandakan

SANDAKAN – Dua bot nelayan Vietnam bersama 29 kru dan tekong ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas dikesan menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Billiean dekat sini, semalam. Pegawai Memerintah Kapal KM Rumbia, Leftenan Komander Maritim, Mohamed Yusoff Mohamed Ali berkata dua tekong serta 27 kru warganegara Vietnam berusia antara 22 hingga 55 tahun…

TPPA: Lupakan Atau Teruskan, Mana Lebih Baik?

KUALA LUMPUR – Selepas lima tahun dan 19 pusingan proses rundingan, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akhirnya gagal dimuktamadkan selepas Presiden AS yang baharu Donald Trump bertindak menandatangani Arahan Eksekutif menarik diri daripada perjanjian itu pada 23 Jan lepas. Meskipun pengunduran AS itu sudah diramal berikutan janji Trump untuk mengeluarkan negara berkenaan daripada TPPA pada hari…

2 Syarikat Guna Perisian Komputer Cetak Rompak Diserbu

KLUANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Kluang menyerbu dua syarikat di sini kerana disyaki menggunakan perisian cetak rompak bagi menjalankan perniagaan mereka. Serbuan melibatkan sebuah syarikat kejuruteraan dan sebuah syarikat reka bentuk dalaman itu masing-masing dilakukan kira-kira 2.30 petang, 22 Feb dan 10 pagi, 23 Feb lepas. Satu daripada syarikat…

BR1M Bukan Rasuah, Arab Saudi Beri Bantuan Sama

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah kerajaan mewujudkan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan satu amalan rasuah seperti didakwa oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah, Perdana Menteri berkata, kerajaan Arab Saudi turut menyalurkan bantuan kewangan untuk membantu rakyatnya yang misikin, sekali gus membuktikan tindakan Malaysia memberi bantuan seumpama…

Mangsa Banjir Meningkat, 8 Sekolah Ditutup Di Sarawak

MIRI – Mangsa banjir di Limbang, Sarawak meningkat kepada 415 orang daripada 136 keluarga setakat pukul 8 pagi ini. Semalam, seramai 243 orang daripada 79 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan akibat banjir di kawasan pedalaman Limbang. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mejar Ismail Mahedin berkata kesemua mangsa adalah…

Lepas Fattah, Nabil Pula Nak Terbit Buku

SELEPAS kejayaan pelakon Fattah Amin mengeluarkan buku tulisannya sendiri, kini tiba giliran pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad untuk mengikut jejak langkah aktor kacak itu. Nabil berkata dia akan terlibat dalam satu penerbitan buku yang mana dia akan berkongsi amalan dan pengalamannya sebelum bergelar selebriti yang dikenali ramai kini. Memetik mStar Online, Nabil berkata, “Saya…

Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Pantai Timur

KUALA LUMPUR – Amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Khamis ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin kencang dan laut bergelora itu turut dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran,…

Seorang Guru Dikhuatiri Mati Lemas Di Belaga

MIRI – Seorang guru lelaki dikhuatiri lemas setelah terjatuh daripada bot panjang yang dinaikinya di Sungai Batang Rajang tengah hari semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di-Hatta Gobel berkata ketika kejadian, Michael Usat Emang, 59, bersama isterinya sedang dalam perjalanan balik ke Sekolah Kebangsaan Nanga Telawan, Belaga setelah menziarahi saudara yang meninggal dunia di…

Cincin Berlian Rekaan Shuib Kejutan Buat Sarah

  PUTRAJAYA: Majlis persandinagan sempena ulang tahun keenam perkahwinan Shuib (Sepahtu) dan Siti Sarah Raisuddin menjadi kejutan buat isterinya itu selepas menerima cincin bertatah berlian sebagai tanda permulaan kehidupan rumah tangga mereka. Shuib, 33, berkata, ia merupakan hasrat yang sudah lama dipendam dan dia mahu hadiah berkenaan menggantikan cincin perkahwinan lama yang diberi pada enam…

Qatar Airways Cargo Terima Anugerah “Global Cargo Airline Of The Year”

DOHA – Sempena persidangan dan pameran tahunan perdagangan industri penghantar barangan udara, Qatar Airways Cargo dinobatkan penerima anugerah “Global Cargo Airline of the Year” yang berlangsung di Johannesburg, lapor agensi berita Qatar (QNA). Anugerah itu sebagai pengiktirafan di atas kejayaan Qatar Airways Cargo dalam industri penghantar barangan udara. Penerbangan kargo itu dicalonkan dan diundi pembaca…

Faiz Subri Terima Pingat Daripada Sultan Kedah

ALOR SETAR – Pemenang gol tercantik Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri hari ini menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K) daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Mohd Faiz menerima pingat itu pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sesi kelapan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini. Beliau…

Polis Tahan 2 Lelaki Disyaki Pembuat Dan Penjual Bom Ikan

KUNAK – Polis menahan dua lelaki disyaki membuat dan menjual bom ikan dalam operasi berasingan di kawasan pinggir laut penempatan Pala’u di Kampung Kunak Tiga dan Kampung Air Kunak Tiga. Ketua Polis Daerah Kunak,  Supt Mohd Nasaruddin M Nasir berkata dalam operasi bermula pukul 7.05 malam tadi, anggota polis Cawangan Khas menahan seorang lelaki berusia…

Sukan Platform Terbaik Bina Integrasi Nasional

ARAU – Sukan adalah platform terbaik untuk membina integrasi nasional bagi mendukung aspirasi negara yang menjangkaui batasan agama, bangsa dan politik, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Menurut baginda, selain menjadi instrumen dalam membina semangat setiakawan, sukan juga memercikkan persaingan sihat yang mengukuhkan semangat patriotisme kepada organisasi dan negara. Baginda bertitah demikian…

Kejam…Beratus Ribu Anak Itik Jantan Direbus Hidup-Hidup

BERATUS ribu anak itik jantan telah dibunuh dengan kejam apabila ia direndam dalam air yang mendidih sebelum dimasukkan ke dalam mesin untuk dibuang bulunya. Anak itik yang telah mati itu kemudiannya dijual kepada peniaga kedai makan atau jalanan. Situasi berkenaan berlaku setiap hari di China, dengan anak itik jantan akan dibunuh di ladang ternakan, disebabkan…

Lawatan: Era Baharu Hubungan Malaysia-Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Lawatan sulung Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Malaysia disifatkan sebagai satu era baharu dalam hubungan Malaysia-Arab Saudi. Ketua Misi Kebudayaan di Kedutaan Diraja Arab Saudi di sini, Dr Zayed Al- Harithi berkata lawatan oleh Penjaga Dua Masjid Suci itu mencerminkan hasrat baginda untuk meningkatkan hubungan kukuh yang…

Kim Jong-Nam Mati Dalam Masa 15 Hingga 20 Minit

KUALA LUMPUR – Laporan autopsi ke atas Kim Jong-nam menunjukkan abang kepada pemimpin Korea Utara itu Kim Jong-un meninggal dunia dalam masa 15 hingga 20 minit selepas diserang menggunakan agen saraf, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam. Dua wanita dilaporkan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka mengandungi cecair beracun yang dikenal pasti sebagai…

Demi Cucu, Nenek Terpaksa Menyusu Semula

DEMI kerana cucu yang hampir kebuluran, seorang nenek, Aisha Modu terpaksa menyusukan bayi berusia 40 hari itu walaupun usianya sudah tua, dalam lingkungan 50-an. Anak perempuan Aisha yang juga ibu bayi itu telah meninggal dunia beberapa bulan lalu manakala menantunya pula telah ditangkap oleh pemberontak di Nigeria. Dia tiada pilihan dan terpaksa membawa bayi itu…

Peguam Kejutkan Ramai, Tukar Kerjaya Jadi Pelacur

SEORANG peguam terkenal dan pakar perlembagaan telah mengejutkan ramai apabila secara tiba-tiba memutuskan untuk meninggalkan pekerjaan berkenaan bagi memulakan karier baru, iaitu sebagai pelacur. Claudia de Marchi, 34, telah memulakan perkhidmatan yang menyediakan seks kepada ahli politik serta usahawan kaya dengan bayaran £150 sejam. Ironinya, dia berbuat demikian dengan alasan tidak sanggup lagi berada dalam…

Raja Salman Dikurniakan Darjah Tertinggi Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengurniakan darjah tertinggi negara kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud di Istana Negara di sini. Raja Salman dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) pada istiadat khas sebelum majlis jamuan negara sempena meraikan baginda. Turut hadir Perdana Menteri Datuk…

Tiada Lesen Pembalakan Dikeluarkan Di Tasik Chini

KUALA LUMPUR – Tiada lesen pembalakan dikeluarkan dalam kawasan hutan simpan kekal mahu pun rezab pelancongan atau tanah kerajaan berhampiran Tasik Chini, Pahang pada masa ini. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bagi aktiviti perlombongan pula, hanya dua lombong besi masih aktif di bawah kelulusan kerajaan Pahang…

Wanita Warga China Guna Pukau Ditahan Di Puchong

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga China disyaki terlibat dengan kes tipu menggunakan pukau ditahan oleh orang ramai dan mengikatnya ke sebatang pokok di pasar pagi Pusat Bandar Puchong dekat sini semalam sebelum diserahkan kepada polis. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata ketika kejadian itu pada 10.30 pagi, seorang wanita…

Anak Muhammad Ali Ditahan Kerana Agama Islam

WASHINGTON DC – Anak lelaki legenda tinju Muhammad Ali ditahan untuk disoal siasat selama dua jam di sebuah lapangan terbang Florida sebaik sahaja pulang daripada Jamaica gara-gara namanya seperti nama orang Arab, lapor media Amerika Syarikat (AS). Muhammad Ali Jr., 44 tahun, yang dilahirkan di Philadelphia dan mempunyai pasport AS, ketika itu membuat perjalanan bersama…

‘Saya Tak Tahu Dia Nak Ajak Tidur Sini’

“SAYA tidak tahu dia nak ajak tidur sini, sebab dia janji nak hantar balik rumah,” demikian alasan seorang pelajar tingkatan tiga selepas kantoi ditangkap berkhalwat bersama teman lelakinya yang berusia 17 tahun di sebuah bilik hotel murah, di bandar Besut, Kuala Terengganu. Dalam kejadian Khamis lalu, calon ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) itu ditahan selepas bilik hotel…

Suspek Tukar Status Rumah Kepada Bukan Bumiputera

KUALA LUMPUR – Enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas seorang penjawat awam Johor yang ditahan semalam kerana disyaki terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri itu, dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah-rumah bumiputera kepada bukan bumiputera. Menurut sumber, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak tahun 2013 yang melibatkan beberapa pemaju di Johor sehingga…

RM4j Parti Hari Lahir Mugabe 92 Tahun Ada Kek 92kg

HARARE – Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe merayakan ulang tahun kelahirannya yang ke-93 pada Sabtu dengan sambutan pesta mewah dihadiri ribuan penyokongnya, lapor media tempatan. Acara tahunan dianjurkan parti pemerintah ZANU-PF itu dianggarkan bernilai AS$1 juta (kira-kira RM4 juta) dengan tumpuan utama ialah sebuah kes seberat 92 kilogram sebagai menggambarkan usia diktator tersebut. Pemimpin tertua di dunia…

6 Pelajar Cedera Ringan Selepas Bas Dinaiki Terbabas

KOTA TINGGI – Enam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim, Felda Lok Heng di sini cedera ringan selepas bas persiaran dinaiki mereka bersama 33 rakan serta dua guru terbalik di kanan jalan di KM26.5 Jalan Kulai-Kota Tinggi, hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi ketika…

Pelaksanaan PLKS Ditangguh, Guna Pakai Sistem Lama

BAGAN DATUK – Pelaksanaan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk nelayan yang menggaji pekerja asing ditangguhkan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing itu akan terus menggunakan sistem lama atau Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan. Penangguhan…

Kerajaan Tangguh Pelaksanaan PLKS – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK – Pelaksanaan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk nelayan yang menggaji pekerja asing ditangguhkan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing itu akan terus menggunakan sistem lama atau Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan. Penangguhan…

P.Pinang Haramkan Mesin Simulator Selepas 2018

BUKIT MERTAJAM – Kerajaan Pulau Pinang akan mengharamkan penggunaan semua mesin simulator atau mesin judi di negeri ini selepas 2018 bagi mengekang peningkatan masalah sosial. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu diambil pada satu mesyuarat exco berikutan wujud kebimbangan mengenai peningkatan masalah sosial dan lambakan mesin seperti itu, termasuk yang memerlukan manusia mencuba…

6 Warga Thai Ditahan Terlibat Penyeludupan Minyak

KEMAMAN – Enam lelaki warga Thailand ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak di perairan negara, semalam. Pengarah Maritim Pangkalan Maritim Kemaman, Mohd Marmazi Md Noor berkata kesemua mereka ditahan pukul 8 pagi, kira-kira 75 batu nautika dari Tanjung Mat Amin, Kuala Kemaman. “Kita percaya bot yang berlabuh itu sedang menunggu bot-bot lain bagi…

Tahap Kewangan Persatuan Hoki Negeri Kritikal – Subahan

KUALA LUMPUR – Suntikan dana daripada kerajaan negeri ditagih bagi memastikan perkembangan bakat baharu hoki di peringkat akar umbi berikutan kedudukan kewangan persatuan-persatuan hoki negeri yang parah. Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Subahan Kamal berkata sudah tiba masanya kerajaan negeri memberi perhatian kepada pembangunan hoki di negeri masing-masing dan tidak hanya tertumpu kepada bola…

Gibbons Raih Kemenangan Podium Keepat LTdL 2017

HULU SELANGOR – Pelumba Afrika Selatan, Ryan Gibbons daripada Team Dimension Data meneruskan rentak kayuhan cemerlang apabila menjuarai peringkat kelima Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 sejauh 151.5km dari Meru Raya, Ipoh ke Kuala Kubu Bharu, di sini hari ini. Kejayaan itu kemenangan podium keempat baginya selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua pada peringkat pertama,…

Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995

KIRA-KIRA 22 tahun dahulu, zaman di mana tidak wujud lagi media sosial seperti Facebook, negara pernah digemparkan dengan tragedi seorang lelaki ditelan seekor ular sawa di pekan Tenang Stesen, Segamat, Johor Bahru. Kejadian hitam pada 4 September itu bukan sahaja telah menggemparkan seluruh negara, bahkan dianggap peritiwa hitam paling tragis dan mencemaskan sepanjang 1995. Mangsa, E…

Warga Emas Antara 12 Kaki Judi Diberkas

KEMAMAN – Dua warga emas antara 12 yang diberkas ketika leka bermain judi ikan laga dalam serbuan di sekitar kawasan Kampung Air, Mak Chili, di sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata kesemua mereka yang bekerja sebagai buruh kampung dan penggangur itu ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari. Beliau berkata…

Kawasan Parlimen Bagan Datuk Akan Terus Dibangunkan

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan terus membangunkan kawasan Parlimen Bagan Datuk dengan sokongan padu pengundi di kawasan itu kerana tidak mahu ia terus ketinggalan daripada arus pembangunan. “Dahulu daerah kita sangat terbelakang sangat terpinggir, saya berjanji pada diri saya jika PRU (pilihan raya umum) akan datang…

Pertubuhan Perubatan Tradisional Diminta Hasil SOP

CYBERJAYA – Pertubuhan pengamal perubatan tradisional dan komplementari (PTK) di negara ini perlu bekerjasama dengan universiti dalam menghasilkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memperkasakan perubatan itu. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kajian klinikal ke atas ubat mereka seperti yang dijalankan dalam perubatan moden perlu dilakukan dan tidak semestinya bergantung kepada testimoni…

Polis Selamatkan 18 Mangsa Pemerdagangan Di Gerik

IPOH – Seramai 18 individu warga tempatan termasuk lima kanak-kanak dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia diselamatkan dalam operasi di daerah Kecil Kroh, Belukar Semang, Kampung Tasek di Pengkalan Hulu dekat Gerik kira-kira 170 kilometer dari sini, awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Gan Tian Kee berkata sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan…

IG Punca Wanita Moden Suka Payudara Kecil?

LONDON –  Bagi wanita khasnya gadis remaja yang mengimpikan untuk memiliki payudara bersaiz besar, maka cuba elakkan penggunaan akaun Instagram terutama swafoto gambar diri sendiri. Itu nasihat jujur seorang doktor bedah kosmetik Britain, Dr Amanda Wong hasil kajian beliau terhadap pengaruh media sosial khasnya Instagram terhadap penampilan bukan sahaja imej gaya busana malahan dandanan solekan.…

Hadiah Untuk Labuan Sempena Hari W.Persekutuan

LABUAN – Penduduk Labuan menerima hadiah dalam bentuk diskaun dan pengecualian ke atas hartanah Perbadanan Labuan (LC) berkuatkuasa serta merta. Kelonggaran daripada Kementerian Wilayah Persekutuan diberi memandangkan kelembapan ekonomi di pulau itu. Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kementerian telah mengarahkan LC tidak mengenakan sewa ke atas kemudahan sukan bagi memastikan aktiviti sukan…

Kerajaan Peruntuk RM565 Juta Bantu SJKC Sejak 2009

JOHOR BAHRU – Kerajaan memperuntuk RM565 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Negara bagi menyalurkan bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sejak ia diperkenalkan pada 2009. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata terdapat 1,298 SJKC di seluruh negara termasuk 884 SJKC Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) menerima manfaat daripada bantuan…

Prasarana Intai Pasaran Abu Dhabi, Mumbai Dan Brunei

KUALA LUMPUR – Syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan awam, Prasarana Malaysia Bhd sedang meneroka peluang perniagaan di Abu Dhabi, Mumbai dan Brunei. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, syarikat berkenaan akan menawarkan kepakarannya dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam rel dan bas. “Kita telah mula mengadakan perbincangan di negara-negara ini untuk…

Bekas Anggota Parlimen Tambun Meninggal Dunia

IPOH – Bekas anggota Parlimen Tambun Datuk Yahaya Shafie, 83, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Jalan Raja Dihilir di sini, hari ini. Anak Allahyarham, Al Yashri, 28, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anggota keluarga pada kira-kira 1.27 tengah hari tadi. “Bapa dimasukkan ke hospital dua minggu lepas untuk rawatan kerana…

Video: Mat Saleh Cakap Melayu Makan Nasi Lemak

KEBIASAANNYA, ‘Mat Saleh’ atau warga asing dari Barat lazimnya menggunakan sudu atau garpu ketika menjamah makanan mereka. Ini kerana mereka tidak dibesarkan dengan budaya makan pakai tangan seperti orang Melayu kita. Jadi mereka mungkin berasa sedikit janggal untuk makan dengan menggunakan tangan sendiri. Tetapi tidak bagi seorang pemuda Inggeris ini, Rhys Williams, yang bukan sahaja…

Lawatan Raja Arab Saudi Buka Peluang Pelaburan Baharu

KUALA LUMPUR – Kunjungan rasmi kali pertama Raja Salman Abdul Aziz Al-Sa’ud dari Arab Saudi akan membuka peluang baharu kepada komuniti perniagaan Malaysia, khususnya dalam bidang pelaburan berimpak tinggi dan sektor halal. Presiden Dewan Perdagangan Arab-Malaysia, Mohamed Fauzy Abdul Hamid berkata, kerajaan Arab Saudi juga dijangka mengumumkan beberapa kelonggaran bagi rakyat Malaysia yang ingin memulakan…

Himpunan Basikal: 3 Lelaki Ditahan Hasut Orang Ramai

JOHOR BAHRU – Polis menahan tiga lelaki warga emas kerana membuat kenyataan jelik dan fitnah berhubung kemalangan remaja berbasikal baru-baru ini serta menghasut orang ramai menyertai perhimpunan basikal menerusi laman sosial Facebook. Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata mereka ditahan secara berasingan di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur dengan dua daripada…

Tangga Bergerak Raja Salman Dibawa Khas Dari Saudi

SEPANG — Lawatan julung kali Raja Salman Abdulaziz al-Saud ke Malaysia bermula Ahad bukan sahaja mencuri tumpuan, malah gaya kedatangan baginda juga tidak kurang menarik perhatian. Antara diperkatakan pelbagai pihak ialah tangga bergerak mudah alih yang digunakan Raja Arab Saudi itu apabila ketibaan baginda di Kompleks Bunga Raya KLIA Sepang disiarkan secara langsung menerusi stesen…

2 Sindiket Pengedaran Dadah Berjaya Ditumpaskan

KOTA BHARU – Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda (Methamphetamine) dan Eramin 5 di sekitar Dabong, Kuala Krai dan Rantau Panjang, Pasir Mas semalam dan hari ini. Hasil serbuan di dua kawasan terbabit, polis menahan dua lelaki berumur 25 dan 57 tahun serta merampas 1,781 biji pil kuda serta 1,200 biji Eramin…

MB Terengganu Cadang Sekolah Tubuh Jawatankuasa Antiponteng

KUALA NERUS – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mencadangkan semua sekolah di negeri ini menubuhkan jawatankuasa bagi menangani masalah ponteng dalam kalangan pelajar. Beliau berkata Jawatankuasa Pemuafakatan Pasukan AntiPonteng itu perlu melibatkan pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti dan polis. Katanya jawatankuasa itu perlu berperanan untuk mencegah dengan…

Bakti Anjur Program Tanam Pokok Buah-Buahan

BENTONG – Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyertai  program mempromosi kelestarian alam yang menyaksikan pokok buah-buahan ditanam bersempena Retreat Kepimpinan (Rekep) Perdana Bakti 2017 di sini. Inisiatif yang dikenali sebagai Program Rekreasi Fajar dan Kelestarian Alam  itu berlangsung di sekitar Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU) di Janda Baik. Pada acara itu,…

BN Perak Bakal Tampil Lebih Banyak Calon Muda PRU14

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak bakal menampilkan lebih banyak muka baharu terutama daripada golongan muda sebagai calon dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti. Menteri Besar selaku Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia merupakan sebahagian proses peremajaan parti demi kelangsungan parti dalam mengukuhkan kedudukan BN di Perak. “Sudah tentu…

Mekanik Ditahan Di Kuala Ketil Miliki Pistol

ALOR SETAR – Seorang mekanik berusia 38 tahun ditahan  kerana memiliki sepucuk pistol dan kelopak peluru yang mengandungi dua butir peluru di Kampung Sisik Lantai, Kuala Ketil, Baling pada Selasa lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusof berkata pistol dan kelopak peluru itu ditemukan di belakang rumah suspek. “Pistol dan kelopak peluru ditemui di dalam…

Pegawai Kanan MAHB Bebas Reman Dengan Jaminan RM40,000

PUTRAJAYA – Seorang pegawai kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang direman sejak Khamis lepas bagi siasatan kes penyelewengan kira-kira RM80,000 untuk rawatan kecantikan kulit dan program pelangsingan, dibebaskan hari ini. Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan pegawai terbabit dibebaskan dengan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin. Lelaki itu direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Rossa Cerita Susah Cakap Inggeris Terbit Body Speak

SINGAPURA – Nampaknya semacam jadi trend dalam kalangan artis popular wanita Indonesia menghasilkan album Inggeris atau merakamkan lagu Inggeris di Amerika Syarikat (AS) akhir-akhir ini. Artis malar hijau, Kris Dayanti sudahpun berbuat demikian manakala penyanyi muda, Syahrini atau nama penuhnya Rini Fatimah Jaelani juga dikhabarkan bakal melaksanakan impian sedemikian dalam masa terdekat. Bagaimanapun penyanyi berasal…

Saturday 25 February 2017

KPI PBT Johor Perlu Belanja 40% Hasil Demi Pembangunan

JOHOR BAHRU – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Johor dikehendaki mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) iaitu membelanjakan 40 peratus daripada hasil pendapatan adalah demi untuk pembangunan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata penetapan KPI itu telah dimaklumkan oleh beliau pada perjumpaan dengan semua Yang Dipertua PBT pada tahun lepas. Katanya, rasional memperkenalkan…

2 Mayat Terdampar Di Pantai Tok Jembal, Teluk Ketapang

KUALA NERUS – Dua mayat lelaki hampir reput dijumpai terdampar di pesisir pantai di sini namun, ia bukan mayat pemancing yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt. Suffian Sulaiman berkata mayat pertama ditemui kira-kira 11.05 malam tadi berhampiran dengan penemuan bot milik mangsa, Wan Abdul Manan Wan Ahmad,…

Sistem Pemberian BR1M Perlu Dikaji Semula – Nazri

PADANG RENGAS – Sistem pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) perlu dikaji semula bagi mengelak penerima menunggu lama untuk mendapatkan wang bantuan itu, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Sehubungan itu, Mohamed Nazri berkata beliau akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri supaya penerima hanya menggunakan kupon dengan nombor bersiri untuk mendapat wang…

Tema Baju Tidur Meriahkan Majlis Inai Shuib-Siti Sarah

PASANGAN selebriti, pelawak Shuib Sepahtu dan penyanyi Siti Sarah Raisuddin diraikan dalam sebuah majlis malam berinai di kediamannya terletak di Puchong, Selangor lewat Sabtu. Majlis malam berinai tersebut bahkan diadakan dengan cukup penuh meriah dan lebih unik ia bertemakan baju tidur, menurut laporan yang dipetik daripada portal hiburan tempatan Astro Gempak. Bukan sahaja Shuib atau nama…

Kounselor Korea Utara Herdik Media, Cermin Sisi Tanggal

KUALA LUMPUR – Kaunselor di Kedutaan Korea Utara di sini, Kim Yu-song mengherdik pengamal media yang menyerbu kereta Mercedes Benz berwarna biru gelap yang dipandunya sehingga cermin sisi kereta itu tertanggal. Beliau ketika itu sedang mengundurkan kenderaannya dari kawasan kedutaan kira-kira 12.15 tengah hari tadi. Yu-song lalu keluar daripada keretanya bagi membetulkan cermin itu di…

Kelantan Tewas Kali Ketiga Di Gelanggang Sendiri

KOTA BHARU – Prestasi pemain bukan pada tahap sebenar menjadi punca Kelantan sekali lagi tewas di halaman sendiri pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV ketika menentang Selangor malam tadi. Sebelum ini, pasukan tersebut yang juga dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) turut tewas kepada pasukan Kedah dan Melaka United pada saingan Liga…

Video: Siti Aisyah Sambut Hari Jadi Sebelum Jong-nam Dibunuh?

SEBUAH rakaman yang memaparkan suspek wanita berkaitan kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah yang menyambut hari jadinya beberapa hari sebelum insiden di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2  (KLIA2), tersebar di internet. Rakaman berdurasi 1 minit 4 saat yang dimuat naik oleh China Press Daily di Youtube pada Sabtu memaparkan Siti Aisyah merakam pertemuannya dengan seorang rakan…

Seorang Maut, 12 Cedera Van Langgar Tiang Elektrik

ALOR SETAR – Seorang maut manakala 12 lagi cedera apabila van yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Batu 10, Jalan Alor Setar-Sungai Petani dekat sini awal pagi tadi. Yang meninggal ialah pemandu van tersebut Shafie Wahab, 54, dari Johor. Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata kejadian kira-kira pukul…

Lagi Peserta Palestin Muncul Juara Arab Idol

BEIRUT – Kemenangan peserta dari Palestin, Yaqoub Shaheen dalam pertandingan nyanyian realiti Mahboub el Arab atau Arab Idol disambut dengan penuh kegembiraan oleh rakyat negara tersebut. Sebaik sahaja diumumkan secara rasmi sebagai pemenang musim keempat itu, Yaqoub menyampaikan lagu bertema patriotik, dengan bendera Palestin turut diletakkan di atas bahunya, menurut laporan media tempatan. Antara lirik yang…

Agen Saraf VX Tak Pernah Ditemui Di Malaysia

PUTRAJAYA – Agen saraf VX yang dikesan digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam tidak pernah ditemui di Malaysia sebelum ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Beliau berkata ia senjata kimia yang boleh melumpuhkan sistem saraf dan orang yang terkena VX boleh mati dalam masa setengah jam akibat tidak boleh bernafas. Beliau…

Kemasukan Shafiq Ahmah Ubah Corak Permainan Kedah

ALOR SETAR – Kemasukan pemain gantian, Muhammad Shafiq Ahmad kembali menyuntik semangat pasukan Lang Merah selepas terikat seri 1-1 di babak separuh masa kedua dalam perlawanan Liga Super Kedah menentang Pulau Pinang di Stadium Darul Aman malam tadi. Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, mengakui anak buahnya hilang fokus pada separuh masa pertama sehingga pasukan…

SPRM Tahan Individu Ikut Maklumat – MB Johor

PASIR GUDANG – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu kerana dipercayai terlibat dalam rasuah serta penyelewengan hartanah dibuat berasaskan maklumat dan aduan yang diterimanya. “SPRM membuat apa pun mesti berasaskan aduan dan sebagainya. Saya tidak fikir dia (SPRM) suka-suka (tahan) seperti apabila dia…

Golongan Belia Perlu Belajar Urus Jenazah – Tawfiq

TAWAU – Golongan belia perlu didedah dengan pengetahuan fardu kifayah khusus ilmu pengurusan jenazah, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. “Pendekatan mengadakan kursus atau bengkel seperti pengurusan jenazah akan dapat membudayakan tuntutan ilmu fardu kifayah sekali gus melahirkan generasi muda yang cemerlang di dunia dan akhirat,” katanya ketika merasmikan Bengkel…

TMJ Kata Tiada Masalah Kena ‘Tackle’

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi jaminan baginda akan bersikap profesional sewaktu beraksi untuk pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Malaysia bermula Mei ini. Titah Tunku Ismail, baginda pernah dikasari dan kaki baginda ditendang oleh pemain lain sewaktu mewakili pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) satu waktu dahulu.…

Malaysia Pusat Auto Asia Jika PSA Rakan Kongsi Proton

KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta terkenal, PSA Group dari Perancis mempunyai rancangan besar untuk mentransformasi Malaysia sebagai pangkalan srategik bagi membangun dan mengeluarkan kereta baharu untuk pasaran global jika cadangan kerjasamanya dengan Proton menjadi kenyataan, kata sumber industri. Beliau juga berkata, PSA Group yang mengeluarkan kereta Peugeot dan Citroen, merancang untuk membuka pusat penyelidikan dan…

‘Air Jagung Ketagih’ Dapat Sambutan Di Alor Setar

ALOR SETAR – Walaupun nama yang diberikan agak pelik, namun ‘Air Jagung Ketagih’ yang diformulasikan dua rakan karib yang berkelulusan kejuruteraan kian mendapat sambutan di sekitar sini. Minuman ini adalah hasil idea Mohd Farizual Aiman Azmi, 27, yang merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Pembuatan dan Adnan Hafif Samsudin, 27, yang mempunyai Ijazah Kejuruteraan Am, masing-masing dari…

Mahfuz Omar Diminta Letak Jawatan Dalam PAS

ALOR SETAR – Datuk Mahfuz Omar diminta agar meletak jawatan dan menyertai parti lain daripada terus menjadi ‘duri dalam daging’ dan mempergunakan jawatannya untuk mengkritik PAS. Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Pokok Sena, Wan Romani Wan Salim berkata anggota parlimen pokok sena itu tidak perlu terikat dengan sumpah bai’ah parti kerana beliau telah banyak…

Belia India Digesa Kemuka Input Mengenai TN50

KLANG – Belia India digesa supaya mengemukakan input dan aspirasi mereka berhubung inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh berkata parti itu telah mula mendekati belia India untuk mengetahui aspirsi mereka tentang inisiatif berkenaan, dengan sesi dialog pertama anjuran Yayasan Jaaya 1Malaysia…

Raja Salman Abdulaziz Diberi Sambutan Negara

KUALA LUMPUR – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang tiba untuk memulakan lawatan rasmi empat hari ke Malaysia diberi sambutan negara di Dataran Parlimen. Ketibaan baginda pada 11.50 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.…

Klia2 Disahkan Bebas Toksik Bunuh Kim Jong-nam

SEPANG – Terminal penerbangan tambang murah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) di sini diisytiharkan sebagai selamat selepas pemeriksaan rapi dilakukan pada pagi Ahad. Ia susulan pendedahan mengejutkan oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia pada Jumaat lalu yang mengesahkan Kim Jong-nam mati akibat penggunaan bahan toksik berbahaya kepada tubuh manusia di premis itu baru-baru ini.…
loading...