loading...

Sunday 30 April 2017

PAS Siap Sedia PRU14, Jangka Awal September

ALOR SETAR – PAS sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan tahun ini berdasarkan kepada persiapan ketara oleh semua parti-parti bertanding, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali. “Paling awal kita (PAS) jangkakan PRU akan diadakan pada September ini dan jika tidak ia akan diadakan sama ada…

Remy Ishak Selamat Bertunang


Pelakon popular Remy Ishak selamat bertunang dengan wanita pilihannya seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Ezza Yusof, semalam.
Remy, 35, ketika dihubungi Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp mengesahkan perkara itu.
"Terima kasih atas ucapannya," katanya ringkas.
Difahamkan majlis pertunangan pasangan ini berlangsung di kediaman bakal isterinya yang terletak di Pahang membabitkan keluarga kedua belah pihak.
Pada majlis itu, Remy turut hadir mengenakan baju kemeja berwarna biru gelap sementara Ezza memilih warna ungu muda.
Menerusi akaun Instagram Ezza, pelakon Nad Zainal yang juga kawan baik kepada Ezza turut memberikan ucapan tahniah sambil meletakkan nama Remy.

Tidak ketinggalan memberikan ucapan ialah pengurus Remy iaitu Azlin Abas selain beberapa peminat yang mengetahui hubungan pasangan ini.

Sumber: Harian Metro
Gambar: Instagram Ezza Yusof

JAKIM Nafi Lulus Konsert Selena Gomez

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan tuduhan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang mendakwa pihaknya meluluskan konsert penyanyi antarabangsa, Selena Gomez pada Julai tahun lalu. Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha, berkata kelulusan konsert dan seumpamanya bukan di bawah bidang kuasa jabatan itu. “Tuduhan sebegini boleh menjejaskan reputasi…

Iqram Dinzly Mengaku Pergi Kelab Pakai Serban

JIKA sebelum ini nama Iqram Dinzly hangat diperkatakan disebabkan tindakannya memarkir kenderaan yang menghalang lalu lintas, terbaharu dia dikatakan tampil ke sebuah kelab malam di pulau peranginan terkenal dengan memakai serban. BACA:  Kereta Blok Jalan, Iqram Dinzly ‘Dimaki’ Otak Kecik Berita mengenai perkara itu dimuatkan menerusi ruangan hiburan sebuah akhbar, baru-baru ini. Iqram mengakui hal…

Majikan Beri Keutamaan Pekerja Tempatan, Kata Najib

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu majikan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan dalam membantu merealisasikan lima Lonjakan Transformasi Pekerja yang dilaksanakan kerajaan. Beliau berkata kerajaan akan menganjurkan pameran kerja Job Fair @ UTC 2.0 dan akan dilancarkan secara besar-besaran pada 20 Mei ini di 11 Pusat Transformasi…

Lara Alana Sudah Mula Bayar Cukai Pendapatan 🤗🤗



Baru berusia tiga tahun, anak pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Al Yahya iaitu Lara Alana sudah mempunyai program beliau sendiri, menerima pelbagai tawaran iklan dan lain-lain. Pendek kata, Lara sebenarnya sudah menjana pendapatan sendiri.



Susulan dengan peraturan yang ditetapkan oleh LHDN,  menurut Scha beliau dan Awal sudah melantik ejen untuk menguruskan pendapatan Lara. Malah, Lara sudah ada fail cukai pendapatan beliau di LHDN.

Kami menyerahkan kepada ejen menguruskan akaun Lara Alana. Akaun itu berbeza daripada saya dan Awal. Ejen itu berperanan sebagai wakil untuk menghantar dan menguruskan cukai anak kami. Malah, Lara Alana sudah ada fail cukai pendapatan di LHDN dan akan mula membayar cukai pertamanya tahun ini.


Nampaknya kini bukan sahaja artis yang perlu membayar cukai tetapi anak artis yang juga sama popular seperti ibu dan bapa mereka.

Sumber: Berita Harian
Gambar: Instagram Lara Alana

Hasrat Gadis Mahu Meninggal Dalam Keadaan Cantik

HASRAT seorang gadis, Racine Pregunta, 20, yang mahu kelihatan cantik ketika dalam keranda apabila dia meninggal dunia, telah berjaya dipenuhi oleh keluarganya. Mayat Racine yang meninggal dunia akibat kanser tulang, telah disolek dan dihiasi dengan bunga dan dipakaikan gaun putih ketika diletakkan di dalam keranda. Menurut kakaknya, Rolyn Pregunta, lima hari sebelum kematiannya, Racine yang…

Pelari Terdedah Alat Sulit Menuju Garisan Penamat

MINGGU lepas, acara tahun London Marathon telah diadakan dan mendapat sambutan hangat. Namun selepas acara itu selesai, lain pula yang berlaku. Seorang pesertanya, Abdelhadi El Harti yang berasal dari Magribi, secara tidak sengaja dan tidak disedarinya telah mendedahkan alat sulitnya ketika menuju ke garisan penamat. Gambar berkenaan telah dirakamkan oleh seorang penonton wanita dengan menggunakan…

Kanak-Kanak Ketagih Rokok Kini Pelajar Cemerlang

KETIKA berusia dua tahun, Aldi Rizal yang berasal dari Indonesia, telah menjadi sensasi antarabangsa disebabkan dia mampu menghisap kira-kira 40 batang rokok sehari. Kini, pada usia sembilan tahun, Aldi berjaya menghapuskan ketagihan berkenaan dan menjadi pelajar cemerlang di sekolah. Dia berjaya membuang ketagihan tersebut pada tahun 2013, iaitu selepas dua tahun menjadi tumpuan ramai. Aldi…

Hafizh Syahrin Muncul Juara Moto2 Eropah

KUALA LUMPUR – Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah memperagakan aksi cemerlang untuk memenangi Kejuaraan Moto2 Eropah pada pusingan pertama perlumbaan antarabangsa FIM CEV Repsol di Litar Albacete, Sepanyol, Ahad. Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu, yang memulakan perlumbaan dari petak pertama, berjaya merekodkan kemenangan dengan catatan masa 31 minit 13.926 saat, sekali gus meninggalkan pesaing tuan…

CARA Lelaki Ini Tak Bagi Pasangan Belum Nikah Masuk Hotel Untuk Lepaskan Nafsu Memang TERBAIK


Assalamualaikum, terima kasih admin kalau terima cerita aku ni. Aku adalah pekerja Reception Hotel. Hotel biasa jek bukanlahh yg ada Star. Tertarik pula nak buat confess kat sini sebab nak buatkan masyarakat terutamanya golongan remaja sedar dengan kehidupan dunia akhir zaman ni. Kenapa serba tak kena? Haaa meh laa aku cerita. Sebelum tu sorry kalau panjang sangat.

Aku kerja sebagai reception nie da lama. Korang dapat bayangkan tak siapa Guest yg selalu datang atau pun check in kat hotel nie? Ya laaa kan hotel biasa jek so rate pon memang still dalam kemampuan setiap individu la untuk membayarnya. Huhuhu.. kebanyakkannya mereka yang ingin melepaskan nafsu jek. Yang jenis masuk 2-4 jam lepas tu blahhh.. Melayu, Cina, India semua ada. Bazir beb bayar utk sehari tapi masuk 2-4 jam jek. Lantak laaa duit diorang.

Yang menjadikan serba tak kena buat aku ialah, aku tak kisah kalau non-muslim yang check in. Yang aku kisah dan yang tak kenanya bila yang check in tu orang islam, melayu, belum berkahwin dan ofcoz muda remaja. Sedih weyyyhhhh tengok bangsa sendiri tanpa segan silu masuk tanya ada bilik kosong dan nak check in. Dari cara masuk tu dah tahu ko belum kahwin. Huh! Dulu masa baru kerja aku selalu jek bagi golongan nie check in. Ya laaa baru kerja dan takut untuk halang. Lagi satu nak bagi ada sales. Tapi….. Haaaa tapi lama-lama aku mula tersedar, aku rasa macam berdosa pula dan macam bersubahat bagi diorang buat maksiat. Diorang dah tentu-tentu buat maksiat kat bilik tu aku nak nafikan apa? So bila tuhan da timbulkan rasa serba salah dan rasa berdosa dalam diri aku ni, aku cubalah mencari alternatif untuk halang golongan ni daripada check in. Nak berhenti kerja takut aku menganggur. Ya laa susah cari kerja zaman N nie. Fresh graduate ramai belumba-lumba cari kerja.

Fikir punya fikir aku pun dapat idea. Kalau melayu muda mudi nak check in aku akan cakap bilik murah takde, yang ada cuma bilik family jek. Most of them, tak akan masuk bilik family mungkin lari budget kot. Hahahahha. So selamat laa aku dapat elak diorang buat maksiat. Tapi, ada yang jenis kaya, “lantak la bilik mahal ke apa yang penting aku dapat puaskan nafsu aku” akan ambil juga bilik tu. So nak tak nak aku kena la juga bagi dia check in. So, aku kena cari plan lain nak elakkan golongan ni masuk. So datanglah idea. Nak tahu apa?? Bila diorang datang dan sanggup nak ambil bilik mahal, aku akan cakap macam ni masa proses check in “boleh bagi IC dan KAD KAHWIN? hahahahahahah.. Aduh mencabar weyyhhh.. Bukan senang nak tegakkan agama. So biasanya golongan macam nie akan blurrr dan cipta alasan cakap “kejap eaa nanti saya datang lagi” hahhahahahha dia sudah goyang, dia malu. Dia blahh macam tu jek. Bebulu jugak laa aku tunggu kejap dia tu sekali tengok dia blaahhh.. Alhamdulillah dapat elakkan lagi.

Aku bukan apa, aku ni nak cakap alim sangat tak adalah. Ada juga dosa aku buat. Tapi bila fikir dosa aku yang banyak entah terampun ke tak dan ditambah pula dengan dosa aku check in kan orang islam, membuatkan aku tersedar dan cuba untuk elakkan mana yang aku mampu. Bukan pasal dosa jek. Cuba korang tengok berapa banyak kes pembuangan bayi? Macam mana boleh jadi macam nie? salah satu puncanya daripada orang-orang yang bagi golongan ni check in hotel. Selagi boleh halang, kita halang. Jangan fikir sales jek. Then, yang datang check in tu pulaknya bertudung. Almost of them bertudung ok! Yang berpurdah tutup semua pun ada. Aku pernah terlepaskan satu pasangan ni Check In. Yea laa da yg masuk berkopiah, bertudung labuh siap niqab tak kan aku nak meragui kan? So aku bg la check in. Nak dijadikan cerita kawan aku pergi kursus kahwin boleh pula terserempak dengan pasangan ni tengah ambil kursus kahwin juga. Dan korang nak tahu, kat situ dia tak pakai purdah beb! just tudung labuh jek. Kawan aku kenal laaa pasangan nie sebab diorang stay 2 malam kat hotel ni dan kawan aku ada kemas bilik dia. Masa kemas pun dia ada dalam bilik. So memang kawan aku kenal laa. Hahaha macam mempermainkan agama pula. Ishhh. Seterusnya, aku teringat pesan ustaz kat sekolah agama dulu. Salah satu tanda akhir zaman ialah maksiat berlaku di depan mata. sekarang ni la yg sedang aku alami. Aku tak kata diorang bermaksiat depan mata aku. Tapi kalau diorang nak check in mesti jumpa aku dan aku tahu apa tujuan diorang check in so kira depan mata laa kan. Maafkan aku kalau salah. Dan last sekali, aku takut gaji aku ni tak berkat nak bagi kat mak and adik-adik. Hmmm serba tak kena dibuatnya…

Please la remaja diluar sana tu. Kot2 ada yang baca nie jenis selalu check in hotel murah atau berkeinginan nak check in dengan pasangan tu, korang boleh tak fikir dengan waras. Tuhan bagi akal kan. Mak Bapak hantar ke sekolah. Ustaz ustazah penat bagi didikan agama. Tapi disebabkan nafsu, korang langgar perintah Allah. Kesian tengok remaja akhir zaman ni. Jangan fikir sedap jek dan ketepikan azab Allah. Tak takut ke azab Allah? Yang lelaki, kalau rasa tak tahan sangat kumpul la duit tu buat majlis kahwin. Yes pepatah cakap bila nikah jadi mahal, maka zina menjadi murah. Guyssss u can use your brain kot. Duit tu simpan tak payah guna buat check in hotel tiap minggu or bulan. Kan best kalau dah halal tak payah bazir check in 3-4 jam nak puaskan nafsu. Tak payah takut-takut. Yang perempuan plak, tolong laa jadi mahal. Jangan jadi murah semurah bilik hotel. Confirm ke dia nak dengan awak? Jangan abis madu sepah dibuang. Jangan terlanjur lahirkan baby tapi dia tak bertanggungjawab. Jangan nak menyesal dibelakang hari. Fikir laaa fikir.

So korang, aku nak minta laa pendapat sikit. Betul ke apa aku buat nie? Aku cuma nak kurangkan kadar maksiat. Nak harapkan pejabat agama, diorang kadang buat serbuan kadang tak. Buat serbuan pun tengah malam, hari minggu, tak pun time public holiday. Golongan macam ni da cerdik minda (tapi tetap bodoh sebab ketepikan azab Allah) da tak de check tengah2 malam. Diorang biasa check in siang, 3-4 jam lepas tu check out. Kalau aku buat report pun pejabat agama lambat nak datang. Alasan baru abis masa rehat pegawai tak ramai kat office. So aku nak buat macam mana? Bukan aku tak cuba cari kerja lain. Da cuba cuma belum rezeki. Haiiss serba tak kena aku laa…

Maaf sekali lagi, aku bukan nak jatuhkan sesiapa. Just nak mengingatkan orang diluar sana termasuk diri aku juga. Berfikir dulu sebelum buat sesuatu. Dan bagi ibu bapa, awasi pergaulan anak anda dan paling penting kalau tengok anak korang asyik berkepit jek, maka permudahkanlah urusan pernikahan mereka daripada sesuatu yang buruk berlaku yang boleh membuatkan anda sebagai ibu bapa malu. Fikirkan….

Sekian. Wallahhualam.

Kedah Mahu Lihat Prestasi Muhammad Nidzam Dahulu

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mungkin memberi peluang kepada penolong jurulatih Kedah, Muhammad Nidzam Adha Yusoff untuk menggantikan Tan Cheng Hoe yang menggalas tugas baharu sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya. Bagaimanapun Pengurus Pasukan Kedah, Datuk Jeffery Low berkata KFA perlu terlebih dahulu melihat prestasi Muhammad Nidzam mengendalikan pasukan dalam beberapa perlawanan akan…

Lelaki Tertua Di Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA – Seorang lelaki dipercayai sebagai manusia tertua di Indonesia Sodimejo atau lebih dikenali sebagai Mbah Gotho, meninggal dunia malam tadi dalam usia 146 tahun. Mbah Gotho yang berasal dari Sragen, Solo di Jawa Tengah itu dilaporkan meninggal dunia akibat sakit setelah dimasukkan ke Hospital Sragen sejak dua hari lepas. Media-media dalam talian memetik Timbalan…

Pemain, Pegawai JDT Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah

JOHOR BAHRU – Seramai 41 pemain dan pegawai kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) semalam bagi memastikan sukan bola sepak tanah air bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa. Menerusi kenyataan media bersama yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan JDT hari ini, pemain Safiq Rahim mengetuai upacara…

2 Beradik Edar Dadah Di Tampin Dicekup Polis

TAMPIN – Dua beradik yang bekerja sebagai buruh ditahan polis malam tadi kerana disyaki mengedar dadah di sekitar daerah ini. Ketua Polis Daerah Tampin, Supt. Hamazah Ab Razak berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia 22 dan 26 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di lobi sebuah hotel di daerah ini, pada 11.30 malam. “Pemeriksaan…

Inilah Fungsi Punat Shift Lock Yang 90% Pemandu TAK TAHU Bagaimana Nak Menggunakannya ! Sebarkan..

Bagi mereka yang memandu kereta transmisi automatik, anda tentu perasan di sebelah tombol gear akan ada punat kunci anjakan atau shift lock. Walaupun sudah memandu bertahun-tahun, jangan terkejut kerana memang ada sesetengah pemilik kereta automatik yang langsung tidak tahu fungsi butang tersebut. Sebenarnya apakah fungsi dan kegunaannya dan bilakah shift lock ini perlu menggunakannya?

Sebelum itu perkara yang perlu kita tahu ialah:

APAKAH ITU SHIFT LOCK?

Shift lock ialah ciri keselamatan baharu yang dibangunkan jurutera automobil selepas mengambil kira banyak insiden kecuaian pemandu. Ianya dicipta kerana kereta automatik yang tidak mempunyai fungsi shift lock kerap kali terlibat dengan dua insiden ini:

Pemandu panik kerana kereta tiba-tiba tidak dapat dihidupkan, sedangkan keretanya itu dimatikan dalam gear sama ada D atau R. Enjin kereta automatik cuma dapat dihidupkan dalam posisi N atau P.

Pemandu menyangka kenderaan dimatikan dalam P, tetapi sebenarnya dalam N. Apabila dihidupkan, gear terus ditarik ke bawah (di bawah P ialah R) kerana mahu mengundur, tetapi kereta sebenarnya dalam D dan bergerak ke hadapan. Kemalangan pun berlaku.

Jadi bagi kereta moden hari ini, anda tidak perlu lagi risau kerana kereta anda mesti dimatikan dalam P sebelum kunci boleh dicabut.

PUNAT SHIFT LOCK?

Punat shift lock atau ada juga ditulis shift lock release berfungsi membebaskan transmisi anda daripada P. Ini kerana dalam situasi tertentu anda perlu meletakkan gear dalam N, misalnya kereta anda perlu ditunda akibat kerosakan seperti bateri mati atau kong. Di sinilah fungsi punat shift lock diperlukan. Cara menggunakannya adalah seperti berikut:

Enjin dimatikan dalam P.

Cabut kunci kereta.

Tekan punat shift lock tanpa melepaskannya dan pada masa sama tarik tombol gear.

Letakkan pada posisi N. Lepaskan punat.

Jangan lupa free-kan brek tangan

Cuba tolak kereta untuk memastikan ia berada dalam kedudukan N/neutral.

INFO EKSTRA

Bagi sesetengah kereta punat shift locknya memerlukan anda menggunakan pin atau pemutar skru mata rata untuk meriliskannya. Jangan lupa balut atau lapik pemutar skru dengan kain untuk mengelak kesan calar pada konsol gear.

Sumber:- PanduLaju.com

Video: Kanak-Kanak Terselamat Lepas ‘Digilis’ Dua SUV

SEORANG kanak-kanak melalui detik cemas apabila nyaris digilis dua kenderaan SUV (kenderaan utiliti sukan) ketika sedang melintas jalan raya dalam kejadian di Xiachang, Sinchung, China, Isnin lalu. Memetik laporan Shanghaiist, rakaman litar tertutup CCTV menunjukkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu pada mulanya melintasi jalan raya sambil berlari di mana kesemua kenderaan berhenti bagi mematuhi…

Yusof Leonne Nama Anak Kedua Lisa-Yusry

PASANGAN selebriti terkenal, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim menamakan cahaya mata kedua mereka Yusof Leonne. Perkara itu dikongsikan Lisa menerusi akaun Instagramnya, malam tadi. Yusof dilahirkan pada 23 April lalu di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar. Selain Yusof, pasangan ini turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, Yahaira Leanne yang kini berusia dua tahun. Tahnik ceremony…

Wanita ini hampir kehilangan kaki yang dijangkiti bakteria pemakan daging selepas mencukur bulu kemaluan


Seorang ibu kepada tiga orang anak berkongsi pengalaman yang beliau hampir kehilangan kedua belah kakinya akibat terkena jangkitan bakteria pemakan daging selepas mencukur bulu kemaluannya, lapor Daily Mail.
Dana Sedgewick, 44, dari Sheffield berkata, pada Mei 2012, beliau mencukur bulu kemaluannya dengan pencukur jenama baru. Selepas beberapa hari kemudian, Dana berasa tidak sihat dan mendapati ada sedikit jerawat tumbuh di pangkal pahanya dan berdarah.
Pada awalnya, Sedgewick menganggap itu perkara biasa kerana sering mengalaminya selepas bercukur. Namun dua hari kemudian keadaannya semakin teruk dan ruam merah kelihatan di kedua-dua kakinya sebelum bertukar menjadi hitam.
“Seperti wanita-wanita lain, saya cuba mencukur bulu kemaluan saya dengan menggunakan alat pencukur yang baru. Tetapi beberapa hari kemudian saya rasa tidak sihat dan mendapati ada jerawat kecil di paha yang berdarah. Tetapi saya biarkan saja kerana ia sering berlaku.
“Tetapi jerawat itulah yang hampir menyebabkan saya kehilangan kedua-dua belah kaki,” katanya.
Sedgewick dikejarkan ke unit rawatan rapi dan doktor segera membuang kulit pahanya yang telah mati akibat dijangkiti necrotising fasciitis (bakteria pemakan daging).
Sedgewick diletakkan dalam keadaan koma selama 9 hari dan keluarganya dimaklumkan bahawa harapan Sedgewick untuk terus hidup hanya 30% sahaja, di mana buah pinggangnya gagal berfungsi dan jantungnya telah berhenti sebanyak empat kali.
“Apabila saya bangun, saya mendapati kedua belah kaki saya dibalut dan saya tidak tahu apa yang berlaku sepanjang 9 hari itu. Saya ingatkan saya terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Jika Sedgewick pulih dari penyakit itu, beliau perlu menjalani 21 pembedahan untuk membaiki kerosakkan pada kulitnya. Dalam masa yang sama doktor turut memberi amaran bahawa beliau tidak akan dapat berjalan lagi.
Mujur dengan sokongan suaminya, Matthew, 47, Sedgewick kini telah pulih dan boleh berjalan menggunakan tongkat serta kembali ke rumah dengan anak-anaknya, Megan, 18, Freya, 14, dan Klara, 9 tahun.
“Saya sangat bernasib baik masih hidup sehingga ke hari ini,” katanya.






Enam minggu kemudian, Sedgewick dibenarkan keluar dari hospital dan menjalani 21 pembedahan susulan bagi membaikpulih kulit kakinya yang terjejas.

Sumber- The Reporter
Daily Mail

SINETRON BAWANG MERAH BAWANG PUTIH? INI GAMBAR TERBARUNYA

Masih Ingat Lagikah Dengan Olivia Dalam Sinetron Bawang Merah Bawang Putih Ini Gambar Terbarunya.png
Masih ingat lagikah anda dengan budak kecil yang memegang watak Olivia di dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih? Nama sebenarnya ialah Marsha Aruan. Berikut adalah biodata Marsha Aruan.
Marsha Aruan.png

Nama: Marsha Elizabeth Aruan
Tarikh Lahir: 24 Oktober 1996, Jakarta
Agama: Kristian
Pekerjaan: Artis, Model
Tahun Aktif: 2003 – sekarang
Twitter: https://twitter.com/marshaaruannn
Instagram: http://ift.tt/1YOzuoW

Marsha Aruan.jpg

Marsha Aruan (2).jpg

Marsha Aruan.jpg

G_7XROoX.jpg

Marsha Aruan.jpg

Marsha Aruan.jpg

Marsha Aruan.jpg

Marsha Aruan.jpg

Penerbangan Carter Malindo Air Taipei-KK-Labuan Pada Julai

LABUAN – Malindo Air dijadual memulakan penerbangan carter pertama antara Taipei – Kota Kinabalu – Labuan mulai Julai hingga September ini, kata Anggota Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli. Beliau berkata penerbangan itu akan membawa pelancong tiga kali seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu. “Malaysia Airport Berhad (Labuan) telah menerima berita baik ini daripada Malindo…

MOF Peruntuk RM50j Bina 12 Padang Bola Sepak Tiruan

KOTA BHARU – Kementerian Kewangan (MOF) memperuntukkan RM50 juta bagi membina 12 padang bola sepak tiruan di seluruh negara sejak 2012. Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata ia merupakan projek khas di bawah Rancangan Malaysia ke-10 bagi membantu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat…

Tabung Khas Biayai Kos Saman Terhadap Sarawak Report

ALOR SETAR – PAS hari ini melancarkan tabung khas bagi membiayai kos saman terhadap Sarawak Report yang memfitnah parti itu menerima dana daripada pemimpin UMNO. Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melancarkan tabung itu ketika sesi penggulungan perbahasan pagi ini pada Muktamar PAS ke-63 yang dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang…

Kanak-Kanak Maut, 2 Cedera Dilanggar Van Di Pasar Malam

IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun maut manakala dua wanita cedera selepas dilanggar sebuah van yang merempuh beberapa buah gerai di Pasar Malam Golden Hill, Cameron Highlands, malam tadi. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Hasadid A. Hamid berkata kanak-kanak itu dikenali sebagai Adra Mustaffa Kamal dari Kampung Tenglu Laut, Mersing, Johor meninggal dunia…

Ibu Bapa Perlu Peka Kanak-Kanak Hadapi Autisme

MELAKA – Anggota masyarakat terutama ibu bapa dan anggota keluarga perlu memberi rawatan pemuihan awal kepada anak-anak yang menghadapi masalah autisme, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Beliau berkata rata-rata anggota masyarakat masih kurang memahami sindrom autisme kerana kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa dan ia hanya…

Dewan Muslimat Pas ‘Low Profile’, Fokus Bekerja Untuk Rakyat

ALOR SETAR – Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS dilihat begitu lantang meminta PAS Pusat menamatkan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Muktamar PAS ke-63, yang berlangsung sejak 27 April dan berakhir hari ini. Bagaimanapun, Dewan Muslimat PAS mengambil pendekatan berbeza apabila dilihat seolah-olah ‘tidak mengambil peduli’ berhubung isu itu. Perkara…

Tok Gajah Serba Tidak Menjadi – Dollah Salleh

KUANTAN – Pengendali Pahang, Dollah Salleh menyifatkan rentak permainan anak didiknya sebagai serba tidak menjadi pada saingan separuh akhir pertama Piala FA yang berkesudahan dengan Tok Gajah sekadar menang tipis 1-0 menerusi gol sendiri oleh Negeri Sembilan. Dollah berkata corak permainan anak buahnya semalam dan empat perlawanan terdahulu agak berbeza, berkemungkinan disebabkan jadual padat pasukan…

JPJ Sabah Terima 195 Rayuan Saman Program ‘Jom JPJ’

KOTA KINABALU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menerima 195 permohonan rayuan saman daripada pengguna bersempena program sehari “Jom JPJ” peringkat negeri di Oceanus Waterfront Mall, baru-baru ini. Ibu Pejabat JPJ Sabah dalam kenyataan hari ini berkata, jumlah kutipan melalui kaunter van 1JPJ yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pada program yang bermula 10 pagi itu adalah…

[Kisah Lagenda Kejayaan Jaguh Cilik Catur Malaysia dan Pengorbanan Sang Bapa]

[Kisah Lagenda Kejayaan Jaguh Cilik Catur Negara dan Pengorbanan Sang Bapa]

1. Cikgu Salihin merupakan seorang guru bahasa Melayu di sekolah kebangsaan Sungai Udang, Klang dan merangkap jurulatih sukan catur di daerah Klang, Selangor. Beliau juga merupakan satu-satunya guru di Selangor yang memiliki pusat pembangunan catur sendiri.

2. Minat Cikgu Salihin terhadap sukan catur begitu tinggi, sehinggakan kesemua anaknya dilatih untuk bermain catur seawal usia 4 tahun lagi. Menurut beliau, apabila waktu latihan beliau akan melayan anak-anaknya sama seperti pelajar-pelajar lain. Adakalanya, beliau akan bertegas demi membentuk displin mereka. Daripada sembilan orang anak, enam daripadanya bergiat aktif dalam sukan catur.

3. Banyak sudah pertandingan dan kejohanan yang disertai oleh anak-anak Cikgu Salihin, samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Kebiasaannya latihan akan dibuat minimum 6 jam dalam seminggu. Tetapi, untuk persediaan ke kejohanan dunia, latihan dilipat gandakan lagi sehingga 5-6 jam dalam sehari.

4. Adik Afiqah sendiri telah berjaya merebut gelaran juara di peringkat kebangsaan tiga kali berturut-turut di dalam kategori kanak-kanak berusia bawah 8 tahun. Penglibatannya dalam pelbagai pertandingan bermula dari seawal umurnya lima tahun lagi.

5. Oleh kerana pencapaiannya itu, empat orang anaknya telah terpilih untuk bertanding di peringkat dunia baru-baru ini. Tetapi oleh kerana ketiadaan penaja dan kos yang tinggi untuk ke luar negara, Cikgu Salihin hanya mampu membawa dua orang sahaja anaknya. Iaitu Anisah,17 tahun dan Afiqah,7 tahun. Seorang daripadanya, Farah Liyana,9 tahun merupakan johan dalam kejohanan Women Candidate Master di Korea tak dapat ikut bersama.

6. Difahamkan, kos yang terpaksa beliau tanggung untuk menyertai kejohanan dunia itu mencecah sehingga RM30 ribu. Namun, atas dasar minat dan ingin melihat kejayaan anak-anaknya yang berbakat di dalam sukan catur ini serta misi membawa nama negara, beliau telah membuat keputusan nekad dengan menjual rumah keduanya bernilai RM65 ribu.



7. Kisah Cikgu Salihin ini mengingatkan kita kepada kisah didikan Keluarga Haji Sidek yang telah melahirkan barisan jaguh sukan badminton negara di dalam sejarah Malaysia. Sekarang kita sudah punya keluarga lagenda baru dalam sukan catur negara. Anak-anak Cikgu Salihin.

8. Mengapa Pemuda ISMA Klang membuat liputan dan mengangkat cerita keluarga Cikgu Salihin ini ? Sebab yang pertama adalah, kerana keluarga beliau adalah anak jati dari Klang. Keduanya, kami mahu nasib beliau dibela oleh pihak yang sepatutnya. Ketiga, kami berharap agar kisah keluarga hebat ini menjadi inspirasi kepada ibu bapa dan anak muda.



9. Kisah seperti ini sepatutnya menjadi kebangaan seluruh rakyat Malaysia, diberi liputan di media-media lebih daripada mengagungkan kisah-kisah artis bercinta, bercerai yang tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat dalam membangun tamadun negara. Anak-anak kita perlu mengambil mereka ini sebagai contoh idola lebih daripada bintang kecil di rancangan realiti tv.

10. Jika Tuan/Puan behasrat ingin menyalurkan sumbangan, atau ada mengenali badan korporat yang sudi menaja keluarga ini boleh berbuat demikian di akaun CIMB milik Cikgu Salihin di no berikut, 12210072958526 atau pm admin di inbox sebagai wakil tabung sumbangan kepada Cikgu Salihin Ahmad

Siapa yang kagum dengan kisah keluarga hebat ini, komen 'HEBAT'

Disediakan Oleh : Zabidi Hj Azhar
Wakil Pemuda ISMA Klang

www.sembangorangmuda.blogspot.com

Sumber: Facebook ANAS HJ. ADNAN
Gambar: Harian Metro

Kanak-Kanak 7 Tahun Patah Tangan Tersepit Rim Motosikal

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun patah tangan kiri selepas tersepit pada rim motosikal yang ditunggang oleh ibunya di Jalan Simpang Kuala di sini, semalam. Ketika kejadian tengah hari itu, mangsa membonceng motosikal sebelum terjatuh dan tangannya tersepit. Bagaimanapun, orang awam yang melalui tempat kejadian membantu menyelamatkan mangsa. Penguasa Bomba, Jabatan Bomba…

Anggota UMNO Sabah Diingatkan Terus Komited Kepada Parti

KOTA KINABALU – Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan anggota parti supaya terus komited berjuang untuk parti. Katanya, perjuangan itu termasuk memberi sokongan kepada kepimpinan semasa bagi melancarkan matlamat parti untuk berbakti kepada rakyat dan negara. “Kita mesti tunjukkan komitmen kita kepada parti dan bukan kepada individu tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri.…

Ini Adalah Rupa Bentuk Bumi Pada 300 Juta Tahun Dahulu

Picture: (Massimo Pietobon)

Ini adalah rupa bentuk bumi pada 300 Juta Tahun dahulu. Bila kita lihat kedudukan negara-negara di Asia Tenggara, ia bersambung dalam satu tanah yang besar tanpa ada laut atau selat yang memisahkannya. Mungkin inilah yang di namakan Pentas Sunda itu

Artikel asal dari Indy100.com

Once upon a time, the world as we know it was pretty much one big continent, where Eurasia, North America, South America, Africa, India, Antarctica and Australia were all fused as one.



Picture: LucasVB / Creative Commons

It's believed that it assembled from earlier continental units approximately 335 million years ago and began to break up about 175 million years ago - and was mostly situated in the southern hemisphere. 


Picture: United States Geological Survey / Creative Commons


Over the passage of time and some very complex science stuff the continent began to break up. 
Now an artist, Massimo Pietrobon has created a map with modern political borders - and it's not what you'd expect.
In the map, Great Britain is no longer an  island, but has land borders France, Norway and Ireland, and the United States now borders Morocco, Mauritania, Senegal and Cuba.
Canada borders Denmark, Portugal, and Morocco and Spain has a land border with Algeria
Italy borders Tunisia. Greece borders Libya.
Brazil, famous for its beaches is now landlocked and borders Nambia and Liberia among others. 
Tibet isn't attached to China anymore, but Australia.
Australia also borders Antarctica, which is next to India, Sri Lanka and Mozambique.

Untuk Gambar  Resolution, sila rujuk Peta Dunia 300 Juta Tahun dahulu

Bagi Ubat Selesema Pada Budak 2 Tahun Ke Bawah? . BAHAYA ATAUPUN TIDAK??

Selsema merupakan keadaan yang selalu dialami oleh kanak-kanak. Ini kerana pada ketika itu, kanak-kanak masih lagi belum terdedah dengan kuman di luar sana. Apabila dia demam, batuk dan selsema bermaksud badan tengah membina immunisasi terhadap kuman tersebut.
Kebanyakkan penyebab selsema pula adalah disebabkan jangkitan virus biasa dan sepatutnya ibubapa tidak perlu risau dan tidak perlu memberi sebarang ubat ubatan terutamanya yang berumur kurang daripada 2 tahun. Ini disebabkan kebanyakkan ubat selsema yang diberikan menyebabkan pesakit mengantuk dan tidur.
Tetapi berlainan pula apabila diberi pada kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah. Ianya boleh menyebabkan bayi berhenti bernafas(APNEA)

BAYI BERHENTI BERNAFAS SELEPAS MENGAMBIL UBAT SELSEMA

Suatu hari ketika saya bertugas, datang seorang bapa ke ‘red zone’ membawa anaknya yang sudah terkulai layu. Waktu itu kelihatan kanak-kanak yang berusia 7 bulan itu sekejap bernafas dan sekejap berhenti bernafas sehingga 30 saat lamanya. Ketika dia berhenti bernafas, kelihatan muka kanak-kanak itu bertukar sedikit demi sedikit kebiru-biruan.
Ini disebabkan oksigen dalam badan berkurangan dan karbon dioksida menjadi semakin tinggi menyebabkan darah yang warna merah cerah bertukar menjadi sedikit gelap. Warna darah yang gelap disebabkan membawa karbon dioksida itu diterjemahkan pada muka bayi yang berwarna kebiruan. Kami pun memberikan bantuan pernafasan kepada bayi itu tadi supaya kandungan oksigen dalam badannya meningkat.
Kawan saya Dr Azril pun bertanyakan beberapa soalan untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Bapa itu pun menceritakan yang anaknya sudah 2 hari selsema dan dia telah pergi ke klinik pada hari itu untuk mendapatkan ubat selsema.
Doktor locum yang bertugas disitu memberikan satu jenis ubat untuk diberikan pada anaknya. Dr Azril pun meminta nama ubat itu. Bapa itu tak ingat nama ubat tetapi ada menangkap gambar botol ubat itu. Dr Azril pun melihat gambar itu dan mendapati ubat yang diberikan adalah CHLORPINERAMINE. Ini merupakan salah satu ubat selsema dibawah kumpulan anti histamine yang selalu diberikan kepada orang ramai. Tetapi ianya suatu larangan untuk diberikan kepada kanak-kanak dibawah umur dua tahun.
IV line(saluran tiub) dimasukkan ke dalam salur darah bayi itu untuk mengambil sedikit sample darah. Disebabkan bayi tersebut tidak boleh bernafas dengan sendirinya, tiub pernafasan perlu dimasukkan ke dalam saluran pernafasan agar bantuan pernafasan dapat diberikan menerusi ‘ventilation mechine’. Prosedur ini dinamakan sebagai ‘intubation’.
Keputusan full blood count menunjukkan bayi berkemungkinan tidak mempunyai sebarang jangkitan kuman yang serius. Begitu juga X-ray, ianya adalah normal. Satu ujian darah untuk mengesan tahap chlorphineramine iaitu ubat selsema yang diambil oleh bayi tersebut dihantar ke makmal. Sambil menunggu keputusan tersebut, kanak-kanak itu diadmitkan dalam ICU untuk rawatan yang selanjutnya. Semasa di dalam ICU, keputusan darah menunjukkan tahap Chlorphineramine yang berada dalam darah bayi sedikit tinggi daripada tahap normal.
Daripada keputusan darah itu, pakar menyatakan diagnosis pesakit tersebut sebagai RESPIRATORY DEPRESSION SEC TO ANTI HISTAMINE(CHLORPHINERAMINE). Pendek kata kanak-kanak itu berhenti bernafas disebabkan ubat selsema yang diambilnya.

UBAT SELSEMA CHLORPHINERAMINE

Chlorpheniramine merupakan salah satu ubat dibawah kumpulan anti histamine. Ketika mana jangkitan kuman berlaku pada bahagian dalam hidung, sel darah putih pun akan berkumpul di tempat tersebut dan merembeskan satu compound bernama histamine.
Histamine inilah yang akan mengembangkan saluran darah supaya sel darah putih dapat lebih banyak pergi ke tempat yang ada jangkitan kuman. Disamping itu, perkembangan saluran darah ini juga akan menyebabkan lagi banyak rembesan mucous yang berlaku dan akhirnya selsema pun berlaku.
Ubat antihistamine pula akan blok fungsi histamine supaya saluran darah tidak berkembang dan penghasilan mucous akan menjadi berkurangan. Tetapi salah satu kelemahan anti histamine yang terdahulu(1st generation antihistamine) , ia boleh merentasi ‘blood brain barrier’ dan mengganggu sistem histamine dalam otak.
Akhirnya akan menyebabkan orang yang mengambilnya mengantuk dan chlorphineramine merupakan salah satu first generation anti histamine.
Cuba bayangkan bila ubat ini diberi pada kanak-kanak pula. Sudah tentu ianya akan mengganggu pusat pernafasan yang berada di dalam otak. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak itu berhenti bernafas dengan sendirinya dan inilah yang berlaku pada kanak-kanak yang malang itu.
Jika artikel ini bermanfaat, sila like page Root Of Science


Jika ada sebarang persoalan, boleh follow twitter penulis Root of Science


Suami Tendang Anak 2 Tahun Sampai Mati Sebab Isteri Tak Masak Nasi


Pertengkaran dipercayai berpunca daripada suspek yang mahu makan, tetapi tiada nasi di rumah untuk dimasak.

Disebabkan si isteri tak masak nasi, si anak pula yang jadi mangsa

Seorang bapa tergamak menendang anak sendiri yang baru berusia 2 tahun sehingga maut gara-gara perselisihan dengan isteri.


Dalam kejadian pada 6 April 2017 di Sumatera Utara, Indonesia itu, mangsa, Muhammad Ramadhan, 2, dilapor terpelanting dalam jarak satu meter lebih selepas ditendang bapanya, Indra, 24, sehingga maut.

Menurut sumber, perselisihan faham di antara Indra dan isterinya Maryamah dipercayai tercetus kerana masalah ekonomi


Salah satu punca pergaduhan adalah ketiadaan beras untuk dimasak di rumah.



Sumber dari Merdeka melaporkan bahawa ketika kejadian berlaku, Indra gagal mengawal emosi lalu melepaskan kemarahan pada anak pertama, Muhammad Zairi, 3, dengan menendangnya sehingga jatuh ke lantai. Anak sulungnya itu mengalami luka di bahagian kening sebelah kiri.


Terkejut melihat tindakan bapanya, Muhammad Ramadhan lantas menjerit ketakutan lalu menangis

Tangisan anak keduanya itu menjadikan Indra lebih berang dan bertindak di luar kawalan. Secara spontan, Indra terus menendang Ramadhan pada bahagian rusuk kiri menggunakan kaki kanan sehingga mengakibatkan kanak-kanak itu terpelanting lebih satu meter ke dinding.

Mangsa yang cedera di bahagian rusuk dan kepala meninggal dunia di tempat kejadian.




PADAH Buat Photoshoot Waktu MAGHRIB, Pasangan Pengantin DISOROK BUNIAN!!!


Pantai Klebang 21 Februari 2015

Tiba-tiba nak buat full story tentang kejadian yang pernah kami alami dulu. Tempat yang cantik, siapa sangka macam-macam perkara yang terjadi. Bukan seorang dua yang kena, aku tahu ramai yang pernah mengalaminya juga kan?

Nak dijadikan cerita, selepas bersanding, kami buat sesi outdoor. Aku bersanding di Simpang Ampat, Alor Gajah. Tarikh itu bersamaan dengan raya Cina. Mula-mula aku memang bercadang nak buat sesi outdoor berhampiran rumah sahaja, tak mahulah sampai ke Melaka. Tapi Alor Gajah tak banyak sangat tempat menarik, lalu photographer kami beri cadangan untuk outdoor di Pasir Klebang.

TAYAR KERETA TERBENAM

Sewaktu sampai, tak ada rasa pelik. Tetapi serius macam pesta pengantin di situ. Betapa ramai yang photoshot di situ, memang betul gambar di situ cantik sangat dengan pemandangannya. Okay, bila hari semakin senja, abang EX5 (penjaga di situ mungkin) suruh kami keluar secepat mungkin.

Malangnya kereta bridesmaids pula tersangkut. Lalu pengapit lelaki tolong
handlekan kerea mereka sebab semua perempuan, apa pun tak tahu kan. Kemudian yang lain, tolak. Bila kereta dah boleh jalan, kami tak bagi dia berhenti. Kami suruh dia terus cari jalan keluar. Jadi bridesmaids tiga orang ini naik kereta pengantin. Selepas itu, kereta pengantin pula.

Bayangkanlah masa berjalan ini dah nak azan. Mujur kereta pengantin tak lama sangat, sekejap saja tolak dah boleh jalan. Bila dah boleh jalan, kami semua naik kereta tetapi memang tak nampak apa sebab hari dah gelap. Suami pada masa itu tekan paddle minyak dan jalan saja, dia pun tak tahu arah mana. Sekali lagi, kami tersangkut.

Keluar saja dari kereta, tengok tayar kereta sudah terbenam. Kami tak nampak apa-apa, dikeliling pasir bertimbun. Keadaan amat gelap, hanya mengharapkan cahaya bulan dan torchlight dari smartphone sahaja. Suami buka lampu kereta, siap main lampu tinggi untuk beri isyarat, andai kata ada yang perasan dengan kehadiran kami dari jauh. Hon kereta dibunyikan banyak kali, namun tiada sebarang respon. Seram gila pada waktu ini.

TIBA-TIBA 'DIA' DATANG

Photographer menghubungi kami untuk mengetahui kedudukan kami tetapi apa yang mampu kami beritahu ialah, di tengah-tengah kawasan itu sahaja yang dikelilingi pasir. Kami nampak jalan yang ada kereta lalu lalang, tetapi jaraknya terlalu jauh. Yang paling seram, kami nampak lampu motosikal. Kami cuba memanggilnya dan melambai-lambai dengan torchlight sebab tahu dia pasti akan sedar dengan kehadiran kami di situ. Dia berada di depan kami, tetapi dia tak nampak kami, lalu dia berpatah balik.

Jadi, apa maknanya? Masa itu, kami semua tergamam. Semua tertanya-tanya kenapa penunggang motosikal itu tak nampak walaupun dia sudah menghampiri kami?

Tiba-tiba datang seorang makhluk Allah (seperti Bangladesh) entah dari bucu mana. Dia muncul dan kami yang perempuan ini dah pegang antara satu sama lain. Dia datang tak tanya apa masalah kami, dia terus pergi ke arah kereta dan tengok tayar. Kemudian kami tanya soalan, dia jawab sepatah. Kadang-kadang soalan kami tidak dijawabnya.

Dia kata, kami salah jalan. Sepatutnya nak keluar kena buat pusingan bulat. Lebih kurang begitulah katanya. Pelik dan semakin pelik tetapi dia memang tidak banyak bercakap, diam memanjang. Siapa dia?

"KENAPA TAK AZAN MASA KENA?"

Suami call sana sini, tak putus-putus untuk mereka dapat kesan kami. Sekali photographer beritahu ada orang akan datang mencari kami. Nak bagi direction, dah berbagai direction. Masa itu, semua diam, tak tahu nak menangis atau tabahkan diri. Tetapi ayang pelik, seorang saja kami tak lepas nak call, pengapit lelaki. Dia call kami tak dapat, kemudian kami call dia pun tak dapat juga.

Bila dah azan isyak, barulah mereka dapat mencari kami. Kami nampak ada kereta datang ke arah kami. Masa itu, Tuhan saja yang tahu perasaan ini. Kami tengok ada lambat rescue dan nama dia Mr Fred, lelaki Cina tetapi fasih berbahasa Melayu.

"Kamu semua buat apa di sini?" soalnya.

"Kami photoshoot di sini," jawab suami.

"Kenapa tak azan masa kena?" soalnya lagi.

Suami terdiam. Mungkin suami tak dapat fikir apa pada masa itu. Bila Mr Fred sampai, dia pun tolong tarik kereta sampai keluar. Yang peliknya, kami tersangkut dekat sangat dengan jalan. Bila dia bawa kami keluar, tak sampai beberapa minit dah nampak jalan yang berlampu.

CUBA CARI TAPI TAK NAMPAK APA-APA DI DEPAN MATA

Peliknya, punyalah kami main lampu dan hon, tetapi tiada siapa yang nampak sedangkan kami berdekatan dengan jalan. Masa terbenam itu, kami nampak jalan yang berlampu memang jauh. Punyalah dia main sorok-sorok.

Sumber: OH! Semput

[ VIDEO ] SERAM!!! Penangkapan video HANTU Bermain Dengan Basikal

Hantu di rakam Bermain basikal???!!!! Kejadian ini di berlaku di Thailand. Pemilik rumah memasang CCTV untuk tujuan keselamatan keluarga. Tetapi pada satu malam satu insiden lain pula yang berjaya di rakam. Dah la "hantu ni main basikal, lepas tu "dia" sambung main baldi pulakkkk..

Mari sama-sama kita saksikan video di bawah



Sumber: YouTube

SEBELUM mengenali lebuh raya Pantai Timur khususnya Kuala Lumpur - Karak (KLK), penulis pernah disajikan dengan cerita-cerita seram oleh rakan-rakan yang pernah melalui Terowong Genting Sempah.
Antara cerita yang penulis pernah dengar adalah kisah pemandu yang tidak jumpa jalan keluar. Terkejut juga apabila mendengar cerita sedemikian, lalu penulis bertanya kisah lanjut pemandu ‘malang’ tersebut.
Katanya, insiden itu berlaku pada waktu malam, sewaktu pemandu berkenaan sedang dalam perjalanan ke Pantai Timur. Selepas kereta yang dipandu memasuki terowong, dia tidak jumpa pintu keluar selepas merasakan sudah terlalu lama berada di dalam terowong itu.

Menurut rakan tadi, sebaik sahaja menyedari hal tersebut, pemandu terbabit terus membaca ayat-ayat suci al-Quran. Kemudian, baharulah dia berjaya keluar dari terowong tersebut.
Itulah antara cerita yang pernah didengar, selain kisah volkswagen kuning, penumpang misteri, langsuir dan bermacam-macam lagi peristiwa pelik yang didakwa pernah berlaku di dalam terowong dan sekitarnya.
Apabila berpeluang membuat tinjauan di Terowong Genting Sempah, penulis mengambil kesempatan untuk bertanya dengan pihak bertugas di terowong itu, Saiful Bahari Ibrahim yang merupakan Ketua Trafik Lebuh Raya KLK.
Beliau sendiri mengakui banyak mendengar cerita-cerita seram daripada rakan-rakannya termasuk mereka yang pernah memandu di terowong tersebut.
“Sebelum ada internet lagi, cerita-cerita seram fasal terowong ini sudah terkenal. Bermacam-macam, tetapi peliknya orang yang ceritakan pada saya, tak pernah mengalaminya. Semuanya bercerita bagi pihak orang lain.
“Selalu jugalah dengar orang bercerita, kata ada volkswagen kuning, penumpang yang tak diundang, langsuir dan baru-baru ini, laman sosial Facebook kecoh mengenai lembaga putih melintas dekat pintu masuk terowong berkenaan.
“Peliknya, lembaga tersebut melintas waktu tengah hari pula. Sepanjang bekerja di sini, saya belum pernah mengalami peristiwa sedemikian. Bukanlah meminta..., cuma usahlah menakut-nakutkan orang,”katanya yang sudah lebih 20 tahun berkhidmat di Lebuh Raya KLK.

Sumber: Utusan Malaysia

Piala Sultan Azlan Shah: Australia Belasan Malaysia 6-1

IPOH – Malaysia gagal menyaingi kehebatan juara bertahan, Australia apabila tewas 1-6 dalam aksi pusingan awal Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-26 malam ini. Pada aksi di hadapan kira-kira 2,000 penyokong di Stadium Azlan Shah di sini, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan pantas bagi memburu jaringan awal apabila saling mengasak kubu lawan masing-masing. Skuad…

Raja Bahrin Tiba Untuk Lawatan 4 Hari Ke Malaysia

SEPANG – Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa berangkat tiba di Malaysia malam ini sempena lawatan sulung baginda ke negara ini selama empat hari sehingga Rabu (3 Mei). Pesawat yang membawa baginda dan delegasi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada pukul 11.30 malam. Ketibaan baginda disambut Menteri Pertahanan Datuk…

Jangan Pandang Sepi Nasib Rakyat Yaman – Zahid

KUALA LUMPUR – Ketika isu-isu berkaitan Syria, Palestin dan Myanmar terus mendapat perhatian dunia, krisis yang melanda Yaman tidak harus dilupakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata konflik berdarah di Yaman, yang bermula pada 2014, telah meragut dan mencederakan berpuluh-puluh ribu orang dan menyebabkan kemusnahan di negara itu. Memetik…

Najib, Rosmah Hadir Majlis Perkahwinan Anak Menteri KKMM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor malam ini menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau, yang tiba di sini tengah hari tadi selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-30 di Manila, tiba di kediaman Salleh di…

PAS Keluar Pakatan Beri Kelebihan Kepada UMNO

PULAU PINANG – Tindakan PAS yang bermusuhan dengan DAP dan tidak menyertai Pakatan Harapan berkemungkinan akan memberikan kelebihan kepada UMNO Pulau Pinang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata UMNO negeri bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk pertandingan dua, tiga atau empat penjuru…

UMNO Kelantan Tidak Perlu Selesa – Annuar

KOTA BHARU – UMNO Kelantan tidak perlu berada dalam kedudukan selesa walaupun terdapat pihak membayangkan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk kembali mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO Kelantan sepatutnya perlu membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya tersebut. “Kita jangan terlalu…

[VIDEO] Ditonton Lebih 15 Juta Kali. Reaksi Bayi Ini Apabila Ayamnya Bertelur Adalah Sangat BERHARGA !!!


Banyak perkara yang bila kita lihat pertama kali akan buatkan reaksi kita sangat priceless. Apa perkara pertama yang korang tengok lately yang buatkan reaksi korang sama seperti bayi ni?


Video bayi yang melihat ayam bertelur buat pertama kali ni telah ditonton sebanyak lebih daripada 15 juta kali. Padahal, ayam tersebut hanyalah ayam mainan yang mengeluarkan telur berwarna warni. Kebanyakan netizen sangat terhibur dengan reaksi wajah bayi ini yang dianggap terlalu mengujakan.



Sumber: YouTube

Sumber: NTD Telivision via Era.FM

‘Bila Masanya Rakyat India Ditindas?’ – MAZA

MUFTI Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menjelaskan agama Islam tidak mengajar umatnya untuk membandingkan antara satu sama lain yang mana ianya jelas menolak amalan sistem kasta yang masih dipraktikkan secara tebal di negara India. Sistem kasta dalam masyarakat India (Hindu) ini merujuk kepada sistem sosial yang mempunyai hierarki dalam masyarakat mereka. Iaitu semakin tinggi…

'Ya Allah.. Gugurkan juga dosaku- Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek


Kuala Lumpur“Ya, rambut saya dah mula gugur kesan daripada tiga kali kimoterapi, badan saya tak kuat sangat, tapi saya tetap pergi ceramah dan program dakwah.”
Demikian kata pendakwah, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43, mengenai keadaan kesihatannya selepas disahkan menghidap kanser limfoma pada 31 Januari lalu.
"Walaupun lemah, saya kena kuat semangat dengan merasai mujahaddah iaitu susah payahnya berdakwah.
"Jadual kerja saya macam biasa, terima jemputan di luar ibu negara. Alhamdulillah boleh berehat sedikit kerana ada pembantu yang memandu kereta," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Kisah beliau yang lebih mesra dipanggil Ustaz Hanafi mendapat perhatian netizen di Facebook (FB) apabila dia memuat naik gambar rambutnya yang gugur dengan kapsyen "Alhamdulllilah.. Ya Allah.. Gugurkan juga dosa-dosaku".
"Kalau saya berceramah, orang tak nampak saya sakit, habis saja ceramah saya akan nampak lemah sehingga pernah terpaksa memendekkan tempoh ceramah.
"Doktor pesan saya tidak boleh terdedah kepada orang yang mengalami batuk atau demam kerana paru-paru saya akan mudah dijangkiti. Jadi saya akan pakai topeng muka," katanya yang mempunyai sembilan anak dan menetap di Taman Sri Gombak, di sini.
Ustaz Hanafi berkata, dia masih kekurangan dana untuk menampung kos baki enam kali kimoterapi dianggarkan RM500,000 walaupun sudah menjual motosikal berkuasa tinggi model Kawasaki GTR1400.
"Kos kimoterapi memang tidak cukup. Saya sudah jual motosikal saya, apapun doakan saya. Saya sangat terharu apabila orang ambil berat pasal saya, tak tahu nak balas jasa orang yang bantu saya.
"Sampai hari ini rasa macam mimpi apabila kisah saya ditularkan. Sebelum ini saya banyak upload (muat naik) kisah orang lain, sekarang orang tular kisah saya," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau sedang menyiapkan Rumah Kebajikan Al Habbah di Selayang, iaitu pusat penempatan anak-anak yatim, miskin, mualaf dan anak-anak terbuang.
Sumbangan untuk rumah berkenaan boleh disalurkan ke akaun CIMB, 8602541165 atas nama Sekolah Tahfiz Al Habba atau Bank Islam Berhad, 122250100003680 atas nama Al Habbah.
Sumbangan peribadi kepada Ustaz Hanafi pula boleh disalurkan ke akaun CIMB, 7001645436, Maybank 162405085541 atau Bank Islam 14162020096634 (Mohamed Hanafiah Abdul Malek).

Sumber: Harian Metro
loading...