loading...

Saturday 2 December 2017

10 Sebab Mengapa Isteri Mudah Putus Asa Dalam Perkahwinan

Dalam isu rumahtangga, selalunya wanita dikatakan lebih tabah mengharungi liku-liku kehidupan, namun wanita hanyalah manusia biasa yang sangat sensitif dan lemah berbanding lelaki.

Jika ada masalah keluarga, isteri lah menjadi sasaran utama mengapa berlakunya keretakkan dalam rumahtangga. Wanita mempunyai hati yang lembut, namun sangat kuat. Tetapi jika sudah sampai satu masa hatinya sudah tidak mampu bertahan, dia akan mula rasa tertekan, rasa kecewa dan akhirnya pergi membawa diri.

Antara sebab mengapa wanita mudah putus asa dalam sebuah perkahwinan ialah apabila suami sendiri mula tidak mempercayainya dan mula berlaku tidak adil terhadap dirinya. Ataupun ada suami yang mengahwini wanita bukan untuk sebagai isteri, tetapi sebagai hamba!

Antara sebab-sebab lain juga ialah;

Ditengking depan orang

Bukan hanya isteri, malah sesiapa sahaja jika sering ditengking dihadapan orang ramai, sudah pasti menimbulkan rasa rendah diri dan malu dengan orang sekeliling. Jaga air muka isteri, jika isteri sudah rasa terlalu ‘down’, tidak mustahil akan berlaku penceraian.

Suka mengarah  macam orang gaji

Suka mengarah buat itu ini sedangkan wanita juga bekerja. Sebenarnya, tiada sesiapa yang suka disuruh untuk buat itu dan ini tanpa dapat apa-apa upah. Kalau sekali sekala tak mengapa tapi kalau selalu, asal pantang nampak muka saja terus beri arahan buat itu dan ini. Lama-lama jiwa rasa tidak seronok dan memberontak.

Berdepan lelaki abaikan soal nafkah

Nafkah di sini dalam erti kata yang luas. Sama ada nafkah keperluan tempat tinggal, makan minum, pakaian dan nafkah dalam soal seksual. Namun yang sering dilupakan orang adalah nafkah dari segi keperluan rohani yakni agama iaitu betulkan iman dan yakin isteri dan anak-anak kepada Allah

Malas cari rezeki

Tanggungjawab nafkah keluarga di atas bahu lelaki/suami, bukan wanita/isteri. Jadi suami harus menjalankan tanggungjawab, bukan hanya melepaskan beban dibahu isteri sahaja.

Mudah naik tangan dan baran

Lelaki dayus adalah lelaki yang suka naik tangan dan memukul isteri. Suami seperti ini sudah pasti telah hancurkan hati isteri dan ramai isteri yang sanggup meminta cerai keran tidak sanggup diperlakukan seperti haiwan.

Tidak suka bergaul dengan keluarga

Puas isteri bersabar dengan suami yang tidak suka bergaul dengan keluarga dan adik beradik yang lain. Tidak mahu berusaha untuk belajar bergaul dan erat tali silaturrahim dengan keluarga isteri. Paling tidak pun menziarahi mereka tanya khabar sekali-sekala.

Tidak pernah berubah dan abai hal agama

Seorang isteri/wanita selalunya akan mengikut ‘agama’ suaminya. Apabila suami gagal dalam memenuhi keperluan agama isteri dan ahli keluarganya, akhirnya jiwa jadi memberontak kerana tak tenang dan seribu satu masalah rohani dan jasmani.

Berkira soal nafkah keluarga

Jika dengan isteri bukan main berkira tentang nafkah dan duit, tetapi jika dengan rakan, sanggup berhabis ribuan ringgit. Siapa yang lebih utama dan harus diambil berat? Rakan atau isteri?

Curang

Ini adalah punca utama mengapa berlakunya keretakkan hubungan dalam sesebuah keluarga. Jika sudah ada isteri, mengapa harus curang? Jaga hubungan yang sudah terang sah, jangan mencari dosa kerana nafsu semata-mata.

Tidak pandai memujuk

Jika berlaku pergaduhan, suami lebih suka lepak di kedai makan bersama rakan-rakan berbanding untuk memujuk isteri. Ini adalah salah satu sebab mengapa isteri mula rasa bosan dan rasa tidak disayangi. Bagi sesetengah lelaki ianya adalah perkara biasa, dan tidak perlu diperbesarkan soal itu.  Sebenarnya, isteri sangat sukakan perhatian dan belaian manja. Jika suami abaikan, sebab itu isteri mudah berubah rasa.

Sumber: Petuaibu.com

The post 10 Sebab Mengapa Isteri Mudah Putus Asa Dalam Perkahwinan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...