loading...

Friday 1 December 2017

Akibat Terlalu Cemburu, Isteri Teruk Dibelasah Suami Setiap Kali Gambar Dapat Like Di Facebook

Berkahwin dengan seorang yang sangat kuat cemburu dan panas baran sememangnya bukan perkara mudah. Salah sikit sahaja, pasti anda akan menjadi tempat meluahkan perasaan marah. Ini adalah salah satu penderaan dan jangan sesekali ambil mudah kerana perasaan sayang terhadap pasangan.

Sekarang zaman sudah berubah dan maju, dengan adanya aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, anda bebas untuk memuatnaik gambar anda, tetapi jika anda mempunyai pasangan yang panas baran, sudah pasti mendatangkan curiga buat mereka jika anda sering mendapat tindak balas dari pengguna-pengguna lain.

Lelaki ini, Pedro Heriberto Galeano akan memukul bininya setiap kali wanita itu mendapat `like’ dalam Facebook. Pedro sangat cemburu hingga sanggup memukul dan membelasah isterinya Adolfina Camelli Ortigoza.

Inilah bahayanya jika pasangan mempunyai sifat panas baran dan cemburu buta. Perbuatan Pedro itu telah mengakibatkan Adolfina terpaksa menjalani pembedahan untuk membentuk semula wajahnya.

Wanita itu juga dikurung dalam rumah tanpa kerelaannya di Uruguay serta sering dipukul oleh suaminya. Apabila polis akhirnya menghidu perbuatan lelaki itu, Adolfina sudahpun didera dengan teruk terutama di bahagian muka.

Semalam, peguam wanita itu memaklumkan bagaimana Pedro akan menjadi ganas apabila melihat sesiapa sahaja `like’ pada gambar yang dimuat naik ke dalam Facebook oleh isterinya.

Malah jika ada rakan-rakannya yang memberi komen dalam Facebook Adolfina, maka dia akan mengambil alih Facebook isterinya itu. Rakan-rakan Adolfina tidak mengetahui apa yang berlaku kepada wanita berkenaan.

“Mulutnya pecah,dia mengalami `kerosakan’ yang teruk disebabkan pukulan itu. Lelaki itu mengawal semua akaun media sosial isterinya.

“Hanya gigi Adolfina tidak patah kerana lelaki itu akan memasukkan kain ke dalam mulut isterinya supaya dia tidak boleh menjerit ketika dibelasah,” kata peguam Adolfina.

Penderitaan Adolfina akhirnya berakhir apabila bapa mertuanya melaporkan kepada polis mengenai keganasan yang dilakukan oleh anaknya terhadap menantunya itu.

Bapa mertuanya bimbang Adolfina akan meninggal dunia selepas dia melihat wanita itu dipukul oleh anaknya. Pedro bagaimanapun telah ditangkap .

Sumber: Mynewshub.cc

The post Akibat Terlalu Cemburu, Isteri Teruk Dibelasah Suami Setiap Kali Gambar Dapat Like Di Facebook appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...