Jika ditanyakan tentang kulit muka, sudah pasti semua orang menginginkan kulit muka yang bersih, putih, glowing, flawless, bebas dari jerawat dan tidak berminyak.
Apa yang paling menyakitkan hati bila ada segelintir kawan kita yang punya mulut tak ada insuran cakap macam ni, ‘Eee, berminyaknya muka kau! Dari jauh aku dah dapat tengok silau dari muka kau. Kau simpan minyak di muka ni boleh buat masak telur ke?
Tipulah kalau kita tak sakit hati dengan orang mulut puaka seperti ini. Seelok-eloknya kita merawat kulit muka kita yang berminyak itu dan cegah 5 jenis makanan berikut ini.
Ada penyebab utama muka berminyak, jika anda amalkan tips-tips dibawah, sudah semestinya muka anda akan bebas dari berminyak.
Makanan yang banyak minyak
Jika anda gemarkan makan makanan yang berminyak, seeloknya anda berhenti mengamalkan tabiat sedemikian. Makan berminyak boleh memburukkan lagi tekstur kulit muka anda dan ia mendorong supaya kelenjar kulit mengeluarkan lebih banyak minyak.
Makan makanan yang berdaging
Pengambilan makanan berdaging memang kaya dengan kandungan lemak yang banyak dan ia juga boleh menghasilkan minyak pada kulit muka. Sebaiknya anda harus kurangkan pengambilan dading dan gantikannya dengan ayam ataupun ikan.
Bahan tenusu
Produk dari tenusu dan susu juga boleh mengakibatkan kesan kulit berminyak. Kandungan susu juga boleh menyumbatkan lubang-lubang pori dan menghadirkan kulit berminyak.
Minuman dan makanan yang manis
Sudah pasti ramai yang menyukai makanan dan minuman yang manis. Tapi adakah anda tahu apa kesan buruk dari pengambilan itu? Makanan jenis manis boleh mengubah kadar glukosa darah dan ia juga adalah penyebab utama kulit muka berminyak dengan banyak.
Makanan berkabohidrat
Mungkin ini boleh mengejutkan anda. Makanan yang mempunyai karbohidrat juga boleh menjadi salah satu punca terjadinya muka berminyak. Ini kerana makanan ini banyak mengandungi indeks glycemic yang sangat tinggi dan ia bercenderung meningkatkan lagi kadar pengeluaran minyak pada kulit muka.
Mencegah lebih baik dari merawat. Jika anda tidak mahukan kulit wajah yang berminyak, sebaik-baiknya anda hindari dari pengambilan makan seperti yang telah dinyatakan di atas.
Selamat mencuba!
Sumber: Hanasuva.com
The post Elakkan 5 Jenis Makanan Ini Jika Tidak Mahu Muka Kelihatan Berminyak appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment