loading...

Saturday 2 December 2017

Fakta Penting Tentang Telinga Yang Anda Harus Tahu

Mencuci telinga adalah salah satu rutin harian yang kita lakukan, ada yang membersihkan telinga hampir setiap hari, manakala ada juga yang mencuci telinga seminggu 2 kali. Ini kerana faktor keselamatan telinga, takut nanti terlalu kerap boleh merosakkan anggota telinga.

Tidak semua yang tahu bahawa tahi telinga mempunyai fungsi perlindungan dan boleh menunjukkan keadaan kesihatan kita. Yang kita sering lakukan ialah, setelah mencuci telinga dengan kapas, kita terus membuangnya ke dalam tong sampah tanpa melihat warna tahi telinga itu sendiri.

Sebenarnya ada sebab mengapa anda digalakkan melihat warna tahi telinga anda, kerana mengikut kajian kesihatan, warna tahi telinga mempengaruhi kesihatan.

Anda boleh menyemak warna tahi telinga anda dan kami akan menerangkan maksudnya.

Tahi telinga warna kelabu

Jika tahi telinga anda berwarna kelabu, tidak perlu risau. Berkemungkinan ianya hanyalah kesan debu. Warna tahi telinga ini adalah perkara biasa bagi penghuni bandar kerana udara di bandar agak tercemar.

Tahi telinga dengan kesan darah

Jika anda melihat kesan darah semasa membersihkan telinga anda, ia menunjukkan bahawa gegendang telinga anda berlubang. Dalam kes ini, telinga anda boleh dipengaruhi oleh jangkitan, yang boleh menyebabkan otitis dan memburukkan deria pendengaran anda. Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor.

Tahi telinga warna coklat

Jika tahi telinga anda berlebihan dan warna yang lebih gelap, kemungkinan anda berada dalam keadaan stress. Cuba tenangkan diri dan ambil masa untuk mencari ketenangan. Ianya juga mampu mempengaruhi kesihatan badan anda.

Tahi telinga warna hitam

Jika ia berlaku hanya sekali, tidak ada yang perlu dibimbangkan. Walau bagaimanapun, jika telinga anda gatal, dan gatal-gatal menjadi lebih teruk, maka anda perlu berjumpa doktor kerana warna hitam dari kuping menandakan jangkitan kulat.

Tahi telinga warna putih

Tahi telinga anda berwarna putih boleh menandakan bahawa terdapat kekurangan vitamin dan mickroelements dalam tubuh anda, khususnya besi dan tembaga. Anda disyorkan untuk menambah kacang dan oat ke dalam diet anda.

Tahi telinga dengan bau yang tidak menyenangkan

Sekiranya ada bau yang tidak menyenangkan daripada tahi telinga anda, ia boleh menandakan jangkitan pada telinga anda. Selain bau, anda mungkin juga mendengar bunyi bising atau merasakan telinga anda berbunyi ‘pop’ dari semasa ke semasa. Sekiranya anda mengalami simptom ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor.

Tahi telinga cair

Sekiranya konsistensi tahi telinga anda telah berubah baru-baru ini, ianya terlalu cair seakan-akan air ataupun nanah, ia mungkin menunjukkan permulaan proses keradangan. Anda digalakkan segera berjumpa dengan doktor.

Tahi telinga kering

Jika tahi telinga anda kering, ianya adalah kekurangan lean fat di dalam badan anda. Selain itu, ia mungkin tanda-tanda dermatitis dan penyakit kulit lain, yang boleh menjadikan kulit anda kering. Jika ini berlaku, anda harus berjumpa dengan doktor bagi memeriksa tahap kesihatan kulit anda.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

The post Fakta Penting Tentang Telinga Yang Anda Harus Tahu appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...