loading...

Friday 1 December 2017

‘Mungkin Salah Saya Sebab Tidak Pandai Jaga Suami’ – Intan Redha Dengan Keputusan Suami Ingin Memperisterikan Izreen Asmida

Sangat jarang kita mendengar kontroversi yang membabitkan pelakon cantik Izreen Azminda ini. Namun, baru-baru ini kecoh di media sosial desas-desus mengenai pelakon Izreen Azminda bakal berkahwin dengan pemusik bebas Gegar Vaganza yang dikenali sebagai Uda. Dikhabarkan Uda sebenarnya telah pun berkahwin dan ingin memperisterikan Izreen sebagai isteri keduanya.

Isteri mana yang dapat menerima suami ingin mengahwini orang lain sedangkan segalanya telah sempurna, kejayaan dan juga anak. Apa yang masih kurang? Tetapi biasalah lelaki, ada saja yang tidak cukup.

Menurut laporan Mstar, isteri kepada Uda telah memberi kenyataan yang dia sedia menerima kehadiran Izreen sebagai madunya. Wanita yang dikenali sebagai Intan itu hanya mengetahui perkara tersebut dua minggu lalu dan redha dengan keputusan suaminya itu untuk berkahwin lagi.

Uda turut dikatakan sebagai suami yang bertanggungjawab terhadap anak-anak, malah hubungan mereka berdua dikatakan sangat baik, dan disebabkan itu, isterinya tidak menyangka bahawa suaminya itu ada niat untuk memperisterikan pelakon cantik berkenaan.

Intan berkata pada awalnya diakui terkejut dengan keputusan suaminya itu kerana hubungan mereka selama ini hanya baik-baik sahaja.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri.

Pada mulanya saya tidak terima namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya redha dan terima takdir yang telah ditentukan.”

Mungkin ada kekurangan diri

Intan telah mendirikan rumah tangga bersama Uda sejak empat tahun yang lalu serta dikurniakan dua orang cahaya mata masing-masing berumur tiga tahun dan baru 11 bulan. Dia juga tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku ini berpunca daripada kekurangan dirinya sebagai seorang isteri.

“Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil.

Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami”

Wanita mana pun akan rasa kecewa dengan keputusan suami yang ingin berkahwin lagi, namun apa daya seorang isteri, jika suami mampu berlaku adil, dan jika sudah tertulis begitu takdirnya, maka harus terima. Moga Intan terus tabah mengharungi ujian tersebut.

Sumber: Mstar

The post ‘Mungkin Salah Saya Sebab Tidak Pandai Jaga Suami’ – Intan Redha Dengan Keputusan Suami Ingin Memperisterikan Izreen Asmida appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...