loading...

Thursday, 7 December 2017

‘Nak Jumpa Perdana Menteri, Ada Sejuta Idea Nak ‘Jahanamkan’ Azmin Seluruh Selangor’ – Diva AA

Untuk menjahanamkan Datuk Seri Mohamed Azmin, abang kandungnya sediri yang merupakan Menteri Besar Selangor pada pilihan raya umum ke-14 akan datang, Diva AA Azwan Ali memberitahu beliau ada sejuta idea.

Selebriti yang penuh dengan kontroversi itu berkata lagi, dia berdoa siang malam dan berhasrat untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk merancang strategi melawan Azmin.

“Election (pilihanraya) tidak lama lagi, bukan nak habuan atau nak bodek, tapi janji saya saya ada sejuta idea untuk jahanamkan Azmin seluruh Selangor.” katanya dalam video yang tular di Youtube.

“Bukan hanya di Gombak atau Bukit Antarabangsa, saya sanggup turun padang, jual ikan atau apa sahaja, saya ada banyak program yang saya terfikir.”

Dia juga bersedia untuk turun ke Sabah dan Sarawak selain menjelajah dalam negara tanpa apa-apa bayaran yang diperlukan jika mahu mendedahkan perihal buruk tentang abangnya itu.

Mungkin Azwan Ali kedengaran agak ‘gila’ dalam video ini tapi siapa tahu jika sejuta ideanya benar-benar berjaya?

The post ‘Nak Jumpa Perdana Menteri, Ada Sejuta Idea Nak ‘Jahanamkan’ Azmin Seluruh Selangor’ – Diva AA appeared first on Aliff Channel.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...