Isu menghisap gam ini bukanlah perkara yang baru, malah perkara ini menjadi semakin teruk apabila ia melibatkan belia muda terjerumus dalam kancah tidak sihat itu.
Baru-baru ini, kita telah dihebohkan dengan satu kes berkenaan seorang guru telah didakwa berkenaan telah mencederakan anak muridnya. Menurut sumber, Cikgu Azizan telah menampar anak murid yang berumur 11 tahun itu di bahagian pipi sebelah kiri.
Apa yang lebih mengejutkan lagi, anak murid itu juga turut mempunyai pelbagai disiplin masalah di sekolah.Malah pelajar lelaki itu turut menghidu gam, membuli pelajar di sekolah berkenaa dan juga bergaduh. pihak Mahkamah juga telah mengarahkan agar pihak ibu bapa pelajar berkenaan menarik semula kes terhadap Cikgu azizan. Pihak mahkamah juga telah mengumumkan bahawa Cikgu Azizan tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Kebanyakan netizen tidak puas hati bila kes ini telah tersebar luas di Malaysia, malah ada segelintir netizen ingin membekalkan gam dan dihantar terus ke rumah pelajar lelaki tersebut.
Dr. Kamarul Ariffin terasa terpanggil mengenai isu berkenaan dan beliau juga turut membuat ‘Thread’ di Twitter miliknya berkenaan Bahayanya menghidu gam. Mari kita susuli thread Dr. kamarul ariffin ini.
Dadah murah memang senang dicari
Mudah dibeli
Kerosakan saraf otak
Hilang pertimbangan diri
Semoga apa yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin ini bolrh memberi serba sedikit manfaat kepada masyarakat di luar sana agar mengambil berat tentang bahayanya budaya menghidu gam ini. Diharap ibu bapa di luar sana sentiasa memantau dan lebih peka tentang sikap dan perilaku anak-anak agar tidak terjurumus dalam najis dadah ini kerana sudah pasti akan gelap masa depan mereka.
Mungkin ini sebagai pesanan untuk masyarakat agar tidak memandang rendah terhadap perkara ini. Anak-anak adalah pelapis kita di masa hadapan. Kita juga bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak bukan hanya meletakkan seratus peratus kepada cikgu di sekolah. jangan terlalu manjakan anak-anak sehingga mereka langsung tidak menghormati guru-guru yang mendidik dan memberi mereka ilmu supaya menjadi manusia yang berguna.
Sumber: Twitter/Dr.Kamarul Ariffin via Oh! Bulan
The post Perangai Hidu Gam Boleh Buatkan Sel Otak Mati Secara Mengejut appeared first on Aliff Channel.






0 comments:
Post a Comment