loading...

Saturday, 9 December 2017

‘Stop Tengok Drama Mengarut’ -Zahiril Adzim

Baru-baru ini telah viral kisah pelajar Cina yang hanya tenung meja sahaja apabila diajukan soalan, seolah-olah pelajar tersebut sudah ‘tidak boleh diuruskan” lagi.

Malah, ada dikalangan gurunya sendiri menganggap pelajar tersebut sepertinya seorang yang ‘dungu’. Thread yang dikongsi guru praktikal bernama Orked itu menyentuh hati ramai netizen. Setakat ini, hampir 65 ribu retweet di Twitter.

Ada dikalangan netizen berpendapat bahawa pengalaman dikongsikan guru itu sewajarnya dijadikan filem inspirasi kepada masyarakat.

Di twitter, seorang pengguna meminta pelakon Zahiril Adzim sampaikan mesej kepada sahabatnya, Beto Kusyairi untuk merealisasikan kisah ini ke layar perak.

Selepas kisah itu viral, salah seorang pengguna yang membaca kisah tersebut meminta ia dijadikan filem inspirasi. Nampaknya tweet itu sampai ke perhatian Zahiril.

Malah ada juga yang meluahkan rasa bosan dengan industri perfileman Malaysia yang sering menayangkan kisah-kisah bergenre sama.

Menjawab persoalan itu, pelakon Juvana itu menjelaskan filem yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada jumlah audiens yang menontonnya. Katanya, filem bergenre ‘inspirasi’ selalunya jarang mendapat sambutan dalam kalangan penonton.

Jadi, kalau korang nak kisah ni jadi realiti, ramai-ramai lah tunjuk sokongan. Stop tengok drama drama ‘macam tu’ katanya.

Sebenarnya ada betul kata Zahiril itu, ramai peminat yang sukakan kisah cinta berbanding realiti kehidupan seperti pelajar tersebut.

Sumber: Twitter/Orked

The post ‘Stop Tengok Drama Mengarut’ -Zahiril Adzim appeared first on Aliff Channel.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...