Secara umumnya, diketahui Haqiem, 23, sah bergelar suami kepada Anis Sofea, 19, pada 19 November tahun lalu dengan majlis yang cukup mewah keseluruhannya dianggarkan sekitar RM7 juta.
Baru-baru ini, Anis Sofea dan suami mendapat perhatian ramai apabila mengongsikan satu klip video pendek di instagramnya yang turut menunjukkan kelakuan Haqiem Rusli yang mengganggu isterinya.
Dengan lenggoknya, ia benar-benar menunjukkan sisi lain Haqiem Rusli yang biasa kita lihat di atas pentas muzik.
Kelihatan di dalam video, Anis Sofea sedang merakam suaminya berjalan denan gaya tidak normal. Tindakan Haqiem Rusli mengundang gelak tawa ramai peminat.
Meneruskan perkongsian video tersebut, rata-rata peminat terhibur dengan telatah Haqiem. Ada juga yang bergurau geram kerana perangai Haqiem tidak berubah sejak sebelum berkahwin lagi.
Hantaran Anis Sofea itu mendapat lebih 30,000 likes dan lebih seratus komen yang rata-rata tertumpu kepada suaminya.
The post Anis Sofea Dedah Perangai Sebenar Suaminya, Haqiem Rusli appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment