Memang tidak dinafikan, aktiviti kolaboratif memerlukan semangat dan kerajinan yang tinggi untuk dijalankan.
Ini kerana, akitivti seperti gotong-royong boleh dikatakan dua kali ganda tugas berbanding membuat kerja ketika mengemas di rumah.
Adakah anda seseorang yang cukup rajin untuk bekerjasama membersihkan kawasan yang berhampiran dengan rumah anda apabila ada masa lapang? Pasti ramai yang tidak, bukan?
Bagaimanapun, satu video berdurasi pendek 30 saat telah tular baru-baru ini yang telah dimuatnaik di TikTok oleh akaun @mdroslin yang merakamkan aktiviti seorang wanita Mat Saleh dan dua orang anaknya mengutip sampah di kawasan dipercayai di negara Singapura.
Tindakan wanita itu dan anak-anaknya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen tempatan kerana dilihat begitu bersahaja dalam mengutip sampah dan boleh dikatakan sudah biasa melakukan aktiviti tersebut.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Anak-anak wanita ini juga dilihat tidak segan melakukan sesuatu yang dianggap kotor oleh segelintir pihak, membuktikan mereka telah dididik sejak kecil lagi.
Bukan itu sahaja, didikan yang ditunjukkan wanita Mat Saleh sebagai ibu turut mendapat pujian kerana berjaya mengajar anak-anaknya melakukan perkara yang jarang dilakukan orang lain.
Video itu kini telah menerima lebih daripada 100 ribu tontonan dan 10 ribu sukaan di TikTok.
Malah, video tersebut turut dikongsikan netizen di Facebook dan juga Twitter. Ramai juga yang kagum kerana menunjukkan contoh yang baik agar menjadi contoh kepada ramai orang.
The post Netizen Puji Aktiviti Mat Saleh Bawa Anak Kutip Sampah Tepi Jalan appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment