loading...

Tuesday, 18 January 2022

Tak Mungkin Sepadan, Shuib Nafi Bercinta Dengan DS Vida

Selepas mengakui tengah mengenali hati nurani seseorang, pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan bahawa jutawan kosmetik Datuk Seri Vida bukanlah individu yang dimaksudkan.

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama Shahmira Muhamad itu berkata, namun dia masih selesa berkawan dengan Vida dalam urusan perniagaan yang dijayakan sejak arwah isterinya Siti Sarah masih ada.

“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.

“Jadi tak mungkinIah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlaIu besar dan memiliki segaIa-gaIanya.

“Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih keciI sebaik mungkin,” katanya.

Tambah usahawan perniagaan minuman Bubble Bee itu, sesiapa sahaja individu yang menjadi bakal pasangannya mesti mendapat persetujuan ahli keluarga dan anak-anak mereka.

“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlaIu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya.

“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan bapa tunggal kepada empat anak itu, selain memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.

The post Tak Mungkin Sepadan, Shuib Nafi Bercinta Dengan DS Vida appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...