loading...

Wednesday, 5 January 2022

Baru Hilang Rumah, Kini Ebby Yus Mengalami Masalah Bengkak Jantung

Baru-baru ini, banjir besar di Selangor telah mengakibatkan Ebby Yus kehilangan rumah dan kini pula diuji sekali lagi apabila dia disahkan mengalami bengkak pada jantung.

Memetik lagi dari laporan Utusan, Ebby mengetahui masalah jantung ini selepas dia dimasukkan ke hospital Disember lalu akibat sakit perut yang teruk.

Bulan lalu, Ebby dikejar ke Hospital Kuala Lumpur pada pukul 5 pagi dengan menaiki ambulans kerana sakit perut yang kronik.

Mula-mulanya, doktor percaya dia mengalami demam denggi atau kencing tikus.

“Kata doktor berdasarkan pemeriksaan X-ray, terdapat air dalam paru-paru saya. Justeru dia melanjutkan tempoh penahanan saya di hospital untuk pemeriksaan lebih mendalam.”

“Namun, saya bersyukur selepas pemeriksaan kedua, keadaan paru-paru tidak teruk dan tidak memerlukan prosedur lanjut untuk mengeluarkan air. Cuma doktor mendapati jantung saya bengkak”

Foto: instagram

Ebby kini stabil dan sementara menunggu temujanji seterusnya, dia hanya berehat di rumah. Pelakon itu juga menjelaskan bahawa dia tidak lagi ditahan di hospital seperti yang dikatakan ramai.

“Masalah ini membuatkan badan saya lemah dan menghadkan keupayaan saya. Doktor memberi ubat-ubatan yang perlu sementara menunggu temu janji seterusnya nanti.”

“Saya terpaksa bekerja memandangkan tidak mempunyai pendapatan tetap. Tetapi tidaklah melakukan kerja berat.”

“Saya bersyukur atas doa semua. Dengan izin Allah, saya masih okay dan sihat.”

Sahabat Aliff Channel semua, mari kita mendoakan agar semoga Ebby Yus diberi kesembuhan di atas penyakitnya dan dimurahkan rezeki. Didoakan juga agar beliau agar beliau dapat kembali bekerja seperti biasa.

The post Baru Hilang Rumah, Kini Ebby Yus Mengalami Masalah Bengkak Jantung appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...