Seorang wanita mampu memperoleh pendapatan sampingan hampir AS$50,000 (RM213,016) seminggu dengan hanya menjual kentutnya yang dikumpul dalam balang.
Bekas bintang reka bentuk televisyen realiti, Stephanie Matto menjual kentutnya serta mengisi balang dengan kelopak bunga untuk mendapatkan bauan yang tahan lama dan wangi.
“Saya fikir kentut adalah sesuatu yang sangat istimewa, menyeronokkan, unik dan berbeza,” katanya, memetik laman BuzzFeed.
Matto memutuskan untuk menjual kentutnya di platform media sosial kerana ia berjaya menarik perhatian orang ramai dan agak kelakar.
Matto sebelum ini pernah membuat penampilan dalam reka bentuk realiti televisyen, 90 Day Fiance dan menjadi Youtuber, pengarang buku dan mengasaskan platform langganan penarafan X yang dipanggil Unfiltrd.
“Selama ini saya menerima tempahan daripada lelaki dan wanita yang ingin membeli pakaian dan seluar dalam, rambut, air mandian daripadanya,” katanya.
Umum Persaraan Selepas Dimasukkan Ke Hospital
Pada mulanya Matto beranggapan dia mengalami serangan jantung atau strok. Malah bintang realiti TV berusia 31 tahun itu juga berfikir hampir menemui ajal.
Selepas menjalani ujian darah dan pemeriksaan lain, doktor memaklumkan bahawa simptom itu sebenarnya disebabkan oleh gas berlebihan daripada diet yang diamalkannya, memetik laman India.com
Stephanie sebelum ini mendakwa dia menyediakan badannya untuk mengepam gas dengan makan makanan mengandungi banyak protein, yogurt, telur rebus dan kekacang.
Dia telah berjaya menjual sehingga 50 balang kentut seminggu untuk memenuhi permintaan pelanggan. Bagaimanapun, setelah diberi nasihat oleh doktor untuk mengubah amalan pemakanan dan mengambil ubat penahan angin. Dia juga mengatakan telah menghentikan perniagaan itu.
The post Wanita Raih Pendapatan RM213K Seminggu Jual Kentut Dalam Balang appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment