Untuk makluman, Nabil dan Ayda telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 selepas mengikat pertunangan dalam talian pada 28 April tahun lalu semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.
Terbaru, Ayda, 30, tampil memohon maaf kepada keluarga dan rakan-rakannya kerana dia dan Nabil masih belum bersedia untuk membawa anak mereka bersama sejak dilahirkan pada tahun lalu.
Sementara itu, pelantun suara yang popular dengan lagu Parah Parah itu turut melahirkan rasa terima kasih kepada individu yang memahami situasi semasa.
Menerusi hantaran di Instagram Stories itu juga, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat meluahkan rasa rindunya untuk bertemu dengan keluarga dan sahabat.
Namun, terpaksa mengutamakan keselamatan dan kesihatan sepanjang pandemik covid-19 ini.
The post Ayda Jebat Dan Suami: Belum Sedia Bawa Anak Jumpa Keluarga Dan Sahabat appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment