Keputusan terkini telah dibuat, pengembara yang telah dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 11 hingga 60 hari dan telah mendapat vaksinasi lengkap yang tiba di Malaysia tidak perlu menjalani kuarantin wajib seperti pelancong lain.
Bagaimanapun, kuarantin mandatori tujuh hari tetap akan dikenakan kepada mereka yang belum divaksin sepenuhnya dan tidak divaksin serta mereka juga perlu menjalani ujian RTK Ag.
Memetik Utusan lagi, mereka yang pernah dijangkiti juga tidak terlepas daripada menjalankan ujian pengesahan Covid-19 menggunakan RTK Ag di petugas kesihatan kerajaan atau swasta yang ditempatkan di pintu masuk antarabangsa (PMA).
Berdasarkan data dan bukti saintifik serta pengalaman negara lain, kerajaan telah menetapkan bahawa pelancong yang telah dijangkiti akan menunjukkan bukti lengkap divaksin dan bukti dijangkiti Covid-19 dalam tempoh yang ditetapkan.
Pengembara yang mempunyai sejarah kemasukan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19 perlu mengemukakan surat Fit to Travel daripada pengamal perubatan di hospital berkenaan.
Bagi pengembara yang menjalani pengasingan di tempat kediaman termasuk hotel kerana dijangkiti Covid-19 dan tidak dimasukkan ke hospital, mereka perlu menjalani ujian saringan RTK antigen (Ag) profesional dalam tempoh dua hari sebelum berlepas ke Malaysia. Hanya individu dengan keputusan negatif sahaja dibenarkan meneruskan perjalanan.
Semoga keputusan ini tidak membahayakan rakyat Malaysia dan semoga semuanya berjalan lancar. Semoga tiada yang menipu dan juga telah dijangkiti Covid-19 untuk melarikan diri dari kuarantin wajib.
The post Pelancong Yang Telah Dijangkiti, Tidak Perlu Kuarantin – KJ appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment