loading...

Tuesday, 4 January 2022

Inilah Sebab Mengapa Kita Perlu Mencuci Kereta Selepas Terkena Hujan

Rupa-rupanya, jika kita saja membiarkan sisa air hujan menjadi kering dengan sendirinya, ini akan menyebabkan timbulnya bintik-bintik pada permukaan cat kereta.

Sebabnya, air hujan itu mengandungi asid, mineral dan sebagainya. Jadi, kereta perlulah dibilas semula dengan air paip bersih supaya tiada bintik-bintik seperti garam muncul, memetik tips perkongsian di laman kompas.com.

Apabila kita mengelap bahagian permukaan luar, kita perlu menggunakan kain microfiber kerana permukaannya licin dan tidak akan menyebabkan calar pada badan kereta.

Yang paling penting adalah membasuh dan lapkan sehingga kering. Lakukan perkara ini jika kereta telah terkena hujan. Ini bertujuan adalah untuk memastikan ia tahan lama dan tidak tercalar.

Bagaimana jika sudah terdapat bintik-bintik pada cat kereta?

Foto ilustrasi – Pexels.com

Langkah paling tepat ialah menggilap seluruh permukaan badan kereta, supaya kotoran pada cat hilang dan kereta kelihatan kembali elok.

Bintik yang halus juga boleh dihilangkan dengan cara menggilap, tetapi yang paling penting adalah pencegahan, iaitu dengan menggunakan kain microfiber lembut ketika mengelap dan membilas selepas terkena air hujan.

Sahabat Aliff Channel semua, sebagai pemandu kereta yang bertanggungjawab ke atas kereta. Jangan lupa bilas kereta dengan air bersih selepas disimbahi air hujan supaya cat tahan lama dan tidak mengubah rupa luaran kereta kita.

The post Inilah Sebab Mengapa Kita Perlu Mencuci Kereta Selepas Terkena Hujan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...