loading...

Tuesday, 4 January 2022

Beza 15 Minit Bersalin, Ibu Tak Sangka Anak Kembar Lahir 2 Tahun Berbeza

Adalah janggal untuk kita dengar bayi yang baru lahir berbeza tahun lahir selepas dilahirkan.

Kembar yang dilahirkan di Salinas, California ini dilahirkan selang 15 minit tetapi tidak akan berkongsi hari lahir – malah berbeza tahun kelahiran yang sama.

Namun, itulah hakikatnya. Fatima Madrigal yang telah melahirkan bayi kembar yang dikatakan berbeza tarikh lahir dan tahun lahir. Kelahiran sebegini dikatakan terjadi satu dalam dua juta kelahiran.

Bayi lelaki mereka dilahirkan pada 11.45 malam tahun 2021, tetapi bayi perempuan kembarnya pula dilahirkan tepat pada ambang tahun 2022. Sungguh ajaib bukan? Walaupun hanya berbeza 15 minit, namun mereka berdua dilahirkan pada tahun yang berbeza.

Sumber foto: twitter.com

Ibu itu berkata kepada kembar yang berbeza tahun, ” Ia adalah pengalaman agak gila bagi saya, kerana mereka adalah kembar namun mempunyai tarikh lahir dan tahun lahir yang berbeza. Saya terkejut, tapi dalam masa yang sama gembira bila dia (bayi perempuan) tiba pada waktu tepat tengah malam.

Sumber foto: twitter.com

Walaupun berbeza tarikh dan tahun kelahiran, ibu bapa dari California, Amerika Syarikat itu turut berasa bersyukur kerana kedua-dua anak kembar mereka selamat tanpa sebarang komplikasi dan berada dalam keadaan sihat.

Menurutnya lagi, anak mereka tidak sabar menunggu kepulangan adik kembar mereka.

Peluang anak kembar dilahirkan pada hari, bulan dan tahun yang berbeza adalah agak rendah. Walaupun terdapat kira-kira 3.75 juta kelahiran di AS pada 2019, hanya kira-kira 120,000 – atau kira-kira 3% – adalah kembar, menurut Centers for Disease Control and Prevention.

Bayi kembar yang lahir dalam garis masa yang singkat di antara saat terakhir bulan Disember dan detik pertama bulan Januari adalah sangat jarang berlaku.

The post Beza 15 Minit Bersalin, Ibu Tak Sangka Anak Kembar Lahir 2 Tahun Berbeza appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...