loading...

Wednesday, 5 January 2022

Proton Daftar SUV X80 Dan X90, Adakah Pengganti Exora?

Mesti ramai yang mengimpikan sebuah kereta keluaran Proton, tambahan lagi dengan kehadiran model-model yang baharu seperti X70 dan X50.

Memetik laman Pandu Laju, Proton dikatakan akan bawakan lagi model yang paling terbaharu iaitu X80 dan X90.

Dapat dilihat pada gambar di atas, dua cap dagangan baharu sudah dikemukakan pendaftaran untuk Proton yang boleh disemak menerusi portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Sumber foto: Pandulaju

Dua tanda dagang baharu itu ialah X80 dan X90 yang kedua-duanya didaftarkan ejen Azmi & Associates untuk pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd.

Permohonan cap dagangan Proton X90 telah dikemukakan sejak 5 Oktober tahun lalu dan pendaftaran dibuat di bawah klasifikasi ‘pengiklanan; pengurusan perniagaan; pentadbiran perniagaan; fungsi pejabat; pemasaran media sosial; penyediaan maklumat perniagaan melalui laman sesawang’.

Sumber foto: Pandulaju

Apa yang mengejutkan adalah permohonan tanda dagang bagi Proton X80 yang juga turut didaftar oleh ejen yang sama bersama klasifikasi yang sama.

Sumber foto: Pandulaju

Perkara ini menimbulkan tanda tanya ramai adakah mereka akan keluarkan lagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) menerusi model ini ataupun nama Exora akan digantikan?

The post Proton Daftar SUV X80 Dan X90, Adakah Pengganti Exora? appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...