Sikap membiarkan sahaja haiwan peliharaan oleh pemilik seperti kucing dan anjing, sehingga membuang najis merata-rata tempat antara salah satu punca yang membawa permusuhan sesama jiran.
Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus dalam kuliah yang disampaikan di Facebook rasminya, memberitahu sekiranya terdapat haiwan peliharaan milik jiran yang selalu membuang benda najis di kawasan perumahan kita boleh membuang haiwan tersebut di tempat yang sepatutnya.
Bagaimanapun, jelas Ustaz Azhar lagi, aduan berhubung kes ini perlu dimaklumkan kepada pemilik haiwan berkenaan dan mereka perlu hadir untuk membersihkan kotoran dan membayar pampasan jika ada.
Bukan salah kucing tetapi tuannya, jadi dalam kes seperti ini, seorang mukmin tidak akan menyusahkan orang lain dengan secara lisan atau perbuatannya.
Melepaskan binatang, membusukkan rumah orang, ini adalah orang yang tidak sejahtera dalam Islam.
Jika tuan pemilik kucing buat tak tahu dan rumah kita masih menjadi sasaran najis ni, hukumnya mesti kita buang apa-apa yang memudaratkan. Kita boleh ambil haiwan itu dan letak di tempat yang jauh tetapi ia masih boleh hidup. – kata Ustaz Azhar Idrus.
Semoga pencerahan dari UAI ini dapat membuka mata mereka yang membela haiwan. Adalah telah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga haiwan ini dengan baik. Jika anda tidak dapat menjaga mereka dengan baik, biarkan mereka pergi.
The post Buang Kucing Jiran Selalu Berak Merata Dekat Rumah Kita, Ini Respon Ustaz Azhar Idrus appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment